March 31, 2013

Menurunkan harga kereta - PR menipu lagi ?

1. Saya baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) dimana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta.

2. Menontonn video tersebut, membuatkan saya terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai. 

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. Saya akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.


Rajah: Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perebezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00 . Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.

8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh PR, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97.015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah. 

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan, kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walauapapun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini di sini, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailan mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Rakyat, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

February 25, 2013

Lidah itu lebih tajam dari pedang

1. Tajuk artikel ini adalah merupakan satu perumpamaan dan ianya tidak bermaksud secara literal sebaliknya adalah satu metafora untuk menunjukkan lidah (percakapan) adakalanya begitu menusuk ke jiwa dan meninggalkan kesan yang mendalam berbanding pedang yang lukanya boleh hilang.

2. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz baru-baru ini yang mengumpamakan pemberian wang sebagai seperti memberi makanan kepada haiwan.

3. Lanjutan daripada itu, ramai yang mengaitkan kenyataan tersebut dengan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan seperti BR1M. Blog ini pada awalnya tidak mahu mengaitkan kenyataan tersebut dengan BR1M kerana Nik Aziz tidak menyebut perkataan BR1M. Dia hanya menyebut pemberian wang secara umum.

4. Utusan Malaysia juga memetik kenyataan Nik Aziz secara tepat dimana Utusan menggunakan perkataan pemberian wang dalam laporan mereka. Malah, Utusan juga memetik kenyataan Nik Aziz sepenuhnya dengan tepat




5. Memandangkan kenyataan pemberian wang ini begitu umum, ianya boleh dikaitkan dengan pelbagai aktivit seperi pemberian bantuan BR1M dan segala bentuk pemberian wang yang lain termasuk sedekah, zakat dan lain-lain.

6. Kemudiannya Nik Aziz ditanya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dan adakah beliau mahu menarik balik kenyataan yang menyinggung banyak pihak ini. Nik Aziz dalam jawapannya antara lain mengesahkan kenyataanya itu ditujukan kepada bantuan BR1M yang diberikan kerajaan. Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan dan juga Harakahdaily. Sumber Harakah dipetik untuk memastikan tidak ada kesilapan dari segi pemahaman wartawan.




7. Jelas dalam jawapan Nik Aziz, beliau memaksudkan tindakan kerajaan memberi bantuan BR1M.

8. Kenyataan beliau menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah beliau sudah tidak mampu untuk berfikir diluar kotak politik ? Adakah beliau melihat semua perkara menerusi kacamata politik semata-mata ? Adakah pemikiran politik beliau telah menutup pemikiran yang berasaskan kebenaran ?

9. Sekiranya beliau mampu berfikir di luar kotak pemikiran politik sempit, beliau akan tahu apakah itu bantuan BR1M ? Mengapakah ianya diberikann  dan kepada siapakah ianya diberikan ? Sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya tahu mengenai perkembangan ekonomi negara dan dunia. Beliau sepatutnya tahu dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan samada dasar jangka pendek dan dasar jangka panjang dalam mengatasi masalah-masalah berkaitann ekonomi. Tetapi,, untuk berfikir sedemikian, beliau harus buang kacamata politik dan kalau tidak beliau tidak akan nampak kebenaran dan akan diselubungi prasangka negatif.

10. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib semenjak awal lagi telah memaklumkan mengenai program transformasi negara (melalui NKRA dan NKEA) atau lebih dikenali dengan nama GTP dan ETP. Kenaikkan harga barang adalah satu fenomena universal yang berlaku kepada semua negara di dunia. Nilai wang yang dimiliki pada zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Ini adalah fenomena biasa ekonomi.

11. Dalam usaha untuk memastikan perubahan lanskap ekonomi ini tidak begitu menjejaskan rakyat, kerajaan telah melakukan pelbagai rancangan jangka pendek dan panjang. Hasilnya seawal tahun 2009 dan 2010 lagi beberapa plan transformasi diperkenalkan seperti ETP untuk membawa rakyat ke satu tahap dengan pendapatan perkapita yang tinggi. Tetapi transformasi ini tidak akan berlaku sekelip mata dan ianya akan memakan masa. Oleh itu beberapa pendekatan jangka pendek diperlukan.

12. Oleh itu, seiring dengan perjalanan transformasi ekonomi negara utk ketahap rakyat berpendapatan tinggi, beberapa pendekatan jangka pendik dilakukan untuk mengurangkan beban tanggungan rakyat. Maka lahirlah program-program seperti BR1M, KR1M, BB1M, Klinik 1 Malaysia, PR1MA dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan semata-mata untuk mengurangkan beban rakyat dan ianya lebih ditumpu kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

13. BR1M misalnya, adalah satu pendekatan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban mereka. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ianya dapat membantu. Terdapat juga program yang tertumpu kepada semua jurang pendapatan seperti KR1M,BB1M dan lain-lain.

14. Kesemua program-program ini diberika kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pendirian politik. Tidak ada yang terkecuali. Mereka yang datang dengan t-shirt BERSIH atau t-shirt parti politik pelbagai pun akan mendapat bantuan yang sama.

15. Ini adalah satu program Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia. Adalah sesuatu yang menghairankan apabila usaha kerajaan yang sudah berzaman ini dikaitkan dengan politik. Kerajaan tidak mempunyai banyak masa seperti parti pembangkang yang boleh bermain politik setiap masa kerana kerajaan telah diberi tanggungjawab dan tanggungjawab ini wajib dilaksanakan.

16. Adalah satu fitnah yang besar apabila usaha kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dikaitkan dengan politik. Sepatutnya ia perlu dilihat sebagai satu usaha yang baik dan sokongan perlu diberikan. 

17. Satu lagi perkara yang menghairankan adalah, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri Pulau Pinang juga pernah memberi bantuan yang hampir sama, tetapi mengapa bantuan ini tidak dikaitkan sebagai memberi makanan kepada haiwan ? atau ianya hanya boleh dikaitkan sebegitu kalau dibuat oleh kerajaan persekutuan ? Sifat seperti ini hanya berlaku apabila seseorang gagal berfikir diluar kotak politik mereka.

18. Mengibaratkan pemberian wang ini sebagai memberi makan kepada haiwan adalah sesuatu tindakan yang menghina. Walaupun ada yang mengatakan itu hanya perumpamaan sama seperti mengumpamakan org yang suka bergaduh seperti anjing dan kucing, tetapi apabila ianya melibatkan memberi bantuan apatah lagi kepada mereka yang memerlukan, kenyataan itu amat menghina dan mengguris hati.

19. Cubalah bayangkan diri anda sebagai salah seorang dari mereka yang menerima bantuan tersebut dan bayangkan bagaimana tergurisnya hati mereka apabila dikaitan seperti memberi haiwan makan. Lidah perlu dijaga apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya mempunyai pengetahuan agama. Ingatlah, lidah itu lebih tajam dan berbisa dari sebilah pedang.




.

February 01, 2013

Ketegasan yang membuatkan Negara barat akur dan menghormati Malaysia.


1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.

2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.

4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.

5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.
 
 


6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.

7. Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial  yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].

8. Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]

9. Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].

10. Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.

11. Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.

12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].

13. Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.

14. Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.

15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.

16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

17. Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.

18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994].

19. Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’ II.

20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.

21. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

22. Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.

23. Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.

24. Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.

25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.

January 13, 2013

Pengiraan crowd di HKR KL112 berdasarkan crowd calculation method

Update 1

- Ada Prof. matematik kata, 700,000 orang yang hadir. Hehe. kalau lah 700,000 orang, maknanya kita perlukan 17 buah stadium merdeka untuk mengisinya !!! Cuba check kat google map, sebesar mana kawasan yang diperlukan untuk buat 17 buah stadium merdeka.

- agak-agaklah ye.

1. Lanjutan dari artikel sebelum ini. Artikel sebelum ini dibuat secara anggaran tanpa menggunakan crowd calculation yang pernah di publish.
 
2. Ini adalah pengiraan yang dibuat berdasarkan crowd calculation method ini.
 
3. Assumptions :-
 
a. Tempat duduk stadium penuh semuanya (walaupun melalui gambar dan video, banyak tempat kosong)
b. Saiz padang bersamaan dengan saiz padang Old Trafford : 7,400 meter persegi
c. Saiz orang berdiri dalam keadaan `tightly pack crowd' adalah 4.5 square feet. Dalam keadaan duduk (kes atas padang) anggarannya adalah 1.17 square meter. (nota : 10 square feet bermakna ada ruang arm length dengan orang sebelah)
d. Orang di luar stadium tidak statik dan bergerak. Agak sukar untuk membuat anggaran bagi orang yang bergerak. Untuk tujuan ini, 0.65 square meter ataupun 7ft square digunakan.
 
4. Dalam pengiraan crowd, cara yang digunakan oleh mana-mana penerbitan adalah membuat kotak-kotak grid di kawasan yang mempunyai kepadatan.
 
5. Berdasarkan gambar ini, kawasan kotak-kotak grid dilukis. Setiap kotak ini, saiznya adalah 230 square meter ataupun 2,500 ft squared. (50ft x 50ft)
 
 
 
6. Bilangan kotak adalah sebanyak 40. oleh itu 40 x 230 meter persegi = 9,200 meter persegi ataupun 100,000 feet squared.
 
7. Oleh itu, bilangan orang yang bergerak di luar adalah 9,200 meter persegi / 0.65 meter persegi = 14,000 orang
 
8. Bilangan orang diatas tempat duduk = 30,000 orang
 
9. Bilangan orang yang duduk diatas padang: 7,400 / 1.17 =  6,300 orang
 
10. Oleh itu jumlah keseluruhan : 30,000 + 14,000 + 6,300 = 50,300 orang.
 
11. Berbanding dengan anggaran sebelum ini iaitu 45 ribu orang yang dibuat melalui anggaran kasar. Terpulang untuk memilih cara yang bagaimana.
 
12. Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa assumption yang dibuat adalah semua tempat duduk di dalam stadium diduduki. Tetapi, kalau dilihat dari gambar dan video di dalam stadium, terdapat sebahagian tempat duduk yang kosong.

13. Kalau merujuk kepada gambar yang diambil pada jam 4.00 petang ini, saiz yg digunakan untuk anggaran orang duduk adalah kecil. Sepatutnya saiz yg lebih besar dari 1.17meter persegi digunakan. Kalau saiz yg lebih besar digunakan seperti 1.5m atau lebih, bilangan orang diatas padang adalah lebih kecil dan bilangan keseluruhan mungkin dalam 45 ribu sahaja.

 


Rujukan

Ray Watson, Paul Yip, "How many were there when it mattered", Significance, vol.8, issue 3, pp 104-107, September 2011

 

January 12, 2013

Anggaran sebenar jumlah peserta HKR KL112



Update 3


- Kalau hendak menggunakan kaedah crowd calculation yang biasa digunakan oleh banyak negara, boleh rujuk ke atikel terbaru di sini. Sila rujuk artikel ini untuk kaedah pengiraan yang lebih tepat: http://chewal.blogspot.kr/2013/01/pengiraan-crowd-di-hkr-kl112.html

Update 2

- Ada yang mencadangkan untuk menggunakan saiz ~ 1.2 meter persegi untuk saiz anatomy manusia. Okay saya tambah sedikit 30cm untuk kiri & kanan, kita jadikannya 1.5 meter persegi.

- Beberapa perubahan assumption perlu dibuat. Ini kerana dalam perkiraan awal, saya menggunakan saiz kawasan yg besar spt saiz padang yang gergasi untuk compensate dengan saiz 4 meter persegi atau 2 meter persegi. Kalau kita pilih untuk rigid, maka saya perlu menukar saiz padang kpd saiz yg lebih logik iaitu 8,000 meter persegi (lebih besar sikit dari saiz padang Old Trafford, Manchester United).

- Assumptions untuk kotak-kotak di luar stadium sebelum ini tidak menolak kawasan-kawasan bangunan,pokok, kolam kecik dan lain-lain kerana untuk compensat dengan saiz manusia yg besar. Kalau memilih untuk rigid, maka saya anggarkan 70% kawasan diluar ini dipenuhi manusia.

-Pengiraan baru :-

saiz luas kawasan seorang manusia (ample space) : 1.5 meter persegi
saiz padang : 8,000 meter persegi, so: 8,000 / 1.5 = 5,300 orang
saiz kotak1 dan kotak2 : 70% dari 20,000 meter persegi = 14,000 meter persegi.
oleh itu, bilangan manusia : 14,000 / 1.5 = 9,300 orang
Kapasiti tempat duduk (fully occupied) : 30,000

Jumlah keseluruhan : 30,000 + 5,300 + 9,300 = 44,600 orang

Masih lagi sekitar 45,000 ribu orang.

Update

- mungkin ada yang beranggapan saiz 4meter persegi adalah terlalu besar. Saiz ini saya pilih untuk mewujudkan ruang keselesaan dan untuk duduk sekali.

- saiz normal badan manusia dari bahu ke bahu adalah 0.8m dan dari depan ke belakang adalah 0.5m. Kalau kita memilih saiz 1m x 1m, ianya terlalu sempit dan mungkin tiada ruang bernafas dan tiada ruang untuk duduk

- Kalau tidak suka dengan saiz 4 meter persegi, kita boleh pilih saiz 2m x 1m iaitu ....2 meter persegi.

Berdasarkan pengiraan saiz 2 meter persegi (darabkan orang atas padang dan diluar yg asal dengan 2)
oleh itu :-

atas kerusi stadium : 30,000
atas padang : 5,400
diluar : 9,700

Jumalah kesemua : 45,100 orang.

(Nota: saiz padang ini terlalu besar...lebih besar dari Old Traffod)

Teks asal :-

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 diadakan oleh pakatan pembangkang petang tadi.
 
2. Berlainan dengan perhimpunan haram sebelum ini, perhimpunan kali ini mendapat permit polis dan penganjur perhimpunan akur dengan lokasi Stadium Merdeka.
 
3. Perhimpunan sebelum ini, walaupun dicadangkan di stadium, tapi penganjur tetap berdegil dan tetap mahu menjalankannya di jalan raya dan di Dataran Merdeka.
 
4. Mengadakan perhimpunan di stadium memudahkan pengiraan peserta. Ini kerana kapasiti stadium diketahui.
 
5. Seperti Sambutan Ulangtahun UMNO yang dibuat di Stadium Bukit Jalil, tahun lepas, mudah untuk mengetahui jumlah peserta iaitu lebih kurang 100 ribut berdasarkan kapasiti stadium Bukit Jalil. Jumlah mungkin lebih besar kalau diambil kira kawasan padang dan kawasa-kawasan luar.
 
6. Mari kita kira jumlah peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112. Saya memilih satu gambar yang dikira sebagai gambar yg menunjukkan crowd paling ramai iaitu gambar di bawah. Saya andaikan gambar ini gambar sebenar tanpa di photoshop.
 
 
 
7. Saya gunakan Google Map untuk mengira jumlah luas kawasan yang mempunyai peserta. Sila rujuk gambar dibawah
 
 
 
Pengiraan jumlah peserta :- (perubahan merujuk kpd update 2 diatas)
 
Saiz seorang manusia berdiri dengan keluasan yg selesa : 4 meter persegi   1.5 meter persegi
Kapasiti Stadium Merdeka (tempat duduk) : 30,000 orang
 
Luas Padang : 10,800 meter persegi (worst case).Luas padang Old Traffod adalah 7140 meter persegi
oleh itu bilangan manusia diatas padang : 10,800 / 4 = 2,700 orang   8,000 / 1.5 = 5,300 orang
 
Luas kotak 1 di (luar stadium) : 11,970 meter persegi, 70% occupied = 8,300 meter persegi
Oleh itu bilangan manusia : 11,970 / 4 = 3,000 orang  8,300 / 1.5 = 5,500 orang
 
Luas kotak 2 di (luar stadium) : 7,400 meter persegi, 70% occupied = 5,180 meter persegi
oleh itu bilangan manusia :  7,400 / 4 = 1,850 orang  5,180 / 1.5 = 3,400 orang
 
Oleh itu, Jumlah keseluruhan : 30,000 + 2,700 + 3,000 + 1,850 = 37,550 orang.
Jumlah keseluruhan yang baru (merujuk update 2): 30,000 + 5,300 +5,500 + 3,400 = 44,200 orang
 
8. Perhatian: dalam pengiraan ini, setiap manusia mengisi sepenuhnya padang, kotak 1 dan kotak 2 tanpa mengira poko-pokok dan bangunan yang ada.
 
9. Oleh itu, ini adalah worst case scenario. Apa yang menariknya adalah anggaran ini tidak jauh berbeza dengan anggaran yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitan 40,000 - 45,000 orang. Ini adalah kali kedua pihak polis memberikan anggaran yang hampir sama dengan pengiraan crowd. Pandai jugak polis buat anggaran.
 
10. Oleh itu, anggaran sebenar peserta adalah dibawah 37,000 orang. Mungkin inilah sebabnya kenapa pihak penganjur tidak mahu buat di Stadium Bukit Jalil. Kerana kapasiti yg besar akan mengakibatkan hanya 1/3 sahaja stadium dipenuhi. Satu pemandangan yang amat menyedihkan.
 

December 05, 2012

Menyusuri Kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Beberapa minggu yang lepas, saya berpeluang mengikuti Program Kembara Tun M yang dianjurkan oleh kelab yang paling popular di Malaysia iaitu Kelab CheDet. Peluang keemasan  ini memang tidak disia-siakan kerana program ini dapat meningkatkan pengetahuan terhadap kehidupan yang dilalui oleh pemimpi ulung negara supaya dapat mempelajari sesuatu.
 
2. Program ini bermula di Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Secara jujur, saya katakan saya tidak pernah tahu mengenai Monumen ini sebelum ini dan melalui program ini, saya diberitahu bahawa salah satu kapsul masa mengenai wawasan 2020 ada di tanam di Monumen ini. Di sini, pengunjung dapat melihat sejarah perubahan dan transformasi negara dari sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini dan akan datang. Lawatan ke Monumen Alaf Baru ini boleh dijadikan `crash course' untuk memahami sejarah Malaysia.
 
Kembara bermula di Monumen Alaf Baru dan kemudian ke Yayasan Kepimpinan Perdana

 
 
3. Dari Monumen Alaf Baru, kembara diteruskan ke Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) yang merupakan salah satu pejabat Tun Dr. Mahathir. Tun M adalah seorang yang suka bekerja dan sentiasa mahu memberi sumbangan kepada Negara. Inilah sebabnya, beliau mempunyai banyak pejabat dan jadual waktunya sentiasa penuh walaupun beliau berumum 87 tahun ! Di YKP, lawatan dibuat di bahagian perpustakaan YKP yang menempatkan banyak bahan-bahan berupa buku dan artikel yang berkaitan dengan Tun Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang suka membaca dan berfikir, perpusatakaan adalah salah satu keperluan Tun Dr. Mahathir.

4. Seterusnya, program diteruskan ke Galeria Perdana, Kuala Lumpur. Galeria Perdana adalah rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia sebelum Putrajaya dibina. Tun Dr. Mahathir menghabiskan 22 tahun kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri di kediaman ini. Melawat kediaman ini dapat memberikan satu gambaran bahawa rumah seorang Perdana Menteri tidak jauh berbeza dengan rumah rakyat yang lain dan tidak ada kemewahan melampau yang dinikmati oleh Perdana Menteri.

5. Satu perkara yang menarik adalah, Tun Dr. Mahathir seorang yang suka bertukang dan beliau boleh membuat ukiran kayu. Apa yang menakjubkan adalah, disebalik urusan beliau sebagai Perdana Menteri yang sentiasa sibut membangunkan negara, beliau masih mempunyai masa untuk kerja pertukangan. Ini menunjukkan Tun sangat bijak menguruskan masanya. Ini sejajar dengan Firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali meraka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran" Oleh kerana Tun sentiasa melakukan kebaikan dan sabar dalam urusan beliau, beliau tidak tergolong dalam golongan yang merugikan masa.

 
Galeria Perdana, Kuala Lumpur.


6. Selepas Galeria Perdana di Kuala Lumpur, kembara diteruskan ke Alor Star, Kedah, tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir. Lawatan ke rumah kelahiran Tun di Jalan Kilang Ais adalah sesuatu pengalaman yang amat menarik sebab kita dapat melihat bagaimana Tun M dibesarkan.

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir di Jalan Kilang Ais, Alor Star


 
7. Di rumah kelahiran Tun M, banyak kenangan-kenangan yang menarik dapat dilihat termasuklah gambar-gambar semasa usia muda beliau. Dipamerkan juga artikel-artikel yang di tulis oleh Tun Dr. Mahathir yang diterbitkan di suratkhabar Singapura dibawah nama pena C.H.E.D.E.T. Semenjak awal lagi, pemikiran kritis beliau dapat dilihat melalui tulisan-tulisan beliau.
 
8. Di sini juga dapat dilihat semangat cintakan bangsa yang begitu tebal dalam diri beliau. Beliau pernah mengganggotai satu persatuan yang dinamakan SABERKAS. Nama penuh bagi persatuan ini adalah `Sayangkan Bangsa Rela Berkorban Apa Sahaja'. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau begitu sayangkan bangsanya, negaranya dan agamanya. Sikap ini begitu konsisten sehingga ke hari ini.
 
9. Oleh kerana sikap cintakan agama, bangsa dan negara yang tebal dalam dirinya, sikap ini diterjemahkan dalam kepimpinan beliau.  Semenjak awal pembabitan Tun dalam politik telah menunjukkan pemikiran dan pandangan kritis beliau untuk bangsa melayu sehingga beliau di beri label 'Ultra Melayu'. Seterusnya, beliau berusaha dengan gigih untuk mengubah paradigma bangsa melayu agar menjadi satu bangsa yang boleh berdikari dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain. Akibat daripada usaha keras beliau yang konsisten tanpa mengenal erti jemu, kini bangsa Melayu boleh berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai. Tetapi, malangnya terdapat segelintir bangsa melayu yang lupa atau tidak tahu sejarah dan tidak tahu bagaimana usaha yang telah dilakukan semenjak dahulu lagi untuk mengubah sikap mereka. Oleh kerana mereka lahir dizaman dimana bangsa Melayu boleh berdiri dengan kaki sendiri, mereka menyangka keadaan ini adalah lahir secara semula jadi dan mereka tidak tahu bahawasanya kehidupan bangsa Melayu pada hari ini adalah lahir dari satu proses perubahan dan transformasi yang telah diusahakan sejak dahulu agar Melayu menjadi bangsa yang serba boleh dan dihormati.
 

10. Seterusnya, program Kembara ini meneruskan perjalanan ke sebuah Pulau yang telah melalui transformasi yang pesat iaitu Pulau Langkawi. Sekali lagi sentuhan Tun Dr. Mahathir dapat dilihat di Pulau ini dimana dalam masa yang singkat, Pulau ini telah berkembang dengan pesat dan melalui proses perubahan yang sangat ketara.
 
11. Destinasi seterusnya adalah membuat lawatan ke pusat penjagaan anak-anak yatim NurKasih. Ini adalah salah satu daripada program khidmat masyarakat yang dapat disumbangkan oleh Kelab CheDet. Melalui lawatan ini, peserta Kembara telah meluangkan masa bersama adik-adik di rumah NurKasih ini. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk menceriakan penghuni rumah Nurkasih disamping bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah penginapan.
 
Meluangkan masa bersama penghuni Rumah Nurkasih
 
 11. Kemudian, Kembara diteruskan ke Galeria Perdana, Langkawi. Galeria ini menempatkan semua cenderamata yang diperolehi oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana terlalu banyaknya hadiah yang beliau dapat, galeria yang terdiri daripada 3 buah blok bertingkat ini tidak dapat menampung keseluruan hadiah beliau dalam satu masa. Kesemua hadiah beliau terpaksan dipamerkan secara pusingan dimana untuk setahun barang-barang di galeria ini ditukar sebanyak 3 kali.
 





Galeria Perdana, Pulau Langkawi

 
12. Disini dapat dilihat keperibadian Tun Dr. Mahathir yang tinggi. Beliau tidak mengambil walau satupun barang-barang yang diberikan kepadanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau, kesemua hadiah ini diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Dr. Mahathir Mohamad, oleh itu, barang-barang ini adalah milik negara Malaysia. Lihatlah keperibadian yang mulia ini dimana barang-barang yang beliau perolehi yang dipamerkan disini ada yang bernilai jutaan ringgit. Setiap barang dari sebesar-besar jet pejuang sehinggalah kepada sekecil-kecil batu jade, semuanya diserahkan kepada Galeria Perdana. Sehinggakan, beliau menulis surat kepada Galeria Perdana sekiranya beliau ingin meminjam barang untuk tujuan rujukan.
 
13. Satu perkara yang saya perasan semasa di Galeria ini adalah, dalam banyak-banyak kereta yang dipamerkan (terlalu banyak kereta, kereta F1 pun ada), tidak ada satu pun kereta Proton Saga. Kalau kita masih ingat, semasa kepimpinan Pak Lah, akibat tindakan yang kurang cerdik yang dibuat oleh J/Kuasa Pengarah Proton yang menjual beberapa aset Proton dengan cara yang salah telah menimbulkan kekecewaan Tun Dr. Mahathir. Akibatnya, beliau memulangkan kembali setiap model Proton Saga yang beliau dapat kepada Proton. Itulah sebabnya kenapa tiada satupun kereta Proton Saga dipamerkan di Galeria Perdana ini.
 
14. Acara kemuncak dalam Kembara ini adalah sessi `Santai bersama Tun M' dimana dalam sessi ini, Tun M telah sudi untuk berjumpa dengan peserta Kembara dan telah meluangkan masa untuk bertukar-tukar fikiran secara santai. Kelainan yang dibuat dalam program ini adalah, bualbicara ataupun sessi soal jawab dalam program ini memfokuskan kepada kehidupan Tun Dr. Mahathir dan bukannya politik ataupun negara. Ini menjadikan suasana sessi soal jawab ini lebih santai dan diisi dengan kelucuan apabila Tun mengimbau kembali sejarah kehidupan beliau. Diantara soalan-soalan yang diajukan adalah "Adakah gigi Tun adalah gigi asal atau gigi palsu ?" " Kenapa Tun menyimpan Jambang semasa muda?" "Pernahkah Tun Siti merajuk? , Apakah sebabnya ? dan bagaiman Tun memujuknya ?"  dan banyak soalan-soalan lain. Suasana santai ini telah mewujudkan persekitaran yang menggembirakan disepanjang program tersebut dan dapat memberi pengetahun mengenai Tun M yang jarang atau tidak akan ditemua dalam mana-mana penulisan.
 
Program Sembang Santai bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah

15. Kegembiraan jelas terpampang di wajah Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah di sepanjang program `Sembang Santai' ini berlangsung. Ini dapat dilihat dari wajah-wajah Tun berdua yang dirakam seperti dibawah.



Wajah-wajah ceria Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah

16. Program Kembara ini berakhir selepas selesainya acara sembang santai dan selepas makan tengahari bersama kedua-dua Tun, peserta Kembara memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Banyak pengajaran dan pengetahuan yang amat berharga dapat diperolehi disepanjang program Kembara ini. Maklum balas yang diberikan oleh semua peserta yang terlibat adalah amat positif dan Kembara II insyaAllah akan menyusul.
 
17. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan JawatanKuasa Penganjuran Kembara Tun M dari Kelab CheDet kerana telah menjayakan program ini dengan sempurna. InsyaAllah, semangan perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk agamanya, bangsanya dan negaranya akan diteruskan oleh generasi baru dan akan datang.
 

November 19, 2012

Mengapakah mereka terus menerus memalukan Islam ?

1. Saya hairan dan terkejut melihat video bacaan doa ini yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan. Saya tidak tahu siapa yang membacanya. Mungkin orang ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama Islam dan tidak tahu adab-adab dalam berdoa.
 
 

 
2. Mengapa mereka mendoakan kehancuran kepada sesama Islam ? Adakah ini yang diajar oleh Islam ? adakah ini contoh yang cuba mereka tunjukkan ? Adakah ini akhlak peribadi mereka ?
 
3. Diberitakan, sembahyang hajat ini diadakan oleh PAS di Kelantan. Dalam doa ini, mereka minta Allah hancurkan UMNO/BN. UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Ini bermakna mereka berdoa agar Allah hancurkan parti yang berjuang untuk agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
 
4. Mengapa mereka tidak menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai ikutan ? Kalau mereka mempunyai pengetahuan agama, sudah tentu mereka akan mengikut contoh Rasulullah. Tapi sayang,, rupanya pengetahuan mereka tidak cukup tinggi lagi.
 
5. Mendengar setiap patah perkataan dalam doa ini juga menunjukkan bahawa imam yang berdoa ini tidak faham dan tidak tahu apa yang dia perkatakan. Dia merujuk kepada masalah jenayah seperti rompak dan rogol kepada UMNO/BN dan menjadikan ini sebagai asas untuk mendoakan kehancuran. Kemanakah perginya akal fikiran mereka ? Mengapa mereka tidak mahu berfikir walaupun sedikit ?
 
6. En. Nik Aziz dan En. Hadi Awang pula menyokong doa ini. Mereka mengetepikan kebenaran semata-mata untuk menyokong perbuatan yang salah. Mereka meletakkan kuasa politik sebagai perkara utama dan membelakangkan kebenaran.
 
7. Sebagai orang Islam yang sayangkan agamanya sudah pasti tidak akan menyokong mereka. Orang Islam yang sayangkan agama akan menolak mereka ini yang mengutamakan kuasa politik sehingga membelakangkan kebenaran.
 
8. Melihat kepada keperibadian mereka, mereka telah mencemarkan nama baik agama Islam. Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan menyedari kesilapan mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

October 19, 2012

AES sebagai satu sistem untuk kebaikan masyarakat

1. Saya agak hairan apabila terbaca tulisan-tulisan yang menentang sistem AES. Saya tertanya-tanya, adakah mereka memahami sistem AES ini ? atau mereka tidak langsung meluangkan masa untuk berfikir ?

2. Sistem AES ini seperti yang pernah dituliskan sebelum ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

3. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi. 

4. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik  suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam hadlaju. Nescaya dalam masa yang singkat berpuluh-puluh juta boleh dikutip.

5. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan lah menyebabkan, lokasi kamera ini diwarwarkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papantanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Ish, memalukan sungguh melihat mentaliti masyarakat di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa hadlaju dilebuhraya hanya 90km/j ?  Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi dilebuhraya yang menghampiri pusat bandar, hadlajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yg lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 80km/j. Perubahan hadlaju ini sepatutnya mudah difahami, kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati. 

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. hadlaju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (london contohnya), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph(60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya.  Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera hadlaju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

10.Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Disinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

11. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan dikawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa, kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi hadlaju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

12. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan dikawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamer. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda hadlaju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan hadlaju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

13. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

14. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahn-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong dikawasan garisan berkembar, membuat pusingan U dikawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya, satu hari nanti, masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

15. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.


16. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

17. Susah rupanya untuk mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia. Mungkin sebab inilah Tun Dr. Mahathir berkatan "perjuangan belum selesai". Perjuangan ini mungkin bermaksud perjuangan untuk mengubah mentaliti masyarakat.

October 14, 2012

PAS lebih mengutamakan politik daripada kebenaran

1. Baru-baru ini, ustaz Nasha mengeluarkan kenyataan yang bermaksud, PAS tidak mengutamakan Islam sebaliknya mengutamakan kuasa politik apabila bersama dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya, beliau menyarankan agar PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan. Desakan ini sering diulang oleh beliau.

2. Lanjutan daripada itu, pemimpin-pemimpin PAS membalas kenyataan dengan mengatakan PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat sebagai salah satu bentuk tahaluf siyasi yang diharuskan dalam Islam.

3. Malangnya PAS tidak faham maksud tahaluf siyasi. Bekerjasama dengan bukan islam dibolehkan dengan syarat Islam tidak dibelakangkan, dengan syarat Islam menjadi komponen yang dominan dan dengan syarat Islam diutamakan.

4.  Islam mengutamakan kebenaran. Islam benci kepada penipuan/fitnah dan manipulasi. Sekiranya Islam diutamakan, ini bermakna kebenaran diutamakan. Malangnya, PAS tidak mengutamakan kebenaran. Mereka mengutamakan politik daripada kebenaran. Dalam apa-apa isu atau perkara sekalipun, kebenaran tak boleh dipinggirkan. Tidak guna cakap pasal Islam, kalau kebenaran dipinggirkan.

5. Mungkin PAS telah melihat kuasa yang mereka dapat lanjutan daripada Pilihanraya 2008. Bersama dengan Pakatan Rakyat, mereka telah boleh membentuk beberapa kerajaan negeri. Mungkin kuasa politik inilah yang dinanti oleh mereka dan berharap kuasa ini akan berterusan dan meningkat selepas PRU 13. Oleh sebab itu, kebenaran tidak lagi diutamakan oleh mereka.

6. Terdapat banyak contoh dimana PAS dan pakatan rakyat tidak mengutamakan kebenaran. Diantaranya adalah seperti berikut :-

  • Dalam isu tuduhan Najib dan Altantuya. Mereka tidak mahu mencari kebenaran dan turut sama bersama golongan yang membuat fitnah dan penipuan terhadap Najib. Kebenaran tak diutamakan.
  • Dalam isu tuduhan mengenai scorpene. Mereka tidak mahu mencari kebenaran, tidak mahu melihat kebenaran dan bersama golongan yang membuat manipulasi dan penipuan. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu tuduhan liwat II Anwar Ibrahim. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dimana tuduhan dibuat oleh pekerja Anwar. Sebaliknya, mereka menuduh atau memfitnah UMNO sebagai dalang dalam tuduhan tanpa berlandaskan apa-apa kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu video seks. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dimana orang yang membuat dakwaan adalah rakan Anwar sendiri. Sebaliknya, mereka turut sama menuduh UMNO sebagai dalang dalam dakwaan ini dan bersama golongan yang terus menerus memfitnah UMNO. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu serbuan JAIS terhadap gereja DUMC. Mereka tidak mahu mencari kebenaran dan tidak mahu melihat kebenaran sebaliknya turut menuduh dan mengaitkan UMNO. Kebenaran mengenai isu tersebut dipinggirkan dan diganti dengan tuduhan mainan politik. Kebenran tidak diutamakan.
  • Dalam isu Lynas. Mereka tidak mahu melihat kebenaran sebaliknya membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa asas kebenaran. Mereka membuat demonstrasi dengan tuduhan yang salah. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu royalti minyak Kelantan. Mereka tidak mahu melihat kebenaran bahawa Kelantan tidak ada hak terhadap minyak tersebut kerana ianya bukan didalam kawasan negeri Kelantan. Tetapi, mereka terus menuduh kerajaan merampas hak sehingga sanggup membuat pelbagai doa diatas kegagalan mereka melihat kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu harga minyak. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dengan menuduh kerajaan zalim kerana menaikkan harga minyak sedangkan mereka tidak tahu bagaimana harga minyak ditentukan dan bagaimana mekanisme subsidi dalam penentuan harga minyak. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu hudud. Mereka menuduh UMNO menolak hukum Allah sedangkan UMNO tidak pernah menolah hukum Allah. UMNO hanya menolak hukum hudud PAS kerana ianya bercanggah dengan hukum Islam. Perlaksaanaan hukum Islam belum dilaksanakan lagi adalah kerana faktor kekangan dari sudut perundangan dimana untuk meminda perlembagaan berkenaan undang-undang, majoriti 2/3 diperlukan dan ahli Parlimen Islam tidak pernah mencapai 2/3 dalam parlimen. PAS seolah-olah mengenepikan kebenaran ini dan terus berretorik untuk melaksanakan hudud PAS sedangkan mereka tahu tanpa sokongan 2/3 di Parlimen, undang-undang tidak boleh diubah. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu `better the devil you know'. Mereka tidak mahu berusaha mencari kebenaran disebalik peribahasa Bahasa Inggeris tersebut dan akibatnya mereka menuduh dan memfitnah Tun Dr. Mahathir kononnya Tun M mengatakan lebih baik Syaitan daripada Malaikat sedangkan peribahasa tersebut tidak merujuk kepada syaitan ataupun malalikat secara literal. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu tuntutan BERSIH. Mereka seoalah-olah menutup pemikiran mereka dari kebenaran dimana SPR telah berkali-kali menjelaskan dan menjawab semua isu yang dibangkitkan secara jelas. Malah semua tuduhan yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat, semuanya telah dijawab dengan fakta. Penambahbaikan juga telah dilaksanakan melalui sidang Parlimen. Tetapi PAS dan Pakatan Rakyat masih terus mengkaburi pemikiran masyarakat dan mengajak masyarakat untuk berhimpun secara salah. Mereka bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi mereka juga bertindak tanpa berlandaskan kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu sokongan Anwar terhadap Israel. Mereka seolah-olah melupakan isu ucapan Anwar tersebut dan sebaliknya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dagang dengan Israel melalui pendedahan-pendedahan yang salah. Diatas kegagalan mereka mencari kebenaran, mereka memfitnah kerajaan mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Kebenaran tidak diutamakan.
7. Mengapakah mereka menutup mata dan fikiran daripada kebenaran-kebenaran ini ? Adakah mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa ?  Bukankah dalam Islam, kita dilarang berbicara sesuatu yang kita tiada pengetahua ? Kalau tiada pengetahuan, mengapa turut sama bersama golongan yang menipu dan memfitnah ?

8. Sebenarnya terdapat banyak lagi contoh-contoh tindakan PAS dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang membelakangkan kebenaran. Senarai diatas adalah sebahagian kecil sahaja.Mungkin, mereka terpaksa melakukan demikian demi untuk merampas kuasa dalam politik negara. Mereka berharap agar ada masyarakat yang tidak mahu berfikir dan terpedaya dengan tuduhan mereka. Bukankah ini menunjukkan mereka mengutamakan kuasa politik melebih kebenaran ? Bukankah ini menunjukkan mereka mengutamakan kuasa politik daripada Islam. Ingat, Islam itu benar dan amat mengutamakan kebenaran. 

9. Dengan tidak mengutamakan kebenaran, mereka mudah membuat tuduhan dan penipuan. Tuduhan seumpama ini boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah. Tetapi kebencian yang ditimbulkan ini berasaskan kepada penipuan/manipulasi yang disebarkan. Tidakkah mereka yang berpengetahuan agama sedar kesilapan besar mereka ini ?

10. Ini hanyalah contoh-contoh berkenaan `mengutamakan kebenaran' yang dituntut dalam Islam. Ini belum masuk lagi dengan ketidakupayaan PAS menyaingi kuasa dominan DAP dalam Pakatan Rakyat. DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Islam. DAP tidak pernah bersetuju dengan Negara Islam. Banyak contoh-contoh dimana PAS terpaksa akur dan tunduk kepada desakan DAP. Adakah ini dinamakan tahaluf siyasi ? Jawapanya tidak.

11. Kesimpulannya, PAS tidak mengutamakan kebenaran. Mereka lebih mengutamakan politik sehingga menutup mata dan fikiran daripada kebenaran. Mereka sanggup bersekongkol dengan gologan yang menjadikan penipuan /fitnah/manipulasi sebagai modus operandi dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan. Tidak cukup dengan itu, mereka turut sama menyahut pembohongan yang dilakukan. Adakah PAS bersikap `matlamat menghalalkan cara' ?

October 12, 2012

Sistem AES pun nak dipolitikkan ?

1. Kerajaan telah melaksanakan sistem `enforcement' yang baru yang dinamakan Automatic Enforcement System(AES).

2. Sistem ini adalah sistem rakaman berkamera untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Sistem ini bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak negara-negara maju didunia telah lama menggunakan sistem ini.

3. Di UK, misalnya, sistem berkamera ini telah lama digunakan dan penggunaannya adalah meluas. Di kawasan-kawasan tertentu terutama di jalan raya atau lebuh raya yang menghampiri pusat bandar dan di kawasan-kawasan kediaman, sistem kamera ini digunakan.

4. Semasa di UK, saya suka melihat sikap pemandu di sana yang majoritinya memandu dalam kelajuan yang munasabah. Adalah perkara biasa apabila pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan-kawasan berkamera. Walaupun selepas melalui kamera, ada yang memandu agak laju, tapi tidaklah terlampau laju.

5. Pada ketika itu, saya mengharapkan agar Malaysia juga menggunakan sistem sedemikan rupa agar ianya boleh mendidik masyarakat agar memandu dengan perlahan. Bagi saya, sistem seperti ini adalah jauh lebih baik daripada cara yang digunakan di Malaysia sebelum ini iaitu dengan polis menyorok di kawasan-kawasan tertentu. Bagi saya, cara menyorok itu bukanlah boleh mendidik tetapi ianya lebih kepada menghukum. Untuk mengubah sikap masyarakat, mendidik adalah lebih baik.

6. Mendidik sikap pemandu di Malaysia perlu dibuat melalui `strict enforcement'. Mungkin hanya dengan cara tindakan tegas sahajalah sikap pemandu di Malaysia dapat dibentuk agar menjadi lebih bertamadun dan suka mengikut peraturan.

7. Malangnya, sistem yang boleh mendidik seperti AES ini tidak terlepas dari mainan politik pembangkang. Mungkin mereka tiada kerja, oleh itu, mempolitikkan dan membangkang segala-galanya adalah kerja senang yang mereka boleh buat. Sebab itulah boleh dikatakan bahawa pembangkang di Malaysia ini tidak berkualiti.

8. Baru-baru ini, Mahfuz Omar dalam kenyataanya yang disiarkan Harakahdaily mengaitkan sistem AES ini dengan kroni BN. Seperti biasa, perkara yang ada dalam fikiran mereka di kalangan pembangkang ini adalah politik. Mereka tak boleh dipisahkan dari politik. Bagi mereka, politik paling utama sehingga mereka mudah memanipulasi, menipu dan memfitnah semata-mata kerana politik. Kebenaran sudah tidak penting bagi mereka. Kenyataan Mahfuz boleh dibaca di sini.sila klik link ini



9. Mungkin sikap pemimpin pembangkan ini tidak suka mengikut peraturan. Mereka selalu melanggar peraturan dan undang-undang. Mungkin diatas sebab itu, mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikut peraturan.

10. Untuk menguruskan sistem seperti AES ini, sudah tentu ianya memerlukan penyelenggaraan, pemantauan dan juga kalibrasi. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk pengurusan sistem ini diswastakan. Kita tidak mahu sistem ini bermasalah dan menjadi gajah putih di kemudian hari sekiranya sistem ini tidak diselenggara dengan baik.

11. Untuk pengetahuan bagi mereka-meraka yang mahu berfikir, sistem ini bukan bertujuan untuk mengutip duit atau menghukum. Sistem ini bertujuan untuk mendidik sikap pemandu agar memandu dengan perlahan dan mematuhi hadlaju yang ditetapkan.

12. Oleh kerana ianya berkonsepkan mendidik, maka lokasi kamera diwarwarkan. Kamera ini juga boleh dilihat dari jauh dan papan kenyataan juga diletakkan sebelum lokasi kamera ini supaya pemandu boleh bersiap sedia untuk memperlahankan kenderaan.

13. Tidak menjadi masalah sekiranya, pemandu hanya memperlahankan kenderaan di lokasi kamera dan selepas itu, melajukan semula kenderaan masing-masing. Ini kerana, pembentukan dan perubahan sikap tidak akan berlaku dengan drastik. Ianya memakan masa. Buat permulaan, pemandu akan memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera, dan apabila perkara ini menjadi rutin, maka lama-kelamaan, pemandu akan sentiasa mengambil berat hadlaju sesuatu kawasan dan akan biasa memandu dengan perlahan.

14. Sekiranya pemasangan kamera ini dibuat dengan lebih meluas (difahamkan sebanyak 830 kamera lagi akan dipasang di Seluruh Malaysia), maka pemandu akan terpaksa memperlahankan kenderaan di banyak kawasan. Seterusnya, tabiat memperlahankan kenderaan ini akan menjadi rutin kebiasaan dan pemandu akan memandu dengan hadlaju yang ditetapkan dan tidak lagi memandu dengan begitu laju. InsyaAllah, sistem ini akan memberi kesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

15. Saya amat gembira apabila melihat  pemandu memperlahankan kenderaan dikawasan kamera ini dan dapat dilihat semua kereta bergerak dengan halaju yang sama dan teratur. Kalau pemandangan seperti ini berlaku di kebanyakkan jalanraya/lebuhraya di Malaysia, InsyaAllah pemanduan kereta akan menjadi lebih menyenangkan dan lebih berhemah.

16. Lokasi kamera diberitahu, papan kenyataan amaran diletakkan lebih awal, kamera juga terpampang secara jelas. Sekiranya, masih ada pemandu yang memandu dengan laju sehingga ditangkap gambarnya dan disaman, jangan salah kan sistem ini. Salahkan diri anda sendiri yang terlalu bengap dan tak faham bahasa. Jangan gunakan alasan seperti `mengkayakan kroni' untuk menutup kebodohan anda.

September 27, 2012

FAQ : Isu Tuntutan Royalti Minyak (Versi Ringkas)

Soalan 1
Mengapa artikel ini dibuat ?

Jawapan
Artikel ini adalah versi ringkas untuk fakta-fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak. Versi panjang yang beserta dengan sumber rujukan boleh dilihat  disini.

Soalan 2
Kenapa Akta Petroleum 1974 ditandatangani ?

Jawapan
Akta Petroleum 1974 adalah merujuk kepada penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali minyak oleh negeri-negeri kepada Petronas secara mutlak tanpa boleh dibatal.

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan penyerahan hak oleh negeri-negeri kepada Petronas?

Jawapan
Ini bermaksud, penyerahan hak yang dimiliki oleh negeri.Negeri memberikan hak yang dimiliki oleh negeri yang berada dalam kawasan pantai atau diluar pantai negeri kepada Petronas.

Soalan 4
Sebagai balasan,apa yang kerajaan negeri dapat daripada Petronas?

Jawapan
Menurut Akta Petroleum 1974, minyak diambil dari dalam pantai atau diluar pantai negeri akan diberi bayaran tunai.

Soalan 5
Apakah dia sempadan atau kawasan hak negeri ?

Jawapan
Sempadan atau kawasan yang menjadi hak negeri adalah seperti yang digariskan oleh Kanun Tanah Negara 1965 yang meliputi semua kawasan tanah dan perairan yang dihadkan kepada had perairan wilayah (territorial waters) kecuali kawasan-kawasan tertentu seperti tanah rizab dan sebagainya.

Soalan 6
Macam mana nak tahu apakah sempadan perairan wilayah (territorial waters) ?

Jawapan
Sempadan perairan wilayah(territorial waters) disebut dalam Ordinan Darurat 1969 yang digunapakai sehingga December 2011 dan Akta Perairan Wilayah (Akta 750) yang menggantikan ordinan darurat yang bermula pada Jun 2012. Sempadan hak negeri adalah kawasan perairan yang tidak melebihi 3 batu nautica.

Soalan 7
Kalau diluar 3 batu nautica, adakah ianya hakmilik negeri ?

Jawapan
Tidak, Ianya menjadi hakmilik kerajaan persekutuan yang mana perairan wilayahnya adalah sehingga 12 batu nautica dan diikuti pula dengan zone ekonomi eksklusif negara sehingga 200 batu nautica.

Soalan 8
Kalau ianya bukan hakmilik negeri, bolehkah negeri menuntuk bayaran tunai seperti yang tertulis dalam Akta Petroleum 1974?

Jawapan
Tidak. Ini kerana penyerahan hak yang dibuat oleh negeri adalah hanya kawasan dibawah hak negeri. Anda hanya boleh memberi hak kepada orang lain apa yang menjadi hak anda.

Soalan 9
Kenapa Kelantan diberi wang ehsan?

Jawapan
Kelantan diberi wang ehsan adalah diatas budibicara kerajaan pusat yang berbesar hati memberi sumbangan wang untuk kegunaan rakyat kelantan.

Soalan 10
Adakah Terengganu layak mendapat wang royalti?

Jawapan
Tidak, Terengganu juga tidak layak mendapat bayaran tunai kerana tempat mencarigali adalah diluar kawasan hak milik Terengganu.

Soalan 11
Kenapa Terengganu mendapat royalti sebelum ini yang kemudiannya ditukar kepada wang ehsan dan kemudian kepada royalti semula ?

Jawapan
Sama seperti Kelantan, bayaran ini adalah atas budibicara kerajaan pusat. Samada royalti atau wang ehsan, ianya merujuk kepada perkara yang sama iaitu bayaran tunai.Cuma berbeza terminologi.

Soalan 12
Apa beza royalti dengan wang ehsan

Jawapan
Kedua-duanya adalah bayaran tunai. Yang membezakannya adalah, royalti diberi kepada kerajaan negeri dan wang ehsan disalurkan terus kepada rakyat melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan). Ianya adalah entiti kerajaan persekutuan di negeri-negeri untuk urusan pembangunan negeri.

Soalan 13
Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Mengapa mereka diberi bayaran royalti?

Jawapan
Sabah dan Sarawak mempunyai perjanjian lain yang telah ditandatangani tidak dipunyai oleh mana-mana negeri di Semenanjung  yang membolehkan mereka mendapat bayaran royalti. Perjanjian ini adalah salah satu keistimewaan semasa kemasukan mereka ke Malaysia.

Soalan 14
Kenapa kerajaan negeri Kelantan melabelkan kerajaan pusat sebagai zalim kerana merampah haknya?

Jawapan
Mereka berbuat demikian, mungkin kerana terpedaya dengan hasutan yang mengatakan minyak yang dijumpai adalah hakmilik mereka sedangkan minyak itu dijumpai diluar sempada negeri mereka.

Soalan 15
Adakah pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai sudut perundangan ini?

Jawapan
Berdasarkan tindakan Anwar Ibrahim mahu membuat pindaan terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan memasukkan kawasan zon ekonomi eksklusif sebagai kandungan perjanjian membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai peruntukan undang-undang dalam hal ini. Ini membuktikan mereka sedar bahawa berdasarkan kebenaran fakta undang-undang, kawasan carigali itu bukanlah hakmilik kerajaan negeri.

Soalan 16
Bagaimana nak selesaikan kemelut ini?

Jawapan
Sekiranya kerajaan negeri sedar akan hakikat bahawa kawasan penemuan minyak itu bukan milik mereka, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk memohon pertimbangan budibicara kerajaan pusat untuk menambah peruntukan wang ehsan atau memohon dengan cara baik agar wang ehsan itu disalurkan kepada kerajaan negeri seperti yang dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Sekiranya pendekatan yang baik,berbudi bahasa dan penuh hikmah digunakan, InsyaAllah, kerajaan pusat mungkin boleh mempertimbangkannya.

September 26, 2012

FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak


  1. Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain.  
  2. Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.
  3. Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran
  4. Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.
  5. Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan

  1. Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.
  2. Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.
  3. Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
  4. Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
  5. Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
  6. Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.
  7. Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
  8. Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.
  9. Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.


Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'
               

    Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965

Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

  • Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
  • Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
  • Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.
Dakwaan 2 

Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. 

Jawapan

  1. Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
  2. Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974

     3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.

 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.



Dakwaan 3
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan
  1. JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan. 

Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan 
  
  1. Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.
  2. Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik. 
  3. Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.

Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5
Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.

Dakwaan 6
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.
Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.
Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-


Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.