January 12, 2013

Anggaran sebenar jumlah peserta HKR KL112



Update 3


- Kalau hendak menggunakan kaedah crowd calculation yang biasa digunakan oleh banyak negara, boleh rujuk ke atikel terbaru di sini. Sila rujuk artikel ini untuk kaedah pengiraan yang lebih tepat: http://chewal.blogspot.kr/2013/01/pengiraan-crowd-di-hkr-kl112.html

Update 2

- Ada yang mencadangkan untuk menggunakan saiz ~ 1.2 meter persegi untuk saiz anatomy manusia. Okay saya tambah sedikit 30cm untuk kiri & kanan, kita jadikannya 1.5 meter persegi.

- Beberapa perubahan assumption perlu dibuat. Ini kerana dalam perkiraan awal, saya menggunakan saiz kawasan yg besar spt saiz padang yang gergasi untuk compensate dengan saiz 4 meter persegi atau 2 meter persegi. Kalau kita pilih untuk rigid, maka saya perlu menukar saiz padang kpd saiz yg lebih logik iaitu 8,000 meter persegi (lebih besar sikit dari saiz padang Old Trafford, Manchester United).

- Assumptions untuk kotak-kotak di luar stadium sebelum ini tidak menolak kawasan-kawasan bangunan,pokok, kolam kecik dan lain-lain kerana untuk compensat dengan saiz manusia yg besar. Kalau memilih untuk rigid, maka saya anggarkan 70% kawasan diluar ini dipenuhi manusia.

-Pengiraan baru :-

saiz luas kawasan seorang manusia (ample space) : 1.5 meter persegi
saiz padang : 8,000 meter persegi, so: 8,000 / 1.5 = 5,300 orang
saiz kotak1 dan kotak2 : 70% dari 20,000 meter persegi = 14,000 meter persegi.
oleh itu, bilangan manusia : 14,000 / 1.5 = 9,300 orang
Kapasiti tempat duduk (fully occupied) : 30,000

Jumlah keseluruhan : 30,000 + 5,300 + 9,300 = 44,600 orang

Masih lagi sekitar 45,000 ribu orang.

Update

- mungkin ada yang beranggapan saiz 4meter persegi adalah terlalu besar. Saiz ini saya pilih untuk mewujudkan ruang keselesaan dan untuk duduk sekali.

- saiz normal badan manusia dari bahu ke bahu adalah 0.8m dan dari depan ke belakang adalah 0.5m. Kalau kita memilih saiz 1m x 1m, ianya terlalu sempit dan mungkin tiada ruang bernafas dan tiada ruang untuk duduk

- Kalau tidak suka dengan saiz 4 meter persegi, kita boleh pilih saiz 2m x 1m iaitu ....2 meter persegi.

Berdasarkan pengiraan saiz 2 meter persegi (darabkan orang atas padang dan diluar yg asal dengan 2)
oleh itu :-

atas kerusi stadium : 30,000
atas padang : 5,400
diluar : 9,700

Jumalah kesemua : 45,100 orang.

(Nota: saiz padang ini terlalu besar...lebih besar dari Old Traffod)

Teks asal :-

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 diadakan oleh pakatan pembangkang petang tadi.
 
2. Berlainan dengan perhimpunan haram sebelum ini, perhimpunan kali ini mendapat permit polis dan penganjur perhimpunan akur dengan lokasi Stadium Merdeka.
 
3. Perhimpunan sebelum ini, walaupun dicadangkan di stadium, tapi penganjur tetap berdegil dan tetap mahu menjalankannya di jalan raya dan di Dataran Merdeka.
 
4. Mengadakan perhimpunan di stadium memudahkan pengiraan peserta. Ini kerana kapasiti stadium diketahui.
 
5. Seperti Sambutan Ulangtahun UMNO yang dibuat di Stadium Bukit Jalil, tahun lepas, mudah untuk mengetahui jumlah peserta iaitu lebih kurang 100 ribut berdasarkan kapasiti stadium Bukit Jalil. Jumlah mungkin lebih besar kalau diambil kira kawasan padang dan kawasa-kawasan luar.
 
6. Mari kita kira jumlah peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112. Saya memilih satu gambar yang dikira sebagai gambar yg menunjukkan crowd paling ramai iaitu gambar di bawah. Saya andaikan gambar ini gambar sebenar tanpa di photoshop.
 
 
 
7. Saya gunakan Google Map untuk mengira jumlah luas kawasan yang mempunyai peserta. Sila rujuk gambar dibawah
 
 
 
Pengiraan jumlah peserta :- (perubahan merujuk kpd update 2 diatas)
 
Saiz seorang manusia berdiri dengan keluasan yg selesa : 4 meter persegi   1.5 meter persegi
Kapasiti Stadium Merdeka (tempat duduk) : 30,000 orang
 
Luas Padang : 10,800 meter persegi (worst case).Luas padang Old Traffod adalah 7140 meter persegi
oleh itu bilangan manusia diatas padang : 10,800 / 4 = 2,700 orang   8,000 / 1.5 = 5,300 orang
 
Luas kotak 1 di (luar stadium) : 11,970 meter persegi, 70% occupied = 8,300 meter persegi
Oleh itu bilangan manusia : 11,970 / 4 = 3,000 orang  8,300 / 1.5 = 5,500 orang
 
Luas kotak 2 di (luar stadium) : 7,400 meter persegi, 70% occupied = 5,180 meter persegi
oleh itu bilangan manusia :  7,400 / 4 = 1,850 orang  5,180 / 1.5 = 3,400 orang
 
Oleh itu, Jumlah keseluruhan : 30,000 + 2,700 + 3,000 + 1,850 = 37,550 orang.
Jumlah keseluruhan yang baru (merujuk update 2): 30,000 + 5,300 +5,500 + 3,400 = 44,200 orang
 
8. Perhatian: dalam pengiraan ini, setiap manusia mengisi sepenuhnya padang, kotak 1 dan kotak 2 tanpa mengira poko-pokok dan bangunan yang ada.
 
9. Oleh itu, ini adalah worst case scenario. Apa yang menariknya adalah anggaran ini tidak jauh berbeza dengan anggaran yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitan 40,000 - 45,000 orang. Ini adalah kali kedua pihak polis memberikan anggaran yang hampir sama dengan pengiraan crowd. Pandai jugak polis buat anggaran.
 
10. Oleh itu, anggaran sebenar peserta adalah dibawah 37,000 orang. Mungkin inilah sebabnya kenapa pihak penganjur tidak mahu buat di Stadium Bukit Jalil. Kerana kapasiti yg besar akan mengakibatkan hanya 1/3 sahaja stadium dipenuhi. Satu pemandangan yang amat menyedihkan.
 

60 comments:

Sam@PakTehKeramat said...

Satu perobality yg munasabah. Terbaik Bro....

Anonymous said...

keluasan seorang berdiri 4 meter persegi? yeah right brader -Firdaus

Anonymous said...

better gune 1m2..packed snang kire.
luar stadium sy gune 200mx150m=30000
so 1x30000=30000 org la trmsk dok dlm longkang, atas bumbung, dlm tiang, dok atas pokok, dlm tokong, wartawan, blogger umno etc..dlm stadium 150mx100m=15000 so 1x15000=15000 org trmsk yg dok dlm tembok n double counting
so jmlh 30000+15000+30000=75000

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Satu pengiraan yang bagus. Cuma ada beberapa persoalan yang saya ingin lontarkan di sini.

1. Boleh saya tau dari resource mana atau any published paper yang saudara rujuk untuk support hujah saudara mengatakan Saiz seorang manusia berdiri dengan keluasan yg selesa adalah 4 meter persegi? Ini penting bagi menguatkan lagi hujah saudara.

2. Dari video yang saya lihat di sini tidak kelihatan kedudukan setiap peserta himpunan mencecah 4 meter persegi. 1 meter persegi pun macam tak cecah. Boleh saudara ulas tentang video ini? Boleh capai di link di bawah:

https://www.facebook.com/photo.php?v=10101834736969287

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=sF4M0Px8KYc

Unknown said...

Bagus bro..terbaik..sengaja mereka tak nak stadium bukit jalil kerana takut jumlah yg hadir tak penuh stadium..

Anonymous said...

saya telah melihat klip video seperti yg disediakan oleh saudara/saudari di atas . berdasarkan pengamatan saya , para peserta kelihatan DUDUK di atas padang dalam stadium , jadi sesuailah kedudukan selesa bagi seseorg ialah 4 METER PERSEGI

CheWal said...

saiz 4 meter persegi mengambil kira keselesaan sekali termasuk berdiri dan duduk. maknanya.... 2 meter panjang kali 2 meter lebar. Ini saiz yg selesa.

kalau kita kurang kan ke 2 meter persegi, iaitu 2m panjang kali 1 meter lebar...lebih sempit sikit.... jumlah kesemua peserta adalah lebih kurang 42K (nota: bilangan peserta di tempat duduk tidak berubah iaitu 30,000)

saiz padang bola pula saya ambil saiz yg terlalu besar iait 10,800 meter persegi. sedangkan saiz Old Trafford hanyalah 7,400 meter persegi

saiz padang stadium merdeka mungkin lebih kecil dari saiz padang di Old Trafford....

kalau saiz padang ini lebih kecil, maka bilangan orang akan menjadi lebih sedikit

pengiraan saiz ini termasuk pokok-pokok dan bangunan yang ada di luar. Tidak mungkin ada orang di atas pokok atau diatas bangunan...

ambil kira kesemua faktor ini, anggaran 37K atau maximum 40K adalah agak tepat

CheWal said...

@anon 00.38,

saiz padang 100m x 150m ? ini bersamaan dengan 15,000 meter persegi !!! saiz padang bola paling besar adalh 10,800 meter persegi dan saiz Old Trafford hanyalah 7,400 meter persegi.

Adakah saiz padang di Stadium Merdeka lebih besar dari Old Trafford ? Mungkin tidak....

spt yg saya jelaskan dlm komen sebelum ini.... Maximum peserta kemungkinan besar adalah 40 ribu orang.

CheWal said...

@anon 0.08,

Lihat dalam video tersebut, terdapat banyak ruang diantara peserta dan ada ruang yang terlalu besar.

Anonymous said...

Terima kasih CheWal kerana memanafaatkan ilmu.

Bila yang cerdik bercakap dengan fakta, yang dungu tetap bercakap dengan auta..

Ramai atau sedikit orang dalam stadium bukan faktor kalah menang pilihanraya. Suatu ketika dulu PRK Pengkalan Pasir, lautan manusia membanjiri Stadium Pasir Mas, Kelantan.. PAS tetap tumPAS ketika itu.

Anonymous said...

kalo kiraan extreme seorg 1m persegi
untuk keluasan 190mX320m tanpa halangan boleh memuatkan 60800 org

[IMG]http://i1238.photobucket.com/albums/ff488/zaman_chem/IMG_20130113_005749_zps1df0144d.jpg[/IMG]

CheWal said...

@anon 01:16,

60,800 meter persegi is so huge ! Itu dah terlebih estimate. habis semua pokok, apartment, kereta, bangunan dilanggar.....hehe

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

tidak perlu kita takut dengan bilangan yg hadir, yang penting kerajaan wajib terus menerus, memberi sumbangan kepada rakyat.

CheWal said...

@anon 01:50,

ini bukan soal takut. Ini soal menunjukkan bagaimana overestimate dibuat oleh sesetengan pihak. Ada yang kata 100 ribu dan ada pula yang kata 500 ribu !

dan bagaimana PDRM boleh membuat anggaran yang hampir tepat.

Anonymous said...

40,000? Satu pengiraan dan penjelasn yg baik. Boleh x saudara kirakn skali kehadirn di himpunan rakyat 1 malaysia bsama tpm di bentong hari ini yg dikatakn mncecah 30,000 org tu? Dan boleh x kirakn skali kehdirn ke majlis parti india di semenyih bsama pdana mnteri tu yg dkatakn mncecah 15,000 org tu?

Bukan apa.. kalau dpt buatkn kiraan utk tu skali dan comparekn dgn kehadirn ke himpunan kebangkitn rkyat ni lg bagus. Boleh kuatkn lg hujah saudara.

Sekian.

Anonymous said...

uikkk... klu standard mcm tu kira kat semenyih, aku rasa ada dalam 1000 orang je lah.... hahaha

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Daripada penjelasan saudara, saya masih agak kurang bersetuju dgn mengatakan Saiz seorang manusia berdiri dengan keluasan yg selesa adalah 4 meter persegi. Berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada tentang anatomi badan manusia, in average,

Saiz berdiri yang selesa adalah 3 kaki x 3 kaki = 9 kaki persegi atau 0.84 meter persegi

Saiz duduk yang selesa adalah 4 kaki x 4 kaki = 16 kaki persegi atau 1.5 meter persegi

(Saudara boleh validate sendiri perkara ini dengan mencari paper reference atau buat kajian sendiri dengan menggunakan pelbagai saiz badan manusia.)

Pengiraan ini adalah termasuk ruang kosong seperti yang boleh dilihat di dalam video yang di share kan oleh anonymous di atas.

Since bukan semua yang berada di sana berdiri sepanjang masa dan duduk sepanjang masa dan berdiri sepanjang masa, kita perlu mengambil saiz average.

Saiz average = (1.5 meter persegi + 0.84 meter persegi )/2 = 1.17 meter persegi

Sekiranya mengikut method pengiraan saudara,

Kapasiti Stadium Merdeka (tempat duduk) : 30,000 orang

Luas Padang : 10,800 meter persegi (worst case).Luas padang Old Traffod adalah 7140 meter persegi
oleh itu bilangan manusia diatas padang : 10,800 / 1.17 = 9,230 orang

Luas kotak 1 di (luar stadium) : 11,970 meter persegi
Oleh itu bilangan manusia : 11,970 / 1.17 = 10,230 orang

Luas kotak 2 di (luar stadium) : 7,400 meter persegi
oleh itu bilangan manusia : 7,400 / 1.17 = 6,324 orang

Oleh itu, Jumlah keseluruhan : 30,000 + 9,230 + 10,230 + 6,324 = 55784 orang.

Sekiranya method pengiraan ini tepat dan kita buat pengiraan semula dengan mengambil kira luas padang sama dengan padang old Trafford dan digenapkan masih lagi melebihi 52,000 orang.

Maaf, sekadar pandangan. We can agree to disagree.

Anonymous said...

kahkahkah dok sibok kira... yg jib punya himpunan tanak kira... kahkahkah

Anonymous said...

dah kalau jenis nk kata laporan UMNGOK ngn suku sakat 3suku ni nk ckp mcm mn...aku dgn bapa aku, bapak aku, pakcik aku, purposely pilih lokasi2 yg berbeza.semata-mata nk tgk crowd..senang cite, toksah nk gdh bp ramai dtg, tapi JUJUR nya, dah lebih 10 tahun xde org ramai2 dtg dr pelusuk negara utk tunjuk protes apa yg x puas hati. BODOH pi gaduh pasal bp ramai. Yg sokong UMNGOK, ko pikir apa yg dituntut bkn gaduh. Yg tuntut tu utk korg jugak bangang...napalah bangang macai ni unlimited level. Ya Allah, Kau bukakanlah hati mereka2 yg masih gelap. Mereka boleh melihat tapi hati mereka nyata buta.

Anonymous said...

sial macai~ko tolong kira skali yg perhimpuan jibby buat tuu...aku nktgk..ha3~lembu!

Anonymous said...

apa lah yg dungu sangat? 4 METER? tau x 4 meter tu berapa besar???? ingat nk sumbat lembu apa? cuba tgk vdeo tu btl2...

CheWal said...

@anon 03:27,

sila rujuk bahagian update, telah saya tunjukkan pengiraan alterntive dengan mengambilkira 2meter persegi termasuk ruang keselesaan.

sekiranya ingin mengambil average saiz badan manusia yang terlalu rigid seperti dibawah 2 meter persegi, beberapa perubahan perlu diambil kira.

1. saiz manusia duduk (diatas padang) at least secara sisi,akan menjadi overlap kalau dibawah 2 meter...oleh itu, untuk duduk 2 meter persegi adalah tepat.

2. assumption untuk saiz padang perlu diubah krn saiz padang 10,800 meter persegi dipilih untuk compensate dgn saiz 4meter atau 2 meter. Mungkin perlu menggunakan saiz 7,000 meter persegi

3. Untuk diluar padang, saiz 2 meter persegi digunakan kerana orang diluar bergerak dan tidak statik. Ini mengambilkira saiz apabila manusia melangkah. Oleh itu 2 meter persegi adalah tepat.

4. Kalau ingin menggunakan saiz dibawah 2 meter persegi, peratusan occupation dalam kota perlu diubah. Mungkin boleh memilih 70% sebagai peratusan occupation dalam kotak.

5. kalau kita mengambil kira kesemua assumption ini untuk menggunakan saiz manusia dibawah 2meter persegi..., jumlah kehadiran masih lagi dibawah 50 ribu.

@anon 04:40,

saya dah gunakan contoh sambutan ulangtaun UMNO. kapasitii Stadium bukit jalil adalah besar, oleh itu tak payah mengira untuk mengetahui jumlahnya adalah lebih tinggi.

@anon 06:56,

peserta HKR KL112 tidak menuntut apa-apa kerana sebahagian besar apa yang dituntut oleh mereka adalah lahir dari penipuan dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PR. Oleh kerena peserta himpunan ini tidak mahu berfikir, maka mereka terpedaya dan kononnya pergi menuntut.

himpunan ini semata-mata untuk menarik sokongan orang kpd perjuangan pemimpin PR untuk berkuasa dgn cara memberi satu persepsi bahawa mereka menerima sokongan besar. Mereka menggunakan penipuan dan fitnah untuk menzahirkan politik kebencian.

semoga pintu hati anda dibuka untuk melihat kebenaran.

@anon 07:31,

sila rujuk penjelasan dalam update yang ditulis.

Anonymous said...

apa ke tahi siap nak kira kaki persegi semua bagai ni ?? hahaha..lawak betul laaaa

CheWal said...

@anon 11:09,

Ini namanya intelligent guess. apabila anda membuat anggaran ianya perlu diasaskan atau disandarkan kepada fakta atau hypothesis.

Tak boleh main petik aje macam yang dibuat oleh MalaysiaKini...

Anggaran media luar juga hampir sama:-

AlJazeera : 45 ribu
Channel news Asia : 50 ribu

Anonymous said...

tahniah la sdr cukup dgn rajah pengiraan...huh hebat..cari la dr sudut positive .. bubar parlimen ..In Sha ALLAH ini la petanda pemerintahan selama 56 tahun kamu berakhir dengan izin ALLAH

CheWal said...

@anon 11:37,

jangan takut dengan tarikh PRU. PRU dah dekat. Tempoh dah hampir tamat iaitu March tahun ini.

PRU13 lah adalah satu-satunya PRU yg paling mudah untuk dijangka tarikhnya kerana dah hampir tempoh 5 tahun....

mungkin yang takut adalah Pakatan Rakyat, kerena mereka terpaksa membuat perhimpunan untuk menarik sokongan melalui persepsi. Ini kerana yang penting bukanlah sokongan 45 ribu yang hadir ini tetapi adalah sokongan golongan non-partisan yg merupakan silent majority.

Anonymous said...

syabas che wal. betul dah kiraan tu. Cuba bagi DAP plak kira. haha... undi 2,000 orang pun depa salah kira.ada hati nk Suruh SPR buat PRU bersih Dan adil.

TENGKU said...

Bullshit betol cara pengiraan ko ni..

CheWal said...

@tengku,

takut menerima hakikat ? I know, truth hurt to some people.

Anonymous said...

Saya quote ayat saudara - "Ini namanya intelligent guess. apabila anda membuat anggaran ianya perlu diasaskan atau disandarkan kepada fakta atau hypothesis"

So, boleh saya tanya berdasarkan fakta apa ye saudara boleh menganggarkan 70% kawasan diluar ini dipenuhi manusia? Boleh provide list of resource dan reference sekali tak?

Pengiraan 1.17 meter persegi tu talah pun mengambil kira kedudukan yang selesa dan compensate all the empty spaces for movement. Jadi saya kira sudah cukup tepat begitu dan tidak akan berlaku overlapping.

Pengiraan tu pun telah menggunakan saiz padang old trafford dan juga digenapkan ke bilangan ribu yang paling kecil bagi compensate all the buildings and trees. so, 52,000 bagi saya lebih tepat sekiranya mengikut method pengiraan saudara tersebut.

Again, kita boleh agree to disagree..

Anonymous said...

Sbnnye rmai je yg nk pegi tu..ni kira xsemua dpt dtg...

Anonymous said...

Bila saya boleh dapatkan jumpah kehadirn di himpunan rakyat 1 malaysia bsama tpm di bentong dan kehdirn ke majlis parti india di semenyih bsama pdana mnteri semalam yg dikatakn masing-masing mncecah 30,000 org dan 15,000 org tu?

Ini penting sebagai validation kepada method pengiraan saudara ini dan juga bagi menutup mulut mereka yang tidak menyokong method pengiraan ini.

Sekian.

p/s: Boleh published paper utk method pengiraan crowd ni.

CheWal said...

@anon 13:18,

saya anggap anda adalah org yg sama menggunakan saiz 1.17 meter persegi sebelum ini...dan dalam update saya, saya menambah sedikit menjadi 1.5 meter persegi. Wingspan manusia biasa juga sedah menjangkau hampir 2 meter.... dan perlu diingat, mereka diluar stadium tidak statik malah bergerak. Mengambil kira faktor ini, saya memilih 1.5 meter persegi.

kalau masih tetap nak gunakan 1.17 meter persegi anda boleh gunakan, tiada masalah.

70% occupation saya pilih utk kawasan luar stadium adalah untuk menolak bangunan, pokok dan ruang-ruang kosong lain yg banyak diluar. Kalau anda lihat kotak yang saya lukis dalam gambar, terdapat banyak kawasan yg tidak mungkin ada manusia. Angka 70% ini adalah hypothesis saya dan saya beranggapan ianya lebih rendah dari ini.

Dalam pengiraan anda, anda masih menggunakan 10,800 meter persegi untuk saiz padang Stadium Merdeka dan bukannya saiz padang Old Traffod. Ingat, saiz padang Old Traffod hanyalah 7,400 meter persegi.

Kalau saya gunakan 1.17 meter persegi yang anda cadangkan (bagi saya terlalu rigid), jumlah kesemua peserta masih di bawah 50 ribu orang.

Kalau anda suka dgn saiz 1.17meter persegi...persilakan.

CheWal said...

@anon 13:23,

saya tidak ada gambar yg boleh saya jadikan sandaran.

saya berminat untuk menganalisa HKR KL112 adalah kerana angka yang diberi oleh Mkini yg bagi saya tinggi dan angka yg di beri oleh Haris yg bagi saya melampau.

bagi saya angka 45K adalah anggaran yang paling tepat...

PDRM : 40 - 45K
Aljazeera : 45K
Channel News Asia: 50K

Anonymous said...

Ya sayalah orang yg menggunakn 1.17 meter persegi tersebut. maaf kerana komen menggunakan anonymous disebabkn saya tiada google account atau blog sendiri. Cuma saya sangat tertarik dengan kaedah pengiraan tersebut.

Di dalam video yang seseorang share di blog ini smlm kita dapat lihat ada peserta yang berdiri sgt rapat antara satu sama lain dan digambar-gambar yg di share juga kiita dpt lihat peserta duduk sgt rapat antara satu sama lain.

Ini boleh menjangkau dimension 3kaki x 3kaki = 9 kaki persegi /0.84meter persegi sahaja bagi mereka yang duduk seperti yg kita boleh tgk di dalam gambar yg di share di web dan di Aljazeera (http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2013/01/2013112105947732781.html). Tetapi setelah compensation dibuat dengan mengambil kira ruang kosong diantara peserta demi keselesaan dan juga telah compensate peserta yg bergerak/berjalan, serta tidak semua yang hadir itu duduk dan tidak semua yang hadir berdiri, saya mengambil 1.17 meter persegi itu sebagai average dimension dengan menggunakan kaedah yang telah saya explain sblm ini. Sebab itu, saya katakan tidak akan berlaku overlap dengan kaedah pengiraan tersebut.

Benar, dalam pengiraan saya, saya menggunakan 10,800 meter persegi untuk saiz padang Stadium Merdeka yang membawa jumlah 55,784 orang. Tetapi sekiranya saudara telah membaca komen saya sepenuhnya, saya juga telah mengambil kira saiz padang Old Traffod iaitu 7,140 meter persegi yang membawa kepada jumlah 52,656 orang. Yang kemudiannya saya bundarkan ke ribu yang terkecil utk compensate ruang2 yang tak boleh diduduki manusia seperti bangunan, pokok (bawah pokok masih boleh diduduki peserta) dan ruang-ruang kosong lain yg banyak diluar yang akhirnya membawa kepada 52,000 orang sahaja (Boleh rujuk semula komen saya sebelum ini). Bukannya bawah 50 ribu orang seperti yang saudara katakan. Disebabkan itu saya kurang bersetuju dengan hypothesis saudara yang hanya mengambil kira 70% or less occupation sahaja.

Anyway, it is still a good analysis and good argument. But I think it is still not good enough to verify the number.

Tulang Besi said...

kahkahkah ada ka manusia seorang ambil "space" sampai 1.5m persegi. Ngko ingat manusia ni semua saiz dia mcm gajah ke?

Tulang Besi said...

Bila Dr MAhahthir nak bayar balik RM1.8 billion duit Petronas yg dia guna selamatkan anak dia Mirzan yg dah bangkrap tu?

Tulang Besi said...

Bila Dr MAhahthir nak bayar balik RM1.8 billion duit Petronas yg dia guna selamatkan anak dia Mirzan yg dah bangkrap tu?

Anonymous said...

Jumlah kehadirn di himpunan rakyat 1 malaysia bsama tpm di bentong dan kehdirn ke majlis parti india di semenyih bsama pdana mnteri semalam yg dikatakn masing-masing mncecah 30ribu org dan 15ribu org tu tak boleh nak verify kan sekali lah? takkan takdo orang share gambar kt mana2?

Gini susahla jugak nk percaya jumlah yang diberitahu di dalam berita tu. Jumlah yang nampak gila ramai ni pun baru cecah 50ribu orang je. macammana nk kata pjumpaan dgn tpm dan pm smlm cecah 30ribu dan 15ribu gini.

Anonymous said...


Walau apapun stadium tak penuh ;)

Anonymous said...

Bila Pak Nik nak ambik balik tanah yang dihadiahkan kat Cina dua sepupu tu?

Tulang Besi said...

Ko baca yg ni pulak, Chewal. Pakar matematik kata kedatangan hampir kepda 700 ribu orang http://cenangau.blogspot.com/2013/01/cara-prof-matematik-kira-kehadiran-kl112.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29

Tulang Besi said...

Ko cuba fahaman statement ni, Chewal "Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 rib

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/cara-prof-matematik-kira-kehadiran-kl112.html#ixzz2HqZjJaqK

CheWal said...

@anon 16:06,

saya dah buat artikel baru dengan menggunakan crowd calculation method yang pernah dipublish.

@ tulang besi,

anda sebenarnya terpedaya dengan penipuan dan fitnah pembangkang mengenai kes 1.8 billion.

dan tolong suruh Prof. matematik tu guna standard pengiraan crowd.

Tulang Besi said...

hahahaha fitnah RM1.8 billion? Chewal ni bermimpi di siang hari.

Pembelian KPK berjumlah RM1.8 billion direkod oleh media2 seluruh dunia.

Ngko sorang je kata fitnah. Mahathir pun tak berani nafi

HAHAHAHAHAHA

Tulang Besi said...

hahahaha fitnah RM1.8 billion? Chewal ni bermimpi di siang hari.

Pembelian KPK berjumlah RM1.8 billion direkod oleh media2 seluruh dunia.

Ngko sorang je kata fitnah. Mahathir pun tak berani nafi

HAHAHAHAHAHA

Tulang Besi said...

Ngko takda kredibiliti berbanding Professor DR Shahrir Mat Zain.

Ngko calculate saiz manusia sama dgn gajah.

Kalau gajah, memanglah occupy space 1.5m persegi.

Ada hati nak ngaku betul lagi ke?

"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/cara-prof-matematik-kira-kehadiran-kl112.html#ixzz2HqrRWm1l

Aku calculate, busuk2 pun ada dkt 3 kilometer. Maknanya diluar stadium je dah 300 ribu.

Dalam stadium dan di parking lot sudah mencecah 100k campur belakang pentas dan atas bumbung2

Total yg ada pada masa aku sampai 400k.

Itu tak masuk yang dah balik dan yang baru sampai.

Aku rasa angka 500k tu boleh diterima

Tapi kalau ikut pencacai UMNO cam ko, mestilah jumlah tu 45000 je sbb ngko bukan manusia pandai pun

CheWal said...

@tulang besi,

anda terpedaya dgn hasutan dan manipulasi pembangkang mengenai isu 1.8 billion konsortium perkapalan.

sila berfikir

CheWal said...

@tulang besi,

100K dalam stadium ? ini bermakna diatas padang 1 meter persegi diisi dengan 10 orang ataupun...hehe (kalau ini keadaanya, dah mati semuanya)

hehe

Unknown said...

tak kira berapa ribu yang hadir, yang penting mereka datang kerana ada rasa tanggungjawab, hadir dengan kos sendiri, tanpa habuan juga atas risiko sendiri..sanggup berhimpit dan bersusah payah untuk apa? untuk keluar dari jajahan umno korup!

CheWal said...

@engku faizal,

ada yg mendapat bayaran spt yg diberitahu kpd saya oleh mrk yg terlibat. Sejauh mana kebenaran, saya tak pasti. Take it with a pinch grain of salt.

tetapi, kehadiran mereka adalah kerana mereka terhasut dengan penipuan dan manipulasi yg dibuat oleh pemimpin PR.

Sayang, akibat tidak mahu berfikir, mereka terpedaya dan tertipu dgn hasutan pembangkan yang hanya mahu mewujudkan politik kebencian.

anda juga salah seorang dari mereka apabila menggunakan ayat "jajahan umno korup"

berfikirlah

Anonymous said...

@tulang besi aka punggung Anwar... Ko cemburu kan pasal blog bangang ko tu tak dapat kira dengan tepat, macam calculation chewal... Kalo da bodoh sombong tu memang kekal sampai mati!

CheWal said...

@tulang besi,

tolong sampaikan kepada Prof. tu, kalau lah 700,000 peserta, ini bermakna kita memerlukan 17 buah stadium merdeka untuk mengisinya.

cuba tengok kat google map, kalau nak isi 17 buah stadium merdeka, sampai mana agaknya.

logik ke prof. ?

Anonymous said...

Komen ckit..bkn ke guna kaki persegi lg better kiraan tu..1.5mp = 16kp...bsar tuh..isi ank beruang ke..haha

Anonymous said...

Npelh cerdik sgt..1mp=10.764 kp..Kapasiti Stadium Merdeka (tempat duduk) : 30,000 orangLuas Padang : 10,800 meter persegi (worst case).Luas padang Old Traffod adalah 7140 meter persegioleh itu bilangan manusia diatas padang : 10,800mpx10.764= 116250 kp pastu bhgkn dgn 2kaki persegi = 58,125 orang.Luas kotak 1 di (luar stadium) : 11,970 meter persegix 10.764 =128845kp..bhgkn dgn 2 kp.. = 64,422 orang.Luas kotak 2 di (luar stadium) : 7,400 meter persegix 10.764=79653kp..bhgkn 2 kp..= 39,826 orang.Oleh itu, Jumlah keseluruhan : 30,000 + 58,125 + 64,422 + 39,826 = 192,374 orang.ingat manusia berdiri cuma 2 kaki persegi luasnya..bukan 16kaki persegi..itu bukan org..renung2kn n slmt blajar mengira...

CheWal said...

@anon 01:01, anon 01:42

sila rujuk update 3 atau artikel yg terkini dalam link yang diberi utk pengiraan yg lebih tepat.

Pengiraan dibuat merujukk kepada journal yang pernah dipublish.

ohhh ye, 2 kaki persegi utk seorang itu dikategorikan sebagai extreme and scary (rujuk journal)malah boleh membawa kelemasan dan sudah semestinya bukan saiz org duduk. Cuba lagi ye dik.

Selamat membaca.

Rush Murad said...

Syabas!!!!

Anonymous said...

tulah..org suh blaja tinggi2..cuba ko fikir..xkn 16 kaki persegi untuk seorg brdiri..ko ada tapak kakikn..try ko brjalan utk pjg 4 kaki n lebar 4 kaki..cuba ko rasa..luas ke tidak..if dlm prhimpunan memg padat bro..mcm tgk bola..ko prnh g tgk bola tak..haha

CheWal said...

@anon 18:46,

sila belajar memabaca dan memahami dahulu kerana mungkin anda mempunyai masalah kefahaman. Setiap ukuran disertakan dengan assumptions kenapa ianya dipilih sebegitu, malah ukuran alternative juga telah diberikan dengan assumptions yang berbeza.

selamat membaca dan memahami.

TENGKU said...

Hurt sangat......aduh...hurt gile ni..