December 05, 2012

Menyusuri Kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Beberapa minggu yang lepas, saya berpeluang mengikuti Program Kembara Tun M yang dianjurkan oleh kelab yang paling popular di Malaysia iaitu Kelab CheDet. Peluang keemasan  ini memang tidak disia-siakan kerana program ini dapat meningkatkan pengetahuan terhadap kehidupan yang dilalui oleh pemimpi ulung negara supaya dapat mempelajari sesuatu.
 
2. Program ini bermula di Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Secara jujur, saya katakan saya tidak pernah tahu mengenai Monumen ini sebelum ini dan melalui program ini, saya diberitahu bahawa salah satu kapsul masa mengenai wawasan 2020 ada di tanam di Monumen ini. Di sini, pengunjung dapat melihat sejarah perubahan dan transformasi negara dari sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini dan akan datang. Lawatan ke Monumen Alaf Baru ini boleh dijadikan `crash course' untuk memahami sejarah Malaysia.
 
Kembara bermula di Monumen Alaf Baru dan kemudian ke Yayasan Kepimpinan Perdana

 
 
3. Dari Monumen Alaf Baru, kembara diteruskan ke Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) yang merupakan salah satu pejabat Tun Dr. Mahathir. Tun M adalah seorang yang suka bekerja dan sentiasa mahu memberi sumbangan kepada Negara. Inilah sebabnya, beliau mempunyai banyak pejabat dan jadual waktunya sentiasa penuh walaupun beliau berumum 87 tahun ! Di YKP, lawatan dibuat di bahagian perpustakaan YKP yang menempatkan banyak bahan-bahan berupa buku dan artikel yang berkaitan dengan Tun Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang suka membaca dan berfikir, perpusatakaan adalah salah satu keperluan Tun Dr. Mahathir.

4. Seterusnya, program diteruskan ke Galeria Perdana, Kuala Lumpur. Galeria Perdana adalah rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia sebelum Putrajaya dibina. Tun Dr. Mahathir menghabiskan 22 tahun kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri di kediaman ini. Melawat kediaman ini dapat memberikan satu gambaran bahawa rumah seorang Perdana Menteri tidak jauh berbeza dengan rumah rakyat yang lain dan tidak ada kemewahan melampau yang dinikmati oleh Perdana Menteri.

5. Satu perkara yang menarik adalah, Tun Dr. Mahathir seorang yang suka bertukang dan beliau boleh membuat ukiran kayu. Apa yang menakjubkan adalah, disebalik urusan beliau sebagai Perdana Menteri yang sentiasa sibut membangunkan negara, beliau masih mempunyai masa untuk kerja pertukangan. Ini menunjukkan Tun sangat bijak menguruskan masanya. Ini sejajar dengan Firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali meraka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran" Oleh kerana Tun sentiasa melakukan kebaikan dan sabar dalam urusan beliau, beliau tidak tergolong dalam golongan yang merugikan masa.

 
Galeria Perdana, Kuala Lumpur.


6. Selepas Galeria Perdana di Kuala Lumpur, kembara diteruskan ke Alor Star, Kedah, tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir. Lawatan ke rumah kelahiran Tun di Jalan Kilang Ais adalah sesuatu pengalaman yang amat menarik sebab kita dapat melihat bagaimana Tun M dibesarkan.

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir di Jalan Kilang Ais, Alor Star


 
7. Di rumah kelahiran Tun M, banyak kenangan-kenangan yang menarik dapat dilihat termasuklah gambar-gambar semasa usia muda beliau. Dipamerkan juga artikel-artikel yang di tulis oleh Tun Dr. Mahathir yang diterbitkan di suratkhabar Singapura dibawah nama pena C.H.E.D.E.T. Semenjak awal lagi, pemikiran kritis beliau dapat dilihat melalui tulisan-tulisan beliau.
 
8. Di sini juga dapat dilihat semangat cintakan bangsa yang begitu tebal dalam diri beliau. Beliau pernah mengganggotai satu persatuan yang dinamakan SABERKAS. Nama penuh bagi persatuan ini adalah `Sayangkan Bangsa Rela Berkorban Apa Sahaja'. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau begitu sayangkan bangsanya, negaranya dan agamanya. Sikap ini begitu konsisten sehingga ke hari ini.
 
9. Oleh kerana sikap cintakan agama, bangsa dan negara yang tebal dalam dirinya, sikap ini diterjemahkan dalam kepimpinan beliau.  Semenjak awal pembabitan Tun dalam politik telah menunjukkan pemikiran dan pandangan kritis beliau untuk bangsa melayu sehingga beliau di beri label 'Ultra Melayu'. Seterusnya, beliau berusaha dengan gigih untuk mengubah paradigma bangsa melayu agar menjadi satu bangsa yang boleh berdikari dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain. Akibat daripada usaha keras beliau yang konsisten tanpa mengenal erti jemu, kini bangsa Melayu boleh berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai. Tetapi, malangnya terdapat segelintir bangsa melayu yang lupa atau tidak tahu sejarah dan tidak tahu bagaimana usaha yang telah dilakukan semenjak dahulu lagi untuk mengubah sikap mereka. Oleh kerana mereka lahir dizaman dimana bangsa Melayu boleh berdiri dengan kaki sendiri, mereka menyangka keadaan ini adalah lahir secara semula jadi dan mereka tidak tahu bahawasanya kehidupan bangsa Melayu pada hari ini adalah lahir dari satu proses perubahan dan transformasi yang telah diusahakan sejak dahulu agar Melayu menjadi bangsa yang serba boleh dan dihormati.
 

10. Seterusnya, program Kembara ini meneruskan perjalanan ke sebuah Pulau yang telah melalui transformasi yang pesat iaitu Pulau Langkawi. Sekali lagi sentuhan Tun Dr. Mahathir dapat dilihat di Pulau ini dimana dalam masa yang singkat, Pulau ini telah berkembang dengan pesat dan melalui proses perubahan yang sangat ketara.
 
11. Destinasi seterusnya adalah membuat lawatan ke pusat penjagaan anak-anak yatim NurKasih. Ini adalah salah satu daripada program khidmat masyarakat yang dapat disumbangkan oleh Kelab CheDet. Melalui lawatan ini, peserta Kembara telah meluangkan masa bersama adik-adik di rumah NurKasih ini. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk menceriakan penghuni rumah Nurkasih disamping bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah penginapan.
 
Meluangkan masa bersama penghuni Rumah Nurkasih
 
 11. Kemudian, Kembara diteruskan ke Galeria Perdana, Langkawi. Galeria ini menempatkan semua cenderamata yang diperolehi oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana terlalu banyaknya hadiah yang beliau dapat, galeria yang terdiri daripada 3 buah blok bertingkat ini tidak dapat menampung keseluruan hadiah beliau dalam satu masa. Kesemua hadiah beliau terpaksan dipamerkan secara pusingan dimana untuk setahun barang-barang di galeria ini ditukar sebanyak 3 kali.
 





Galeria Perdana, Pulau Langkawi

 
12. Disini dapat dilihat keperibadian Tun Dr. Mahathir yang tinggi. Beliau tidak mengambil walau satupun barang-barang yang diberikan kepadanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau, kesemua hadiah ini diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Dr. Mahathir Mohamad, oleh itu, barang-barang ini adalah milik negara Malaysia. Lihatlah keperibadian yang mulia ini dimana barang-barang yang beliau perolehi yang dipamerkan disini ada yang bernilai jutaan ringgit. Setiap barang dari sebesar-besar jet pejuang sehinggalah kepada sekecil-kecil batu jade, semuanya diserahkan kepada Galeria Perdana. Sehinggakan, beliau menulis surat kepada Galeria Perdana sekiranya beliau ingin meminjam barang untuk tujuan rujukan.
 
13. Satu perkara yang saya perasan semasa di Galeria ini adalah, dalam banyak-banyak kereta yang dipamerkan (terlalu banyak kereta, kereta F1 pun ada), tidak ada satu pun kereta Proton Saga. Kalau kita masih ingat, semasa kepimpinan Pak Lah, akibat tindakan yang kurang cerdik yang dibuat oleh J/Kuasa Pengarah Proton yang menjual beberapa aset Proton dengan cara yang salah telah menimbulkan kekecewaan Tun Dr. Mahathir. Akibatnya, beliau memulangkan kembali setiap model Proton Saga yang beliau dapat kepada Proton. Itulah sebabnya kenapa tiada satupun kereta Proton Saga dipamerkan di Galeria Perdana ini.
 
14. Acara kemuncak dalam Kembara ini adalah sessi `Santai bersama Tun M' dimana dalam sessi ini, Tun M telah sudi untuk berjumpa dengan peserta Kembara dan telah meluangkan masa untuk bertukar-tukar fikiran secara santai. Kelainan yang dibuat dalam program ini adalah, bualbicara ataupun sessi soal jawab dalam program ini memfokuskan kepada kehidupan Tun Dr. Mahathir dan bukannya politik ataupun negara. Ini menjadikan suasana sessi soal jawab ini lebih santai dan diisi dengan kelucuan apabila Tun mengimbau kembali sejarah kehidupan beliau. Diantara soalan-soalan yang diajukan adalah "Adakah gigi Tun adalah gigi asal atau gigi palsu ?" " Kenapa Tun menyimpan Jambang semasa muda?" "Pernahkah Tun Siti merajuk? , Apakah sebabnya ? dan bagaiman Tun memujuknya ?"  dan banyak soalan-soalan lain. Suasana santai ini telah mewujudkan persekitaran yang menggembirakan disepanjang program tersebut dan dapat memberi pengetahun mengenai Tun M yang jarang atau tidak akan ditemua dalam mana-mana penulisan.
 
Program Sembang Santai bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah

15. Kegembiraan jelas terpampang di wajah Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah di sepanjang program `Sembang Santai' ini berlangsung. Ini dapat dilihat dari wajah-wajah Tun berdua yang dirakam seperti dibawah.



Wajah-wajah ceria Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah

16. Program Kembara ini berakhir selepas selesainya acara sembang santai dan selepas makan tengahari bersama kedua-dua Tun, peserta Kembara memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Banyak pengajaran dan pengetahuan yang amat berharga dapat diperolehi disepanjang program Kembara ini. Maklum balas yang diberikan oleh semua peserta yang terlibat adalah amat positif dan Kembara II insyaAllah akan menyusul.
 
17. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan JawatanKuasa Penganjuran Kembara Tun M dari Kelab CheDet kerana telah menjayakan program ini dengan sempurna. InsyaAllah, semangan perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk agamanya, bangsanya dan negaranya akan diteruskan oleh generasi baru dan akan datang.
 

9 comments:

Anonymous said...

Satu kembara yang menarik dan pengalaman boleh dikongsi bersama...terima kasih kpd chewal...waridz kcd

Anonymous said...

Semoga ukhwah antara ahli KCD akan lebih kuat. Meneruskan amanah Tun Dr Mahathir. MyKU

Anonymous said...

semoga dapat berjumpa lagi...masterpiece...

Karipap said...

Tq Doc atas penulisan menarik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong Kelab Chedet

CheWal said...

Terima kasih diatas komen-komen yang diberikan.

InsyaAllah, akan berjumpa lagi nanti dalam program-program yang akan datang.

Anonymous said...

hihi

Anonymous said...

abis kapsul masa yang ditanam dekat yaohan tu yang mana pule ye...hurmmm...still wondering..

Unknown said...

nak tanye nie.. di dalam rumah tun doktor mahathir tu boleh tangkap gambar tak??

Anonymous said...

rumah tun mahathir dibina oleh siapa???