November 19, 2012

Mengapakah mereka terus menerus memalukan Islam ?

1. Saya hairan dan terkejut melihat video bacaan doa ini yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan. Saya tidak tahu siapa yang membacanya. Mungkin orang ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama Islam dan tidak tahu adab-adab dalam berdoa.
 
 

 
2. Mengapa mereka mendoakan kehancuran kepada sesama Islam ? Adakah ini yang diajar oleh Islam ? adakah ini contoh yang cuba mereka tunjukkan ? Adakah ini akhlak peribadi mereka ?
 
3. Diberitakan, sembahyang hajat ini diadakan oleh PAS di Kelantan. Dalam doa ini, mereka minta Allah hancurkan UMNO/BN. UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Ini bermakna mereka berdoa agar Allah hancurkan parti yang berjuang untuk agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
 
4. Mengapa mereka tidak menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai ikutan ? Kalau mereka mempunyai pengetahuan agama, sudah tentu mereka akan mengikut contoh Rasulullah. Tapi sayang,, rupanya pengetahuan mereka tidak cukup tinggi lagi.
 
5. Mendengar setiap patah perkataan dalam doa ini juga menunjukkan bahawa imam yang berdoa ini tidak faham dan tidak tahu apa yang dia perkatakan. Dia merujuk kepada masalah jenayah seperti rompak dan rogol kepada UMNO/BN dan menjadikan ini sebagai asas untuk mendoakan kehancuran. Kemanakah perginya akal fikiran mereka ? Mengapa mereka tidak mahu berfikir walaupun sedikit ?
 
6. En. Nik Aziz dan En. Hadi Awang pula menyokong doa ini. Mereka mengetepikan kebenaran semata-mata untuk menyokong perbuatan yang salah. Mereka meletakkan kuasa politik sebagai perkara utama dan membelakangkan kebenaran.
 
7. Sebagai orang Islam yang sayangkan agamanya sudah pasti tidak akan menyokong mereka. Orang Islam yang sayangkan agama akan menolak mereka ini yang mengutamakan kuasa politik sehingga membelakangkan kebenaran.
 
8. Melihat kepada keperibadian mereka, mereka telah mencemarkan nama baik agama Islam. Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan menyedari kesilapan mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

No comments: