October 14, 2012

PAS lebih mengutamakan politik daripada kebenaran

1. Baru-baru ini, ustaz Nasha mengeluarkan kenyataan yang bermaksud, PAS tidak mengutamakan Islam sebaliknya mengutamakan kuasa politik apabila bersama dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya, beliau menyarankan agar PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan. Desakan ini sering diulang oleh beliau.

2. Lanjutan daripada itu, pemimpin-pemimpin PAS membalas kenyataan dengan mengatakan PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat sebagai salah satu bentuk tahaluf siyasi yang diharuskan dalam Islam.

3. Malangnya PAS tidak faham maksud tahaluf siyasi. Bekerjasama dengan bukan islam dibolehkan dengan syarat Islam tidak dibelakangkan, dengan syarat Islam menjadi komponen yang dominan dan dengan syarat Islam diutamakan.

4.  Islam mengutamakan kebenaran. Islam benci kepada penipuan/fitnah dan manipulasi. Sekiranya Islam diutamakan, ini bermakna kebenaran diutamakan. Malangnya, PAS tidak mengutamakan kebenaran. Mereka mengutamakan politik daripada kebenaran. Dalam apa-apa isu atau perkara sekalipun, kebenaran tak boleh dipinggirkan. Tidak guna cakap pasal Islam, kalau kebenaran dipinggirkan.

5. Mungkin PAS telah melihat kuasa yang mereka dapat lanjutan daripada Pilihanraya 2008. Bersama dengan Pakatan Rakyat, mereka telah boleh membentuk beberapa kerajaan negeri. Mungkin kuasa politik inilah yang dinanti oleh mereka dan berharap kuasa ini akan berterusan dan meningkat selepas PRU 13. Oleh sebab itu, kebenaran tidak lagi diutamakan oleh mereka.

6. Terdapat banyak contoh dimana PAS dan pakatan rakyat tidak mengutamakan kebenaran. Diantaranya adalah seperti berikut :-

  • Dalam isu tuduhan Najib dan Altantuya. Mereka tidak mahu mencari kebenaran dan turut sama bersama golongan yang membuat fitnah dan penipuan terhadap Najib. Kebenaran tak diutamakan.
  • Dalam isu tuduhan mengenai scorpene. Mereka tidak mahu mencari kebenaran, tidak mahu melihat kebenaran dan bersama golongan yang membuat manipulasi dan penipuan. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu tuduhan liwat II Anwar Ibrahim. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dimana tuduhan dibuat oleh pekerja Anwar. Sebaliknya, mereka menuduh atau memfitnah UMNO sebagai dalang dalam tuduhan tanpa berlandaskan apa-apa kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu video seks. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dimana orang yang membuat dakwaan adalah rakan Anwar sendiri. Sebaliknya, mereka turut sama menuduh UMNO sebagai dalang dalam dakwaan ini dan bersama golongan yang terus menerus memfitnah UMNO. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu serbuan JAIS terhadap gereja DUMC. Mereka tidak mahu mencari kebenaran dan tidak mahu melihat kebenaran sebaliknya turut menuduh dan mengaitkan UMNO. Kebenaran mengenai isu tersebut dipinggirkan dan diganti dengan tuduhan mainan politik. Kebenran tidak diutamakan.
  • Dalam isu Lynas. Mereka tidak mahu melihat kebenaran sebaliknya membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa asas kebenaran. Mereka membuat demonstrasi dengan tuduhan yang salah. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu royalti minyak Kelantan. Mereka tidak mahu melihat kebenaran bahawa Kelantan tidak ada hak terhadap minyak tersebut kerana ianya bukan didalam kawasan negeri Kelantan. Tetapi, mereka terus menuduh kerajaan merampas hak sehingga sanggup membuat pelbagai doa diatas kegagalan mereka melihat kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu harga minyak. Mereka tidak mahu melihat kebenaran dengan menuduh kerajaan zalim kerana menaikkan harga minyak sedangkan mereka tidak tahu bagaimana harga minyak ditentukan dan bagaimana mekanisme subsidi dalam penentuan harga minyak. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu hudud. Mereka menuduh UMNO menolak hukum Allah sedangkan UMNO tidak pernah menolah hukum Allah. UMNO hanya menolak hukum hudud PAS kerana ianya bercanggah dengan hukum Islam. Perlaksaanaan hukum Islam belum dilaksanakan lagi adalah kerana faktor kekangan dari sudut perundangan dimana untuk meminda perlembagaan berkenaan undang-undang, majoriti 2/3 diperlukan dan ahli Parlimen Islam tidak pernah mencapai 2/3 dalam parlimen. PAS seolah-olah mengenepikan kebenaran ini dan terus berretorik untuk melaksanakan hudud PAS sedangkan mereka tahu tanpa sokongan 2/3 di Parlimen, undang-undang tidak boleh diubah. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu `better the devil you know'. Mereka tidak mahu berusaha mencari kebenaran disebalik peribahasa Bahasa Inggeris tersebut dan akibatnya mereka menuduh dan memfitnah Tun Dr. Mahathir kononnya Tun M mengatakan lebih baik Syaitan daripada Malaikat sedangkan peribahasa tersebut tidak merujuk kepada syaitan ataupun malalikat secara literal. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu tuntutan BERSIH. Mereka seoalah-olah menutup pemikiran mereka dari kebenaran dimana SPR telah berkali-kali menjelaskan dan menjawab semua isu yang dibangkitkan secara jelas. Malah semua tuduhan yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat, semuanya telah dijawab dengan fakta. Penambahbaikan juga telah dilaksanakan melalui sidang Parlimen. Tetapi PAS dan Pakatan Rakyat masih terus mengkaburi pemikiran masyarakat dan mengajak masyarakat untuk berhimpun secara salah. Mereka bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi mereka juga bertindak tanpa berlandaskan kebenaran. Kebenaran tidak diutamakan.
  • Dalam isu sokongan Anwar terhadap Israel. Mereka seolah-olah melupakan isu ucapan Anwar tersebut dan sebaliknya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dagang dengan Israel melalui pendedahan-pendedahan yang salah. Diatas kegagalan mereka mencari kebenaran, mereka memfitnah kerajaan mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Kebenaran tidak diutamakan.
7. Mengapakah mereka menutup mata dan fikiran daripada kebenaran-kebenaran ini ? Adakah mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa ?  Bukankah dalam Islam, kita dilarang berbicara sesuatu yang kita tiada pengetahua ? Kalau tiada pengetahuan, mengapa turut sama bersama golongan yang menipu dan memfitnah ?

8. Sebenarnya terdapat banyak lagi contoh-contoh tindakan PAS dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang membelakangkan kebenaran. Senarai diatas adalah sebahagian kecil sahaja.Mungkin, mereka terpaksa melakukan demikian demi untuk merampas kuasa dalam politik negara. Mereka berharap agar ada masyarakat yang tidak mahu berfikir dan terpedaya dengan tuduhan mereka. Bukankah ini menunjukkan mereka mengutamakan kuasa politik melebih kebenaran ? Bukankah ini menunjukkan mereka mengutamakan kuasa politik daripada Islam. Ingat, Islam itu benar dan amat mengutamakan kebenaran. 

9. Dengan tidak mengutamakan kebenaran, mereka mudah membuat tuduhan dan penipuan. Tuduhan seumpama ini boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah. Tetapi kebencian yang ditimbulkan ini berasaskan kepada penipuan/manipulasi yang disebarkan. Tidakkah mereka yang berpengetahuan agama sedar kesilapan besar mereka ini ?

10. Ini hanyalah contoh-contoh berkenaan `mengutamakan kebenaran' yang dituntut dalam Islam. Ini belum masuk lagi dengan ketidakupayaan PAS menyaingi kuasa dominan DAP dalam Pakatan Rakyat. DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Islam. DAP tidak pernah bersetuju dengan Negara Islam. Banyak contoh-contoh dimana PAS terpaksa akur dan tunduk kepada desakan DAP. Adakah ini dinamakan tahaluf siyasi ? Jawapanya tidak.

11. Kesimpulannya, PAS tidak mengutamakan kebenaran. Mereka lebih mengutamakan politik sehingga menutup mata dan fikiran daripada kebenaran. Mereka sanggup bersekongkol dengan gologan yang menjadikan penipuan /fitnah/manipulasi sebagai modus operandi dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan. Tidak cukup dengan itu, mereka turut sama menyahut pembohongan yang dilakukan. Adakah PAS bersikap `matlamat menghalalkan cara' ?

4 comments:

Ahmadi Abdul Latif said...

Salam,

bro ada akaun FB atau twitter? saya nak add pr follow. tq

CheWal said...

email saya : syawal75@gmail.com

Ahmadi Abdul Latif said...

tq bro!

Anonymous said...

DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlayari blog ini krn ssungguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kshsyg..adam7