1. Proton telah melancarkan kereta global pertama mereka iaitu Proton Preve. Model ini direkabentuk bercirikan piawaian antarabangsa (global standard) dan dibangunkan dari awal untuk pasaran antarabangsa.
2. Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak melancarkan model ini bersama-sama dengan The Father of Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. Melihat kepada pelancaran ini, selepas mendengar ucapan dari Pengarah Urusan Proton, Dato' Syed Zainal, kakitangan utama Proton dan persembahan video yang ditontonkan, rasa bangga diatas kejayaan Proton menghasilkan model ini.
4. Blog ini pernah mengeluarkan artikel sempena hari lahir proton yg ke 23 pada July 2008. Ianya boleh dibaca di sini : Proton dan Objektifnya. Artikel tersebut cuba menjelaskan penghasilan industri automotif negara, objektif-objektif dan standard yg digunapakai dalam pembangunannya. Artikel tersebut juga menjejaki perjalanan Proton samada selari atau tidak dengan standard industri automotif antarabangsa.
5. Ramai yang keliru dan tidak faham objektif sebenar penghasilan Proton. Ramai yang hanya menjangka bahawa Proton adalah untuk menghasilkan kereta semata-mata, tetapi jangkaan ini jauh meleset. Kerana objektif Proton adalah jauh lebih besar daripada itu.
6. Ramai juga yang tidak tahu standard industri automotif yang digunapakai oleh kerajaan dalam membangunkan Proton malah ramai yang mengutuk kerajaan kerana mewujudkan cukai sebagai perlindungan untuk Proton. Mereka tidak tahu bahawa perlindungan seperti ini adalah satu proses perjalanan (roadmap) yang biasa bagi mana-mana industri automotif di dunia.
7. Blog ini juga pernah menjawab tulisan blogger syedoutofthebox mengenai Proton kerana beliau gagal memahami industri automotif dan mempunyai pemahaman dan fakta yang salah. Tulisan ini boleh dibaca di sini (part 1) dan disini (part 2).
8. Akhirnya, kini rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kejayaan Proton dengan kemunculan model Preve ini dan saya amat berbangga melihat nama-nama ketua-ketua kejuruteraan dalam pelbagai segmen yang ditunjukkan dalam video the making of Preve tadi. Lihat pada kejayaan dan keupayaan mereka, anda akan mampu menilai kejayaan sebenar industri Proton yang diwujudkan 27 tahun yang lalu.
9. Syabas dan Tahniah Proton. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.
No comments:
Post a Comment