July 14, 2008

Selamat Hari Lahir Proton



Pengenalan

Pada 9 July 2008 yang lalu, Proton menyambut ulang tahunnya yang ke 23. Proton Saga yang dikeluarkan pada 9 July 1985 adalah merupakan salah satu symbol atau mercu tanda penglibatan Malaysia didalam indsutri berat. Kita perlu berterima kasih kepada pengasas Proton atau `Father of Proton’ iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab merealisasikan industri ini. Saya secara peribadi berdoa dan berharap agar syarikat automotif negara ini dapat terus beroperasi dan berkembang untuk menjadi salah satu syarikat yang mampu bersaing diperingkat global dan dapat membawa Malaysia kesatu tahap yang lebih tinggi secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pihak/individu yang terus menerus menghina, mengutuk dan memperlekehkan syarikat ini. Saya sebenarnya tidak begitu terperanjat sekiranya kutukan dan hinaan ini datang dari bangsa asing seperti cina dan India kerana samada mereka tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham mengenai objektif penubuhan proton, mereka sememangnya tidak mahu dan tidak akan menerima kewujudan syarikat ini.

Industri automotif di Malaysia sebenarnya telah bermula semenjak tahun 1960 an lagi. Sebelum adanya Proton, industri ini dimonopoli oleh bangsa cina yang terlibat dalam pemasaran kereta-kereta yang diimport secara CBU dan yang dipasang secara CKD. Salah satu syarikat yang paling besar pada masa itu adalah Tan Chong Motor yang menjual kereta Nissan (yg dikenali sbg Datsun). Tentu ramai yang ingat kereta Datsun 120Y dan Datsun 130Y. Selain daripada itu, pada masa tersebut terdapat juga satu lagi syarikat yang besar iaitu UMW yang dimiliki oleh seorang bangsa cina yang berasas dari syarikata UMW di Singapura. UMW membuat jalinan kerjasama dengan Toyota untuk pemasaran kereta Toyota di Malaysia. Melalui kenyataan ini, tidak sukar bagi kita untuk memahami mengapa bangsa asing terutamanya bangsa cina begitu benci kepada Proton dan benci kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini adalah kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan perancangan beliau memberi keutamaan dan penumpuan dalam meningkatkan penguasaan bangsa melayu dalam sektor ekonomi negara yang sejajar dgn tuntutan Dasar Ekonomi Baru. Oleh itu kita lah bangsa-bangsa cina ini semenjak dari awal penubuhan proton dan semenjak awal kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menaburkan pelbagai kutukan dan hinaan terhadap projek kereta nasional ini. Malah mereka masih terus mengutuk dan menghina projek Proton dan juga terus menerus menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah apabila terdapat dikalangan orang melayu sendiri yang mungkin terpedaya dengan dakyah bangsa asing ini yang turut sama mengutuk dan menghina proton. Mereka (mungkin segelintir) begitu mudah diperdaya dan diperbodohkan oleh bangsa asing untuk mengutuk dan menghina proton tanpa mampu berfikir dgn sedalam-dalamnya konsep industri automotif dan peranan yang dimainkannya. Mungkin mereka tidak tahu apakah sebenarnya objektif utama industri ini dan mungkin juga sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tahu mengenainya. Melalui tulisan ini, saya ingin mejelaskan apakah sebenarnya objektif dan tujuan utama pengwujudan industri ini dan bagaiman industri proton ini sekiranya dibandingkan dengan industri automotif lain di dunia.

Objektif Industri Automotif

Selepas Tun Dr. Mahahtir menjadi Perdana Menteri, beliau yang sememangnya bercita-cita untuk melihat anak bangsanya menjadi bangsa yang maju yang dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam penguasaaan ekonomi negara dan mahu melihat bangsa melayu menjadi bangsa yang bijaksana, bangsa yang hebat telah membuat satu tindakan yang besar dalam sejarah negara. Dalam usaha beliau untuk mengubah paradigma bangsa melayu, untuk meningkatkan keyakinan bangsa melayu dan merealisasikan dasar ekonomi baru secara proaktif telah supaya kek ekonomi negara dapat dikongsi dengan lebih adil telah mengubah haluan negara malaysia kepda negara perindustrian. Dasar perindustrian ini juga dibuat untuk membawa Malaysia secara keseluruhan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar yang lain. Ini adalah kerana pergantungan kuasa ekonomi melalui hasil komoditi adalah tidak kukuh dan terumbang-ambing malah selalu berlaku ketidaktentuan dalam pasaran. Ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan meninggalkan malaysia jauh kebelakang. Oleh kerana itu, dasar perindustrian diperkenalkan sebagai salah satu cabang ekonomi yang boleh membawa Malaysia jauh kehadapan.

Dalam perenggan diatas, kita dapat lihat beberapa faktor atau objektif utama dasar perindustrian (yg membawa kpda kewujudan Proton) iaitu :-

1) Mengubah paradigma bangsa melayu dan meningkatkan keyakinan diri dalam menguasai bidang teknologi

2) Menwujudkan peluang perniagaan kepada bangsa melayu melalui penglibatan dalam industri kereta

3) Menyediakan asas ekonomi baru yang lebih mampan dan berdaya saing dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

4) Melahirkan jurutera-jurutera professional melayu yang berkebolehan merekabentuk kereta nasional negara.

5) Memacu pertumbuhan sektor teknologi dalam negara yang sekaligus mampu merancakkan pembangunan negara.

Melalui faktor-faktor ini kita dapat melihat betapa besarnya tanggungjawab industri berat dan Proton dalam membawa Malaysia ke tahap yang ada pada hari ini.

Diatas hasrat inilah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, melancarkan dasar perindustrian negara yang mana perkara utama didalamnya termasuklah pengwujudan HICOM, Proton dan Perwaja Steel. Industri automotif dan industri besi adalah dua elemen penting dalam sektor perindustrian. Untuk menceburi bidang yang kompleks ini, penglibatan dari syarikat asing dan perpindahan teknologi adalah amat penting dan ini membawa penglibatan Jepun melalui Mitsubishi Corporation (MC) dan Nippon Steel Corporation (NSC) dalam usahasama bersama Proton dan Perwaja Steel. Berkennan Perwaja Steel, InsyaAllah akan dibincangkan dalam tulisan yang lain. Hasil kerjasama ini maka Proton mula ditubuhkan sekita tahun 1983 dan kereta pertama iaitu Proton Saga yang berasaskan Mitsubishi dilancarkan pada tahun 1985.

Model Pembangunan Industri Automotif

Pembangunan industri automotif negara adalah berdasarkan kepada prosedur pembangunan industri automotif (sumber : Dicken 1998) yang digunapakai negara-negara lain di dunia iaitu :-

Langkah 1) Mengimport kenderaan CBU (complete built up) oleh pembekal tempatan

Lnagkah 2) Pemasangan semi atau sepenuhnya kenderaan CKD (complete knocked-down) syarikat franchise tempatan

Langkah 3) Pemasangan kenderaan CKD dengan peningkatan komponen tempatan

Langkah 4) Pembuatan sepenuhnya kenderaan dan dimulakan dengan perlindungan untuk pasaran tempatan, diikuti dengan pasaran eksport dan seterusnya melahirkan syarikat transnational.

Salah satu usaha dan rangka kerja dalam memastikan peningkatan penglibatan bumiputera dalam industri automotif adalah penggunaan komponen tempatan. Peningkatan penggunaan komponen tempatan (local component) dapat meningkatkan penglibatan bumiputra, meningkatkan penguasaan ekonomi dan sekaligus mengubah paradigma dan persepsi bangsa melayu terhadap kebolehan diri sendiri dan meningkatkan lagi keyakinan diri. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Proton termasuk kegawatan ekonomi pada tahun 1985-1987 yang menyebabkan Proton mengalami kerugian, kerajaan dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya berusaha untuk mengubah nasib Proton dan membawa kepada kejayaan.

Perlindungan sebagai aspek penting dalam industri automotif dunia

Sepertimana prosedur industri automotif yang digunapakai oleh industri automotif dunia dimana syarikta automotif memerlukan perlindungan (protection), Proton juga menikmati protection dari kerajaan untuk membolehkannya berdiri dan bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang telah wujud lebih lama. Perlindungan ini adalah dari segi duti import yang dikenakan kpd kenderaan yang diimport secara CBU ataupun CKD. Perlindungan ini adalah biasa diamalkan oleh mana-mana syarikat automotif di dunia seperti yang dinikmati oleh syarikat Korea seperti Hyundai dan Kia. Hyundai dan Kia yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi menikmati perlindungan dari kerajaan mereka malah walaupun perlindungan telah dikurangkan pada tahun 2004, sykt masih lagi dilindungi secara halus di negara korea. Ini boleh dilihat melalui audit cukai yang tegas yang dikenakan keatas pemilik kenderaan import dan berbagai-bagai lagi. Tidak hairanlah, perlindungan yang diberikan oleh kerajaan korea ini menyebabkan pasaran kereta import di Korea adalah dalam lingkungan 10% sahaja, dan selebihnya adalah milik syarikat tempatan korea. Konsep yang sama inilah juga digunapakai di Malaysia.

Kualiti dan Penambahbaikan

Dari segi kualiti, sebenarnya, semua syarikat-syarikat automotif dimana-mana negara didunia ini menghadapi masalah kualiti yang serius didalam penglibatan awal mereka. Malah syarikat seperti Hyundi dan Kia mempunyai kualiti yang teruk walaupun setelah beroperasi selama 40 tahun. Ini boleh dilihat daripada indek JD Power Survey yang dikeluarkan dimana syarikat-syarikat ini mempunyai kualiti dibawah standard industri malah ada satu ketika syarikat-syarikat ini dilabel sebagai `crap’ oleh pengguna. Ini juga berlaku kepada syarikat-syarikat automotif Jepun diawal kewujudan mereka. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dialami oleh vendor-vendor tempatan seperti pengalaman, penguasaan teknologi, permintaan, kos operasi dan sebagainya. Apa yang penting adalah peningkatan dan penambahbaikan terhadap indeks kualiti ini. Inilah yang diamalkan oleh Proton. Sejak dari awal penubuhan proton, kualiti kereta proton sentiasa meningkat dan dibaiki. Pada tahun 2001 semasa Proton Waja dikeluarkan (kereta pertama yang direkabentuk oleh anak tempatan), ianya mempunay seribu satu macam masalah dan pada ketika ini defect ratio bagi proton waja adalah amat tinggi. Tetapi pada tahun 2004, setelah batch terbaru proton waja dikeluarkan, lebih dari separuh masalah-masalah quality telah dapat diatasi. Peningkatan kualiti juga boleh dilihat melalui perubahan model dimana model-model terbaru yang dikeluarkan adalah lebih baik dari model-model sebelumnya. Walaubagaimanapun peningkatan kualiti tidak boleh berhenti setakat ini sahaja, tetapi perlu diteruskan sehingga kita mampu mencapai standard kualiti kelas pertama.

Perbandingan Harga

Selain daripada itu, perlindungan yang diberikan kepada proton juga dikurangkan sedikit demi sedikit. Satu perkara yang perlu diambil kira adalah, walaupun proton tidak dikenakan import duty seperti kereta-kereta lain, tetapi proton masih dikenakan sales duty (cukai jualan). Sekiranya dibandingkan harga kereta proton dan kereta keluaran negara lain di negeri bebas cukai (iaitu di Langkawi) dimana tiada cukai import dikenakan keatas kenderaan luar, sebenarnya harga proton adalah lebih murah. Sebagai contoh, pada tahun 2006, harga proton waja 1.6 di Langkawi adalah RM 41,000 dan harga Toyota Vios 1.5 adalah RM 45,000 . Ini menunjukkan harga Proton Waja adalah lebih murah dan mempunyai cc yang lebih tinggi.

Pendapat pihak-pihak yang cuba menunjukkan harga kereta luar lebih murah dari Proton dengan membandingkan harga dengan negara lain adalah salah dan tidak boleh diterima. Ini adalah kerana, kos jualan kereta adalah berbeza-beza mengikut negara dan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk kos komponen tempatan yang menjadi salah satu syarat yang dikenakan keatas syarikat automotif dari luar. Cara yang terbaik untuk membuat perbandingan adalah dengan melihat harga di kawasan bebas cukai seperti Langkawi.

Zaman Kegelapan

Walaubagaimanapun, selepas Tun Dr. Mahathir bersara dari memimpin negara ini, Syarikat Proton tidak lagi diambil berat oleh Pak Lah sehingga melakukan tindakan-tindakan yang merugikan seperti membuang Tengku Mahaleel ( orang yang bertanggungjawab merealisasikan penghasilan produk rekabentuk anak tempatan, orang yang telah berjaya merealisasikan pembangunan Proton City, orang yang telah berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan dan orang yang bertanggungjawab memastikan anak tempatan mampu melahirkan engine sendiri). Selain daripada itu, tindakan Pak Lah yang membawa kepada penjualan MV Agusta dengan harga 1 Euro juga adalah merugikan Proton dan merupakan satu tindakan yang memalukan apabila MV Agusta ini dijual kepada BMW dan Harley Davidson dengan harga ber ratus juta.

Kelemahan pentadbiran Pak Lah akan menghancurkan satu industri yang telah banyak membawa kebaikkan kepada orang melayu.

Kesimpulan

Melalui tulisan ini, dapat disimpulkan bahawa projek kereta nasional yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah satu projek yang berjaya mencapai objektif penubuhannya dan selari dengan prosess perkembangan industri automotif di dunia. Apa yang lebih menarik adalah dengan perancangan yang teliti dan peranan secara serius yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir, jurutera-jurutera bangsa melayu di Proton mampu menghasilkan chasis, prototype, powertrain (engine) dan model sendiri tanpa perlu mengadaptasi dari model negara luar. Kejayaan menghasilkan model tempatan oleh anak tempatan membolehkan proton tidak lagi bergantung kepada negara luar dan tidak lagi perlu membayar royalti. Semua ini dicapai dalam masa yang begitu singkat iaitu 20 tahun. Pencapaian ini tidak pernah dicapai oleh mana-mana industri automotif lain.

Sebagai kesimpulan, ingin saya menulis beberapa fakta penting sebagai rumusan daripada penulisan saya diatas :-

1) Proton (industri automotif) adalah salah satu elemen dalam dasar perindustrian negara yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2) Dasar perindustrian adalah berperana untuk memberi peluang perniagaan dan penglibatan orang melayu dalam industri automotif yang sebelum ini hanya dikuasai oleh orang cina.

3) Pengwujudan proton telah dapat meningkatkan penglibatan orang melayu melalui kewujudan vendor tempatan yang bukan sahaja menjadi pembekal kepada Proton, tetapi juga kepada syarikat automotif luar negara.

4) Pengwujudan proton juga telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan bukan sahaja kepada bangsa melayu malah kepada bangsa-bangsa yang lain.

5) Pengwujudan proton juga telah berjaya mengubah paradigma bangsa melayu dan menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa yang berkeyakinan dan mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil sebelumnya.

6) Dasar perindustrian juga adalah sebagai salah satu sumber ekonomi yang lebih mampan dan stabil yang mampu membawa Malaysia menjadi negara maju dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat secara amnya

7) Pembangunan projek proton adalah menepati prosedur industri automotif yang digunakan oleh industri-industri lain di dunia.

8) Perlindungan yang diberikan kepada Proton adalah amalan biasa yang digunapakai oleh industri-industri lain didunia. Sebagai contoh, syarikat Hyundai dan Kia di lindungi oleh kerajaan Korea melalui cukai import selama 40 tahun

9) Masalah kualiti yang dialami oleh proton adalah fenomena biasa seperti yang dialami oleh semua syarikat automotif didunia. Sebagai contoh syarikat Kia, walaupun selepas 37 tahun beroperasi (1967 – 2004) masih lagi mempunyai pelbagai masalah sehingga di label `crap’ dan mendapat ranking di bawa standard industri didalam penilaian JD Power Survey.

10) Komitmen yang diberikan oleh Proton dalam usaha meningkatkan kualiti keretanya adalah sesuatu yang positif. Ini boleh dilihat melalui peningkatan kualiti melalui model-model baru yang dilancarkan dan pengurangan `defect ratio’.

Adalah menjadi harapan agar penerangan ini dapat membuka minda terutamanya orang melayu agar menghormati dan memahami objektif utama penubuhan proton. Sekiranya bangsa lain mengutuk dan menghina syarikat ini, biarlah kita mempertahankanya seperti mana kita mempertahankan maruah bangsa dan jangan mudah terpedaya dengan propaganda yang cuba disampaikan oleh mereka...kerana begitu besar kepentingan yang tersirat disebalik Proton.

No comments: