1. Dah lama tak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang banyak buat kerja lain. Tak boleh cakap takde masa, sebab masa tu ada cuma kita je yang tak mampu nak menggunakan masa dengan sebaiknya.
2. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa sekali lagi di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. Oleh kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah, maka seharusnyalah kita gunakan kesempatan ini sebaik mungkin dalam membawa diri kita kearah yang lebih baik.
3. Sempena bulan yang mulia ini ataupun sering disebut bulan latihan, marilah kita melatih diri untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
4. InsyaAllah kita cuba latih diri supaya utamakan kebenaran. Dalam apa jua keadaan, dalma apa jua situasi dan isu, utamakanlah kebenaran melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.
5. Cabaran pada masa sekarang sebenarnya begitu kuat. Sekiranya kebenaran tidak diutamakan, penipuan, fitnah, cacian, penghinaan, prasangka buruk akan berleluasa dalam masyarakat. Akibatnya, masyarakat akan hancur, perpaduan akan hancur dan keharmonian akan terjejas.
6. Dari apa yang diperhatikan, fitnah dan penipuan disekeliling kita begitu berleluasa. Mungkin fitnah dan penipuan ini dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, oleh mereka yang terlalu berkeinginan untuk merampas kuasa sehingga tidak rasa bersalah sedikitpun apabila melakukan penipuan. Yang lebih memeranjatkan adalah, fitnah dan penipuan ini dilakukan oleh mereka yang beragama islam dan adakalanya mereka-mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Tidak mungkin mereka tidak tahu bahaya fitnah dan penipuan.
7. Dalam suasana politik di Malaysia, perbuatan fitnah dan penipuan ini dilakukan sewenang-wenangnya. Terlalu banyak penipuan, fitnah, cacian, memanipulasi fakta yang dilakukan semata-mata kerana kuasa. Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat misalnya berpunca dari penipuan dan fitnah. Bahayanya fitnah ini adalah ia akan menyebabkan masyarakat tertipu dan memberi gambaran yang salah. Saya menggunakan contoh penipuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah kerana ianya begitu banyak meluas. Terlalu banyak penipuan yang telah dilakukan semata-mata untuk mengelirukan rakyat supaya rakyat benci kepada pemerintah. Sedangkan perkara yang dijadikan isu itu tidak benar.
8. Tujuan fitnah dan penipuan ini mungkin kerana sesetengah pihak seperti Pakatan Rakyat mahu menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan. Mungkin oleh kerana mereka tidak mampu untuk menunjukkan kebaikan dan kebolehan mereka, maka mereka gunakan perang persepsi supaya rakyat benci kepada pemerintah. Bagi mereka yang tidak mahu berfikir atau mengkaji sesuatu cerita/berita, maka mereka akan mudah percaya dan terpedaya. Bagi saya tektik yang digunakan ini bukan sahaja satu tektik yang jahat tetapi boleh merosakkan keharmonian negara.
9. Oleh itu, marilah kita gunakan kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk belajar melatih diri akan sentiasa mencari kebenaran. Apabila datangnya sesuatu cerita atau berita tanpa mengira dari mana ianya datang, kita perlu siasat, selidiki dan kaji sumber dan kebenarannya. Hanya setelah kita benar-benar yakin tanpa ragu-ragu akan kebenarang sesuatu perkara/cerita, barulah kita boleh percaya. Dan jangan sesekali kita menyebarkan pulak sesuatu cerita/berita yang tidak pasti kebenarannya apatah lagi dizaman perkembangan media sosial yang pesat. Sebab, apabila perkara yang tidak benar diletakkan di laman media sosial, maka kita telah pun menyebarkan fitnah ke serata dunia. Saya tidak boleh nak bayangkan dosa yang terpaksa ditanggung akibat daripada penyebaran fitnah ini.
10. Saya menasihatkan diri saya untuk sentiasa memastikan kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu. Biarlah kita dikatakan hidup dibawah tempurung dan biarlah kita dikatakan naif asalkan kita tidak bersubahat dalam perkara-perkara fitnah yang boleh membawa kepada kehancuran.
11. Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa berfikir dan mengutamakan kebenaran. Salam Ramadhan dari Blog Chewal, Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment