March 05, 2012

Lynas : Radiasinya lebih rendah dari pisang

1. Pendemo jalanan kembali sibuk dan menyibukkan diri. Mungkin kebanyakan dari meraka tak tahu menahu pun apa sebabnya mereka berdemo dan mungkin kebanyakan mereka hanya tertipu dan terpedaya.

2. Mengapa mereka mudah tertipu ? sebabnya mereka tidak mahu berfikir dan tidak mahu mendengar maklumat dari mereka yang pakar atau ahli dalam bidang tertentu. Malangnya mereka lebih rela ternganga mendengar kata-kata orang yang tak tahu apa-apa mengenai sains nuklear.

3. Akibat daripada keengganan mereka berfikir dan membaca, mereka terus ditipu malah lebih teruk penipuan ini disampaikan pula oleh mereka kepada orang lain. Sebab itulah sampai ada orang yang mengatakan kilang Lynas di Kuantan ini adalah seperti Nuklear plant sampai ada yang mengaitkannya dengan Fukushima.

4. Kilang Lynas di Kuantan adalah kilang memproses bahan rare earth (nadir bumi) yang dilombong dari Australia. Rare earth adalah elemen yang penting dan digunakan dengan meluas dalam kehidupan manusia. Magnet juga merupakan salah satu bahan yang dihasilkan dari elemen rare earth.

5. Bahan mineral yang diproses di kilang Lynas di Kuantan mempunyai radiasi yang sangat rendah dan diklasifikasikan sebagai selamat, tidak toxic dan tidak merbahaya dalam standard antarabangsa.

6. Bahan buangan dari kilang memproses ini mengandungi bahan Thorium yang amat rendah maka tahap radiasi yang rendah ini kekal dari bahan mentah, pengangkutan bahan mentah, pemprosesan dan hasil buangan.

7. Pendedadah kepada radiasi akibat daripada kilang pemprosesan Lynas di Kuantan ini adalah amat rendah iaitu dianggarkan sebanyak 0.002 mSv/year melalui penilaian yang dibuat. mSv adalah unit mili-sievert.

8. Pendedahan radiasi ini amat kecil. Sebagai perbandingan, berikut adalah beberapa pendedehan kepada radiasi yang biasa kita alami. Cuba bandingkan dengan pendedahan radiasi di Kilang Lynas di Kuantan (0.002mSv).:-

a. Tinggil berdekatan dengan nuclear plant untuk setahun - 0.01 mSv
b. makan sebiji pisang sehari untuk setahun - 0.036 mSv
c. x-ray di bahagian perut selama 0.5 saat - 0.6 - 1.7 mSv
d. CT scan di kepala selama 10 minit - 2-4 mSv
e. menghisap satu kota rokok sehari selama setahun - 13 mSv

9. Apabila dilihat perbandingan tahap radiasi dengan perkara-perkara diatas, kita akan sedar bahawa tahap radiasi dari kilang Lynas di Kuantan adalah amat kecil dan sebab itula ianya dikategorikan sebagai selamat oleh standard antarabangsa.

10. Kalau mereka yang mengikuti demo hijau di Kuantan tempohari tahu fakta sebenar mengenai kilan Lynas ini, sudah tentu mereka tidak akan turut serta terpengaruh dan terpedaya dengan penipuan-penipuan golongan tertentu yang mungkin mahu mengambil kesempatan.

5 comments:

Anonymous said...

betul tu TDM....rakyat makin malas berfikir dan menimba ilmu...banyak yang lebih suka jadi pak turut...mengiyakan sesuatu yang mereka tidak arif dan membiarkan diri mereka terus menerus ditipu...ape salahnya mencari pemahaman tentang sesuatu isu itu terlebih dahulu sebelum menghukum...memang lame kelamaan jadilah kita menang sorak kampung tergadai...malas sangat sinonim dengan bangsa yang bernama melayu...sebab tu lah kita mudah diperkotak-katikkan...dilaga-lagakan..diperbodoh-bodohkan..

Anonymous said...

yang bukan pakar hendak tunjuk pandai...berdemo tak tentu arah...

Anonymous said...

Ape pun , jangan bagi Lynas operasi kat Malaysia, Australia kan besar/luas, proses saje kat sana, kita tak perlu bahan buangan yang tak berguna tu, 12 tahun tanpa cukai ape kita dapat......ABU.....

CheWal said...

@anon 23.38,

Apakah alasan anda supaya Lynas tak boleh beroperasi di Malaysia?

Adakah anda juga tergolong dalam golongan yang tertipu dan terpedaya dengan pembangkang yg mengatakan Lynas ini mengeluarkan radiasi yg tinggi.?

Atau adakah anda adalah golongan yg tertipu dengan pembangkang yg mengatakan Lynas ni adalah nuklear?

man said...

Sy xfaham mengapa ade dikalangan kte yg menentang projek Lynas ni. Sy pun menentang dasar krajaan contoh mengenakan cukai melampau kpd kenderaan brmotor serta perancangan/strategi yg lemah dr pihak krajaan membangunkan industri automotif sehingga kte ketinggalan di blkg Thailand n Indonesia. Utk isu ni buat la sket pembacaan Lynas Msia telah mematuhi garis panduan yg dikluarkan IAEA kalau Lynas tak ikut buku br kte tentang la krajaan habis-habisan. Kte kene brgerak kpd sumber2 baru krn minyak/gas asli mnnunggu mase shj.