March 02, 2012

Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai Hudud

Ini adalah berdasarkan pemahaman saya terhadap kenaytaan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Sekiranya pemahaman ini adalah sama dengan apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, saya berpendapat ianya tidak salah. Cuma mungkin boleh membawa kepada kekeliruan sekiranya tidak difahami dan dijelaskan dengan betul.

1. Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, terdapat 3 perkara utama :-

Pertama : Hukum hudud tidak ada dalam Al-Quran
Kedua : Hukum hudud adalah rekaan ahli feqah
Ketiga : Undang-undang hudud yg direka ini (merujuk kpd hudud pas) tidak adil

Perkara pertama dan kedua adalah berkait. :-

Perkara pertama

2. Bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain tidak disebut dalam Al-Quran. Tun tidak mengatakan bahawa hukuman untuk mencuri tidak ada, tetapi penggunaan perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah tersebut tidak ada dalam Al-Quran.

3. Dalam Al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 14 kali. Sila rujuk dalam posting sebelum ini untuk penciriannya.

4. Dalam kesemua ayat yang mana Allah menyebut perkataan hudud ini, tiada satupun yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain.

5. Inilah yang dimaksudkan apabila hukum hudud ini tidak disebut dalam Al-Quran. hukuman untuk mereka yang mencuri, berzina dll ada dalam Al-Quran, tetapi perkataan hudud tidak disebut dalam ayat-ayat mengenainya.

Perkara kedua

6. Apabila Tun mengatakan bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah, ianya bermaksud hukum hudud ataupun kanun jenayah shariah ini digubal atau direkebentuk oleh ahli feqah. Ini bukan bermakna hukuman-hukuman dalam kanun jenayah seperti hukuman potong tangan dan sebat 100 kali itu direka oleh ahli feqah tetapi ianya adalah satu bentuk penggubalan atau kompilasi oleh ahli-ahli feqah yang diambil daripada Alquran dan hadith  maka terbentuklah apa yang disebut oleh kita sebagai hukum hudud.

7. Sebagai contoh, dalam kanun jenayah syariah atau hukum hudud ada dimasukkan hukuman rejam tetapi hukuman rejam tidak ada di dalam Al-Quran. Hukuman rejam adalah dari hadith. Maksudnya dalam pembentukan atau penggubalan hukum hudud ini ianya bukan diambil dari AL-Quran semata-mata tetapi juga dari hadith.  Oleh itu, hukum yang dipanggil hudud ini digubal atau direkabentuk atau dalam perkataan Tun direka oleh Ahli Feqah. 

8. Ini yang dimaksudkan oleh Tun bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah. ianya merujuk kepada penggubalan undang-undang yang dipanggil hukum hudud oleh ahli feqah yang diambil dari Al-Quran dan Hadith dan dijadikan satu dokumen undang-undang yang dipanggil hukum hudud.

9. Sebagai contoh atau analogi. Hadi Awang mengatakan bahawa negara islam tidak ada di dalam Al-Quran. kenyataan Hadi Awang ini merujuk kepada perkataan negara islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi didalam Al-Quran ada diterangkan konsep-konsep kenegaraan, pentadbiran dalam islam, sistem ekonomi islam dan pelbagai cabang-cabang yang boleh dikkumpulkan untuk menjadi satu rangka konsep negara islam. 

10. Samalah juga kalau saya katakan bahawa Negara Islam adalah direkabentuk atau digubal oleh ahli Feqah berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Negara Islam tidak disebut dalam AL-Quran, ianya dirangka oleh ahli feqah yang menggabungkan kesemua unsur yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Samalah dengan hukum hudud dalam kanun jenayah syariah yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir.

11. Dalam kenyataan Tun juga sebenarnya, Tun menyebut mengenai hukuman-hukuman dalam AL-Quran seperti mencuri dipotong tangan, berzina disebat 100 kali yang mana menunjukkan Tun mengakui akan kewujudan hukuman tersebut dalam Al-Quran. Apa yang Tun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS, PAS tidak bersikap adil apabila membezakan bentuk hukuman diantara orang islam dan bukan islam. Sepatutnya, kalau orang islam mencuri hukumannya potong tangan maka kalau orang bukan islam mencuri hukumannya juga mestilah potong tangan. Ini membawa kepada perkara ketiga yang disebut oleh Tun.

Perkara Ketiga

12. Perkara ini Tun merujuk kepada konsep keadilan. Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama. 

13. Dalam hudud PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.

Wallahu'alam.

58 comments:

Al-Bunya said...

Setuju dengan point no. 9. Satu analogi yang tepat pada pendapat saya.

Al-Bunya said...

Setuju dengan point no. 9. Satu analogi yang tepat pada pendapat saya.

zuhdi farhan said...

assalam. ingin bertanya berkenaan poin terakhir. penulis menyatakan "Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza". soalan saya, bagaimana mungkin hukuman agama Islam dikenakan terhadap orang bukan Islam?

CheWal said...

@zuhdi farhan,

Hukuman / undang-undang yg sama perlu dikenakan keatas orang bukan islam. Undang-undang tersebut perlu menjadi satu undang-undang untuk negara dan bukan utk org islam sahaja.

Oleh itu, kalau org bukan islam mencuri, mereka juga perlu dipotong tangan.

Tetapi masalah mungkin akan timbul bagi kes zina. Ini kerana mungkin bagi orang bukan islam, tiada kesalahan bagi mereka untuk berzina/bersekedudukan

Namun, apabila undang-undang tersebut dijadikan undang-undang utama negara dan perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat, maka mereka perlu akur dengan kehendak undang-undang ini. Walaupun agama mereka tak melarang, tapi undang-undang negara melarang.

Tapi saya pasti akan timbul banyak penentangan terutama dari golongan-golongan penyokong hak asasi seperti mereka-mereka dari kalangan pemimpin/penyokong pakatan rakyat.

Anonymous said...

Saudara,

Pertama, minta maaf sekiranya apa yang saya katakan ini tidak boleh dipersetujui. Tidak salah untuk saudara tidak mempersetujui apa yang saya katakan.

Keduanya, ingin saya katakan, dalam memberi komen mengenai apa yang Tun katakan tersebut, saudara juga perlu melihat kepada perkara ini :

“Apa yang Tun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS,PAS tidak bersikap adil apabila membezakan bentuk hukuman diantara orang islam dan bukan islam. Sepatutnya, kalau orang islam mencuri hukumannya potong tangan maka kalau orang bukan islam mencuri hukumannya juga mestilah potong tangan”

Oleh itu, untuk memberi komen terhadap perkara yang dikatakan oleh Tun tersebut, saudara perlu melihat juga kepada Sistem Perundangan Malaysia ketika ini.

Adakah saudara 'realize' bahawa sekarang ini, di Malaysia terdapat dua jenis perundangan dan mahkamah yang mempunyai dua bidangkuasa yang berbeza? Ya, kita telah amalkan 2 sistem perundangan berbeza iaitu Perundangan Sivil dan Perundangan Syariah. (Rujuk Perlembagaan)

Di dalam perundangan dan sistem Mahkamah Syariah yang sedang dilaksanakan ketika ini, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan jenayah-jenayah yang melibatkan orang islam sahaja.

Sebagai contoh, apabila seorang islam ditangkap berkhalwat dengan seorang cina, orang islam tersebut akan di dakwa di Mahkamah Syariah dan orang cina tersebut akan terlepas.

Dengan melihat kepada pelaksanaan seperti yang dinyatakan di atas, adalah tidak relevan untuk Tun menyatakan 'adalah tidak adil untuk orang cina tidak dipotong tangan sedangkan orang islam dipotong tangan disebabkan mencuri' kerana sistem perundangan sekarang memakai konsep yang sama.

Adakah terdapat perbezaan dengan apa yang dicadangkan oleh mereka-mereka yang mahukan hudud ini dilaksanakan?

Saya berpendapat, komen Tun ini hanyalah bagi maksud politik semata.

Untuk itu, ingin saya katakan bahawa saya bukan penyokong mana-mana parti tetapi saya seorang islam.

saif said...

Bermain dengan semantik nampaknya. Ia hanya untuk tujuan politik saudara, sudah terang lagi bersuluh.

Andai benar Hudud yang dirangka oleh PAS salah dan Tun Dr. M mahukan konsep keadilan ditegakkan kononnya atas kedua2 Islam dan bukan Islam, tidak pernah ada usaha ke arah itu. Yang ada hanyalah menuding jari ke sana ke mari. This is hypocracy.

Terima kasih

Anonymous said...

Hudud itu berlaku kerana ingin menegakkan keadilan, bagaimana nak menegakkan keadilan. Al-Quran selalu mengingatkan kita supaya berlaku adil.

Anonymous said...

sokong dgn pendapat anonymous...
mana keadilannya?
perundangan hudud bukan bersifat diskriminasi...
tun seperti menyalak bukit..

~islam itu addeen~

CheWal said...

1. Memang benar, sistem perundangan yg ada di malaysia ini terbahagi kepada dua iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah yg terpakai keatas umat islam sahaja.

2. Tetapi, apabila undang-undang berasaskan Al-Quran dibuat, ianya perlu menjadi undang-undang utama atau undang-undang teratas yg tidak boleh dicabar. Oleh itu, undcang-undang ini perlu menggantikan undang-undang sivil yang diaplikasikan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

3. Kalau kenyataan Tun ini dianggap politik, ini bermakna kenyataan pas berkenaan undang-undang hudud pas juga adalah politik dan hypocrasy. Ini adalah kerana pas mengeluarkan kenyataan yg pelbagai berkenaan dengan undang-undang ini. Ada ketikanya mereka ingin melaksanakan dan ada ketikanya mereka tak mahu melaksanakanya. Ada juga ketikanya mereka menyatakan undang-undang ini hanyalah 0.001% dalam islam dan bukan yg utama.

4. Kenyataan-kenyataan ini jelas berunsur politik.

5. Berkenaan dengan persozlan mengapa Tun tidak mahu melaksanakan undang-undang Alquran yang sebenar dan adil, ianya perlu dilihat dari aspek perundangan dan perlembagaan itu sendiri. Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana parti politik yg boleh meminda perlembagaan/undang-undang negara secara sendirian. Malah sekiranya digabungkan semua ahli parlimen beragama islam pun masih belum boleh memindan perlembagaan.

6. Selain daripada itu, penggubalan undang-undang ini bukan boleh dibuat sambil lewa spt yg dibuat oleh pas kerana undang-undang pas begitu banyak kepincangan yg boleh dicabar sedangkan undang-undang Allah adalah lengkap dan tidak ada ruang untuk dicabar.

Muhamad Ahmar said...

saya tertarik dengan analogi sebahagian orang yang menyokong hudud ini. disini tak perlu dipersoalkan mana yang lebih baik kerana undang-undang Allah s.w.t adalah yang paling baik untuk sekelian manusia.

Namun,pernahkan golongan-golongan pro-Hudud ini mengambil kira betapa seorang muslim perlu juga patuh kepada undang-undang pemerintah sesuatu negara? dan ini tidak mengira,pemerintah itu bertindak zalim atau tidak.

Renungkan sirah ulama-ulama (imam-imam)terdahulu yang pernah ditangkap oleh pemerintah-pemerintah selepas zaman Khulafa' Ar-Rasyidin;walaupun mereka ditahan secara zalim tetapi mereka tidak menentang,sesungguhpun ada antara pengikut-pengikut mereka yang sanggup memberontak ala-revolusi. fikirkanlah sejenak, apakah natijahnya Islam menggariskan peraturan sebegitu.

Namun yang demikian,jika ada fakta-fakta dan nas-nas yang lebih kukuh,mohon dikongsi disini semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Anonymous said...

salam..
hurm..kalau mengikut pembacaan saya terhadap blog CHEWAL ni..kire nye..lepas ni..untuk bertindak adil..bagi kes khalwat juga perlu la bersikap adil.kalau sebelum ni org islam je yang kena tangkap khalwat, lepas ni, org bukan islam pun kena la dikenakan hukuman yg sama.kena la tangkap khalwat jugak kalau berdua-duaan..baru adil..ye x?

Anonymous said...

Salam. sy keliru dgn pendirian Muhamad Ahmar...

1. Anda bersetuju bahawa Hudud tak perlu dipersoalkan mana yang lebih baik kerana undang-undang Allah s.w.t adalah yang PALING BAIK untuk sekelian manusia.

2. Anda juga berpendirian bahawa muslim perlu juga patuh kepada undang-undang pemerintah sesuatu negara? dan ini tidak mengira,pemerintah itu bertindak zalim atau tidak.

Mungkin anda terlepas pandang dgn isu Pemerintahan di zaman Nabi Musa...(Jika anda hidup d zaman nabi Musa... dimanakah anda?? adakah bersama yg tenggelam atau yg berjaya menyeberangi laut merah?)

berkenaan hukum ini, adakah anda rasa Allah tidak akan persoalkan anda di hari kebangkitan nanti??

Surah Al-Quran itu kita semua.. semua ayat2 dalam Al-Quran utk hambaNya yg hidup terdahulu dan kemudian...

ketika ini wahai Anda, sila beri pemahaman utk Surah Al-saffat.

27~Sebahagian dan mereka menghadap kepada sebahagian yang lain berbantah-bantahan.

28~Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dan kanan.

29~Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak beriman".

30~Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas.

31~Maka pastilah putusan (azab) Tuhan kita menimpa atas kita; sesungguhnya kita akan merasakan (azab itu).

32~Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat.

Semoga Allah tidak memilih kita utk menjadi golongan yg sesat

-Hamba Allah-

CheWal said...

@anon 12:41,

Ye betul sekiranya undang-undang khalwat dimasukkan dalam undang-undang utama negara... ianya perlu diaplikasikan kepada semua rakyat. setelah ianya dimasukkan dalam undang-undang negara, maka rakyat perlu akur dan menerimanya.

tetapi, buat masa ini, di Malaysia, undang-undang khalwat hanyalah terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah yg hanya terpakai untuk orang islam sahaja.

AzamHusni™ said...

Teruskan tuntut ilmu. Baca sejarah lagi. Kaji ilmu SIyasah Syar'iyah..baca karya2 ulama dalam isu hudud ini terutamanya kitab Ahkam Sultaniah karya Imam Al-Mawardi..

di Madinah, Nabi dan para sahabat duduk bersama orang yahudi, nasrani dan majusi.. tetapi hudud tetap dilaksanakan... banyak hadis2 Nabi yang menunjukkan bahawa Nabi dan para sahabat melaksanakan hudud.. jelas bahawa hukum hudud bukan dicipta ahli feqah, tetapi dari Al-Quran, dijelaskan oleh Rasulullah.. yang menjadi kerja ahli feqah adalah mengenal pasti, bagaimana cara melaksanakan hudud tersebut(istinbat), kaedah2nya, kadar jenayah untuk dikenakan hudud contohnya hudud potong tangan bagi yang mencuri, paling kurang brp nilai barangan yg dicuri..adakah hanya curi barang 5 ringgit dah dipotong tangan? tidak! ada kaedah2nya.. itu baru perbahasan para ulama.. tapi kanun, sistem hudud itu adalah dari Allah, dijelaskan oleh Rasul..

Anonymous said...

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

Anonymous said...

assalamualaikum...
sy sekadar ingin b,kongsi ape y saye tahu...
bg sy sbnarnye xde istilah hudud pas..
persoalannye mane keadilan klu jalankan hukum hudud hye pada org islam??
sperti y kite tahu di malaysia t,dapat pelbagai agama n kepercayaan... setiap agama ada kepercayaan masing2...
sbgaimana kite org y b,agama islam percaye wujudnya Allah... begitu juga agama lain y percaye pada tuhan masing2...
hudud merupakan hukum Allah dan sbb itulah hudud hanye dilaksanakan kpd org islam sbb org islam percaye pada Allah...
hudud tidak dkenakan kpd org bukan islam kerana mereka ada kepercayaan n garis paduan mereka sndr b,dasarkan agame y dianuti mereka...
klu nak perbahaskan di mana keadilan... knpe x dibahaskan juga knpe islam dtuntut sembahyang 5x shari tp org bukan islam tidak..??
jwapannye kite memg tahu sbb stiap agame laen care sembahyang nye...
begitu juga dgn hudud...
pk2 kan...
maaf jika ada y t,salah n mohon d perbetulkan....

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah orang yang sama iaitu anonymous 9.47.

Mungkin saudara sendiri tidak faham penulisan saudara sendiri. Di dalam penulisan tajuk ini, saudara cuba untuk menghuraikan apakah maksud Tun terhadap kata-kata yang dikeluarkan semasa beliau di UNIMAS.

Komen yang saya berikan di atas bukanlah melibatkan pelaksanaan hudud tetapi lebih kepada kata-kata Tun yang menyatakan bahawa ‘adalah tidak adil sekiranya seorang islam dikenakan hukuman potong tangan disebabkan mencuri sedangkan bagi orang cina mereka tidak akan dikenakan tindakan sedemikian’

Isu disini bukanlah bagaimana hudud perlu dilaksanakan tetapi lebih kepada kata-kata Tun semasa di UNIMAS tersebut.

Oleh itu, apabila Tun menyatakan bahawa tidak adil untuk seorang islam dikenakan hukuman potong tangan sekiranya disabitkan mencuri sedangkan untuk orang cina tidak, itu satu kenyataan yang bersifat ‘politik’ kerana pada masa sekarang, perkara itu sedang dilaksanakan. Oleh itu, mengapa isu tidak adil tersebut berbangkit?

Hanya satu sebab. Kerana yang mengeluarkan perkataan itu adalah orang PAS.

Seperkara lagi, adil yang dimaksudkan oleh Tun adalah samarata sedangkan adil di dalam Islam adalah meletakkan sesuatu di tempatnya.

Im not in favour of any party, but im muslim and i believe Allah is my only God and Muhammad is the prophet

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah orang yang sama iaitu anonymous 9.47.

Mungkin saudara sendiri tidak faham penulisan saudara sendiri. Di dalam penulisan tajuk ini, saudara cuba untuk menghuraikan apakah maksud Tun terhadap kata-kata yang dikeluarkan semasa beliau di UNIMAS.

Komen yang saya berikan di atas bukanlah melibatkan pelaksanaan hudud tetapi lebih kepada kata-kata Tun yang menyatakan bahawa ‘adalah tidak adil sekiranya seorang islam dikenakan hukuman potong tangan disebabkan mencuri sedangkan bagi orang cina mereka tidak akan dikenakan tindakan sedemikian’

Isu disini bukanlah bagaimana hudud perlu dilaksanakan tetapi lebih kepada kata-kata Tun semasa di UNIMAS tersebut.

Oleh itu, apabila Tun menyatakan bahawa tidak adil untuk seorang islam dikenakan hukuman potong tangan sekiranya disabitkan mencuri sedangkan untuk orang cina tidak, itu satu kenyataan yang bersifat ‘politik’ kerana pada masa sekarang, perkara itu sedang dilaksanakan. Oleh itu, mengapa isu tidak adil tersebut berbangkit?

Hanya satu sebab. Kerana yang mengeluarkan perkataan itu adalah orang PAS.

Seperkara lagi, adil yang dimaksudkan oleh Tun adalah samarata sedangkan adil di dalam Islam adalah meletakkan sesuatu di tempatnya.

Im not in favour of any party, but im muslim and i believe Allah is my only God and Muhammad is the prophet

CheWal said...

1. perlu diingatkan disini bahawa, artikel ini adalah merujuk kpd kenyataan Tun bahawa perkataan hukum hudud tidak ada di dalam AL-quran dan bukan berkaitan hudud dalam islam atau dalam hadith... Ianya spesifik kpd pernyataan hukum hudud dalam AL-quran yg merujuk kpd hukuman jenayah. Tun tidak mengulas mengenai hadith ataupun hudud dalam islam.

2. apabila dikatakan bahawa hukum hudud tidak disebut dalam ALquran ianya merujuk kpd penggunaan perkataan hukum hudud yg merujuk kpd hukuman jenayah.

3. memang dalam hadith ada beberapa lagi bentuk hukuman yang tidak juga disebut dalam Alquran...sebagai contoh hukuman rejam.

4. Disinilah datangnya kenyataan bahawa kanun jenayah dalam islam ini digubal/direkabentuk oleh ahli feqah yg menggabungkan hukuman-hukuman dari ALquran dan hukuman-hukuman yg didapati dari hadith dan dan dimasukkan dengan kaedah perlaksanaan dan bentuk-bentuk pembuktian yang diperlukan dan dinamakan kanun jenayah ini sebagai Hukum Hudud. Inilah yg dimaksudkan dengan direkabentuk iaitu digubal oleh ahli-ahli feqah.

@anon 14:42,

1. jangan samakan amalan-amalan dalam islam dengan hukuman jenayah. ianya dua perkara yang berbeza. Sembahyang dituntut dalam islam tetapi terdapat juga dikalangan org islam yg tidak sembahyang.

2. apabila pemerintah merangka undang-undang, ianya mesti diterima oleh seluruh rakyat. contoh... mencuri adalah satu kesalahan. buat masa ini, mencuri dikenakan hukuman denda atau penjara dan dipakai keatas seluruh rakyat. Sekiranya pemerintah menukar bentuk hukuman daripada denda/penjara kepada potong tangan, ianya tidak akan menimbulkan masalah kerana itu adalah bentuk hukuman dalam undang-undang negara. sebagaimana mereka akur dengan hukuman penjara, mereka juga perlu akur dengan hukuman potong tangan.

3. satu contoh lagi, walaupun sesuatu amalan itu hanya merujuk kpd penganut agama islam, tetapi sekiranya ianya dijadikan peraturan/undang-undang ianya perlu dipatuhi. Misalnya, di Malaysia (beberapa negeri) peraturan menetapkan bahawa untuk masuk ke masjid, perlu menutup aurat dan perturan ini dikenakan juga kpd bukan islam dimana mereka yg nak masuk masjid akan diberikan jubah dan tudung untuk dipakai. Inilah dia kuasa pemerintah dan menunjukkan pentingnya kuasa pemerintahan dimiliki secara majoriti oleh orang islam dan bukannya minoriti.

CheWal said...

@anon 9:47,

ada perbezaan diantara khalwat dengan mencuri (contoh yg digunakan oleh Tun). Ketidakadilan yg dimaksudkan adalah merujuk kepada hukuman dan bukannya kesalahan.

Mencuri merupakan kesalahan jenayah yg terdapat dalam undang-undang sivil. manakala khalwat adalah kesalahan yg terdapat dalam undang-undang syariah yg dijuruskan kpd umat islam sahaja.

Mencuri mempunyai hukuman didalam undang-undang sivil.
apabila mencuri hendak dibuat dibawah undang-undang syariah dan pada masa yg sama dijatuhkan hukuman berdasarkan hukuman Al-quran, maka terdapat perbezaan dengan hukuman sivil. Perbezaan hukuman ini yg menimbulkan ketidakadilan tersebut.

mencuri merupakan satu kesalahan jenayah dalam negara tanpa mengira agama atau bangsa. apabila disabitkan, samada islam atau bukan islam akan dijatuhkan hukuman. tetapi apabila hukuman yg diberikan berbeza mengikut agama, maka berlakulah ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman.

sekiranya undang-undang Al-Quran dijadikan undang-undang negara, maka hukumannya akan sama kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kesalahan dan hukuman adalah seragam kpd seluruh rakyat. Sekiranya pemerintah ingin menjadikan khalwat sebagai satu kesalahan umum sptmana mencuri, maka hukuman yg sama juga boleh dijatuhkan. Tetapi pada masa ini khalwat adalah kesalahan keatas orang islam sahaja.

Anonymous said...

saudara,

Khalwat itu sebagai contoh. Tidak mengapa. saya beri contoh 2 jenis kesalahan yang sama tetap mempunyai dua hukuman yang berbeza di mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Seksyen 377A Kanun Keseksaan :

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua pulu tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat

Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 :

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Kedua-dua kesalahan ini diletakkan di dalam perundangan sivil dan syariah. Tetapi hukuman yang dikenakan adalah berbeza. Kedua-dua ini, seperti yang dikategorikan saudara, adalah kesalahan jenayah dalam negara.

Oleh itu, saya sekali mempersoalkan, adakah terdapat perbezaan antara perundangan yang dijalankan sekarang dengan perundangan yang diwar-warkan oleh mereka-mereka yang ingin melaksanakan hudud?

CheWal said...

@anon,

Dalam contoh kesalahan liwat (persetubuhan luar tabii) tersebut, kedua-dua pesalah akan dijatuhkan hukuman yg sama. Misalnya, sekiranya org islam bersetubuhan luar tabii dengan bukan islam, kedua-dua mereka akan dijatuhkan hukuman dibawah undang-undang sivil dan kedua-dua mereka akan menerima bentuk hukuman yg sama dan org islam tersebut tidak didakwa dibawah u dang-undang syariah. Sepertimana yg berlaku kepada anwar ibrahim dan lain-lain yg dibicarakan dibawah undang-undang sivil.

Oleh itu, hukuman yg diberikan masih sama.

Dalam kes penggubalan undang-undangberasaskan Alquran ini, misal kata hukuman mencuri terdapat dibawah undang-undang sivil dan syariah dan kalau sekiranya orang bukan islam dan orang islam yg bersalah dijatuhkan hukuman sivil spt mana contoh dalam hukuman liwat tadi, maka kedua-dua mereka akan menerima hukuman yang sama.

Tetapi, apabila kita memberi kelonggaran atau kebabasan untuk memilih hukuman sivil terhadap kesalahan mencuri, bukankah itu telah melanggar had-had Allah sepertimana yg disebut oleh hadith nabi?

berbeza dengban hukuman liwat tadi, kesemua bangsa boleh dijatuhkan hukuman yg sama, tetapi bagi hukuman mencuri memandangkan kita tak boleh melanggar had Allah, maka satuj bentuk hukuman yg sama perlu dikenakan keatas kedua-dua mereka. Maknanya samada sivil atau syariah kedua-duanya perlu dijatuhkan hukuman yg sama yg berasaskan Alquran.

Ingin dijelaskan disini, kenyataan Tun tidak bersifat politik kerana pertamanya, Tun disoal dan bukanya Tun yg memulakanya. Kedua, kenyataan mengenai konsep keadilan dalam menjatuhkan hukum ini adalah konsisten dengan kenyataan beliausda tahun 1993 yg menitikberatkan konsep keadilan.

Siti Nur Amirah said...

assalamualaikum.
sebelum membincangkan hukum hudud.sukalah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah dipelajari dan alhamdulillah masih diingati.(masih rujuk buku zaman kuliah)harap jelas apa itu hudud.
hudud adalah salah satu dari tiga pecahan/bahagian dalam undang-undang islam.

hudud-hak Allah
qisas-hak manusia
takzir-hak pemerintah

terdapat tujuh kesalahan/jenayah yang termasuk dalam hukum hudud.dan penyelesaian/hukuman dah ditentukan oleh Allah pencipta segala isi dilangit dan dibumi.

tujuh jenis kesalahan yang dah ditetapkan hukuman oleh Allah:-

1) berzina
2) qazaf (tuduh orang berzina)
3) minum arak
4) mencuri
5) merompak
6) murtad
7) pemberontak/penderhaka

sedarkah kita 7 jenis kesalahan diatas adalah masalah-masalah yang sedang berlaku dengan berleluasanya pada waktu ini.Allah yang mencipta dah menyediakan cara/langkah mengatasi masalah-masalah tersebut.akurlah kita hamba yang dicipta.kenapa terlalu egois dan banyak mempertikaikannya.sebenarnya jelas depan mata hukum-hukum tersebut jelas didalam al-quran dan hadith sohih.kenapa masih tutup mata hati.

dan saya sambung jelaskan berkaitan hukuman qisas iaitu hak manusia.bunuh dihukum bunuh.mencederakan dihukum mencederakan kembali.tapi masih ada pilihan.jika mangsa/keluarga pilih untuk memaafkan si pesalah masih perlu bayar diat(denda).

dan ketiganya takzir.ini adalah hak pemerintah.untuk kesalahan selain dari kesalahan hudud dan qisas,maka pemerintah diberikan kuasa untuk berfikir solusi kepada masalah semasa.cuma 7 jenayah ini SAHAJA yang telah ditetapkan hukuman oleh Allah.kenapa kita "hamba" masih ada yang lantang menolak hukuman pencipta?

subhanallah.lihatlah indahnya undang-undang Islam.kita bukan sekadar mahukan hudud.tapi undang-undang Islam.kenapa hudud lebih popular dari yang lain-lain?kerana insyaAllah dengan selesainya jenayah-jenayah yang 7 ini,maka yang lain akan turut selesai.insyaAllah.

maaf andai ada kesilapan pada apa yang cuba diikongsikan.

seorang hamba,

CheWal said...

@siti nur amirah,

Tidak ada siapa disini yang menolak undang-undang Allah. Tiada sia yg ego dan tiada siapa yg mempertikaikan undang-undang Allah. Malah Tun sendiri tidak menolak bahkan mencadangkan agar undang-undang tersebut perlu diaplikasikan keatas semua masyarakat tanpa mengira agama demi keadilan.

Perlu diingatkan, artikel ini bertujuan memberi satu sudut pandangan akan apa yg dimaksudkan oleh Tun bahawa perkataan hukum hudud (yg merujuk kpd jenayah) tidak disebut dalam Alquran dan apa yg dimaksudkan dengan hukum hudud itu digubal atau direkabentuk oleh ahli feqah.

Tiada siapa yg menafikan akan wujudnya hukuman jenayah dalam Alquran dan tiada siapa yg menolak hukuman-hukuman jenayah ini.

Selain daripada penjelasan diatas, Tun juga mempersoalkan ketidakadilan hukuman yg digubal oleh PAS yg membezakan antara agama. Ingat, bukan hukuman potong tangan yg dipersoalkan sebaliknya hukuman potong tangan yg ditulis oleh pas dalam draf undang-undang mereka yg hanya terpakai keatas umat islam sahaja yg dipertikaikan.

Fahamkan perbezaannya.

Farhan Ahmad said...

1) Saya tak mampu membaca semua komen yang panjang dalam blog Che Wal.. Kritikan terhadap hudud PAS adalah tidak tepat lebih mudah kita kalau sama-sama bercita-cita nak bangunkan Hudud melalui kefahaman Kaedah Fiqh terlebih dahulu.

2)Asas pemahaman urf dan Maslahah negara Malaysia ini terhasil melalui pemahaman kita kepada sistem perundangan Malaysia sendiri yang meletakkan mahkamah Syariah pada peringkat yang agak kontra dengan mahkamah sivil.

3) Kesukaran melaksanakan hudud jelas kelihatan dalam sistem perundangan Malaysia, tetapi sedikit kesan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya laksanakan terhadap individu muslim. Kita tidak perlu memaksa itu pinda dan mansuh akta tertentu, buat apa yang mampu itu penekanan konsep Syariah.

4) Syariah tidak memaksa pekara yang kita tidak mampu nak buat terutama dalam kes hangat pelaksanaan hudud isu zina antara pasangan muslim dan bukan muslim-konteks ini perlu diperdebat panjang tanpa mudah melebel ini hudud PAS atau hudud sebenar agar isu ini dapat disesuaikan dengan cabaran perundangan 'fasad' yang dah melekat dalam negara.

5) Tahukah anda, konteks mengharamkan RIBA di pasaran kini dengan membangunkan kewangan Islam di Malaysia turut menggunakan mekanisme Fiqh sama iaitu buat apa yang mampu untuk menghapuskan fasad yang kecil demi matlamat hapuskan fasad Riba yang besar disisi pandang dalam pasaran kewangan di Malaysia seperti amalan suka berhutang dalam ekonomi, penggunaan wang kertas dan lain-lain yang tak dapat di elakkan "ummu-balwa"

6) Saya bukan mahu memuji PAS, mereka hanya cuba semampu boleh dalam suasana kekangan sistem perundangan yang ketat dan ruang pemerintahan state yang kecil, inilah faktor menampakkan ianya seolah-olah hudud rekaan PAS.

7) Atas kekangan ini jugalah, hudud di PAS kelihatan menyerahkan bulat2 kepada sistem mahkamah Syariah diperingkat negeri sekadar mampu untuk mereka draft sendiri undang-undang. Kerana kita kena faham apa itu sistem kehakiman di Malaysia, Sistem Perundangan (Penguatkuasa Perundangan) dan kuasa Eksekutif.

8) Dari perkara (7) inilah kita jelas kenapa ia nampak seperti rekaan PAS tetapi hakikatnya kekangan undang sedia ada meletakkan Mahkamah Syariah hanya berkuasa pada orang2 Islam sahaja.

9) Karpal Singh pula memahami hukum seperti homosid dan kecurian sepatutnya mahkamah Syariah tak boleh campur tangan ia terletak pada kuasa sivil dan Mahkamah Tinggi, atas faktor ini dia akan sebut dengan kasar dan agak biadap di sisi pandangan muslim 'over my dead body' dan dia memahami hudud ini apa matlamatnya.

Anonymous said...

berdasarkan komen2 diatas, jelaslah mengapa PAS tidak boleh laksanakan hudud di kelantan. kelantan sebagai negeri dibawah Malaysia tertakluk juga kepada undang2 sivil. perkara sama juga berlaku kepada negeri2 lain tanpa mengira parti mana memerintah negeri tersebut.
sekiranya dilaksanakan juga undang2 hudud, hukuman itu boleh dicabar di mahkamah sivil. kan?

saya nk kongsi kehairanan saya kepada negara malaysia yang kita percaya negara islam ini berdasarkan kes Tun ini. kenapa..dari atas (perdana menteri, menteri2) sampai la ke rakyat, yang majoritinya islam, begitu risau tentang hudud. dalam masa yang sama, usaha menerangkan apa itu hudud tidak kelihatan berbanding perkara lain. itu baru hendak terangkan, nak laksanakan jauh sekali.
kita org islam, siapa lagi yang patut sokong hudud kalau bukan kita? disinilah kita nk tunjukkan 'ketuanan' kita (kalau mahu).

kalau tidak semua hukum hudud kita mampu laksanakan, mengapa tidak laksanakan berperingkat2? hukum hudud yang jelas tercatat dalam Alquran yang tidak perlu dipersoal kesahihannya, laksanakanlah yg itu dulu.

walaubagaimanapun, contoh hukuman hudud yang disebut dalam ucapan Tun (potong tangan) yang dikatakan tidak adil kalau dihukum berbeza bg muslim dan non-muslim adalah amat memeranjatkan kerana.
1.hukum potong tangan jelas dalam alquran.
2.tidak adil menghukum orang islam dengan hukuman sivil.(walhal hukuman ada dalam alquran)
3.tidak adil menghukum bukan islam yang tidak percaya kepada agama islam dengan kaedah islam.

cuba periksa macam mana nabi Muhammad SAW melaksanakan hudud dikala orang bukan islam juga menjadi rakyat baginda.

hukum tutup aurat yang jelas dalam alquran tu pon kita ambil ringan. mungkin keadilan inilah yg difamahi oleh Tun. "Kalau bukan muslim hukuman ringan, mengapa muslim hukuman berat" siapa kita hendak mempersoalkan itu?
berat ringan bukan soalnya. ketetapan itu yang perlu dilaksanakan.

alquran itu lengkap ajarannya. masalah timbul apabila umat islam mengambil separuh dan ditinggalnya lagi separuh. sungguh takut apabila dikatakan tergolong dalam org kafir. tapi dalam masa yang sama tidak pula berusaha mengamalkan ajaran islam sepenuhnya dan mentarbiah golongan yang menolaknya. malah sendiri berusaha mencari hujah untuk meringan-ringankan atau menolak ketetapan Allah.

Walau siapapun kita, asalkan percaya kepada Allah, terima lah HUDUD dengan hati terbuka seperti mana kita menerima arahan-arahan lain dari Allah.

wasalam

Nordin said...

Mazhab Syafie.
i. Imam Nawawi: dikenakan hudud ke atas peminumnya melainkan kanak-kanak, orang gila, Kafir harbi dan Zimmi [Mughni Muhtaj IV:187]. Ungkapan yang sama dalam Tahfatul, Nihayatul dan Mughni Muhtaj. Hanya dalam kitab Tahfatul Muhtaj ditambah dengnan Mu’ahad: Harbi, Muahid kerana tidak terikatnya Zimmi, maka tidak terikat kerana adami [Nihayatul Muhtaj, VIII:12].

ii. Muhazzab: Jika mereka (kafir zimmi) berpegang bahawa arak itu dibolehkan maka tidak dikenakan (hudud) ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang pada keharamannya, maka tidak boleh dikenakan (had) seperti kekufuran mereka tetapi jika mereka menzahirkan hal tersebut maka hendaklah ditakzir kerana mereka telah menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam [Muhazzab II:256].

Mazhab Hambali
i. Al-Iqna’ : Jika seseorang telah meminumnya itu merdeka, Muslim, Mukkalaf, sukarela dan tahu bahawa kalau banyak ianya memabukkan samada daripada jus anggur, atau dari lain-lain yang memabukkan, sedikit atau banyaknya, meskipun tidak memabukkan peminumnya maka hendaklah dihudud 80 kali sebatan. [Iqna’, Syariffuddin IV:267]

ii. Tidak dikenakan zimmi kerana minum arak, namun jika mabuk dikenakan hudud. Pendapatku jika mabuk dikenakan had, tapi sebaliknya tidak. [ Maharrar II : 163]

iii. Tidak dikenakan had ke atas orang kafir yang minum [ Al-gayatul Muntaha III : 313]

Mazhab Maliki
i. Malik berkata “Jika ahli kitab dijumpai minum arak atau melakukan zina, mereka dibiarkan (tanpa hukuman), kecuali mereka menzahirkannya maka mereka akan dihukum. [A-Mudawanatul Kubra 4:256]

ii. Jika orang kafir ditemui mabuk maka dibiarkan kecuali jika dizahirkan perbuatannya (minum arak secara terbuka). [ Al-Mudawwanah 4:256]

Mazhab Hanafi
i. Maka tidak akan dikenakan hukuman hudud ke atas zimmi, harbi dan musta’min kerana minum dan tidak juga kerana mabuk pada zahir riwayat [Badai’ Sanai’ 7:39]

ii. Ungkapan Al-Hakim dalam Kafi tentang minum, “Tidak ada had ke atas zimmi jika minum” [Hasyiyatul raddul Muktar 4:37]

.::: mr IQ :::. said...

saya tak fahmlah, knapa Tun perlu diagung-agungkan sangat.
Sampai apa yg dia cakapkan dgn lidah dia, orang lain boleh katakan dia maksudkan sebenarnya begini dan begini...

biarlah tun sendiri yg menjawab surat dari pelajar muslim itu. Kamu tak perlulah menegakkan benang yg basah. Dengar ajalah tun membalasnya.

Anonymous said...

saya @siti nur amirah

saya juga faham apa yang dimaksudkan.
sebenarnya jelas takde istilah hudud pas atau hudud umno. rangka undang-undang islam itu sememangnya dibuat setelah melihat tatacara yang sepatutnya.menggunakan kebijaksanaan akal kita. sudah ramai yang cuba jelas kan pada pihak penulis mana mungkin kita dapat melaksanakan hukuman islam kepada orang bukan islam.agama islam kan tak pernah memaksa.

islam nak nampakkan perbezaan indah ciptaan islam berbanding ciptaan manusia.malah orang bukan islam akan diberi pilihan undang-undang mana yang dia mahukan.

contoh kes:

anak mr lim dibunuh.

jika di mahkamah syariah:
mr lim boleh minta pembunuh anaknya dibunuh kembali atau pembunuh tersebut dikenakan denda tertentu.ang tersebut dapat kepada keluarga mangsa.

jika di mahkamah sivil.
pembunuh mungkin akan dihukum mati atau penjara 20 tahun.(contoh) denda, dapat kepada pihak kerajaan. mr lim, bapa kepada mangsa tak dapat apa2. agak2 pihak penulis mr lim nak ikut undang-undang mana?

CheWal said...

@mr IQ,

tiada siapa yang mengagungkan Tun.

@nordin,

itu adalah kesalahan yang hanya dikenakan keatas umat islam. sepertimana yang diterangkan dalam jawapan saya diatas, kesalahan yang dipetik oleh Tun adalah kesalahn mencuri yang mana merupakan kesalahan umum yang terdapat peruntukan undang-undang dalam mahkamah sivil. spt yg dijelaskan sebelum ini, apabila hukuman bagi kesalahan umum spt ini dibentuk, ianya mestilah sama bagi mana-mana agama. Saya ulang semula ayat dalam artikel saya " satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang berlainan agama tetapi dihukum dengan dua hukuman yang berbeza".

kesalahan seperti minum arak, berkhalwat (contoh komen sebelum ini) hanya terdapat dalam mahkamah syariah dan sudah sememangnya diaplikasikan keatas umat islam sahaja sejak dari dahulu. disini tidak timbul isunya. Namun, pemerintah boleh untuk menjadikannya satu undang-undang persekuturan untuk diaplikasikan keatas seluruh rakyat (proses pindaan akan memakan masa).

@anon 1:21

kita tidak mempersoalkan berat atau ringan... tetapi konsep keadilan dimana hukuman yang sama perlu diaplikasikan kepada semua pihak yang ditekankan (kes mencuri). Al-Quran tidak suruh kita membeza-bezakan hukuman antara agama.

@farhan ahmad,

Mahkamah syariah adalah dibawah kuasa badang perundangan negeri. Walaubagaimanapun, hukuman-hukuman dalam mahkamah syariah adalah tertakluk dibawah akta mahkamah syariah perlembagaan persekutuan.

sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah hanya meminda hukuman dalam mahkamah syariah dengan memasukkan elemen hukuman yg ditulis dalam Al-quran disamping hukuman takzir yang digunapakai pada masa kini.

Tetapi, bagi kesalahan umum seperti mencuri, pindaan dalam mahkamah syariah ini tidak dapat diaplikasikan kerana terdapat peruntukan undang-undang bagi kesalahan yang sama dalam mahkamah sivil dan menurut perlembagaan, hukuman mahkamah sivil mengatasi hukuman mahkamah syariah (dalam kes ini). Sekiranya hukuman potong tangan hendak dibuat, ianya melibatkan pindaan undang-undang persekutuan yg digunapakai keatas semua rakyat (tetapi melibatkan proses pindaan yg sukar)

Untuk meminda hukuman untuk mahkamah syarikah, akta mahkamah syariah perlu dipinda atau mungkin boleh dimansuhkan sepenuhnya dan memberi kuasa sepenuhnya kpd negeri untuk menentukan hukuman.

Inilah sebabnya mengapa ada yang mengatakan tindakan PAS berkenaan hukum hudud adalah berunsurkan politik semata-mata. Ini adalah kerana mereka tidak pernah sekalipun membuat usul untuk meminda akta mahkamah syariah ini. Malah ada dikalangan pemimpin mereka sendiri yang berbeza pendapat mengenainya...ada yang nak buat dan ada yang taknak buat, ada juga yg kata hudud hanyalah 0.001%.

Tun Dr. Mahathir sebenarnya telah memulakan langkah awal dalam menaikkan martabat mahkamah syariah dimana pada zaman pimpinan beliau iaitu ada tahun 1988, kerajaan telah meminda perlembagaan perkara 121 untuk menghalang mahkamah sivil mecampuri urusan mahkamah syariah.

akibat daripada pindaan yang dibuat dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir ini, mahkamah syariah mempunyai kuasa yang besar. Sebagai contoh, kes murtad yg diputuskan oleh mahkamah syariah tidak boleh dicabar atau diraya oleh mahkamah sivil.

Ironinya adalah, Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan hak kebebasan untuk murtad spt yg beliau sebut dalam wawancara dengan BBC. Tun Dr. Mahathir (kerajaan) memberi kuasa besar kpd mahkamah syariah tetapi Anwar pula menyokong kebebasan untuk murtad.

Malah pindaan hukuman untuk mahkamah syariah juga pernah dibuat sebelum ini iaitu hukumanya dikeras berbanding sebelum ini. Oleh itu, sekiranya hanya pindaan terhadap hukuman mahkamah syariah yang ingin dilakukan (dan bukannya pindaan undang-undang persekutuan), sepatutnya usul boleh dibuat di parlimen...tetapi sehingga kini tiada siapa yg membuat usul ini.

Anonymous said...

yang jelas tidak ada sesiapa pun di sini yang pempertikaikan hukum Allah atau menolaknya.

Apa yang berlaku adalah 'kefahaman'nya dan cara perlaksanaannya.

Dalam hal hal yang sedemikian inilah maka berlakulah kewujudan pelbagai mahzab dalam aliran fiqh ...

Sebab itulah Al Imam Hassan Al Banna meletakkan rukun faham itu sebagai asas pertama dalam usul 20nya ..

Bila rukun ini gagal difahami maka berlakulah berbagai pandangan dan pendapat .. yang pada dasar dan hakikatnya tidak menyelesaikan pokok permasalahan sebeliknya menambahkan kekaburan dan tersasar dari matlamat Islam itu sendiri yg mengangkat tinggi 'perpaduan'

Anonymous said...

Maka jika benar wujud hudud PAS dan kamu sekalian menolaknya kerana ego dan tidak setuju atas sebab politik..maka saya personally cabar org yg berkuasa sekarang untuk jalankan kajian seterusnya laksanakan hudud Allah ini di Malaysia. Mengapa masih tolak?

CheWal said...

@siti nur amirah,

sepertimana yg disebut banyak kali sebelum ini dalam jawapan saya yg lain, perlu bezakan antara kesalahan dan hukuman.

Bagi kesalahan seperti minum arak, khalwat dll adalah merupakan kesalahan keatas umat islam sahaja. hukumannya juga dibuat keatas umat islam sahaja.

Bagi kesalahan-kesalahan umum seperti mencuri dan membunuh dll, ianya merupakan kesalahan seluruh rakyat tanpa mengira agama. Ia adalah kesalahan bagi semua agama.

Oleh itu, hukuman terhadap kesalahan ini mestilah sama kepada sesiapa sahaja. Org bukan islam tidak ada masalah untuk menerimanya kerana mereka akur dan tahu bahawa ianya adalah satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Maka mereka menerima hukuman spt mana yg telah digariskan oleh undang-undang.

Oleh itu, kalau potong tangan dijadikan hukuman bagi mencuri, maka org islam dan org bukan islam akan dikenakan hukuman yg sama.

samalah halnya dengan hukuman bagi membunuh. Malah hukuman bagi kesalahan membunuh dalam mahkamah sivil adalah merupakan hukuman dalam islam iaitu, orang yg membunuh dihukum dengan bunuh (hukuman mati) iaini cabang hukum Qisas...dan hukuman qisas ini diterima oleh bukan islam. Ini adalah kerana perbuatan membunuh adalah stu jenayah bagi semua umat manusia

ini berbeza dgn undang-undang dan hukuman minum arak dll spt yg telah dijelaskan sebelum ini.

kesimpulanya, tiada masalah untuk membentuk hukuman yg sama bagi semua agama.

@anon 13:00,

benar, tiada siapa yang mempertikaikan hukuman yg ditulis dalam Al-Quran. khilafnya disini adalah dari aspek pemahaman terhadap sesuatu kenyataan.

@anon 17:39,

tiada siapa yang ego dan pertikaian mengenai isu ini bukanlah atas sebab politik. Ianya hanya menjawab mengapa ada sesetengah pihak mempertikaikan hudud PAS (nota: tiada siapa mempertikaikan undang-undang AL-Quran)

Tidak perlu menunggu menunggu orang yang berkuasa. sesiapa sahaja boleh mulakanya terutama terhadap pindaan akta mahkamah syariah (sekiranya hendak dimulakan secara berperingkat dahulu). Mana-mana ahli parlimen di Malaysia boleh membuat usul untuk pindaanya untuk dimasukkan elemen-elemen hukuman Al-Quran.

dalam undang-undang sivil Malaysia pun telah ada undang-undang yg sama dengan undang-undang Al-Quran seperti hukuman bunuh (QIsas) dan hukuman bughah (menderhaka).

insan lemah said...

Anonymous said...

Maka jika benar wujud hudud PAS dan kamu sekalian menolaknya kerana ego dan tidak setuju atas sebab politik..maka saya personally cabar org yg berkuasa sekarang untuk jalankan kajian seterusnya laksanakan hudud Allah ini di Malaysia. Mengapa masih tolak?
16 March 2012 17:39

merujuk dari apa yg dikatakan oleh si anonymous di atas..ko hanya pandai ckp cabar dan sebagainya..benar dan benar belaka bahawa hukum hudud adalah hukum ALLAH..tiada siapa yg mampu persoalkannya..mungkin dari pemahaman yg cetek mewujudkan perbezaan pendapat..berbalik dari kenyataan si anonymous..engkau hanya pandai menyuruh dan mncabar org lain berbuat adil atau dlm konteks lain engkau hanya pandai mencari keadilan..tetapi adakah engkau sudah berbuat adil??adakah engkau sudah berlaku adil dgn ayah,ibu,kakak,abg,adik isteri/suami dan org2 sekelilingmu??adakah engkau sudah berlaku adil trhadp penciptamu??yang penting skg ni perkuatkan terlebih dahulu asas pegangan iman sebagai seorg muslim..itu yg pntg..xperlu nk menyalak,mencabar sana sini..ckp memg mudh tapi nk melksanakn kena ambil kira semua aspek tak kira muslim or non-muslim..jgn pandai ckp je..pikir dulu sebelum ckp shj..

Anonymous said...

sebenarye aku x terkejut pun kenyataan tun tentang hudud nie..
sbb sblum nie die ad kuar artikel kat blog die tentang hudud dan ap yg die nyata kan kat blog die sama dengan soalan yg die jwp kat seminar bulan lepas kan kalau x silap..
bnyak ulama x sepakat tntang hukuman2 nie..ad kata wat cmnie ad kata wat cmtu..last2 nak hurai kan kekeliruan tntang hudud..al-quran la yg jd rujukan ntuk dpt jwpan..
tp kalau dah orng politik tu..abis la diputar belit statement tun kata anti hudud..mcm2

Anonymous said...

Assalamu'alaykum.

Alhamdullilah saya dapat baca hampir kesemua komen, dan juga komen Ust Hilal Asyraf.

Pendapat Tuan bahawa soalan Tun sekian-sekian maksud juga telah saya fahami dan hadam.

Saya juga sebenarnya dah mengikuti tulisan atau ucapan Tun sedikit sebanyak yg berkaitan Islam dan hudud.

Maaf cakap, jika betul apa yg Tuan maksudkan tentang Tun, ini jawapan saya :
Sama ada Tun ini :
1. bermotif politik
atau
2. Kurang ilmu tafsir hadis dan Al-Quran

Apa2 pun, saya nak timbulkan suatu persoalan. Harap kau orang baca sampai habis. Nampak macam tak relevan dgn isu ini :

Kalau zaman muda2 dulu (umur baru awal 20an), kita org lelaki buka TV, tetiba TV tayang perempuan tak pakai tudung adakah kita (termasuk saya) akan :
a. Tukar channel ?
b. tengok terus
c. Istighfar tapi terus tonton.
d. Istighfar & tukar channel.

Kalau jawapan kita a, b atau c, apakah alasan anda ketika itu ?

Ini benda kecik tapi diambil ringan oleh kita semua termasuk saya sendiri. (Saya tulis ni bukan nak aibkan sesiapa, tetapi tujuannya lain, tolong baca terus)

Diriwayatkan dlm zaman Rasulullah, sebaik sahaja ayat berkaitan pengharaman arak dikeluarkan, ada sahabat nabi yg balik kerumah terus pecahkan kesemua tong2 arak. Nak bagitau kat sini, betapa Iman para sahabat tu, kalau banding dgn iman zaman kita macam mana ?

Sebab itu, perlaksanaan hudud ini adalah soal Iman. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Maaf saya memang dah terkasar bahasa.

Anonymous said...

sedih la chewal ni....spe2 tlg bntu dia...basic agama pun x tau...pstu bley plak tulis kt blog...org len baca,,,,,klw org yg x tau sama mcm dia jgk....abih punah!!! apunilah chewal oh tuhan...

CheWal said...

@anon 4:15,

Samada anda tak baca atau anda tak tahu baca. Kalau tak baca, silalah baca dan kalau tak tahu baca, sila belajar.

Anonymous said...

insan lemah said...

merujuk dari apa yg dikatakan oleh si anonymous di atas..ko hanya pandai ckp cabar dan sebagainya..benar dan benar belaka bahawa hukum hudud adalah hukum ALLAH..tiada siapa yg mampu persoalkannya..mungkin dari pemahaman yg cetek mewujudkan perbezaan pendapat..berbalik dari kenyataan si anonymous..engkau hanya pandai menyuruh dan mncabar org lain berbuat adil atau dlm konteks lain engkau hanya pandai mencari keadilan..tetapi adakah engkau sudah berbuat adil??adakah engkau sudah berlaku adil dgn ayah,ibu,kakak,abg,adik isteri/suami dan org2 sekelilingmu??adakah engkau sudah berlaku adil trhadp penciptamu??yang penting skg ni perkuatkan terlebih dahulu asas pegangan iman sebagai seorg muslim..itu yg pntg..xperlu nk menyalak,mencabar sana sini..ckp memg mudh tapi nk melksanakn kena ambil kira semua aspek tak kira muslim or non-muslim..jgn pandai ckp je..pikir dulu sebelum ckp shj..

17 March 2012 21:49

Sila rujuk balik comment saya..di situ saya ada katakan 'JALANKAN KAJIAN' seterusnya laksanakan..buat masa sekarang, ada apa2 langkah yang diambil mengenai mcm mana nak laksanakan HUDUD? lagi tolak adalah dgn alasan tidak adil bg non-muslim, dsb..bertopengkan beberapa org blogger sahaja yg menulis entry mengatakan kononnya kerajaan sekarang tidak menolak HUDUD. Mengenai adakan saya berlaku adil pada pencipta dan keluarga saya, saya mencuba yg terbaik terutama pada maha pencipta dgn mengambil tempat dlm memperjuangkan ape yg saya mampu termasuk meluahkan pendapat saya disini..adakah kamu mengambil tempat kamu sekali wahai insan lemah..?sungguh rugi..

Sabda Rasulullah S.A.W yang kira kira berbunyi:

Sekiranya kamu melihat berlakunya kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa),jika kamu tidak mampu cegahlah dengan lisanmu (tegur) dan jika tak mampu juga,memadai dengan membenci perbuatan tersebut dalam hatimu.Dan ia adalah selemah lemah iman.

HAWKIN said...

Xde gne klu cbe brdalih...ingat jage prkataan...kamu adalah pemimpin oleh tu kamu hndaklah brhati2 walaupun kamu faham ianya lain tp fikirlah org len xsme dgn fikiran kamu...kerana itula imam hanifah brani dipenjara...klu xpham ag pi blaja...lpas brckp salah bru cbe cri alasan untuk mmbela diri...IANYA SALAH..!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt

Tiap org bagi pendapat... tiap orang bagi pandangan... alangkah eloknya jika ada penyelesaiannya.. bukan sekadar... tuduh menuduh.. kata mengata...keji mengeji....

Bagi saya... saya meraikan pandangan dan pendapat disini... semoga pandangan dan pendapat ini berjalan dalam keadaan hikmah... bermujadalahlah dengan baik...

Dan apa yang penting berbahaslah dengan lemah lembut... berhikmah dan baik tutur kata....

"Addin itu Nasihah"...

Tahniah buat chewal... hilal... dan Ayahanda Tun...

wassalam...

zul

CheWal said...

@zul,

Terima kasih. InsyaAllah, blog ini aka cuba menjaga tatasusila dan memastikan artikelnya hanya berasaskan kebenara.

Bagi saya, punca keatas sesuatu isu adalah kerana sikap prejudis masyarakat kita.

Ini adalah sesuatu yg dah menjadi kebiasaan. Kita mudah ber prejudis dan berprasangka. Adakalanya kita rasa hanya kita yg betul dan kerajaan salah. Kita gagal menyedari bahawa kerajaan juga mempunyai barisan penasihat dan bertindak berdasarkan perspektif dari pendapat yg lain.

Apabila kerajaan menggunakan pendapat yg lain yg tidak sama dengan pendapat kita, tidak semestinya kerajaan salah sebaliknya tindakan itu berasas.

Bila kita rasakan bahawa hanya kita shj yg betul, maka terjadilah perkara-perkara spt mengkafirkan org lain, menjatuhkan hukum haram sewenang-wenangnya dll.

Anonymous said...

nak bela apa lagi. jika orang ramai salah faham maksud tun, serta penjelasan pertama hilal sudah dibaca tun, mengapa tun tidak menafikan bahawa kata katanya telah disalah fahami orang ramai? sedangkan tun sendiri mengakui kata2 dia seperti persoalan balas yg diberi kepada hilal iaitu lebih mempertikaikan hadis. bodoh betul blog ni.

dr asri dan fathul abri mengatakan kata2 tun itu salah. tapi masih ada jugak blog bingai ni nak putar belit mempertahankan mahathir atas kepentingan politik.

CheWal said...

@anon 2.28,

Anda tahu baca atau tidak? Kalau tak tahu baca, sila belajar lagi dan jangan kata org lain bodoh diatas kegagalan anda untuk membaca dan memahami.

Iqra'

dadadada said...

KELAKAR PUN ADA.. ENTAH LAH... MANUSIA NI PELIK.. TAK TAHU CMANA SI CHEWAL NI BLEH FAHAM TUN M.. CHEWAL2...

KERAJAAN PEGANG LEBIH DARI 5 DEKAD, TUN M PEGANG LEBIH DARI DUA DEKAD.
SKRG KERAJAAN BN MASIH BERKUASA. KUATKUASAKANLAH UNDANG2 BERPANDUKAN AL-QURAN. PELIK GAK AKU SKRG NI.. HUHU.. PELIK X? PELIK MEMG PELIK KAN, SEKETUL2 ADA DALAM QURAN.. TERANG XPAYAH SULUH HUKUMAN2 BEGINI DAN BEGINI TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH. NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH.. BAGINDA, KATA2 BAGINDA, PERBUATAN BAGINDA MENJADI CONTOH KEPADA SEMUA.. KALAU ADA HADIS DAN RIWAYAT MENGATAKAN NABI MELAKSANAKAN HUKUMAN POTONG TANGAN KEPADA PENCURI, REJAM KEPADA PENZINA YG KAWIN, APAKAH MAKNA PERBUATAN NABI ITU SEMUA? TUN M KENA JAWAB.. CHEWAL XPERLU..CHEWAL HANYA PERLU FAHAM. TURUNYA PERINTAH SEMAYANG, NABI SMBAHYANG LA, PUASA, NABI PUASA LA. WAHYU YG MENYURUH MELAKSANAKAN HUKUMAN REJAM, NABI LAKSANAKAN KAN. AGAK2 CHEWAL, NABI YANG DIPENUHI KASIH SAYANG TERHADAP UMMAT BAGINDA AKAN SEWENANG2 NYA KE MENJALANKAN HUKUMAN YG DIPERINTAHKAN ALLAH? KALAU TUN M KATA HUDUD PAS TAK ADIL, KENAPA BN TAK MULAKAN HUKUM HUDUD NI? X HILANG NYER KUASA KALAU ALLAH TAK IZINKAN. TAKUT HILANG KUASA LA ORG2 ZAMAN SKR.. ENTAH APA YG DIFIKIRKAN.. HAIH...

ORG2 KAYA PI JUDI GENTING X KENA PAPE KAN? X TAU LA KALU KENA.. TAPI YG JUDI TAK REGISTER JE KENA RUSH.. :)

BAB2 MURTAD NI PLAK, ADER JE YG KLUAR MASUK. ENTAH LA. BUKAN SENANG JADI PEMIMPIN NI WAHAI TUN M KAN. NANTI KAT PADANG MAHSYAR, MCM2 KENA TANYA. AKU NI YG JADI KULI KAT OFFICE NI PUN X TAHU NAK JAWAB MCAMANA... ENTAH TERJAWAB ATAU TIDAK.. ENTAH SATU PUN XTERKATA.. SBB BUKAN MULUTKU YG BERKATA. SAPE LAH AKU INI.. NAK BUAT PANDAI, TAKUT JUGAK. TAPI GITU LA, APA2 PUN, ALLAH DI DAHULUKAN... BUKAN RAKYAT.. ITU BARU SLOGAN YG PATUT2 NYA DIADAKAN. BUKAN RAKYAT DIDAHULUKAN. SBB RAKYAT NI, KITER XBLEH IKUT SEDAP DIORANG JER..ADA YG NAK JUDI BOLA DIBOLEHKAN LA, APA LA.. TAPI KALAU ALLAH DIDAHULUK, ATAU ALLAH COME 1ST, SUDAH SEMESTINYA SEMUA ORANG TERJAMIN. JADI NEGARA MAKMUR, INSYA ALLAH. JGNLAH KUAT SGT SENTIMEN KEMELAYUAN, SBB RAMAI ORG YG AKU KENAL, DAH CONVERT JADI MUSLIM, TAPI PATAH BALIK SBB XTAHAN NGAN KERENAH MELAYU2 TERTENTU. TAK TAHU LAH MACAM MANA MELAYU2 TERTENTU TERSEBUT NAK JAWAB PADA ALLAH NANTI. JADI, PADA YG SALAH, PADA YG TAK PATU, KITER KATAKAN TIDAK. ")

CheWal said...

@dadadada,

Saya nasihatkan anda baca artikel tu dengan betul-betul dan baca komen-komen yang telah saya berikan dalam ruangan ini. Semua persoalan anda telah dijawab.....saya tidak mahu mengulangnya lagi. Rajinkan membaca ye.

Cuma satu je saya nak tanya....

Dalam komen anda, anda menyebut "wahyu yang menyuruh melaksanakan hukum rejam, nabi laksanakan"

boleh anda tolong jelaskan wahyu yang mana yang menyuruh nabi melaksakan hukum rejam?ayat mana dan surah mana?

Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum, saya masih lagi muda untuk menyertai perbahsan ini. namun, apa yg dpt saya katakan, apabila seseorang itu telah diangkat menjadi pemimpin, maka wajiblah dia MEMIMPIN rakyat @ masyarakatnya mengikut landasan syariat agama ISLAM yang benar. jadi, bila adanya pemimpin yg nk menegakkan ISLAM, mngapa perlu dipersoalkan tindakannya? tidakkah kelihatan seperti mempersoalkan hukum ALLAH?? tengok sajala MALAYSIA.. saban kali menjadi tuan rumah persidangan OIC, negara ISLAM, pemimpin tertinggi ISLAM.. tapi kenapa tak haramkan sarang perjudian di genting highlands(contohnya)?? di mana letaknya hukum ISLAM di situ? kenapa pinggirkannya? tudung. sedangkan wanita tertinggi negara juga tdk memakai tdg.(maaf,sekadar memberi contoh) jadi, di mna ISLAM yg sepatutnya menjadi pegangan seorang pemimpin? kenapa perlu lihat latar belakang politik dlm hal menerima pendapat? sedangkan perkara yg dibangkitkan itu berkenaan hukum ALLAH. kenapa harus dikecam?? kenapa harus berkata "masyrkt bakal xda tgn bla lksanakan hukum tu"???? kita ni siapa nk komen2 hukum ALLAH. kita ni sekadar menumpang di bumi ALLAH saja. hamba yg hina. sedarlah... jgnlh mnegakkan benang yg basah kalau benda yg diperkatakn itu sudah terang lg bersuluh apatah lagi ia berkaitan hukum ALLAH..

astaghfirullah.. mohon maaf andai terkasar bahasa.
salam.

Anonymous said...

ada yg setuju ada pulak yg tak setuju.

tapi boleh kah kita semua sama-sama bersetuju kalau kita bersepakat untuk menyata kan :

tidak kira bangsa dan agama semua nya tidak terkecuali dengan hukum HUDUD.

adakah kamu semua SETUJU?

kemudian kamu semua tanya pada diri masing2 :

adakah bangsa dan agama yang lagi satu akan SETUJU?

kemudian timbul pertanyaan lain ADIL kah hanya orang islam sahaja yang dikenakan hukum hudud?

Dan kenapa pula bukan islam dikecualikan?

dan kalau jawapan kamu adalah ya semua kaum dan agama tertakluk didalam hukum HUDUD

tidak kah pula kaum lain akan membantah dan menuduh ISLAM adalah ugama yang tidak adil, menindas dan Zalim kepada kaum bukan islam kerana mereka tidak menyokong?

adakah ISLAM itu ZALIM, tiadakah sifat pemurah dan mengasihani?

atau kita mengikut nafsu syahwat untuk menghukum kepada orang ISLAM sahaja, ADIL kah?

hukum tetap hukum apa yang terkandung didalam Quran dan Hadis maka sentiasa dijunjung dan dijadikan panduan untuk kita sentiasa mencintai penciptanya,mencari bagaimana untuk jalan pulang,menjadi insan berguna dan bukan pula menyokong secara membabi buta tanpa sebarang pertimbangan yang waras.

maka HUDUD jika ingin dilaksanakan perlu lah dilaksanakan tanpa mengira kaum dan agama.

adakah KAMU SEMUA SETUJU? islam itu ADIL dan SAKSAMA.

CheWal said...

@anon 2 April,

Mungkin anda salah faham atau tidak memahami tulisa artikel ini mahupun kenyataan Tun Dr. Mahathir.

TIADA SIAPA mempertikaikan hukum Allah. TIADA SIAPA yang mempertikaikan hukum Al-Quran...yang disoalkan adalah hukum yg direkabentuk oleh manusia misalnya yang membezakan hukuman antara orang islam dan bukan islam...

TIADA SIAPA yang mengatakan " masyarakat bakal takde tangan jika melakukan hukum itu" tetapi yang disebut adalah "org islam (pencuri) tidak ada tangan sebaliknya orang bukan islam masih mempunyai tangan"

fahamkan perbezaanya.

Anonymous said...

alhamdulillah, nampaknya masih ada golongan cerdik yg menggunakan akal utk mengkaji kata2 negarawan Tun Dr M...

apa sy boleh kata, "hanya jauhari menegnal maknikam"...Tun Dr M memang mempunyai visi yg terlalu jauh ke depan, seorang Dr perubatan, jurutera, akauntan,lawyer malah tok guru yg amat hebat, pemikiran tajam, teliti & meghayati setiap penulisan serta kandungan al quran... jauh lebih teliti dari mrk yg mengaji dlm bidang agama itu sendiri...

yg tak dapt menilai mungkin sebab "hati yg buta" spt Surah Al hajj, 46 :bukan matanya yg buta tetapi hati di dalam dada"...

tq Tun & syabas Chewal ....

Anonymous said...

Kerajaan yang sedia ada kan ada banyak institusi agama dan "dr-dr" agama......kalau betul HUDUD PAS tak betul....sebagai nak membuktikan kerajaan tak anti HUDUD.....arahkan institusi2 ni buat kajian merangka HUDUD......laksanakan berperingkat-peringkat.....come-on la....jgn bagi alasan macam-macam......1 Malaysia cepat pulak rangka.....marketing riuh rendah di media.....HUDUD tak boleh pulak.... MUNTAH la dgn alasan "tak profesional dan menidakkan intelek rakyat"

Anonymous said...

ya la.....JAKIM, YADIM, JABATAN AGAMA NEGERI....UST2, PENCERAMAH2 BEBAS, MUFTI2, KADI2, PAKAR HADITH.....kalau tak cukup di Malaysia ni.....collect la dr AL-Azhar, Madinah, Jordan, Syria,......
Kalau nak laksanakan dengan ketepatan KEADILAN seperti di zaman RASULULLAH SAW....Insyaallah....sebenarnya, tak ada POLITICAL WILL utk nak laksanakan...

CheWal said...

@anon 7 april,

mengenai penggubalan atau merubah sistem perundangan ini telah dijelaskan dalam jawapan-jawapan saya dalam ruangan komen ini. Apabila melibatkan pindaan perlembagaan, ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

1Malaysia tidak melibatkan sebarang pindaan perlembagaan dan tak perlu dibawa ke parlimen pun.

Mat_Rafi(WAKO) said...

biar saya beritahu kepada anda.

1) saya sebenarnya sokong perlaksanaan hudud tetapi adil ke jika undang2 hudud dilaksanakan keatas orang islam dan orang bukan islam di kecualikan.

2) kebanyakan kes2 seperti mencuri, rogol, berzina kebanyakan daripada mereka adalah melayu. bukan menuduh tetapi kenyataan sudah jelas.

3) satu lagi kalau puak2 BARISAN NASIONAL boleh backup orang2 daripada didakwa. beranikah anda jamin bahawa undang2 hudud ni bersih dan adil. jika ditakdirkan hukuman itu dijatuhkan oleh ahli2 keluarga PAS sangupkah mereka melaksanakan hukuman.

4) satu saya bagitahu sangupkah anda tengok orang2 islam yang dihukum hudud jika dipotong tangan tidak boleh menulis, dipotong kaki tidak boleh berjalan. sedangkan orang bukan islam dihukum melalui undang2 sivil hanya kena penjara atau sekurang kurangnya sebat.

5) saya tertarik tentang kebaikan no 3 "Perniagaan akan lebih maju" saya setuju apa yang anda huraikan. tetapi kesan buruk adalah orang2 islam tidak akan maju kerana ramai orang islam kudung tangan2. seperti saya katakan saya cakap bukan nak tujukan oranga melayu tetapi terimalah hakikat bahawa jenayah sekarang ramai yang melibatkan orang islam.

6) zaman sekarang rasuah adalah perkara biasa dalam politik pun ada rasuah dan undang2 sivil pun sesetengah kes ada yang sanggup merasuah hakim. saya takut hudud akan lebih berleluasa rasuah.

Kesimpulannya saya tak pernah percaykan parti PAS dan semua parti di malaysia. Parti di malaysia sama sahaja.

serunaimalam said...

salam... jadi, kalau dh mmg beliau pndai mghayati, kenapa x mempraktikkan alQuran (kalam ALLAH) dlm khdupan??

kenapa katakan BELUM untuk laksanakn hukum ini?

saya xmyebelahi mn2 parti politik namun, atas dasar rasa ingin tahu saya bersuara..

ya, saya x nafikan Che det ialah seorang tokoh terkemuka. kepandaian, kebijaksanaan beliau amat disegani. namun, Allah Maha Bijaksana.

kalaulah setakat baca tafsir al Quran, kita dh mmpu memahami apa yg tersirat, xperlulah ulama2 dahulu merantau mncari ilmu. membahaskan hukum hakam.

kita perlu tahu, ilmu Allah itu luas. Che det mmg baca, faham. tapi, betul2kan faham mksud dlm al Quran itu?

sdgkan org lain nk bg dalil pergi dptkan rjukan dripada alim ulama. smoga apa yg djdkan rjukan mgkut lndsan yg sbenarnya..

baiklah, stkt tu ja.
wsslam.

Anonymous said...

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kalau nak laksanakan hukum hudud tu, macam-macam alasan diberi. Walhal jika PM kata laksanakan hudud, maka terlaksanalah hudud tu. Siapa yang berani lawan PM? Inilah realiti. terima atau buat-buat tak faham. inilah masa yang sesuai kerana pemimpin Islam di tampuk pemerintahan...takkan nak tunggu bukan Islam jadi pemimpin lepas tu baru terkial-kial nak lobi hudud. Kalau Allah nak turunkan bala, satu negara kena. Ya Allah selamatkan Malaysiaku.

Anonymous said...

Salam semua... :)

Bagi saya tidak salah Dr. M memberikan pendapat beliau kerana HUKUM ISLAM ITU ADALAH WAJIB TETAPI KITA DIBERIKAN AKAL UNTUK BERFIKIR.

Alhamdulillah, kita semua berfikir tentang agama Allah yang satu. Allah itu Maha Bijaksana dan kita pula tidak mampu untuk berfikir seperti apa yang Allah swt fikirkan..

Setuju?

Masing2 memberikan pendapat2 yang berlainan, kita seolah2 4 imam utama yang akhirnya membahagikan kita kepada 4 mazhab. Akhirnya masing2 beribadah mengikut keyakinan masing2.. tidak ada apa yang perlu digaduhkan..

setuju?

Dalam Al-quran Allah berfirman:

Surah Al Kafirun dan terjemahan

Posted by pakcikli00 di 22 Ogos 2010

سورة الكافرون – سورة ١٠٩ – عدد آياتها ٦

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣)وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥)لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)

1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir!” (QS. 109:1)

2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:2)

3. Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:3)

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:4)

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:5)

6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku

Jadi secara umumnya/asasnya APA YANG UMAT ISLAM PERCAYA LANSUNG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN APA YANG UMAT ISLAM PERCAYA..

Setuju setakat itu?

Jika ingin difikirkan tentang adil atau tidak (merujuk kpd apa yg tuan2 fikirkan) mengapa tidak difikirkan adil mengapa Allah mewajibkan umat islam solat 5 waktu sedangkan agama lain cuma sekali seminggu?

Apakah sebenarnya objektif sebanar Hukum Hudud ini?

Untuk mengelak ORANG ISLAM melakukan jenayah bagi Allah swt dan hanya yang percaya pada Allah SWT sahaja yang akan takut, risau dan akan bertaubat sebelum melakukannya kerana mereka adalah ISLAM dan mereka percaya hukum itu wujud.. mereka bersetuju kerana MEREKA SENDIRI PERCAYA DAN YAKIN YANG ITU HUKUM TUHAN MEREKA..

NEGARA KITA ADALAH DEMOKRASI, JADI APAKATA KITA (UMAT ISLAM) SENDIRI MENENTUKAN DENGAN UNDIAN...

DAN JIKA MAJORITI BERSETUJU DAN SUDAH TENTU FAHAM AKAN HUKUM ISLAM INYAALLAH TIADA APA YANG MENGHALANG.. TERMASUK PEMERINTAH

AMIN...

DI HARAP JANGAN MENCAMPUR-ADUKKAN URUSAN DUNIA DGN URUSAN AKHIRAT..

TIADA PAS,UMNO,PKR DALAM ISLAM, ITU SEMUA DUNIA..DAN DUNIA INI TIDAK KEKAL PUN....

AMIN

Anonymous said...

Jika difikirkan semula, isu hudud ini rosak apabila disebut Pas, Umno..

Kita ibarat takut pada bayang2 sendiri- JIKALAU UNDANG2 HUDUD INI DILAKSANAKAN DAN IANYA BETUL2 BERKESAN SUDAH SEMESTINYA ORANG BUKAN ISLAM TURUT SETUJU AKAN HUDUD INI. SEPERTI MANA HUKUM BERKHATAN-SETELAH DISAHIHKAN KEBERKESANANNYA KE ATAS KESIHATAN DAN KEBERSIHAN, MAKA YANG BUKAN ISLAM PUN MAHU BERKHATAN (SEKADAR CONTOH)

YANG PENTINGNYA, KITA UMAT ISLAM HARUSLAH CUBA SEDAYA UPAYA MENJADI YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM..

LEBIH BAIK KITA BERDOA MEMOHON DITUNJUKKAN OLEH ALLAH PETUNJUK DAN DILEMBUTKAN HATI SEMUA ORANG JIKA ITU PILIHAN TERBAIK..

BELUM CUBA BELUM TAHU?