October 09, 2011

Ketrampilan Pemimpin



Didalam dua dekad terkini, negara diperlihatkan dengan perubahan kepimpinan samada bagi pihak kerajaan yang memerintah ataupun bagi pihak pembangkang di Parlimen. Bagi pihak kerajaan, negara melaui perubahan kepimpinan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Badawi dan seterusnya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Di pihak pembangkang di Parlimen buat masa ini dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Melihat kepada pemimpin-pemimpin yang disebutkan disini, satu penilaian dapat dibuat untuk membezakan tahap kepimpinan dan ketrampilan pemimpin-pemimpin ini. Artikel ini akan mengulas tahap kepimpinan tiga orang pemimpin iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


 Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu diperkenalkan lagi keran kepimpinan beliau diterima dan diakui hebat oleh seluruh dunia. Di sepanjang pimpinan beliau, dunia dapat melihat kebijaksanaan, kecekalan, kegigihan dan istiqamahnya beliau dalam pimpinannya. Corak kepimpinan yang tegas dan berwawasan jauh sering menjadi bualan ramai. Keperibadian yang merendah diri, menghormati pihak lain dan ketajaman fikiran menjadi impian dan idola kebanyakan negara lain di dunia. Ketegasan dan kelantangan beliau dalam menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan keadilan dan kedaulatan negara di peringkat global menjadi igauan buruk kepada musuh-musuh beliau. Beliau seoarang yang berani menyuarakan pendapat dan pandangan tidak kira kepada sesiapa pun walau sebesar manapun kuasa yang dipunyai oleh pihak tersebut. Konsistensi beliau dalam menyelar kekejaman kuasa-kuasa besar didunia terutamanya kuasa-kuasa yahudi mengundang pelbagai reaksi. Di pihak kuasa besar dan yahudi, beliau dikritik dan dilabel dengan pelbagai panggilan manakala di dipihak dunia islam, beliau disanjung dan dihormati. Walaupun setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, pandangan dan tunjuk ajar beliau masih ditagih bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Satu contoh yang terkini adalah bagaiman negara Mesir yang baru mengubah kepimpinan mereka meminta bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membangunkan dan mamajukan negara tersebut. Inilah kualiti yang dipunyai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Didalam negara pula beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan berwawasn jauh. Beliau berani mengambil risiko dalam setiap tindakan beliau semata-mata demi kejayaan negara dan rakyatnya. Adakalanya pandangan dan pemikiran jauh beliau tidak dapat difahami oleh segelintir pihak yang menyebabkan ianya dicemuh dan dihina. Tetapi, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menghiraukan cemuhan dan hinaan yang diberikan kepadanya dalam usaha membawa kejayaan kepada negara. Salah satu jasa besar beliau kepada negara adalah memecat Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tindakan beliau ini berjaya menyelamatkan negara daripada dihancurkan dan dikuasai oleh golongan-golongan oportunis dan kuasa-kuasa besar di dunia. Berdasarkan kualiti kepimpinan yang tiada tolok bandingnya ini, tidak hairanlah apabila beliau digelar negarawan ulung di Malaysia.

Dato’ Seri Najib Tun Razak pula adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam yang sedang diuji kepimpinan beliau. Beliau berhadapan dengan cabaran yang amat besar dalam memimpin dan meneruskan momentum kejayaan negara. Cabaran ini menjadi semakin getir di zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi jaringan tanpa sempadan. Segala tindakan yang diambil perlu dibuat secara berhati-hati agar ianya tidak disalah anggap dan boleh mendatangkan ketidakpuashatian dan kebencian. Tugas beliau menjadi semakin mencabar apabila negara semakin hampir menuju ke tahun 2020. Ini adalah kerana wawasan yang telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1990 yang perlu dicapai. Semakin negara menghampiri tarikh tersebut, semakin besar cabaran yang harus dipikul untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Dalam dunia yang pesat membangun dengan perkembangan teknologi ICT yang mana maklumat dapat disebarkan dengan cepat tanpa ada sebarang masalah, dengan propaganda yang boleh dibuat sewenang-wenangnya, dengan penipuan dan fitnah yang mudah disebarkan, tugas Dato’ Seri Najib bukanlah mudah. Dalam keadaan seperti ini, persepsi menjadi begitu penting dalam memastikan keterlangsungan sesuatu kepimpinan. Tindakan-tindakan yang berpaksikan kejayaan jangka panjang boleh dimanipulasi dan difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan sesuatu perancangan untuk masa hadapan. Apatah lagi di dalam negara Malaysia yang tidak mempunyai pembangkang yang berkualiti dan professional. Kelemahan pembangkan di Malaysia untuk berfikir diluar kotak dan memahami perlaksanaan sesuatu dasar boleh merencatkan agenda pembangunan negara. Ini adalah kerana, pembangkang di Malaysia tidak mahu melihat negara ini berjaya dibawah kepimpinan yang sedia ada dan sentiasa mencari atau mengada-adakan kesalahan untuk mengganggu perkembangan negara. Inilah akibatnya apabila kuasa menjadi taruha.

Setakat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak berjaya mengharungi cabaran-cabaran ini dan Malaysia berada dilandasan yang tepat untuk terus maju dan berjaya. Malah, gangguan yang cuba diwujudkan oleh jagoh jalanan di Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sebarang impak kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Demonstrasi BERSIH yang dibuat menemui kegagalan apabila jumlah mereka yang menyertainya jauh teramat sedikit berbanding demonstrasi BERSIH 2007. Dato’ Seri Najib menunjukkan kualiti kepimpinan beliau apabila menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk berdepan dengan golongan minority ini disamping beliau menjalankan tugas-tugas beliau demi negara tanpa sebarang gangguan. Cubaan untuk mengganggu Perdana Menteri daripada menjalankan tanggungjawab ini tidak berjaya malah Dato’ Seri Najib terus memberi tumpuan kepada kerja-kerja transformasi ekonomi dan negara tanpa menghiraukan jaguh jalanan ini.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukanlah orang baru dalam dunia politik di Malaysia. Sebelum memimpin pakatan pembangkang, beliau pernah berada dalam parti kerajaan. Semasa di dalam kerajaan, sumbangan-sumbangan beliau tidak begitu signifikan malah terdapat tindakan-tindakan beliau yang lebih membawa kepada keburukan. Ini termasuklah kegagalan beliau menangani krisis ekonomi 1997 dan ketaksuban beliau kepada agenda dan pendekatan barat. Ditambah pula dengan masalah moral yang dihadapi oleh beliau, kedudukan beliau dalam kerajaan hanya menambah liability kepada negara. Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir mengesan kelemahan ini dan memecat beliau dari kerajaan berjaya menyelamatkan negara dari menjadi bankrup dan terjerumus menjadi mangsa rakusan kuasa-kuasa besar. Mungkin menjadikan Malaysia bankrup adalah hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk merampas tampuk pimpinan negara tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya dan Malaysia terselamat dari insan yang tidak bertanggungjawab ini.

Selepas dipecat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempelopori politik jalanan dimana salah satu usaha beliau adalah menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. Ini menunjukkan kualiti kepimpinan beliau yang lemah dan tidak beretika. Bagi mereka yang tidak mempunyai kualiti untuk memimpin akan menggunakan pendekatan-pendekatan yang salah untuk merampas kuasa. Beliau terus menyebarkan dakwaaan-dakwaan palsu, fitnah, penipuan dan memperdaya orang ramai untuk membenci kerajaan. Konspirasi yang beliau timbulkan melalui cerita-cerita bohong dibesar-besarkan agar rakyat benci kepada pimpinan negara. Beliau terkenal dengan penipuan malah sukar untuk mempercayai kata-kata beliau akibat daripada penipuan-penipuan ini. Beliau menipu mengenai kotak-kotak bukti, menipu mengenai diracun arsenik, menipu mengenai suntikan HIV, menipu mengenai 16 September, menipu mengenai ugutan bunuh, menipu mengenai jam Omega dan pelbagai penipuan yang lain. Orang yang waras, tidak akan mempercayai beliau diatas rekod penipuanya ini. Hanya mereka yang taksub sahaja yang masih bersama beliau. Ramai yang telah sedar akan penipuan-penipuan beliau telah pun meninggalkan beliau.

Kini, setelah lebih 10 tahun, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih lagi berusaha merampas kuasa melalui jalan raya. Beliau masih lagi dihantui oleh masalah-masalah moral yang tidak berkesudahan. Kegagalan beliau memberi penjelasan yang munasabah untuk menafikan kesalahan-kesalahan moral ini semakin memberi persepsi yang buruk kepada dirinya. Beliau gagal menjawab tuduhan salah laku liwat yang dibuat keatas pembantunya dan yang terbaru beliau sekali lagi gagal menjawab tuduhan salah laku seks. Masalah-masalah yang beliau hadapi ini menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang yang dipimpinnya.

Melalui perbandingan terhadap keterampilan pemimpin-pemimpin ini, jelas menunjukkan kualiti kepimpinan yang macam mana perlu disokong demi negara tercinta. Jelas menunjukkan bahawa kualiti kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu, persoalan yang perlu dijawab oleh setiap rakyat adalah adakah kita sanggup terus ditipu dan diperdaya oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menjejaskan masa depan negara ? Oleh itu, adalah lebih baik bersama-sama dengan kepimpinan yang sedia ada demi kemajuan dan kejayaan negara agar ianya dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat.

No comments: