1. Isu PPSMI merupakan satu isu yang terus menerus mendapat perhatian dan diperdebatkan sekian lama. Kemuncak kepada penentangan terhadap PPSMI yang dibuat dijalanan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan PPSMI. Malangnya, keputusan ini dilihat seolah-olah kerajaan tunduk terhadap desakan pembangkang dan beberapa pendemonstrasi jalanan.
2. Baru-baru ini, sebuah pertubuhan NGO yang bernama Parents Action Group for Education Malaysia (PAGE) membuat permohonan agar Kementerian Pelajaran mempertimbangkan untuk memberi pilihan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan PPSMI. Kumpulan ini mendedahkan bahawa majority besar ibu-bapa menyokong PPSMI berdasarkan tinjauan(survey/poll) yang dibuat keatas 7 buah sekolah disekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
3. Malangnya, diantara pihak-pihak yang cuba menentang kumpulan PAGE ini adalah seorang cendiakawan dibidang politik iaitu Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. Beliau menyatakan tentangan melalui blog beliau. Apa yang menghairankan adalah, beliau yang selama ini dilihat mampu bersikap rational dan mampu menggunakan akal fikiran untuk berfikir berlandaskan pemerhatian kepada fakta-fakta, tiba-tiba menjadi emosional dan tidak lagi bersikap rational. Artikel beliau bukan sahaja merendahkan kumpulan-kumpulan yang menyokong PPSMI malah membuat serangan peribadi terhadap pelopor PAGE iaitu Datin Azimah. Kemanakah hilangnya sikap rational ? kemanakah hilangnya sikap kesederhanaan dalam diri Dr. Ridhuan Tee ? kemanakah hilangnya hikmah dalam memberi pandangan ?
4. Apa yang menjadi lebih menghairankan adalah, Dr. Ridhuan Tee seolah-olah gagal melihat isu PPSMI secara meluas dan beliau gagal berfikiran terbuka dan melihat semua fakta-fakta yang terlibat.
5. Melihat kepada tuilsan dalam blog beliau, beliau gagal memahami perkara asas iaitu beliau tidak faham apakah sebenarnya objektif PPSMI. Malah, inilah sebenarnya masalah utama mereka yang menentang PPSMI seperti pejuang bahasa kerana mereka gagal memahami objektif PPSMI. Masalah tidak memahami objektif ini juga berlaku dikalangan menteri-menteri kabinet sehinggakan kenyataan yang dibuat oleh mereka tidak berketepatan dengan prinsip asas PPSMI.
6. Objektif paling utama PPSMI adalah untuk pelajar-pelajar dapat menguasai matapelajaran sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat tinggi seperti di universiti. Konsep paling asasnya adalah, apabila pelajar-pelajar ini diajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah dan kemudian apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi mereka tidak bermasalah untuk memahami jurnal-jurnal dan bahan-bahan rujukan terutama dalam bidang kejuruteraan. Ini adalah kerana, hampir 100% bahan-bahan rujukan ditulis dalam bahasa inggeris dan matapelajaran sains dan matematik adalah matapelajaran asas dalam subjek kejuruteraan.
7. Oleh itu, pelajar-pelajar ini tidak memerlukan proses penterjemahan dalam minda mereka apabila mereka membaca bahan-bahan rujukan dan jurnal-jurnal ini seterusnya meningkatkat pemahaman dan penguasaan dalam kejuruteraan. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah, ini boleh melahirkan generasi pencipta dan pengasas teori fundamental dan bukannya generasi pengguna sepanjang zaman seperti yang berlaku sekarang di mana-mana dunia negara islam.
8. Penguasaan bahasa Inggeris bukanlah melalui PPSMI. Ianya boleh dilakukan melalui mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Sebab itulah, dasar Memperkasa Bahasa Malaysia Meningkat Bahasa Inggeris (MBMMBI) tidak boleh menjadi jawapan kepada PPSMI kerana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza dan mempunyai tujuan yang berbeza. Kedua-duanya boleh bergerak seiringan dan ianya tidak menyalahi antara satu dengan yang lain.
9. Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan pihak-pihak yang menentang PPSMI sebenarnya tidak memahami konsep dasar PPSMI ini dan mereka tersalah anggap bahawa PPSMI ini adalah untuk penguasaan Bahasa Inggeris. Disinilah kesilapan besar mereka.
10. Sekali lagi ditekankan, PPSMI bukan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ianya adalah untuk penguasaan sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat kejuruteraan kelak. Pelbagai persoalan lain yang ditimbulkan oleh meraka juga telah dijawab oleh banyak pihak.
11. Tun Dr. Mahathir telah beberapa kali memberikan penjelasan sehingga telah memberi pelbagai contoh-contoh agar semua pihak dapat memahaminya. Blog ini juga telah memberikan beberapa keterangan mengenai PPSMI. Jawapan-jawapan lain mengenai perkara yang dibangkitkan oleh dibaca di sini. Laman blog ini juga pernah menjawab persoalan yang diajukan oleh seoarang cendiakawan. Sila baca disini.
12. Dr. Ridhuan Tee mempersoalkan mengenai tinjauan yang dibuat oleh PAGE. Untuk pengetahuan Dr. Ridhuan, telah banyak poll dan survey dibuat untuk melihat penerimaan terhadap PPSMI dan boleh dikatakan kesemua tinjauan yang dibuat menunjukkan semua pihak yang terlibat bersetuju dengan PPSMI. Ibubapa, guru dan pelajar bersetuju dengan PPSMI. Cubalah Dr. tanyakan kepada pelajar-pelajar yang menduduki ujian SPM, apakah bahasa yang mereka pilih untuk menjawab soalan sains dan matematik. Mereka memilih untuk menjawab dalam bahasa Inggeris walaupun boleh menjawab dalam bahasa Malaysia. Cubalah tanya kenapa mereka berbuat demikian dan selami kata-kata mereka. Mungkin Dr. tidak tahu bahawa buat masa ini pendekatan dwi-bahasa digunakan dalam sains dan matematik dan pelajar boleh memilih untuk menjawab dalam bahasa yang mereka selesa.
13. Kepada Dr. Ridhuan Tee, diharapkan agar Dr. dapat meletakkan rational dihadapan dari emosional dalam memberi sebarang pandangan. Ingatlah, adakalanya kita melakukan kesilapan dan adakalanya kita tersalah dalam memahami sesuatu perkara. Oleh itu, amalkan kesederhanaan dan elakan dari membuat serangan peribadi. Semoga apa yang ditulis tidak menimbulkan persepsi yang salah terhadap seseorang atau organisasi. Semoga kita beroleh manfaat.
No comments:
Post a Comment