1. Kini terdapat satu lagi video yang berkaitan dengan video perlakuan seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim. Video kali ini adalah rakaman yang diambil dari CCTV dan ianya adalah rakaman berwarna.
2. Selepas keluar video ini, terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan terutamanya dari pihak pembangkang berkenaan warna pakaian yang dipakai. Diantara persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa warna pakaian yang dipakai oleh Dato' Eskay berwarna hitam di CCTV tetapi berwarna putih/cerah apabila didalam video perlakuan seks ?
3. Persoalan yang cuba ditimbulkan ini bukanlah satu masalah atau tidak baik, sebaliknya ianya boleh ditimbulkan untuk memastikan kebenaran. Apa yang penting adalah kebenaran. Tetapi, adalah salah untuk membuat kesimpulan tanpa mempunyai apa-apa pengetahuan.
4. Apa yang menghairankan adalah, kenyataan yang mempertikaikan warna pakaian tersebut datangnya dari portal MalaysiaKini. Mungkin timbul persoalan, adakah penulis-penulis di Malaysiakini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengetahuan teknologi yang baik ? Atau adakah penulis-penulis di MalaysiaKini tidak mampu membuat sebrang rujukan sebelum mengeluarkan kenyataan ?
5. Artikel ini hanya bertujuan untuk mengulas mengenai teknologi rakaman infra-red dan mengapa berlakunya perbezaan diantara rakaman dibawah cahaya dan rakaman didalam gelap.
6. Perkara yang berbeza diantara rakaman di luar lift (CCTV) dan rakaman didalam bilik adalah cahaya. Rakaman CCTV adalah dalam cahaya yang terang, dan rakaman di dalam bilik adalah dalam keadaan gelap atau hampir gelap.
7. Teknologi rakaman dalam keadaan gelap dah wujud sejak sekian lama. Ianya bukanlah teknologi baru. Malah semenjak diakhir 90an lagi, pengguna boleh membeli perakam video yang boleh merakam di dalam gelap.
8. Kamera video jenama Sony misalnya, telah wujud fungsi rakaman dalam gelap yang dipanggil `Nightshot' semenjak dahulu lagi. Teknologi rakaman di dalam gelap ini adalah dengan menggunakan sinaran infra-red. Dalam keadaan gelap, apabila fungsi `nightshot' digunakan, kamera akan memancarkan sinaran infra-red kepada objek dan pantulannya akan diterima oleh sensor di kamera. Dengan kaedah ini, kamera befungsi `nightshot' boleh merakam dalam keadaan yang 100% gelap.
9. Mata manusia tidak dapat melihat sinaran infra-red kerana sensor di retina hanya boleh mengesan sinaran cahaya dalam frequency spectrum `visible light'. Infra-red mempunyai frequency diluar spectrum visible light dan tidak dapat dilihat oleh mata manusia.
10. Tetapi, sensor di kamera direkabentuk untuk menerima bukan sahaja frequency visible light, tetapi juga boleh menerima frequency infra-red dan near infra-red. Oleh itu, pantulan dari sinar infra-red ini dapat dibaca oleh sensor kamera dan boleh diterjemahkan dalam bentuk objek untuk di paparkan. Kamera-kamera ini mempunyak infra-red filter untuk menapis sinaran infra-red dalam rakaman biasa dan apabila rakaman `nighshot' ingin dibuat, filter ini akan dikeluarkan untuk menerima sinaran infra-red.
11. Tetapi, kekurangan rakaman melalui sinaran infra-red ini adalah rakamannya tidak berwarna dan warna asal adakalanya akan bertukar. Warna yang biasanya akan bertukar adalah warna hitam. Apabila objek berwarna hitam disinari dengan infra-red, pantulannya akan menjadi warna putih atau cerah. Adakalanya sesetengah fabrik tidak memantulkan cahaya infra-red dan ini menyebabkan kemungkinan rakaman nightshot boleh menembusi pakaian yang dipakai dan menampakkan pakaian dalam yang boleh memantulkan sinaran infra-red. Sebab itu adakalanya, fungsi nightshot ini dipanggil rakaman x-ray.
12. Cuba dapatkan kamera video sony yang mempunyai fungsi `nightshot' dan lihat apa yang berlaku apabila fungsi ini digunakan keatas objek yang berwarna hitam dan lihat juga apa yang berlaku keatas warna-warna lain.
13. Oleh itu, adalah sesuatu yang normal apabila pakaian yang berwarna hitam akan menjadi warna putih atau cerah dibawah rakaman `nightshot' atau dibawah rakaman infra-red.
No comments:
Post a Comment