1. Mat Sabu mencetuskan kontroveri dengan satu kenyataan yang dibuat dalam ceramah beliau di Pulau Pinang. Diantara kenyataan beliau adalah, beliau menganggap Mat Indera yang mengetuai serangan keatas Bukit Kepong itu adalah pejuang dan 25 orang polis Bukit Kepong adalah bukan pejuang dan talibarut British. Kenyataan beliau ada di paparkan di Youtube... so, tak boleh nak berdolak dalih lahh.
2. Kenyataan beliau ini bila dibaca, walaupun tanpa membuat apa-apa rujukan, tidak akan ada orang yang bersetuju dengan Mat Sabu kecuali orang-orang yang terpaksa menyokongnya atas dasar pegangan politik. Golongan yang tidak mahu berfikir dengan mendalam juga mungkin akan mudah terpedaya dengan kata-kata Mat Sabu ini. Kenyataan Mat Sabu ini mungkkin semata-mata untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
3. Seperti biasa, pemimpin-pemimpin politik daripada pakatan pembangkang hanya pandai bermain politik. Mereka akan mempolitikkan segala isu walaupun isu tersebut bukan isu politik. Sehinggakan sejarah negara pun hendak dipolitikkan. Yang lebih menghairankan adalah, mereka akan cuba kaitkan dengan UMNO. Boleh dikatakan semua masalah yang menimpa mereka, mereka akan salahkan UMNO. Lama kelamaan, tektik seperti ini dapat dihidu oleh rakyat Malaysia dan ramai yang sedar akan penipuan yang dibuat mereka kecuali mereka-mereka yang tidak mahu berfikir.
4. Apabila Mat Sabu mengatakan bahawa Mat Indera yang menyerang balai polis bukit kepong adalah pejuang, ini bermakna Mat Sabu bermaksud pihak komunis yang membuat serangan pada masa itu adalah juga pejuang kemerdekaan. Ini kerana Mat Indera mengetuai serangan komunis pada waktu tersebut.
5. Mungkin Mat Sabu terlupa atau tak tahu bahawa 25 orang anggota polis bukit kepong yang diserang itu adalah penduduk tempatan ataupun penduduk tanah melayu. Mereka adalah polis yang bertugas menjaga keamanan kawasan tersebut dibawah Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimana Mat Sabu boleh katakan pengganas komunis yang dibenci rakyat tempat yang bukannya berasal dari tanah melayu yang membawa masuk ideologi komunis dari luar ini sebagai pejuang kermerdekaan sedangkan yang diserang, yang dibunuh dan yang dibakar adalah penduduk tempatan yang bertugas menjaga keamanan ?
6. Mat Sabu juga terlupa bagaimana kekejaman komunis semasa pemerintahan komunis selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah. Mat Sabu juga terlupa apa yang telah dilakukan oleh komunis kepada penduduk tanah melayu terutama mereka-mereka yang dirasai menyebelahi tentera Jepun. Mat Sabu juga mungkin terlupa bahawa penduduk-penduduk tempatan begitu benci dengan komunis. Mat Sabu juga mungkin tak tahu mengenai Kiyai Salleh yang dijadikan ketua untuk bangkit melawan komunis. Mat Sabu mungkian tidak tahu bahawa setiap orang yang hidup dibawah pemerintahan komunis sering menceritakan kekejaman yang dilakukan komunis. Mungkin Mat Sabu tak tahu apa-apa. Dia cuma tahu menipu dan bermain politik.
7. Oleh itu, diantara pengganas komunis yang mempunyai ideologi komunis dengan penduduk tempatan yang mempertahankan balai polis di tanah air, siapakah yang sepatutnya di sokong dan dianggap pejuang ? Komunis yang berjumlah 200 orang yang lengkap dengan senjata automatik mengepung dan menyerang dari setiap sudut terhadap 25 orang pegawai polis yang hanya bersenjata senapang patah. Siapakah yang kejam ? Alhamdulillak, 25 orang pegawai polis ini mempunyai semangat perjuangan yang kental sehingga ramai juga pengganas-pengganas komunis yang mati di tangan mereka. Malah pertempuran berat sebelah yang pada mulanya dijangkakan dapat dimenangi dengan mudah dan cepat oleh komunis berlanjutan sehingga 5 jam. Ini menunjukkan semangat perjuangan yang tinngi dimiliki oleh polis-polis bukit kepong. Kita sepatutnya berasa bangga dengan poli-polis ini berbanding dengan pengganas komunis yang tidak berperi kemanusiaan.
8. Selepas Mat Sabu diserang dan dikecam oleh banyak pihak berkenaan dengan kenyataannya, beliau cuba mengalihkan isu untuk hanya memfokus watak Mat Indera. Ini adalah tektik biasa pakatan pembangkang untuk mengalihkan isu setelah tersalah langkah atau tewa.
9. Satu perkara yang perlu diingat, walau apa pun alasan dan matlamat Mat Indera, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Kalau sekalipun Mat Indera hendak menentang penjajahan, Mat Indera tidak boleh menyerang dan membunah rakyat tempatan yang bertugas menjaga keamanan. Kalau beliau hendak menentang penjajah, beliau sepatutnya menentang British, Jepun dan Komunis kerana kesemuanya adalah anasir luar yang boleh dikatakan berhasrat untuk menjajah tanah melayu. Lihatlah perjuangan-perjuangan orang-orang seperti Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Kiyai Salleh yang sentiasa istiqamah menentang penjajah samada british, jepun atau komunis dan mereka tidak akan sesekali menyerang rakyat tempatan.
10. Seterusnya, Mat Sabu cuba pula menyalahkan UMNO dan cuba menghasut seolah-olah UMNO merubah fakta sejarah. Malah Mat Sabu dan orang-orang yang menyokongnya cuba mengatakan bahawa UMNO mensisihkan pejuang kemerdekann yang lain dan UMNO membuat sejarah kemerdekaan negara hanya mengangkat UMNO sebagai pejuang. Sungguh jahat dan hina tektik memperdaya seperti ini.
11. Kepada semua orang yang belajar sejarah semasa di sekolah menengah pasti akan tahu kesemua cerita sejarah mengenai kemerdekaan negara. Fakta-fakta semasa penjajahan awal, fakta mengenai pra-perang dunia ke-2, fakta mengenai sejarah pasca-perng dunia ke-2, fakta mengenai gerakan-gerakan radikal, fakta mengenai pertubuhan-pertubuhan spt PKMM, PKM, MPAJA dan lain semuanya ditulis dan diterangkan dengan jelas. Fakta-fakta mengenai pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Burhanudin Helmi, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub, Rahim Kajai, Dato' Onn dan ramai lagi yg berjuang untuk kemerdekaan semuanya ditulis dan tertera di dalam buku teks sejarah. Tidak ada satu pun yang disembunyikan. Perjuangan-perjuangan yang berbentuk radikal dan berhaluan kira dan perjuangan yang berbentuk diplomasi dan berhaluan kanan juga boleh dibaca didalam buku teks sejarah. Malah nama-nama pejuang spt Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai dan lain-lain diiktiraf dan diabadikan oleh kerajaan dalam nama-nama kolej, sekolah dan jalan. Semua pejuang ini diabadikan supaya terus diingat. Di UKM, terdapat kolej-kolej dgn nama kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibrahim Yaakob, Kolej Rahim Kajai, terdapat juga sekolah Aminuddin baki, sekolah Leftenan Adnan dan pelbagai nama-nama lain yang diabadikan. Malah ada yang juga diberi pingat oleh Sultan. Kesemuanya menunjukkan sejarah negara yang ditulis dan diajar di sekolah dan semua pejuang kemerdekaan diiktiraf oleh kerajaan. Tidak ada percanggahan dan tidak ada penyelewengan.
12. Melalui perenggan 11, jelas sejarah negara kita yang ditulis adalah sejarah yang lengkap dan diakui kesahihannya oleh pakar-pakar dan pengkaji sejarah. Mengapakah Mat Sabu dan pihak pembangkang sanggup menipu dan memanipulai fakta sebenar ini ? Mengapa mereka sanggup menuduh UMNO mensisihkan pejuang-pejuang kemerdekaan ?
13. Satu perkara yang malang adalah, apabila terdapat individu-individu yang terpedaya dan tertipu oeh kenyataan-kenyataan pembangkang ini dan terhasut dengan hasutan mereka. Kalau kita tidak membuat kajian melalui pembacaan dan tidak berfikir dengan lebih mendalam sudah semestinya kita akan terpedaya dengan hasutan-hasutan pembangkang. Mereka sebenarnya tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk bermain politik dengan menghasut fikir rakyat agar membenci kerajaan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup menipu semata-mata untuk mencapai hasrat jahat merek.
14. Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa membaca, menganalisa dan berfikir secara kritis terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh orang-orang politik agar kita tidak menjadi pak angguk yang senang di tipu dan diperdaya.
No comments:
Post a Comment