August 29, 2011

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Salam Merdeka

1. InsyaAllah, besok 30 Ogos 2011, umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Kemudian, pada 31 Ogos 2011, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk menjalani ibdah Ramadhan pada tahun ini dan merayakan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

2. Di atas kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala salah, silap dan keterlanjuran semasa saya menulis didalam blog ini. Sememangnya menjadi hasrat dihati untuk tidak menyinggung mana-mana pihak dan individu, tetapi adakalanya ianya tidak dapat dielakkan.

3. Semoga lembaran ini mendidik kita untuk menjadi masyarakat yang sentiasa berfikir, mementingkan fakta dan tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan sebarang hasutan dan penipuan.

4. Sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 54, marilah kita memperingati perjuangan mereka yang bertungkus lumus dalam memastikan negara mencapai kemerdekaan sehingga kita berjaya menjadi sebuah negara yang berdaulat dan mampu membangunkannya sendiri demi kesejahteraan seluruh rakyat. Perjuangan mereka bukan sedikit malah tidak dapat diganti dengan wang dan ringgit.

5. Semoga kita tidak menjadi seperti sesetengah pihak yang lupa daratan dan sanggup menghina perjuangan mereka yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

6. Jauhkanlah dari meletakkan kepentingan peribadi samada kepentingan kuasa atau politik melebihi kebenaran. Letaklah kebenara dihadapan dan sentiasalah berkata benar walaupun pahit.

7. Akhir kata, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf diatas sebarang ketelanjuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka.

No comments: