1. Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai cara-cara pengiraan harga minyak kenderaan ditentukan di Malaysia. Sila rujuk di sini. Dalam pengiraan tersebut, saya fokus kepada harga Petrol RON95 sahaja. Untuk jenis minyak yang lain, pengiraannya masih sama, cuma mungkin berbeza dari segi harga MOPS.
2. Baru-baru ini, semasa mengisi minyak di Shell, saya ternampak satu paparan yang menunjukkan perbezaan harga diantara harga sebenar dan harga yang disubsidi. Sila klik gambar di bawah. Ini adalah harga sekarang dan boleh dibandingkan dengan contoh harga pada tahun 2009 dalam artikel terdahulu.
3. Mengikut paparan ini, harga sebenar RON95 adalah RM 3.28. Ini adalah harga keseluruhan yang merangkumi komponen MOPS, parameter ALPHA, Kos operasi, Margin pengeluar, Margin pengedar dan cukai jualan. Sila rujuk artikel sebelum ini untuk mengetahui pecahan-pecahan harga untuk setiap komponen.
4. Kerajaan menggunakan elemen cukai jualan dan subsidi sebagai timbal balik untuk menstabilkan harga minyak. Sebab itu, harga minyak di Malaysia tidak berubah dengan kerap.
5. Cukai jualan yang ditetapkan (spt yg tertulis dalam artikel sebelum ini) adalah 58.62 sen. Dalam gambar diatas, nilai 58 sen digunakan.
6. Harga sebenar setelah dicampur semua elemen adalah RM3.28 se-liter . Harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM 1.90 se-liter yang jauh teramat rendah. Oleh itu, pelepasan cukai akan diberikan kpd syarikat minyak. Maka mereka tak perlu membayar RM0.58 sen. Tetapi, walaupun ditolak dengan cukai, harga minyak sebenar masih lagi jauh lebih tinggi dari harga yang ditetapkan iaitu RM2.70 berbanding dengan RM 1.90. Oleh itu, kerajaan terpaksa menampung perbezaan harga ini dalam bentuk subsidi. Untuk setiap liter RON95 yang dibeli oleh rakyat Malaysia, kerajaan terpaksa bayar RM0.80 kepada syarikat minyak.
7. Ini bermakna, kerajaan bukan sahaja tidak dapat mengutip cukai jualan dari syarikat-syarikat minyak, malah kerajaan terpaksa pula menampung subsidi yang tinggi.
8. Penggunaan dalam tempatan adalah pada sekitar 400,000 barrel setiap hari. bersamaan dengan 63.6 juta liter. Katakan 70% penggunaan adalah untuk RON95, maka lebih kurang 44 juta liter RON95 digunakan setiap hari. Ini bermakna kerajaan membelanjakan RM 35 juta setiap hari ataupun 12 billion setahun untuk menampung subsidi minyak.
9. Maklumat seperti ini tidak akan diendahkan oleh pembangkang kerana mereka tidak mahu kerajaan dilihat membantu rakyatnya. Mereka lebih suka menggunakan isu minyak untuk mengutuk kerajaan dengan hasrat untuk memperdaya rakyat. Setiap kali kerajaan mengumumkan akan mengkaji harga minyak, maka mereka kan berkokok tanpa mempedulikan fakta sebenar. Malangnya, ada segelintir kecil rakyat yang mudah terpedaya dan tertipu yang turut sama menari bersama pembangkan yang tak beretika ini.
10. Segelintir rakyat yang mudah tertipu dan terpedaya ini lebih mengagong-agongkan sumbangan 100 ringgit pakatan pembangkang kepada orang-orang tua daripada sumbangan RM 35 juta sehari kepada seluruh rakyat Malaysia. Sepatutnya, setiap sumbangan dan jasa bakti tak kira dari mana perlulah dihargai. Hargailah sumbangan besar kerajaan Malaysia kepada rakyat ini.
11. Adakah kita mahu menjadi masyarakat yang mudah terpedaya dan tertipu dengan dakyah pembangkang ? atau mahukah kita menjadi masyarakat yang suka berfikir dan mencari fakta sebenar. Fikir-fikirkanlah...
12 comments:
Saya rasa ramai yang sudah pun faham tentang kiraan subsidi yang beribu kali dilaungkan oleh pihak kerajaan. Cuba awak terangkan tentang perkara2 ini:
1) Malaysia adalah negara pengeluar minyak, oleh itu kos untuk menghasilkan petrol sebenarnya adalah kos cari gali, pemprosesan dll sahaja. Minyak mentah tidak ada kos.
2)Malaysia jual minyak ke negara luar kerana minyak kita berkualiti tinggi dan kita beli minyak berkualiti rendah untuk kegunaan rakyat. Sila ceritakan ke mana untung penjualan minyak tersebut.
3) Perbandingan paling senang, bandingkan negara kita dengan negara pengeluar minyak yang lain. Brunei RON 97: RM1.30/liter. Arab Saudi RM0.38, Bahrain RM0.87 dan banyak lagi...
Kerajaan selalu melaungkan subsidi itu dan ini padahal subsidi itu adalah hak rakyat msia itu sendiri. Rakyat sedang bergelut dengan kenaikkan harga barang yang disebabkan kenaikan harga minyak yang berulang kali. KPDNHEP tidak berfungsi.
Apa yg dilihat, setiap kali subsidi ditarik, ini bermakna kerajaan mahu mengumpul dana, mengurangkan belanja dan seringkali dikatakan untuk tujuan pembangunan. Pembangunan tidak akan dirasai oleh semua pihak lebih2 lagi golongan miskin dan luar bandar. Lebuhraya bukan satu pembangunan tajaan kerajaan kerana rakyat membayar tol (walaupun duit dipinjam dari kerajaan) dan semakin ramai yg tidak mampu untuk membayar tol. Ke mana perginya duit itu?
Apa yang ada sekarang tidak lebih malah semakin berkurangan degan apa yg kita nikmati pada zaman Tun Mahathir dulu. Semakin hari semakin banyak subsidi yg ditarik dan duit itu tidak tahu kemana. Pemimpin tidak menunjukkan contoh yg baik di mana rakyat disuruh 'ubah cara hidup' sedangkan mereka hidup mewah dibawah cukai rakyat.
Awak tak perlu mengatakan rakyat mudah tertipu kerana itu pembangkang semakin kuat; itu bersifat menghina rakyat sedangkan meraka berasa semakin tertekan yg disebabkan ketidakcekapan kerajaan menguruskan dana. Senang saja, bandingkan kerajaan sekarang dan kerajaan Tun Mahathir dulu; pada masa itulah rakyat didahulukan, bukan sekarang.
Lihat apa yang terjadi di perhimpunan 500 pemandu teksi semalam. Jangan salahkan pembangkang, salahkan kerajaan yg mengeluarkan polisi menindas mereka yg semakin tertekan. Isu permit teksi yg diberi kepada syarikat2 tertentu bukan satu isu baru. Apabila mereka mengadu pd Azwar, barulah tergopoh-gapah dan mengatakan "jangan politikkan rungutan". Ini bukan isu politik, ini isu SPAD tidak menjalankan tanggungjawab. Mengatakan yg mereka tidak bertemu dahulu dengan SPAD juga merupakan satu penghinaan kerana isu ini sudah lama dijeritkan oleh mereka.
Pada saya senang saja, jika kerajaan tidak mampu menguruskan negara, kerajaan itu perlu ditukar kerana rakyat tidak boleh ditukar. Anwar Ibrahim boleh mengaku yang dia meliwat, minum arak, zina, bunuh orang, tetapi rakyat tetap akan memangkah pembangkang kerana tidak mahu kerajaan sekarang, bukan kerana menyokong anwar.
@anon,
1. saya rasa ramai yang tak faham mengenai pengiraan harga minyak kerana melalui soalan-soalan yg diberikan, saudara juga tidak faham mengenainya.
2. seperti yg diterangkan dalam artikel terdahulu, kos minyak dinilai berdasarkan penilaian MOPS. Ini adalah nilai yang ditetapkan sebagai satu standard antarabangsa. Nilai ini mengambilkira kos-kos carigali dari negara-negara pengeluar minyak dan digunakan oleh banyak negara di dunia. Penilaian harga MOPS adalah merangkumi kos refinery yang berbeza dengan penilaian harga NYMEX yang hanya berdasarkan harga crude oil. Ada negara yang menggunakan NYMEX dan ada negara yang menggunakan MOPS.
- harap faham mengenai kos yang ditentukan oleh MOPS ini.
2. Malaysia menghasilkan lebih kurang 600,000 barrel sehari. Penggunaan tempatan adalah lebih kurang 400,000 dan 200,000 lagi dieksport. Ini menunjukkan Malaysia hanya mengeksport 1/3 dari minyak yang dijumpai. Sila rujuk kenyataan pengerusi Petronas atau pun Penasihat Petronas.
- keuntungan dari eksport ini akan diterangkan dibawah.
3. Saya pernah menulis mengenai perbandingan harga minyak dengan negara pengeluar yang lain tapi bukan dalam blog ini.
Harga minyak di Brunei sebenarnya adalah lebih mahal berbanding dengan Malaysia. Harga minyak di Brunei murah adalah kerana nilai subsidi yang amat tinggi. Mengapa nilai subsidinya tinggi ?
Brunei mengeksport 90% minyak mereka dan penggunaan tempatan hanyalah 10%. Oleh kerana harga minyak dunia yang tinggi, Brunei mencapai keuntungan yang terlalu tinggi dari nilai eksport 90% ini. Sepatutnya, dengan nilai eksport setinggi 90% dan penggunaan tempatan yang amat sedikit, Brunei perlu atau boleh memberi minyak secara percuma kepada seluruh rakyat mereka dan mereka akan masih beroleh keuntungan. Sebab itu saya katakan secara relatifnya, harga minyak di Brunei adalah tinggi.
Semasa Brunei membuat hari tanpa subsidi, RON97 dijual pada harga RM 2.42 seliter (pada Mei 2010). Pada masa itu, harga minyak RON97 di Malaysia (Q3 2010) adalah RM 2.30 seliter. Harga minyak di Malaysia lebih murah berbanding Brunei.
.... bersambung....
... sambungan...
Kemanakah perginya keuntungan 1/3 minyak Malaysia yang dieksport ?
Kalau kita tolak profit margin syarikat pengeluar seperti Petronas (kerana Petronas/kerajaan tak boleh ambil untung), bererti kita menolak 5 sen se-liter.
selepas dibuat profit margin ini, harga minyak (kos) adalah RM 3.23 masih jauh lebih tinggi dari harga minyak yang dibayar oleh rakyat.
dimanakah kerajaan dapat duit untuk membayar subsidi ini ? Ianya datang dari keuntungan Petronah yang eksport 1/3 minyak tadi.
oleh itu, keuntungan Petronas tadilah yang digunakan untuk membayar subsidi. Bila harga kos sebenar makin meningkat, dan penggunaan tempatan makin tinggi, maka lebih banyak subsidi yang diambil dari keuntungan Petronas ini.
Ini belum lagi mengambil kira subsidi untuk gas. Gas yang dijual di Malaysia adalah pada harga yang jauh lebih murah dari harga sebenar. Subsidi ini juga datangnya dari keuntungan Petronas tadi.
Bagaimana pula dengan subsidi-subsidi yang lain seperti Minyak masak, tepung, beras ... ? Ianya mungkin terpaksa diambil dari keuntungan petronas ini.
Bagaimana pula pelaburan Petronas untuk eksplorasi minyak di negara luar untuk masa hadapan demi menampung kekurangan minyak di Malaysia ? Ianya juga diambil dari keuntungan Petronas itu tadi.
Secara ringkas, Malaysia menjual minyak dengan harga yang jauh lebih murah dari harga kos kepada rakyat. Keupayaan ini dibantu oleh keuntungan dari nilai eksport Petronas.
Pembangkang tidak akan menceritakan senario ini dengan jelas dan detail kerana mereka tidak mahu rakyat memahami konsep subsidi ini. Bagi mereka yang hanya mahu mempercayai dakyah pembangkang, akan terus ditipu dan diperdaya.
Kenaikkan harga barang dan kos hidup berlaku die SELURUH negara di dunia. Saban tahun kos dan harga barang meningkat. Malah di negara maju sekalipun kos ini meningkat. Ini adalah proses biasa akibat kesan ekonomi global. di UK, misalnya kos membeli barang dapur meningkat dengan begitu banyak.
seperti biasa, pembangkang akan menggunakan alasan ini untuk menipu dan menghasut rakyat tanpa memberitahu situasi sebenar. Ini kerana, bagi mereka, takde masalah untuk menipu semata-mata untuk merampas kuasa.
Penyelarasan atau pengurangan subsidi yang dibuat kerajaan adalah bagi mengelakkan peningkatan defisit belanjawan. Kerajaan boleh kalau nak jadi popular dengan menjanjikan bulan dan bintang dan membiarkan belanjawan negara mengalami defisit sepanjang masa... .. tapi yang akan merana adalah generasi akan datang kerana mewarisi negara yang tinggi hutangnya. Akhirnya, masuklah kuasa-kuasa besar mengambil alih kekayaan negara dan hiduplah rakyatnya dibawa telunjuk kuasa-kuasa besar. Pada ketika itu, kedaulatan negara sudah tiada ertinya lagi.
Rakyat yang tidak mahu kerajaan sekarang adalah rakyat yang mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah pembangkang. Ini memang tugas pembangkang untuk menipu dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Maka lahirlah rakyat yang mahukan kerajaan ditukar akibat dari penipuan ini.
Malang bagi rakyat yang tidak mahu berfikir dan mengetahui fakta sebenar yang mana akhirnya negara tergadai.
Setelah mengetahui penjelasan sebenar mengenai harga minyak spt yang saya jawab diatas, silalah sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah pembangkang.
Marilah sama-sama menjadi masyarakat yang berfikir supaya tidak mudah ditipu dan diperdaya.
Saya boleh bertelagah tentang kos minyak di malaysia dengan lebih panjang, tapi tidak ada makna kerana awak tetap dengan pendirian awak.
Tentang inflasi di negara luar, awak kata barang dapur di UK naik, betul kerana kawan saya ada di sana dan sudah menetap selama 10 tahun (dia tidak akan balik ke msia). Tapi dia masih berasa selesa kerana diimbangi dengan pengangkutan awam yg cekap, perubatan yg berkualiti, pendidikan percuma dan macam2 lagi. Benar cukai mereka tinggi. Tetapi kos sara hidup diimbangi dengan pelbagai kemudahan dari kerajaan yg menampung beban hidup mereka. Di malaysia rakyat terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan pendidikan, perubatan, lebuhraya dan macam2 lagi. Di UK, US dan negara membangun lain, mereka tidak memanggil 'subsidi' tetapi 'tax dollars' kerana rakyat mengamanahkan duit kepada kerajaan untuk diuruskan.
Saya suka cara Tun Mahathir menguruskan dana, malah sekarang ini saya berasa lebih susah jika dibandingkan dengan masa gawat tahun 1997. Beliau mementingkan kehidupan rakyat. KLIA dibangunkan oleh lebih 200 kontraktor bumi. Peluang projek dibahagikan kepada banyak pihak agar dana kerajaan dirasai secara meluas.
Lihat keadaan sekarang, GLC dibenarkan mengambil bahagian dlm tender kerajaan. Dana ini berpusing dlm pusingan yg sama. Telekom mewarisi infra dari kerajaan dan memiliki kelebihan yg sangat besar; hampir monopoli harga infra telco di msia. Tak payah lah saya buka cerita IPP pula, kerana msg ini akan berjela2...
Saya tidak nampak yg kerajaan tidak boleh memberikan subsidi. Kerajaan sekarang terlalu banyak kehilangan duit bukan kerana pemberian subsidi, tetapi disebabkan ketirisan dan ketidakcekapan menguruskan dana. Ditambah pula dengan rasuah dan penutupan projek2 terbengkalai yg ditanggung oleh duit rakyat.
Saya seorang ahli umno, tapi saya sudah jelak dengan perangai kebanykkan mereka ini mengutamakan duit dari segala2nya. Jika duit tiada, mereka tidak akan bekerja, zaman perjuangan melayu sudah berlalu.
Awak boleh menakut2kan rakyat dengan pelbagai andaian jika pembangkang mengambil alih. Percayalah, mereka tidak akan dengar lagi seruan2 ini kerana mereka sudah berada di dalam keadaan terdesak. Pembangkang pada zaman Tun dahulu tidak ada apa2 kerana Tun mementingkan rakyat, bukan dari kata2 tapi tindakan. Sekarang ini hanya penuh dengan slogan, tapi realitinya rakyat semakin susah.
Sekali lagi saya katakan, jgn menghina rakyat dengan mengatakan mereka mudah tertipu dengan pembangkang. Kerana setiap hari, mereka menyeluk poket dan lihat apa yang tinggal untuk anak bini mereka.... itulah realiti yg sebenar.
@anon,
1. silakan bertelagah pasal kos minyak.. saya sedia mendengar. Tapi mestilah disertakan dengan bukti dan fakta-fakta dan bukanya kenyataan dari pembangkang atau media mereka yang selalu menipu.
2.hai... dari kos sara hidup dan kenaikkan barang dah diputar ke pengangkutan awam dan lain-lain pulak... Ini biasa dilakukan oleh pembangkang bila mereka gagal menjawab.
Malaysia mempunyai jalan raya percuma dan lebuhraya bertol. malaysia mempunyai pendidikan percuma kecuali kos yang dikenakan oleh sekolah masing-masing. Malaysia mempunyai perubatan yang begitu murah (di klinik dan hospital kerajaan)... sesetengah perubatan percuma.
kalau, nak seluruhnya percuma, boleh kah kerajaan mengambil cukai pendapatan setinggi 40% seperti di UK ? sanggup bagi hampir separuh gaji kpd kerajaan ? sanggup bayar council tax yang tinggi untuk rumah ? sanggup bayar VAT (tax) pada kadar 17.5% untuk setiap barang yang dibeli ? Sanggup kah buang semua subsidi-subsidi yang lain (petrol,diesel, minyak masak, beras, tepung, gas, dll) supaya sama dgn UK ?
sanggup ? kalau sanggup, bolehlah bagi perkhidmatan percuma macam di UK.
tapi di Malaysia ramai yang tak sanggup bayar 40% cukai pendapatan, ramai yang tak sanggup bayar council tax yg tinggi, ramai yang tak sanggup bayar VAT yang tinggi, ramai yang tak sanggup kehilangan subsid-subsidi yang lain.
bagitau kat kawan awak... bahawa keadaan di UK sedemikian adalah kerana purchasing power yang datang dari ketinggian matawang mereka. Selain daripada itu, GDP dan GNi yang tinggi juga mempengaruhi purchasing power mereka.
bagi tau kawan awak juga, kerajaan Malaysia melalui NKRA, NKEA sedang berusaha meningkatkan GNI dan GDP dalam 10 tahun akan datang ini untuk meningkatkan pendapatan per-kapita rakyat dan juga purchasing power.
dan bagitau kawan awak supaya jangan baca dan dengar dakyah pembangkang sahaja kerana mereka tidak memberitahu perkara sebenar.
kerajaan merancang untuk mengurangkan subsidi utk mengelakkan defisit, tetapi kerajaan masih tetap memberikan subsidi dan adakalanya lebih tinggi dari sebelumnya. Disamping itu, kerajaan berusaha mencari alternatif lain untuk meningkatkan ekonomi (spt NKEA/EPP). Kerajaan prihatin dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat dengan segala usaha yang ada. Yang terbaru, bidang baru dalam NKRA diwujudkan utk mengatasai masalah kenaikan kos sara hidup. Ini insyaAllah berjaya selepas melihat kejayaan NKRA dalam bidang-bidang yang lain.
saya tidak percaya awak orang UMNO sebab awak tak tahu apa-apa mengenai tindakan kerajaan dan kenyataan-kenyataan awak salah, mungkin mencedok dari media-media pro-pembangkang yang gemar menipu.
Bukan menghina, tapi itulah realiti. Rakyat yang tidak berfikir akan mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah pembangkang. Tapi, akhir-akhir ini, dengan adanya banyak blog-blog dan laman web yang mampu menganalisa sesuatu isu dengan kritikal, mungkin bilangan mereka yang tertipu ini berkurang.
kalau awan nak cari org yg menyeluk poket dan lihat apa yang tinggal... saya boleh katakan awak akan jumpa orang macam ini dari dulu sampai bila-bila. Lagi 100 tahun pun dengan dengan mana-mana pemerintahan pun awak akan jumpa orang macam ini..... (fahamkan apa yang saya maksudkan).
Semoga kita boleh berfikir.
Hai la chewal... awak duduk di bumi mana ni? Awak tak bayar cukai jalan? Jalan di Malaysia bukan percuma. Harga minyak merupakan teras kepada kenaikan kos sara hidup, jika kerajaan naikkan harga minyak, semua akan naik. Sebab itu saya kaitkan dengan kos sara hidup yg tinggi di malaysia.
Saya sanggup membayar 40% dari gaji saya untuk menikmati kemudahan perubatan yang sama seperti yg ditawarkan oleh KPJ secara percuma, lebuhraya percuma dan apa saja seperti di UK. Awak pernah rasa perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan? Ibu saya pernah bermalam selama 2 malam di HKL di unit VIP; bilik dan perkhidmatannya adalah jauh lebih rendah dari bilik paling murah di DEMC shah alam. Anak saya perlu ke taska, harga untuk seorang adalah RM400 sebulan. Jika saya ada 3 orang anak, RM1200 sebulan. Insuran untuk perubatan minimum di hospital swasta yg sederhana bagus, RM250 sebulan untuk 1 keluarga. Tol untuk saya ke Putrajaya RM1.60 x 4, RM6.40 sehari,sebulan RM128. 3 perkara ini sahaja sudah bernilai RM1578. Gaji saya sebelum saya berhenti RM3500, rm1578 adalah 45% dari pendapatan saya. Jika ditolak cukai, epf, saya membawa bersih lebih kurang RM3000 sebulan, dan 52% dihabiskan untuk perkara diatas. Belum campur kalau saya ke balik kampung, anak ke universiti dll. Saya dengan rela hatinya menawarkan 40% dari gaji saya untuk 3 perkara tersebut.
Kampung saya Kesang Tasek, Muar. Awak mahu percaya atau tidak itu terpulang, tapi saya boleh syorkan yang cakap benda yang betul. Kalau sekadar Menara Tun Hussein Onn tu, boleh dikatakan setiap bulan saya naik ke tingkat 32 untuk berjumpa dengan rakan saya. Dia mempunyai minda yang sama dengan saya, kami bersikap terbuka menerima baik dan buruk. Perkara yang buruk harus dikenalpasti untuk proses pembaikan, bukan diselindungi. Tidak lama beberapa bulan yang lalu, beberapa orang (mungkin dari pemandu sy tidak pasti) berjumpa untuk berbincang dengan rakan saya tentang rancangan untuk menaikkan 5 harga barangan termasuk minyak RON95, di mahukan pendapat rakan saya. Senang saja jawapan rakan saya, "Naikkanlah harga minyak, kamu serah sajalah kunci Putrajaya itu kepada Anwar".
Saya tidak baca Harakah, media PKR atau mana2 media pembangkang. Hanya Malaysiakini sahaja kerana berita mereka cepat. Rakan saya di UK lagilah tidak membaca apa2 dari pembangkang. Cuma jika dia balik ke Msia, dia akan masuk ke dalam golongan yang susah. Jadi untuk apa dia balik? Untuk menjadi susah? NKRA ke, NKVE ke.. itu hanya nama yang tidak ada nilai jika tidak membuahkan hasil. Sudah 10 tahun dia di UK, dia tidak akan balik jika Msia masih begini kerana dia lebih sayangkan keluarganya.
Kisah penyelok poket yang awak kata lagi 100 tahun lagi pun akan tetap didengar, mereka inilah orang susah. Betul di mana2 saja ada orang susah. Jika Msia memiliki mejoriti orang susah, kerajaan akan ditukar. Itu saja mesej saya.
Saya tahu niat awak untuk menyelamatkan kerajaan yg sedia ada. Tapi saya rasa kerajaan sekarang tidak mahu dirinya diselamatkan. Ini adalah komen saya yg terakhir. Saya tidak akan komen apa2 lagi selepas ini. Penilaian saya bedasarkan apa yang saya lalui dan rasai, bukan bahan bacaan. Terpulang pada awak untuk menghentam saya selepas ini, saya tidak susah apa2 pun.
@anon,
1. cukai jalan juga dibayar oleh org di UK, sbb itu saya tidak masukkannya.
2. pasal harga minyak telah saya terangkan dalam dua artikel dan telah saya perincikan dalam komen diatas. sila baca dan fahamkan.
saya dah tunjukkan bagaimana harga minyak ditentukan, bagaimana hasil minyak dipulangkan semula kpd rakyat dan bagaimana kerajaan membantu rakyat malaysia berbillion-billion setahun. Ianya tidak dinaikkan sewenang-wenangnya sebaliknya adalah akibat peningkatan kos harga minyak itu sendiri.
Ianya jelas dan tidak disangkal.
3. Mungkin awak sanggup bayar 40% gaji kpd kerajaan, mungkin awak sanggup bayar cukai majlis (council tax) yang tinggi, mungkin awak sanggup bayar cukai VAT yang tinggi dan mungkin awak sanggup membuang semua subsidi kerana inginkan perkhidmatan hospital bertaraf 5 bintang dan lebuhraya yang percuma...
...tetapi, rakyat kebanyakkan tidak sanggup. Malah awak boleh bayangkan bagaimana reaksi rakyat ditambah dengan hasutan pembangkang bila kerajaan mengenakan income tax 40%, council tax yg tinggi dan VAT tax yang tinggi.
saya dah jelaskan mengenai kenaikan kos sara hidup yg berlaku di seluruh dunia. saya juga dah jelaskan perbenzaan kuasa beli antara malaysia dan UK yang bergantung kpd nilai matawang dan ekonomi (GNI, GDP) dan saya juga dah jelaskan apa yang dirancang oleh kerajaaan untuk membawa rakyat ke tahap pendapatan negara maju. Sila baca dan fahamkan betul-betul.kerana awak masih mengulang perkara yang sama yang telah dijelaskan tanpa memberi argument yang baru.
4. Saya nak cadangkan saudara baca semua media termasuk media pro-kerajaan , media pro-pembangkang dan media non-partisan. Kemudian buat analisa dan fikirkan sedalam-dalamnya. Saudara akan dapat kebenaranya. Penting untuk kita mengetahui tahap kredebiliti media-media yang suka menipu seperti Mkini, harakah dan lain-lain.
5. NKRA, NKEA bukanlah setakat rethorik. saya berada di dalam salah satu lab di bawah NKEA dan dalam lab-lab tersebut dilibatkan setiap lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang termasuk ada yang berpendirian pembangkang.
perancangan ETP dan GTP ini bukan sekadar rancangan, sebaliknya adalah langkah-langkah terperinci satu persatu yang diikuti dengan tahap-tahap penyelesaian yang diukur setiap bulan. Setiap EPP adalah langkah-langkah kearah mencapai target NKEA dan bukannya sekadar rancangan. Ianya adalah langkah-langkah terperinci termasuk mengenalpasti pihak-pihak yg bertanggungjawab.
6. bagitau kat kawan awak, dia bebas memilih untuk tinggal dimana, tetapi apa yang beliau sangka dan rasa mengenai malaysia adalah salah.
7. Malaysia tidak mempunyai majoriti orang susah. sebaliknya paras kemiskinan di Malaysia berada di bawah 5% walaupun selepas garisan kemiskinan ini diubah untuk selaras dengan kos sara hidup.
walau kerajaan ditukar sekalipun, awak akan dengar ayat kisah penyelok poket. kenapa ? sebab awak tak faham senario ekonomi, senario global secara keseluruhan.
8. Terima kasih kerana sudi membaca dan sudi memberi komen. Saya sedia menerima komen kalau ianya disertai dengan fakta-fakta dan data-data yang boleh dianalisa secara rasional.
Terpulanglah kalau saudara hanya mahu menilai berdasarkan apa yang saudara rasai. Tapi bagi saya, kita perlu berpengatahuan dan perlu berfikir setiap sesuatu melalui fakta-fakta yang jelas yang boleh didapati melalui pembacaan.
Ilmu itu penting agar kita tidak sesat dalam kota fikiran kita.
Selamat berbuka.
salam..
sy rasa setuju dgn kenyataan anon di atas. (sy yakin hanya ada sorg anon saja) sy belum masuk mana2 parti. tp jujurnya semua pru sblm ni sy pangkah PAS.
sy baca harakah, walaupun kdg2 sgt meluat dgn penceritaannya, sm mcm sesetengah berita politik di UM yg terlebih masak.
kenyataan anon bahawa kerajaan skrg lah yg tidak mahu diselamatkan adalah masuk akal. mengambil kira byk perkara2 'bodoh' yg dibuat kerajaan, sy x nampak kerajaan serius utk menang. hanya mengharapkan blogger2 pro umno untuk meng'unspin' tiap isu yg dibawa pembangkang. malah UM sendiri mengambil langkah mudah dgn mencedok idea2 atau dapatan dari penulis2 blog.
skrg sy pun dah naik menyampah dgn kerajaan najib. lebih kurang saja buruknya jika dibandingkan dgn Pak Lah..
jika BN kalah, saya anggap kekalahan mrk krn disebabkan kelemahan mrk sendiri, bukan krn kebaikan pembangkang..
@anon 16:05,
1. kenyataan saudara sebegitu adalah kerana saudara mudah tertipu dan terpedaya dengan media-media pro pembangkang.
2. Saudara perlu tahu, akibat daripada tiada isu, media-media pro-pembangkang terpaksa membuat cerita-cerita fitnah dan menipu.
3. Berbeza dgn zaman Pak Lah, terdapat banyak isu yang boleh dimainkan... sehinggakan orang UMNO sendiri tidak suka kepada kerajaan.
4. Tetapi, di zaman Najib, tiada isu. Akhirnya, pembangkan terpaksa menipu dan memfitnah.
5. Bagi mereka yang boleh berfikir, akan dapat melihat senario ini. Tetapi bagi mereka yang mudah tertipu dan terpedaya.... akan termakan hasutan.
Tax yg gomen dapat dr minyak ni ke mana pergi ah? Kenapa majoriti DUN atau Ahli parlimen umno @ bn kaya raya selepas jadi sepenggal? Pakai tax ni juga ke?
chewal,
jika saudara katakan sy terhasut, tertipu dan tertipu, maka saudara perlu salahkan blogger spt satd, kennvoice, abitw etc sbb mrk lah sy acuan minda sy terbentuk.. sy follow mrk, bukan MI, MT atau MK..apalagi suara keadilan, harakah..jauh skl..
saudara harus tahu, anggapan bhw majoriti anti kerajaan adalah pengikut pembangkang atau yg terpedaya dgn dakyah pembangkang adlh kesilapan terbesar (jika kalah pru13 nnti).
sbb masih ada gol atas pagar yg menentukan..spt sy, ramai lg di luar sana yg menjadikan Tun Mahathir sbg benchmark..dan najib jauh dr at par..mgkn at par jika dibandingkan dgn Paklah..tp bukan dgn Tun..sy takut najib akan kalah di kaw parlimennya sendiri nnti.
@anon 05:35,
1. sila baca balik artikel saya. saya ada tulis dimana perginya tax dari minyak ini.
kalau tak nampak dan tak faham, sila tanya.
@anon 10:04,
1. spt mana yang saya sebut sebelum ini, pimpinan Najib jauh lebih baik dari Pak Lah.
2. Semestinya tak sama dengan Tun sebab Tun is one of a kind. Agak sukar untuk mendapat pemimpon yang hebat seperti Tun.
tetapi, dalam masa yang agak singkat, Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan sokongan rakyat.
Keupayaan beliau menarik balik sokongan orang melayu dan india adalah sesuatu yang baik.
harap, sokongan ini akan berterusan sehingga PRU 13.
Post a Comment