July 21, 2011

Bagaimana harga minyak ditentukan ?

1. Negara Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang memberi nilai subsidi yang terbanyak. Pelbagai barang-barang keperluan di subsidi oleh kerajaan kepada rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Salah satunya adalah subsidi minyak petrol.

2. Harga minyak petrol di Malaysia merupakan satu isu yang sentiasa hangat bila dibincangkan. Pengumuman kerajaan berkaitan dengan subsidi petrol sering dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya rakyat kebanyakan.

3. Sering kali, apabila perubahan harga minyak diumumkan akibat daripada kos yang melambung tinggi, pembangkang di Malaysia pantas menunding jari dan menyalahkan kerajaan. Ini dibuat agar rakyat benci kerajaan dan menolak kerajaan. 

4. Ini adalah salah satu kelemahan pembangkang di Malaysia yang tidak professional dan tidak mampu berfikir. Mereka gagal mencari fakta-fakta berkaitan dengan harga minyak dan mereka juga tidak tahu atau tidak mahu mencari sebab-sebab mengapa harga minyak di Malaysia berubah.

5. Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana harga minyak ditentukan ? Bagaimana subsidi dikira ? dan bagaimana keuntungan atau kerugian dikira ? Artikel ini akan menghuraikan satu persatu langkah-langkah dalam penentuan harga minyak dan akan membincangkan mengenai mekanisme subsidi. Untuk makluman, kerajaan pernah menjelaskan mekanisme pengiraan ini pada tahun 2009.

6. Penentuan harga minyak di Malaysia adalah berasaskan `Automatic Pricing Mechanism’ (APM). Berasaskan sistem ini, kerajaan menentukan harga minyak di pasaran supaya harganya tidak dipengaruhi perubahan harga kos minyak setiap hari. Ini berbeza dengan beberapa negara lain dimana harga minyak di stesen minyak boleh berubah setiap hari apabila kos minyak berubah. Sistem APM ini memastikan bahawa perbezaan harga minyak diantara harga kos dan harga jualan dapat diserapkan melalui penggunaan subsidi dan pengecualian cukai jualan. Ia juga menyelaras harga minyak dipasaran dan mengurangkan aktiviti pengawalan stok minyak oleh stesen minyak.

7. Carta dibawah menunjukkan cara pengiraan harga minyak dibuat. Untuk makluman, proses penentuan harga minyak tidaklah mudah dan ianya agak kompleks namun langkah-langkah yang ditunjukkan ini dapat menjadi panduan untuk memahaminya. Kadar-kadar didalam carta ini adalah berasaskan kepada penjelasan kerajaan pada tahun 2009 yang dipetik dari penjelasan yang diberikan oleh Ismail Ahmad.


 8. 
A. Kos produk

Sepertimana Negara-negara di rantau asia, Australia dan beberapa Negara di Timur Tengah, penentuan kos produk harian adalah berdasarkan `Mean of Platts Singapore’ yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies berpengkalan di Singapore. Syarikat tersebut akan membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata pada setiap hari.

Berbeza dengan harga minyak mentah dunia (crude oil) yang dikeluarkan oleh NYMEX, harga yang ditetapkan oleh Platts adalah harga minyak yang telah siap diproses (refined oil). Oleh sebab itu harga Platts adalah lebih tinggi berbanding harga crude oil oleh NYMEX.

B. Alpha

Alpha adalah perbezaan diantara harga yang diterbitkan oleh Platts dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak. Parameter ini ditetapkan oleh kerajaan pada nilai 5 sen seliter untuk Petrol.

Sekiranya harga minyak yang dibeli oleh syarikat minyak lebih tinggi dari harga Platts dan melebihi alpha, maka syarikat minyak akan tanggung lebihan kos tersebut.

C. Kos Operasi

Ini adalah kos-kos operasi seperti kos pengendalian, kos pengangkutan dan kos pemasaran. Kadar pada tahun 2009 adalah 9.54 sen se liter untuk petrol di semenanjung.

D. Margin syarikat pengeluar minyak

Margin keuntungan untuk syarikat minyak ditetapkan pada kadar 5 sen seliter untuk petrol.

E. Margin syarikat stesen minyak

Margin keuntungan untuk stesen minyak ditetapkan pada kadar 12.19 sen se liter bagi petrol.

F. Cukai jualan

Kerajaan boleh mengutip cukai jualan semaksimum pada kadar 58.62 sen seliter. Komponen ini digunakan untuk mengubah harga jualan sebelum mengambil kira elemen subsidi.

G. Subsidi

Subsidi akan diberikan apabila harga sebenar petrol adalah lebih tinggi dari harga jualan yang ditetapkan selepas mengambil kira pelepasan cukai jualan.

9.  Untuk lebih memahami proses keseluruhannya, sila rujuk kepada contoh dibawah. Contoh ini diambil berdasarkan pada harga kos minyak yang ditentukan oleh Platts (MOPs) pada January 2009 iaitu USD55/barrel ataupun RM1.245/liter (mengambilkira 1 USD = RM 3.60 pada tahun 2009)

Kos produk (MOPs) -2009 = RM 1.245
Alpha parameter = RM0.05
Kos operasi = RM0.0954
Margin sykt minyak = RM0.05
Margin stesen minyak = RM0.1219
Cukai jualan = RM0.5862

Jumlah harga minyak = RM2.1487 se liter
 
Harga jualan yang ditetapkan oleh kerajaan pada 2009 adalah RM1.80 dimana harganya adalah lebih rendah dari harga sebenar. Oleh itu, pelepasan cukai atau subsidi akan diberikan oleh kerajaan kepada stesen minyak. Bayangkan berapakah banyak subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan apabila kos sebenar harga minyak ini melambung tinggi mencecah RM 3.00.

10.  Melalui penjelasan diatas, sebagai rakyat Malaysia kita patut tahu bagaimana kerajaan mengawal harga minyak dan bagaimana subsidi diberikan.  Apabila kos produk dan operasi meningkat melebihi dari threshold sedia ada, ini bermakna lebih tinggi nilai subsidi yang perlu diberikan dan akan menjejaskan perbelanjaan Negara secara keseluruhan.

11. Semoga kita menjadi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan fakta daripada mempercayai dakyah dan penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

16 comments:

ProBN said...

Semoga Tuhan melanjutkan usia tuan Chewal. Pembangkang ni memang bodoh, takleh pikir...

Setiap kali Kerajaan kita menaikkan harga minyak, saya terus menjatuhkan dahi bersujud syukur kepada Tuhan kerana tindakan yg diambil oleh PM kita agar negara yg saya cintai tidak jatuh bangkrap. Begitu juga apabila kerajaan menaikkan harga letrik, barang kawalan, tol, BLR, cukai pendapatan, cukai jualan dan macam2 lagi. Saya yakin seyakinnya saya wujudnya Tuhan, yang kerajaan mengambil tindakan berikut untuk kebaikan rakyat semata!

Kita mesti bekorban untuk negara, apalah sangat pengorbanan kita jika dibandingkan dengan wira2 terdahulu. Saya mencadangkan kerajaan mengambil tindakan yang tegas demi pembangunan negara! Walaupun biasiswa sudah tiada, pinjaman pelajaran juga harus dipotong! Naikkan kadar tol, minyak, gula, dan kesemua barang yang bersubsidi. Rakyat akan membazir dan naik lemak jika diberi subsidi. Lihat rakyat selangor, membuang air tidak bertempat kerana mendapat air percuma! Lahanat sungguh pembangkang ini...

Walaupun duit kerajaan datangnya dari kutipan cukai rakyat dan jualan hasil negara, ini tidak bermakna ia perlu disalurkan kepada rakyat secara terus! Bodoh mereka ini.... ingat ini duit zakat kah?!! Bodoh!

Saya lihat rakyat malaysia ini terlalu bermewah... berkereta, ada astro, ada macam2... lihat negara miskin yang lain, Malaysia sangat bertuah! Lain lah kalau kita ini hidup miskin, merempat tiada rumah, mungkin pada masa itu barulah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi subsidi itu semula...

Akhir kata, saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk menaikkan harga minyak semaksimum yg mungkin untuk kesejahteraan rakyat yang penuh lemak ini!

Hidup UMNO! Hidup UMNO!

ProBN said...

Satu lagi, saya mencadangkan kerajaan mansuhkan cukai jalan. Diganti dengan sistem batuan... sebagai contoh, 1km dicukai 10sen, jadi jika saya pergi kerja sejauh 100km, saya perlu bayar rm10 sebagai ufti kepada kerajaan kesayangan saya ini. Baru lah betul! Kerana kerajaan menghabiskan duit yang banyak untuk menyelenggara jalan2 di malaysia ini. Pejalan kaki juga perlu dicukai untuk menyelenggara kaki2 jalan, tapi mungkin di ambil kira secara tahunan, kerana tidak munasabah jika hendak mengira berapa jauh pejalan kaki itu berjalan ye tak? Saya bukan bodoh seperti pembangkang... hehehe.

Anonymous said...

ProBN.. usaha lagi dgn ayat2 perli yang lebih baik.. kalau boleh jangan menyorok disebalik slogan hidup umno.. nampak sangat berlakonnya....

ProBN said...

Insan yang cemerlang datangnya dari akal, dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang... ya sedara..

Sedara Anon, jangan cakap begitu, saya sememangnya ikhlas memberi pendapat. Saya sayang dan cintakan kerajaan saya lebih dari masa depan keluarga saya kerana tanpa kerajaan yang baik, tiada siapa lagi yang dapat membimbing keluarga saya. Lihat saya sendiri, ini lah hasil kerajaan yang bernas!

Walaupun banyak tomahan korupsi yg dilemparkan oleh pembangkang lahanat seperti cincin permata beharga 24 juta, ia sentiasa sahaja di patahkan dengan satu alasan yang saaangat kukuh: "Saya menabung sejak dari kecil". Clear and simple. Ini menunjukkan sifat2 murni yang sudah sedia ada sejak kecil. Jika kita menyimpan RM1 setiap hari, kita hanya perlukan 65,753 tahun untuk mengumpul RM24 juta.. satu angka yg tidak mustahil bagi saya.

Jika Datin Seri boleh menabung dan mencapai cita2nya, mengapa tidak kita? Beliau juga mengharungi pahit perit kehidupan yang sama dengan kita. Itu lah soalan yang perlu difikirkan oleh kita semua. Lihat Nik Aziz, dia tidak kaya, duduk rumah papan atap zink... bagaimana rakyat hendak maju jika pemimpin pun tidak kaya? Kerana kepimpinan melalui tauladan! Bil elektrik PM dan TPM kita RM160k sebulan!Barulah rakyat boleh mencontohi dan mencita2kan perkara yg sama, baru maju!

Sudahlah, saya tidak mahu bercakap byk, cuma satu sahaja nasihat saya... Syukurilah kita dengan kerajaan yang sedia mantap ini, kerana tidak ada siapa yg boleh menggantikan mereka...

CheWal said...

@proBN,

1. sila baca dan fahamkan apa yang ditulis. Rajin-rajinkan berfikir.

2. Sila juga menggunakan akal fikira untuk menilai sesuatu maklumat yang dibaca. jangan jadi pak dungu yang sentiasa mengangguk dan percaya apa yang diberitahu.

3. Anda mempunyai akal fikiran, maka sila gunakannya. Lepas anda mampu menggunakan akal fikira, baca balik apa yang anda tulis terutama dalam komen terakhir.

4. Jangan jadikan diri anda mangsa penipuan dan fitnah.....

ProBN said...

Sangat benaarrr kata2 tuan Chewal! Penyokong pembangkang sememangnya tidak mempunyai fikiran! Bodoh! Sama bodoh dengan anjeng di tepi jalan!

Sudah tentu apa yang kerajaan dan pemimpin kita lakukan adalah betul! Tak perlu disangkal lagi... apa yang perlu disangkal adalah apa2 perkara yang memburukkan kerajaan. Kerana apa sahaja yang memburukkan kerajaan sememangnya salah! Dulu, kini dan salama-lamanya salah! Semuanya fitnah yang perlu ditolak semata2!

Lihat Utusan sebagai contoh, menyebarkan berita2 yang 100% betul! Lihat mereka sekarang, berdiri di tangga tertinggi jualannya di atas akhbar2 lain kerana berita yg disampaikan adalah jujur dan ikhlas.

Maklumat yang sampai di fikiran kita perlu di tapis, hanya berita2 yang benar sahaja yang layak direnungkan. Apatah lagi perkara2 yang melibatkan kerajaan, kerana mereka ini sudah hampir maksum! (Maksum hanya ada pada nabi, kerajaan kira 2nd la, jadi saya gunakan perkataan 'hampir' maksum... saya tidak bodoh seperti pembangkang hehehe)

CheWal said...

@ ProBN,

1. Benar, penyokong pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang tak boleh berfikir dan mudah ditipu dan diperdaya.

2. Telah berkali-kali, pimpinan pembangkan menipu, memfitnah dan memperdaya... tetapi masih ada penyokong dikalangan mereka yang tertipu dan terpedaya.

3. Tetapi, sesuatu yang menarik adalah, gologan mudah tertipu ini semakin berkurangan kerana ramai yang dah sedar.

4. Inilah sebabnya pimpinan pembangkang lebih giat menggunakan penipuan dan fitnah untuk mendapat sokongan kerena mereka sedar sudah tidak mempunyai banyak masa untuk PRU akan datang.

5. Sebaik-baiknya, setiap berita dan maklumat tak kira datangnya dari mana samada dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, ianya perlu dianalisan secara tepat dan perlu difikir secara mendalam. Sumber maklumat perlu dicari dan disahkan.

6. Malangnya ada yang terlalu gagal menggunakan akal fikiran sehingga gambar Utusan Malaysia yang di superimpose pun dipercayai bulat-bulat.

7. Semasa, pihak pembangkang memainkan fitnah melalui gambar utusan yang disuperimpose yang kononnya Rosmah menabung dari kecil, saya ingat tidak ada orang yang percaya kerana ini adalah tahun 2011 dan rakyat Malaysia sepatutnya bijak membezakan berita bohong/fitnah dengan berita yang benar....

.... tetapi, tak sangka masih ada orang yang percaya spt apa yang ditulis oleh ProBN.

Nasihat ikhlas dari saya... banyakkan belajar dan membaca semoga kita tidak mudah ditipu dan diperdaya...

Anonymous said...

pembngkang ni bkn apa..dorang x nk paham...kalo dorang bca pon artikel ni..mgkin ade yg paham tp sengaja xmo terima fakta yg benar..dan mgkin ade yg bca tp still x paham2...sbb bkn sng nk bg org paham ni...sbb tu di sekolah ade pelajar yg bijak dlm pelajaran ade yg tidak..bergantung pda tahap penerimaan pelajar tu..ade yg slow..ade jga yg trlebih pntas...hehe..

CheWal said...

@anon 10 May,

itulah masalah dalam masyarakat kita. Akibat daripada golongan seperti ini yang tidak mahu mencari fakta kebenaran atau tidak mahu mengutamakan kebenaran, mereka mudah diperdaya, dihasut dan ditipu oleh pembangkang.

Pembangkang akan mempunyai ramai penyokong sekiranya ramai yang tertipu/terpedaya.

tetapi, pembangkang tidak akan dapat sokongan dari mereka yang mahu berfikir dan mencari kebenaran.

Anonymous said...

Back to basic.. pemerintah memerintah, rakyat diperintah. Ikut je la perintah. Susah sgt ke dgn kenaikan 20sen tu. Pasal harga barang naik selepas tu, xjd masalah sbb pemimpin kita gaji besar.. elaun besar. Kalau rakyat semua subsidi, kesian la kat pemerintah.. sanggup ke korang nk tgk pemimpin kita makan nasi bungkus dgn air sirap naik saga BLM? Malu kat Trinidad and Tobago je. Pasal rakyat, jgn risau.. bak kata pepatah 'ulat dlm batu pun boleh hidup'. Pandailah mereka berusaha. Peace yo!!!

Anonymous said...

pembangkang bgus apa. menjanjikan bulan dah bintang.. bleh menurunkan harga minyak kpd 50sen. sblm aym berkokok.. menghapuskan tol .cukai. dan bg pelajaran free. menaikkan gaji minimum swasta kpd 3000. walau pun syarikat swasta x mampu.. perbendaharaan negara abh x pe. bleh wat pinjaman lg. ulur tin milo minta sdekah pd rakyat

Anonymous said...

CheWal, hrga mnyk skrg USD109/bbl. Bukan USD55/bbl. Sbb tu u leh dpt figure yg same mcm BN kira, sbb same2 bangang.

Nk perbodohkn org bukan susah kan, CheWal. Wat ayat klentong2 sket, dh leh perbangangkn org spya jadi bangan mcm kita(CheWal & Macai).

Anonymous said...

Kalau lepas ada GST.. cukai jualan dah diganti dengan GST kan..

so harga minyak lg murah la kan..
tolak lg 58sen.

Anonymous said...

Boleh sahkan dan beri sumber dari mana data ini di ambil... sebab banyak mazhab cara pengiraan.. jadi perlu letakkan link sumber mana dapat.

Anonymous said...

Kami boleh membantu anda dengan pinjaman tulen untuk memenuhi keperluan anda.
Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi atau perniagaan tanpa tekanan dan kelulusan cepat?
Adakah anda memerlukan pinjaman segera hari ini? Tiada Pemeriksaan Kredit

* KELULUSAN PINJAMAN PADA 60MINS !!
* PEMULANGAN HARI SEMUA JAMINAN !!
* 100% KADAR KELULUSAN !!
* RENDAH KEPENTINGAN BAYAR !!


Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang tawaran pinjaman dan kami akan menyelesaikannya
masalah kewangan. hubungi kami melalui e-mel:

marthaflorence200@gmail.com

Tel: +14706736273

Samar Dalam Terang said...

Sekarang semua yg tuan doakan dah tercapai..Aaminn...