August 04, 2011

Jom kembalikan tradisi menghantar kad Hari Raya

1. Pada waktu dahulu, sebelum perkembangan teknologi maklumat, kad ucapan hari raya merupakan satu kemestian dalam menyambut perayaan aidilfitri.

2. Semasa di bulan Ramadhan, akan terdapat banyak tempat yang menjual kad-kad hari raya. Samada di pasaraya, pasar ramadhan, pasar malam, pejabat dan sekolah-sekolah. Tidak kurang juga pihak-pihak terutama organisasi dan syarikat yang menempah kad hari raya.

3. Terdapat pelbagai jenis kad raya. Ada yang besar, kecil, ada yang berlampu, ada yang ber musik dan ada juga yang keluar pelbagai popup. Ianya begitu meriah.

3. Golongan selebriti termasuk pemimpin juga sibuk menghantar dan menerima kad hari raya. Golongan ini biasanya dapat mengumpul kad hari raya dengan banyak.

4. Selain daripada itu, memang menjadi tradisi untuk menghias rumah dengan kad-kad hari raya yang dikumpul. Ada yang menggantung di dinding, ada yang meletakkanya di atas meja dan ada juga yang menggantungnya di ranting kayu. Ianya menjadi salah satu aktiviti apabila menjelang Syawal.

5. Suasana seperti ini semakin tahun semakin berkurang. Dan kini adalah agak sukar untuk mencari kad hari raya walaupun kad yang biasa. Semuanya telah diganti dengan penggunaan teknologi maklumat seperti sms, mms, facebook, email dan virtual card. Kemeriahan menghantar kad hari raya sudah tidak ada lagi.

6. Berbeza dengan negara-negara lain yang merayakan perayaan krismas, kad-kad ucapan perayaan masih lagi digunakan. Sebagai contoh, di UK, walaupun terdapat perkembangan teknologi maklumat yang pesat, kad-kad krismas masih tetap digunakan. Mereka masih membeli kad-kad krismas yang mudah didapati di kedai-kedai dan masih menghantarnya walaupun kepada rakan sepejabat.

7. Apakata kita cuba kembalikan tradisi menghantar kad hari raya di Malaysia. Ini sudah tentu dapat menambah kemeriahan di hari raya. Sekiranya tidak, generasi akan datang tidak akan tahu bahawa, satu masa dahulu kad hari raya begitu popular dan mereka tidak akan dapat merasai kemeriahan menggunakan kad hari raya.

8. Mari kita sokong facebook page : kembalikan tradisi menghantar kad hari raya dan sebarkan kepada semua masyarakat supaya kita hidupkan semula tradisi yang semakin pupus ini.

2 comments:

Matt Marzuki said...

Buat apa nak ikut orang Kristian Eropah menghantar kad raya? Megah sangat ke? In any case, we are living in a green world now. Kad raya diperbuat dari kertas. Kertas datang dari kayu. Kayu datang dari pokok. If you get what I mean.

CheWal said...

Aikk...sejak bila pulak hantar kad raya ikut org eropah ???