August 07, 2011

Kebebasan bersuara

1. Saya pernah menulis mengenai persepsi dan pandangan berbeza mengenai hak dan kebebasan di sini. Saya cuba memperlihatkan bagaimana negara-negara lain seperti china menggunakan pendekatan yang berlawanan dengan kehendak hak asasi manusia.

2. Baru-baru ini, negara China menghalang sesiapa di negaranya daripada bercakap atau menulis mengenai pelanggaran keretapi laju mereka. Mereka hanya boleh menulis perkara-perkara yang baik sahaja. Kritikan tak boleh !

3. Kita juga mengetahui bahawa Singapore juga mengenakan sekatan-sekatan tertentu kepada rakyatnya untuk bercakap mengenai kerajaan mereka.

4. Rupanya di Malaysia juga telah ada pendekatan menyekat sedemikian rupa. Yang menghairankan adalah, tindakan ini datangnya dari mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi dan kebebasan bersuara. Cakap tak serupa bikin.

5. Terbaru, Menteri Besar Selangor, Khalib Ibrahim mengeluarkan arahan tutup mulut (gag order) kepada semua pihak berkenaan dengan isu siasatan JAIS di Gereja Damansara Utama.

6. Bukankah, Paktan Rakyat yang terkenal dengan panggilan Penipu Rakyat selalu memperkatakan kebebasan bersuara ? Walaupun mereka selalu berkata mengenai kebebasan bersuara, tetapi biasalah, kumpulan manusia yang selalu menipu akan cuba menipu dalam apa keadaan sekali pun.

7. Mereka melaungkan kebebasan bersuara...tetapi merekalah yang menyekat dari bersuara. Mereka buat arahan tutup mulut dan merekalah juga yang menghalang media perdana daripada buat liputan.

8. Persoalannya... masih adakah rakyat yang mempercayai Pakatan Rakyat ini ? InsyaAllah, rakyat yang boleh berfikir, tidak akan mempercayai dan menyokong PR diatas penipuan-penipuan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Aiiiii........tak de ke puak-puak Pakatan Haramjadah nak komen pasal topik ni?