July 28, 2011

Hak asasi dan kebebasan...

1. Saya baru pulang dari Shenzhen dan Hong Kong. Lama tak dapat masuk ke laman blog sebab blogspot.com di block oleh kerajaan China. 

2. Shenzhen merupakan bandar yang cantik dan penuh dengan pembangunan yang baru dan moden. Kemajuan jelas terpampang di bandar ini. Cuaca di Shenzhen adalah lebih panas dan lembap berbanding Malaysia. Agak sukar untuk berada di luar dari bangunan kerana cuaca yang panas dan high humidity ini. Walaubagaimanapun sempat jugaklah melawat beberapa tempat menarik di Shenzhen.

3. Persekitaran di Shenzhen tidak lah berapa bersih dan sikap membuang sampah merata-rata oleh rakyat mereka jauh lebih buruk dari rakyat Malaysia. Penduduk di Shenzhen tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dan agak sukar untuk berkomunikasi.

4. Satu perkara yang mungkin menyusahkan bagi saya atau rakyat negara lain adalah perkhidmatan internet yang penuh dengan restriction (halangan). Beberapa laman web sosial utama seperti Facebook dan Youtube di sekat. Laman web seperti blogspot dan media streaming site juga disekat. 

5. Sekatan-sekatan terhadap perkhidmatan internet ini bagi orang luar adalah menyusahkan. Bagi rakyat mereka, mungkin mereka ada alternatif lain yang dibangunkan secara tempatan. Walaubagaimanapun, hak-hak asasi dan kebebasan tetap tergugat akibat dari sekatan-sekatan ini.

6. Malah, apa yang saya dapat tahu adalah sebarang perbincangan dan laman-laman web yang berbicara pasal kerajaan juga disekat. Ini juga mencabuli hak dan kebebasan.

7. Tapi, ianya bergantung kepada sejauh mana seseorang menilai hak dan kebebasan. Malah demokrasi juga mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Bagi saya, mungkin hak untuk menggunakan internet dan berkomunikasi disekat. Tapi, bagi rakyat China, ianya bukan sekatan. 

8. Saya terfikir, di negara Malaysia yang penuh dengan kebebasan bersuara, setiap orang bebas mengeluarkan pendapat samada di dalam media alam maya mahupun media cetak malah ada yang mengambil kesempatan sehingga membuat cerita-cerita tipu dan fitnah, ini pun masih dikatakan tidak bebas oleh sesetengan pihak. 

9. Beberapa golongan terutamanya dari pakatan pembangkang, sering mengatakan Malaysia tidak bebas. Tetapi mereka lupa bahawa mereka bebas membuat fitnah dan menipu. Adakah mereka tahu makna kebebasan ?  Atau mungkinkah mereka mahu `kebebasan' seperti di negara China. Kadang-kadang terfikir, bagus juga kalau Malaysia buat cara negara china dalam menyekat penggunaan internet.

10. Satu perkara yang perlu difahami adalah, hak , kebebasan dan demokrasi ada hadnya. Kita bebas menjalankan hak-hak kita, tetapi apabila tindakan kita menyentuh hak orang lain, maka kita hilang hak kita. Sebagai contoh, pendemo bersih mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi apabila tindakan ini menyentuh/melanggar hak orang lain, maka mereka sudah tidak berhak.

15 comments:

BabiNegara said...

Kita masih yg terendah... Kita masih yg termurah... Menteri kaya raya... Rakyat disuruh besyukur atas apa yang ada.... Lepas ni ko pegi afrika, balik ko suruh rakyat semua bg gaji kat gov, hari2 makan ubi kayu, sebab kat afrika org tak dpt makan lansung, kira ubi kayu tu dah baik dah...

Ko poyo suruh org pikir dgn akal tapi ko sendiri cakap tebalik.. Manada org banding dgn bende yg lg rendah, anak ko sekolah dpt no 24 patut dah syukur byk2 sebab masih ada yg dpt no 36... Takyah usaha lg dah...

Nak negara maju, banding dgn negara yg dah maju, bukan negara komunis! Tapi menteri mmg suka org2 mcm ko, diorg bole makan gaji buta sambil ratah harta negara dan hasil titik peluh rakyat! Sebab apa je yg diorg buat, org2 mcm ko akan sokong!

Anonymous said...

Hmmm kalau camtu, anak tak sekolah pun takpe, sebab ada juga org yg berjaya tapi tak sekolah... Kalau camtu, gov pun patut besyukur sebab kita masih negara yg lebih aman, byk lg negara lain yg rakyat lebih extreme, kira sekali sekala buat perhimpunan dan kutuk gov dlm intetnet tu kira ok la... Saya pernah ke sri lanka, mereka bom bangunan kerajaan sebab tak puas hati! Gov pun patut terima kasih pada pembangkang kerana tak pergi sampai ke tahap macam tu :)

Chewal said...

@Babi..

1. anda perlu belajar memahami sesuatu tulisan dalam artikel supaya tidak berbicara diluar dari konteks

2. Mungkin adakalanya sesuatu tulisan itu sukar untuk difahami apatah lagi kpd mereka yang tidak suka berfikir. Tapi... cubalah.

3. artikel ini bercerita mengenai hak dan kebebasan yang mempunyai pelbagai pandangan dan pendapat dan ianya berbeza-beza diantara negara-negara lain.

4. Tidak ada sebarang kenyataan yang memberi makna negara lain atau negara ini lebih baik. Semuanya bergantung kpd penerimaan masing-masing.

5. Ada yg nak kan kebebsan secara total yang boleh memudaratkan dan ada yang nak kebebasan terkawal agar negara dapat terus bergerak maju.

6. Ada juga negara-negara maju seperti Singapore yang mempunyai hak kebebasan yang lebih teruk seperti dilarang membuat kenyataan mencabar atau menghentam kerajaan.

7. Sepatutnya, artikel ini dibaca dan difahami secara kritikal dan lihat balik apa yang ada di Malaysia. Adakah Malaysia menghalang/menyekat seperti Singapura ? atau seperti China ?

8. sila belajar ye.

@anon 14:09,

1. setiap pihak perlu bersyukur dan perlu berada dalam kesederhanaan.

2. Pilihlah kesederhanaan daripada pendekatan extreme. Sebab itu Malaysia tidak memilih pendekatan extreme seperti Singapura atau China.

3. Pembangkang di Malaysia adalah pembangkang yang tidak berkualiti. Kerana mereka gagal menjadi pembangkang yang kritikal. Mereka gagal berfikir secara kritikal dan menganalisa secara professional.

Mereka lebih banyak bermain politik kerana hanya mementingkan kuasa semata-mata tanpa mahu membawa kebaikkan kepada negara.

sebab itu, mereka mengambil pendekatan untuk menipu, memfitnah dan memperdaya untuk mencapai matlamat mereka.

Masalahnya ada orang yang terlalu mudah ditipu dan diperdaya. Golongan ini gagal berfikir secara kritis dan hanya pandai jadi pak angguk. Malangnya, mereka yang kononnya pandai dalam bidang agama pun mudah ditipu dan diperdaya.

dimanakah kesedaran untuk berfikir yang banyak kali diulang-ulang dalam Al-Quran.

BabiNegara said...

Kah kah kah! Suka hati ko lah chewal, ko duduk la dlm alam fantasi ko dengan kerajaan kesayangan ko ni! Takde unsur pembandingan? Ko baca balik la apa yg ko tulis, pastu print atas kertas, bakar, minum! Aku tgk tak ramai pun baca blog ko, so takde makna aku nak komen2 lg dah! By da way, aku ni kontraktor umno, aku tau la betapa korupnya diorg ni! Ada nampak itu LED atas bangunan kami? 14 juta tu beb! Muka Najib pun dah belang2 sebab led seminggu dah rosak huhuhu. Inilah pemimpin yg ko pilih untuk teraju negara... So ko sokong la diorg ni, bagus jugak, byk skit aku bole markup yahoo!!! Selamat bermimpi hahahaha!

HangLekuk said...

Hidup dah nasib... roller coaster.. roller coaster... susah dan senang bersilih ganti.. bila-bila boleh kena CS... walaupun TKPN kata tidak... tapi canister ada di rumah... pembangkang fitnah, penipu.. tapi canister ada di rumah.. siapa tipu aku tak tau tapi canister di rumah... siapa perdaya? pembangkang atau TKPN? Aku pun tak tau dan canister ada di rumah... tapi chewal kata bebas dan BabiNegara kata "Kita masih yang teraman"... namun canister 560-CS masih ada di rumah!

1-2-3 DoReMi... Apa nak jadi?! AlifBaTa ABC! Teringat cerita budak gembala dan serigala... "Tolong undi aku! Pembangkang menipu! Pembangkang menipu! Kali ni dia betul2 menipu!.... rakyat tak percaya dah.. biar la ko kene baham dengan pembangkang tu... hehehe"

Anonymous said...

Hehehe... jangan la marah2 semua.. pembangkang ke, kerajaan ke sama je semua.Cuma pembangkang belum pernah memerintah negara, esok kalau diorang menang, UMNO buat la perhimpunan, kalau di haramkan, cakap la diorg tak serupa bikin. Saya dah dpt cara untuk tidak membayar cukai, jadi kerajaan tidak lagi berhutang apa2 pada saya, pada saya semua nya sama saja, semua untuk poket sendiri. Cuma Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi sahaja yg saya respect sampai sekarang.. sebab mereka menunjukkan tauladan kepada rakyat.

Chewal said...

@anon 04:03,

Bagi saya, ulamak dan semua pihak perlu berbicara berpaksikan kebenaran dan bukan kerana kuasa politik.

Maaf, dalam kenyataan-kenyataan Nik Aziz dan Hj. Hadi, mereka tidak berbicara atas kebenaran. Apabila kenyataan mereka tidak berpaksikan kebenaran, ianya menjejaskan kredibiliti mereka. Banyak contoh kenyataan mereka yang tidak berpaksikan kebenaran ini.

Mungkin mereka terikat dgn pakatan mereka yanf memaksa mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian.

Saya berharap setiap individu boleh berbicara berasaskan kebenaran melebihi kepentingan politik.

Anonymous said...

Awak perlu berdamping dan kenal mereka secara depan dan bukan hanya berpandukan pada bahan bacaan kerana bahan bacaan juga ditulis oleh manusia yg boleh berbohong. Najib banyak berbohong dalam kenyataannya dan menyembunyikan fakta demi kepentingan politik. Tapi yang jelas, pemimpin BN mmg kaya raya dan tak dapat disembunyikan. Ini fakta yg semua rakyat msia faham dgn jelas - mereka kaya.

Chewal said...

@anon 12:39,

Maksudnya tulisan Harakah tu bohonglah sbb saya banyak membaca dari harakah malah, bila saya ingin mengulas kenyataan mereka, saya akan dapatkan dari pelbagai sumber termasuk media pro-pembangkang.

tapi, saya setuju sekiranya saudara mengatakan Harakah dan media-media pro-pembangkang berbohong... sbb dah banyak kali mereka memfitnah dan berbohong.

Pemimpin BN yg mana ? pemimpib BN di kawasan saya tak kaya. rumahnya hanya di kawasan perumahan teres biasa. Pemimpin BN di kawasan bapak saya adalah kaya kerana beliau sememangnya kaya sebelum berkecimpung dalam politik lagi.

adakah anda dah pastikan bahawa kekayaan yang dikecapi mereka adalah dgn cara yang salah ? atau merupakan apa yg mereka warisi dari sebelum mereka ?

atau, mungkinkah anda percaya bulat-bulat apa yang media-media pro-pembangkang yang anda kata berbohong tadi ?

Saya akan sentiasa cuba sedaya upaya berbicara berpaksikan kebenaran. Sebab itu saya tidak berani nak buat dakwaan mengenai kekayaan seseorang tanpa usul periksa...

Anonymous said...

Media hanya ingin menjual bahan mereka. Di zaman ini, apa sahaja akan dilakukan demi duit, tidak kira pro-pembangkang, pro-kerajaan, sama saja. Meraka tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Tapi kita boleh lihat yg seseorang itu menipu dengan hanya tingkah-laku mereka yg berselindung. Saya tidak percaya yang Najib membunuh Altantuya, tapi saya percaya yg dia tahu perkara yg sebenar, tapi memilih untuk tidak memberitahu. Akhirnya kes itu menjadi bahan fitnah kerana tidak ditutup secara adil. Sama juga dengan kes pembelian pelbagai alatan ketenteraan yg melampaui kos sebenar. Kita bandingkan harga yg dijual pada negara lain dengan harga tender yg diluluskan di malaysia. Itu boleh dibuat.Sama juga dengan apa yg dikatakan oleh HangLekuk, canister gas pemedih mata itu di bawa balik oleh beberapa orang. Jadi sudah tentu apa yg dikatakan oleh TKPN bercanggah dengan bukti yang ada.

Pemimpin yg saya maksudkan adalah mereka yang mempunyai kuasa untuk memberi projek. Lihat menteri kita, menteri mana yg tidak kaya? Mereka yang high profile yang sememangnya berada di dalam kerajaan sejak zaman muda tidak sepatutnya memiliki eset berjuta2 kerana pegawai kerajaan tidak boleh memiliki perniagaan sendiri. Lihat menteri besar selangor yang lepas2... semua korup. Tun Mahathir terpaksa memilih Khir Toyo yg pada masa itu bukan ketua bahagian pun kerana yg lain semuanya korup. Itu pun lupa diri juga....

Saya menilai pada apa yg saya lihat dan rasa. Dan pada masa ini, saya selesa duduk di selangor di bawah naungan pembangkang. Kawasan rumah saya sudah ada rukun tetangga, air percuma, sering ada aktiviti masyarakat, tusyen rakyat yang sebelum ini tidak ada di bawah umno. Dan saya tidak rasa ada kehilangan apa2 dengan ketiadaan umno. Saya pasti kawasan rumah saya akan terus memangkah pembangkang. ADUN saya seorang pemuda yang ada bersama rakyat tidak seperti yg terdahulu.

CheWal said...

@anon 02:18,

1. Sebagai rakyat yang boleh berfikir, sepatutnya setiap kenyataan, bacaan dari mana-mana media perlu dianalisa dan dikaji sedalam-dalamnya. Fakta sebenar perlu diketahui sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

Ini kerana, terlalu ramai yang mempunyai agenda-agenda tertentu

2. Sekiranya kita gagal mengetahui atau mendapat fakta sebenar, elakkan dari membuat tuduhan atau prasangka buruk. Adalah lebih baik kita diam daripada membuat tuduhan sehinggalah fakta sebenar diketahui. InsyaAllah, ini adalah prinsip saya dan saya akan cuba berpegang dengannya.

- Saya pernah menulis dalam blog ini (artikel terawal) mengenai sikap prejudis dan prasangka dalam masyarakat.

3. Mengenai pembelian alatan ketenteraaan misalnya, telah banyak dijelaskan oleh kerajaan secara detail setiap suatu kos yang terlibat. Malah kenyataan-kenyataan dari pemimpin pembangkang telah pun dijawab secara terperinci tanpa boleh disangkal oleh mereka.

seperti yang saya tulis banyak kali, pembangkang hanya mahu menipu dan menghasut agar rakyat membenci kerajaan kerana mereka ingin merampas kuasa. Sebab itu, mereka tidak berkata benar. Mereka hanya membandingkan harga tanpa mengambil kira situasi sebenar. Mereka sorokkan kos-kos lain seperti kos penyelenggaraan, kos software dan firmware, kos latihan dan banyak kos-kos lain yang telah diperincikan.

malah kenyataan kementerian pertahanan mengenai kapal selam scorpene dan pesawat sukoi telah menerangkan secara jelas dan terperinci perbandingan kos-kos yang terlibat.

- adakah kita mahu mempercayai pembangkang yang tidak memberi cerita sebenar berbanding dengan kementerian pertahanan yang memberikan butiran terperinci termasuk nama-nama syarikat yang terlibat ?

sebagai rakyat yang mampu berfikir, tentu kita tahu yang mana boleh dipercayai.

4. Tahniah kerana saudara gembira berada dibawah pimpinan ditempat saudara.

Tetapi, tak perlulah menipu dengan mengatakan Rukun Tetangga dibuat oleh ADUN saudara. Rukun Tetangga adalah satu komponen dibawa Jabatan Perpaduan Negara. Ianya wujud sejak berpuluh tahun dahulu.

cuma, dalam pimpinan pembangkan, rukun tetangga ini dah mula dipolitikkan dan campur tangan orang politik mula kelihatan seperti yang berlaku dikawasan saya.

bagi saya, saya tidak akan memilih pembangkang kerana saya sayangkan agama, bangsa dan negara. Selagi pembangkang tidak boleh membuktikan mereka boleh berjuang untuk agama, bangsa dan negara, selagi itulah saya tidak akan menyokong mereka.

Anonymous said...

Saya tidak mahu komen tentang perkara lain kerana awak tetap dengan pendirian awak. Tanyalah kontraktor yg terlibat dalam projek mindef, mereka boleh buktikan banyak korupsi dalam kerajaan tetapi awak akan mengatakan saya masih terpengaruh dengan pembangkang.... adakah awak betul2 yakin mereka yang mengeluarkan kos2 itu tidak berbohong?

Cuma satu sahaja> awak mengatakan saya menipu tentang rukun tetangga. Betul 'Rukun Tetangga' merupakan satu komponen yg dibawa oleh Jabatan Perpaduan Negara. Tapi ia hanya tinggal nama jika tidak direalitikan. Nama boleh ditukar dengan mudah dan tidak ada nilai kerana ia bukan barang komersial. Walaupun sudah wujud 'Rukun Tetangga' ini dengan sekian lama, di tempat saya tidak pernah ada walau sekalipun (dibawah ADUN umno). Tetapi sekarang, ada 5 kumpulan (4 org setiap kumpulan)yg berkawal di waktu malam, setiap malam. Kami tidak mengeluarkan satu sen pun, hanya tenaga yg mengeratkan perpaduan. Cina, india dan melayu.

Saya tidak memilih mereka pada pilihanraya yg lepas dan saya berasa malu. Awak boleh terus mengatakan saya ditipu, tetapi awak tidak akan boleh rasa apa yg saya rasa sekarang ini, dan saya akan bertindak mengikut perbandingan tindakan, bukan kata2 atau slogan.

CheWal said...

@anon 12:24,

1. kalau awak lebih mempercayai kata-kata kosong kontraktor, atau kata-kata kosong ah beng, ali, muthu... itu adalah hak awak. bagi saya, saya perlukan bukti dan bukan kata-kata kosong. Saya perlu tengok, nama syarikat, apakah butirannya.

selagi tiada bukti dan penjelasan yang konkrit, saya tidak akan percaya...

Ingat, prejudis dan prasangka itu berleluasa. Saya berdepan dengan pelbagai manusia dan saya mendengar pelbagai cerita dan kebanyakanya saya hanya senyum sinis sebab saya tahu apa yang mereka dakwa adalah salah.

2. Itu maknanya awak tak tahu susun atur Rukun Tetangga dan awak tak tahu perjalanan operasi Rukun Tetangga. Sila belajar dan fahaminya sebelum berbuat apa-apa dakwaan dan spekulasi. Utamakan fakta. ohh ye, ditempat saya ada rukun tetangga dari dahulu (zaman BN) sehinggalah kini (zaman PR)...tiada kaitan dengan siapa ADUN.

3. Kalau awak tidak bertindak berdasarkan fakta-fakta sebenar, dan tidak mahu berfikir... maka awak akan mudah di tipu dan diperdaya.

kalau awak berfikir dan memperhalusi SETIAP tindakan dan isu-isu semasa, awak tentu tahu siapa yang awak akan pilih.

selamat berfikir.

Anonymous said...

Hai Chewal... awak patut turun dan lihat sendiri, bukan menilai dari bahan bacaan awak. Syarikat lama saya merupakan sebuah syarikat kontraktor, dan kami tidak layak untuk masuk ke Mindef kerana tidak memiliki dana untuk di'upfront'.

Pasal rukun tetangga, ok lah... jika mereka panggil aktiviti itu 'Night Watch' berlainankah dengan 'Rukun Tetangga'? Rukun tetangga ini perlu seseorang yang mengelola. Jika tidak ada yang mengambil inisiatif untuk merancang dan mengatur, tidak akan jadi apa2. Bagaimana teratur sekalipun satu2 perancangan, setebal mana pun Operation Manual, jika tak ada yg tampil untuk melaksanakan, buang sajalah semua itu ke sungai.

Saya mengaku yang saya tidak tahu susun atur rukun tetangga. Saya tahu yang rukun tetangga di cipta oleh kerajaan sekarang. Tetapi kenapa sejak 15 tahun saya duduk disini, tidak pernah ada rukun tetangga? Kenapa apabila ADUN saya ditukar, dia boleh mengambil inisiatif mengumpul dan berbincang dengan penduduk dan mengaktifkan aktiviti ini?

CheWal said...

@anon,

1. saya berbicara mengenai dakwaan-dakwaan berkenaan pembelian kapal selam dan pesawat sukoi yang dimanipulasi oleh pembangkang dengan penipuan. Kalaulah ada pegawai-pegawai yang meminta sebarang under table money, walau siapa pun kerajaan, ianya akan tetap berlaku. Kerana ? yang bertukar adalah kerajaan, tetapi individu/pegawai yang bertugas masih sama.

kerajaan, telah dan terus menerus berusaha membanteras rasuah dgn pelbagai kaedah sehingga laporan anonymous pun akan diterima oleh SPRM untuk buka siasatan.

tapi... komen saya sebelum ini adalah berkenaan dengan kapal selam dan pesawat. Saya memilih mengetahui fakta sebenar dari mempercayai kata-kata kontraktor atau pun pembangkang.

2.Rukun tetangga tidak ada kena mengena dengan ADUN atau parti politik. Taman perumahan saya menubuhkan Rukun Tetangga tanpa bantuan/arahann mana-mana parti politik. Pengerusi J/Kuasa taman memohon daripada Jabatan Perpaduan Negara utk mengadakan Rondaan Rukun Tetangga...dan peruntukan diberi oleh Jab. Perpaduan Negara ini. Bapa saya merupakan pegawai bersara Jabatan Perpaduan Negara dan beliau terlibat secara langsung dengan Rukun Tetangga semenjak dari awal penubuhanya.

oleh itu, tak perlu kaitkan Rukun Tetangga dengan parti politik.

selamat berbuka.