July 12, 2011

Jumlah Peserta Demo Haram BERSIH 2.0


Updat 4:
Petikan dari University of Illinois crowd-guru Clark McPhail membayangkan seorang manusia boleh berdiri dengan selesa dalam kawasan 5sq ft. 5 sq ft ini adalah bersamaan dengan 0.46m persegi. Saya menggunakan 0.4m persegi, saiz kawasan yang lebih rendah dari pendapat Clark McPhail. 2.5 sq ft space adalah keadaan dimana setiap manusia dah tak boleh bergerak.

oleh itu, penggunaa 0.4m persegi adalah munasabah dan tepat.

Update 3
: satu lagi analysis yang menggunakan kaedah yg hampir sama: http://shuzheng.wordpress.com/2011/07/10/bersih-success-success-yes-of-course/

Update 2: saiz average untuk lelaki sederhana dari bahu ke bahu adalah lebih kurang 0.8m, dan saiz dari depan ke belakang adalah lebih kurang 0.5m. Oleh itu luas seorang lelaki berdiri adalah lebih kurang 0.4m persegi.

update : keluasan orang adalah 0.5meter persegi..

1. Pelbagai pihak memberi jumlah peserta demo yang berbeza-beza. Portal dan laman web pro-pembangkang memberi jumlah lebih kurang 50,000 orang. Malah ada yang mengatakan jumlah mencecah 100,000 orang.

2. Pihak media perdana pula memetik jumlah yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitar 6,000 orang.

3. Yang mana satu yang boleh dipercayai ? Mari kita buat sedikit analisis mudah. Saya memilih dua tempat utama iaitu di Puduraya dan di Menara Maybank. Di kedua-dua tempat ini, portal Malaysiakini menyatakan tidak kurang dari 10,000 orang. Ditempat-tempat lain, berdasarkan dari pernyataan kronologi Malaysiakini adalah sekitar diantara 500 hingga ke 2,000 orang.

4. Mari kita lihat puduraya. Gambar disebelah kiri adalah waktu paling ramai pendemo disitu. Berdasarkan banggunan di sekeliling, paparan dari Google Maps diambil untuk mengganggarkan jarak dan keluasan kawasan sekitar.




5. Jarak yang diberikan oleh Google Maps adalah lebih kurang 200m dan kelebaran jalanraya untuk kedua-dua hala adalah lebih kurang 8m. ini menjadikan keluasanya sekitar 1600m persegi.

6. Sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka keluasan kawasan tersebut boleh mengisi 4,000 orang secara padat. Ini bermakna tidak ada ruang kosong diantara mereka sehinggalah sepanjang 200m tersebut. (ini adalah worst case scenario).

7. Mari kita lihat di Menara Maybank pula.



8. Seperti biasa, berdasarkan banggunan di sekeliling, kita anggarkan kawasan pendemo berada dengan Google Maps.

9. Kawasan ini ditandakan dengan 4 segi untuk memudahkan pengiraan. Luas kawasan ini (berdasarkan google maps) adalah 3200m persegi).

10. seperti tadi, sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka seramai 8,000 orang boleh berada dalam kawasan ini secara padat (tanpa ruang kosong). Kita tahu pasti akan wujud ruang kosong, maka ini adalah juga worst case scenario.

11. Oleh itu, tanpa mengambil kira redundancy (kesemuanya orang yg berbeza), jumlahnya adalah 12,000 orang. Sekiranya, anggaran 50% orang yg berada di Puduraya adalah juga berada di Menara Maybank, maka jumlah di kedua-dua tempat ini adalah lebih kurang 6,000 orang.

12. sekiranya kita mengambil kira jumlah pendemo di beberapa kawasan lain... secara kasarnya jumlah peserta demo haram ini adalah dalam lingkungan 8,000 orang.

13. Nampaknya, pihak polis membuat anggaran yang hampir tepat.

14. Paling kelakar, adalah anggaran seperti 50,000 atau 100,000 orang.




45 comments:

Anonymous said...

test mesg

Anonymous said...

Mengikut spesifikasi JKR, lebar jalan raya Malaysia adalah 3.5m selorong. Lebar jalan 4 lorong di Puduraya adalah 14m. Luas kawasan adalah 14m x 200m = 2,800m persegi. Average footprint lelaki dewasa adalah 0.5m x 0.25m = 0.125m persegi. Jadi jumlah peserta di Puduraya adalah 22,400. Jumlah di Menara Maybank pula adalah 25,6000 orang. Jumlah kedua-duanya adalah 48,000. Andaikan 50% adalah orang yang sama, jumlahnya adalah 24,000. Menggunakan faktor 4,800 kepada 8,000 orang seperti pengiraan anda, maka 24,000 akan menjadi 40,000 orang keseluruhannya. Ini belum mengambil kira peserta di kawasan kaki lima di tepi jalan, peratusan peserta dari dua kumpulan yang sama lebih rendah, kawasan peserta yang lebih luas di Menara Maybank dan lain-lain faktor. Maka anggaran peserta saya adalah antara 40,000 ke 50,000 orang. Ini juga mengikut pengalaman saya berada di dalam Stadium Paroi yang boleh memuatkan seramai 40,000 orang penonton. Orang yang pernah turun stadium tengok bola dan turun Bersih sahaja yang dapat membuat anggaran sebegini. Sekian, wassalam.

CheWal said...

@anon 03.50,

jarak yang diberikan dalam pengiraan ini adalah dilebihkan supaya mengambil kira orang-orang yg berada di luar kawasan.

itu dgn jangkaan bahawa setiap orang berkedudukan rapat antara satu sama lain.

ini belum lagi mengambil kira bilangan orang yg semakin berkurangan di bahagian belakang

puduraya dan menara maybank adalah bersebelahan. kemungkinan org yg sama berada di kedua-dua tempat adalah lebih tinggi dari 50%.

di tempat-tempat lain pula bilangan orang lebih sedikit (spt yg ditulis di Msiakini). jika dimasukkan jumlah orang yang redundant, ianya menjadi lebih sikit.

maka jumlah keseluruhan kalau kita menggunakan saiz keluasan manusia yang lebih kecil adalah sekitar 10,000 orang.

Anonymous said...

pening palo den baco formula hang ni.. cikgu math aku x ajar formula mcm ni..

Anonymous said...

Tak kiralah seribu ke, sepuluh ribu ke, lima puluh ribu ke, yang teman tahu yang tak dapat pergi kerana bermacam sebab adalah beribu-ribu-ribu-ribu lagi..

Toksah kira amaran dan halangan polis. Kakitangan kerajaan dan GLC, mahasiswa mahasiswi awal-awal dah kena ikat rantai kaki dan tangan.. Fair ker?

Macam itu ada kebebasan berhimpun?

Hampeh...

Kinik

Dol Sempit said...

Ada ke kebebasan berhimpun di perhimpunan haram?

Anonymous said...

tapi yg nyata lagi ramai tak pergi, so majoriti yg memerintah, walaupun yang pergi 100,000 orang akan dikira sebagai minoriti sebab kat KL dikira 2 juta penduduk, minoriti kena lah buat macam minoriti jangan melangkau majoriti.

Anonymous said...

1st time dtg ke sini. Intelligent blog. Teruskan.

Salam
Ad

CheWal said...

@anon 4.18,
tak perlu tanya cikgu untuk buat pengiraan mudah.

@kinik,
kalau dah tahu 8,000 - 10,000 org aje, tak perlu lah exaggerate sampai ke 100,000 orang.

di malaysia, ada kebebasan untuk berhimpun tetapi perlu mendapat permit polis dahulu.

masalahnya, permit pun tak mintak..
oleh itu tiada hak berhimpun... dan siapa yg langgar peraturan, tindakan boleh diambil.
Hampir setiap malam polis mengeluarkan kenyataan seperti ini.

spt yg ditulis oleh komentar yg lain,

golongan pendemo adalah minoriti.

Malaysia ada 27 juta orang, 8,000 adalah hanya 0.03%

Pengundi yg berdaftar lebih kurang 13 juta orang, 8,000 org adalah hanya 0.06%

Ahli UMNO ada 3 juta orang. Kalau tolak ahli UMNO ini, ada lagi 10 juta org. 8,000 orang hanyalah 0.08 %

golongan pendemo tak sampai pun 0.1 %... terlalu minoriti.

CheWal said...

satu lagi analisis yg menggunakan kaedah yang hampir sama :-

http://shuzheng.wordpress.com/2011/07/10/bersih-success-success-yes-of-course/

jimi said...

estimation nyer utk keluasan manusia 0.4m persegi terlalu besar...

kiraan mamat nie lebar bahu ke bahu 0.8m depan dan lebar depan dan belakang 0.5m menjadikan luas manusia 0.4m persegi....

tebalnyer manusia 0.5m ? aku tgh buat analysis yg lebih teperinci untuk ukuran luas manusia. rasa-rasa aku, tebal manusia (depan belakang) dalam 20cm ... 0.2m jer ...

bahu ke bahu manusia 0.8m ? aku rasa 40cm ke 50 jer rasa nyer ikut ukuran baju... kalau size 44 always refer to 44cm ...

cuba buat kiraan kasar... tinggi kita dlm 1.6m... bermaksud setengah tinggi kita adalah 0.8m ... adakah bahu kita sama dengan setengah tinggi kita ?

kiraan kasar aku utk keluasan manusia adalah 0.44m x 0.25m = 0.11 m persegi.... jauh tersasar kiraan mamat nie yg mengatakan luas manusia 0.4m persegi ...

kiraan mudah, cuba cari tile kat rumah... biasanyer ukuran tile adalah 1 kaki persegi... bersamaan 0.09m persegi dan manusia akan mempunyai ruang selesa untuk berdiri pada ukuran 2 kaki x 1 kaki iaitu bersamaan 0.18m persegi

bezakan estimation aku untuk luas manusia 0.18m persegi dgn estimation mamat tuh 0.4m persegi... ralat sebanyak 75%...

CheWal said...

@jimi,

anggaran 0.4m persegi untuk seorang manusia itu dibuat secara kiraan mudah utk menggambarkan luas kawasan seorang manusia bila berdiri.

Ianya bukan saiz sebenar badan manusia.

merujuk kepada laman web ini : http://www.wired.com/dangerroom/2011/02/how-many-people-are-in-tahrir-square-heres-how-to-tell/ ,

secara amnya, seorang manusia akan mengambil ruang sebanyak 5 sq ft of space.

5 sq ft adalah bersamaan dengan 0.46m persegi.

dan saya menggunakan 0.4m persegi, satu nilai yg lebih rendah.

harap maklum.

jimi said...

dlm keadaan berhimpit... u r exaggerating the human area... 5 sq ft is too HUGE !... for me... diaorang tak akan dapat ruang... even sebesar 2 sq ft pun dlm keadaan berhimpit-himpit.

Based on your point No. 5... tak semua org berada di atas jln raya... we have to include bahu jalan dan kaki lima too.. I agree with anonymous No.2...

let me calculate my estimation... road distance 200m.. road wide + kaki lima is 14m
Total area 2800sq m.

(I believe... it would be more than 200m... aku biasa lari pecut 200m ... jaraknyer tak lah sesayup mcm jarak dlm gambar - left side)

Aku guna dulu figure utk area yg kau mentioned...

2800sq m utk 0.18sq m (people) = 15,500 org di jalan pudu shj.

If add another fluid mechanic theorem on flowing and movement ... It can be more...

the longer the distance... the more people on the ground...


I will investigate deeply the figure you provide from Google Map.

My rough estimation based a compilation video I watched at http://ikanjerung.blogspot.com/

total people for this rally is around 60,000 people..

Jln Pudu, Bas and Car Parking Area in Pudu Station, Menara Maybank, Jln Hang Tuah, Stesen Keretapi, Kg. Baru, Petaling Street and CM, Bangkok Bank... Actually.... it covers more wider area then you have estimated.

Abg Salim said...

aku dah check kat Google distance... jarak dari 7/11 pudu raya sampai ke Tung SIn maternity hospital adalah dlm 400m lebih.

bermakna.. dua kali jarak yg di claim oleh CheWal, aku lebih caya Jimi nyer anggaran dari CheWal

kalau @Jimi kata dlm 15,500 utk jarak 200m. klau 400m mesti lah 31,000 org. Aku tolak ruang lapang. ANggaran lebih kurang dalam 25,000 org kat Jln Pudu.

Agak-agak nyer., berapa ramai kalau kira orang yg datang dari arah Central Market, Bangkok Bank, Jalan SIlang, tak tau lah berapa pulak orang kat sana.

CheWal said...

@jimi

5 sq ft is the size given by a research paper for crowd. Even this same size used by US to estimate the number of crowd for obama speech.

2.5 sq ft dah kira bukan breathing space.

malah pengiraan utk org di dataran tahrir juga menggunakan 5 sq ft. and this is not the same at all with dataran tahrir.

bila menggunakan square area, kita menganggarkan semua ruang dipenuhi..tetapi hakikatnya, orang semakin berkurangan di bahagian belakang (bergantung kpd arah perjalanan)

Ini belum lagi mengambil kira orang yang sama bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

mengambil kira faktor-faktor ini, anggaran 8,000 orang adalah lebih tepat.

@abg salim,

peserta demo bukan berada di sepanjang dari pudu raya ke hospital tesebut. yg berlaku adalah mereka bergerak ke arah tersebut.

org yg sama ini mungkin bergerak dari menara maybank lagi... so, kalau nak dikirakan, mungkin tak perlu membezakan org di menara maybank dgn org di puduraya atau mungkin lebih dari 50% redundancy yg berlaku....

oleh itu, anggaran 8,000 orang adalah lebih tepat.

MrHed said...

salam bro,

di malaysia, ada kebebasan untuk berhimpun tetapi perlu mendapat permit polis dahulu.---betul tp...
Hak rakyat untuk berhimpun bukan ditentukan oleh kerajaan BN sebaliknya hak rakyatberhimpun di mana-mana tempat di negara ini ditentukanoleh undang-undang tertinggi negara ini iaituPerlembagaan Persekutuan. Perkara 10 ( 1 ) Perlembagan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman di mana-mana tempat di negara ini dan ianya tidak dihadkan di stadium atau markaz sahaja. Ya, benar Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat peraturan untuk mengawal selia hak berhimpun tersebut .Pengawalselian tersebut dicerminkan melalui mekanismepermit yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 AktaPolis 1967.

Akta Polis 1967 membenarkan rakyat negara ini berhimpun dalam dua keadaan.Pertamanya rakyat dibenarkan berhimpun di mana-mana tempat awam di negara ini dan untuk melaksanakan hak tersebut mereka perlu memohon permit daripada Ketua Polis Daerah ( KPD ) berdasarkan seksyen 27 Akta Polis.

Jika dilihat kepada perkataan-perkataan di dalamseksyen 27 ( 2 ) Akta Polis ia sebenarnya lebihmenuntut KPD memberikan permit kepada mana-mana rakyatyang ingin berhimpun secara aman di mana-mana tempat awam di dalam negara ini. Penafian hak berhimpun di tempat awam melalui penafian hak untuk mendapatkan permit adalah tindakan yang bercanggah dengan Perkara10 Perlembagaan Persekutuan dan tindakan tersebut adalah “unconstitutional”.

Keduanya, rakyat juga dibenarkan untuk mengadakan aktiviti termasuk berhimpun di tempat yang bukan dikira tempat awam iaitu di premis persendirian. Bagi melaksanakan hak tersebut rakyat tidak perlu memohon apa-apa permit daripada pihak polis. Hak tersebutdiperuntukkan di dalam seksyen 27A Akta Polis.

masalahnya, permit pun tak mintak..
oleh itu tiada hak berhimpun... dan siapa yg langgar peraturan, tindakan boleh diambil.
Hampir setiap malam polis mengeluarkan kenyataan seperti ini---Permit sudah diminta tetapi tidak diberi kerana ????aku pun musykil apa yg BN takut sgt.Bersih committe allocate 5000 people for safety patrol.Estimated attendance without govt blockade is 100k people.5k out of 100k is 5% allocated safety personnel.cukup la tu, plan pun perhimpunan aman, bukan riot.

golongan pendemo adalah minoriti.---minoriti tkde hak berhimpun?

Malaysia ada 27 juta orang, 8,000 adalah hanya 0.03%---oklah since u`re so focus on this 8000 figures I`ll accept it.Most sources are saying that the police personnel involved are more than 10k.that`s more than your figure tp pesal aku tgk mcm police outnumbered by 1:10 je?OK polis menyamar tk nmpk, polis logistik tk nmpk tp all this figures I would say have been offset by those Bersih members stuck in the outer area of KL pasal roadblock polis. Jalan jem tk ingat tp kenapa salahkan Bersih padahal polis yg tutup jln?

Pengundi yg berdaftar lebih kurang 13 juta orang, 8,000 org adalah hanya 0.06%---again the minority figure...

Ahli UMNO ada 3 juta orang. Kalau tolak ahli UMNO ini, ada lagi 10 juta org.---statement ni aku tk fhm.ko igt semua ahli UMNO tk sokong Bersih?same goes to the fact that tk semua ahli PAS, PKR dan DAP sokong Bersih.The point is they are Malaysians who feel that we need to do some changes for the nation`s sake.Cuba ko baca tuntutan dia, kalau aku foreigner pun aku support this demands because it`s totally called for.

8,000 orang hanyalah 0.08 %
golongan pendemo tak sampai pun 0.1 %... terlalu minoriti.---And again...

Aku sekadar memberi pendapat...TQ

CheWal said...

@MrHed,

1. sila baca artikel 10 perlembagaan malaysia sampai habis dan jangan berhenti di bahagian atas sahaja. Sila rujuk apa peruntukan perlembagaan untuk keamanan.

2. spt yg telah diterangkan, akta polis memerlukan permit dipohon sebelum membuat mana-mana perhimpunan.

3. Tidak ada mana-mana kenyataan dalam seksyen dlm akta polis bahawa polis PERLU memberi permit. Jangan buat interprestasi undang-undang sendiri. (ini biasa dibuat oleh pembangkang untuk menghalalkan cara).

4. Oleh itu, tindakan polis tidak melanggar mana-mana undang-undang atau akta. sebaliknya, mereka bertindak berasaskan undang-undang. Malah, majlis peguam pun tak berani mengambil tindakan undang-undang kerana mereka tahu tindakan polis adalah berdasarkan undang-undang.

5. berhimpun di tempat bukan awam dibenarkan... dan polis mengalu-alukannya... tapi pembangkang taknak... bak kata Khalid Ibrahim, takde ummpph lah kalau buat di tempat tertutup... (hidden agenda ?)

6. Bersih TIDAK pernah memohon permit dari polis. Berkali-kali mereka diingatkan utk memohon permit, tapi mereka taknak. SILA JELASKAN Mengapa ?

7. Polis tutup jalan sbb keengganan Bersih membatalkan perhimpunan yg haram ini. Tindaka polis adalah tindakan proaktif. Root Cause ? Group Bersih. Oleh itu, Bersih yg harus dipersalahkan.

8. Saya menolak ahli UMNO supaya dapat mengurangkan ratio utk Bersih dgn harapan supaya peratusan golongan bersih akan tinggi. Tapi sayang, dgn assumption keseluruhan ahli UMNO menolak bersih pun, kumpulan bersih tidak mempunyai peratusan yg tinggi.

9. Tuntutannya telah saya baca dan telah diterangkan bahawa tuntutannya tidak berasas sama sekali. saya telah jelaskan di sini :

http://chewal.blogspot.com/2011/07/kenapa-perhimpunan-bersih-ini-kotor.html

Malah, SPR juga telah berkali-kali memberi penjelasan termasuk penjelasan dari sudut kekangan undang-undang.

Malah Bersih juga sering menukar-nukar tuntutan mereka dari 5 (pd 2007) kpd 12 (pd akhir 2010) kepada 5 dan akhir sekali menjadi 8. Mereka juga tahu, mereka tiada asas yg kukuh sehingga terpaksa mencari perkara yg tidak ada kena mengena dgn SPR.

err... sudahkah anda membaca dan memahami keseluruhan tuntutan tersebut ?

Satu persoalan yg anda perlu jawab...

SPR telah memaklumkan bahawa mereka terbatas akibat daripada peruntukan perlembagaan.

Pembangkan mempunyai 80 org wakil di Parlimen, MENGAPA semenjak 2008, tidak ada SEORANG pun dari mereka yang membuat usul untuk meminda perlembagaan untuk pilihanraya.

Mengapa ? (again... hidden agenda ?)

Harap saudar faham.

MrHed said...

Salam Bro,
1. Saya tahu perlembagaan artikel 10.saya dah baca byk kali sampai habis.dh juga diterangkan parlimen melalui polis boleh menghalang sekiranya mengganggu ketenteraman awam.soalan saya, siapa yg tentukan sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak? Police will act as instructed by the government of the day which is our beloved BN government.That in itself is a very dubious decision right?

2.Permit dipohon dan ditolak oleh polis : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm

3.Saya tidak tafsir undang2 sendiri dan saya juga bukan pro pembangkang @ kerajaan.Memang polis tak perlu beri permit. Semuanya atas budi bicara pihak polis tetapi..(sila rujuk para 1)

4.Saya tk mention langsung pasal polis melanggar undang-undang.

5.What`s wrong if they wanted to do a rally in KL?hidden agenda...OK let`s talk about hidden agenda and let`s be frank, all this ministers and MP`s be it BN or non BN are all politician. Our ministers has been banging all day long through the mainstream medias about this so-called unlawful Malaysian spear headed by some non BN politician. Have you ever asked why is it then our PM went for a walkabout in Jln TAR just the day after Bersih rally, surrounded by hundreds of people not to mention those TV crews?(himpun lebih dr 5 org kena mintak permit bro...)It`s because as a politician he needs publicity. Ever heard of Sundram from Subang?Don`t think so because he`s a politician wannabe but no publicity can not go la bro. Well, Bersih was also trying to get publicity so that people will take notice.

6.another link (this is not berita harian): http://beritaharian.org/polis-semua-permit-ditolak-atas-faktor-keselamatan.html

7.One scenario : anak sulung saudara nak keluar rumah tgk wayang tp saudara tak benarkan lalu saudara kunci pintu rumah.The whole family is having trouble going in and out of the house.who do u think will they blame?u are being proactive only to your opinion. root cause will be your son but believe me the whole family is blaming u; besides what`s wrong with watching movies in the first place?

8.This will be the minority issue again I supposed...

9.Saya juga dah tgk tuntutan bersih.Komen saudara melalui link juga saya dah baca dan saya setuju yang tuntutan Bersih ini tidak sepatutnya ditujukan kepada SPR semata-mata. tetapi ulasan saudara tidak merangkum keseluruhan tuntutan. Cthnya, kemaskini daftar pengundi bukan bererti mengemaskini alamat semata-mata. Terdapat byk rakyat Malaysia yg berumur 130 tahun dan ke atas mengikut daftar pemilih. All I`m saying is that they might be a loophole in our current electoral process and any demand to improve it should always be supported right? The electoral process is the only thing that will determine the ruling party, why fight for improvement? Spt yg saya nyatakan sebelum ini, those demands are really called for even if I`m a foreigner.I`ve read through those demands many2 times and yes I do understand.
http://bersih.org/?page_id=4111

Saya setuju tuntutan Bersih tidak sepatutnya kepada SPR semata-mata tetapi saya tidak nampak salahnya tuntutan itu sendiri. I just don`t get it why certain people reject calls for improvement. Talking about hidden agenda?
For your one question : U ever heard of 2/3 majority in parliament? Utk pinda perlembagaan perlu 2/3 undi parlimen @ bila berlaku darurat. Would u go fishing if u know there`s no fish in your target pond?http://www.malaysiakini.com/news/167512

NIce talking to u...TQ

CheWal said...

@MrHed,

1. Polis boleh dan sepatutnya bertindak mengikut akta mereka tanpa intervention dari kerajaan. Polis mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

walaupun kerajaan benarkan perhimpunan misalnya, polis boleh mengharamkannya. Ini adalah bidang kuasa polis.

Malah dalam penahanan ISA juga, dibawah bidang kuasa polis. Kelulusan menteri dalam negeri hanya diperlukan sekiranya penahanan ingin dibuat melebihi 60 hari.

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan seolah-olah boleh mengarahkan polis, ianya adalah salah.

2. Okay, saya terima mengenai permohonan permit yg dibuat untuk stadium merdeka. Polis dengan kuasa mereka boleh menerima atau menolak permohonan. Ianya tidak bergantung kpd kerajaan mahupun PM.

3. sama spt no.1.

4. setuju.

5. lawatan PM najib boleh dilihat sebagai tanggungjawab seorang perdana menteri untuk melihat kerosakan dan menyelami kesengsaraan rakyat di kawasan tersebut.

apa yg dibuat oleh najib, bukanlah satu perhimpunan. Beliau membuat lawatan. After all, he didn't invite the rest of the people to join him.

dalam menegakkan undang-undang, polis boleh dalam bidang kuasa mereka untuk menghalang sesuatu perhimpunan sekiranya ianya membawa ancaman. Jelas ianya bergantung kpd budi bicara pihak polis.

kita juga sering melihat pemimpin-pemimpin dari pakatan pembangkang membuat lawatan dan diiringi oleh entourage dan media.. dan polis tidak menahan mereka.

Ini bermakna polis bertindak diatas budi bicara mereka tertakluk kpd budi bicara mereka.

6. okay, mereka ada memohon utk buat di stadium merdeka.. tetapi di tolak. Mereka juga ditawarkan utk buat di Stadium Shah Alam yg lebih besar, tetapi mereka tak nak. Kenapa ? Kenapa mesti KL ? (again.. hidden agenda ?)

7. berkenaan scenario tersebut... sekali lagi ianya bergantung kepada undang-undang. Sekiranya dalam rumah tersebut telah di buat undang-undang mengenai keluar rumah malam yg dimeterai dan dipersetujui bersama, maka anak sulung itu telah melanggar undang-undang.

ahli rumah yg lain yang memahami undang-undang yang telah dipersetujui bersama sepatutnya faham akan tindakan tersebut dan akan menyalahkan anak sulung itu kerana melanggar undang-undang.

Tetapi, sekiranya, ianya bukan undang-undang, maka anak tersebut tidak salah dari sudut perundangan... dan ini berbeza dgn kes Bersih.

8. setuju

...bersambung

CheWal said...

9. terima kasih kerana bersetuju tidak semua yang boleh dibuat oleh SPR kerana tertakluk kpd undang-undang. Ini bermakna jumlah tuntutan semakin berkurangan...

berkenaan dgn kemaskini daftar pemilih. SPR telah berulang kali menjelaskan mereka sentiasa mengemaskini dari masa ke semasa melalui maklumat dari JPN. Ini satu lagi kekangan untuk SPR kerana utk membuat perubahan daftar pemilih utk si mati, mereka perlu mendapat arahan/maklumat dari JPN.

sbb itu, SPR suruh setiap warga negara semak daftar pemilih dan membuat kemaskini dan melaporkan sekiranya ada yang perlu dipadam.

Yes, it is good to have improvement. But we should take into account all the improvements that have been done. Just look at the amendment for electoral roll in 2002 and amendment for election process in 2006. Aren't they improvements ?

the problem is, the improvement requested is so small and not significant enough that warrant a street demonstrations. If you look at the election process as a whole, it is transparent and doesn't need major overhaul.

in short, you making non-issue a big issue which is inappropriate (unless there is ....hidden agenda).

tuntutan/pembaharuan tak salah kalau ianya munasabah dan berasas. Apatah lagi sampai nak buat demonstrasi.

Melihat kpd kualiti tuntutan, adakah caranya dengan berdemo di jalan untuk memohon perubahan yang tak seberapa ? Mengapa tidak melihat dari sudut undang-undang dan selesaikanya dgn cara yang lebih berhemah ?

berkenaan dgn majoriti 2/3....

tidak semua pindaan memerlukan majoriti 2/3.

menurut artikel 62(3) perlembagaan persekutuan, kesemua rang undang-undang biasa hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.Rang Undang-Undang Kewangan memerlukan majoriti mudah. Undang-undang untuk menangani subversif mengikut Artikel 149 dan perkara berkaitan darurat mengikut Artikel 150 juga memerlukan majoriti mudah.

kalau masih ingat lagi, semasa Najib bentangkan belanjawan... ianya juga diluluskan melalui majoriti mudah.

majoriti 2/3 diperlukan untuk kes-kes penting spt pindaan perlembagaan Artikel 159 (3), 159 (5) dan 161E.

malah terdapat juga pindaan yang tidak cukup hanya dengan majoriti 2/3, tetapi perlu disertai dgn persetujuan majlis raja-raja spt pindaan untuk hak bumiputera, bahasa melayu, agama islam dan kedaulatan raja.

Thanks for reading.

MrHed said...

salam bro,
clearly we have different views on different subjects.We could keep on arguing for decades and still have this same different views.I guess only time will tell.We love our country and that`s the most important thing.Let`s just hope that this politicians be it BN or not will have the same sentiment.TQ

BabiNegara said...

Bla bla bla.... talk cock! In the end, pengundi hantu ramai gak... yg mati hidup balik. Cakap sekarang sapa Babi Negara? Hahahaha

CheWal said...

@MrHed,

we can agree to disagree. Anyway, I really hope that you can understand the key points of my article and arguments. You need to look at it in a broad spectrum.

at the end of the day, please ask this question: Do they justify the need for street demonstrations ? If you look from a broad perspective, the answer will be NO>

anyway, nice talking with you and I've learned something from the discussion.

@Babi,

boleh bagi contoh dengan bukti pengundi hantu yang dah pergi mengundi ?...kalau ada bukti pengundi hantu yg pergi mengundi semasa pilihanraya sila beri pada saya.

kalau takde, you should ask yourelf... who talk cock ?

ohh... info for you... biasanya seseorang yang tak boleh berhujah dengan fakta, akan menggunakan bahasa yg kesat utk menutup kelemahan dirinya....

Anonymous said...

syabas CheWal & MrHed... satu perbincangan yg hebat, berinformasi dan berhemah... Msg2dgn hujah yg bernas, berfakta dan beradap.. soalan & jawapan yg tdk beremosi & baik utk diselami... semoga msg2 dapat menerima dgn hati terbuka.. berbeza pendapat adlh lumrah dan baik sekiranya perbezaan pendapat ini digunakan bg menambahbaik apa-apa yang berkait.. perbezaan ini juga dpt menambahkan pengetahuan kami2 yg mengikutinya untuk difikirkan dgn lbh baik..

Mat Belalai said...

..tidak perlu lagi dibuat PRU secara undi pangkah atas kertas sebab dikatakan terdedah kepada pelbagai penyelewengan..lebih baik buat demo dan kita kira melalui helikopter..parti yg lebih ramai keluar berdemo dikira menang..guano gamok..??? Barulah PAPA HEBAT akan menang dan boleh jadi PM..

Anonymous said...

yes aku sokong.... Selama lebih 50 tahun merdeka adatak pengundi hantu mengaku dia hantu..... Lagikan ezam boleh melompat, zaid boleh melompat.... Bob lokman pun boleh menginsafi dgn 'islam politik' takan sekor hantu pun takde yg tobat atau jd katak mengaku jd hantu....... Renung renungkan selamat beramal

pengembala said...

to @Babi,

dammmmmnnnnnnn!!!!!!! u got served big time man

"ohh... info for you... biasanya seseorang yang tak boleh berhujah dengan fakta, akan menggunakan bahasa yg kesat utk menutup kelemahan dirinya...."

does it feel like being shot to the head like Fayyad?

haha,i'm laughing so loud i almost cry

fendi said...

nice post.. agreed with u chewal..

MegaBidaman said...

salam chewal , good post la !!!

malikhusin said...

Salam chewal
pertama sekali good post between chewal dah Mrhed....dua2 nya ada pro & kontra...kipidap!!!

untuk BabiNegara.....tahniah...anda
telah pun berjaya...berjaya dalam membuktikan kecetekan pemikiran anda
dari nama pun sudah boleh dijangkakan
pemikiran anda...lebih kecil daripada otak udang...itu pun kalau udang ada otak la!!!!!!
jadi....untuk BabiNegara...kipidap dan teruskan usaha anda....

Anonymous said...

Mr syah

Kalau mengikut logik, peserta bersih 2.0 yang ditangkap sahaja adalah seramai 1667 orang (seperti yang dilaporkan PDRM). Anggaran CheWal untuk keselurahan peserta adalah 8000 orang. Jika hanya 8000 orang menyertai demo, adakah logik baki peserta yang tidak ditangkap adalah seramai 6333 orang sahaja? Jika dilihat dari gambar2 yang disiarkan di laman2 blog, nisbah orang yang ditangkap dengan kepada orang yang tidak ditangkap mungkin 1:30 secara mata kasar. Bermakna 30 kali ganda dari jumlah peserta yang ditangkap. Jadi anggaran 50,000 peserta adalah wajar dan munasabah meliputi seluruh kawasan demo berasingan. Ini tidak termasuk bas2 yang membawa peserta bersih dan orang yang dihalang dari memasuki pusat bandar Kuala Lumpur..Mungkin CheWal boleh bersetuju dengan saya.

CheWal said...

@Mr.Syah,

1. anggaran 8,000 orang mungkin lebih tinggi dari anggaran sebenar disebabkan orang yang sama berada di beberapa tempat. Contoh : orang di menara maybank dan di puduraya mungkin adalah sama kerana jarak yg begitu dekat.

2. tidak ada study yang menunjukkan nisbah 1:30. oleh itu, kenyataan ini tidak berasas.

3. Perserta demo bersih 2007 dianggarkan lebih kurang 40,000 orang. Melalui mata kasar, Kita boleh lihat jumlah bersih 2007 jauh lebih ramai dari bersih 2.0. Melalui pengiraan, bersih 2.0 tak lebih dari 10,000 org.

4. mungkin jumlahnya akan ramai lagi kalau tidak ada sekatan polis. Tapi, memang tu tujuan dan objektif polis.. utk menghalang sebanyak mana yang boleh dan mereka berjaya.

Anonymous said...

Mr Syah

Respon kepada jawapan CheWal:

i) Setuju dengan anda yang mengatakan ramai orang yang sama berada di tempat yang berasingan, tetapi itu cuma 1/4 sahaja yang melakukan sedemikian. Ini kerana sy berada di tempat kejadian menyaksikan masih ada 3/4 yang berada di tempat asal.

2) Masih dengan fikiran yang analitikal & fakta, jika dilihat jumlah peserta ditangkap, 1667 tolak tangkapan 2 minggu awal (200 orang),jadi bakinya adalah 1467 yang ditangkap pada hari kejadian. Biasanya sebuah trak 'black maria' boleh memuatkan 20-30 orang sekali angkut. Maka jika dihitung, (1467/30) = 48.9 atau 50 buah trak diperlukan..Jika semua trak 'black maria' disusun dari dataran maybank, ia mungkin sampai ke Pejabat Pos atau masjid negara. Tetapi pada hari kejadian, boleh dilihat trak polis tidak banyak..

iii) Jika mahu menggunakan data media asing, Aljazeera mendakwa 100 ribu, China TV mendakwa 200 ribu keseluruhan peserta. Tetapi JKuasa Bersih masih realistik mengatakan ia sekitar 50 ribu sahaja.

iv) Memang tujuan polis menggertak peserta demo 2 minggu lebih awal adalah untuk mengurangkan jumlah peserta demo, jadi jika ini tidak berlaku, ia mungkin 5 kali ganda dari jumlah yang hadir. Jadi tidak wajar pihak kerajaan mengatakan ia gagal.

CheWal said...

@Mr syah,

i. dalam pengiraan diatas, saya menganggarkan 50% orang yang sama dan 50% lagi orang baru. Tetapi yang lebih tepat bagi saya adalah orang yg sama adalah 80% ini kerana jarak maybank dan puduraya yang dekat. org yg sama juga lari ke hospital tung shin.

ii) takde kena mengena dengan jumlah black maria.. tak relevan sbb masa yg berbeza.

saya tidak suka membuat anggaran tanpa asas. Anggaran perlu bersandarkan satu panduan. dlm pengiraan ini, google maps dan saiz org berhimpun digunakan.

ianya lebih tepat daripada memetik nombor diawang-awangan.

iii) Al jazeera juga pernah mengatakan org di dataran tahrir, egypt adalah 2 juta. Selepas ianya dibuktikan salah melalui pengiraan seperti mana yg digunakan dalam artikel ini, al-jazeera menukar kenyataannya.

media juga memetik nombor dari awangan tanpa bersandarkan kpd fakta yg tepat.

iv) kalau polis berjaya mengurangkan peserta, maknanya polis berjaya. dan pihak lagi satu tak berjaya.

BabiNegara said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BabiNegara said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BabiNegara said...

kah kah kah... babi negara... babi negara... cakap sekarang sapa babi negara??!!!

Anonymous said...

Fakta hanya boleh di paham oleh orang2 yang berilmu. Kata-kata kesat hanya sesuai untuk orang yg bodoh dan cuba menegakkan benang yang basah. Dah nak kalah pun nak cakap sia-sia lagi... huhuuhh

CheWal said...

@BabiNegara (ada juga yang mengaku dirinya babi...hehe)

Sila komen berasaskan kepada tajuk artikel.

Sebarang komen yang tidak bersesuaian akan dipadam.

harap maklum.

BabiNegara said...

Sudah la engkau... kalau tak suka kene komen, jangan buat ruang komen. Kalau nak edit, delete pegi kerja dengan utusan... bendera pun bole jadi pisau, biasa la kan... inikan pulak congak orang guna google map... BabiNegara.. BabiNegara...

BabiNegara said...

Next time.. be there! Count every single people there... not just estimate using Google map.. cause that is what pussies do! Talk cock, cerita berapi2 atas stage, jihad, perang salib and by the end of the day, when the time come... you're sipping coffee at mamak stall while shacking your cock! And when the event ends, you'll start to talk rubbish and saying that the event fails!

The way most people see it, Bersih 2.0 was a great success. The whole world knows about it... the whole world sees how you bastards treat small regular people like us. The event succeeded even before it start when 99% Malaysian vote to make it happen... The message reach to all citizens.. Najib gets a 'yellow submarine' welcome when he was in London....

Hahaha! You can continue your dream by saying this and that but the fact is, there are millions of Malaysian that can't wait for PRU to come...

BabiNegara.. BabiNegara!! Cakap sekarang sapa BabiNegara!!

CheWal said...

@ orang yg menggelar dirinya babinegara,

Did you count every single person ? do you have any proof to support your statement ? if not, you are talking cock.

even Washington use the same method to estimate crowd. You can't simply pick any numbers without substantiate it.

perhaps, to you 0.03% is a success.

you use the word... " the fact is..." could you tell me where is the fact ? or you are talking cock again.

piece of advice... if you don't have valid argument, better shut your mouth off. If not, you are showing your stupidity.

BabiNegara said...

Excellent! BabiNegara are full with people like you! The more the better! Cause people like you will drag the government even lower... ke tahap kepala najis mendap dalam tangki septik! Hahahahaha..!!

No matter how many people were there (which is maaany!), Bersih 2.0 was a success! I'm not a fan of Bersih, but they have guts! And Malaysian have change! You want proof and fact?? You can cut my dick if Selangor falls back to BabiNegara in next PRU! That shows how overwhelming majority (after minus handicap vote given by SPR to BN hahahaha) hates the current gov!

So you can sit back with your lazy hairy numb balls, and keep on estimate and saying "Oh... they have fail! We got 99.7% behind our back! No worry.. we on the right track! They didn't come that means they don't support la betul tak? Hahaha".... and you start to shake you cock rapidly... good, keep up the good work!

CheWal said...

To the person call himself babinegara,

Haha... Changing tune already ? No matter how many ? why ? No proof haa ? Haha

Overwhelming majority ? Haha. What are you smoking ? What ever it is, come back to reality.

Anonymous said...

Chewal, ko ni syok sendiri la. Habis la umno kalau camni...