July 14, 2011

Mengapa 99.97% Rakyat Malaysia Menolak BERSIH 2.0 ?

1. Bersih 2.0 telah gagal mendapat sambutan berbanding dengan Bersih 1.

2. Anggaran berdasarkan pengiraan crowd spt mana yg dibuat untuk dataran tahrir menunjukkan hanya lebih kurang 8,000 orang menyertai perhimpunan ini. Sila rujuk di sini dan sini.

3. Ini bermakna hanya 0.03% dari rakyat Malaysia yg menyertai perhimpunan ini. Jumlah yang terlalu kecil. Dalam matematik, jumlah yg terlalu kecil boleh diabaikan. Oleh itu, secara matematik, Rakyat Malaysia menolak perhimpunan BERSIH 2.0.

4. Mengapa ?

5. Sebab yang paling mudah adalah, perhimpunan ini melanggar undang-undang. Perlembagaan Malaysia membenarkan perhimpunan dibawah Perkara 10. Tetapi adakah kita fahami perkara 10 secara keseluruhan ?

6. Perkara 10 menyatakan , tertakluk kpd fasal (2), (3) dan (4), semua warga negara berhak berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Apakah dia fasal (2).

7. Fasal (2) perkara 10 dalam perlembagaan Malaysia menjelaskan mengenai kuasa untuk mengenakan sekatan keatas hak berhimpun demi kepentingan keselamatan awam...

8. Selain dari itu, seksyen 27 Akta polis juga menjelaskan bahawa mana-mana perhimpunan di TEMPAT AWAM perlu memohon lesen (Permit) dari polis dan polis boleh memberikan permit SEKIRANYA perhimpunan itu tidak mengacau keamanan.


Akta Polis


9. Jelas dengan terang dan bersuluh, kedua-dua perundangan ini menunjukkan perhimpunan itu boleh, tetapi perlu mendapatkan permit dahulu. Tanpa permit, TIADA perhimpunan yang boleh diadakan.

10.Persoalannya .... Kumpulan Bersih TIDAK PERNAH memohon permit untuk berhimpun di jalan raya. Mereka memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka tetapi ditolak oleh polis dan mereka ditawarkan Stadiom Shah Alam. Mereka tak setuju. Ini secara terang-terangan melanggar undang-undang. Selain daripada itu, polis telah membuat larangan terhadap MANA-MANA perhimpunan kerana ianya boleh mengacau keamanan. Faktor kedua yang terang-terang menunjukkan perhimpunan ini salah disisi undang-undang.

11. Bila telah jelas bahawa perhimpunan ini melanggar undang-undang dan peraturan, siapakah yg bersalah ? Sudah semestinya peserta yang berhimpun adalah BERSALAH.

12. Menurut undang-undang juga, mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan. Polis telah berusaha sedaya yang mereka ada untuk mengenakan tindakan kepada pesalah undang-undang ini.

13. Sebarang masalah atau kecelakaan yang berlaku semasa penguatkuasaan undang-undang ini dijalankan adalah dibawah tanggungjawab pesalah. Ini kerana amaran agar tidak masuk ke kawasan larangan telah diberikan...dan sekiranya amaran ini tidak dipatuhi, tidak ada orang lain yg boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri.

14. Samalah juga halnya sekiranya kita memasuki kawasan larangan yang tertulis papan tanda "dilarang masuk" dan diikuti dengan gambar orang pegang senapang. Sekiranya kita masuk juga, maka segala yang berlaku keatas diri kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

15. Oleh itu, tidak kira dari sudut mana sekalipun kita lihat, peserta demo Bersih 2.0 adalah pesalah dibawah undang-undang. Maka tindakan boleh diambil kepada mereka dan segala yang berlaku adalah akibat kesalahan mereka.

16. Jangan salahkan pihak lain, bila anda melanggar undang-undang. The root cause here is inability to abide the law.

17. Rakyat Malaysia berpegang dan berikrar dengan Rukunegara. Salah satunya adalah `Kedaulatan Undan-Undang'. Oleh sebab itu, Rakyat Malaysia yang memahami dan cintakan negara telah menolak perhimpunan Bersih 2.0 secara total.

4 comments:

Anonymous said...

Sharul

i) Persoalan bahawa 99.97% rakyat menolak bersih 2.0 memang tidak timbul. Ia mewakili suara rakyat bawahan, golongan pertengahan yang dizalimi yang rata2 hadir. Kalau pun 10 ribu yang hadir, ia tetap dikira berjaya kerana pelbagai halangan oleh pihak berkuasa. Mari lihat keputusan PRU12 di mana undi PR dibandingkan BN di semenanjung Malaysia adalah 51:49. Ini menunjukkan BN adalah pembangkang di semenanjung. 51% adalah sebanyak hampir 4 juta lebih dari 10 juta pengundi jika ditolak dari undi sabah & sarawak. Mungkin anda lupa atau tidak melihat fakta sebenar. Perhimpunan aman bersih 2.0 hanya perlu dizahirkan oleh orang2 yang mempunyai kesedaran dan kekentalan semangat yang luar biasa untuk hadir. Mereka yang kebanyakan menyokong Bersih menterjemahkan dalam bentuk undi. Cuba lihat fakta dan fahami dengan dalam. Hujah anda serta merta tertolak sebenarnya. keputusan (PR 1 - BN 0)

ii) Bersih bukan soal Ambiga. PR menyokong bersih sejak 2007 yang diketuai Syed Shahir yang merupakan seorang melayu kerana ketidakadilan dan pilhan raya yang kotor. Dulu PR sokong Bersih, sekarang pun PR sokong bersih, bukan kerana individu, jauh sekali mengaitkan bersih dengan komunis. Keputusan (PR 2- BN 0)

iii) Mungkin anda dilahirkan di era hujung 70an atau 80an. Jadi mereka2 yang lahir di tahun ini tidak pernah melihat demokrasi tulen. Malah sehingga kini, kebanyakan mereka telah dipasak di dalam minda kerajaan itu BN, BN itu kerajaan. Ia dua perkara berbeza. Dalam konteks pilihan raya, sepatutnya parti lawan parti, bukan kerajaan lawan parti. Mereka gagal memahami konsep ini, malah melihat ia seperti tidak ada apa yang pelik. Oleh sebab itu, bila BN berkempen menggunakan agensi kerajaan, pajero kementerian, sekolah, balai raya, pusat pengajian tinggi, ia tidak dilihat salah oleh SPR. Sebab itu, salah satu tuntutan BERSIH adalah perlu untuk pengukuhan institusi awam. Anda masih perlu banyak membaca dan fahami konsep ini.
(Keputusan PR 3- BN 0)

Anonymous said...

sambungan (sharul)

iv) Hujah tindakan polis menangkap peserta himpunan aman menggunakan Akta Polis ingin saya jelaskan pada anda. Mungkin anda terlupa, bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang2 tertinggi dalam negara, dan hak berhimpun secara aman termaktub dalam perkara 10.
Perlu diingat, MANA2 UNDANG2 YANG MENGATASI PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH TERTOLAK. Cuba lihat ayat di atas, tertolak. Jadi, dapat disimpulkan bahawa AKTA POLIS ADALAH LEBIH RENDAH DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Sebab itu, apabila peserta himpunan ini dibicarakan di mahkamah, majistret tidak ada satu sebab untuk charge mereka, dan dengan sebab itu mereka semua dilepaskan. Kadang2 majistert terus buang kes, kerana tidak ada kessalahn untuk disabitkan. Setakat ini, rekod himpunan aman, dari BERSIH 1 hingga BERSIH 2.0, tidak ada seorang pun disabitkan kesalahan. Rekod 100%. Mungkin anda tidak mengikuti perkembangan semasa atau kurang membaca tentang fakta2 di atas. Jadi hujah kerajaan,umno, BN, Perkasa, MCA, MIC, PPP, semua boleh dikuis dengan mudah berdasarkan fakta2 tersebut. Kalau anda masih tidak jelas, anda harus berfikir, mengapa Majlis Peguam menyediakan 300 orang peguam di semua balai2 polis semasa perhimpuanan bersih tempoh hari? adakah mereka tidak faham undang2? siapa mereka? Di mana mereka dapat kelulusan undang2? Jelas, mereka adalah orang yang bertanggung jawab melaksanakan undang2 mengikut perlembagaan dan secara professional yang membaca buku undang2 setiap hari. Hujah ini turut disokong oleh pakar perlembgaan Dr Aziz Bari yang menyebut, polis telah melakukan kesalahan kerana menangkap peserta himpunan aman. Tidak cukup lagi? SUHAKAM, sebuah badan hak asasi manusia yang ditubuh kerajaan sendiri mengecam tindakan ganas polis dan kerajaan yang tidak menghormati perlembagaan yang membenarkan himpuanan secara aman. Tidak cukup lagi? Amnesty International (AI) badan hak asasi manusia antarabangsa turut mengeluarkan kenyataan yang serupa. Jadi semua hujah2 CheWal sangat mudah dijentik ketepi, tanpa perlu berhujah panjang. Pesanan ringkas saya, diharap CheWal lebih banyak membaca dan fahami dengan baik sesuatu isu sebelum mengutarakan pandangan anda. Keputusan ( entah berapa gol BN kena xingat dah)..pendek kata PR kenduri gol..Maaf atas tulisan ini, diharap kita boleh berbincang lagi, dan diharapkan CheWal mendapat sedikit pencerahan dari tulisan ini. Sekian

Chewal said...

@sharul

pertamanya, saudara perlu faham apa itu fakta kerana kebanyakan tulisan saudara tidak disertai dengan fakta. Ingat, fakta lain daripada pendapat.

1. Bersih tidak mewakili golongan bawahan mahupun gologan yang dizalimi. Tiada asas untuk ini malah tiada siapa yang dizalimi. dan tiada fakta yang dapat membuktikannya.

2. PRU 12 melibatkan banyak faktor malah orang UMNO sendiri pun ada yang tidak suka pada kepimpinan pada masa itu. penyokong UMNO sendiri tidak menyokong dan ada yang membuat undi rosak tanda protes. Malah negarawan ulung pun menyebut bahawa dalam PRU 12, pembangkang tidak menang tetapi BN yang kalah. Fahami kata-kata ini.

3. Fakta sebenarnya adalah, selepas perubahan pimpinan dalam Kerajaan, sedikit demi sedikit keyakinan rakyat dapat dikembalikan dan memberikan sokongan kepada BN. Sedikit demi sedikit sokongan melayu kembali kepada BN dan sokongan org India juga kembali kepada BN. Dalam posting saya lama dahulu telah menunjukkan perubahan trend ini.

4. Fakta sebenarnya adalah, daripada BN mengalami kejutan pada PRU 12 dalam usaha untuk menukar pimpinan, BN mengorak langkah dan akhirnya berjaya membawa kemenangan demi kemenangan dalam pilihanraya kecil.

5. Fakta sebenarnya adalah, pakatan rakyat sedar akan angin perubahan ini malah pakatan rakya cuba berusaha utk mengembalikan sokongan melayu kepada mereka. Salah satu usahanya adalah melalui persepsi dengan mengadakan perhimpunan BERSIH.

6. Penyokong bersih yang sekita 0.03% ini adalah terdiri daripada mereka yang mudah ditipu dan diperdaya kerana gagal melihat kebenaran.

7. Bersih bukan soal ambiga dan juga bukan soal pilihanraya. Ini adalah kerana semua persoalan pilihanraya telah dijawab oleh SPR dengan jelas. Kecuali mereka yang tidak mahu membaca dan gagal memahami akan membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran.

8. Bersih sebenarnya adalah soal survival untuk pakatan rakyat. Ini adalah kerana tanpa kemenangan persepsi, pakatan rakyat mungkin akan mengalami kekalahan teruk. sebab itulah Bersih diadakan.

9. Anda tidak faham apa itu demokrasi. anda juga tidak faham apakah dia kelemahan yang ada dalam demokrasi. Sila belajar untuk membaca dan memahami secara kritikal. Dan elakkan daripada terlalu bergantung kepada media-media alternatif kerena media-media ini terkenal dengan penipuan dan manipulasi.

10. Sebaik-baiknya dalam setiap apa yang dibaca samada dari media arus perdana ataupun media alternatif, ianya perlu diikuti dengan kajian dan analisa sendiri. Jangan terus percaya. Untuk ini, pemikiran kritikal diperlukan dan pembacaan dan perbincangan yang meluas diperlukan. Itupun kalau rajin...kalau tak,maka akan jadilah golongan yang mudah diperdaya seperti 0.03% pendemo itu.

11. Sila baca dan fahamkan perkara
10 perlembagaan Malaysia. ataupun sekurang-kurangnya fahamkan artikel yang saya tulis ini kalau malas nak baca perkara 10 secara keseluruhan. Hanya dengan perlembagaan sahaja, perhimpunan Bersih ini tidak boleh dijalankan tanpa perlu menggunakan akta polis.

ingat, baca sehingga habis dan jangan baca separuh sahaja. Baca bagaimana kuasa yang diberikan untuk menyekat sebarang perhimpunan yang dikhuatiri boleh mengancam keamanan dan ketenteraman.

Chewal said...

sambung...

12. Mahkamah membuang kes bukan kerana tiada kes. Ingat sistem perundangan mudah untuk dimanipulasi secara teknikal untuk membebaskan diri. Kalau tak percaya, sila tanya pakar manipulasi sistem kehakiman iaitu Anwar Ibrahim. Belia boleh jelaskan bagaimana nak memanipulasi sistem undang-undang.

13. Majlis peguam adalah terdiri daripada mereka yang faham undang-undang tetapi gagal mengaplikasikan undang-undang. Sila baca tulisan http://syedoutsidethebox.blogspot.com untuk melihat kelemahan majlis peguam.

sebab itu, majlis peguam tidak akan menyaman pihak kerajaan atau polis dalam menyekat perhimpunan ini. Ini adalah kerana mereka tahu kerajaan mempunyai kuasa yang diperuntukan oleh perlembagaan untuk menyekat perhimpunan. Kalau betul polis melakukan kesalah, saya persilakan kpd peguam-peguam ini untuk menyaman polis....

14. Saya nasihatkan diri saya dan saudara agar belajar mencari fakta kebenaran dan belajar untuk berfikir secara kritikal. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata pimpinan pakatan rakyat yang dikenal pasti suka menipu dan memfitnah. Bagi pemimpin pakatan rakyat ini, kebenaran tidak penting, yang penting adalah mendapat kuasa. Lihatlah bagaiman mereka menepikan kebenaran dan menutup mata dalam mencari kebenaran semata-mata demi kuasa.

Adakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang mementingkan kuasa dari kebenaran ?