July 03, 2011
Penipuan fakta mengenai BERSIH
1. Sebuah laman blog baru-baru ini membuat artikel dimana satu rumah di kampung, didaftar dengan 88 orang pengundi.
2. Pendedahan blog tersebut dipetik oleh beberapa wall di facebook.
3. Malangnya mereka yang menulis dan mempercayai tulisan di blog ini tidak mengetahui fakta sebenar dan rela membiarkan diri ditipu dan diperdaya.
4. Faktanya adalah , sebelum tahun 2002 setiap orang boleh mendaftar tempat mengundi di mana-mana alamat yang dikehendaki. Dikampung-kampung pula, kebanyakkan rumah menggunakan alamat yang sama. Siapa yang pernah tinggal di kampung akan tahu mengenai perkara ini. Oleh itu, adalah menjadi kebiasaan semasa pendaftaran tempat mengundi, alamat yang sama digunakan.
5. SELEPAS tahun 2002, semua pendaftaran tempat mengundi perlu menggunakan alamat di kad pengenalan (IC). Bagi yang telah mendaftar sebelum 2002, mereka perlu membuat kemaskini di SPR dengan sendiri. SPR tidak boleh mengubah alamat mereka. Ini melanggar undang-undang dan etika.
6. Oleh sebab pendaftaran itu dibuat sebelum 2002, maka kebanyakkannya menggunakan alamat yang sama.
7. Sungguhpun begitu, ini tidak menandakan penyelewengan. Kerana, setiap orang hanya boleh mengundi sekali sahaja. Tidak ada siapa yang boleh mengundi 2 kali dan tidak ada dalam sejarah orang mengundi 2 kali di tempat yang berbeza.
8. Oleh itu, pendedahan yang kononnya cuba menunjukkan SPR salah adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta yang sebenar.
9. Setelah mengetahui fakta ini, adakah kita masih ingin menyokong BERSIH ? Adakah kita mahu terus ditipu, diperdaya dan dibodohkan oleh pihak BERSIH ? Adakah kita mahu menyebarkan perkara-perkara yang salah ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
:)
orang melayu, kebanyakannya.. memang mudah diperdaya.
tentang 1 rumah 88 org tu saya setuju !! saya ingat lagi masa zaman sekolah dulu kalau nak hantar kad raya kat kampung, semua rumah di kampung tu akan dihantar ke kedai utama di cabang tiga sebabnya rumah2 yg lain jauh terperosok di dalam !! ya Allah, kenape la aku x fikir sebelum ni!!
PETALING JAYA: The Election Commission is calling on political parties and individuals to help purge the “clones” from the electoral roll.
EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the commission appreciated feedback from all quarters in cleaning up the electoral roll.
“We have never denied the existence of clones,” he told The Star yesterday.
“That is why we have persistently asked voters to come forward and check their registration.
“The political parties should be aware of the irregularities as they are doing the checking on the ground at their respective localities.
“The EC, political parties and registered voters should work together to clean the electoral roll,” he added.
Wan Ahmad was commenting on questions raised by Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat over the alleged discrepancies that had surfaced in the electoral roll.
Suhaizan wanted to know why there were double registrations for voters named Mariam Su and S. Murugan from Baling, Kedah, with different MyKad numbers.
He also questioned why a Malay voter and a Chinese voter in Kuala Nerang, also in Kedah, shared the same old seven-digit identity card number.
On purging the electoral roll of dead voters, Wan Ahmad said the EC could not remove the names without certification from the National Registration Department.
“The department would not make the necessary update in its system if the next-of-kin of the deceased did not notify them and provide the police burial permit,” he said.
“And the EC relies completely on the NRD for verification of death.”
- The Star.
Alasan demi alasan....
Post a Comment