April 24, 2009

Mengapa bangsa bukan melayu memilih PAS/PKR...

1. Hanya melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang boleh diharap untuk menentang sultan melayu sendiri. Hanya melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang sanggup baring ditengah jalan untuk menyekat kenderaan sultan melayu.

bangsa bukan melayu tidak boleh mengharapkan UMNO utk menentang sultan, kerana UMNO begitu kuat menghormati sultan dan pemerintahan raja berperlembagaan.

2. Hanya melalui PAS dan PKR sahajalah, orang-orang bukan melayu dapat menguasai politik negara. Selama ini orang bukan melayu telah berjaya menguasai ekonomi tetapi mereka tidak berjaya menguasai peringkat tertinggi politik, kerana kuasa politik masih dimiliki oleh orang melayu. Oleh itu, dgn menyokong PAS dan PKR, bangsa bukan melayu ini boleh menguasai satu-satunya kuasa yang tinggal iaitu politik. Ini adalah kerana orang melayu dalam PAS dan PKR tidak kisah sekiranya negara ini dipimpin secara politiknya oleh bangsa bukan melayu. Negeri Perak menjadi contoh dimana, orang-orang melayu dalam PAS dan PKR rela membiarkan kuasa politik di negeri itu dipimpin secara majoriti oleh bangsa bukan melayu.

3. Bangsa bukan melayu memilih PAS dan PKR adalah kerana mereka juga tahu bahawa orang melayu dalam PAS dan PKR rela menjadi pemimpin boneka dalam kerajaan. Walaupun Menteri Besarnya adalah orang melayu, tetapi ianya hanyalah pemimpin boneka kepada bangsa bukan melayu apabila banyak tindakan-tindakan mereka memihak kpd bangsa bukan melayu. Dengan kata lain, melalui PAS dan PKR, bangsa bukan melayu boleh memimpin Malaysia secara proksi.

4. Mereka juga menyokong PAS dan PKR kerana mereka boleh mengharapkan orang melayu dalam PAS dan PKR untuk menentang mufti-mufti negeri apabila mufti-mufti ini tidak menyebelahi mereka. Sebagai contoh, teguran yang dibuat oleh mufti terhadap penggunaan ayat Al-quran untuk politik dalam ceramah bangsa bukan melayu telah ditentang dengan hebat oleh orang-orang melayu dalam PAS. Perkembangan ini amat menggembirakan bangsa bukan melayu kerana mereka boleh gunakan golongan (PAS/PKR) ini sebagai benteng untuk mempertahankan mereka.

5. Bangsa bukan melayu mula menyokong PAS apabila melihat PAS sanggup menggadaikan perjuangan mereka semata-mata demi kuasa politik. Kalau dahulu, bangsa bukan melayu ini tidak mahu menyokong PAS kerana PAS begitu kuat pendirianya terhadap pembentukan negara islam. Tetapi kini, PAS tidak lagi berjuang untuk pembentukan negara islam. Islam bukan lagi menjadi agenda bagi PAS. Melihatkan PAS sanggup mengubah pendirian mereka semata-mata kerana kuasa, maka mungkin inilah peluang yang boleh digunakan oleh bangsa bukan melayu utk menguasai politik. Malah kini tidak ada bezanya antara parti PAS dan PKR kerana kedua-duanya tidak memperjuangkan agama islam. Sebaliknya, kedua-dua parti ini seakan-akan sama dengan perjuangan DAP.

6. Bangsa bukan melayu tidak mahu menyokong UMNO/BN adalah kerana perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara. UMNO berusaha sejak dari dahulu lagi mempertahankan hak-hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. UMNO berusaha mendukung perlembagaan Malaysia yang memperuntukan hak keistimewaan kpd bangsa melayu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan hak-hak bangsa-bangsa lain.

7. Oleh kerana UMNO begitu kuat berusaha mendukung hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan, maka bangsa bukan melayu ini beralih kpd PAS dan PKR yang lebih menjurus kepada hak kesamarataan diantara semua kaum. Perjuangan kesamarataan ini adalah mirip kpd perjuangan DAP yang sebenarnya tidak berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan Malaysia. Didalam perlembagaan Malaysia terdapat perkara-perakra yang menjamin hak istimewa bangsa melayu, agama islam, bahasa melayu dan institusi raja. Perkara-perakra ini tidak disenangi oleh bangsa bukan melayu yang lebih mahukan hak kesamarataan. Oleh kerana mereka boleh mengharapkan sokongan melayu dalam PAS dan PKR utk menyokong perjuangan kesamarataan, maka mereka beralih sokongan kpd PAS dan PKR.

8. Persoalanya, mengapa dahulu terutama semasa pilihanraya 1999 dimana orang melayu kurang menyokong UMNO kerana ramai yang terpedaya dengan Anwar Ibrahim, bangsa bukan melayu memberi sokongan yang begitu kuat kpd UMNO dan BN ?

9. Pada PRU 1999, bangsa bukan melayu kuat menyokong BN adalah kerana mereka yakin dengan pimpinan kerajaan pada waktu itu dalam usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia. Kebijaksanaan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir telah meyakinkan mereka bahawa kerajaan mampu membawa keluar Malaysia dari kegawatan ekonomi dan secara tidak langsung membantu sektor perniagaan di Malaysia. Kita tahu bahawa bangsa bukan melayu begitu kuat bergantung kpd sektor ekonomi, maka keyakinan yang tinggi ini menyebabkan mereka menyokong UMNO dan BN sehingga mampu mendapat majoriti 2/3 walaupun pada masa itu orang-orang melayu lari dari UMNO akibat terpedaya dengan Anwar Ibrahim.

10. Pada zaman ini, apabila tiada kelihatan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN dalam meningkatkan keupayaan ekonomi negara ditambah pula dengan kesilapan pemimpin kerajaan yang merencatkan pertumbuhan pembangunan dan ekonomi, maka bangsa bukan melayu tidak yakin dengan pimpinan kerajaan. Beberapa kesilapan dasar-dasar dibawah pimpinan Pak Lah, telah menghilangkan keyakinan mereka. Apabila dilihat bahawa mereka boleh mendapat keuntungan secara politik melalui PAS dan PKR, maka mereka telah mengubah pilihan mereka. Sekurang-kurangnya mereka boleh menguasai politik Malaysia melalui PAS dan PKR. Kalau dahulu kebijaksanaan pemimpin UMNO merupakan WOW factor bagi mereka, kini wow factor itu sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah wow factor dari PAS dan PKR yang boleh dipergunakan mereka.

20 comments:

anak timor said...

Yang menjadi masalaah sekarang, pemimpin MELAYU lupa daratan dan berselindung atas nama pembela Melayu dan Islam. Sebenar itu semua karut. Ada pemimpin UMNO yang kaki botol, kaki perempuan, kaki judi telah lagi rasuah. Kita telah beri mereka penhormatan dan kepercayaan selama ini. Tapi apa jadi dengan mereka. mereka jadi sombong dan bongkak. Setelah kalah, sekarang kita salahkan bangsa Cina dan India pulak. Kita tengok Singapore, mengapa mereka lebih berjaya dari kita. Mereka pun makan nasi macam kita. Hatta, air mereka pun dari kita. Bangsa kita kalau bab menyalahkan orang lain memang TERROR!! Kita sampai kiamat pun tak pandai salah. Kita sedarlah.Kita insaflah. Yang lebih PENTING ialah kita menyusun rancangan yang strategik untuk masa depan banga kita. Tu dia umat Melayu yang mantap dan padu

CheWal said...

@anak timor,

Anda tidak boleh membuat kesimpulan mudah dengan menyatakan pemimpin melayu lupa daratan. Dalam mana-mana pihak mahupun bangsa, akan terdapat individu-individu yang baik dan kurang baik. Malah ada kalanya kualiti dan masalah sesetengah individu tidak diketahui pada peringkat awal. Apa yang penting adalah proses berterusan yang dibuat utk membuang atau mengeluarkan pemimpin-pemimpin yang korup ini dari menjadi pemimpin. Tak perlu hanya menamakan bahawa pemimpin UMNO yang korup, kerana tak kira dari mana latar belakang politiknya, akan ada pemimpin yang korup. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang tiada kualiti kepimpinan.

Tiada siapa yang salahkan bangsa cina dan india. Artikel tersebut ditulis adalah hanya utk menunjukkan bagaimana org bukan melayu mengalihkan pilihan mereka kpd pihak yang menguntungkan mereka. Ini adalah lumrah. Apa yang penting adalah, semua pihak harus faham peruntukan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama.

Saya tidak melihat negara Singapore sebagai lebih berjaya daripada Malaysia. banyak faktor yang perlu diambil kira. Malah ada beberapa perkara yang Malaysia lebih berjaya dari mereka.

Sekali lagi, artikel diatas bukan utk menyalahkan bangsa lain, tetapi sebagai satu analisa kpd perubahan sokongan dari bangsa bukan melayu.

Anonymous said...

saya rasa saudara chewal ni duduk jauh dari malaysia/kenyataan. pasal perak ni. cuba datang perak dan tanya macamana kerajaan pimpinan yang kununnya mengikut saudara ikut telunjuk bukan melayu.
Jauh beza. kebanyakan masalah yang dah lama tak settle, dapat diselesaikan masa zaman 'bukan melayu' yang pimpin. Apa guna kalau pemimpin melayu tapi kerja tak buat. Yang jadi besar, perut/kocek masing2.

Sekarang ni, marah bila ada orang baring depan jalan sultan. Itu pas suruh buat ke? Itu individu yang tak tahu macamnan nak luahkan perasaan dan buat macam tu.

Cakap pasal PAS dah adjust statement pasal negara Islam. At least dia ada jugak sebut nak buat negara Islam. Berani UMNO sebut? Setakat tulis je dan takde pelaksanaan apa cerita saudara.

Satu lagi..masa tulis blog tulis nak ikut chedet kunun...ada point-point. Bila jawab konon..berjela-jela..

Dentist and Me said...

kalau begitu bagus lah jika PAS dan UMNO bersatu. Agar ulamak PAS boleh tegor bukan ulamak dalam UMNO. bukan hanya pandai mengumpat dalam ceramah ceramah PAS.

kepada anak Perak, apa pula kebaikan tahan anugerah hingga 999 tahun? 10 keturunan tu bro

CheWal said...

Wahh... dah lama saya tidak mengupdate malah tidak menjenguk blog ini kerana beberapa urusan yang perlu diberi perhatian utama. InsyaAllah, lagi sebulan, saya akan kembalik aktif dalam laman blog ini.

@Anon 16 June,

1. Tulisan dalam artikel ini adalah berdasarkan kpd perkembanngan semasa dalam politik tanah air. Tulisan ini menghurai mengapat sokongan bukan melayu beralih berdasarkan perkara-perkara yang sememangnya berlaku.

2. Apa dia masalah lama yang tak settle dan telah disettlekan ? tolong jelaskan.

3. Individu yg baring itu tidak akan berada disitu sekiranya PAS,PKR dan DAP tidak membuat demonstrasti tersebut. Puncanya adalah demonstrasti dan kegagalan PR dalam mengawal penyokong. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tetap tidak menolak hakikat bahawa org itu (melayu yg menyokong PR) sanggup baring ditengah jalan menentang sultan melayu.(satu sifat yg amat menggembirakan org bukan melayu)

4. Pasal negara islam... segala alasan yang PAS berikan adalah jawapan yg pernah diberikan oleh UMNO kpd PAS semasa mereka mempersoalkannya dahulu. Kalau dulu, PAS menghentam UMNO kerana tidak melaksankan hukum islam dan memperlekehkan UMNO bila UMNO menyebut, keadaan negeri yang berbilang kaum menyekat kpd proses perubahan sistem perundangan... TETAP ironinya, kini PAS pula menggunakan ayat yang sama. Kenapa dulu, PAS tidak berfikir mengenainya ? Adakah kerana semata-mata utk mendapat sokongan politik, maka PAS sanggup menyatakan apa sahaja walaupun mereka tahu bahawa ianya tidak boleh dilaksanankan sehinggan terpaksa pula mengubah pendirian sendiri. (satu lagi contoh yang digemari oleh bukan melayu).

5. Salahkan saya mencontohi Chedet apabila saya rasakan cara beliau menulis adalah berkesan ? Salahkah saya mencontohi pemimpin hebat spt Chedet ? Atau saudara adalah golongan melayu yang masih berada dalam paradigma lama dimana tidak suka atau bersikap prejudis kpd orang-orang yang ingin membuat perubahan demi kebaikan.


@Doc,

thanks for your comments.

Anonymous said...

Chewal...masih ramai anak melayu yang tersedar pada hakikat...

Sebenarnya dari keadaan sekarang lebih menunjukkan sangat banyak kelemahan dalam PR...

Kalau mereka selalu berkata kearah zaman kehancuran UMNO...saya berani kata mereka lebih kearah hilang kepercayaan rakyat.

Anonymous said...

1.Masalahnya sekarang kebanyakan org melayu fikir org umno ni memntingkan diri sendiri...korup no 1 kat malaysia...

2.hari2 kita tengok banyak pendedahan korupsi umno diblog2 pembangkang. Ini membuatkan org melayu bosan dan mahukan perubahan. Pilihan yg ada cuma pas dan pkr.

3.umno itu sendiri perlu berubah demi bangsa melayu. Perlu telus dalam semua hal..jangan hanya pandai kembungkan kocek sendiri!

Amrizal - The Takaful Agent said...
This comment has been removed by the author.
Amrizal - The Takaful Agent said...

Melayu, Cina, India tu semua saudara kita... dari adam juga.. kita semua bangsa adam.. kenapa nak perjuangkan bangsa Melayu?


Kenapa Melayu, sedangkan Islam yang patut kita perjuangkan. Islam x pernah membezakan bangsa, warna kulit dan negeri.

CheWal said...

@ Anon 8 July,

1. Salah anggapan seperti ini yang perlu diperbetulkan. Ini kerana kebanyakan org yg berfikir spt ini adalah mrk-mrk yang terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh pembangkang.

2. Apa yang didedahkan oleh pembangkang lebih kepada provokasi, prejudis dan propaganda. Bukti yg biasanya mereka kemukakan adalah spt surat sumpah yang bernilai RM 4.

3. Blog-blog pembangkang dan segelintir melayu tidak pernah mempersoalkan kesahihan sesuatu perkara. Lihat apa yang berlaku kpd web Malaysia Today, yg mana Raja Petra dipermainkan oleh seseorang yg menghantar video kpdnya. Raja Petra lantas mendedahkan video ini tanpa menyelidik kesahihannya. Haa..., apa nak dikata, bila org yang menghantar video itu sengaja mahu melihat sejauh mana Raja Petra memastikan sumber maklumatnya....kan dah kantoi.

4. Ayat " hanya jgn pandai kembongkan kocek sendiri " adalah satu generalisation (generalisasi) mudah yang dibuat tanpa berfikir panjang. Ini biasanya berpunca dari sikap prejudis.

CheWal said...

@ Amrizal,

1. Nampaknya saudara tidak memahamai kenapa wujudnya ayat " memperjuangkan ketuanan melayu ". Malah mungkin saudara tidak faham apa yg dimaksudkanyya.

2. Saya pernah jelaskan didalam artikel di sini : http://chewal.blogspot.com/2008/10/memahami-hak-keistimewaan.html

3. secara ringkas, saya boleh katakan adalah, perjuangan UMNO terhadap bangsa adalah bukan kerana menolak perjuangan islam. Perjuangan terhadap bangsa ini adalah bermula dari perjanjian yang dipegang oleh UMNO kpd peribumi/origin tanah melayu semenjak sebelum merdeka lagi.

4. Perjuangan mempertahankan hak keistimewaan bangsa melayu adalah satu janji yg dipegang oleh UMNO. Sebagai org islam kita perlu bepegang kpd janji. Janji yg telah dimeterai oleh semua kaum di tanah melayu adalah, semuanya bersetuju bahawa 4 perkara akan dipelihara sebagai balasan memberi kerakyatan kpd bukan peribumi. 4 perkara ini adalah : kedaulatan sultan, agama islam agama rasmi, bahasa melayu bahasa rasmi dan hak keistimewaan org melayu.

5. Perjanjian ini termaktub dalam perlembagaan dalam pelbagai perkara dan sub.

6. Oleh itu, apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah apa yang telah termaktub dalam perlembagaan yg mana adalah merupakan perjanjian yg telah dimeterai dulu.

7. Hak keistimewaan melayu/bumiputra diberikan adalah kerana mereka adalah penduduk asal tanah ini. Hak ini bukannya diberikan kerana mereka beragama islam. Sbb itu, terdapat org-org yang bukan beragama islam dari sabah dan sarawak mendapat hak yang sama kerana mereka tergolong dalam penduduk asal yang dipanggil bumiputra.

8. Oleh kerana, kerajaan berusaha sedaya upaya memelihara hak-hak penduduk peribumi, maka wujudlah perjuangan ketuanan melayu/bumiputra.

9. Org-org bukan melayu/bumiputra, walaupun mereka adalah org islam, tidak mendapat hak keistimewaan ini kerana mereka bukanlah penduduk asal tanah melayu. Mereka asalnya imigran yang dibawa masuk oleh British.

10. Kepada Amrizal, sila fahamkan dahulu konsep perlembagaan, ketuanan melayu, sebelum menulis. Tidak salah bagi kita untuk membaca dan memahami sebelum memberikan pendapat.

11. Selama membaca.

KudaPerang said...

Perbezaan antara PAS dan PKR dengan UMNO yang paling ketara selain daripada perkara2 furu' (perkara cabang) sebenarnya ialah perkara pokok, perkara pokok ialah perkara dasar parti iaitu dasar perjuangan, PAS berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, PKR berdasarkan Perinsip Keadilan (selaras dengan kehendak Islam) manakala UMNO pula berdasarkan Semangat Kebangsaan - Perkauman Sempit.
Mafhum Hadis Baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukan juga daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berperang (bergaduh, berbunuhan) demi kerana perkauman, dan bukanlah juga daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati(berakhir riwayat hidupnya) kerana perkauman.
Wallahua'lam.

KudaPerang said...

Perbezaan antara PAS dan PKR dengan UMNO yang paling ketara selain daripada perkara2 furu' (perkara cabang) sebenarnya ialah perkara pokok, perkara pokok ialah perkara dasar parti iaitu dasar perjuangan, PAS berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, PKR berdasarkan Perinsip Keadilan (selaras dengan kehendak Islam) manakala UMNO pula berdasarkan Semangat Kebangsaan - Perkauman Sempit.
Mafhum Hadis Baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukan juga daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berperang (bergaduh, berbunuhan) demi kerana perkauman, dan bukanlah juga daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati(berakhir riwayat hidupnya) kerana perkauman.
Wallahua'lam.

CheWal said...

@kudaperang,

Bagi saya, PAS bukanlah berdasarkan Al-quran dan Sunnah, sebaliknya, PAS mempergunakan agama islam untuk politik.

Setiap yang diperkatakan oleh pihak PAS yang dahulunya kelihatan seperti demi menjaga agama islam, kini tidak lagi. PAS melakukan apa yang dibantahnya dahulu. Dengan kata lain PAS adalah parti yang cakap tidak serupa bikin.

PKR pula tidak berasaskan keadilan. Ianya hanyalah pada nama sahaja. Malah PKR dengan bebas melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Adakah adil apabila undang-undang dilanggar ? atau keadilan yang kononnya dipegang itu hanyalah untuk seseoarang menjadi PM.

Perjuangan UMNO jelas untuk agama, bangsa dan negara. Ianya telah terbukti selama 52 tahun UMNO bersama parti pemerintah. Perjuangan kaum/bangsa yang dibawa hanyalah kerana menjaga hak bangsa peribumi kerana terdapatnya kedatangan bangsa-bangsa yang dibawa masuk dari luar. Sekiranya tiada bangsa-bangsa lain yang dibawa masuk, maka kemungkinan UMNO tidak perlu menjaga hak peribumi (read: melayu/bumiputra)

Untuk pengetahuan juga, kerajaan di Malaysia bukanlah dipimpin oleh UMNO, tetapi ianya dipimpin oleh BN. BN merupakan parti yang terdiri dari pelbagai kaum. Oleh itu adalah salah sekiranya mengatakan kepimpinan negara berasaskan perkauman. Apa yang dibawa dan dibuat semata-mata berasaskan perlembagaan yg telah dipersetujui bersama.

Amat perlu difahami bahawa perjuangan UMNO untuk bangsa bukanlah untuk menimbulkan isu perkauman, atau untuk bergaduh mengenai perkauman. Ini adalah prasangka yang buruk. Perjuangan UMNO semata untuk menjaga hak bangsa peribumi didalam keadaaan negara yang berbilang kaum ini.... dan bukannya untuk bermegah-megah dengan bangsa dan bukannya untuk mencari gaduh dengan bangsa. Yang mencari gaduh dengan bangsa adalah orang lain yang gagal memahami sejarah pembentukan negara dan perlembagaan.

KudaPerang said...

1. Dasar UMNO dulu kini dan selamanya Nasionalisme (Perkauman). Dasar perkauman sekalipun tidak menimbulkan pergaduhan tetapi wujudnya kerana kepentingan perkauman sempit, itu adalah ditolak oleh Islam.

2. Manakala PAS pula jelas termaktub dalam perlembagaan parti dasarnya adalah berlandaskan Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias perlembagaan itu tidak akan diubah sehingga kiamat. Individu kepimpinannya pula tetap konsisten dengan kehendak perlembagaan parti sampai bila2 pun dan andai ada pemimpin yang menolak maka pemimpin itu akan ditolak (setakat ini Alhamdulillah semua pemimpin Pas dipelihara Allah).

3. PKR menjadi jambatan penghubung diantara masyarakat non-muslim dan masyarakat muslim sendiri tentang prinsip keadilan yang dituntut Islam. Mafhum firman Allah daripada Kitabnya Yang Mulia; Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat ihsan.

4. Untuk lebih mendalam saudara Chewal boleh belajar atau menyambung pelajaran dalam bidang Siasatul Islamiyyah, boleh mendalami Ilmu2 Syariah; Siasatul Ilamiyyah, Syariah wa Qanun, Usulul Fiqh, Qawaidul Fiqhiyyah, dan banyak lagi ilmu Islam wajib dipelajari dan berkaitan dengan politik dalam Islam.

Anonymous said...

Melayu bodoh mcm hang la yang merosakkan dan memBANGSATKAN bangsa Melayu sendiri... mcm si esmady http://melayuandme.blogspot.com/

CheWal said...

@kudaperang

1. UMNO semenjak awal penubuhanyya adalah kerana memperjuangkan bangsa melayu yang menjadi bangsa peribumi di tanah air ini. Sejak bila memperjuangkan nasib bangsa dikatakan perkauman ? Bangsa melayu adalah bangsa peribumi, dan bangsa lain adalah bangsa yg dibawa masuk oleh british. Memperjuangkan nasib bangsa adalah memperjuangkan penduduk peribumi.

Memperjuangkan nasb bangsa bukanlah perkauman. Sila faham dengan jelas perkara ini. kalau tak faham, maka saudara akan membuat persepsi yg salah.

2. PAS telah menggadaikan prinsip yg dibuat oleh nya. Sila baca keterangan pemimpin-pemimpin pas apabila mereka bersekongkol dgn dap dan pkr. Bukan setakat itu sahaja, PAS telah menggadaikan dan menelan ludahnya kembali dalam pelbagai perkara yang dibantah oleh mereka sebelum ini. Sila lihat semula kenyataan-kenyataan pemimpipn PAS yg dibuat pada masa dahulu dan bandingkan dgn perbuatan mereka.

PAS telah menggadaikan pendirian mereka semata-mata kerana kuasa...atau lebih tepat lagi, PAS cuba mempergunakan agama semata-mata untuk politik.

3.PKR hanyalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim dan parti ini adalah parti yg dipenuhii dgn orang-orang yang kecewa kerana gagal mendapat tempat didalam UMNO. Bagaimana PKR mahu menjadi kerajaan sedangkan penasihatnya sendiri adalah bekas banduan kerana salah laku rasuah dan mempunyai pelbagai kes-kes liwat.

4. Memang saya berhasrat dan sedang merancang utk menyambung pula pengajian dalam pengajian islam...ini memang menjadi hajat saya semenjak di bangku sekolah menengah agama lagi.


@Anon

kalau saya yang menulis artikel dan cuba menghuraikannya dengan memberikan fakta-fakta dipanggil manusia yang membangsatkan bangsa melayu, agak-agaknya apa pula gelaran yg patut diberikan kpd saudara yang tidak menulis dengan fakta malah tidak berani membalas dgn hujah yg bernas.....fikir-fikirkanlah.

kalau diri itu tidak mampu membalas artikel dengan hujah dan fakta yang bernas, adalah lebih baik berdiam diri...kerana sekiranya tidak,, ianya hanya menampakkan kebodohan diri sendiri.

Dentist and Me said...

kepada anonymous bodoh yang gatal menyebut nama wa, dan dah beberapa kali cuba menarik perhatian wa dengan komen bodoh yang kononnya terbaik dapat dia luahkan dari otaknya itu, di blog blog orang lain, wa kata kat dia

'FUBAR BUNDY'

Dr Chewal...,

kalau komen tanpa nama ni, tak layan pon tak rugi apa apa.

Mari menjadi MUSLIM yang memberi manfaat kepada MUSLIM yang lain

Isham said...

Salam untuk semua,

Tergerak hati ini untuk menulis di sini walaupun tulisan blog ini telah lama di tulis. Tahniah saya ucapkan pada Chewal kerana perjuangan beliau yang tak pernah kenal erti putus asa walau ramai yang memberi komen negatif.

Saya dulu pun menyokong PKR semasa awal penubuhannya, masa muda baru habis sekolah terpengaruh dengan rase kasihan dan ketidak adilan yang berlaku pada masa itu terhadap pemimpin yang disanjungi.
Tapi itu semua sejarah dahulu kerna setelah 6 bulan saya tidak begitu yakin dengan teras perjuangan yang sentiasa dilaungkan. Keadilan yang di tuntut dengan keganasan dan rusuhan, malahan sehingga sekarang perkara terbabit turut terjadi. Peristiwa demonstrasi di KL beberapa bulan lepas menjadi contoh kebenarannya. mereka tidak memikirkan kesusahan yang di bawa kepada org di sekitar mereka. Adakah ini yang diinginkan oleh rakyat malaysia.

Bagi saya perjuangan UMNO mengekalkan kedaulatan bumiputra khususnya org melayu(kerna majoriti penduduk tanah melayu dahulu adalah org melayu)patut dipuji. Bukan mudah bagi mengekalkan perjuangan ini.

kepada anak timor, kita bukan mencari salah tetapi mencari punca dan mengkajinya sebelum berhujah. Ya, singapore maju sejak dari dulu lagi dari zaman british(rujuk buku sejarah apa sebabnya), ini memeng tidak dinafikan tetapi adakah anda tengok kedudukan org melayu di sana. mereka terpinggir dan hidup dalam kemiskinan.betapa susah hidup mereka di sana, kedudukan ekonomi dan politik dimonopoli oleh bangsa lain. Adakah org melayu di malaysia sudah bersedia mental dan fizikal untuk ini?mampukah kita berdiri sendiri tanpa bersandar kepada bangsa lain.

Kpd Amrizal, seperti diterangkan Chewal, malaysia wujud atas teras 4 perkara dasar dipertahankan yang perlu dipertahankan. ini bagi menjamin bangsa melayu tidak akan ditindas oleh bangsa lain sehingga bangsa melayu bersedia sepenuhnya untuk berjuang tanpa bantuan. Adakah kita mampu sekarang? jawapn nya tidak, kita masih bergantung pada bangsa lain untuk kemajuan ekonomi negara. kebanyakan org melayu kerja dengan syarikat Cina. cuba fikirkan apa yg biasanya terjadi masa tahun baru cina, org melayu jadi kelam kerana byk kedai tutup pada masa ini.

saya mempunyai kawan rapat dari pelbagai bangsa dan saya tidak pernah menghina atau memperkecilkan mereka, cuma perjuangan bagi memastikan bangsa melayu terpelihara asih teguh. Sebab saya sedar akan realiti kehidupan sekarang,perbezaan taraf bangsa melayu dengan bangsa lain dari kedudukan sosio-ekonomi terutamanya.

saya rasa cukup setakat ini, dah terlalu meleret tulisan saya. Apa yang saya nak tekankan, Perjuangan UMNO perjuangan murni demi bangsa melayu. Bukan mudah untuk merealisasikan serta menyeimbanginya agar setiap tindakan tidak nampak berat sebelah kepada org melayu sahaja. Saya sanjung Che Dad, pemikirannya menjangkau masa dan bernas. Pendirian serta ketegasan beliau patut menjadi contoh pemimpin UMNO sekarg.

Jikalau ada yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan apa yang telah UMNO beri pada anda sepanjang pemerintahannya, anda perlu lihat diri anda di cermin dan fikirkan di mana dan apa akan jadi pada anda sekarang jika tiada perjuangan pemimpin UMNO sebelum ini. dapatkah anda berada di taraf kehidupan skrg tnpa pelaksanaan dasar dasar serta buah pemikiran mereka demi memastikan kemajuan anak bangsa Melayu...fikirlah sebelum membuat kesimpulan yang sia sia.Jangan kemudian hari baru menyesal kerna bila saat dan ketika itu terjadi, kita dah tidak mampu merubahnya semula...

untuk Chewal, perjuangan kita belum selesai...masih byk yang perlu diperjuangkan demi anak bangsa...Salam perjuangan ANAK MELAYU UMNO.

Anonymous said...

I always motivated by you, your views and way of thinking, again, thanks for this nice post.

- Norman