2. Kita juga telah mengetahui corak pengundian berdasarkan kaum dimana majoriti yg mengundi BN adalah orang melayu dan faktor kemenangan PAS/PKR adalah kerana undi cina dan india.
3. Di bawah ini ada sedikit analisis yg lebih terperinci terhadap keputusan piliahanraya tersebut (utk makluman, peratusan ini bukan dibuat oleh saya).... peratusan pengundi melayu yg menyokong BN/UMNO agak memberangsangkan dan peratusan pengundi cina dan india amat mengecewakan.
#########################################################
Analisis PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
A. Keputusan PRK Bukit Gantang.
NIZAR @ PAS = 21,860
ISMAIL @ UMNO = 19,071
B. Pecahan berdasarkan kaum
Pengundi MELAYU@ISLAM
orang melayu@islam yang vote PR: 7,906 orang @ 30%
orang melayu@islam yang vote BN: 18,095 orang @ 70%
Pengundi CINA
orang cina yang vote PR: 10,547 orang @ 95%
orang cina yang vote BN: 556 orang @ 5%
Pengundi INDIA
orang india yang vote PR: 3,361 orang @ 90%
orang india yang vote BN: 374 orang @ 10%
Pengundi LAIN-LAIN
orang lain-lain yang vote PR: 46 orang @ 50%
orang lain-lain yang vote BN: 46 orang @ 50%
A. Keputusan PRK Bukit Selambau
MANIKUMAR @ PKR = 12,632
GANESAN @ BN = 10,229
Pecahan berdasarkan kaum (perangkaan)
Pengundi MELAYU@ISLAM
orang melayu@islam yang vote PR: 2,872 orang @ 32%
orang melayu@islam yang vote BN: 8,895 orang @ 68%
Pengundi CINA
orang cina yang vote PR: 3,750 orang @ 90%
orang cina yang vote BN: 416 orang @ 10%
Pengundi INDIA
orang india yang vote PR: 5,676 orang @ 85%
orang india yang vote BN: 1,001 orang @ 15%
Pengundi LAIN-LAIN
orang lain-lain yang vote PR: 334 orang @ 95%
orang lain-lain yang vote BN: 17 orang @ 5%
Analisa Keputusan
1. Secara totalnya kalau kita perhatikan betul2 berdasarkan polar pengundian, orang melayu@islam masih bersatu memberi harapan, sokongan dan kepercayaan penuh kepada UMNO@BN untuk memerintah negara. Walaupun pelbagai tohmahan dan difitnah membabi-buta terhadap UMNO@BN namun secara keseluruhannya rakyat terutamanya orang melayu@islam masih mempercayai dan sayang terhadap kerajaan UMNO@BN. Apatah lagi setelah melihat masalah dan kerosakkan yang dibuat oleh PR terhadap bangsa melayu dan agama islam. Secara dasarnya, PAS bukanlah lagi pilihan utama melayu@Islam
2. Manakala secara totalnya kita lihat orang cina dan india pula beralih arah dan bersatu memberi sokongan sepenuhnya kepada pembangkang untuk memerintah negara. Kenapa orang cina dan india memberi sokongan penuh kepada PKR dan PAS?? Sedangkan parti2 ini ketuanya di pelopori oleh orang melayu dan pernah dilabel sbg ekstream islam oleh mereka.
Mengapa ?
10 comments:
boleh bagitau mana you dapat statistik yang tak masuk akal ni?
MANA DATANGNYA STATISTIK NI? YOU KAUT KAT MANA NI? INI MASALAH MANUSIA YANG JENIS NAK KAUT JE APA-APA DIA BACA TANPA MEMIKIR PAKAI OTAK. JANJI SAMA MACAM PIKIRAN DIA.
Statistik ini adalah dari laporan keputusan PRU kecil.
Melayu2.. Nabi kita suruh kita berjuang atas nama Melayu ker?
Nak kata mulia, orang Arab lagi mulia pasal Rasulullah dari sana. Tapi nabi x pernah kata orang Arab lebih mulia, tetapi yang membezakan antara kita adalah iman.
Dari itu, saya menyeru kepada semua bangsa Melayu. Janganlah kerana memperjuangkan bangsa sampai lupa tuntutan agama.
Sedarkah tuan2, yang orang Cina pun ada yang Islam. Malah orang Cina yang Islam lebih kurang sama bilangannya dengan orang Melayu di seluruh dunia. Begitu juga orang India, ramai yang Islam.
Jadi, janganlah kita perjuangkan bangsa, berjuanglah atas agama
saya `copy paste' jawapan saya disini juga. Sila fahamkan kenapa wujudnya perjuangan ketuanan melayu/bumiputra dan kenapat bukannya perjuangan ketuanan islam !
@ Amrizal,
1. Nampaknya saudara tidak memahamai kenapa wujudnya ayat " memperjuangkan ketuanan melayu ". Malah mungkin saudara tidak faham apa yg dimaksudkanyya.
2. Saya pernah jelaskan didalam artikel di sini : http://chewal.blogspot.com/2008/10/memahami-hak-keistimewaan.html
3. secara ringkas, saya boleh katakan adalah, perjuangan UMNO terhadap bangsa adalah bukan kerana menolak perjuangan islam. Perjuangan terhadap bangsa ini adalah bermula dari perjanjian yang dipegang oleh UMNO kpd peribumi/origin tanah melayu semenjak sebelum merdeka lagi.
4. Perjuangan mempertahankan hak keistimewaan bangsa melayu adalah satu janji yg dipegang oleh UMNO. Sebagai org islam kita perlu bepegang kpd janji. Janji yg telah dimeterai oleh semua kaum di tanah melayu adalah, semuanya bersetuju bahawa 4 perkara akan dipelihara sebagai balasan memberi kerakyatan kpd bukan peribumi. 4 perkara ini adalah : kedaulatan sultan, agama islam agama rasmi, bahasa melayu bahasa rasmi dan hak keistimewaan org melayu.
5. Perjanjian ini termaktub dalam perlembagaan dalam pelbagai perkara dan sub.
6. Oleh itu, apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah apa yang telah termaktub dalam perlembagaan yg mana adalah merupakan perjanjian yg telah dimeterai dulu.
7. Hak keistimewaan melayu/bumiputra diberikan adalah kerana mereka adalah penduduk asal tanah ini. Hak ini bukannya diberikan kerana mereka beragama islam. Sbb itu, terdapat org-org yang bukan beragama islam dari sabah dan sarawak mendapat hak yang sama kerana mereka tergolong dalam penduduk asal yang dipanggil bumiputra.
8. Oleh kerana, kerajaan berusaha sedaya upaya memelihara hak-hak penduduk peribumi, maka wujudlah perjuangan ketuanan melayu/bumiputra.
9. Org-org bukan melayu/bumiputra, walaupun mereka adalah org islam, tidak mendapat hak keistimewaan ini kerana mereka bukanlah penduduk asal tanah melayu. Mereka asalnya imigran yang dibawa masuk oleh British.
10. Kepada Amrizal, sila fahamkan dahulu konsep perlembagaan, ketuanan melayu, sebelum menulis. Tidak salah bagi kita untuk membaca dan memahami sebelum memberikan pendapat.
11. Selama membaca.
Assalamualaikum,
Betul ke UMNO membela 4perkara itu wahai saudara CheWal?
Kalau betul kenapa Imuniti Raja-Raja dihapuskan.
Kuasa Raja dan Sultan dicabar wewenang tanpa rasa hormat, contohnya Isu Pelantikan MB Terengganu dan MB Perlis.
Kedaulatan Agama Islam pula dicabar dengan kenyataan2 menghina Islam yang keluar dari mulut pemimpin Islam UMNO, contohnya Nabi tidak bercukur (menyimpan janggut) kerana tiada 'Gillette', undang2 Islam dipersenda dan dipinggirkan setelah 52 tahun merdeka sedangkan kuasa ada pada pemimpin Islam, mufti dipecat kerana mengarahkan penangkapan gadis melayu yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Cantik dan Pesta Arak di The Ships.
Bahasa Melayu pula dihina dengan diketepikan melalui pelaksanaan PPSMI (mahu dimansuhkan tetapi masih dengan dolak-dalih). Tulisan Jawi (nadi Bahasa Melayu)dihapuskan, sedangkan dengan Tulisan Jawi lah orang Melayu membina tamaddun dan Tulisan Jawi jugalah yang menjadi penghubung kepada pembelajaran Agama Islam dengan lebihdekat.
Hak keistimewaan org melayu pula diperlecehkan, dirompak dan dijual. Tengoklah kemana perginnya Tanah-Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur, Penang, Selangor, Johor dan Pahang? Pergunuungan Genting dijual kepada taikun judi terbesar Asia Tenggara, Pulau Pangkor Laut, Pulau Tioman, Pulau Bidong, Bukit Tinggi siapa pemiliknya sekarang..
Jadi, kita sama-sama fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah...
Wassalam...
@kudaperang,
1. Sila fahamkan mengapa raja tidak diberi kuasa mutlak ? dan sila fahamkan adakah kuasa raja dihapuskan 100% ?
2. kalau dah faham perkara no.1, tentu saudara akan tahu dimanakah kuasa raja yang dipelihara dalam perlembagaan sekarang. Kalau tak tau, boleh tanya.
3. adalah satu pembohongan apabila menusli kuasa raja dihapuskan. Isu di perlis dan terengganu juga menunjukkan betapa berkuasanya raja berbanding PM.
4. Kenyataan kononnya pemimpin UMNO menghina islam itu adalah datangnnya dari pandangan atau persepsi pihak-pihak tertentu yang dibelenggu dgn sifat prasangka. Perkara yang sama juga sering ditimbulkan oleh org UMNO apabila mengatakan bahawa pemimpin PAS menghina islam dan menghina Allah. Adakah ini juga bermakna PAS mencabar kedaulatan agama islam ?
5. Mereka yang mengatakan bahawa bahasa melayu dihina hanyalaha segilintir pihak yang tidak memahami dasar PPSMI dan pihak-pihak yang cuba memainkan peranan utk menagih simpati politik. Sekiranya mereka faham mengenai dasar PPSMI, nescaya mereka akan tahu bahawa dasar ini memperjuangkan bangsa dan bahasa dalam masa jangka panjang. Ini untuk mereka yang mahu berfikir.
6. Boleh saya tahu siapa pemilik pulau-pulau tersebut ? tak tahu pulak saya bahawa ada pulau di Malaysia ini yang tidak dimiliki oleh Malaysia, sebaliknya dimiliki oleh individu tertentu. Pulau-pulau tersebut dah ada kerajaan baru ke ?
1. Nampaknya saudara Chewal lebih memahami tentang kuasa mutlak raja, bolehlah beri kuliah siket disini..
2. Bolehlah saya atau orang lain sama2 tambahkan kefahaman tentang kuasa raja yang dipelihara oleh perlembagaan yang mana sekarang ini boleh dicabar oleh sesiapa dimahkamah, entah malaun bangang mana punya angkara yang menyebabkan ruang itu terbuka, boleh saudara jelaskan tak?
3. Isu di Perlis dan Terngganu menunjukkan kedaulatan raja cuba digugat oleh golongan yang bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh ditumpang.
4. Kenyataan kononnya pemimpin UMNO menghina Islam itu adalah datang daripada kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin UMNO sendiri. Banyak contoh jika disenaraikan, paling ketara UMNO tolak Hukum Hudud.
5. Chewal lebih faham tentang dasar PPSMI, tapi Tan Sri Muhyiddin kata 3 juta pelajar Malaysia rugi dan terjejas kerana pelaksanaan Dasar PPSMI, Prof Diraja Dato Dr. Ungku Aziz berkata Dasar PPSMI ialah Dasar Gila. Manakala saya berkata dulu orang Melayu tak pandai dalam satu mata pelajaran sahaja (BI) tapi sejak PPSMI dilaksanakan anak2 orang Melayu menjadi tak pandai dalam 3 matapelajaran pula (BI, Science n MAth), BM pun turut merosot teruk, Hello Chewal turun ke sekolah lah kalau naka tau, jangan cakap sambil duduk atas kerusi dala bilik tertutup saja. Celik tengok dunia lah.
6. Pergunungan Genting; Tan Sri Lim Goh Tong, Bukit Tinggi; Tan Sri Vicent Tan, Pulau2 tu pulak milik setiap negeri di mana pulau itu berada tetapi pemilik tanah pulau itu sekarang ialah individu2 kaya dMalaysia anak emas UMNO-BN. Cuba rajin kan diri tu membuat penyelidikan. Buatlah rujukan di pejabat tanah dan galian daerah2 yang berkenaan bro.
Rekod Penghinaan Terhadap Islam Oleh UMNO-BN.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22153&Itemid=50
Kah kah kah Harakah daily ker ? ? ?
Post a Comment