1. Dah lama tak menulis dan menjenguk blog ini... InsyaAllah akan cuba kembali menulis.
2. Isu semasa di Malaysia dihangatkan oleh perhimpunan BERSIH. Sebelum ini hangat dengan Kes Liwat II dan kes Video Seks.
3. Perhimpunan BERSIH ini tidak mendapat permit polis oleh itu, menurut peruntukan undang-undang sebarang perhimpunan di tempat awam yang melebihi dari 5 orang adalah salah dan tindakan boleh diambil.
4. Perkasa dan Pemuda UMNO juga merancang untuk buat perhimpunan. Kedua-dua pihak ini juga tidak mendapat permit polis. Oleh itu hasrat kedua-dua pihak ini juga adalah salah.
5. Kesemua pihak yang nak berhimpun pada 9hb July nanti adalah salah disisi undang-undang dan tindakan akan diambil kpd kesemuanya
6. Isu ini dimulakan oleh BERSIH. sebuah organisasi yang dipelopori secara majoriti oleh pimpinan politik Pakatan Rakyat.
7. Kononnya perhimpunan BERSIH ini untuk pilihanraya. Tetapi apabila diselidik dan diperhalusi, ianya bukan untuk pilihanraya.
8. Ini adalah kerana segala tuntutan BERSIH tidak berasas. Pada mulanya mereka ada 17 tuntutan. Kemudian selepas jumpa SPR, mereka kurangkan kpd 5 dan tambah 3 lagi tuntutan yang tiada kene mengena dengan SPR mahupun pilihanraya.
9. Dari 5 tuntutan itu pulak, tiada satu pun yang berasas.
10. sebagai contoh, tuntutan reformasi daftar pemilih. Bagi yang tidak mengetahui fakta sebenar, mereka akan terpedaya dengan tuntutan BERSIH ini. Tetapi mari kita lihat faktanya.
11. Sebelum tahun 2002, setiap rakyat yang cukup umur, boleh mendaftar di mana-mana lokasi pengundian yang dikehendaki. Tetapi, selepas 2002, pendaftaran adalah berdasarkan alamat di kad pengenalan.
12. Bagi yang telah berdaftar sebelum tahun 2002, individu tersebut perlu mengemaskini alamat di SPR. Sekiranya tidak alamat lama akan digunakan. SPR tidak ada kuasa untuk mengubah alamat pendaftaran. Kalau SPR boleh ubah, lagi timbul pelbagai kesalahan. Oleh itu, mengemaskini perlu dibuat oleh individu terbabit.
13. Sebelum tahun 2002, pendaftaran boleh menggunakan apa-apa alamat. Di kampung-kampung, memang menjadi kebiasaan untuk rumah-rumah disitu tidak mempunyai alamat yang unik. Kebanyakkannya menggunakan alamat yang sama. Posmen biasanya akan mengenali tuan rumah untuk menghantar surat. Oleh sebab itu, terdapat didalam daftar pemilih SPR pengundi-pengundi yang mempunyai alamat yang sama. Ini bukanlah kesalahan dan tiada penyelewengan darinya.
14. Sekiranya alamat yang digunakan sebelum tahun 2002 ini tidak di kemaskini, maka alamat ini akan terus digunakan dalam pilihanraya. Sekiranya satu alamat yang sama mempunyai ramaia pengundi, maka ianya akan terus digunakan dalam pilihanraya.
15. Satu alamat dan ramai pengundi tidak akan membawa kepada penyelewengan. Kerana satu individu hanya akan memberikan satu undi sahaja. Tidak ada berlaku seseorang yang boleh mengundi 2 kali. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
16. Setiap pengundian yang dijalankan, pengundi perlu bawa kad pengenalan dan apabila kertas undi diambil, namanya akan digariskan dan beliau tidak lagi boleh mengundi. Nama beliau juga hanya akan keluar di satu pusat mengundi sahaja. Ianya tidak akan keluar di pusat mengundi yang lain. Bila disemak di SPR, satu nama hanya mempunyai satu tempat mengundi sahaja.
17. Setelah tamat mengundi, kertas undi akan dikira ditempat pengundian. Ini juga adalah langkah pembaharuan yang telah dibuat oleh SPR. Kertas undi tidak lagi dibawa ke pusat pengiraan, sebaliknya ianya akan dibuka dan di kira di tempat mengundi dihadapa wakil dan pemerhati semua parti politik.
18. Bilangan kertas undi yang dikira mestilah sama dengan senarai nama yang telah digariskan. Maka tidak ada penyelewengan atau penambahan kertas undi disini.
19. Selepas tamat pengiraaan, semua wakil parti politik perlu menandatangani borang 14 menandakan mereka bersetuju dengan perjalanan dan pengiraan undian. Sehingga kini, tidak ada satu kes pun dimana borang 14 tidak ditandatangani. Maknanya, segalanya berjalan dengan baik dan telus.
20. Jumlah undi tadi akan dibawa ke pusat pengumuman dimana setiap jumlah undi dari pusat-pusat undian akan dicampur. Inilah sebabnya sekarang kita mempunyai `unofficial result'. sbb wakil-wakil parti politik di tempat pengundian dapat mengetahui jumlah undi selepas tamatnya proses undian.
21. Bantahan boleh dibuat kpd SPR. Walaubagaimanapun pengiraan semula tidak boleh dibuat sekiranya borang 14 telah ditandatngani. Ini berlaku kpd Tok Pa, apabila beliau kalah tipis dan memohon pengiraan semula. Permohonan ini ditolak oleh SPR sbb ianya dibuat selepas borang 14 ditandatangi di pusat undian. SPR menjalankan tanggungjawab terhadap semua pihak tanpa mengira parti politik.
22. Melihat kepada senario ini, jelas proses pilihanraya di Malaysia dijalankan secara terlus dan bersih.
23. Oleh tu, apakah tujuan perhimpunan BERSIH ini ? Yang lebih menghairankan, kumpulan BERSIH hendak menghantar memorandum kpd YDP Agong, tetapi tiada sebarang temujanji yang dibuat kpd pejabat Agong. Kenapa ?
24. Untuk tuntutan-tuntutan yang lain boleh dibaca di sini. Sila click link ini : http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ dan baca part 1, 2,3 & 4.
25. Oleh itu, sekiranya kita mengetahui fakta sebenar, maka kita akan sedar perhimpunan ini bukanlah untuk BERSIH dan tidak ada keperluan terhadapnya. Memandangkan permit pun tidak diberi maka perhimpunan ini adalah salah.
26. Adakah kita rakyat yang suka melanggar undang-undang ? adakah kita orang yang muda ditipu dan diperdaya ? Sekiranya tidak, kita tidak akan turut serta dalam perhimpunan yang tidak bererti ini.
27. Mari kita lihat, siapakah dia yang mudah tertipu dan terpedaya dengan mainan sesetengah pihak...
1 comment:
thanks for sharing... this is the info that should be shared... not all the crap about how clean Bersih is. guess youngsters are loving to fight blindly than seeking the root of the fight..
sabor je la...
Post a Comment