March 12, 2009

Survey terhadap dasar PPSMI

Minta tolong kepada semua pengunjung mengisi survey mengenai PPSMI di link dibawah :-

http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=5009302b-ed21-4828-ae31-a84a90ea20f6

Tolong sebarkan juga link diatas ke seberapa banyak yang boleh agar lebih banyak responden dapat dikumpulkan.

Terima Kasih

12 comments:

Anonymous said...

[quote] "Kalau nak buat apa jua tindakan teruskanlah, tetapi pihak kementerian tetap berpegang dengan agenda bahawa keputusan adalah bergantung kepada pandangan semua pihak bukan hanya pandangan kumpulan tertentu sahaja."

Menurut Bernama, Hishammuddin berkata kementeriannya setakat ini sudah meneliti 22 kertas kajian mengenai dasar tersebut - diperkenalkan sejak 2004 - yang kini sudah berada di peringkat akhir.[/quote]

~ 22 kertas kajian dibuat oleh saper?
~ semestinya dibuat oleh orang2 kementeriannya sendiri, apekah adil camtu?, cubela suh NGO buat.

contohnya prestasi pembelajaran math & sains negara malaysia yang turun mendadak dari 60 negara oleh kajian timss Trends in International Mathematics and Science Study, nape tak disentuh oleh Hishamuddin?..

http://nces.ed.gov/timss/

CheWal said...

whye,

1. pertamanya,nada anda berbeza dgn nada pendemonstrasi tempohari. org yg berdemonstrasi tu kerana mereka mengatakan dasar ini meminggirkan bahasa Melayu which is definately wrong.

2. Kedua, keberkesanan dasar ini tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil dan dalam jangka masa yang singkat. setiap satu perubahan yg dibuat tidak akan menjanjikan kejayaan sekelip mata. Adakalanya sedikit kegagalan akan dihadapi...dan ianya adalah dijangkakan atau sudah termasuk dalam rangka strategi. Anda boleh rujuk rangka strategi Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Prestati timss juga tidak boleh dianggap sbg ukuran yang mutlak. ini kerana faktor-faktor yg mempengaruhi perlu diambil kira. Prestasi timss (skor) juga menurun pada tahun 2003 jika dibandingkan dengan tahun 1999... tetapi kedudukan negara kita naik walaupun skor menurun. pada tahun 2003 pelajar tahun 2 belum melalui PPSMI.

4. Kejayaan dasar ini perlu diukur selepas satu tempoh yang panjang terutam selepas pelajar-pelajar yg menduduki PPSMI melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Ini adalah kerana, di peringkat tinggilah pemahaman mereka terhadap sains dan matematik dan pemahaman mereka kpd bahan rujukan akan diuji.

Nana RUZ said...

Tahniah atas usaha penulis dalam memperjuangkan pelaksanaan PPSMI. Sy bersetuju dgn pndgn penulis terhadap relevannya PPSMI.

Anonymous said...

che wal..ko menulis bukan kerna nama?abes tu ko tulis psl ppsmi ni mmg utk kemajuan org elayu ke?
aku ade bace komen ko kt blog mahathir...then aku xphm nape zaman 80an or 90 an kite xbuat translation dari BI ke BM?kenapa skang baru kate dh terlambat utk translate?sbb pe ek?aku dulu blaja maths dgn sains dlm BM...lepak je buleh skor 5a upsr, 8a pmr dgn 8a 3b spm..then masok utp xdef hal pon ble blaja calculus of fizik sume...padahal mahathir lagi byk nk persoaal kan "terms" dlm sains..bukan tu halnye..kite stil bley guna terms dari BI tapi yg penting kite paham proses die dlm BM...kite nk student2 paham konsep...jepon pon translete dlm bahasa die sbb akan phm konsep sains dgn senang...mahathir ni pon satu hal la..pegi masjid byk2...jgn nak dok depan kom je..

Anonymous said...

siapa kite utk persoalkn soal antara manusia dgn Tuhan? iman kit sndiri pn blm tentu kuat & amal ibadah kita blm pasti Allah s.w.t. terima. jgn t'lalu p'caya dgn hasutan pihak tertentu. islam kini telah disalahgunakan & telah dijadikan senjata utk mengaibkan org lain. org yg berilmu tidak megaibkan org lain.

~nnrz~

CheWal said...

Anon 13 March,

1. Tulisan saya adalah berdasarkan pemerhatian sesuatu isu tanpa sikap prejudis. Saya melihat dari sudut kebaikan yang cuba dihasilkan. Dalam konteks ini, ianya adalah untuk membawa bangsa ke tahap yang lebih baik.

2. Keaktifan kita dalam meneroka sains dan teknologi bermula selepas 80an. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahahthir yang berusaha dalam menukar paradigma masyarakat Malaysia kearah kemajuan sains dan teknologi. Perkembanga nya yang pesat pula berlaku disekita 90an. sudah semestinya penterjemahan tidak mampu dibuat diwaktu tersebut...kerana kita baru merangkak ke arah sains dan teknologi...dan masih lagi kekurangan human capital.

3.Memang dasar sedia ada boleh menjadikan sesorang itu pandai dan hebat. Kita juga telah melahirkan ramai pakar yg hebat... tetapi kita bukan hanya hendak berhenti setakat itu. Kita bukan hanya mahu memperolehi gred `A' dalam peperiksaan.... kita mahu lebih dari itu, kita mahu menjadi pencipta, pengeluar teknologi. sila rujuk FAQ no. 5.

4. pasal Jepun, german dan lain-lain, telah dihurai di FAQ no.6. sila fahamkan mengapa mereka tak perlu PPSMI.

5. Bekerja, mencari ilmu, berjuang untuk kebaikkan tidak mengenal umur. Kita harus terus berusaha kearah kejayaan walaupun umur kita dah meningkat. Org yg berilmu akan terus berusaha dan tidak kenal putus asa. Syabas Tun Dr. Mahathir.

Anonymous said...

CheWal, sukar untuk saya melihat anda seorang yang berjiwa besar.

Misalnya menyatakan kesukaran kita untuk menterjemah ilmu daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Mana semangat Malaysia Boleh selama ini. Semuanya tak boleh, mengajar sains matematik dalam bahasa Melayu pun tak boleh.

Semuanya nak diambil jalan mudah. Pandangan profesor tak diambil peduli malah diperlekeh pula.

CheWal said...

istikharah,

1. Tiada siapa yang kata tidak boleh terjemah. Yang disebut adalah, berdasarkan kpd perkembangan sains dan teknologi yang berlaku setiap saat, sekiranya kita mahu membuat penterjemahan, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi. Sekiranya kita berada di belakang teknologi, kita akan sentiasa menjadi pengguna dan tidak mampu menjadi pencipta atau pelopor teknologi baru.
(Rujuk FAQ no.7)

2. Mengajar sains dan matematik dalam BM telah dibuat semenjak merdeka (rujuk memorandum GMP kepada Agong). Penggunaan konsep Malaysia Boleh saudara adalah salah disini.

3. PPSMI bukanlah jalan mudah. Melihat kpd komen mereka yang menentang PPSMI, ianya seolah-olah bangsa melayu tidak mampu melakukannya. Mereka sering memberi contoh bangsa melayu di luar bandar. Tetapi keputusan peperiksaan dan penerimaan pelajar yg semakin ramai menjawab dalam BI telah menafikan dakwaan mereka.

4. Pandangan Prof. diambil peduli. Sebab itu ianya di perhalusi dan di buat satu topik sanggahan apabila pandangan Prof. ini salah dan dibuat dengan prejudis.

Unknown said...

@ Anon 13 March 7:23pm

Cermin diri kau dulu sebelum nak kutuk Mahathir sampai macam tu sekali... aku ingat CheWal sepatutnya forward kan IP address kau kepada pentadbiran UTP biar kau kena tindakan tatatertib kerana menghina CANSELOR universiti kau sendiri.

aku dulu blaja maths dgn sains dlm BM...lepak je buleh skor 5a upsr, 8a pmr dgn 8a 3b spm..then masok utp xdef hal pon ble blaja calculus of fizik sume...
hehehe... kenapa habis setakat result SPM jer... kenape tak sebut CGPA kau kat UTP tu sekali... hehehe dah tinggal berape agaknye?


@ Anon 14 March 7:28am

setuju sangat-sangat... diorang ni membangkang just for the sake of membangkang.


@ istikharah

Profesor mana pulak? Yg menentang PPSMI tu dia dengan geng2 dia saja ke Profesor? Ramai lagi profesor yg sokong PPSMI tinggal lagi diorang tak memekak macam geng anti-PPSMI, tau!

Anonymous said...

saya berumur 17 tahun dan bakal menghadapi SPM tahun ini..saya amat menyokong dasar PPSMI kerana saya boleh dapat tahu banyak perkataan-perkataan yang baru dalam B.I..oleh itu..saya sangat menyokong dasar PPSMI.Terima Kasih.

Anonymous said...

Kalau ikut my experience, kat sekolah bila belajar add maths, physics in BM .. asyik kantoi je. Bila masuk tertiary, belajar balik benda2 sama, in BI, score A saja.

Boleh kita nak belajar semua benda dalam BM. Cuma kita ni belum tamadun agung lagi. Take the best from everyone, even if it includes learning in their language. Once kita dah buat sendiri microprocessor, softwares, hardwares, handphones etc, orang pulak nak belajar dari kita. Baru lah kita boleh impose belajar dlm BM.

On a lighter side, check out:
http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

Anonymous said...

Kalian yg membantah, kemukakan la fakta & solusi... Ini tidak, baling batu sorok tangan. X gentle langsung. Sekali bace blh tahu emosi lebih menguasai...cakap2 kosong.

Boleh pula nak kutuk orang lain(khusus utk student UTP...yeke student U? ;) ). Opss, maaf kawan... :)