1. Pada 16 Mac 2009 yang lalu, sasterawan negara, Dato' A Samad Said telah mengeluarkan kenyataan supaya UMNO/BN membuat kempen dalam bahasa inggeris. Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung juga, beliau sarankan agar menggunakan bahasa inggeris. Kerana katanya, UMNO/BN mengagungkan bahasa inggeris.
2. Saya berasa hairan dan terkejut. Adakah sebenarnya Pak Samad tidak mengetahui apakah tujuan PPSMI ? Adakah Pak Samad telah terpedaya oleh orang lain ? Adakah Pak Samad tertipu dengan dakyah sesetengah pihak ?
3. Ini kerana, saranan dan kenyataan Pak Samad telah menunjukkan bahawa beliau tidak memahami dasar PPSMI dan beliau sebenarnya telah bersikap prejudis. Adakah beliau dipergunakan oleh sesetengah pihak ?
4. Sekiranya beliau faham dan tahu mengenai matlamat PPSMI, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Ini kerana bahasa inggeris bukalan matlamat utama PPSMI, tetapi menguasai ilmu sains dan teknologi lah yang menjadi matlamat utamanya.
5. Mengapa perlu kita berbahasa dan berucap/berkempen dalam bahasa inggeris ? bukankah Pak Samad sayangkan Bahasa Melayu ? Untuk pengetahuan Pak Samad dan yang lain-lain, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia. Tiada bahasa lain yang boleh menggantikan Bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi negara.
6. Saya juga tertanya-tanya... adakah mereka yang berdemonstrasi tempohari sebenarnya sayangkan Bahasa Melayu ? Atau adakah mereka mahu memalukan Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu.
7. Persoalan no.6 saya timbulkan adalah kerana, pertamanya, perbuatan demonstrasi tersebut menandakan bahawa mereka tidak faham Bahasa Melayu. Kenyataan dalam bahasa melayu telah dikeluarkan mengenai larangan berdemonstrasi dan larangan berarak. Kebenaran hanya diberikan untuk menyerahkan memorandum kpd YDP Agong. Malah undang-undang Malaysia jelas menunjukkan bahawa berkumpul dengan bilangan yang ramai adalah salah disisi undang-undang sekrinya tidak mendapat permit polis. Kenapa arahan yang dibuat dalam bahasa melayu ini tidak difahami dan tidak diendah oleh mereka ? Mungkinkah mereka tidak faham bahasa melayu ?
8. Selain daripada itu, saya merasakan bahawa perbuatan demonstrasi tersebut sebenarnya telah menghina bahasa melayu. Ini adalah kerana, bertitik tolak dari demonstrasi itu, pelbagai perkara telah ditimbulkan termasuk timbulnya lawak-lawak jenaka yang sedikit sebanyak menghina bahasa melayu. Sekiranya demonstrasi tidak dilakukan, penghinaan ini pastinya tidak berlaku. Tapi kini, kita boleh lihat dan baca beberapa lawak jenaka yang dibuat terhadap bahasa melayu terutama yang berkaitan dengan terjemahan.
9. Adakah ini yang sebenarnya dimahukan oleh mereka yang sayangkan Bahasa Melayu ?
2. Saya berasa hairan dan terkejut. Adakah sebenarnya Pak Samad tidak mengetahui apakah tujuan PPSMI ? Adakah Pak Samad telah terpedaya oleh orang lain ? Adakah Pak Samad tertipu dengan dakyah sesetengah pihak ?
3. Ini kerana, saranan dan kenyataan Pak Samad telah menunjukkan bahawa beliau tidak memahami dasar PPSMI dan beliau sebenarnya telah bersikap prejudis. Adakah beliau dipergunakan oleh sesetengah pihak ?
4. Sekiranya beliau faham dan tahu mengenai matlamat PPSMI, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Ini kerana bahasa inggeris bukalan matlamat utama PPSMI, tetapi menguasai ilmu sains dan teknologi lah yang menjadi matlamat utamanya.
5. Mengapa perlu kita berbahasa dan berucap/berkempen dalam bahasa inggeris ? bukankah Pak Samad sayangkan Bahasa Melayu ? Untuk pengetahuan Pak Samad dan yang lain-lain, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia. Tiada bahasa lain yang boleh menggantikan Bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi negara.
6. Saya juga tertanya-tanya... adakah mereka yang berdemonstrasi tempohari sebenarnya sayangkan Bahasa Melayu ? Atau adakah mereka mahu memalukan Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu.
7. Persoalan no.6 saya timbulkan adalah kerana, pertamanya, perbuatan demonstrasi tersebut menandakan bahawa mereka tidak faham Bahasa Melayu. Kenyataan dalam bahasa melayu telah dikeluarkan mengenai larangan berdemonstrasi dan larangan berarak. Kebenaran hanya diberikan untuk menyerahkan memorandum kpd YDP Agong. Malah undang-undang Malaysia jelas menunjukkan bahawa berkumpul dengan bilangan yang ramai adalah salah disisi undang-undang sekrinya tidak mendapat permit polis. Kenapa arahan yang dibuat dalam bahasa melayu ini tidak difahami dan tidak diendah oleh mereka ? Mungkinkah mereka tidak faham bahasa melayu ?
8. Selain daripada itu, saya merasakan bahawa perbuatan demonstrasi tersebut sebenarnya telah menghina bahasa melayu. Ini adalah kerana, bertitik tolak dari demonstrasi itu, pelbagai perkara telah ditimbulkan termasuk timbulnya lawak-lawak jenaka yang sedikit sebanyak menghina bahasa melayu. Sekiranya demonstrasi tidak dilakukan, penghinaan ini pastinya tidak berlaku. Tapi kini, kita boleh lihat dan baca beberapa lawak jenaka yang dibuat terhadap bahasa melayu terutama yang berkaitan dengan terjemahan.
9. Adakah ini yang sebenarnya dimahukan oleh mereka yang sayangkan Bahasa Melayu ?
35 comments:
I pun tak paham ...
chewal
mmg org kita xpham knape Tun nak sgt PPSMI
susah sgt ke nak belajar Matematik dengan Sains dlm BI?
cuba kita buat sedikit perbandingan, kebanyakan meraka yang lulus pmr/spm sejak PPSMI lebih banyak keluar surat khabar daripada sblm PPSMI
ternyata, PPSMI bukan satu alasan untuk TIDAK BERJAYA
Jadi alasan Perancis, Jerman, Jepun berjaya tanpa bahasa ingeris adalah kerana meraka sudah menguasai teknologi sejak sebelum perang dunia lagi. Tetapi negara yang menggunakan bahasa inggeris secara insentif di dunia ini ( selain U.S, Australia dan Britan) hanyalah malaysia, India dan singapura sahaja. Bagaimana pula dengan negara2 lain? adakah mereka jauh tertinggal berbanding Malaysia Singapura dan India? Saya katakan tidak. Malah ada diantara negara berikut adalah jauh lebih maju lagi. Jerman dan Jepun, walaupun tergolong dalam negera berteknologi tinggi, masih menggunakan istilah-istilah sains dalam bahasa inggeris yang di Jepun-kan atau di Jerman-kan. Adakah pakar-pakar bahasa kita terlalu malas dalam hal ini? Bahasa Inggeris hanya merugikan Malaysia sahaja.
Sekarang ini antara sedar atau tidak, semakin ramai rakyat malaysia berbangsa cina atau india tidak pandai bercakap dalam bahasa melay. dikhuatiri bahasa ini semakin menjadi tidak penting pada mereka. Malah Bangsa melayu dari golongan profesional sendiri pun lebih selesa berbahasa inggeris walaupun bukan dalam urusan rasmi. Terus terang saya terasa amat jelek bila melihat bangsa melayu sesama bangsa bercakap menggunakan bahasa inggeris yang kononnya lebih berprestij dan ada gaya.
Koyeng,
1. Persoalan mengapa tidak membuat penterjemahan telah di jawab dalam posting yang lalu terutama dalam FAQ list. Sila semak dan baca ruangan komen dimana penterjamahan bukan sahaja tidak praktikal buat zaman ini malah ianya menyebabkan kita sentiasa berada di belakang teknologi.
2. bercakap dan bertutur dalam bahasa inggeris sepatutnya tidak berlaku di kalangan rakyat Malaysia. kita perlu berbual dalam bahasa malaysia dan tidak patut berasa malu mengenainya.
3. PPSMI tidak boleh dipersalahkan sekiranya sesorang berbual dalam bahasa inggeris. Ini adalah kerana PPSMI bertujuan utk menguasai teknologi dan bukannya berbual dalam BI. Subjek BI adalah lebih sesuai utk mengajar cara-cara berbual dalam BI. Adakah saudara Koyeng bermaksud kita perlu hapuskan subjek BI di sekolah kita ?
Bro..
Aku nak tanya kau....Siapa tokoh akademik, budayawan dan sasterawan yang beriya-iya nak PPSMI ni?
Kemudian, ada kajian ke yang mengatakan PPSMI ni berjaya? kalau takat cakap kosong lebih baik kembali pada dasar lama laaa...
Mahathir pun bukan pandai sangat... ha ha ha ha
Kemudian....siapa kau nak dibandingkan dengan Ungku Aziz, Pak Samad, Hassan Ahmad, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Hamid, Prof Zainal Kling, Prof Emeritus Ismail Hussain, Dato Baha Zain dan sebagainya?
Mmmm....dulu belajar kat mana yek? Kerja apa ye?
Aku tengok kalau prof shahrir tu cakap valid la...sebab dia prof dalam matematik....lu apa kes?
ha ha ha ha....
Wa tgk kalu dah cop UMNO tu memang UMNO la...ha ha ha ha
nama yang aku sebut tadi semua nak mansuh PPSMI....
sebenarnya saya tak faham kenapa tak tanya saja ahli-ahli sains dan ahli-ahli matematik. kenapa ahli-ahli politik yang buat keputusan... tanya para pakar bahasa apa yang seelok-eloknya kita pakai. tanyakan samada kita boleh kita gunakan bahasa melayu di sekolah...
5050 PPSMI,
1. Ada kajian ke yg mengatakan PPSMI tak berjaya ? Cuba tanya budak sekolah, mana mereka lebih suka... BM atau BI ?.. ohh lupa, mereka dah tunjukkan pun bahawa lebih 80% memilih utk menjawab dalam BI.
2. Kalau Mahathir bukan pandai sangat, buktikanlah... Saya sedia mendengar dan mengulas mengenainya.
Anon 18 march 03:14,
1. Sesiapa boleh mempersoalkan dan mengkritik kenyataan sesiapa dengan syarat ianya berasas dan berfakta. Ini kerana, adakalanya mrk tidak mendapat maklumat yg betul dan adakalanya kenyataan mereka bersikap prejudis. Sekiranya apa yg saya tulis adalah salah, sila tunjukkan supaya saya boleh pelajari sesuatu.
2. Kalau apa yg Prof. Shaharir cakap itu valid, kenapa terlallu banyak kesalahan dan kesilapan yg beliau lakukan ? dan terlalu banyak fitnah yg beliau keluarkan. Itu tidak termasuk kesilapan beliau memahami dasar PPSMI spt yg telah ditujukkan dalam jawapa kedua beliau kpd Tun Dr. Mahathir. Bagaimana seseorang yang menulis dgn banyak kesilapan dan tidak memahami dasar PPSMI boleh dikatakan valid ? Semua kenyataan beliau telah dijawab dan ditunjukkan kesalahan yg beliau lakukan.
3. Kenyataan saudara jelas menunjukkan bahawa fikiran saudara tertutup oleh fahaman politik. sbb itu dalam FAQ no. 10, saya sebut mengenai kacamata politik yg perlu dibuang...jika tidak saudara akan buta.
Anon 18 March 04:09,
1. Kenapa perlu tanya pakar bahasa untuk satu dasar yg dibuat bagi meningkatkan penguasaan dalam bidang sains dan teknologi ? Dasar ini berkenaan utk menguasai sains dan teknologi supaya mudah utk memahami bahan rujukan di peringkat tinggi. Bukan utk bahasa. Oleh itu knp perlu bertanya kpd pakar bahasa ? Dasar ini terlalu jelas matlamatnya...
Salam semua...
Kalau dah mentaliti membangkang tu, membangkang juga....
Kepada pembangkang-pembangkang tegar PPSMI, ini lawan anda...
http://tunfaisal.blogspot.com
Semua putarbelit penentang2 PPSMI (terutamanya memanipulasi data) ada beliau dedahkan.
natematik dan sains adalah subjek yang memerlukan pemahaman..
oleh itu adalah lebih baik belajar dengan bahasa yang mudah untuk difahami..
di Malaysia Bahasa Melatu adalah bahasa yg mudah utk difahami..
kenapa kita perlu bertukar ke bahasa asing..
ini akan merugikan kita..
kita memerlukan pemahaman..
bila kita sudah memahami barulah kita boleh menguasai..
@ Anon 18 March 10.53am
Jelas lagi bersuluh penentang2 PPSMI memang kekeringan modal. persoalan yg telah dirungkai dan dijawab, masih kamu nak ulang berkali-kali. Encik Tun Faisal dalam blognya ada jawapan untuk alasan kamu.
Bahasa Melatu? Suku kaum apa pulak tu???
Anon 18 March 10.53am,
1. Spt yg disebut oleh saudara Nazrul Hilmi, persoalan tersebut telah dijawab berkali-kali. sila baca kembali segala posting mengenainya di dalam blog ini atau melawat blog Tun Faisal.
2. Secara ringkas, tiada masalah bagi pelajar memahami sains dan matematik dalam BI sekiranya mereka diajar sejak dari awal lagi (sejak berumur 7 tahun)... sbb itu saya tidak bersetuju sekiranya kerajaan cuba menukar dasar ini ke peringkat sekolah menengah sahaja.
3. Pengajara sedari awal seawal umur 7 tahun (darjah 1) adalah kunci kpd pemahaman pelajar bagi subjek sains dan matemaik dalam BI.
4. Keputusan peperiksaan dan jumlah yg memilih utk menjawab dalam BI juga menunjukkan pelajar kita lebih selesa menjawab dalam BI.
Syabas diucapkan kpd pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Anda membuktikan semangat Malaysia Boleh !
Jika hanya merujuk terhadap pelajar-pelajar sekolah di kawasan bandar mungkin PPSMI tidak menjadi masaalah kerana sebahagian besar anak-anak ini telah dilatih oleh ibubapa dari kecil untuk memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bagaimana pula dengan para pelajar dari kawasan pendalaman? Kawasan pantai timur yang umum sudah mengetahui pencapaian anak-anak disana amat rendah dalam bahasa Inggeris? Matematik dan Sains memerlukan pemahaman yang tinggi dan bahasa penghantar mestilah dapat difahami, mudah dan jelas. Jika bahasa tersebut sendiri sudah tidak difahami oleh mereka bagaimana pula nak menguasai bidang Sains dan Matematik?
Seperti yang saudara CheWal terangkan, PPSMI bukan lah bertujuan untuk membuatkan rakyat Malaysia lebih cintakan B.I tetapi untuk pembelajaran terus subjek Sains dan Matematik. Tetapi kesannya, apabila di laksanakan ibubapa akan lebih cenderung untuk mengajar dan melatih anak-anak mereka dalam Bahasa Inggeris dan mereka akan bertutur dengan anak-anak dalam Bahasa Inggeris kerana khuatir anak-anak akan tidak faham bila belajar di sekolah nanti.
Secara tidak lansung bahasa penghantar dirumah sudah bertukar menjadi bahasa Inggeris. Ini sudah tentu sedikit demi sedikit akan menjejaskan populariti bahasa Malaysia. Jika ini berlaku tidak mustahil suatu hari nanti pengajian dalam Bahasa Malaysia hanya menjadi satu subjek pengajian Bahasa kerana ketika itu rakyat Malaysia hanya menggunakan bahasa Inggeris untuk segala urusan.
Sudah tentu para pelajar memilih untuk menjawab dalam bahasa inggeris kerana mereka di ajar dalam bahasa itu. Jika mereka diberi soalan dalam bahasa malaysia tentunya mereka tidak akan faham kerana istilah-istilah sain dalam bahasa Malaysia hanya dilihat oleh mereka ketika membaca soalan peperiksaan dan bukan dalam pembelajaran seharian. Sebaliknya jika mereka diajar dalam bahasa malaysia dan diberikan pilihan untuk menjawab dalam bahasa inggeris saya amat percaya mereka akan memilih untuk menjawab dalam bahasa malaysia kerana tidak memahami istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Mengapa setengah pihak sukar untuk memahami dasar PPSMI. Mungkin mereka tidak memahami Bahasa Melayu. Sudah berkali-kali dinyatakan bahawa Matematik dan Sain adalah dua bidang ilmu teknologi yang sentiasa berubah-ubah.
Bahasa Melayu adalah bahasa. Ini yang perlu di perkayakan dari berbagai sudut.INI PERLU.Sebab ia adalah BAHASA KEBANGSAAN kita.
Bahasa Inggeris pun adalah bahasa dan perlu diperkayakan, itu pun JIKA MAHU.
MATEMATIK dan SAIN bukannya bahasa,tapi adalah dalam bentuk ilmu TEKNOLOGI yang perlu kita kuasai SECEPAT mungkin.
Bukankah ada Dwi-bahasa? Sesiapa nak menjawab dalam Bahasa Melayu dibolehkan,tetapi terma-terma sain dan teknologi tetap sama.
Bahasa Rojak pun tidak mengapa asalkan konsep dikuasai.
Malangnya setengah dari pelajar tidak minat dalam bidang-bidang tersebut.Walau dalam bahasa apa pun mereka tetap tidak meminatinya.Itu adalah satu perkara yang berbeza.
Apa yang di huraikan CheWal ada kebenarannya.
Beberapa persoalan saya:
Mereka yang mendapat pendidikan Tingkatan 1 pada tahun 2003 yang menuntut di universiti terutama dalam bidang kejuruteraan dan sains di IPT tempatan,apakah pendapat mereka??
Antara mereka yang cemerlang dan terpilih dalam kelas persediaan untuk keluar negara,apa pendapat mereka?
Dan, mereka yang menunjukkan tidak kepuasan itu SIAPA?
(Maaf)
Soalan saya yang tertinggal:
Bolehkah sesiapa bandingkan pelajar melayu yang pernah berada di Tingkatan 1 dalam tahun 2004 dan kini yang menuntut di IPT/IPTS.Apakah pendapat mereka??
Harap diperjelaskan.
Koyeng,
1. Jangan memandang rendah keupayaan pelajar-pelajar di pedalaman dan luar bandar. Sekiranya dasar ini bermula sejak dari darjah satu, ianya tidak ada masalah bagi pelajar utk memahaminya.
2. Keputusan cemerlang Adik Madihah dari Kota Baharu yg hidup dalam kemiskinan membuktikan dasar ini mampu dijayakan oleh pelajar luar bandar dan pelajar yang serba kekurangan.
3. utk pengetahuan saudara, Adik Madihah memilih utk menjawab dalam BI bagi kesemua subjek sains dan matematik
4. Spt yg diterangkan oleh Jaja, subjek sains dan matematik diajar dalam dwi-bahasa. Pelajar boleh menggunakan bahasa melayu semasa bertanya atau menjawab di dalam kelas. Sila rujuk pelan strategik Kementerian Pelajaran Malaysia.
ataupun lawati blog Tun Faisal.
BAHASA JIWA BANGSA, DIMANAKAH BANGSA JIKA BAHASA DIABAIKAN. TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA? FIKIR-FIKIRKAN WAHAI PEMIMPINKU.
sedih mengenangkan org Melayu yg tidak mahu maju ke hdpn. sedih melihat org melayu tidak sanggup m'cuba. sedih melihat keegoan tidak bertempat org melayu utk belajar. SEDIH MELIHAT ORG MELAYU MALAS.
b'ulang kali dibangkitkan isu pelajar di kwsn luar bandar.. knp t'lalu pandang rendah pljr luar bandar? pljr yg b'mula seawal usia 7 thn nnt akan dgn mudah memahami BI. yg dewasa, yg dh lps sklh ni yg xfhm BI sbnrnya. jgn babitkan budak2. mereka trg hati utk bljr. mrk berazam utk m'cuba. mereka mahu maju ke hdpn.
klu b'ckp psl p'terjemah, bila tiba ms para p'terjemah ni dh tiada,siapa lg nk buat krj p'terjemahan klu smua rkyt malaysia xpnd BI? kita kena ada generasi pelapis. kita sgt2 memerlukan. cubalah buka minda anda. jgn b'fikiran cetek.
seperkara lg, kpd mrk yg m'hina Tun Dr M, sedarlah bhw segala kesenangan yg kita kecapi skrg adalah kerana beliau. sememangnya beliau mmg pandai. cuba bljr b'syukur & b'terima kasih. klu xstuju dgn seseorg, jgn smp m'hina tokoh t'sebut. sbb ramai rakyat tahu kblhn & kejayaan beliau. tanpa beliau, kita tidak mungkin smp ke thp ini skrg. renungkan.
~nnrz~
Great! Jika macam ni pendirian pihak keranjaan, bersedialah untuk menerima kekurangan jumlah undi pada pilihan raya akan datang. Good Luck!
Seperti yang Cik Jaja bertulis:-
'Bukankah ada Dwi-bahasa? Sesiapa nak menjawab dalam Bahasa Melayu dibolehkan,tetapi terma-terma sain dan teknologi tetap sama.
Bahasa Rojak pun tidak mengapa asalkan konsep dikuasai.'
Jika terma-terma sains dan teknologi adalah sama, kenapa bersusah payah nak mengajar dalam bahasa inggeris? Cikgu hanya perlu mengajar dalam bahasa malaysia dan menggunakan terma-terma tersebut. Terma Sains tak semestinya datang dari bahasa inggeris, mungkin dari Bahasa Jerman, Perancis atau Arab bergantung kepada dimana penemuan-penemuan tersebut dilakukan. Dan ini bermakna bahasa inggeris dan Bahasa Sains BUKAN SUATU BAHASA YANG SAMA! Saya masih tidak faham mengapa Matematik dan Sains perlu di ajar dalam Bahasa Inggeris sedangkan istilah dan terma itu bukan semestinya dalam Bahasa Inggeris. Kalau nak dikatakan mereka mungkin akan mempunyai masaalah ketika di universiti bagaimana pula para pelajar yang menyambung pelajaran di german, jepun atau perancis? Adakah tidak timbul masaalah bahasa kerana kita sudah diajar dengan bahasa Inggeris yang begitu standard dengan bahasa sains???
Kalau boleh janganlah dipolitikkan PPSMI.Keluar tajuk.Apa kena mengena dengan PRU akan datang. Ini sentiment.
Persoalannya kini berkaitan anak-anak kita supaya tidak ketinggalan.
Terima kasih CheWal kerana survey 19/03
Masih tiada siapa yang dapat memberi jawapan untuk soalan saya.
*Apakah pendapat pelajar yang berada di Metrikulasi,Foundation dan diploma dalam bidang sains dan teknologi di IPT/IPTS tahun 2008? Sebab mereka merupakan batch pertama yang terlibat dengan PPSMI selama 5 tahun.(Itu pun masih belum setahun pengajian)Saya kira ini lebih tepat,kerana mereka yang benar-benar terlibat. Yang lain cuma persepsi...
sdr koyeng,
Berkaitan jelek atau tidak apabila mendengar mereka betutur dalam bahasa Inggeris itu soal peribadi. Bukan menjadi satu kesalahan jika mereka bertutur dalam bahasa selain dari Bahasa Melayu kita. Bukankah elok menguasai banyak bahasa. Contoh Bh Arab,Bh Cina,Bh Jepun,Perancis,korea,Bh Russia dan banyak lagi. Pilihlah. Bahasa Melayu tetap Bahasa Kebangsaan.Sekarang saya sedang belajar Bahasa Mandrin.
Kalau kawan saya berbangsa Cina,boleh bertutur dalam bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Mandrin.Sudah tiga bahasa. Saya masih kekurangan satu bahasa.
CheWel kata:
( Persoalan mengapa tidak membuat penterjemahan telah di jawab dalam posting yang lalu terutama dalam FAQ list. Sila semak dan baca ruangan komen dimana penterjamahan bukan sahaja tidak praktikal buat zaman ini malah ianya menyebabkan kita sentiasa berada di belakang teknologi.)
T.kasih.
Satu perkara lagi berkaitan dengan tenaga pengajar yang terlibat terus PPSMI majoriti terdiri dari guru-guru yang mempunyai masaalah dalam perlaksanaannya. Mungkin keluhan datang dari mereka.
Walaubagaimanapun terdapat guru-guru yang memperolehi ijazah dari Jepun dan negara-negara lain sebagai contoh, gembira serta menerima imbuhan.
Bagaimana ye?
Bolehkah Profs,Dr.PHDs,Ungku Aziz,Baha Zain ,Zainal Keling,Pak tu dan Pak ni buat terjemahan-terjemahan ilmu Sain dan teknikal secepat mungkin untuk dewan bahasa? Mengarut.Mereka ni siapa?
Biar konkrit. Jangan tanya orang belajar di mana. Sekarang saya tanya, awak belajar apa di U? Sastera? Hah Anonymous? Mereka sasterawan dan ekonomis.Saya Engineering.Kena belajar calculas for engineering,Chemistry for engineering,Physics.Apa yang awak merepek???
Jaja,
Belajar untuk mendalami ilmu, menambah pengetahuan, mempelbagaikan bahasa memang mulia. Tapi berinteraksi dalam bahasa inggeris dalam urusan seharian walhal kita dibesarkan dalam mengunakan bahasa melayu. Dan orang yang kita berinteraksi tu pun orang melayu. Jadi apa tujuan bercakap dalam bahasa inggeris? kalau hanya nak menunjukkan kehebatan B.I pada saya memang jelik. Tapi tu pandangan masing-masing.
Bukan nak mempolitikkan. Bila rakyat tidak setuju dengan keputusan kerajaan kemana lagi mahu di salurkan ketidakpuasan hati? tentulah bila kuasa mengundi di tangan rakyat.
Keputusan survey tidak boleh merujuk kepada keinginan masyarakat Malaysia umumnya kerana kebanyakan pembaca laman web CheDet adalah penyokong-penyokong setia Tun. Bukan keseluruhan rakyat Malaysia.
PPSMI ibarat tandas awam di Malaysia. Semua orang tahu orang Malaysia lebih memerlukan tandas cangkung dari tandas duduk. Tapi pihak pemaju pusat membeli belah masih juga membina tandas duduk konon nya ia adalah terbaik untuk pengguna. Sesudahnya terpaksa pula menulis 'Please do not squat on the toilet bowl' :-)
Keputusan peperiksaan yang cemerlang selepas perlaksanaan PPSMI masih boleh dipertikaikan, ini kerana gred pencapaian peperiksaan boleh diubah oleh pihak kementerian pendidikan. Misalnya pencapaian pendidikan sains tahun ini rata rata mencapai markah tertinggi 70/100 markah. Dengan perangkaan ini pihak majis akan merubah sistem gred lebih rendah supaya tidak terlalu banyak para pelajar yang gagal. Tidak mustahil gred it telah di ubah sedemikian rupa supaya tidak menampakkan kegagalan PPSMI
70/100 dengan BI, berserta guru yang dilatih secara intensif dalam lingkungan masa tidak sampai sepuluh tahun. Masih tak ok ?
Bagaimana jika kita kira dalam jangkamasa panjang?
70/100 cuma andaian saya sahaja. Mungkin juga 60/100 atau 50/100?
Ada beberapa petikan pendapat:
(i)
So why do we teach science and math in English? Is it because the English language is much superior to Bahasa Malaysia? ‘Superior’ has nothing to do with it. English has been the language of secular knowledge since the 15th century, when King Henry VIII severed diplomatic and religious ties with the Vatican. Free from the rigid control of Rome, England soon became Europe’s beacon of freedom of thoughts and intellectual reasoning. England was also an imperialist colonial power with colonies throughout the planet, which helped to make the English language as the global ‘lingua franca’.
In science and math, we learn through specialized terms, jargon, and symbols. The objective of learning science and math would be to put together all those terms, jargon and symbols; and subjecting them to an analysis in order to create discernible data.
So CO is a formula for the Carbon Monoxide compound. Any student who understands that the word 'mono' denotes 'one', would quickly grasp that Carbon Monoxide means 'one Carbon atom attached to one Oxygen atom’. Similarly a student who knows that the prefix 'di' denotes 'two' could easily understand that Carbon Dioxide (CO2) is a molecule consisting of one Carbon atom and two Oxygen atoms. Once you delve into the frightening world of organic chemistry or biochemistry, you’d notice that a good command of English would truly come in handy.
In physics and chemistry we are submerged in a world of formulas and nomenclatures which are standardized throughout the world and governed by bodies such as the IUPAC (International Union of Pure and Applied Chemistry).
In modern physics, two examples are Newton’s f = ma (force = mass X acceleration) and Einstein’s famous E = MC2 (Energy = Mass X speed of light squared - C is derived from ‘Celeritas’ in Latin). Yes, Einstein wrote that General Relativity formula in 1905 in English - despite the fact that he was a German speaking individual - in appreciating the universal nature of scientific enterprise. If a kampung boy is taught the meaning of words such as ‘mass’ and ‘energy’, it would be relatively easy for him to understand these formulas.
In biology, a student would practically be harassed by mind-boggling terms. A student who knows that the term ‘photo’ is associated with light, and understands that ‘synthesize’ means ‘to produce’ will immediately understand what ‘photosynthesis’ is. A student who studies anatomy and does not understand the meaning of ‘superior’, ‘anterior’, ‘posterior’, ‘lateral’, ‘medial’ and ‘dorsal’; will find it very difficult to memorize all complex anatomical structures.
Once that student becomes a fellow of the scientific community, he or she would probably be required to write technical journals. In order that his/her findings could attain international recognition, the scientist must write them in English.
(ii}
Banyak blog yg ditulis oleh guru yg mengajar PPSMI.
Saya boleh bagi kalau saudara tidak jumpa.
Kesan PPSMI ini kepada golongan majoriti adalah sangat tidak baik.
Hanya segelintir yg dapat manfaatnya.
Bahasa Inggeris memang patut dikuasai tetapi bukan melalui PPSMI.
Melalui Bahasa itu sendiri barulah dapat dipertingkatkan BI.
Guru hanyalah pelaksana program dan selama enam tahun macam macam ujikaji dijalankan 'trial & error' dan yg rugi majoriti anak bangsa Melayu.
Markah terpaksa direndahkan untuk meluluskan gred. Tidak hairanlah kualiti graduan dipertikaikan.
Stake Holders tidak pernah ambil peduli peranan pelaksana. Apa yang berlaku arahan mestilah dipatuhi sedangkan pelaksana telah sedaya upaya membuatnya.
GuruKanan
Kesimpulan:
Kita adalah guru dengan penuh amanah untuk mendidik.Kita adalah jentera bagi perlaksanaan sesuatu dasar.
Adakah kita dibendung kepayahan untuk melaksanakan sesuatu dasar? Guru sepatutnya lebih kehadapan daripada pelajar. Bukan untuk merungut tentang tentang kepayahan. Di mana letaknya 'methodologi','saikologi' dalam pendidikan? Dimanakah kecekapan kita? Dimanakah usaha-usaha kita?
Sudah kita fahami bahawa 'Guru kencing berdiri,murid kencing berlari'?
Murid samada di kampung atau di bandar adalah insan putih bersih. Kita sebagai guru yang mencorakkan mereka berbagai. Bukan terbendung dengan 'kepayahan'.
Perlu kita jaga kewibawaan diri, supaya masyarakat umum dapat memberi persepsi yang baik. Bukan sebaliknya, seperti guru malas,jarang masuk kelas atau sepuluh minit terlewat dan bila masuk bilik darjah dengan sikap marah-marah sehingga waktu pembelajaran punah begitu sahaja.
Ada sekelompok yang 'bermusyuarat di kantin berkaitan pembelian rumah/kereta' pada waktu PMP.
Kadang kala ada gurauan sinis:'jangan ponteng nanti kena kencing manis, gaji ribu-ribu'
Murid merungut buku tidak bertanda.
Mengapa begitu ye?
En Guru Kanan,
Berkaitan dengan kualiti graduan
kita masih belum nampak hasilnya.Sudah saya kemukakan dahulu bahawa pelajar yang terlibat dengan PPMSI baru berada di IPT/IPTS tahun 1 Diploma atau Metrikulasi/Foundation. Bagaimana untuk mengukur kualiti pada peringkat ini?
Maaf En Guru Kanan, saya ialah seorang guru kiri.
Maaf CheWal sekiranya saya melanggar thread..
Kawan-kawan bagaimana petikan ini?
"Kerjaya saya memberi saya peluang bekerja dan menilai pelajar di Malaysia, China, Indonesia, Thailand dan India. Tidak dapat dinafikan pelaja-pelajar dan pekerja dari India mempunyai banyak kelebihan dan 'confidence' kerana mereka amat fasih dan selesa dalam Bahasa Inggeris.
Saya dari kampung dan belajar Sekolah Kebangsaan. Sejak kecil dan sehingga ke Universiti saya selalu merasa terkilan kenapa saya tak diberi peluang bersekolah di sekolah 'English Medium'. Bapa saya tidak mampu kerana sekolah English Medium agak mahal dan jauh dari rumah.
Tidak kira apa keputusan kerajaan, saya akan memastikan anak-anak saya belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Saya yakin mereka amat memerlukannya untuk bersaing di pasaran dunia.
Saya bekerja di China dan rakyat negara ini berbelanja beribu Yuan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Teknologi. Mereka tahu mereka akan lebih berjaya dalam pasaran dunia, seperti India, jika mereka lebih menguasai Bahasa Inggeris.
Sayangmalaysia
Dan ini?
"Hi ! Saya seorang guru matematik dan sains. Saya telah mengajar selama 6 tahun.
Peralatan PPSMI seperti laptop, projector, troli dan courseware semuanya tidak digunakan 100% untuk PPSMI. Tetapi digunakan untuk benda-benda lain. COntohnya troli multimedia di letak di bilik mesyuarat, projector hanya digunakan dalam pembentangan mesyuarat dan sebagainya, guru-guru tidak deiberi kebebasan untuk mengguna peralatan ini. Banyak yang rosak dan tak diselengara dengan betul. Bayangkan sekolah saya dulu ada lebih kurang 13 projector tapi kini tinggal 3 sahaja dan itupun hanya untuk kegunaan lain-lain. Troli pulak semuanya rosak dan disimpan dalam stor. Komputer untuk guru hanya 4 untuk 70 orang guru.
Sepatutnya kelas-kelas dilengkapi dengan peralatan PPSMI tetapi hanya diletakkan di bilik khas. Bayangkan Kelas sains Form 1,2,3,4,5 dan Math semua form nak guna satu bilik khas. Mana taknya gagal dasar PPSMI ini.
Guys let me tell all something, pelajar yang kita hasilkan sekarang adalah kosong dari segi ilmu sebab mereka tak faham apa benda pun, mestilah mereka tak faham sebab gurunya pun kosong.
Cikgu Sains"
Fikir-fikirlah.
Terima Kasih.
maafkan saya en yusuf..
tapi aku rasa agak cetek tahap pemikiran en yusuf ni..
Aku cukup tak puas hati bila orang bagi alasan perlu mansuhkan PPSMI sebab kesian kat budak-budak kg dan pedalaman...
rasa cam nak gi luku kepala orang2 tu...
aku budak Kg dan Aku SOKONG PPSMI!!!
http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html
Jaja said:-
"Kerjaya saya memberi saya peluang bekerja dan menilai pelajar di Malaysia, China, Indonesia, Thailand dan India. Tidak dapat dinafikan pelaja-pelajar dan pekerja dari India mempunyai banyak kelebihan dan 'confidence' kerana mereka amat fasih dan selesa dalam Bahasa Inggeris.
-Bahasa rasmi india ialah bahasa inggeris, adaka kita patut menukar bahasa rasmi kita kepada bahasa inggeris?
Jaja said:-
Saya bekerja di China dan rakyat negara ini berbelanja beribu Yuan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Teknologi. Mereka tahu mereka akan lebih berjaya dalam pasaran dunia, seperti India, jika mereka lebih menguasai Bahasa Inggeris.
- Saya pun pernah berkerja di Cina, dan disana mereka tidak peduli pun bahasa inggeris. Kecuali golongan yang akan berkerja di luar negara. Dan itu tidak ada kena mengena dengan bahasa inggeris dalma matematik dan sains diperingkat sekolah rendah.
Kawan-kawan,
kesimpulan saya untuk melaksanakan sesuatu dasar, biar apa sekali pun harus dirancang dengan penuh strategik. Kalau tidak ia akan menimbulkan masalah yang berpanjangan. Melibatkan keluhan- keluhan pihak tertentu selepas diimplimentasikan.
Untuk melihat keberkesanan sesuatu dasar yang berkaitan dengan pembangunan insan akan mengambil masa yang lama.
Sangat berbeza dengan dasar politik yang boleh berubah-ubah setiap 4-5 tahun.
t.kasih
Post a Comment