March 12, 2009

Jawapan kepada laman web Kesturi.net

Dibawah ini adalah jawapan saya kpd Prof. Dr. Shaharir dari Kesturi.net. Saya diminta untuk menjawab satu persatu sanggahan Prof. Dr. Shaharir terhadap Dr. Mahathir.

Saya sertaka kenyataan Dr. Mahathir, sanggahan Dr. Shaharir terhadap Dr. Mahahtir dan diikuti dengan sanggahan saya terhadap kenyataan Dr. Shaharir.

Mahathir 1:
Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

Jawaban Shaharir:

Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO!?

Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana jelas makna “semangat kebangsaan” beliau berbeza daripada kebanyakan orang; dan makna “utamakan bahasa” beliau juga amat berbeza daripada sesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat lojik yang betul tetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap. Umpamanya “semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa” tetapi beliau menterbalikannya “orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orang yang tidak bersemangat kebangsaan”. Lojiknya betul tetapi beliau menyelewengkan makna “bangsa” pula kerana beliau tidak menerima “bahasa menunjukkan bangsa” atau lebih dalam lagi “bahasa jiwa bangsa”. Lagi satu, “Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lain berada ditangga bawah”, atau terbaliknya “Orang yang tidak meletakkan bahasa lain ditangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasa sendiri”; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secara lojiknya betul ini dengan mengatakan “Orang yang ingin menguasai bahasa lain tidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri”. Betul, tetapi dia menutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu, sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukan sahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri atau mematikan langsung bahasa sendiri. Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidak membenarkan bahasa sendiri digunakan dalam sains dan matematik itu kerana dasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah berada di aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalam bahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepadas hakikat ini.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Jawapan Dr. Shaharir penuh dengan imaginasi dan andaian beliau semata-mata terhadap Dr. Mahathir. Beliau menulis seolah-olah Bahasa Malaysia mahu dihapuskan terus, seoalah-olah Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa rasmi Negara…. Sedangkan dasar PPSMI hanyalah menyentuh dua matapelajaran sahaja iaitu sains dan matematik. Keseluruahn subjek lain (selain dari BI) adalah dalam BM.

Mahathir 2: Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

Jawaban Shaharir:

Baiklah.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Tiada ulasan.

Mahathir 3: Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

Jawaban Shaharir:

Pertama: Seperti yang disebut di atas, Dr. Mahathir memang berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan). Sudah pastinya bangsa B ini akan menentang sekeras-keras kepada pemimpinnya yang mahu menjadikan bahasa bukan bahasa B sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik, walaupun hujah yang muluk-muluk dapat diutarakan akan kewajaran dasar itu. Di Malaysia ini suku kaum China umpamanya tidaklah begitu marah kepada Dr. Mahathir dengan dasar pendidikannya itu kerana Dr. Mahathir telah bertindak lembut terhadapnya dengan membenarkan bahasa Cina juga boleh terus digunakan. Kalau dia berkeras sama seperti terhadap suku kaum Melayu, maka Dr. Mahathir layak dituduh “tidak bersemangat kebangsaan Malaysia” oleh semua kaum di Malaysia. Nasib baik Dr. Mahathir tidak mendapat tentangan yang keras daripada orang Melayu (UMNO terutamanya) pada masa dia berkuasa dahulu kerana sifat Melayu UMNO yang feudal (“Ketua mesti betul!”).

Kedua dan ini lebih penting lagi: Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dia juga sengaja membuat andaian yang salah, dan diulang-ulangnya pada mana-mana kesempatannya, bahawa orang bersemangat kebangsaan tidak hirau bahasa lain dan tentu maksudnya bahasa Inggeris, malah kadang kala ditegaskan nasionalis ini tiak mahu orang lain menguasai bahasa Inggeris dan Berjaya seperti nasionalis itu. Sungguh jahat! Dia sengaja cuba memfitnahkan bahawa selama 30 tahun lebih ini orang Malaysia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri (tentu bahasa Melayu maksudnya) tidak berjaya dalam sains dan matematik dan tiada fasih berbahasa Inggeris ke tahap yang sewajarnya.

Semua ini semata-mata prangsangka buruknya sahaja atau kejahilannya mengenali ahli sains dan matematik Malaysia selama ini. Tentunya apabila kita kata “ahli sains dan matematik Malaysia” ini bermakna orang Malaysia yang dahulunya belajar sains dan matematik sekolah hingga universiti dalam bahasa Melayu, atau sekurang-kurang belajar sains dan matematik sekolah dalam bahasa Melayu tetapi kemudian berkarya ilmu sains atau matematiknya di arina antarabangsa (menerbitkan karyanya dalam jurnal atau pascasidang dalam bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu). Ahli sains dan matematik ini sudah ribuan banyaknya! Tentunya kita belum berjaya mendapat Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Hadiah Nobel boleh dimenangi oleh orang yang tidak berapa tahu bahasa Inggeris pun! Telaahlah senarai pemenang Hadiah Nobel ini. Lagi pun, adakah Negara Membangun yang memang dasar pendidikannya semuanya sejak tadika bukan dalam bahasa sendiri, tetapi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, yang diagungkan oleh pemimpinnya masing-masing, selama ini sudah melahirkan ahli sains atau ahli matematik yang menerima hadiah sains atau matematik yang besar-besar yang mungkin menjadi kayu ukur Dr. Mahathir ?

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Konsep `semangat kebangsaan’ Dr. Shaharir sangat sempit. Beliau gagal memahami `semangat kebangsaan’ yg dimaksudkan oleh Dr. Mahathir

Sebenarnya, sifat feudal (“ketua mesti betul”) adalah sifat parti PAS. Banyak contoh yg menunjukkan dalam PAS, semua yang ketua cakap mesti betul….

Seterusnya Dr. Shaharir memfitnah Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dr. Shaharir juga memfitnah Dr. Mahathir lagi bahawa Dr. Mahathir mengatakan org di Malaysia yang belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu tidak Berjaya dalam sains dan matematik dan tidak mahir berbahasa inggeris. (Kedua-dua fitnah ini saya tandakan dengan warna merah).

Dr. Shaharir sebenarnya gagal memahami ayat Dr. Mahathir ini iaitu : “…akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju…” yang merupakan point penting dalam perkara no.3 ini.

Mahathir 4: Kita diberitahu Nabi bersabda “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”. Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

Jawaban Shaharir:

Ini Dr. Mahathir sengaja menyelewengkan maksud hadith ini sahaja. Dia pun memang tahu! Pemimpin Zaman Tamadun Islam dahulu, apatah Nabi Muhamad SAW, tidak pernah mengajar orang-orang di Timur Tengah atau di wilayah tamadun itu dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa “China” (atau Hindia atau Yunani dsbnya) walaupun mereka tahu dalam bahasa-bahasa itulah ilmunya tinggi pada masa itu. Hadith ini semua orang tahu maksud sebenarnya cuma sengaja dipermainkan oleh Dr. Mahathir untuk membodohkan orang Malaysia yang disangkanya sebahagian besarnya masih boleh diperbodohkan begitu. Hadith ini memang telah pun kita laksanakan sejak zaman Tun Razak dahulu lagi. Dr. Mahathir meneruskan tradisi ini dengan mengukuhkan lagi melalui penghantaran pelajar ke negara-negara yang sistem pendidikannya sains dan matematiknya bukan dalam bahasa Inggeris sekali pun; dan ini dapat dilakukan dengan jayanya walaupun sistem pendidikan kita dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Hadith ini begitu jelas maksudnya dan tulisan Dr. Mahathir juga begitu jelas. Bukankah untuk menuntut ilmu di Negara cina, kita perlu pelajari bahasa cina, tulisan cina dan lisan cina ? bukanlah untuk menuntut di Negara Jepun, kita perlu pelajari bahasa Jepun, tulisan dan lisan ? Bukankah untuk menuntut ilmu di Negara inggeris, kita perlu pelajari bahasa inggeris, tulisan dan lisan ? Dimana Dr. Mahathir menyeleweng ? Memfitnah lagi nampkanya Dr. Shahrir (ayat berwarna merah)

Mahathir 5: Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

Jawaban Shaharir:

Ini betul dan memang menjadi hukum pembinaan tamadun. Malangnya kita (terutamanya pada zaman Dr. Mahathir berkuasa) tidak percaya pada hukum ini, lalu lambatlah kita membina pusat terjemahan yang boleh melaksanakan hukum itu. Pada akhir-akhir regimnya sahaja barulah ditubuhnya (atas desakan puluhan tahun) Institut Tejemahan Negara tetapi belum pun sempat bergerak, Institut itu dijadikan tak relevan olehnya dengan menjadi bahasa Melayu, bahasa yang haprak, yang tidak layak membawa ilmu, menerima ilmu, mengungkap ilmu dan dibangunkan menjadi bahasa ilmu. Kononnya kita lupakan dahulu bahasa Melayu, kita ajar semua dalam bahasa Inggeris dan lepas itu baru ramai yang boleh terjemah seperti yang cuba dibayangkannya berlaku di dalam Tamadun Islam itu. Dr. Mahathir sengaja memutar belit fakta. pendidikan sains dan matematik (apa ilmu pun) pada Zaman Tamadun Islam itu bukan dalam bahasa ilmu masa itu (yang disebut oleh Dr. Mahathir bahasa Yunani). Bahasa ini diketahui oleh segelintir sarjana pada masa itu, dan sarjana-sarjana inilah yang dimobilisasi oleh khalifah untuk melaksanakan gerakan penterjemahan besar-besaran itu. Penterjemahan ilmu ke dalam bahasa sendiri oleh para sarjana dan pendidikan dalam bahasa sendiri dilakukan serentak! Model Dr. Mahathir, kalau betullah begitu model dan wawasannya, iaitu “tinggal dahulu bahasa sendiri dan kemudian apabila sudah maju dalam bahasa asing maka barulah kita kembali kepada bahasa sendiri”, adaslah satu wawasan di kahyangan. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah tamadun di mana-mana dan isya Allah mustahil berlaku pada masa akan datang (walaupun kita masih boleh bermain-main melaungkan “Malaysia boleh”!). Sebenarnya, sejak awal lagi dan semakin ramailah orang sangsi akan “niat murni” Dr. Mahathir yang ingin memajukan bangsa Melayu dengan dasar seperti lamunannya itu… Katanya “dia sebenarnya mahu bangsa ini menghayati bahasa Inggeris sahaja …. Dia sebenarnya terpesona dengan gaya Inggeris…Kalau akhirnya orang Malaysia tak pandai sains dan matematik pun tak apa, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rata-rata petah berbahasa Inggeris…. “biar pape ase bergaye”….(“pape” dalam ilmu tetapi tetap boleh “bergaye” semacam mat saleh!). Dia tak mahu macam Jepun yang tak tahu bercakap Inggeris!”. Yang lain lagi menuduhnya dasarnya beliau itu sebenarnya dimotivasikan oleh kehebatan implikasi kewangannya sahaja!

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir bersetuju bahawa ini adalah hukum pembinaan tamadun. Point Dr. Shahrir merujuk kepada penterjemahan.

Jawapan Dr. Shaharir juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang masih berada di paradigm lama dimana tiada keyakinan. Bagi beliau, sekiranya tak pernah dibuat orang, kita tak boleh buat. Beliau terlupa bahawa kebanyakan penemuan teknologi baru adalah datangnya dari perkara yang tidak pernah dibuat orang dan kadangkala perkara yang tidak mudah diterima oleh akal.

Seterusnya, Dr Shahrir terus memfitnah Dr. Mahathir dgn mengatakan Dr. Mahathir terpesona dengan gaya inggeris dan pelbagai lagi (boleh dibaca pada ayat bertanda merah).

Mahathir 6: Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada “di zaman gelap”, zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

Jawaban Shaharir:

Setuju! Namun dia perlu berhati-hati dengan ungkapan “percaya kepada kuasa-kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam” itu kerana Islam juga mewajibkan umatnya percaya kepada benda ghaib (Jin, Syaitan, Malaikat dan Yang Maha Berkusa). Satu daripada kelemahan besar sains sekarang ialah tidak mengiktiraf makhluk yang gaib ini dan berpegang pada falsafah Tabiisme atau lebih teruk lagi ateisme.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shahrir bersetuju dgn Dr. Mahathir.

Mahathir 7: Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

Jawaban Shaharir:

Betul! Tetapi orang yang telah ada asas ilmu seperti (pada masa iyu) para paderi itu memang sepatutnya demikian. Semua bangsa yang ingin maju demikiannlah. Selama ini pun, pada tahap tertentunya, kita, iaitu para rakyat yang berpengetahuan lebih tinggi daripada orang awam mempelajari sesuatu bahasa untuk mencungkil ilmu dalam bahasa itu. Cuma tahap keghairahan kita tidak sama dengan mereka di Eropah dahulu… itulah satu drp puncanya kita lambat maju sehingga Dr. Mahathir menggelabah dan tidak sabar untuk melakukan sesuatu tetapi tersalah fikir atau langkah itu. Beliau tidak mendapat iktibar sepenuhnya daripada sejarah Tamadun Eropah itu sendiri.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir bersetuju dengan Dr. Mahathir tetapi menyalahkan tahap keghairahan disamping salahkan Dr.Mahathir lagi.

Mahathir 8: Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

Jawaban Shaharir:

Selama ini kita tidak demikian; dan kerajaan di bawah Dr. Mahathir dahulu sekali-kali tidak menggalakkan para ilmuwan Malaysia melakukan seperti yang berlaku di Eropah itu. Ilmuwan kita mengejar apa yang Dr. Mahathir impikan (menerusi wawasan kahyangannya yang bergaya itu). Inilah hasilnya…. kita ada “sarjana” (ribuan banyaknya dalam satu-satu bidang seperti sains matematik, sains hayat, kejuruteraan… ) yang tidak pernah menterjemah hingga tamat usianya! Penyelesaian daripada Dr. Mahathir ialah “paksa semua orang belajar dalam bahasa Inggeris”… lupakan terjemahan..lupakan bahasa sendiri.. apa tujuan Dr. Mahathir bawa sejarah Tamadun Islam dan Tamadu Eropah itu?!

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir salah kan Dr. Mahathir kerana tidak menggalakkan penterjemahan. Sedangkan kemasukan dan perkembagan sains dan teknologi di Negara bermula dengan Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Itupun ramai yang bangkang pada mulanya (tipikal mindset)… dan perkembangan pesat sains dan teknologi di Malaysia hanya bermula di awal 90an. Seperti biasa, beliau tidak berterima kasih diatas usaha Dr. Mahathir menyemarakkan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia, sebaliknya beliau menyalahkan Dr. Mahathir pasal penterjemahan. Saya akan ulas penterjamahan ini pada argument yang lain.

Mahathir 9: Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

Jawaban Shaharir:

Ini tidak berapa betul! Sarjana-sarjana Eropah dahulu yang menguasai bahasa Arab itu sama ada mereka sudah pun berilmu dalam bahasa Latin atau mereka belajar ilmu dalam bahasa Arab dan Latin (dwi-bahasa) hanya di peringkat universiti sahaja. Di sekolah umpamanya mereka tetap belajar dalam bahasa mereka sendiri atau bahasa Latin (walaupun pemimpinnya sedar Latin ialah bahasa yang mengandungi ilmu yang lebih inferior daripada yang ada di dalam bahasa Arab) tetapi mereka berwawasan dan beriltizam membina ilmu untuk bangsanya dalam bahasa Latin (bahasa jiwanya, bahasa rasmi agamanya). Akhirnya mereka agak berjaya sehingga pada satu tahap, malah dapat mengalahkan sains Tamadun Islam kerana kealpaan umat Islam, tetapi yang masih tidak memuaskan para pemimpin mereka sehinggalah masing-masing bangsa di Eropah itu membangun ilmu dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Apa yang Dr. Mahathir belajar daripada sejarah Eropah ini? Lagi sekali Dr. Mahathir pandai membuat kesimpulan yang pendek itu untuk mengelirukan rakyat yang pernah berada di bawah telunjuknya dahulu.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir berkata kenyataan Dr. Mahathir tidak berapa betul. Maknanya ada yang betul. Dr. Shahrir berkata mengenai sekolah di Eropah, tetapi Dr. Mahathir berkata mengenai penguasaan ilmu yang ADA pada bangsa lain. Ayat Dr. Mahathir begitu mudah, iaitu kalau kita nak menguasai ilmu yang ada pada bangsa lain, ianya bermula dengan penguasaan bahasa bangsa tersebut. Ayatnya mudah, tetapi Dr. Shaharir tidak faham… sedangkan untuk menghantar individu belajar ke luar Negara juga memerlukan individu tersebut menguasai/memahami bahasa bangsa luar tersebut.

Mahathir 10: Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

Jawaban Shaharir:

Ayat pertama itu tentu mungkin dan patut! Tetapi ayat kedua itu berniat jahat semata-mata! Dia tahu ayat kedua itu tidak pernah berlaku pada orang Inggeris pun. (Sarjana Inggeris masih menterjemah buku atau makalah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, malah jauh lebih banyak daripada kita lakukan selama ini). Kita sebenarnya sudah buktikan selama 30 tahun lebih ini bahawa “segelintir” itu agak banyak sehingga jika dasar kerajaan di bawah Mahathir dahulu berwawasan yang tepat keadaan bangsa kita sekarang lain daripada yang ada sekarang ini.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir bersetuju dengan ayat pertama, tetapi mengatakan bahawa ayat kedua berniat jahat. Hebat Dr. Shaharir ini sehingga boleh tahu niat Dr. Mahathir. Tinggi sungguh tahap prejudis beliau terhadap Dr. Mahathir.

Mahathir 11: Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

Jawaban Shaharir:

Dr. Mahathir membuat rumusan yang melulu untuk menegak benangnya yang basah atau tujuan mencapai hasrat yang dicita-citanya yang tersasar itu sahaja. Dr. Mahathir tidak membuat kerja rumah yang cukup. Apa bezanya sains dan matematik yang di ajar di sekolah dan universiti (ijazah pertama) sekarang dengan zaman beliau dahulu (50 tahun dahulu)?. Kalkulus yang diajar di sekolah dan di universiti sekarang ialah ilmu abad ke-17 dan ke-18 dan tidak berubah sebab perkara itu masih tetap menjadi asas yang perlu. Begitu juga dengan asas-asas fizik, kimia dan biologi. Yang berbezanya hanyalah aspek pengiraan dalam ilmu-ilmu itu kerana 50 tahun dahulu komputer belum ada, malah ilmu sains komputer dan teknologi maklumat amnya belum ada. Namun dalam bidang pengiraan (sains komputer dan teknologi maklumat amnya) di peringkat asasnya yang perlu diajar di sekolah atau di universit peringkat pertama tiadalah perubahan sepantas yang cuba ditakut-takutkan oleh Dr. Mahathir itu. Dia sengaja memomok-momokkan orang seperti menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita-cerita hantu-jembalang sahaja yang pencerita itu sendiri tidak pernah mengalaminya!

Benar kadar perubahan ilmu sekarang jauh lebih pantas daripada abad ke-15 dahulu tetapi kadar kemampuan pelajar dan guru serta penyelidik sekarang menangani perubahan ini juga demikian, senahagiannya kerana teknologi juga. Jadi kesannya yang sebenar tidaklah menakutkan seperti yang cuba ditakuti oleh Dr. Mahahtir. Jika gambaran Dr. Mahathir itu benar, semua negara terutamanya negara-negara di Eropah tidak akan ada lagi dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris! Ternyata bahasa rasmi Kesatuan Eropah pun bukan bahasa Inggeris sahaja, malah terlampau banyak sehingga mereka mahu mengurangkan kepada 4 atau 5 bahasa sahaja.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr.Shaharir salah faham terhadap kenyataan Dr. Mahathir… dan terus membuat andaian yang salah. Setiap orang yang membaca ayat Dr. Mahathir tersebut faham bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir adalah ilmu di peringkat tinggi dan bukannya ilmu di peringkat sekolah.

Kemudian, Dr. shaharir pusing cerita pula dengan bersetuju bahawa ilmu sekarang bergerak dengan pantas tapi beliau berkata tidaklah terlalu pantas seperti yang ditakuti oleh Dr. Mahathir. Kemudian Dr. Shaharir kaitkan pula dengan eropah yang akan pupus bahasa mereka jika gambaran Dr. Mahathir benar. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan salah.

Mahathir 12: Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

Jawaban Shaharir:

Ini cerita daripada periwayat hantu yang disebut di atas. Teori baru yang terbukti berguna dan berjadi hanya berlaku jarang sekali, banyak bidang sains dan matematik berlaku perubahan teorinya dalam kalaan puluhan tahun, malah sains komputer yang dianggap terpantas itu pun biasanya dalam kalaan 3 atau 4 tahun (itu pun teknologinya sahaja). Yang digambarkan oleh Dr. Mahathir itu ialah tesis baru yang belum mencapai tahap yang patut dikuasai oleh kebanyak orang di universiti, apatah lagi di sekolah. Ia berlaku di kalangan sarjana berkenaan sahaja; dan sarjana tidak pernah menghadapi masalah bahasa yang ditakuti dan menakutkan orang oleh Dr. Mahathir itu. Berkenaan dengan “algorizmi” (sepatutnya alkhwarizmi atau algoritma) lagi lambat munculnya. Yang diajar di sekolah atau di universiti hingga kini masih yang asasnya yang dicipta ratusan tahun dahulu lagi (zaman belumada komputer lagi!). Teori dalam astronomi lagi lambat perubahannya, teori yang terbaik setakat ini (terutamanya oleh orang Barat) ialah ciptaan sarjananya lebih daripada 70 tahun dahulu (iaitu teori Einstein dan teori quantum) dan “algorizmi” untuk mengira ke angkasa lepas tidak banyak berubah sejak pertama kali Amerika barjaya ke Bulan (1974). Ilmu-ilmu yang lama inilah yang perlu dikuasai oleh pelajar kita sebelum mereka boleh belajar sendiri kelak. Persoalannya dalam bahasa apakah yang terbaiknya? Takkanlah dalam bahasa yang pelajar tidak tahu atau tidak selesa? Lojik mana yang Dr. Mahathir pakai?

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Kenyataan Dr. Mahathir begitu mudah. Beliau mengatakan bahawa ilmu sains dan teknologi bergerak dengan pantas.. tetapi Dr. Shahrir berkata sebaliknya…iaitu ilmu sains dan teknologi seoalah-olah bergerak dengan perlahan. Saya akan gabungkan jawapan ini dengan jawapan no.13…kerana ianya berkaitan… ianya juga berkaitan dengan jawapan no.12.

Mahathir 13: Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

Jawaban Shaharir:

Ini mengulang-ngulang benda yang sama…. Menakut-nakutkan tentang benda yang sama… hantu yang sama.. Cuma di sini lagi banyak Dr. Mahathir cuba bercakap benda yang nampaknya dia tak berapa tahu. Sains atom tidak banyak berubah sejak awal abad ke-20 ini kerana kadar penemuan atau pembinaan teori barunya memakan masa yang panjang kalaannya seperti yang disebut sebelum ini. Teori Bohm (tentang atom) yang dikatakan sedang membina kubu-kubu persaingan dengan teori sebelumnya dicipta pada 1950-an dan berkemuncakkan pada tahun 1980-an dahulu (nah! Memakan masa 30 tahun dan masih tak menang!… menunjukkan lambatnya perkembangan sains bidang ini). Sains halus, jika dimaksudkannya nano-sains, sebenarnya bukan sains baru tetapi sains awal abad ke-20M; yang barunya (dan belum berjaya) ialah teknologi berasaskan sains itu. Jika sains halus itu bermaksud sains makhluk halus, orang Melayu sudah tidak perlu kepada Barat, malah Barat sedang menterjemah ilmu ini (dari Timur) ke dalam bahasa-bahasa mereka. Nampak macam yang dalam kendong kita sedang berciciran dan yang dikejar mengikut Dr. Mahathir tak dapat-dapat!

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shahrir sekali lagi cuba mengatakan bahawa perkembangan ilmu sains dan teknologi bergerak perlahan. Beliau hanya memberkan contoh mengenai asas teknologi yang digunapakai sehingga hari ini… tetapi beliau tidak pun menjelaskan penambahan dan perubahan yang berlaku terhadap asas teknologi ini. Sebagai contoh, pembangunan binaan transistor telah bermula berpuluh-puluh tahun dahulu.. malah pembangunan transistor berasaskan MOS (Metal Oxide Semiconductor) lebih awal ditemui berbanding dengan BJT (Bipolar Junction Transistor). Tetapi adakah model MOS yang ditemui berpuluh-puluh tahun dahulu masih relevan sehingga ke hari ini ? Bagaimana model terbaru MOSFET dibangunkan ? Apakahh penambahan yang dibuat ? Mengapa penambahan dibuat? Apakah masalah-masalah baru yg dihadapi ? Apa itu DIBL (Drain-induced-barrier-lowering) dan impaknya ? Apa pula akibat channel-length modulation ? kesemua konsep ini tidak wujud dahulu. Bagaimana pula dengan perubahan yang berlaku keatas setiap model utk transistor ini ? Apa bezanya MOS level 1, level 2, BSIM level 2, BSIM 3v3 dan BSIM 4 ? Bagaimana impak dan effect-effect baru dimasukkan kedalam model-model ini ? Ini baru membincangkan satu perkara yang begitu kecil yg mungkin kurang dari 0.1% dari keseluruhan bidang.

Mahathir 14:
Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

Jawaban Shaharir:

Kalau Dr. Mahathir tidak berprasangka buruk dan membuat sedikit aritmetik kedudukan buku-buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang, nescaya dia tidak akan bercakap dengan nada kalah seperti itu terutamanya jika dia berwawasan yang betul terhadap pembangunan sesebuah tamadun, bukan sekadar berwawasan begayo” seperti Wawasan 2020 itu sahaja [iaitu berwawasan bukan dalam bahasa sendiri dan bercakap segalanya dalam acuan sendiri tanpa takrif yang betul tentang acuan itu].

Secara amnya bilangan buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang yang mungkin sesuai dipertimbangkan untuk diterjemahkan ialah sekitar 400 buah buku setahun dalam sesuatu bidang besar seperti sains matematik (termasuk sains komputer dan teknologi maklumat amnya), sains hayat, sains fizis (termasuk kimia dan geologi), sains kejuruteraan dan sains kesihatan dan perubatan. Dalam setiap bidang ini sekarang ini dianggarkan ada kira-kira 1000 orang sarjananya (yang ada ijazah Sarjana sekurang-kurangnya) yang banyak dahulunya belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidaklah debek bahasa Inggerisnya (malah semuanya boleh menterjemah Inggeris-Melayu). Ini bermakna dengan dasar-dasar yang betul, kita tidaklah tidak mampu menghasilkan sebuah buku terjemahan setahun bagi setiap 2 orang sarjana. Di samping itu para sarjana ini juga tentunya boleh menghasilkan karya aslinya dalam bahasa Melayu, jika pengiktirafan terhadap penulisan buku tidak seperti yang berlaku selama ini. Ini belum lagi mengambil kira sarjana dari alam Melayu yang tentu sahaja boleh dimobilisasikan oleh Institut Terjemahan Negara itu umpamanya. Cara ini yang dilakukan pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Eropah yang selalu disebut oleh Dr Mahathir dan disebut di sini juga (di atas tadi) tatepai nampaknya tidak pernah menjadi iktibar beliau.

Dengan teknologi penterjemahan yang ada, kadar penerbitan penterjemahan ini tentunya “secara teorinya kacang” sahaja. Anggaran perbelanjaan setiap buku sekarang pun amat murah berbanding dengan cara lama, dan biasanya sarjana memang tidak menagih bayaran kerja penulisannya, asalkan pengiktirafan akademik yang sewajarnya diinstitusikan. Dengan dasar-dasar yang betul seperti pengiktirafan bertaraf akademik kepada para penterjemah dari kalangan ahli akademik itu, peruntukan pembangunan untuk “penterjemahan Negara” yang patut diwujudkan itu amatlah kecil berbanding dengan peruntukan projek pembangunan mega-mega selama ini. Pokoknya wawasan pemimpin negara yang betul sahaja yang diperlukan, iaitu yang pastinya bukan wawasan ala Dr.Mahathir itu.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir membuat `cheap shot’ kepada Dr. Mahathir keatas wawasan 2020. Seperti PPSMI yang beliau gagal fahami, mungkin beliau juga gagal fahami wawasan 2020.

Kemudian Dr. shaharir memberikan angka mengenai bahan rujukan sewenang-wenangnya. Angka yang beliau petik dari awan agaknya tanpa memberikan sumbernya. Bidang kejuruteraan sahaja mempunyai pelbagai pecahan dan bahagian. Bidang pula begitu banyak…dan adakalanya ianya berkait dan adakalanya tidak. Adakah kita mempunyai sarjana di kesemua bidang ? Itu belum lagi dikira perubahan-perubahan dan penambahan yang berlaku terhadap bidang-bidang ini dengan begitu pesat… dan belum lagi mengambil kira perkataan BM baru yang perlu diwujudkan.

Penterjemahan memakan masa. Itu baru membincangkan mengenai penterjemahan buku rujukan yang biasanya adalah berkaitan dengan teknologi yang dah lama sekitar 5 hingga 10 tahun…malah mungkin lebih dari itu. Semua bahan yang dibukukan adalah kebanyakkan teknologi yang sudah lama dan sudah menjadi `standard’. Selain dari itu, terdapat pula penemuan-penemuan teknologi dan konsep yang baru yang hanya ada dalam bentuk paper/journal/letters/article.

Akibat daripada perubahan dan perkembangan teknologi yang pesat ini (yg berbeza semasa zaman teknologi berkembang dgn perlahan semasa sebelum revolusi dahulu), kita akan sentiasa berada dibelakang teknologi…sekiranya kita tumpukan kepada penterjemahan sahaja. Sebagai contoh, kita ingin memahami konsep asas semiconductor. Kita fahami konsep asas fiziknya dahulu. Maka kita pun membuat penterjemahan untuk buka rujukan mengenai fizik dalam semiconductor. Ini juga mempunyai pelbagai cabang lagi seperti material, application, modelling, characetization dan lain-lain. Setelah siap penterjemahan (kata Dr. Shaharir… perlukan setahun) maka dapatlah membaca mengenai konsep asas fizik bagi semikonduktor. Itu belum lagi kita membaca mengenai perubahan yang berlaku dalam semikonduktor, bagaimana ianya dimodelkan, dan bagaimana ianaya digunakan dalam circuit simulation dan bagaiman behaviour nya didapati dari segi application. Itu juga tidak termasuk perubahan yang berlaku terhadap saiz transistor dan akibatnya… semasa kita sedang belajar dan cuba untuk memahaminya (yg mungki memerlukan beberapa penterjemahan lagi…dan mungkin memakan masa bertahun lagi)… rupanya, orang barat sudah pun mencari alternative yang lain untuk menggantikan silicon seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) kerana teknologi silicon telah hamper ke saiz atom. … kita dok ikut ajelah perkembangan teknologi yang orang lain dah terokai. Sampai kesudah, kita hanya pengikut dan pengguna semata-mata. Ini baru membicarakan satu bahagian yang mungkin hanya 0.1% dari keseluruhan bidang sains dan teknologi.

Mahathir 15: Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

Jawaban Shaharir:

Ini yang sengaja Dr. Mahathir tidak atau buat-buat tidak faham-faham. Ini dilakukan asalkan orang hanyut bersamanya dalam wawasan sebenarnya, iaitu menjadikan Malaysia ini bangsa yang kononnya lebih tahu berbahasa Inggeris daripada bangsa-bangsa lain yang bukan Anglo-Saxon. Malah, dalam pada masa yang sama, dia tidak berapa kesah jika rakyat Malaysia memandang rendah atau tidak peduli kepada bahasa sendiri. Sejauh mana orang ramai sebenarnya lebih ramai/banyak boleh mencapai ilmu menerusi bahasa Inggeris itu (berbanding dengan menerusi bahasa sendiri)? Hal ini mungkin tidak begitu dipedulikannya. Persoalannya, di manakah sandaran orang seperti Dr. Mahathir ini lakukan untuk mengatakan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bukan bahasa sendiri (di sini Inggeris) bagi lebih daripada 90 % rakyat Malaysia ini (yang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya) maka semakin ramailah rakyat Malaysia nanti faham sains dan matematik dalam bahasa itu dan seterusnya boleh mendapatkan sendiri ilmu itu kemudiannya menerusi teknologi maklumat? Siapa yang belajar sendiri tentang sains kependudukan umpamanya jika dia telah faham kalkulus sekolah? Siapa yang buka internet mencari ilmu baru tentang atom dan naoteknologi jika dia tidak faham hukum Newton pun? Pastinya orang mahir berabuk bercakap bahasa Inggeris sekarang pun jika dia tidak faham kalkulus sekolah tidak akan berbuat demikian! Hukum akal mana yang dia pakai: belajar dalam bahasa yang bahasa yang pelajar tidak selesa lebih baik daripada belajar dalam bahasa yang pelajar lebih selesa? Hasil kajian mana yang dia pakai yang menunjukkan pelajar berbahasa ibunda A lebih baik belajar dalam bahasa bukan ibundanya B? Hasil penyelidikan siapakah yang menunjukkan pelajar yang lebih selesa dalam bahasa A akan lebih berminat atau lebih berdaya cipta kelak jika belajar dalam bahasa bukan A? Jika semua soalan ini negatif jawabannya, apa maknanya Dr. Mahathir kata “jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris” ? “Kita” tu siapa dan berapa keratkah? Hebat sangatkah sains dan matematik orang Melayu di Singapura atau di Brunei kerana mata pelajaran ini begitu lama diajar dalam bahasa Inggeris? Sudah berpuas hatikah kita dengan prestasi sains dan matematik bangsa-bangsa di Afrika yang pendidikan seluruhnya dalam bahasa Inggeris sejak begitu lama sehingga secara tak langsung kita pun mahu mengikut jejak langkahnya? (Sebenarnya, contohnya, Nigeria dan Afrika Selatan baru berusaha untuk menggunakan bahasa sendiri dalam pengajaran sains dan matematik anak bangsanya!). Apa hebatnya sains dan matematik di Filipina yang begitu lama rakyatnya belajar ilmu ini dalam bahasa Inggeris? Adakah pendemokrasian sains dan matematik di Hindia begitu bagus berbanding dengan Tiongkok kerana pendidikan sains dan matematik di Hindia telah lama dalam bahasa Inggeris dan Tionghua masih dalam bahasanya sendiri; dan adakah pencapaian sains dan matematik di Hindia lebih baik drpd Tiongkok? …. dan terlampau banyak soalan yang jawabannya terang-terang menyangkal pandangan Dr. Mahathir itu.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir kembali memfitnah Dr.Mahathir dengan mengatakan bahawa Dr. Mahathir mahukan bangsanya lebih tahu berbahasa inggeris dari bangsa-bangsa lain yang bukan anglo-saxon. (ayat bertanda merah). Ayat penting dalam kenyataan Dr. Mahathir ini adalah barisan terakhir iaitu,” …kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.” Ayat ini Dr. Shaharir tak Nampak atau buat-buat takk Nampak.

Jelas dalam jawapan Dr. Shaharir ini, beliau tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir. Apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir adalah… apabila kita mula belajar sains dan matematik dalam BI dari kecil lagi, dan kemudian kita sampai ke peringkat tinggi (university misalnya), kita boleh akses terus ilmu-ilmu dengan mudah tanpa memerlukan penterjemahan. Penerokaan ilmu berlaku semasa di peringkat pengajian tinggi. Mungkin Dr. Shaharir tidak faham makna perkataan `akses’. Saya rasa ini adalah perkataan bahasa melayu… tapi hairan juga kerana Dr. Shahrir tidak memahaminya kerana Dr. Shaharir seoalah-olah hanya tahu perkataan akses ini digunakan untuk teknologi maklumat dan internet semata-mata.

Saya bagi contoh mudah lagi supaya Dr. Shaharir faham. Di sekolah, pelajar belajar mengenai kamiran (ini dalam BM), bila di peringkat university, buku rujukan menulis `integration’. Pelajar tadi terpaksa membuat penterjemahan ataupun mencari buku yang sudah diterjemahkan. Sekiranya dia belajar dalam BI, dia tidak perlu penterjemahan dan boleh terus memahami apa yang dibacanya secara langsung… dan bila beliau faham secara langsung, fikirannya akan lebih terbuka, maka idea-idea yang baru boleh timbul. (ini adalah contoh mudah… ianya perlu dilihat dari skop ayat yang panjang yang melibatkan penggunaan beberapa perkataan yg dipelajari).

Mahathir 16: Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

Jawaban Shaharir:

Memang betul! Tetapi apa muslihatnya beretorik begini?

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir tidak faham mengapa Dr. Mahathir menulis sebegini. Ini adalah point yang cukup penting. Nanti saya terangkan sbb ianya berkait dengan no. 17.

Mahathir 17: Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

Jawaban Shaharir:

Amat betul! Tetapi apa guna leteran begini?

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Seperti no. 16, Dr. Shaharir tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Mahathir. Saya jelaskan disini.

Dr. Shaharir, sehingga kini bangsa melayu secara khasnya dan umat islam secara amnya adalah umat pengguna. Umat islam yang merupakan umat majority di dunia adalah umat pengguna. Kita sebenarnya adalah umat yang LEMAH.

Kita sememangnya berbangga kerana mempunyai ramai cendiakawan yang hebat-hebat. Kita ada ramai prof. yang hebat. Kita ada ramai yang memenangi anugerah emas. Saya tidak nafikan bahawa semuanya hebat.

Tetapi saya ulang sekali lagi, sebenarnya kita adalah umat yang LEMAH. Kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa terhadap kekejaman barat dan yahudi terhadap umat islam. Kita hanya mampu menangis, merintih dan meratap terhadap kekejaman ini. Kita hanya mampu merayu meminta belas kasihan kpd org barat dan yahudi agar menghentikan kekejaman meraka. Mereka bebas menindas dan menghina umat islam sewenang-wenangnya walaupun umat islam adalah umat yang majority didunia. Apa yang mampu kita buat selain dari merintih adalah….berkata-kata seperti “… janganlah buat macam tu”, “kamu semua ni jahatlah “, “kamu semua ni tak berperikemanusiaan lah “, kamu ni kejamlah “, “kami benci kamu”.Hanya itulah yang mampu kita buat. Kenapa ?

Kenapa ? Kerana ssehingga kini kita adalah umat pengguna. Kita tidak berada di depan teknologi. Kita tidak boleh mencipta teknologi. Kita tidak dihormati langsung kerana kita bukanya umat yang menguasai teknologi. Kita harus terima hakikat bahawa org barat dan yahudi menguasai teknologi. Selagi kita tidak berada dihadapan teknologi, selagi kita tidak menguasai teknologi, selagi kita tidak menjadi pelopor dan pencipta kpd teknologi, kita akan terus ditindas dan dihina.

Inilah maksud disebalik kenyataaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk point no. 16 dan 17. Kenyataan ini sangat penting dan saya mengharap Dr. Shaharir dan lain faham betul-betul.

Mahathir 18: Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

Jawaban Shaharir:

Sebahagian besarnya betul! Tetapi Dr. Mahathir tidak boleh menangkap borong semuanya bahawa ilmu sains dan matematik sekarang “bukan ilmu sekular”. Ilmu mengikut Islam ialah pengetahuan yang tidak menghakis iman sedangkan banyak teori dalam sains dan matematik sekarang bukan sahaja boleh menghakis iman tetapi jelas mencabar beberapa ajaran utama Islam. Kita perlu mengajar sains dan matematik kepada orang Islam supaya dia faham bukan sekadar matannya sahaja tetapi faham juga selok-belok ketakserasiannya dengan Islam sehingga orang Islam terpanggil untuk memperbaikinya dan seterusnya menjadi nakhodanya. Itu yang pernah dilakukan pada zaman Tamadun Islam dahulu dan Dr. Mahathir hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dalam hubungan ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak membantu mendidik orang Melayu khususnya ke tahap yang diingini ini, kerana bahasa Inggeris itu membawa nilai-nilai kesekularan tersendiri yang sudah teradun dalam pengolahan penyampaian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu. Diakui bahasa Inggeris pun semakin menjadi satu daripada bahasa yang berkesan untuk penyampaian Islam tetapi gaya ini masih belum meresap ke dalam penyampaian sains dan matematiknya.Malah berdasarkan tinjauan yang dibuat beberapa kali yang mendapati lebih daripada 90% ahli sains teori Barat kini adalah ateis atau apeduli agama (kalau sekular lagi tinggi!), maka gaya penulisan sains dalam bahsa Inggeris khasnya tidak mungkin akan berubah kepada yang teis atau peduli agama, makalah semakin sebaliknya.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir bersetuju dengan sebahagian besar tulisan Dr. Mahathir untuk point no.18. Untuk ulasan beliau seterusnya, mungkin saya boleh pinjam ayat Dr. shaharir sendiri iaitu ..” Dr. shaharir hendak takutkan orang yang belajar sains dan matematik dalam BI”.

Mahathir 19: Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

Jawaban Shaharir:

Lagi sekali Dr. Mahathir membuat andaian palsu, iaitu bangsa yang mengutamanya bahasanya sendiri adalah bangsa yang mengabaikan ilmu, bangsa yang kolot dan lemah, dan sebagainya itu. Lupakah dia tentang nasib bangsa Inggeris itu sendiri? Begitu juga dengan bangsa-bangsa yang dianggap maju dalam sains dan matematik sekarang, bangsa yang manakah yang tidak mengutamakan bahasanya sendiri? Sebenarnya orang yang rela bangsanya dihina dan sebagainya yang dikatakan dan dilakukan oleh Dr. Mahathir sedang berlaku pada orang Melayu sekarang ini pun (sejak 2003) kerana dasar bahasa yang menabaikan bahasa Melayu sedangkan tahap pencapaian sains dan matematik orang Melayu ada tanda-tandanya yang semakin merosot sebagaimana yang dipaparkan oleh para penyelidik yang tidak terikat pada kepentingan politik semasa.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Untuk kesekian kalinya, Dr. Shaharir membuat fitnah terhadap Dr. Mahathir (ayat bertanda merah) kerana kegagalm beliau memahami ayat Dr. Mahathir. Saya nasihatkan agar Dr. Shahrir baca semula ayat Dr.Mahathir dan bandingkan dengan ayat Dr. Shaharir. Kenyataan Dr. Mahathir ini berkait rapat dengan no. 16 dan 17.

Mahathir 20: Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

Jawaban Shaharir:

Siapa yang tidak bersetuju dengan pandangan ini?

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Shaharir bersetuju dengan Dr. Mahahtir tetapi beliau tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir.

Mahathir 21: Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

Jawaban Shaharir:

Pemimpin dan pejuang yang dibayangkan oleh Dr. Mahathir ini sukar dicari di Malaysia ini kerana sebahagian besar sejarah pasca-merdeka Malaysia ini berada di bawah zaman pemerintahan beliau. Dalam zaman pemerintahannya yang lama itu, beliau mungkin merasakan banyak benda yang dia buat yang tidak disukai ramai tetapi tetap dilakukan demi tidak “membiarkan bagsanya kolot dan hina” . Ini perasan beliau sahaja dengan menganggapkan setiap tindakan tidak popularnya tetap dilakukan kononnya demi kebaikan bangsanya, nasionalis sebenarnya, dan tidak penyempatnya dia. Orang boleh berhujah balik bahawa dasarnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik sekolah dilakukan demi sebaliknya sahaja. Umpamanya, penyempat (pandai mengambil peluang situasi yang muluk-muluk)! Takrif nasionalis siapakah yang yang ciri-cirinya mengizinkan pengabaian kebudayaan sendiri? Dia patut menilai semula perasannya itu atas sebab-sebab yang telah diutarakan sebelum ini yang memberi kesimpulan bahawa tindakan tidak popularnya itu sebenarnya “membiarkan bagsanya kolot dan hina”. “Kolot dan hina” kerana dasar itu berkebarangkalian yang amat kecil akan melahirkan bangsa yang mampu mencipta ilmunya sendiri dan berkebudayaan sendiri.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Disini, Dr. Shaharir bersikap prejudis terhadap Dr. Mahathir. Mungkin Dr. Shaharir iri hati terhadap Dr. Mahathir diatas semangat beliau yang lantang membela nasib umat islam di serata dunia, yang lantang menghentam org barat dan yahudi di arena antarabangsa, yang tidak kisah dirinya dihina, dicaci, dikeji dan difitnah.

Dr. Shaharir berkata, orang boleh berhujah balik kpd Dr. Mahathir… tetapi sayang, hujah orang itu begitu lemah kerana dia salah faham apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Mahathir.

Mahathir 22: Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

Jawaban Shaharir:

Slogan “Bahasa jiwa bangsa” kini sudah dikelirukan oleh tingkah-laku Dr. Mahathir selama ini kerana padanya ilmu dan bahasa terpisah sifatnya. Padanya bahasa menjadi jiwa bangsa hanya dalam kebudayaan yang sempit bagi sesuatu bangsa itu sahaja, dan kebudayaan yang sempit itu pun tidak penting kalau bangsa itu tidak berilmu. Beliau menganggap ilmu itu neutral malah terpisah daripada bahasa. Bahasa tidak mewarnai ilmu dan ilmu tiada sumbangannya bahasa. Pada Dr. Mahathir ilmu yang sedia ada ini (apatah lagi yang hendak dicipta nanti) dalam bahasa apa pun memberi makna yang sama sahaja. Pandangan sempit dan salah ini ditambah pula dengan sikapnya yang tidak memasukkan ilmu sebagai komponen jiwa bangsa yang terpenting itulah menjadikan “bahasa jiwa bangsa” itu tidak perlu dipedulikan lagi. Tidak hairanlah dia merasakan slogan “Bahasa jiwa bangsa” itu tidak tepat, tidak kena, dan kolot, sehingga dia tambah satu ayat lagi itu. Inilah berbezanya Dr. Mahathir dengan kebanyakan ilmuwan seluruh dunia.

Jawapan Chewal kpd Shaharir:

Dr. Mahathir memang berbeza dengan kebanyakan ilmuan didunia….beliau juga adalah seoarang ilmuan. Beliau pernah berbeza pendapat mengenai ekonomi dengan ilmuan ekonomi di dunia…. Tetapi beliau membuktikan bahawa ilmunya itu berguna dan boleh menandingi ilmuan ekonomi yang lain.


Nota: Shaharir b. M.Z. (Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT). BBBangi, 28/08/08.

Nota: Chewal… (I’m nobody…. http://chewal.blogspot.com)

Nota: Kepada Prof. Dr. Shaharir, saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan Prof. Saya hanya ingin memberikan sedikit pembetulan dan teguran diatas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.


15 comments:

-mfaiz83- said...

thankz bro. Chewal, Moga Dr Shaharir boleh berfikir dengan lebih terbuka.

Hanya pejuang mengenal pejuang!

red rooster said...

Askm Chewal,
Syabas atas ulasan yg panjang lebar. Semoga 'mereka' sedar hakikat sebenar dan semoga isu ini tidak terus dipolitikkan.
Saya juga ada sedikit ulasan menurut kacamata saya berkaitan isu ini di dlm blog saya.
T'kasih.

Anonymous said...

Nama jer Dr Shaharir tapi bodoh nak mampus.Tun Dr Mahathir nak tolong bangsa sendiri pun ko x nak.dah la bangsa sendiri ketinggalan,orang nak tolong pun xnak.ko ingat kita ni maju sangat cam jepun,german,perancis ke ko nak compared ngan diorang.Lepas tu boleh pula cakap "perkembangan ilmu sains dan teknologi bergerak perlahan".Cuba la ko buka internet sikit..aduh!!

heidzir radli said...

apa tg chewal terangkan amat saya setuju...mungkin dr sharir mementingkan bahasa melayu kerana beliau seorang pensyarah di UKM yang diketahui hanay menggunakan bahasa melayu, jika bangsa hendak majau, bangsa itu mesti menguasai segala ilmu, dan bahasa juga adalah ilmu dan juga punca kepada ilmu yang lain.... saya seorang pelajar, amat merasai kegunaan bahasa inggeris apabila masuk ke universiti, apakah tindakan hanya belajar bahasa inggeris apabila masuk ke U yang dr sharir tindakan bijak? di ukm takpe, guna bahasa melayu...di U lain? x jadi inggeris kalo belajar BI... x jadi melayu kalau belajar dalam BM sahaja.. jadi bangsa yang mundur kalau taknak belajar bahasa orang lain...

nisa shari said...

salam bro...

harap2 semua yg menentang PPSMI boleh bc penjelasan chewal di sini...

terang n jelas bhw PPSMI wajar diteruskan demi masa dpan anak2 kita

Anonymous said...

Berikan contoh negara yang menggunakan pembelajaran Science & Matematik dalam English yang telah berjaya menjadi negara maju. Untuk mempelajari Sains dan Matematik perlukan pemikiran dan kefahaman. Sebenarnya apa yang dipinta oleh Anti-PPMSI adalah mengajar pelajaran2 tersebut di sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja supaya pelajar2 bukan sekadar menghafal untuk lulus tetapi memahami dengan sesungguhnya. Di peringkat universiti, dimana pelajar2 telah bijak dan pandai berfikir, pembelajaran semula dalam English kerana pelajaran yang bersifat lebih teknikal tidak pernah dibantah. Kita dapat lihat bahawa pembelajaran dalam English untuk Sains dan Matematik akan menjadikan anak-anak Malaysia yang pakar dalam bidang ini kelak akan lebih selesa menulis dan mengeluarkan artikel dalam English, akan memartabatkan English dalam hidup mereka kerana kehendak pekerjaan mereka dan selamanya Bahasa Melayu tidak mungkin mendapatkan buku-buku Sains dan Matematik kerana kalau mereka pakarpun, tiada perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu untuk diterjemahkan kerana pada masa itu mungkin 50 tahun telah berlalu apabila kita mendahului kemajuan Sains dan Matematik. Fikirkanlah wahai Bangsa Melayu semua... Setelah lama kita tinggalkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu nanti... tiba-tiba siapakah yang akan menukarnya? Pada masa itu, bukan tentangan penggunaan English tetapi penentangan besar-besaran penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik akan berlaku. Percayalah...

pokok rambutan said...

sebenarnya sains asasi (fundamental) sudah bergerak perlahan. yang pantas adalah sains gunaan (applied). cuba fikir, kenapa dalam fizik tiada paradigma yang mampu merubah 100 tahun Einsteinian? kenapa sudah lebih 30 tahun, teori superstring masih tak selesai2? kenapa telah lebih 50 tahun, teori kesatuan gedang masih belum dilengkapkan lagi?

hanya orang yang tak terlibat dalam bidang sains asasi saja yang tak tahu betapa lembabnya sains akhir2 ini. malah, kalau ikut john horgan, sains sudah berakhir dah!

Chewal said...

Anon 14 March,

1. Kalau bangsa melayu sudah menjadi pakar dan pengeluar teknologi, pada ketikat itu sudah tidak perlu penterjemahan kpd bahasa melayu, kerana teknologi tersebut dikeluarkan dalam bahasa melayu...dan belum wujud pun dalam bahasa inggeris. Contoh mungkin akan keluar `Teori Ali' dan lain-lain.

2. Pejuang bahasa boleh juga meminta kpd kerajaan agar menaikkan syarat utk lulus SPM atau PMR. Kalau sebelum ini, pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya C6 dalam BM untuk lulus SPM, mungkin selepas ini mohon kerajaan ubah kpda C3 utk lulus SPM. Supaya BM akan terus di pelajari dgn bersungguh-sungguh.

Pokok Rambutan,

1. Sebenarnya, sains asasi telah mengalami pembaharuan dan pengubahsuaian. Contohnya, teori asas transistor telah mengalami banyak perubahan dan penambahan. Pelbagai effect dan impact yang 40 tahun dahulu tidak ada, tetapi kini telah dimasukkan. sbg contoh DIBL effect dan chanel length modulation effect. ini hanyalah contoh yang kecil. Malah model yg digunakan juga telah berubah...dari level 1, 2, telah ada BSIM level 3, 3v3 dan 4. Numerical method yang digunakan juga telah mengalami banyak perubahan.

Kesemua perubahan dan penambahan kpd teori asasi ini memerlukan pemahaman fundamentals yang kuat. berdasarkan pemahaman yang kuat, kita boleh berfikir akan alternatif atau teknologi yang baru. Tidak dinafikan bahawa penghasilan teknologi yg baru juga akan mengikut teori asasi yang asal. Sbg contoh, CNT based transistor perlu mempunyai behaviour yang sama seperti silicon based transistor atau biological inspired semiconductor/gates perlu mempunyai behaviour yang sama dengan transistor based semiconductor.

Utk menghasilkan sesuatu yang baru, kita memerlukan pemahaman yang kuat dalam teknologi asas dan juga sebarang bentuk evolusi yg berlaku keatas teknologi tersebut. Sekiranya kita hanya lihat yg asasi, kita akan ketinggalan terhadap perkembangan semasa dan pembaharuan yang telah dihasilkan. Kalau kita ketinggalan, bagaimana boleh kita berada di depan ?

Anonymous said...

PPSMI bukan utk atasi masalah BI. , soalan no.2 tak valid malah menampakan ketidak fahaman dalam dasar ini. Kalau tak faham mengenai dasar ini, minta jangan mengulas mengenainya. fahamkan dahulu dasar tersebut.

saya ambil dari blog kesturi.nampaknya silap ni.

rasanya, ini bukan DASAR.Hishammuddin kata ia masih bersifat Eksperimen.

Macam mana tu?Pening ni.Kenapa tak bagi hujah yang bersifat data dan kajian yang boleh menangkis hujah pendokong PPSMI?

mengapa tak memberi hujah yang boleh menangkis hujah UNESCO dan TIMSS dengan setarafnya?

nak tanya makana Education tu pendidikan atau pelajaran?

Kementerian Pelajaran pun tak betul lagi dari segi istilah maknanya.bagaimana harus nak mendokong PPSMI?

Ingat, kawan saya yang memnjalankan rancangan Dialog bersama menteri di RTM pernah memberitahu, hisahmuddin tak mahu datang kerana takut akan soalan yang berkaitan dengan PPSMI.Apa cerita?

Pepper said...

Dear CheWal, I'm amazed that an academician like Dr Shaharir fail to see the importance of English. I'm just an undergraduate in Biotechnology, I have seen how the students with bad English have to struggle when they're in University.

Now I'm in final year, and I'm rather busy with the thesis writing. All the references I'm using are in English, to tell you the truth, I try to find one in Malay, however, it's simply outdated to be used as references.

I'm a malay, I placed English as important as my mother tounge (malay language), learning English doesn't make me less Malay, no it didn't.

muomali said...

"Bodoh! Ko tau tak, bodoh orang yang membantah PPSMI tu!"

"PPSMI, it's not to check the grammar. If the students wrote 'one banana plus two banana is same same three banana, ouk ouk ouk', that is correct. We don't check the grammar. We check the maths. And the science."


Kesimpulan yang aku dapat ialah PPSMI okay. Langkah GiMP untuk membantah agak tersilap kerana:

1. Lambat sangat.
2. Telah secara sengaja atau tidak, membuka peluang kepada parti politik atau individu yang mewakili parti politik untuk mencemarkan agenda mereka.
3. Membuat demonstrasi jalanan yang sukar dikawal dan mampu mencetuskan keganasan yang tidak perlu. Kalau perlu, tidak mengapa juga. Ini tidak.
4. Menganggap orang kampung bodoh dan perlu dipimpin seperti orang tidak berupaya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau tidak berusaha sekarang, kelak bila belajar di universiti atau bekerja di luar sana bagaimana? Di kilang, manakan diberi kamus rujukan, memberitahu yang perintang itu resistor, dan perengkoh paip itu pipe wrench. Dan sprocket itu entah aku tak tau. Aku panggil sprocket je. Gelendongan ke, gelandul ke, gandul ke mandul ke hapa ntah.
5. Tidak memikirkan keseimbangan peluang yang bakal dinikmati oleh mereka yang tidak berasal dari keluarga yang tidak pandai berbahasa Inggeris, dibandingkan dengan mereka yang sememangnya diasuh oleh ibubapa yang pandai berbahasa Inggeris. Daripada segi istilah.
6. Agenda yang kabur kerana ada pihak yang melaungkan kedaulatan Bahasa Malaysia, dan ada yang melaungkan tiada kena-mengena dengan kadaulatan Bahasa Malaysia, tetapi berkenaan kebolehan kognitif dan daya pembelajaran pelajar-pelajar sekarang.

http://amirhafizi.blogspot.com/2009/03/little-house-on-swamp.html

Nazrul Hilmi said...

@ Anon 15 March 8.44am

Penjelasan yg menjelaskan syor UNESCO dan TIMSS, serta juga jawapan2 kepada penentang2 PPSMI, ada dihurai panjang lebar di blog berikut:

http://tunfaisal.blogspot.com

Encik Tun Faisal adalah individu yg paling tepat jika anda ingin menimbulkan sebarang persoalan dengan lebih detail. Beliau boleh dan akan menjawabnya.

Anonymous said...

Dangkal sungguh kata2 Dr. Shaharir... Bace pun membosankan, tiada isi. Yeke betul dapat 'Dr.'?

batch pertama ppsmi said...

hahahaha....
satu je aku nak cakap,
ko bodoh laa...
aiseh kawan...

x syok la macam ni, hujah lemah gila,
byk lopong2...

tengoklah, nanti,
kalau aku ada masa lepas exam minggu ni, aku bangkang satu persatu pulak hujah ko eh?

ok, kita tunggu...
har har har!!!!!

Anonymous said...

Maaf,hujah Dr Shaharir adalah lebih tepat dan bernas berbanding Dr. Mahathir?Dr. Mahathir tu sapa?Cikgu?Ahli sains?Ahli matematik?Ahli fizik?Dia hanyalah seorang ahli politik manakala Dr. Shaharir sentiasa terlibat dalam penyelidikan sains.Dia lebih tahu perkembangan sains berbanding Dr. M yang hanya sekadar menjadi doktor biasa saja.