Sikap Prejudis – II
1) Dalam tulisan sebelum ini, saya telah memberikan satu contoh bagaimana sikap sesetengah pihak yang prejudis dan kuat berprasangka terhadap seseorang.
2) Disini saya ingin memberikan satu lagi contoh bagaimana prejudisnya sebahagian dari kalangan orang melayu. Contoh yang akan diberikan adalah berkaitan dengan kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
3) Kes Anwar 1998 menunjukkan betapa kuatnya sikap prejudis dan prasangka yang begitu kuat dikalangan orang melayu. Mereka tidak suka melihat sesuatu berdasarkan fakta dan kronologi kejadian.
4) Apakah yang berlaku pada tahun 1998 ? Ianya bermula apabila aduan yang dibuat oleh mangsa terhadap Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu berkenaan dengan salah laku liwat. Kes salah laku ini juga pernah dibawa di sekitar awal 90an ke pengetahuan perdana menteri oleh ketua polis Negara tetapi ditolak oleh perdana menteri. Kemudian pada tahun 1998, apabila aduan dibuat oleh mangsa dan mangsa menceritakan segala-galanya kpd perdana menteri, tindakan pun diambil. Selain daripada itu terdapat juga aduan bahawa Anwar Ibrahim menggunakan kuasanya untuk menyekat siasatan polis dan mengugut mangsa. Selain daripada itu, tindakan Anwar Ibrahim yang menyebelahi IMF dalam krisis ekonomi 98 menunjukkan kelemahan beliau sebagai menteri kewangan pada ketika itu. Kesemua perkara ini dibawa ke pengetahuan perdana menteri.
5) Sekiranya anda sebagai perdana menteri, apakah yang patut anda lakukan ? Cuba letakkan diri anda sebagai perdana menteri. Sebagai perdana menteri, apabila aduan diterima mengenai kakitangan dibawahnya, beliau perlu mengambil tindakan. Beliau boleh menyuruh polis membuat siasatan tetapi apabila terdapat aduan mengenai Anwar Ibrahim menggunakan kedudukanya utk menganggu mangsa dan menjejaskan siasatan polis, cara ini mungkin kurang sesuai.
6) Perdana menteri pada ketika itu, telah mengambil keputusan untuk memecat timbalannya. Tindakan ini dibuat berdasarkan aduan mangsa dan beberapa tindakan lain yang boleh menjejaskan ekonomi dan kedaulatan negara pada ketika itu. Adakah tindakan itu salah ? Tentunya tidak, kerana beliau mempunyai hak untuk memecat sesiapa yang tidak berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawab apatahlagi apabila terdapat banyak aduan salahlaku yang dibuat terhadapnya. Beliau menggunakan bidang kuasa sebagai perdana menteri.
7) Apabila Anwar Ibrahim dipecat, ramai yang terkejut dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya. Apabila Dr. Mahathir ditanya mengenainya, beliau menjawab bahawa Anwar dipecat kerana salah laku seks luar tabii beliau seperti yang diadu oleh mangsa dan juga beberapa sebab lain dan salah guna kuasa. Pemecatan ini juga membolehkan tindakan seterusnya diambil oleh pihak pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.
8) Seperti mana-mana orang yang dituduh atau didakwa, Anwar Ibrahim menafikan kesalahan dan mendakwa bahawa pemecatan beliau adalah satu konspirasi perdana menteri untuk menjatuhkan beliau.
9) Bagaimanakah reaksi sebahagian orang melayu ? Sebahagian orang melayu pada ketika itu terus mempercayai Anwar Ibrahim mengenai konspirasi dan menolak punca beliau dipecat. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa mangsa yang membuat aduan tidak perlu dibela. Maka muncullah demonstrasi-demonstrasi yang dibuat dijalan raya sebagai tanda sokongan kpd Anwar Ibrahim.
10) Pada ketika itu, belum ada dakwaan dibuat dimahkamah, belum ada perbicaraan , belum ada tangkapan dibuat dan belum ada keputusan mahkamah. Yang ada hanyalah pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Cuba kita lihat bagaimana sikap orang melayu yang begitu mudah percaya kpd dakwaan konspirasi dan prasangka terhadap pimpinan kerajaan tanpa ada apa-apa bukti. Mereka tidak mahu menunggu perbicaraan untuk melihat fakta sebenar dan dengan pantas telah membuat keputusan sendiri berdasarkan andaian dan tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim.
11) Selepas keadaan negara menjadi huru-hara, dan selepas hampir 2 minggu Anwar bebas membuat demonstrasi, beliau ditangkap dan seterusnya didakwa di mahkamah atas dua pendakwaan. Pendakwaan yang pertama adalah bekenaan salah guna kuasa yang dihakimi oleh Augistine Paul dan pendakwaan kedua adalah salah laku liwat ayng dihakimi oleh Arifin Jaka. Perbicaraan dibuat berasingan dimana kes salah guna kuasa diadili dahulu dan diikuti dengan kes salah laku liwat.
12) Berdasarkan perbicaraan yang memakan masa hampir 9 bulan dan Anwar Ibrahim dibela oleh 9 orang peguam, beliau didapati bersalah diatas kedua-dua tuduhan. Pada tahun 2004, hakim mahkamah rayuan membebaskan Anwar Ibrahim diatas tuduah liwat berdasarkan kesilapan teknikal dalam pendakwaan. Walaubagaimanapun, kesemua hakim samada di peringkat mahkamah tinggi ataupun di mahkama rayuan mendapati bahawa perbuatan liwat itu berlaku. Keputusan penghakiman boleh dibaca di sini : http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/archive/05-6-2003(W)dato%20hamid.htm .
13) Walaupun selepas perbicaraan dibuat dan keputusan dibuat, kebanyakan orang melayu pada ketika itu terus membuat andaian dan bersikap prejudis dan terus menerus menuduh bahawa kes itu adalah konspirasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Mereka membuat tuduhan ini tanpa memberi sebarang bukti mengenainya. Mereka membuat andaian berdasarkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka ingin percaya. Bukti bagi mereka sudah tidak penting. Kebenaran juga tidak penting bagi mereka. Apa yang penting adalah Anwar mesti tidak bersalah dan perdana menteri adalah jahat kerana membiarkan Anwar didakwa.
14) Adakah timbalan perdana menteri tidak boleh didakwa ? Adakah orang yang menjadi mangsa timbalan perdana menteri tidak berhak mendapat pembelaan ? Adakah perdana menteri akan dikatakan baik sekiranya orang yang bersalah atau yang terlibat dalam sesuatu kes tidak didakwa ? Adakah menjadi kesalahan sekiranya Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah ? Apakah aduan mangsa perlu dibuang begitu sahaja ? Adakah mangsa tidak perlu mendapat keadilan ? Mengapa kita mudah percaya kepada tuduhan konspirasi walaupun tuduhan itu tidak disertakan bukti ? Atau mungkinkah sekiranya Anwar Ibrahim yang membuat tuduhan, ianya tak perlu disertakan bukti ?

2 comments:
Fakta-fakta yang tuan tampilkan tidak lengkap dan punyai SIKAP PREJUDIS. Tuan mengambil fakta-fakta yang hanya menyokong pendapat tuan sahaja(bias). Walaupun saya penyokong setia kerajaan demi kestabilan, saya masih was-was dengan kata-kata tuan. Bagaimana tuan mahu penyokong pembangkang percaya jika fakta tuan tidak menyeluruh? Bila tuan bercerita tentang TPM Annwar, mereka bertanya pasal TPM Najib, bagaimana saya nak jawab?
Anon 14 March,
Boleh tuan tujukkan dimana fakta saya yang tidak lengkap dan bersikap prejudis. Saya harap tuan dapat jelaskan kerana saya sedia pelajari dan perbaiki. (I stand corrected).
Silakan tuan.
Post a Comment