Mengapa cabuli pilihan rakyat ?
1) Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau sudah mempunyai 31 MP dari BN untuk lompat ke PR dan seterusnya PR akan membentuk kerajaan.
2) Sehingga ke saat artikel ini ditulis, tiada apa yang berlaku. Yang tinggal hanyalah retorik kosong dari Anwar. Anwar memang terkenal dengan retorik dan beliau adalah orator yang hebat. Sayangnya sikap suka berretorik ini tidak akan membantu negara.
3) Pak Lah juga seorang yang gemar ber retorik. Sehingga kini, apa yang kita dengar dari Pak Lah adalah kata-kata semata-mata. Kelihatan tiada tindakan yang dibuat terutama dalam usaha untuk membangunkan negara dan ekonomi.
4) Negara kita memerlukan seorang pemimpin yang boleh bertindak. Seorang pemimpin yg mana lebih banyak bertindak dari ber retorik. Kita telah pun mempunyai pemimpin spt ini. Kesemua pemimpin-pemimpin terdahulu begitu gigih mencorakkan pembangunan negara. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang lebih banyak bertindak dari berkata-kata. Dalam 22 tahun pimpinan beliau, begitu banyak usaha gigih yg dilakukan yang dapat merancakkan pembangunan negara. Rakyat hidup dalam keadaan selesa dan aman damai.
5) Berbalik kpd tajuk artikel.... Ini berkisar kepada sikap Anwar Ibrahim yang ingin mendapatkan MP dari BN utk lompat ke PR.
6) Apa yang menjadi persoalan adalah... Mengapa harus dicabuli pilihan yang dibuat oleh rakyat majoriti ? Pada pilihanraya umum lalu, majoriti rakyat Malaysia telah memilih BN sebagai kerajaan. Semenjak merdeka, dalam semua pilihanraya umum, parti yang mendapat majoriti (yang dipilih oleh rakyat) akan mengetuai kerajaan. Ini sejajar dengan kehendak demokrasi.
7) Sekiranya Anwar mahu mendapatkan MP dari BN supaya lompat, bukankah ianya telah melanggar kehendak rakyat ? apakah yg mahu diperjuangkan oleh Anwar ? Kemanakah perginya selogan `Ketuanan Rakyat' kalau perkara semudah ini pun Anwar tidak dapat memenuhi kehendak rakyat.
8) Cuba kita lihat dalam pilihanraya umum 2004. Negeri Kelantan dimenangi oleh PAS dengan lebihan 2 kerusi. Adakah kerajaan BN cuba membeli MP-MP PAS agar mereka lompat ke BN dan seterusnya BN dapat membentuk kerajaan ? Tidak ! Kerajaan BN hormat kepada demokrasi dan hormat kepada pilihan rakyat Kelantan.
8) Anwar juga berkata bahawa BN adalah korup. Oleh sudah semestinya apa yang dimaksudkan oleh Anwar adalah MP -MP dari BN yang korup. Mengapa Anwar mahu menagih simpati dari MP BN ? Kononnya Anwar tidak mahu kerajaan korup, tapi beliau meminta bantuan dari MP MP yang dituduh korup oleh beliau. Ianya begitu bercanggah. Sekali lagi timbul persoalan....apakah tujuan Anwar sebenarnya ?
9) Bukankah lebih baik sekiranya Anwar mahu membentuk kerajaan, beliau sepatutnya menunggu sehingga pilihanraya umum akan datang. Beliau sepatutnya menunggu mandat dari rakyat Malaysia. Sekiranya rakyat Malaysia mahukan PR membentuk kerajaan, sudah tentu majoriti rakyat Malaysia akan memberi kemenangan kepada parti beliau.
10) Kalau prinsip-prinsip asas demokrasi pun Anwar tidak mampu untuk ikut, bagaimana mahu menjadi pemimpin ?
11) Kepada Anwar..... Usahlah dicabuli kehendak rakyat. Terimalah hakikat bahawa majoriti rakyat tidak mahu PR menjadi kerajaan. Terimalah hakikat bahawa majoriti rakyat memilih Kerajaan BN. Cubalah lagi pada masa akan datang.

4 comments:
Sawal ini adalah salah satu usaha yang Sawal lakukan untuk menyedarkan ramai orang. Tapi seperti tulisan sebelum ini, prajudis menyulitkan keadaan.
Wa beserta lu.
Doc,
saya hanya buat apa termampu pd ketika ini...
Malangnya, masih ramai bangsa melayu yang mudah terpedaya akibat daripada sikap prejudis mereka.
Bagaimana dengan Perak? Mengapa BN tak tunggu hingga pilihanraya seterusnya untuk mengambil balik Perak dari PR? Saya merasa malu bila ramai teman-teman menanyakan mengenainya. BN meminta Anwar tunggu pilihanraya 13 untuk tengok rakyat sokong dia atau tidak tetapi BN tidak mahu menunggu. Apa yang ada kat Perak tu hingga kita membuat rakyat marah. Maka bertambah kuat lah pembangkang kerana mereka telah ada bukti.
Anon,
pada dasarnya saya tidak suka kpd perubahan kerajaan melalui lompatan... tidak kira siapa yang lakukannya.
di Perak, 3 ADUN tersebut bukanlah melompat ke UMNO/BN, tetapi mereka keluar dari pakatan rakyat dan menjadi ahli bebas. Sebagai ahli bebas, mereka berhak memberi sokongan kpd kerajaan yang mereka mahu.
Apabila PR kehilangan sokongan dari ADUN sendiri, ianya telah hilang majoriti dan kepercayaan utk memerintah.
Inilah masalahnya kalau sesuatu kerajaan tidak mempunyai kedudukan yang kukuh spt 2/3 majoriti.
Post a Comment