Sikap Prejudis
1) Orang melayu kebanyakkanya gemar bersikap prejudis, prasangka dan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan desas-desus dan gossip. Saya tak pasti bagaimana dengan bangsa lain, tapi inilah sikap yang ketara dalam bangsa melayu.
2) Kita tentu biasa mendengar kata-kata yang ditaburkan oleh seseorang apabila satu perniagaan orang melayu berjaya. Sebagai contoh, kita biasa mendengar bahawa kalau perniagaan makan seseorang itu maju, peniaga itu mesti menggunakan tangkal atau ilmu penarik dan sebagainya.
3) Sikap seperti ini adalah contoh sikap prejudis dan prasangka. Ianya mungkin lahir dari irihati akan kejayaan orang lain atau berpunca dari sifat benci yang ada didalam diri. Orang seperti ini amat mudah mempercayai fitnah dan prasangka yang dilemparkan tanpa berfikir secara rasional. Melihat sesuatu dengan fakta tidak lagi menjadi asas dalam fikiran mereka. Sebaliknya mereka mudah terpedaya, terikut-ikut dan dipengaruhi oleh orang lain.
4) Beberapa kejadian dan peristiwa yang berlaku di dalam Negara sejak dahulu lagi boleh diambil contoh bagaimana sikap prejudis ini yang menjadi darah daging bangsa melayu. Beberap contoh akan diulas dalam tulisan ini.
5) Pemecatan Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 adalah satu contoh mengenainya. Kalau kita melihat kepada fakta dan kronologi kejadian…Tun Salleh Abbas dipecat lanjutan daripada laporan mahkamah tribunal yang diwujudkan untuk mengendali dakwaan terhadapnya. Ianya berpunca daripada arahan YDP Agong yang mahu TSA dipecat berlandaskan kemurkaan YDP Agung terhadap surat yang ditulis oleh TSA kpd baginda.
6) Sebagai ketua kerajaan, perdana menteri ketika ini iaitu Dr. Mahathir Mohamad memberitahu YDP Agung bahawa beliau tiada kuasa memecat hakim dan menurut perlembagaan hakim hanya boleh dipecat sekiranya bertindak melanggar prinsip kehakiman. Itupun setelah hakim tersebut diadili oleh tribunal.
7) Sehubungan dengan itu, akibat daripada tindakan yang dibuat oleh TSA dan kenyataan yang ditulis olehnya yang melanggar perinsip kehakiman, maka satu tribunal ditubuhkan untuk mengadilinya. Tindakan yang dibuat oleh TSA termasuklah membuat ucapan dikhalayak ramai yang mononjolkan sikap bias beliau terhadap kerajaan. Beliau juga dalam sepucuk suratnya menulis bahawa beliau tertekan sehingga menjejaskan fikiranya akibat daripada teguran yang dibuat oleh perdana menteri.
8) berdasarkan kenyataan beliau yang menunjukkan sikap bias, ianya telah melanggar prinsip kehakiman. Maka beliau boleh didakwan. Tribunal ditubuhkan oleh YDP Agung utk mengadilinya yang terdiri dari hakim-hakim termasuk dari luar Negara.
9) Malangnya, TSA tidak menghormati tribunal dan bertindak tidak menghadirkan diri. Beliau hanya diwakili oleh peguamnya. Peguamnya pula tidak membantah sebarang pendakwaan yang dibuat oleh pihak pendakwa. Oleh itu, tribunal mendapati TSA bersalah dan menyerahkan laporan kepada YDP Agung. YDP Agung seterusnya memecat TSA.
10) Bila kita melihat kpd fakta kejadian dan kronologinya, ianya jelas punca dan sebab TSA dipecat. Malah pemecatan itu juga seratus peratus berlandaskan undang-undang dan perlembagaan.
11) Malangnya, terdapat segelintir orang melayu yang tidak mahu melihat kpd fakta. Sebaliknya mereka lebih percaya kpda fitnah, prasangka dan bersikap prejudis. Mereka menyatakan bahawa Dr. Mahathir memecat TSA kerana beliau tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan TSA. Mereka juga menyatakan bahawa Dr. Mahathir merosakkan sistem kehakiman bila memecat TSA. Sehingga ke hari ini masih lagi terdapat orang melayu yang berfikiran seperti ini. Mereka membuat fitnah secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Mengapakah mereka memfitnah ? Persoalan yang saya sendiri tidak tau nak jawab.
12) Adakah mendakwa orang yang didapati bersalah itu merosakkan sistem kehakiman ? Adakah membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan/tiribunal merosakkan sistem kehakiman ? Adakah hakim bebas dari undang-undang ? Atau adakah hakim yang bersalah tidak boleh dijatuhkan hukuman ? Atau adakah sistem kehakiman dikatakan baik sekiranya orang yang bersalah tidak dijatuhi hukuman ?

3 comments:
Salam saudara..
Saya pun ada persoalan juga..
ADAKAH TDM LANGSUNG TAKDE KESALAHAN DIMATA SAUDARA??
Terima kasih kepada persoalan tersebut. Setiap manusia membuat kesalahan termasuklah TDM. TDM juga membuat beberapa keputusan ataupun tindakan yang saya kurang bersetuju.
Tulisan saya ini adalah berkaitan dengan kesalahan yang didakwa dan bukanya keputusan yang salah.
Seorang pemimpin akan selalu membuat keputusan. keputusan dibuat berdasarkan situasi dan demi kebaikan semua pihak. Adakalanya keputusan tidak menghasilkan objektif yang dikehendaki. Ini adalah lumrah bagi manusia.
Sekiranya saudara dapat berikan kpd saya kesalahan-kesalahan (dan bukannya kesilapan dalam membuat keputusan) TDM, saya sedia menerima dan mungkin akan menulis mengenainya.
terima kasih.
kepada my jgn bersikap prejudis.
Post a Comment