August 13, 2008

Kepentingan Proton kpd Bangsa, Agama dan Negara

Kepentingan Proton

1) Industri proton adalah salah satu dari perancangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam merealisasikan dasar perindustrian yang diperkenalkan oleh beliau.

2) Dasar perindustrian diperkenalkan adalah sebagai salah satu sector ekonomi yang boleh dieksploitasi berbanding dengan sector berasaskan komoditi yang sentiasa mengalami ketidakstabilan harga.

3) Langkah-langkah yang telah diatur dalam menjayakan dasar perindustrian akan dapat meningkatkan ekonomi Negara dan sekaligus membawa Malaysia kea rah Negara maju.

4) Proton juga merupakan salah satu usaha untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru dimana ianya salah satu langkah utk mengurangkan jurang antara kaum.

5) Sebelum kewujudan proton, industri automotif Negara dimonopoli seratus peratus oleh bangsa cina. Proton telah diwujudkan untuk membawa bangsa melayu sebagai salah satu pemain penting dalam industri automotif secara keseluruhan. Akibatnya, penguasaan ekonomi dibawah sektor automotif tidak dimonopoli kaum tertentu.

6) Proton juga menjadi salah satu usaha dalam mengubah paradigma bangsa melayu supaya lebih yakin akan kebolehan diri sendiri dan mampu menghasilkan sesuatu yang sebelumnya dianggap mustahil. Perubahan sikap dan keyakinan ini amat penting untuk bangsa melayu maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi.

7) Proton juga merancakkan pembangunan ekonomi negara dan sektor pekerjaan. Ianya dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan, kepakaran kejuruteraan, kepakaran teknikal dan melibatkan penglibatan semua kaum dalam industri yang berkaitan dengan automotif.

8) Perusahaan autmobil ini diatur dengan begitu baik mengikuti aliran yang digunapakai oleh industri autmotif lain didunia. Ianya dimulakan dengan usahasama dan `rebadging’ aktiviti dan diikuti dengan kewujudan vendor tempatan, menggunakan protection daripada kenderaan asing, memasuki pasaran antarabangsa dengan subsidi awal, membangunkan bahagian R&D, penghasilan chasis/platform sendiri, penghasilan powertrain sehinggalah mampu menghasilkan kenderaan sendiri 100%.

9) Proton juga berjaya meningkatkan dan membaiki kualiti kenderaan lebih awal daripada yang mampu dilakukan oleh syarikat industri automotif yang lain. Sebagai contoh, syarikat KIA hanya mampu membaiki kualiti mereka selepas terlibat dalam industri automotif selama 40 tahun (KIA bermula pada tahun 1967). Sila rujuk kpd laporan JD Power Survey.

10) Proton juga berjaya membangunkan platform/chasis sendiri dan powertrain/engine sendiri lebih awal dari syarikat automotif dunia yang lain. Dimana dalam masa 17 tahun, proton telah membina chasis dan enjin sendiri.

11) Sebagai sebuah syarikat yang berjaya, Proton mampu membayar balik pinjaman dari kerajaan lebih awal dari masa yang ditetapkan. Proton juga mampu mengharungi kerisis kewangan 1997 tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan. Proton juga mampu membina kilang ber automasi tinggi di Tanjung Malim dengan duit sendiri tanpa perlu meminjam dari bank.

12) Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohama yang berjaya merealisasikan industri autmotif Negara sehingga berjaya mencapai objektif yang ditetapkan semasa Negara dibawah pimpinan beliau.

13) Kini, nasib proton tidak dapat diketahui kerana Malaysia pada masa ini dipimpin oleh pemimpin yang agak lemah dan tidak mampu membawa proton ketahap yang lebih baik. Malah beberapa keputusan yang dibuat oleh Pak Lah seperti menukar CEO proton tanpa alasan, menjual syarikat milik proton iaitu MV Agusta dengan harga yang tidak munasabah dilihat sebagai kurang bijak dan bakal menghancurkan industri ini.

14) Amatlah malang apabila suatu industri yang diwujudkan bertujuan untuk 1) meningkatkan penguasaan bumiputera dalam bidang autmotif, 2) bertujuan meningkatkan kepakaran bumiputera dalam teknologi, kejuruteraan, pemasaran, industri berat, pembangunan dan penyelidikan, teknikal, 3) bertujuan mengubah paradigma melayu agar yakin dengan kebolehan diri sendiri dan mampu melakukan segala yang dianggap mustahil sebelumnya, 4) bertujuan mengurangkan jurang perbezaan diantara kaum, 5) bertujuan merancakkan pembangunan dan ekonomi Negara melalui sector perindustrian dan 6) menyediakan asas-asas utama dalam sector perindustrian agar Negara mampu menjadi Negara maju pada masa hadapan… gagal dan hancur akibat pimpinan yang lemah.


3 comments:

Unknown said...

salam saudara..
kenapa hanya nak menyalahkan kepimpinan sekarang? Kenapa saudara tidak melihat kelemahan itu dari sudut yg lebih luas dari sekarang?

Apa yg saya nampak kelemahan kepimpinan sekarang adalah kerana tidak dapat nak menutupi kelemahan kepimpinan yg lalu sehinggakan apa yg sepatutnya tidak didedahkan dulu akhirnya terdedah dek kerana kelemahan sekarang?? Atau mungkin kepimpinan sekarang sememangnya sengaja mahu mendedahkan kelemahan kepimpinan dulu??
secara jujurnya saya sendiri amat berbangga dgn proton tapi saya tidak bersetuju dgn saudara sekiranya hanya menyalahkan kepimpinan sekarang terhadap kelemahan yg berlaku dalam proton.

CheWal said...

Terima kasih saudara diatas pandangan tersebut.

Saya bukannya hanya nak menyalahkan kepimpinan sekarang, tetapi hanyalah mengulas sesuatu kejadian yang berlaku sekarang dan punca kepada perkara tersebut.

Boleh saudara ulas mengenai ayat saudara ini "...kelemahan kepimpinan sekarang adalah kerana tidak dapat nak menutupi kelemahan kepimpinan yg lalu ..."

kalau boleh saya berharap saudara dapat jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kelemahana pimpinan dahulu dan kaitannya dengan prestasi proton sekarang.

Untuk pengetahuan saudara, Proton mengalami masalah sekarang dan bukannya dahulu. Proton berada di dalam kerugian adalah sekarang dan bukanyya dahulu. Sehingga tahun 2004, Proton mempunyai cash rezab yang tinggi. Kini bukan shj cash ini sudah tiada, malah proton telah mengalami kerugian.

Knp saudara nak kaitkan dengan pimpinan dahulu apabila proton hanya menghadapi masalah semasa pimpinan sekarang.

Adakah saudara cuba mencari scapegoat ?

Anonymous said...

Salam,

Saya sangat berharap UMNO dpt tubuhkan MALAY TOWN, especially warga felda dikawasan Kota Tinggi, ramai org melayu felda yg suka berniaga, jika Bandar Penawar di jadikan bandar khas utk org Melayu, maka wujudlah at least one Malay town kat dlm dunia ni, sebab sedih la kat negara sendiri pun tak de Malay Town, dah 50thn merdeka..
Bandar Penawar saya rasa teramat sesuai dijadikan MalayTown, kerana bandar Kota Tinggi kita dah tau selalu banjir. Di harap pemimpin UMNO kat Johor tu fikir2kan la..
Diharap kontractor melayu buat projek tu dan semua lot kedai di khas kan utk org melayu utk berniaga, di sinila perlaksanaan khas utk org melayu yg perlu di perjuangkan oleh UMNO lagi..
Kat Bandar Penawar ape pun tak de, bank tak de, klinik adela satu dua kot, bas stesen n taxi aje yg ade entah ape ke benda nama Bandar Aje.
sedangkan penduduknya ramai..majoriti melayu. Felda pulak buat hotel kat makkah bagusla tu, tapi kenapa bandar utk org felda tak di bina, kan bagus kalau ade bandar utk org felda juga, semuanya ini kan perjuangan UMNO utk memajukan org melayu, jadi cubala ikhtiarkan utk buat Bandar Penawar ni as a MalayTown. Pakat bincang- bincangkan la wahai pemimpin UMNO di Johor especially Kota Tinggi.
Bandar Penawar dekat dgn desaru dan
Tanjung Balau tempat peranginan. Jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara , kan bagus lokasinya.
Perjuangan belum berakhir dan perlu diteruskan.
wasalam