June 06, 2008

Mahalnya Harga Minyak

Wow, saya agak terkejut dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol sehingga 78 sen selitre. so sekarang ni harga minya petrol di Malaysia adalah RM2.70 se litre. Kenaikkan ini adalah satu kenaikkan yang besar dalam sejarah Malaysia.

Rasanya semua orang tahu bahawa harga minyak didunia ini telah meningkat sehingga US 130 Dollar se barrel, dan dengan kenaikkan sebegini banyak, memanglah kerajaan kena tanggung subsidi yang tinggi. Tetapi kenaikkan sebanyak 41% ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan bakal mengakibatkan banyak masalah-masalah yang lain.

Dengan kenaikkan ini, harga barang akan meningkat, kadar inflasi akan meningkat, keselesaan hidup akan berkurang, kuasa beli akan berkurang, kualiti hidup rakyat akan berkurang dan mungkin akan mewujudkan banyak masalah sosial dan keselamatan. Sebab itu kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan.

Kita juga tak boleh bandingkan harga minyak kita dengan negara-negara seperti UK, US dan sebagainya. Ini adalah kerana kuasa beli atau `purchasing power' kita tak sama dengan mereka. Sekiranya kita masukkan purchasing power ini, harga minyak kita adalah paling mahal. Oleh kerana purchasing power kita rendah, kita tidak mampu berbelanja dengan hasil pendapatan yang sedikit. Purchasing power yang rendah ini juga dipengaruhi oleh nilai matawang RM.

Tun Dr. Mahathir pernah mencadangkan kepada kerajaan pada tahun 2003 supaya berusaha menaikkan nilai matawang ringgit, dan jangan mengapungkan nilai RM berbanding USD, sebaliknya nilai RM perlu diikat pada kadar yang baru yang bertepatan dengan kehendak pasaran. Ini bagi membolehkan kita menyerap kenaikkan harga seperti kenaikkan harga minyak.

Malangnya nasihat Tun Dr. Mahathir yang satu ketika dulu pernah menyelamatkan Malaysia dari krisis matawang 1997 tidak diendahkan. Maka kini, rakyat terpaksa menanggung beban yang besar akibat kesilapan pimpinan Pak Lah sekali lagi.

Walaupun rebet diberikan, tetapi harga barang tetap akan naik. kepada orang miskin yang tiada kenderaan, mereka tidak akan dapat rebet, tetapi mereka tetap akan lebih sengsara akibat kenaikkan harga barang.

Komen Tun Dr. Mahathir didalam blognya iait www.chedet.com adalah sangat menarik untuk dibaca kerana ianya memperlihatkan kebijaksanaan dan idea-idea bernas dari Tun.

Disini saya petik beberapa kenyataan menarik dari Tun Dr. Mahathir...

"Obviously our increase in petrol price is far less than in the United Kingdom or the United States. But our per capita income is about one-third of theirs. In purchasing power terms our increase is more than in the UK or the US."

"A few days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars. It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped."

- Pak Lah buat keputusan flip flop lagi. ini dah boleh tambah senarai kesilapan Pak Lah ni.

"Actually the Ringgit has increased by about 80 sen (from RM3.80 to RM3.08 to 1 US Dollar) per US Dollar, i.e. by more than 20 per cent. Had the Government retained the fixed rate system and increased the value of the Ringgit, say 10 per cent at a time, the cost of imports, in Ringgit terms can be monitored and reduced by 10 per cent. At 20 per cent appreciation the cost of imports should decrease by 20 per cent. But we know the prices of imported goods or services have not decreased at all. This means we are paying 20 per cent higher for our imports including the raw material and components for our industries."

"I believe the people expect the increase of petrol price. But what they are angry about is the quantum and the suddenness. The Prime Minister was hinting at August but suddenly it came two months earlier, just after the ban on sale of petrol to foreigners."

"Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money. "


- kerajaan masih boleh lagi memberi subsidi. sepatutnya kerajaan menaikkan harga minyak dengan berkala agar ianya tidak dirasai secara mendadak oleh rakyat dan dapat membendung kenaikkan harga barang yang melampau.

"The industrial policy must change so that high tech is promoted in order to give Malaysians higher wages to cope with rising costs of living."

"Malaysia will be affected by all these problems. I wonder whether the Government is prepared for this."

No comments: