June 06, 2008

Kes bayaran ex-gratia

Sebelum ni saya dah ulas mengenai kelemahan Pak Lah berkenaan dengan kes Lingam. kini kita pergi pula kepada kelemahan lain yang berkaitan dengan bayaran ex-gratia kpd Tun Salleh Abas.


Selepas membaca blog chede.com,baru saya tahu kandungan surat pertama Tun Salleh Abas kpd YDP Agung. Rupa-rupanya Tun Salleh komplen kpd Agung mengenai kebisingan yang dia hadapi dari kerja-kerja pembaikan di istana yang berdekatan dgn rumah Tun Salleh Abas.

Agong berasa marah terhadap surat tersebut dan mahu memecat Tun Salleh Abas. Perkara seterusnya adalah seperti yang telah diketahui ramai.

...boleh dibaca di www.chedet.com

Malangnya, ramai diantara kita yang lebih suka kepada spekulasi dan andaian tanpa melihat kepada fakta sebenar. Walaupun tanpa pendedahan surat pertama sebenarnya kita boleh memahami sebab-sebab tindakan dikenakan keatas beliau. Namun sebilangan besar dianta kita lebih suka kpd prasangka dan bersikap prejudis. Begitu banyak fitnah yang telah dihamburkan kpd Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun umum mengetahui bahawa YDP Agung yang memecat Tun Salleh Abas berdasarkan keputusan Tirbunal, namun Tun Dr. Mahathir yang dipersalahkan.

Sungguhpun begitu, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah kpd mereka yang mencaci dan menghina beliau mengenai kes tersebut di sepanjang pemerintahan beliau. Kini apabila beliau mengulas mengenai bayaran ex-gratia yang diberikan oleh Pak Lah, barulah kita tahu perkara sebenarnya.

Kepada Pak Lah, tindakan membayar ex-gratia ini sekali lagi menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah. Pak Lah mudah diperdaya oleh mereka-mereka yang mungkin berkepentingan sehingga tidak mampu membuat justifikasi sendiri terhadap sesuatu perkara.

Mengapakah bayaran ex-gratia ini dibuat ? Mengapakah pandangan Zaid Ibrahim seorang yang pernah disabitkan kesalahan korupsi di terima sehingga bayaran ini dilakukan ? Bukankah Tun Salleh Abas telah mendapat bayaran pencen sejak beliau dipecat ? Tidakkah tindakan Pak Lah ini seoalah-olah menderhaka kpda YDP Agung yang menjatuhkan hukuman terhadap Tun Salleh Abas ?

No comments: