Beberapa bulan dahulu heboh Anwar Ibrahim mendedahkan rakaman video seorang peguam bernama Linggam yang seolah-olah menunjukkan bahawa perlantikan ketua hakim negara dipengaruhi oleh peguam tersebut.
Melalui rakaman tersebut kononnya, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilobi oleh Linggam untuk melantik Tun Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara.
Mungkin Anwar Ibrahim terlupa bahawa perlantikan Hakim adalah dibawah hak prerogatif perdana menteri yang termaktub dibawah perlembagaan negara, pendedahan rakaman tersebut sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.
Tetapi yang kelakarnya, Pak Lah telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut. Disinilah terletaknya salah satu kelemahan Pak Lah seperti yang saya tulis sebelum ini. Mungkin Pak Lah juga terlupa mengenai hak Perdana Menteri atau Pak Lah suka sekiranya Hak Perdana Menteri ini dipermainkan atau dipersoalkan.
Maka bermulalah proses siasatan suruhanjaya tersebut dan Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir pun dipanggil dalam siasatan ini. Hanya dengan satu kenyataan sahaja Tun Dr. Mahathir sebenarnya telah berjaya mematikan terus kes ini iaitu apabila beliau berkata " keputusan melantik hakim adalah hak prerogatif saya...". Tak kan tak faham dengan ayat yang mudah ini.
Dan yang menjadi lebih lawaknya adalah apabila suruhanjaya diraja membuat keputusan kehakiman yang berdasarkan kepada KEMUNGKINAN. Sejak bila pengamal undang-undang membuat keputusan berdasarkan kepada kemungkinan ? Bukankah pengamal undang-undang akan membuat keputusan berdasarkan bukti yang nyata ataupun dalam english disebut, `beyond reasonable doubt' ? adakah pengamal undang-undang membuat lawak ? Agaknya inilah sebabnya mengapa Shakespeare menulis "the first thing we do is hang the lawyer".
Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan dalam kes Linggam ini , iaitu :-
1) Adakah perbualan telefon tersebut dapat dibuktikan kewujudannya.... jawapanya TIDAK.
2)Adakah Tun Fairuz dapat disahkan sebagai orang yang berbual dengan Lingam... jawapanya TIDAK.
3)Katakanlah perbualan tersebut berlaku, adakah melobi itu satu kesalahan ?.... jawapanya TIDAK
4) Adakah Perdana Menteri tiada kuasa melantik hakim ?.... jawapanya TIDAK.
Oleh itu, jelah kes ini amatlah remeh dan membuang masa. Kerajaan yang lemah pula mudah diperkotak-katikkan untuk melayan kes-kes seperti ini. Dan yang peliknya lagi, ada juga manusia yang termakan dan terpedaya dengan cerita lawak dari rakaman video ini.
Kalau lah lobi itu salah....maka nampaknya kita kena tubuhkan banyak suruhanjaya diraja. Baru-baru ini, Ezam mendedahkan semasa diwawancara oleh Malaysiakini, bagaiman beliau meminta bantuan Khairy Jamaluddin untuk mengaturkan pertemuan diantara Wan Azizah dengan Pak Lah untuk membantu Anwar Ibrahim. bukankah ini juga lobi namanya ? Mengapa tidak ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasatnya ? Ini adalah kerana, kalau kita nak ikut ayat dari suruhanjaya diraja mengenai kes Lingam, yang membuat keputusan berdasarkan kemungkinan, maka kita boleh katakan juga bahawa KEMUNGKINAN Anwar dibebaskan adalah dipengaruhi oleh Pak Lah.
Selain daripada itu, mungkin kena tubuh suruhanjaya kehakiman untuk menyiasat siapa yang lobi Tun Dr. Mahathir untuk melantik Pak Lah yang lebih rendah undi dari Najib Tun Razak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri ?
Atau, mungkin boleh tubuh suruhanjaya diraja untuk menyiasat perlantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Mahathir merupakan Naib Presiden yang lebih junior berbanding Tengku Razaleigh dan Tun Ghafar Baba.
hmm... banyaknya nak kena tubuhkan suruhanjaya.

No comments:
Post a Comment