Pengorbanan Tun Dr. Mahathir Mohamad
19 Mei 2008 menjadi satu tarikh yang bakal dikenang sebagai satu tarikh yang amat menyedihkan bagi parti politik UMNO. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut UMNO kehilangan seorang negarawan ulung, seorang pemimpin yang paling banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Pada tarikh ini Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan bahawa beliau keluar dari UMNO kerana tidak yakin dengan pucuk pimpinan parti iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Tun Dr. Mahathir hanya akan kembali ke dalam umno sekiranya Pak Lah diturunkan.
Selepas daripada pengumuman Tun Dr. Mahathir, maka bermulalah episod menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin UMNO memberi pandangan mereka tanpa berfikir panjang. Tanpa berfikir akan sebab mengapa Tun mengambil langkah yang drastic tersebut.
Sejak dari tahun 2004 lagi ramai pihak telah mula mengkritik pentadbiran Pak Lah. Malah sebelum Tun Dr. Mahathir mengkritik, telah ada ramai orang yang mengkritik tindak-tanduk dan kepimpinan Pak Lah terutama yang berkaitan kpd beberapa keputusan penting. Seperti mana orang lain, Tun Dr. Mahathir juga turut merasai kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah. Maka beliau juga turut mula mengkritik.
Pada peringkat awal, Tun Dr. Mahathir cuba mengkritik secara baik, beliau cuba menjelaskan kepada ahli-ahli UMNO dan cuba menegur beberapa keputusan kerajaan. Malangnya tegurang-teguran beliau tidak dipandang endah oleh Pak Lah dan pemipin-pemimpin lain malah ada pemimpin yang kurang ajar yang sanggup menyuruh Tun Dr. Mahathir diam ! Ini menunjukkan seolah-olah Pak Lah tidak boleh ditegur sekiranya beliau melakukan kesilapan.
Tindak-tanduk Pak Lah dan kepimpinan kerajaan membuatkan rakyat berasa marah dan tidak puas hati. Hasilnya, perasaan tidak puas hati ini dicurahkah diatas kertas undi, maka berlakulah satu sejarah dalam pilihanraya Malaysia dimana parti pemerintah BN mengalami kemerosotan yang paling teruk. BN gagal mendapat 2/3 majoriti dan kalah dalam 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan. Prestasi ini amat jelas menunjukkan ketidakpuashatian dan protes rakyat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah.
Keputusan pilihanraya ini diharap dapat membuka fikiran Pak Lah agar sedar bahawa pimpinannya sebenarnya tidak diterima oleh rakyat. BN hanya bernasib baik kerana parti pembangkang tidak begitu kuat di sebelah Sabah dan Serawak, sekiranya tidak, mungkin BN tidak dapat membentuk kerajaan. Malangnya peristiwa ini tidak membuka mata Pak Lah. Malah beliau begitu angkuh menyatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan.
Setelah berbagai desakan dibuat oleh banyak pihak termasuk Tun Dr. Mahathir, Pak Lah tetap tidak berubah dan tidak mahu bertanggungjawab diatas kemerosotan prestasi BN. Maka ini menyebabkan Tun Dr. Mahathir membuat satu langkah drastik dengan mengumukan keluas dari parti UMNO sebagai satu cara untuk mendesak Pak Lah agar meletak jawatan dari kerajaan dan parti.
Pengumuman Tun Dr. Mahathir adalah satu pengorbanan yang besar sebenarnya, tapi ini tak dapat difahami oleh pemimpin-pemimpin lain. Tun Dr. Mahathir sebenarnya telah banyak bekorban untuk bangsa, agama dan negara dan beliau terus berkorban.
Kalau kita imbau kembali, pada tahun 1998, Tun Dr. Mahathir berkorban dengan membuat tindakan yang menyebabkan beliau dihina dan dicaci. Pemecatan Anwar Ibrahim yang dibuat semata-mata untuk memastikan Malaysia tidak dikuasai oleh orang Yahudi dan barat telah menyebabkan beliau dihina dan dicaci oleh orang ramai.
Kini sekali lagi beliau berkorban dengan membuat satu tindakan yang drastik yang menyebabkan sekali lagi beliau dicemuh. Bagaimanakah bentuk pengorbanan beliau kali ini. ?
Sebenarnya tindakan Tun Dr. Mahathir ini boleh diibaratkan sebgai serampang dua mata. Tun sedar bahawa untuk selamatkan bangsa, agama, negara dan UMNO, pimpinan yang lemah yang diterajui oleh Pak Lah perlu diturunkan. Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim juga membawa ancaman kepada kerajaan kerana diberitakan berura-ura untuk membeli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk melompat parti ke pembangkang agar kerajaan dapat ditukar. Kedua-dua perkara ini mendatangkan masalah kepada bangsa, agama dan negara.
Pimpinan Pak Lah yang lemah menyebabkan banyak tindakan-tindakah yang merosakkan negara dalam pelbagai aspek dan juga banyak berlakunya tuntutan-tuntutan dari pihak lain yang mempersoalkan hak-hak bangsa melayu dan agama islam. Kerajaan yang diterajui oleh PKR-PAS-DAP pula akan lebih memberi kesan buruk kepada negara kerana ketiga-tiga parti ini tidak mempunyai halatuju yang sama malah masing-masing mempunyai agenda sendiri. Hak-hak orang melayu dan agama islam juga akan terus hilang dari negara ini. Jelas kedua-duanya mendatangkan masalah kepada agama, bangsa dan negara.
Tindakan yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir adalah untuk menyelasaikan kedua-dua perkara ini. Dengan keluar dari pada UMNO, Tun Dr. Mahathir mengajak pemimpin-pemimpin lain dari UMNO, ahli-ahli parlimen dari BN untuk keluar dari UMNO dan BN. Tetapi beliau tidak mahu mereka yang keluar ini masuk ke parti pembangkang, sebaliknya beliau mahu mereka menjadi ahli yang bebas. Sekiranya mereka dapat melakukan perkara ini, ianya dapat menyelesaikan kedua-dua perkara tadi.
Pertama, dengan keluarnya ahli-ahli parlimen dari BN, ianya akan mengurangkan majoriti BN di parlimen dan seterusnya dapat menekan Pak Lah untuk berundur. Kedua, ahli-ahli parlimen yang berhasrat untuk melompat parti kerana tidak bersetuju dgn Pak Lah (terutama mereka dari Sabah dan Sarawak) yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan , boleh keluar dan menjadi ahli parlimen bebas. Ini kerana sekiranya mereka menyertai pembangkang, belum tentu mereka akan diberi jawatan menteri atau belum tentu mereka mendapat keuntungan. Oleh itu, dengan menjadi ahli parlimen bebas, mereka menjadi lebih berkuasa kerana BN dan Pakatan Rakyat memerlukan sokongan mereka untuk membentuk kerajaan. Ahli parlimen bebas ini boleh mendesak Pak Lah supaya berundur dan mereka juga bebas untuk menyebelahi BN atau PR dalam perlaksanaan beberapa dasar. Dengan tidak berlakunya lompatan mereka ke PR, maka PR tak boleh membentuk kerajaan, dan dengan keluarnya mereka dari BN, BN perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan balik sokongan mereka untuk membentuk kerajaan, maka Pak Lah terpaksa beundur. Dengan ini, kedua-dua masalah yang menganggu negara dapat diselesaikan.
Inilah dia idea yang dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir melalui tindakan drastik beliau. Idea yang bernas daripada seorang negarawan ulung demi untuk memastikan agama, bangsa dan negara terus terbela. Semoga Allah memberikan kejayaan dan kekuatan kepada sebarang usaha kearah kesejahteraan bangsa, agama dan negara, Amin.
Walaubagaimanapun, keluarnya Tun Dr. Mahathir dari UMNO adalah merupakan satu kehilangan dan kerugian yang besar bagi UMNO.
Tiba-tiba teringat pula lagu warisan. Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan perlu dihayati. Dibawah ini disertaka lagu tersebut.

No comments:
Post a Comment