April 22, 2008

Pemimpin yang ikhlas berjuang demi Bangsa, Agama dan Negara


Semalam saya berkesempatan menonton program temubual BBC Hardtalk bersama Tun Dr. Mahahtir. Temubual ini dibuat oleh journalist yg terkenal dgn soalan-soalan provokasi dan keras iaitu Stephen Sackur. Kepada sesiapa yg ingin menonton temubual ini boleh klik link ini :-

http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/hardtalk/7358394.stm

Selepas menonton temubual tersebut, saya berasa begitu bangga dan bersyukur kerana Malaysia mempunyai pemimpin seperti ini. Saya terharu dan respek kpd Tun Dr. Mahahtir ketika beliau menjawab soalan-soalan provokasi Stephen Sackur.

Melalui temubual tersebut, saya dapat lihat kualiti kepimpinan dan perjuangan yang konsisten dari Tun Dr. Mahathir. Beliau bukan sahaja dapat menjawab semua soalan yang diberikan dgn baik, malah jawapan beliau sekaligu mempertahankan dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Beliau berjaya mempertahankan dan memperjuangkan martabat bangsa melayu dan agama islam yg cuba diperlekeh-lekehkan oleh orang barat. Beliau berjaya membuat Stephen sackur sehingga terpaksa mengalihkan atau menukar soalan untuk mengelakan daripada di serang oleh Tun.

Dalam temubual tersebut, Tun Dr. Mahahtir antara lain menerangkan konsep demokrasi di malaysia, membetulkan tanggapan-tanggapan negatif pihak barat yang sering mendapat maklumat salah atau sengaja mencari maklumat salah mengenai malaysia. Tun Dr. Mahathir juga berjaya menunjukkan bahawa ideologi Demokrasi oleh barat tidak semestinya 100% betul . Satu contoh yg menarik adalah apabila Tun Dr. Mahathir berkata.... " The old civilizations are very great. They don't have democracy yet they are great ... Why they are great ?". so democracy bukanlah sentiasa betul dan bagus. perkara ini tak mampu dijawab oleh Stephen sackur. Tun Dr. Mahathir juga berjaya membuat Stephen sackur bengang bila menyebut bahawa.... semua org buat silap, rakyat britain pun buat silap sbb memilih dan mengundi Tony blair yang penipu, rakyat US yg memilih george bush yang jahat dan sebagainya yang menujukkan bahawa democracy akan menjadi bagus bergantung kepada pemimpin.

Tun Dr. Mahathir sekali lagi memperjuangkan martabat bangsa melayu dan malaysia dgn berkata bahawa, kalau org barat boleh mengutuk dan menghina org melayu dan malaysia, kenapa beliau tak boleh mengutuk dan menghina org barat, sedangkan apa yang dikatakan oleh beliau adalah berdasarkan fakta.

Tun Dr. Mahathir juga mempertahankan agama islam dgn mengulangi sekali lagi kata-kata beliau pada tahun 2003 dipersidangan OIC mengenai Yahudi. Beliau berjaya menghentam yahudi dan US dalam masalah-masalah yg berlaku di palestin dan timur tengah.

Sekali lagi saya rasa bangga mempunyai pemimpin seperti beliau.

Selepas itu, saya tonton semula temubual BBC Hardtalk oleh Stephen Sackur dengan Anwar Ibrahim yg dibuat pada tahun 2005. kalau ada sesiapa yg nak tengok boleh klik di link ini :-

http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/hardtalk/4536343.stm

dan saya bandingkan antara temubual Anwar ibrahim ini dgn temubual Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ternyata saya dapat lihat perbezaan sifat pemimpin.

Melalui temurama Tun Dr. Mahathir, saya dapat lihat betapa beliau seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan bangsa, agama dan negara melebihi segala-galanya. Jawapan beliau tidak ada yang membanggakan diri beliau sendiri, malah beliau menjawab merujuk kepada keseluruhan sistem dan perbandingan dgn sistem/negara yang lain.

tetapi, melalui temuramah Anwar Ibrahim, saya dapat lihat bahawa Anwar terperangkan dengan soalan-soalan Stephen, terbelit sendiri dan dalam beliau menjawab soalan, semuanya berkenaan dgn diri sendiri. Sepanjang temubual beliau hanya bercakap mengenai diri beliau dan hanya berbangga dgn diri sendiri. Beliau cuba menunjukkan bahawa beliaulah org yang baik dan hebat selama ini. Kelemahan beliau menjawab soalan telah menyebabkan keseluruhan masa (lebih kurang 20 minit) digunakan untuk mempertahankan diri dan membangga diri.

Di sini saya boleh lihat, siapa yang ikhlas menjadi pemimpin dan siapa yang tidak ikhlas dan mementingkan diri sendiri.

Tontonlah sendiri untuk sama-sama kita menilai sifat pemimpin-pemimpin yang baik.

No comments: