May 25, 2008

Kelemahan Pimpinan Pak Lah

Kelemahan kepimpinan Pak Lah - Kenapa Pak Lah Perlu Berundur...

Ramai yang menyedari bahawa Malaysia dibawah kepimpinan Pak Lah berada didalam suasana yg tidak membanggakan. Pelbagai masalah yang dihadapi dalam pelbagai bidang berpunca daripada kelemahan pimpinan Pak Lah. Dalam kata lain, pimpinan Pak Lah membawa kepada kehancuran bangsa, agama dan negara. Perkara ini sudah menjadi satu pengetahuan umum. Namun masih ada juga yang bertanya dan ragu-ragu mengenainya. Ada juga yang bertanya apakah kehancuran yang telah dibawa oleh Pak Lah. Oleh itu dalam tulisan kali ni, saya cuba menyenaraikan masalah kepimpinan yang dibuat oleh Pak Lah. Saya akan mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang berlaku dan dalam posting yang akan datang, saya cuba huraikan satu persatu untuk dibincangkan.

Saya hanya akan menyenaraikan masalah-masalah dan kehancuran yang telah terbukti (yang sangat jelas). Terdapat juga beberapa perkara yang mungkin tidak terbukti atau saya tidak begitu jelas, ini tidak akan saya tulis. Perkara-perkara lain seperti pembelian kapal terbang (private jet), rumah di Australia, Nasi kandar Australia dan banyak lagi tidak termasuk dalam senarai ini. Semua perkara-perkara ini boleh dibaca di laman blog yang lain.

Kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh Pak Lah…

1) Membatalkan jambatan bengkok kerana tunduk dan takut kepada Singapura. Perbuatan ini menunjukkan Pak Lah telah menggadai kedaulatan negara

2) Membatalkan projek landasan berkembar. Selepas 4 tahun, beliau ingin membuatnya semula sehingga kita rugi sebanyak 4 billion ringgit

3) Membuang CEO proton yang berjaya iaitu Tengku Mahaleel dan digantikan dengan seseorang dari Perodua yang tidak pernah berpengalaman membuat kereta sendiri.

4) Gagal dalam perlaksanaan dasar automotif negara (DAN) yang membawa kepada kerugian Proton.akibat daripada pengeluaran AP yang tidak dikawal

5) Menjual MV Agusta sebuah syarikat milik Proton pada harga 1 Euro tanpa bidaan dan penjelasan terperinci

6) Menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu sebanyak RM0.30 yang membawa kepada masalah ekonomi dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Tindakan ini juga meningkatkan kadar inflasi negara

7) Gagal mengotakan janji untuk meningkat sistem pengangkutan awam melalui subsidi petrol yang dijimatkan dengan kenaikan harga minya.

8) Membiarkan syarikat Pantai Holdings yang merupakan syarikat GLC dibeli oleh Singapura. Akibat desakan, syarikat ini dibeli semula dengan harga yang tinggi. Ini menguntungkan Singapura dengan mudah.

9) Gagal menarik pelaburan asing dimana FDI negara jatuh teruk malah dikalahkan oleh Indonesia

10) Membiarkan atau tidak tahu mengenai gabungan syarikat ECM Libra dan Avenue Capital yang mana Avenue Capital adalah syarikat dibawah Kementerian Kewangan dimana Pak Lah adalah Menterinya.

11) Membiarkan menantu melibatkan diri dalam gabungan ECM Libra dan Avenue Capital dimana ianya boleh dikatakan sebagai penyalahgunaan kuasa.

12) Membiarkan syarikat anaknya mendapat projek-projek kerajaan atau GLC. Ini juga boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa.

13) Berbohong dalam satu program di television dimana Pak Lah menyatakan bahawa anaknya tidak pernah mendapat projek kerajaan/GLC.

14) Membiarkan syarikat NST yang merupakan syarikat milik UMNO dikuasai oleh Kalimullah seorang yang pernah dikaitkan dengan agen Singapura.

15) Membiarkan NST mengutuk dan mengecam Negarawan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

16) Gagal melaksanakan sebarang projek pembangunan yang boleh membawa Malaysia kehadapan supaya dapat bersedia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

17) Menyembah Singapura supaya Singapura melabur didalam WPI sehingga sanggup menurut permintaan Singapura untuk gugurkan penggunaan DEB di WPI.

18) Membiarkan AirAsia mempergunakan kerajaan dimana AirAsia bebas memilih mana-mana laluan yang menguntungkan dan meninggalkan mana-mana laluan yang merugikan.

19) Tidak berjaya menjalankan tugas sebagai Pengerusi OIC.

20) Gagal bertindak tegas terhadap orang-orang Hindraf yang akhirnya menyebabkan mereka mendesak pelbagai tuntutan

21) Gagal dalam mengetuai Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya ke 12 dimana Barisan Nasional gagal pertahankan 2/3 majoriti dan tewas di 5 buah negeri.

22) Gagal mempertahankan kadaulatan bangsa melayu dan agama islam apabila bangsa lain seringkali mempersoalkan dan mempertikaikan hak-hak orang melayu dan agama islam. Ini adalah akibat gagal dalam pilihanraya

23) Gagal memahami kehendak rakyat yang menolak kepimpinan Pak Lah melalui pilihanraya. Keputusan pilihanraya menunjukkan rakyat memprotes menolak kepimpinan Pak Lah

24) Kelemahan pimpinan terserlah apabila membiarkan kuasa perdana menteri dalam melantik hakim dan ketua hakim negara dipersoalkan.

25) Mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Dipertuan Agong berkenaan dengan pemecatan Tun Salleh Abas. Ini juga menunjukkan kelemahan Pak Lah yang mudah dipermainkan.

26) Gagal membuat keputusan sehinngga mewujudkan banyak suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes yang remeh temeh yang tiada asas kukuh seperti kes Linggam. Sekali lagi menunjukkan kelemah pimpinan yang mudah dipergunakan oleh orang yang berkepentingan


Setakat inilah beberapa kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh Pak Lah hanya dalam 5 tahun beliau memimpin negara. Bayangkan apa yang akan berlaku dan banyak mana kesilapan dan kehancuran yang bakal menimpa negara sekiranya beliau masih terus menjadi Perdana Menter Malaysia. InsyaAllah dalam tulisan akan datang, kita akan hurai satu persatu masalah diatas.

UndurLAH.

2 comments:

Anonymous said...

Berapa pulak kesilapan TDM semasa era beliau? berani nak listkan?

CheWal said...

Saya serahkan kepada anda untuk senaraikan... tapi mestilah perkara yang telah terbukti dan benar-benar membawa impak negatif.