May 30, 2008

Linux on PS3...yay !

Semenjak dua minggu ni, saya sibuk dengan Linux operting system. Rasanya ramai yang tahu apa itu Linux. Linux adalah operating system macam Windows dan MacOS. Yang membezakanya adalah Linux ni free, tak payah bayar. Kebanyakkan application untuk Linux adalah open source dan bolehdidapati secara percuma. Sebagai contoh, kita boleh gunakan quick office (application yg sama dengan Microsoft Office) dengan percuma. Quick Office boleh baca file yang disimpan dengan Microsof Office dan Microsoft Office boleh baca file yang dibuat dengan Quick Office.


lagi satu yang menarik ialah, Linux ni tidak memerlukan resource yang tinggi macam microsoft, tetapi mampu membuat gimmick yang lebih menarik dari Microsoft Vista Professional.


So, bermula 2 minggu sudah, saya mula install Linux kat PC di Office dan di rumah. Buat masa ini, saya buat dual-boot dimana PC-PC ini mempunyai dua operating system yang boleh dipilih semasa kita `ON' komputer. Tapi setaka ni, walaupun saya mempunyai dual operating system, tapi saya dah tak pernah gunakan windows, sbb semuanya mampu dibuat dengan Linux.


Yang terbaru, saya install Linux ke Playstation 3 (PS3). Untuk yang tidak tahu, PS3 mempunyai pilihan untuk install operating system selain dari pada PS3 operating system. Maka saya pun install Linux Ubuntu Feisty Gibbon ke PS3. Berpandukan tutorial kat internet, saya pun buat dua partition pada PS3 saya dan install Linux gunakan CD. Selepas install, saya perlu pastikan Linux di PS3 ini boleh produce gambar pada resolusi HD iaitu 1080p dan kemudiannya saya pastikan ianya boleh digunakan sepenuhnya seperti PC.


Hasilnya, kini PS3 ini mempunyai dual operating system iaitu : PS3 dan Linux. Walaupun saya boleh gunakan PS3 web browser untuk melayari internet, dengan adanya Linux, saya boleh gunakan Mozilla firefox dan boleh gunakan video player seperti VLC untuk menonton movie dari harddisk atau yang didownload. Seperti mana operating system PS3, Linux juga boleh menggunakan keyboard dan mouse sebagai alternative input devices.




1 comment:

Anonymous said...

test