1. Tribunal jenayah perang untuk mendakwa George W. Bush dan Tony L. Blair telah berlangsung selama 4 hari dari 19-22 November 2011 di Kuala Lumpur Foundation to Criminalize War, Bangunan Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
2. Tribunal ini adala satu kesinambungan usaha Tun Dr. mahathir bersama aktivis-aktivis hang lain yang istiqamah dalam perjuangan mereka untuk menjadikana peperangan sebagai satu jenayah dan mereka yang melancarkan peperangan sebagai penjenayah.
3. Ramai juga dikalangan masyarakat yang memandang tinggi dan menyanjungi usaha murni ini. Tetapi terdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan tribunal ini dan tak kurang juga yang mengatakan tribunal ini adalah tindakan yang sia-sia dan tak berfaedah.
4. Golongan yang mengatakan tribunal ini sia-sia adalah golongan yang berfikiran sempit dan tidak mampu berpandangan jauh. Ini adalah golongan yang tidak suka berfikir, tidak berwawasan dan hanya mengambil jalan mudah dengan berdiam diri sahaja. Dengan kata lain, ini adalah golongan dayus diatas kegagalan mereka berfikir.
5. Bagi mereka yang mengikuti perjalanan kumpulan-kumpulan yang benci kepada peperangan apatah lagi peperangan yang dibuat atas dasar penipuan dan kepentingan sendiri, sudah pasti tahu bagaimana usaha Kuala Lumpur Foundation of Criminalize War dan Perdana Global Peace Foundation sejak dari awal penubuhan mereka untuk membicarakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawa seperti Bush dan Blair. Dengan slogan War Is a Crime, kumpulan ini berusaha mewujudkan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan kuasa-kuasa besar seperti US dan UK dalam melanggar kedaulatan negara lain.
6. Seperti yang telah dimaklumkan, tribunal ini adalah satu bentuk perbicaraan simbolik untuk mendakwa Bush dan Blair. Sememangnya tidak akan ada bentuk hukuman akan dijatuhkan keatas kedua-dua mereka dan mereka kuga tidak hadir dalam perbicaraan ini walaupun telah diminta untuk hadir. Seperti yang sedia maklum, mereka bersikap egoistik dan mungkin mereka sedar bahawa mereka adalah salah dan tak mampu menjawab soalan-soalan pihak pendakwa.
7. Kalau macam tu apa yang boleh kita dapat dari tribunal ini?
8. Pertamanya, tribunal ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa tindakan Bush dan Blair ini adalah salah. Selama ini bantahan hanya mampu dibuat melalui kata-kata kecaman dan kalau lebih-lebih pun adalah melalui demonstrasi dihadapan pejabat kedutaan. Hasilnya hanyalah sekadar luahan kecaman dan kutukan yang akan hilang bagai diangin lalu tanpa memberikan walau sedikitpun kesan kepada bush dan blair. Selepas selesai berdemonstrasi, mungkin adalah penyerahan memorandum bantahan yang mungkin dibuang kedalam tong sampah selepas itu.
9. Tetapi melalui tribunal ini, ianya telah menjadi satu berita di dunia. Semasa tribunal bermula, media-media di kebanyakan negara telah mengeluarkan berita mengenainya. Akhbar seperti Washington Post, Straits Times Singapore, Huffington post dan Asian Correspondent telah menjadikanya headline news. Ianya kemudian diikujti dengan akhbar-akhbar yang lain. Ini adalah hasil awal tribual ini dalam menjadikanya tajuk utama akhbar-akhbar didunia.
10. Kesan seterusnya dari tribunal ini boleh dilihat melalui keputusan hakim. Berikut adalah verdict yang dibuat oleh tribunal ini : "The charge is proven beyond reasonable doubt. The accused are found guilty. The Tribunal orders that the names of the 2 convicted criminals be included in the war register of the KL War Crimes Commision. And the fi di gs of this Tribunal be publicised to all nations who are signatories of the Rome Statue."
11. Selain daripada itu,
- a. Tribunal mencadangkan kpd KLWCC untuk memfailkan laporan kepada International Court of Crime terhadap kedua-dua tertuduh dibawah prinsip Nuremberg dengan memasukkan laporan genocide dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Bush dan Blair.
- b. Tribunal juga mencadangkan agar nama tertuduh dimasukkan kedalam daftar penjenayah perang dan dipublisitikan.
- c. KLWCC juga diarahkan untuk mamaparkan hasil tribunal ini kepada semua negara yang menandatangani Rome Statue supaya kedua-dua penjenayah ini boleh ditangkap sekiranya mereka memasuki kawasan perundangan negara-negara ini (jurisdiction of these nations).
- d. Dicadangkan juga kepada KLWCC untuk mencadangkan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat satu resolusi untuk menamatkan kependudukan keatas Iraq dan memohon Jawatan Kuasa Keselamatan PBB membuat resolusi mengembalikan hak kedaulatan Iraq kepada rakyatnya.
12. Cuba lihat, berapa banyak langkah-langkah seterusnya yang boleh dibuat lanjutan daripada keputusan tribunal ini.
13. Bagi mereka yang mampu berfikir dan berpandangan jauh, sudah pasti tahu bahawa keputusan tribunal ini akan menjadi satu dokumen prosiding yang lengkap dengan fakta-fakta beserta bukti- bukti dakwaan yang telah diperdebatkan didalam mahkamah untuk dijadikan sumber rujukan dimasa akan datang. Dokumen prosiding ini akan terus digunakan dalam sebarang perkara dan perdebatan yang melibatkan isu-isu peperangan dan kedaulatan negara.
14. Setidak-tidaknya, lanjutan dari tribunal ini, satu label boleh diberikan kepada Bush dan Blair iaitu penjenyah perang ataupun war criminal. Dalam setiap acara yang melibatkan nama-nama ini, label ini boleh digunakan tanpa masalah perundangan kerana ianya telah disabitkan oleh satu Tribunal.
15. Tribunal ini juga mampu menjadi satu peringatan kepada mana-mana negara termasuk kuasa-kuasa besar untuk berhati-hati sekiranya mereka berhasrat mencampuri kedaulatan negara lain dalam bentuk kekerasan ketenteraan.
16. Tribunal ini jauh lebih meninggalkan kesan daripada mereka yang hanya mampu mengecam dan mengutuk dan berdemonstrasi dihadapan pejabat kedutaan.
17. Yang pasti, melalui tribunal ini akan terpahatlah sampai bila-bila bahawa George W. Bush dan Tony L. Blair pernah didapati bersalah oleh sebuah tribunal jenayah perang.
No comments:
Post a Comment