November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda! Malaysia Boleh!

1. Tahniah kepada barisan pemain bolasepak sukan sea yang baru sahaja memenangi perlawanan akhir sekaligus membawa pingat emas yang ke 59 untuk negara.

2. Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang berjaya  mengekalkan corak permainan yang baik dan berjaya mengawal psikologi dan mental dalam menghadapi pasukan Indonesia dihadapan 100,000 penyokong mereka.

3. Bukan sesuatu yang mudah untuk mempertahankan mental dalam perlawanan akhir apatah lagi apabila berdepan dengan Indonesia yang sering memberi pelbagai masalah dan dugaan. Sikap tidak mengenal putus asa dan semangat juang yang tinggi telah ditunjukan oleh semua pemain.

4. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa aspek yang boleh dibaiki terutamanya mengenai pemilihan beberapa pemain. Mungkin pada masa akan datang akan ada beberapa pemain lain yang boleh dicuba.

5. Apapun, Malaysia telah menang dan semangat Malaysia Boleh yang mula dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri terus mekar dan menjalar didalam diri rakyat Malaysia. Ungkapan Malaysia Boleh begitu bermakna dan terus menerus menjadi slogan penting yang akan tetap relevan sampai bila-bila.


6. MALAYSIA BOLEH!

No comments: