1. Saya baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) dimana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta.
2. Menontonn video tersebut, membuatkan saya terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.
3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.
4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.
5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.
6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. Saya akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.
Rajah: Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi
7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perebezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00 . Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.
8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh PR, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.
9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.
10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97.015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.
11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.
12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.
13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan, kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.
14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walauapapun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.
15. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini di sini, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.
16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailan mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.
17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.
18. Kepada Pakatan Rakyat, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.
105 comments:
kalau betul Rafizi ini tipu,saman lar ...kalau tidak gua percaya dan akan undi Rfizi di Parlimen Pandan nanti! demi kereta murah!
@anon,
cuba banyakkan berfikir dan mencari fakta kebenaran. Jangan mudah terikut dan terpedaya dengan Anwar Ibrahim yang suka menyaman. Ada banyak sebab mengapa Anwar memilih proses mahkamah, salah satunya adalah kerana mahkamah boleh dieksploitasi olehnya untuk kepentingan dirinya.
Sekiranya anda bergantung kepada fakta kebenaran, anda tidak perlu mengharapkan saman untuk mengetahui yang mana benar dan yang mana salah.
Selamat berfikir.
Kami rakyat marhein ni tak kisah harga nak turun berapa pun, biar la figure dia silap. the point is penurunan cukai kenderaan akan dapat merubah pendapatan bersih isi rumah. tak salah kenakan cukai, tapi cukai kat malaysia ni melampau2. menguntungkan pemegang2 AP. betul ke cukai kat malaysia ni antara yang terendah. dah puas compare harga kereta kat negara luar? tak yah jauh2 la. compare ngan indon cukup. malu aku gi indon vios jadi teksi, kat malaysia budak2 berlagak pakai vios.
Its a facts....semua data yg diberikan oleh Rafizi datang dari statistics yang diberikan oeh KHDN...the figure itself come from the parliament...so siapa u nak bgtau the facts is not right? U siapa? Kalo amik kos di Langkawi, u dah tolak dengan interest bank dgn laba keuntungan penjual kah? Your explanation are not considered as facts, as u not eligible to deny data from Rafizi...prove ur credibility first!
@anon,
sila baca dan fahami artikel ini betul-betul.
penghapusan cukai tidak akan merubah pendapatan isi rumah terutama mereka yang miskin dan berpendapatan rendah. Saya dah bagi contoh-contoh di dalam artikel tersebut.
tapi, penghapusan cukai ini dapat membantu mereka yang kaya dan berpendapatan tinggi yang biasanya mampu membeli kereta-kereta mahal.
kalau anda berpendapatan rendah dan hanya mampu membeli kereta myvi atau saga, selepas penghapusan cukai, anda masih mempunyai kemampuan yang sama dan beban hutang anda masih sama kerana harga myvi dan saga tidak berubah (hanya berubah sebanyak RM3K)
tambahan pula, akibat daripada kurangnya pendapatan negara, maka kemungkinan subsidi lain dan perbelanjaan infra lain yg amat diperlukan oleh rakyat miskin akan terjejas.
ohh ye pasal teksi, kat malaysia, Mercedes E-class pun jadi teksi...
@anon 15:26,
Rafizi tidak pernah memberikan sebarang fakta mengenai harga kereta. Fakta benar yg dia berikan hanyalah peratusan cukai eksais dan cukai jualan. Fakta ini sebenarnya telah diketahui umum.
Masalah utama Rafizi adalah memberi gambaran yg salah terhadap harga kereta nasional tanpa cukai. Masalah kedua adalah, kesilapan beliau mengira harga sebelum cukai. Adalah salah utk mengira harga dari harga jualan kerana harga yg dikenakan cukai adalah harga yg diistihar oleh syarikat yang belum masuk profit margin.
Mungkin anda tida tahu bahawa pada tahun 2004 (kalau tak silap), Tun Dr. Mahathir pernah membangkitkan soal peristiharaan harga yang terlalu rendah yg dibuat oleh sesetengah pengeluar kereta supaya cukainya tidak terlalu tinggi.
Rafizi has never given any facts about the car prices without tax. On the other hand, I've given you the proof on the car prices without tax. Its your choice either to believe in Rafizi's crap or to believe in the facts I've given
Kami percaya En. Rafizi tidak ada sama sekali berniat untuk menipu dalam hal ni seperti tajuk blog anda ini. Kemungkinan berlaku kesilapan anggaran atau data2 sahaja. Kerana yang penting dalam isu ini ialah mengurangkan harga kereta dan menambahkan hasil pendapatan rakyat marhaen. Tidak kira samaada berlaku ralat dalam penjelasan beliau kerana mmg sudah diketahui umum harga kerana di Malaysia antara termahal di benua ini.
Berkaitan beban hutang yg sama anda juga harus menilai kualiti kereta proton dengan kereta luar (Honda, Toyota) adalah tidak sama kualitinya. dengan kereta luar kita dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan lebih selamat untuk jangka hayat yg lebih lama.
Pikir2 kan lah kalau ada orang nak bagi kita makan nasi adakah kita masih hendak makan pasir. Benda baik kita terima yg x baik kita tolak dan kita x perlu sekarang untuk jadi pakar ekonomi dgn mengatakan negara akan bankrupt atau perbelanjaan lain bertambah sekiranya harga kereta turun.
@anon 16:47,
Rafizi sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan dan bukan main hentam sahaja. Ini bukan kali pertama dia silap. Hampir kesemua video-video yang beliau buat mempunyai kesilapan dan videonya mengenai isu pendidikan mempunyai kesalahan fakta yang terlalu banyak sehingga beliau menarik balik videonya selepas di hentam oleh beberapa facebookers.
Mungkin beliau tersilap, dan mungkin juga beliau tidak berhati-hati yang boleh membawa kpd kebencian rakyat terhadap kerajaan. Bagi saya, ini sikap yang amat keji.
Seperti yg saya tulis dalam artikel, penghapusan cukai ini tidak menambah hasil pendapatan rakyat...ini kerana kemampuan anda masih sama. Kalau dulu anda mampu beli toyota VIOS, lepas penghapusan cukai, anda mampu beli toyota Altis (yg berbeza adalah model kereta, tapi nilai kemampuan tetap sama).
kalau anda mengatakan dgn terhapusnya cukai ini, maka anda boleh membeli kereta vios dengan harga RM60K berbanding RM80K sebelum ini...sebenarnya sebelum ini, anda mampu membeli kereta berharga RM60K, iaitu Proton Preve, cuma anda memilih utk membeli kereta yg berharga RM80K.
Untukk pengetahuuan anda, Proton Preve mempunyai ciri2 keselamatan yang jauh lebih tinggi dari VIOS dan Preve mempunyai spesifikasi dan ciri2 yg jauh lebih tinggi. Dan, dengan Preve, anda dapat warranty selama 5 tahun, so tidak ada masalah dengan kos penyelenggaraan yg tinggi.
Bukan kesilapan kecil Rafizi membuat rakyat membenci kerajaan tetapi kedengkilan kerajaan yg menganggap rakyat terlampau bodoh untuk berfikir yg menyebabkan rakyat benci kerajaan.
Xperlu saya rungkaikan mengapa rakyat benci kerajaan mungkin anda pun sudah nampak.
Adakah kereta Malaysia hanya preve sahaja? Bagaimana kereta2 lain? Saga,myvi,viva,gen2,perdana dll. Sebagai contoh saya yg membeli gen2 sudah berkira2 hendak menukar kereta setelah 5 tahun pakai dan byk masalah sudah timbul sedang kan rakan saya pakai Honda City masih lagi selesa dengan kereta beliau. Disini lah kita kena ambik kira tempoh jangka hayat kereta berbanding kereta Malaysia. Kereta2 luar juga sekarang menawarkan 5 tahun warranty dan interest lebih rendah berbanding kereta Malaysia.
http://www.customs.gov.my/documents/Bahagian%20CD/Customs%20Guidelines%20Book-Excise.pdf
Tapi handout kastam menyatakan kenderaan yang diimport@dikilangkan di Malaysia memang dikenakan duti eksais. duti eksais kereta cc<1800 adalah 75%. Adakah Langkawi benar-benar bebas cukai? Takkan pihak kastam berbohong?
En. Wal,
Apasal harga kat Langkawi yg En Wal nyatakan yg d dakwa tanpa tax duty apa haram tu, lagi mahal dari harga kat UK? UK ni dia bukan sekadar tak kenakan tax n duty, malah dia bagi subsidi ke utk kereta import?
Adakah UK ni dasar jual tanpa untung? Adakah penghantaran dibuat secara blink2 mcm citer Star Trek, sehingga harga jualnya lebih rendah dari Langkawi?
Dan, utk jualan d UK, hanya Myvi highspecs jer, bukan lo spec punya harga yg En. Wal nyatakan utk Langkawi tu.
Macai ! Since u are good at handling facts, why don't u debate?? Lol
@anon 18:00,
Penipuan-penipuan yang dibuat oleh Rafizi dan kebanyakan pemimpin PR (anda boleh baca kesemua penipuan dan fitnah mereka) ini yang menyebabkan rakyat benci kerajaan. Memang inilah tujuan mereka menipu. Sudah terlalu banyak penipuan yg dibuat mereka, sebab itu kita perlu sentiasa berfikir dan mencari kebenaran.
Saya menggunakan contoh Preve merujuk kepada julat harga RM60K-RM70K. (kalau dilangkawi, Preve murah dalam RM3K). Kalau saya nak menggunakan julat harga RM45K-RM50K, saya akan gunakan contoh Persona. Tujuan saya adalah untuk menunjukkan perbandingan kadar kemampuan yang tiada perbezaan sebelum menghapuskan cukai dan selepas menghapuskan cukai.
Saya tak tahu berapa harga anda beli Gen2 anda, tapi Honda City 1.5 tanpa cukai (merujuk harga Langkawi) adalah RM65K. Harga ini adalah lebih tinggi dari Proton Persona dan hampir sama dengan harga Proton Preve yg ber cc 1.6 dan dilengkapi dengan ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi.
apa yg cuba saya jelaskan adalah, kalau kemampuan anda RM65K, sebelum penghapusan cukai pun, anda boleh beli kereta yg baik seperti Preve dan selepas penghapusan cukai, anda boleh beli kereta Honda City 1.5. Kemampuan anda masih sama, beban hutang anda masih sama, cuma kereta anda yang berbeza.
Nota: Saya bersetuju untuk pengurangan cukai, tetapi tidak bersetuju untuk penhapusan cukai.
@anon 19:13,
sila baca akta kastam dan akta eksais. Langkawi, Labuan, dikecualikan dari duti eksais, duti import dan cukai jualan. Bagi tempat-tempat lain, kadar duti eksais, duti import dan cukai jualan adalah seperti jadual dari kastam
@ din,
untuk memahami kenapa harga kereta di UK lebih murah dari di Malaysia, anda perlu memahami faktor-faktor seperti competition, population dan lain-lain. Saya ada menerangkan perkara ini dalam jawapan saya pada artikel sebelum ini.
Begitu juga, harga kereta di US jauh lebih murah dari harga kereta di UK dan di Australia. Ini juga adalah diatas sebab yang sama.
Begitu juga dengan perbezaan harga barang-barang lain.
Contoh mudah, anda boleh bandingkan harga kereta hybrid diantara Malaysia dgn UK. Di Malaysia, kerta hybrid tidak dikenakan duti eksais dan duti import (0%), tapi harga di Malaysia masih mahal berbanding dgn UK. Perbezaannya adalah dalam RM 40K. Ini juga disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.
Screw the competition ! If malaysian cars can be sold cheap in overseas market due to high competition, why not in malaysia? Don't tell me proton is the sole manufacturer in malaysia. It has a strong competitors here too, which eventually pushed back proton. Talking about lies of opposition, what BN have done so far? Never lied?? Just Janji Dicapati !
dari @anon 19:13,
bukan itu yang saya mahu saudara jelaskan. persoalan yang saya timbulkan ialah fakta mengikut kastam duti eksais tetap 75% bermakna jika di langkawi tiada duti eksais sepatutnya harga kereta di langkawi tetap berkurang 75% dari harga jualan tapi sebaliknya harga cuma berkurang 10% berbanding harga di semenanjung yang dikenakan duti eksais. kastam tak mungkin berbohong dalam hal sumber pendapatan mereka. saudara telah gagal memberi penjelasan yang logik dan lebih parah saudara cuba memperbodohkan saya. maka, saya putuskan untuk undi PR.
1. Satu penulisan dan penerangan yang baik dari chewal. Saya dah baca entry ini sepenuhnya termasuk komen2 yg dilontarkan di ruang komentar.
2. Cuma satu yg saya tercari2 tetapi saya takdapat sehingga kehari ini adalah bagaimana negara boleh muflis sekiranya manifesto ini dijalankan.
3. Dari hujah chewal sendiri saya melihat manifesto ini masih boleh dilaksanakan apabila dilihat dari sudut positifnya. Chewal sendiri pun tidak menolak yang manifesto ini tidak boleh dilaksanakan dan bakal mufliskan negara.
4. Bahkan chewal sendiri menyokong usaha pimpinan kerajaan sedia ada mengurangkan cukai secara berperingkat. Ini bukti negara tidak akan muflis sekiranya manifesto ini dijalankan.
5. Concern chewal hanyalah penghapusan cukai ini boleh mengurangkan pendapatan kerajaan (berdasarkan pandangan chewal), lelongan AP mungkin tidak laku (juga berdasarkan pandangan peribadi chewal), dan perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas (juga berdasarkan pandangan peribadi chewal).
6. Tiada concern mengenai negara bakal muflis. Kalau ada pun, mungkin hasil daripada sudut pandang negatif yang chewal lihat.
7. Tiada sebarang fakta yang jelas negara akan muflis sekiranya manifesto ini dijalankan. Jadi, saya boleh simpulkan ulasan daripada pimpinan barisan nasional adalah fitnah yang dilontarkan kepada pakatan rakyat semata-mata. Saya sertakan sekali link kepada ulasan yang dibuat oleh idola chewal yang chewal sentiasa agung-agungkan iaitu dr. M yang mengatakan negara bakal muflis sekiranya manifesto ini dijalankan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130228/px_02/Negara-boleh-muflis---Dr.-M
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Manifesto_Pembangkang_Boleh_Jadikan_Negara_Muflis_Tun_M.html
8. Terdapat beberapa lagi pandangan dan ulasan daripada pimpinan BN yang mengatakan negara akan muflis sekiranya manifesto ini dijalankan. Berdasarkan hujah chewal, saya lihat semua ulasan pimpinan BN tersebut hanyalah fitnah BN kepada Pakatan Rakyat. Tiada hujah dan fakta yang jelas keluar dari mulut mereka.
(note: saya tidak menolak adanya risiko perlaksanaan manifesto ini. Tapi saya hanya melihat dari sudut yang berbeza berdasarkan hujah dan fakta yang lebih kuat. Bukan berdasarkan kemungkinan. I respect your point of view. so, I hope you respect my point of view as well. We can always agree to disagree)
https://t.co/wEXXLAUn6r -- jawapan Rafizi untuk anda...tiada isu tipu atau tertipu harap anda ikhlas dalam menjelaskan sesuatu isu
https://t.co/2Nz0mqi197 -- video untuk free education yg anda katakan rafizi tarik balik
@anon 11:18,
again, you don't get my points. Due to the competition and market size (population), car manufacturers have to sell at a minimum profit margin. The target is volume and to reach economy of scale.
you can ask the same question to Toyota and Honda. Why they sell their cars much cheaper in US compared to UK and Australia or other countries.
@anon 19:13/12:32,
1. kalau anda merujuk kpd perbezaan 10% yg berlaku terhadap kereta nasional (proton/produa), ini adalah seperti yang telah saya tulis dalam artikel, iaitu kereta berstatus nasional diberi pelepasan duit eksais dan hanya dikenakan cukai jualan. Sebab itu, di langkawi, perbezaannya cuma 10%.
2. Kalau anda merujuk kepada kenderaan jenis bukan nasional (honda,toyota...), perbezaan harga adalah tinggi. Tetapi, anda tidak boleh menolak 85% atau 100% dari harga jualan kerana harga yang dikenakan cukai adalah harga CIF iaitu harga sebelum dimasukkan profit.
@Halim,
1. artikel ini hanya merujuk kpd isu penghapusan cukai.
2. Utk itu isu penghapusan cukai, saya tidak kata yang negara akan muflis.
3. Saya bersetuju untuk penurunan cukai (spt yg dibuat oleh kerajaan sekarang), tetapi saya tidak bersetuju dengan penghapusan cukai. Saya juga telah berikan contoh, dimana semua negara mengenakan cukai keatas kenderaan.
4.Kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah merujuk kepada keseluruhan manifesto PR. Ini melibatkan tindakan-tindakan lain seperti penghapusan tol, pengurangan harga minyak dengan menaikkan subsidi, penghapusan yuran IPT, penghapusan PTPTN dll..
5. Kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah betul, kerana akibat daripada semua penghapusan ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yg terlampau tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan revenue kerajaan. Akibatnya, kerajaan terpaksa meminjam untuk perbelanjaan operasi (perbelanjaan hangus). Apabila ini berlaku, maka kerajaan kan muflis. Sama seperti yang berlaku pada negara yang dah muflis kerana mereka meminjam untuk perbelanjaan hangus dan bukan perbelanjaan pelaburan/pembangunan.
6. Mungkin anda keliru. Artikel ini hanya merujuk kpd perkara penghapusan cukai kenderaan dan bukan kepada keseluruhan manifesto PR.
@anon 2/4 13:32,
Poster yang dibuat rafizi itu mengandungi banyak kesalah. Cuba anda semak harga Honda Civic dan Toyota Camry di Langkawi dan bandingkan dengan harga yang ditulis oleh Rafizi.
Mengapa Rafizi menipu harga ? Contoy : di langkawi, harga Camry adalah RM 97,XXX , tapi Rafizi tulis RM 71,XXX ?
Berkenaan dengan harga kereta nasional, Rafizi menulis bahawa duti eksais dikenakan, tetapi kalau merujuk kpd akta kastam, langkawi dikecualikan dari duti eksais.
satu cara lagi yang boleh dibuat adalah dengan membandingkan harga antara Malaysia dgn Australia misalnya. Harga Preve di Langkawi adalah hampir sama dengan harga Preve di Australia (spesifikasi yang sama). Kalau Rafizi mengatakan harga Preve di Langkawi, dikenakan duti eksais, adakah Australia juga mengenakan duti eksais seperti Malaysia ? Jawapannya tidak.
1. Seperti yang saya duga. akhirnya saya juga yang keliru walaupun pada dasarnya chewal yg keliru dengan penerangan saya. Mungkin kerana saya memang lemah menyusun ayat. Maafkan saya atas kelemahan saya tersebut. Maklumlah saya tak cukup berfikir seperti Dr. FIKIR.
2. Apa yang saya maksudkan adalah sehingga sekarang saya masih tercari2 hujah berdasarkan fakta bagaimana negara boleh muflis sekiranya manifesto ini dijalankan. Yang saya jumpa hanya hujah chewal sahaja yang paling dekat dengan itu. Itu sahaja. Saya tak keliru pun dengan apa yang chewal tulis.
3. Chewal sendiri menyokong usaha pimpinan kerajaan sedia ada mengurangkan cukai secara berperingkat. Manifesto pakatan pun mengatakan penghapusan cukai secara berperingkat. Cuma bezanya, pakatan akan hapuskan. manakala BN akan ada cukai sedikit.
4. Dengan kata mudahnya, penghapusan secara berperingkat ni takkan menjejaskan ekonomi negara kerana pimpinan kerajaan sedia ada pun mengurangkan secara berpringkat.
5. Pimpinan kerajaan dibawah BN juga banyak mengeluarkan belanja hangus seperti BR1M dan Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah. Yang tu tak jejas ke perndapatan negara?
6. Semakin saya baca hujah chewal, semakin saya nampak chewal yang sebenarnya keliru (atau sengaja mengelirukan) dengan hujah Rafizi. Contoh : chewal keliru kenapa Rafizi tulis di langkawi, harga Camry adalah RM 71,XXX , bukan RM 97,XXX.
7. Chewal kena fahamkan dulu apa yang beliau tulis. Baca hujah dan persoalan yang beliau lontarkan. Baru chewal boleh faham kenapa beliau tulis begitu.
8. Saya yakin chewal tahu harga yang dikenakan cukai adalah harga CIF iaitu harga sebelum dimasukkan profit. Sekiranya chewal baca hujah dan persoalan yang beliau lontarkan, chewal akan faham kenapa beliau tulis begitu.
8. Chewal yang kena terlebih dahulu buka minda dan pendangan sebelum menyeru orang lain membuka minda dan pandangan. Dan belajar-belajarlah menerima sudut pandang yang berbeza kerana chewal membawa imej cerdik pandai dalam UMNO. Kalau golongan cerdik pandai dalam UMNO tidak boleh menerima sudut pandang yang berbeza, bagaimana orang lain hendak terus memberi sokongan kepada UMNO.
(note: saya juga tidak bersetuju 100% penghapusan cukai ini. Tetapi saya tidak menolaknya boleh dilaksanakan.)
@halim,
1. anda membicarakan dua perkara yg berbeza dalam satu masa. sebab itu anda keliru.
2. yang dikatakan negara boleh muflis adalah apabila merujuk kepada keseluruhan manifesto (melibatkan penghapusan beberapa perkara). Ini telah saya jelaskan dalam jawapan sebelum ini.
3. Utk penghapusan cukai kenderaan, saya tidak kata negera boleh muflis dan saya tidak kata ianya tidak boleh dilaksanakan. Apa yg dikatakan oleh saya dan banyak pihak adalah pengurangan pendapatan kerajaan.
4. Jangan mencampuradukkan dua perkara yg berbeza dan jangan meletakkan perkataan dalam mulut saya apa yg saya tidak kata.
5. Kerajaan boleh memberi BR1M dan perbelanjaan hangus yg lain. Ianya diberi berdasarkan pendapatan kerajaan yg datangnya dari pelbagai cukai (salah satunya cukai kenderaan). Apa yg dibangkitkan adalah, sekiranya pendapatan kerajaan berkurang dengan banyak, dan perbelanjaan meningkat dengan banyak maka, kerajaan tidak mampu utk berbelanja utk pengurusan (contohnya ...membayar gaji) dan sekiranya kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji maka negara akan muflis (spt yg berlaku pada negara greece dan beberapa negara lain).
6. Harga jualan di Langkawi adalah RM97K. Tetapi Rafizi tulis didalam posternya ..."Nilai jualan di langkawi" adalah RM71K. Ini jelas salah. Poster ini berdiri dengan sendiri dan ianya boleh disebarkan. Memberitahu nilai jualan yg berbeza adalah satu penipuan.
1. Baiklah. Saya mengaku saya keliru walaupun pada dasarnya chewal yg keliru dengan penerangan saya. Sekali lagi saya minta maaf atas kelemahan saya memberikan penerangan sehingga menyebabkan chewal dgn penuh yakinnya merasa saya keliru. Maklumlah saya tak cukup berfikir seperti Dr. FIKIR.
2. Sekali lagi saya terangkan, sehingga sekarang saya masih tercari2 hujah berdasarkan fakta bagaimana negara boleh muflis sekiranya manifesto ini dijalankan. Yang saya jumpa hanya hujah chewal sahaja yang paling dekat dengan itu. Itu sahaja. Sila fahamkan maksud saya. Di dalam ayat ini, tiada di mana-mana saya mengatakan chewal membincangkan manifesto Pakatan secara keseluruhan. Yang saya maksudkan hanyalah tiada dimana-mana perbincangan kemudaratan manifesto Pakatan berdasarkan fakta. Yang saya jumpa hanyalah di page chewal. itupun hanya tentang harga kereta.
3. Ayat no.2 dikomen sebelum ini hanya sekadar menerangkan maksud saya yang sebenar (kerana saya dapati chewal keliru dengan pandangan saya sehingga melihat seperti saya yang terkeliru). di point ke 3 di komen sebelum ini saya terus kembali ke perbincangan asal iaitu tentang penurunan harga kereta ini. Saya TIDAK teruskan prbincangan tentang manifesto seperti yang chewal kata.
4. Hmm.. perkataan apa ye yang saya letak dalam mulut chewal? Saya dah baca balik komen tu 2-3 kali pun saya tak nampak perkataan apa yang saya letak dalam mulut chewal. Ke chewal ada nak termengaku apa-apa berdasarkan hujah saya tu sehingga menyebabkan chewal rasa saya cuba meletak sesuatu dalam mulut chewal?
5. Chewal kena fahamkan dulu apa yang beliau tulis. Baca hujah dan persoalan yang beliau lontarkan. Baru chewal boleh faham kenapa beliau tulis begitu. Bukannya terus menuduh menipu dan sebagainya.
6. Saya yakin chewal tahu harga yang dikenakan cukai adalah harga CIF iaitu harga sebelum dimasukkan profit. Sekiranya chewal baca hujah dan persoalan yang beliau lontarkan, chewal akan faham kenapa beliau tulis begitu.
7. Sekali lagi saya menyeru, tolonglah buka minda dan pendangan sebelum menyeru orang lain membuka minda dan pandangan. Dan belajar-belajarlah menerima sudut pandang yang berbeza kerana chewal membawa imej cerdik pandai dalam UMNO. Kalau golongan cerdik pandai dalam UMNO tidak boleh menerima sudut pandang yang berbeza, bagaimana orang lain hendak terus memberi sokongan kepada UMNO.
Ala rafizi tu..bukan tau apa pun...copy paste jer...pas tu klu slh..cakap clerk salah taip...statistik ekonomi jadi ceramah ekonomi...mcm lah org mlyu ni bodoh sangat..cet..
@halim,
1. saya tidak/belum mengeluarkan artikel mengenai manifesto PR secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, saya telah pun menulis dalam jawapan saya dan Tun Dr. Mahathir pun dah menjelaskan bahawa manifesto PR boleh membawa negara ke arah muflis. Sebabnya juga telah saya jelaskan sebelum ini. Tun juga dah jelaskan dalam siri cerama beliau.
2. Kalau harga kereta yang dijual adalah RM97K, tapi anda bagitahu bahawa harga (nilai) jualan adalah RM71K, ianya adalah salah dan menipu. Sila lihat poster beliau, beliau tulis nilai jualan camry di langkawi adalah RM71K yang mana ianya tidak benar sama sekali.
1. YA.. saya TAHU chewal tidak/belum mengeluarkan artikel mengenai manifesto PR secara keseluruhan. sebab itu saya katakan chewal yang terkeliru dgn kata2 saya. Tapi mungkin kerana kelemahan saya juga. maafkan saya atas kelemahan tersebut.
2. Walaubagaimanapun, sekiranya itu sahaja penjelasan chewal dan tun M, itu tidak cukup kukuh bg saya. Tapi takpelah sebab artikel ini bukan berkaitan dgn manifesto secara keseluruhan.
3. OKlah.. saya mengaku chewal menang, Rafizi salah dan pembohong besar (walaupun chewal yang tak ingin cuba memahami apa isu sebenar yg cuba disampaikan. Semuanya ada di dalam soalan yang dilontarkan rafizi utk mengetahui isu sebenar yg ditimbulkan).
4. Sekiranya chewal mahu betul2 rigid, artikel yang chewal tulis ni pun banyak kesalahannya. Terdapat kesalahan pengiraan harga kereta, pengecualian cukai eksais tempatan di semenanjung dan langkawi, dan lain-lain. Utk tahu dimana kesalahannya, sila rujuk semula Akta Kastam 1967 & 1976 dan enakmen2 pindaan serta carilah mereka yang pakar undang-undang.
5. Sekiranya saya ingin melihat dari sudut negatif sahaja sepertimana yang chewal lihat, saya melihat kesalahan pengiraan dan maklumat chewal ini adalah disengajakan dan berniat jahat untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat. Kesalahan ini sengaja dibuat bagi memfitnah dan memperburukkan pakatan rakyat.
6. Tapi saya tidak mahu melihat dari sudut negatif kerana apa yang saya nak adalah fakta utk membuat pilihan yang tepat ketika mengundi nanti. Saya suka melihat dari luar kotak dan bukan dari kacamata politik. Kerana itulah saya tidak taksub dengan mana-mana parti.
7. Sebab itulah saya suka menyeru, tolonglah buka minda dan pendangan sebelum menyeru orang lain membuka minda dan pandangan. Dan belajar-belajarlah menerima sudut pandang yang berbeza kerana chewal membawa imej cerdik pandai dalam UMNO. Kalau golongan cerdik pandai dalam UMNO tidak boleh menerima sudut pandang yang berbeza, bagaimana orang lain hendak terus memberi sokongan kepada UMNO.
8. Sekiranya chewal hanya mahu memandang negatif, jangan salahkan mereka yang memandang UMNO dan BN negatif. Kerana itu adalah hasil daripada apa yang dicipta chewal sendiri.
9. Sebagai komen terakhir saya utk artikel ini, saya ingin berkongsi satu nasihat yang boleh kita sama-sama hayati. Jangan mengharapkan semua orang mempunyai level pemikiran yang sama seperti kita. Bukan semua orang PhD holder. Bukan semua orang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Bukan semua orang pakar dalam bidang yang kita pakar. HUjah yang simple, kronologi yang mudah dan analogi yang bernas itulah yang menunjukkan tahap kebijaksanaan seseorang itu. Semakin mudah hujahnya difahami dan diterima oleh semua tahap pemikiran dan pendidikan, itulah yang dinamakan kebijaksanaan.
@halim,
anda memberitahu terdapat kesalahan dalam pengiraan dan cukai2 kastam. Mohon beritahu saya dimana silapnya supaya boleh dibetulkan.
Untuk pengetahuan, saya telah pun merujuk akta kastam dan akta eksais. Saya juga telah berhubung dengan pegawai kastam dan bekas pengarah kastam.
Mungkin terdapat pindaan2 terkini atau mana-mana warta kerajaan yang saya terlepas pandang. Mohon tunjukkan warta kerajaan (sekiranya ada) tersebut.
1. Haih.. dalam komen sebelum ni saya dah bgtau tu komen terakhir saya utk artikel ini tapi sebab ada soalan, terpaksa saya jawab. Tapi kali ni confirm yang terakhir sebab saya akan berada diluar kawasan liputan buat sementara waktu ini.
2. Sebagai seorang yang selalu menyeru utk mencari maklumat dan membaca, saya yakin chewal boleh mencari dimana salahnya sendiri tanpa perlu bertanya kepada saya.
3. Antara kesilapannya adalah melakukan direct comparison and conclusion based on harga jualan di Langkawi dan semenanjung. Comparison yang tepat adalah dengan menggunakan harga CIF. Chewal perlu tahu harga CIF. Then, apply pengiraan mengikut kaedah pengiraan yang dibuat oleh kastam. Kemudian, barulah compare semula dengan harga OTR di Langkawi dan semenanjung.
4. Saya akui Rafizi punya pengiraan juga tidak tepat. Tetapi saya tidak kisah kerana sekiranya beliau menggunakan kaedah yang tepat, harga kereta tersebut akan lebih rendah berbanding pengiraan beliau.
5. Sekiranya saya ingin memandang negatif kepada beliau diatas pengiraan yang tidak tepat tersebut, saya boleh berbuat demikian. Tetapi saya lebih suka bersangka baik dengan menganggap beliau ingin memberi kefahaman yang mudah kepada audience yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pemikiran yang berbeza.
6. Sekiranya beliau menggunakan pengiraan yang complex dalam penerangan beliau seperti yang dibuat oleh pihak kastam, maka ramailah rakyat yang akan sukar memahaminya.
7. Begitu juga dengan kesilapan chewal. Sekiranya saya ingin melihat dari sudut negatif sahaja sepertimana yang chewal lihat, saya akan mengatakan kesalahan pengiraan dan maklumat chewal ini adalah disengajakan dan berniat jahat untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat. Kesalahan ini sengaja dibuat bagi memfitnah dan memperburukkan pakatan rakyat.
8. Saya juga FAHAM kenapa chewal membuat direct comparison and conclusion based on harga jualan di Langkawi dan semenanjung begitu. Sebab itu saya tidak mahu lihat dari sudut negatif.
9. Tapi sekiranya tidak ditunjukkan harga CIF di dalam comparison chewal tersebut, ibaratnya chewal sedang sembunyikan satu isu yang lain disitu walaupun bukan itu tujuan chewal yang sebenar. Sebab itu saya katakan, saya boleh dengan mudahnya mengatakan chewal berniat jahat untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat.
10. chewal semestinya tidak mahu saya terus menuduh chewal berniat jahat untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat di dalam salah satu entry di dalam blog saya disebabkan kesilapan tersebut yang mungkin tidak disengajakan chewal kerana fokus hujah chewal bukan disitu.
11. Sepatutnya, sekiranya benar rafizi salah dalam pengiraan beliau, chewal berhujahlah dahulu dengan beliau sepertimana yang saya lakukan ini bagi memahami tujuan sebenar beliau berhujah begitu. Bukan terus menulis di blog dan menggelarkan si fulan itu menipu, membohong dan sebagainya.
12. Itulah salah satu kesilapan chewal yang saya kesan. Ada beberapa lagi kesilapan (terutama di artikel berkenaan penurunan harga kereta sebelum ini sehingga saya rasa perlu diremove keseluruhan entry tersebut dengan kadar segera utk mengelakkan timbulnya fitnah). Saya yakin chewal boleh cari kesilapan chewal yang lain di dalam artikel ini insyaAllah. Harap membantu.
Dr Sawal,
Boleh bagi contoh pengiraan duti eksais yang betul tak?
Ni contoh dari sy (Perodua Alza):
Manufacture Price* 21,000.00
(+)Excise Duty 80% 16,800.00
(+)Sales Tax 10% 2,100.00
(+)Distributor/Dealer Profit* 25,000.00
= Selling Price 64,900.00
(+)Accessories/Insurance etc 5,000.00
OTR Price 69,900.00
(-)Excise Duty 80% -16,800.00
OTR Price after
Excise Duty Exemption 53,100.00
*Andaian shj, tidak pasti amaun sebenar.
Mengapa perbezaan antara di Langkawi dan Semenanjung hanya leih kurang 10% sahaja?Adakah margin keuntungan syarikat memberi impak yg sangat besar pada harga jualan tersebut?
Rujukan:
http://www.customs.gov.my/documents/Bahagian%20CD/Customs%20Guidelines%20Book-Excise.pdf
@Halim,
saya ingatkan saya tersalah, rupanya anda yang salah.
Untuk pengetahuan anda, harga CIF adalah harga untuk kereta CBU. CIF adalah cost, insurance dan freight dimana kereta secara CBU (complete built up) dibawa masuk ke malaysia melalui kapal.
untuk kereta yang dipasang di malaysia atau asean, ianya bukan CBU, tetapi adalah CKD. Untuk kereta CKD, ianya bukan harga CIF tetapi harga manufacturer.
Sebab itu adalah pelik apabila rafizi meletakkan link untuk harga kereta CBU, sebab anda tidak akan dapat harga kereta yg dipasang di malaysia dalam link tersebut.
Sebab itu, saya membuat perbandingan dengan harga di langkawi untuk ke tiga-tiga kereta tersebut. Ianya adalah satu perbandingan yang tepat kerana di langkawi harga yg terlibat hanyalah manufaturing price (kos asal) dan profit.
Sila fahami perbezaaannya.
@Rose,
Ya, pengiraan anda adalah betul. Hanya mungkin sedikit kesilapan pada pengiraan sales tax sebab kalau tak silap, sales tax dikira dari harga yang dah dicampur dengan excise duty dan bukan dari harga manufacturer.
Berkenaan dengan soalan perbezaan harga di langkawi yang hanya sekitar 10%, saya telahpun menghubungi pegawai kastam yang berkaitan, dia memaklumkan bahawa perbezaan yg kecil ini datang dari profit yg mereka ambil di langkawi.
margin/profit sykt kereta adalah sekitar amaun yg anda anggarkan, tetapi profit untuk kereta negara luar spt honda, toyota dan lain-lain adalah lebih tinggi.
kahkahkahkah...BN pun nak turunkan harga kereta. apa cerita? semua penjelasan engkau ni boleh dibakulsampahkan...
hahahaha...tergelak saya apabila tersinggah di sini..Salam kenal, harap saya boleh belajar membuat pengiraan jualan kereta dgn lebih terperinci dari Chewal hehehehee....
1. Maafkan saya atas kesilapan saya. Maklumlah menulis dalam keadaan tergesa-gesa. Apa yang saya maksudkan adalah harga CBU dan CKD. Maafkan saya sekali lagi.
2. Tapi point saya masih sama, direct comparison and conclusion based on harga jualan di Langkawi dan semenanjung adalah tidak tepat kerana ianya adalah harga jualan termasuk profit.
3. Sebab itu saya katakan comparison yang tepat adalah dengan mengetahui harga asal sebelum dikenakan sebarang cukai. kemudian, apply pengiraan mengikut kaedah pengiraan yang dibuat oleh kastam. Kemudian, barulah compare semula dengan harga OTR di Langkawi dan semenanjung seperti yang dilakukan oleh seorang komentator dalam artikel ini yang bernama rose (walaupun kaedah pengiraannya ada sedikit tersilap. Tapi insyaAllah bukan niat beliau untuk membodohkan rakyat dengan cara menipu).
4. Kenapa saya katakan kaedah ini adalah lebih tepat adalah kerana ada isu lain di situ (yang juga cuba diselesaikan oleh pakatan rakyat dalam manifestonya dan yang mungkin cuba disembunyikan oleh chewal).
5. Isunya adalah seperti di dalam komen chewal sebelum ini iaitu,
Saya quote chewal - "Berkenaan dengan soalan perbezaan harga di langkawi yang hanya sekitar 10%, saya telahpun menghubungi pegawai kastam yang berkaitan, dia memaklumkan bahawa perbezaan yg kecil ini datang dari PROFIT yg mereka ambil di langkawi. margin/profit sykt kereta adalah sekitar amaun yg anda anggarkan, tetapi profit untuk kereta negara luar spt honda, toyota dan lain-lain adalah lebih tinggi."
6. Sekiranya chewal boleh buktikan pengiraan sebelum profit di semenanjung dan langkawi, kita boleh lihat perbezaan margin profit di kedua-dua tempat ini.
7. Profit syarikat yang tinggi bukan dapat kepada kerajaan atau rakyat, tetapi hanya kepada syarikat kereta tersebut. Both kerajaan dan rakyat tidak mendapat keuntungan. Sebab itulah comes the idea of lelongan AP supaya boleh memecahkan monopoli, boleh menebus pendapatan negara, dan boleh menguntungkan rakyat dengan pengurangan harga jualan dan keuntungan oleh pihak syarikat akibat daripada competition.
8. Sekiranya kita buat pengiraan yang tepat, kita boleh nampak reason disebalik isu yang rafizi bawa di dalam poster tersebut.
9. Selepas pengurangan cukai dan lelongan AP dibuat seperti yang dicadangkan oleh pakatan rakyat, harga kereta di Langkawi dan semenanjung insyaAllah akan lebih rendah berbanding sekarang. Sebab itulah saya katakan direct comparison tersebut tidak tepat.
10. Tapi terpulanglah kepada chewal. Itu pandangan saya melalui pengiraan yang saya buat. Kalau chewal tak bersetuju, kita boleh berlapang dada dan bersetuju utk tidak bersetuju. Sesungguhnya itulah yang lebih baik dari bersangka buruk dan mengatakan chewal berniat jahat untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat.
@ejai,
sila baca semua kenyataan saya. Saya tidak membantah penurunan cukai, tapi saya membantah PENGHAPUSAN cukai. Kerajaan BN memang telah buat penurun cukai sejak dahulu dan dalam manifesto semalam pun, mereka tidak menghapuskan, cuma menurunkan 20-30% duti. Sila fahamkan perbezaannya.
@halim,
1. Profit adalah hak syarikat. ianya tidak boleh dikawal oleh kerajaan melainkan kerajaan membuat harga siling. Tetapi, ini tidak akan berlaku sebab, dalam industri automotif, parameter dalam pengiraan profit adalah banyak dan kompleks. (kaitkan dengan market size, economy of scale dan lain-lain yg telah saya terangkan).
kalau anda membandingkan harga malaysia dgn UK dan Australia, harganya lebih kurang sama kerana harga-harga ini dah termasuk profit oleh main distributor dan dealer chain mereka. Adakah UK dan Australia menggunakan AP ? tidak. Begitu juga bagi kereta CKD di malaysia.
2. Ini belum lagi diambil kira tindakan sesetengah syarikat mengistiharkan harga yang rendah dari harga kos sebenar kerana untuk mengurangkan duti.
3. oleh sebab itu, perbandingan harga antara semenanjung dan langkawi adalah tepat. Tambahan pula, kita tidak tahu berapa harga kos sebuah kereta melainkan yg dianggarkan sahaja. Harga CIF yg dipublish di laman web kastam adalah bagi kereta CBU dan bukannya kereta yg dipasang di malaysia seperti honda, toyota, proton dll.
4. Mungkin anda keliru dengan konsep AP. AP yg dijual ini adalah kepada syarikat-syarikat kereta yang bukanya authorised distributor yg dilantik oleh pengeluar kereta. Pada kebiasaanya, syarikat pengeluar kereta akan ada satu main authorised distributor.
5. AP yg dijual yg berharga RM10,000 seunit ini adalah kepada syarikat-syarikat yg membawa masuk (import) kereta. iaitu kereta-kereta used car yg banyak. Contohnya, syarikat yang menjual Toyota wish atau vellfire, menggunakan AP, kerana model-model ini tidak dijual oleh toyota malaysia. Syarikat2 inilah yang memerlukan AP iaitu permit untuk mengimport kereta.
6. Bagi syarikat spt toyota malaysia, honda malaysia, proton, produa dan beberapa syarikat lain yg memasang kereta di Malaysia dan asean, mereka tidak memerlukan AP sebab mereka tidak mengimport kereta. So, lelongan AP tidak membabitkan mereka.
7. Sebab itulah, saya katakan, apa yang dibentangkan oleh Rafizi adalah salah (terlalu banyak kesalahanya) sehingga anda sendiri terkeliru antara CBU dan CKD, AP dan lain-lain.
Apamacam kawannnn!! najib sudah pakai idea RAFIZI??? Ini macam kalu memang FAFIZI betul selama ini...CheWal tak segan ke??? hehehehehe!!!
Apamacam kawannnn!! najib sudah pakai idea RAFIZI??? Ini macam kalu memang FAFIZI betul selama ini...CheWal tak segan ke??? hehehehehe!!!
@lok man,
mungkin anda tidak baca apa yang saya tulis dan mungkin anda tidak baca manifesto BN.
seperti yang saya tulis, saya tidak setuju dengan penghapusan cukai kerana ianya menjejaskan pendapatan negara tetapi saya setuju dengan penurunan cukai. Hapus tak bagus, turun okay. Semua negara ada cukai kenderaan.
Dalam manifesto BN juga, BN berjanji akan menurunkan cukai sehingga 20-30% sahaja. BN tidak menghapuskan cukai.
kalau cukai bagi sebuah kereta adalah RM20,000. Maka melalui BN, penurunannya adalah diantara RM4,000 - RM 6,000 sahaja.
Che Wal Hasiul balik asal...
sekarang najib dah umum akan menurunkan harga kereta dlm aku janji BN ( 20 - 30 %). Makna apa? Najib tipu ke juga? Lu cakap dulu rafizi tipu.. sekarang apa cer bro? Lu totok.
@anon 07:47,
1. Mungkin anda tidak membaca apa yang saya tulis.
2. Kalau anda baca atau sekurang-kurangnya melihat gambar yg disertakan, mesti anda tahu apa yang saya maksudkan dgn menipu. Iaitu, rafizi menipu dari segi pengiraan dan harga selepas penghapusan cukai. Malah, dalam poster rafizi yg terbaru pun beliau masih memberikan nilai yang salah.
3. Adakah najib memberitahu berapa harga selepas penurunan ? Tiada. Apa yang diumumkan oleh Najib adalah penurunan cukai dan bukanya penghapusan cukai. Penurunan cukai kenderaan bukan perkara baru bagi kerajaan dan telah dilakukan sejak dahulu lagi.
4. Fahamkan dahulu sebelum memberi komen. Terima kasih.
sudahla tu che wal tak payah nak spin.bn pun nak turun harga.kau plk ckp kitaorang tak faham.susah sangat ke nak mengaku kau tersilap.lg nak spin
@anon 21:20,
Spin ? kalau tak nak baca jawapan saya, sila baca manifesto BN dan PR. PR nak menghapuskan cukai 100% manakala BN nak mengurangkan cukai 20-30%.
PR hapuskan maknanya tiada pendapatan dari cukai kenderaan. BN kurangkan, maknanya masih terdapan pendapatan dari cukai kenderaan.
takkan perbezaan kenyataan ini pun susah nak faham ?
Anda tidak perlu spin untuk memahami perbezaannya.
najib tiru weiii
Chewal tlg jgn ckp menguntungkan orang kaya merugikan org miskin kalau cukai diturunkan.orang kaya boleh kaya sebab dorang pikir mcm mn Nak kaya.itu bukan Alasan.sekarang ni cukai Kereta mmg tinggi.turun pun sbb PR yg usulkan dlm manifesto.kalau tak hampeh la.dari apa yang Saya baca Dari setiap ujah chewal Banyak spin.terlalu Banyak spin..Sy panggil chewal p.a la..(Putar Alam)
Che wal pun setuju penurunan cukai dijalankan..tapi bukan penghapusan cukai..macammanapun harga kereta akan turun disebabkan akta perdagangan bebas..cukai perlu untuk memastikan permeliharaan industri automotif negara..sama juga cukai yg dijalankan oleh negara lain tp kemungkinan dalam sektor berlainan..
Najib x meniru idea rafizi..cuma melakukan ape yg patut sebagai pemimpin negara..seperti kenyataan sy sebelum ini harga kereta tetap akan diturunkan disebabkan akta perdagangan bebas yg masih tertangguh untuk industri automatif..cuba anda fikir jika PM nak meniru idea rafizi kenapa beliau x menghapuskan cukai kereta..sebaliknya menurunkan cukai kereta..
Tiada isu sape tiru sape..? Ape yg che wal jelaskan adalah betul..kemungkinan kerajaan mempunyai rancangan tersendiri dan x perlu sampai memuatnaik video di youtube..cuba fikirkan ape yg akan jadi pada pembeli2 kereta sebelum ini..hutang yg ditanggung lebih dari harga kereta semasa..cuba fikirkan impak negatif pada sektor perniagaan kereta terpakai..
Ape yg dijelaskan che wal ade benarnya.. menguntungkan orang kaya..jika kemampuan anda adalah dalam lingkungan 40k..cuba pikirkan ape kereta yg anda mampu selepas penghapusan cukai kalau x kereta keluaran nasional..ini bukan isu kereta murah tapi lebih kepada isu keinginan memiliki kereta keluaran luar..yg kemungkinan paling rendah dlm lingkungan 60k..dan ini sama sekali x merubah pendapatan isi rumah..
bagi aku tak timbul soal tiru-meniru. kedua2 idea dari pembangkang dan kerajaan menguntungkan rakyat. sebagai rakyat biasa, aku peduli apa dgn CBU ke, CID ke, pemotongan cukai 100% ke, 20% ke apa ke. yg penting siapa yg boleh menawarkan yg lebih murah itu yg aku sokong. ok kalau che wal dan siapa sahaja yg biasa beli kereta dgn cash, korng nak sokong mana pun lantak korang la. aku rakyat yg tak mampu nak beli kereta secara cash dan tak mampu nak berhutang lama2.
persoalan yg harus ditimbulkan ialah, siapa di antara mereka yg akan menunaikan janji mereka? kedua jika BN ikhlas untuk membantu rakyat, kenapa setelah 55 tahun memerintah, baru terfikir hendak turunkan harga kereta?
@ Tun Perak,
terima kasih diatas penjelasan yang diberi.
@anon 19 April dan 21 April,
Kerajaan telah pun menurunkan cukai secara berperingkat semenjak dahulu lagi. Ada ketika dahulu, cukai kereta ada yg mencecah 300%. Penurunan cukai telah pun dibuat kerajaan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi.
Isunya disini adalah penghapusan cukai 100% akan mengurangkan pendapatan kerajaan dan seterusnya menjejaskan insentif/subsidi yg dinikmati oleh golongan miskin.
sebab itu, kerajaan semenjak awal lagi hanya menurunkan cukai. dalam manifesto BN pun hanyak diturunkan 20-30%.
Penghapusan cukai hanya menguntungkan mereka berpendapatan tinggi.
kalau kemampuan golongan yg berpendapatan rendah adalah RM40K (myvi misalnya) dan terpaksa mengambil loan 5-7 tahun, lepas penghapusan cukai, kemampuan mereka masih sama iaitu myvi yg berharga RM37K (lepas hapus cukai) dan masih memerlukan loan 5-7 tahun.
Sbg pemerhati luar, saya setuju dengan banyak hujahan chewal.
Ini kali pertama saya masuk ke blog tuan. Sangat saya hormati sikap tuan yang menjawab segala komen yang diberikan walaupun ada yang menyakitkan hati. Perbezaan ketara yang saya nampak adalah penggunaan fakta ketika berhujah. Cukup susah nak jumpa orang yang berdebat berpandukan fakta ini. Saudara Halim yang memberikan komen juga dapat tabik hormat dari saya kerana berusaha menggunakan fakta.
1. Saya sependapat dengan tuan tentang isu penurunan berbanding dengan penghapusan. Kerajaan (tidak kira samada BN atau PR) memerlukan pendapatan. Semua orang tentu arif dengan perkara ini.
2. Kegagalan kerajaan dari segi pemberian maklumat yang cukup mudah di akses menyebabkan ramai menganggap Rafizi berkata benar. Jika hujah-hujah yang tuan berikan ini datangnya dari kerajaan sendiri tentu sekali ramai yang akan dapat membuat penilaian yang lebih tepat tentang apa yang dijanjikan kerajaan berbanding dengan apa yang dihidangkan oleh pembangkang.
3. Sekiranya saya berpeluang untuk bertemu dengan calon-calon yang bertanding dikawasan saya tinggal, saya akan cuba tanyakan soalan mengenai "kesilapan" fakta dari Rafizi dan dengar hujah-hujah mereka. Adakah mereka dapat berikan fakta yang betul atau sebaliknya. InsyaAllah saya akan nyatakan kepada pihak tuan jawapan-jawapan yang saya terima nanti.
@zidaf,
terima kasih diatas sokongan yang diberikan.
@orang kampung jambi, rengit
Terima kasih diatas komen tuan. InsyaAllah, saya akan cuba mengutamakann fakta kebenaran dalam artikel dan jawapan saya. Untuk artikel ini, saya mendapatkan fakta dari Akta eksais, akta kastam dan saya menghubungi beberapa pegawai kastam untuk mendapatkan kepastian.
kalau tuan dapat sebarang jawapan balas, sila maklumkan kepada saya.
Kos harga kereta mungkin diturunkan tetapi kos maintenance dan servis mungkin sama. Sebelum excited utk menukar kereta proton @perodua anda ke honda @ toyota@ mercedes fikirkan kemampuan maintenance servis. Kereta hanya liabiliti, melainkan rumah itu asset. Jadi tak payahla over excited bagi mereka2 yg berpendapatan sederhana.
kenapa kecoh pasal kereta.... kereta hanyalah sekadar pelaburan tak menguntungkan. kalau sekarang kereta di anggap sebagai keperluan, kita tengok nanti apabila cukai di hapuskan, kereta di anggap sebagai kehendak. budak u pun mampu pakai preve sebab murah, nak bergaya, tambahan dapat pembiayaan percuma. Pemberian percuma melahirkan masyarakat yang MALAS
Jangan kau pulak yg terhegeh2 beli kereta bila harga turun nnt.
Saya ada keta kelisa, cukuplah, hujung tahun ni habis bayar. Lepas ni bebas dari hutang... woo hoo tak sabar. Hidup bebas hutanglah paling seronok. Lebih baik berhutang rumah dari berhutang kereta :-)
sdr Hazim, FYI aku ni dah ada kereta Nissan Qasqai. fully import lg. tak der nyer nak terhegeh2 beli kete bila harga turun. Pls open your mind, bile harga turun, banyak kesan sampingan :
1. Pemandu teksi takde kerja (mengangur)
2. kesesakan lalu lintas
3. sebuah rumah sekarang(min 2 kete), harga murah (seorang sebuah kete)
4. kemalangan meningkat
5. service kete tinggi sebab high demand
6. complain sbb takder parking, anyhow parking kena saman.
7. jenayah meningkat sbb jual spare part murah kat pasar gelap. high demand sbb kat service center harga mahal
8. compalin lagi, suruh turun harga petrol
9. proton/produa kilang bungkus sbb seme beli kete import
10. pekerja proton menganggur
11. inflasi naik sbb pengaliran mata wang (seme beli import car)
12. DLL
fikir fikirkanlah..... memiliki sesuatu berdasarkan keperluan bukannya nafsu. Fikir macam mana nak majukan ekonomi sendiri dulu sblm BERANGAN nak pakai kete mewah..
@masq and anon 00:06,
Benar, sebenarnya kereta bukanlah aset tetapi ianya adalah liabiliti. Rumah/tanah adalah aset pelaburan.
Penghapusan cukai tidak mengurangkan beban atau meningkatkan kemampuan rakyat berpendapatan rendah.....malah mungkin akan menjejaskan mereka kerana penghapusan cukai mengurangkan pendapatan negara yg amat diperlukan untuk memberi subsidi.
Subsidi gas di rumah sahaja telah bernilai hampir RM20 billion. Subsidi petrol juga hampir RM20 billion. Ini tidak termasuk subsidi minyak masak, tepung, gula, diesel. Ini tidak termasuk bantuan-bantuan seperti BR1M, BB1M, Klinik 1M dan lain-lain yg dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
sebab itu, saya lebih suka sekiranya pengangkutan awam yang diberi fokus dan bukannya penghapusan cukai.
Yang menariknya adalah dalam manifesto BN Selangor, mereka berjanji untuk menyediakan pengangkutan bas yang menghubungkan kawasan perumahan dengan bandar dan stesen-stesen seperti LRT/Komuter/MRT dll... Inilah yang sepatutnya dilakukan. Syabas BN Selangor.
sedara penulis blog ni pernah beli kereta kat bebas cukai ke? kalau pernah bagus la...kalau tak pernah sila tanya pada pembeli yang pernah beli kat langkawi atau labuan.apa yang kena cukai dan apa yang tak kena cukai.....tepuk dada tanya selera
sedara penulis blog ni pernah beli kereta kat bebas cukai ke? kalau pernah bagus la...kalau tak pernah sila tanya pada pembeli yang pernah beli kat langkawi atau labuan.apa yang kena cukai dan apa yang tak kena cukai.....tepuk dada tanya selera
1)penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin.
Adakah tiada keuntungan langsung untuk orang miskin? atau adakah kerana orang kaya pun ada keuntungan maka orang miskin tak perlu merasa keuntungan walau sedikit? Orang kaya membayar cukai lebih banyak berbanding orang miskin. Adakah salah orang kaya mendapat keuntungan daripada polisi kerajaan (BN/PR)?
2)Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama.
Bagi orang kaya seperti anda, pengurangan RM3 ribu atau setahun lebih pendek pinjaman hutang kereta adalah perkara remeh.
3.Bagi orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.
Begitu juga orang miskin seperti saya. Sebelum ni hanya mampu beli VIVA untuk 5 sekeluarga selepas ini mampu beli Alza. Adakah saya tidak layak untuk mendapat keuntungan dari polisi harga kereta murah semata2 orang kaya juga akan mendapat untung?
Saya rasa anda pasti juga tidak bersetuju dengan air percuma kerajaan Selangor kerana orang kaya (minoriti) juga mendapat untung walau majoriti orang adalah tak kaya.
Jgn ckp srupa org bdoh la..abis najib tu xnaik kreta la.?xkan nak jalan kaki kot..kesesakkan lalu lintas.?ape bnda ko ckp nie.?abis yg tol letak sini sana tu asal plak.?xnk ckp plak jem smua.?rkyat malaysia ade brapa billion.?xkan xnk pkai kreta.?kemalangan mningkat.?lagi ko bdoh.!xnk kmlangan baik jln kaki smua..kmlgan bkn kita mntk.!allah yg tntukan smua la.!kreta malaysia.?asal mhal sgt.!rumah aku bleh prking 4 kerta.!ko nk cita ape.?ko jgn ckp psal rkyat mskin kew kaya kew.!rmai lgi pngemis kat luar tu.!asal krjaan xnk tlg.?pkir dlu sblum ckp.!korg smua dah buta ape yg krjaan dh buat kat korg.!gaji korg ckup kew 2 ribu sblan.?ak nie pon gaji 5ribu pon xckup tau x.!!!!!!!!baru ade ank 1 org.!blum 5 lgi..petrol dari 1.60 skg dah 1.90..itu yg kata rkyat didahulukan.???ape kejadah smua tu.!!!!!!!!!debat dgn aku tgok.!!!
Jgn ckp srupa org bdoh la..abis najib tu xnaik kreta la.?xkan nak jalan kaki kot..kesesakkan lalu lintas.?ape bnda ko ckp nie.?abis yg tol letak sini sana tu asal plak.?xnk ckp plak jem smua.?rkyat malaysia ade brapa billion.?xkan xnk pkai kreta.?kemalangan mningkat.?lagi ko bdoh.!xnk kmlangan baik jln kaki smua..kmlgan bkn kita mntk.!allah yg tntukan smua la.!kreta malaysia.?asal mhal sgt.!rumah aku bleh prking 4 kerta.!ko nk cita ape.?ko jgn ckp psal rkyat mskin kew kaya kew.!rmai lgi pngemis kat luar tu.!asal krjaan xnk tlg.?pkir dlu sblum ckp.!korg smua dah buta ape yg krjaan dh buat kat korg.!gaji korg ckup kew 2 ribu sblan.?ak nie pon gaji 5ribu pon xckup tau x.!!!!!!!!baru ade ank 1 org.!blum 5 lgi..petrol dari 1.60 skg dah 1.90..itu yg kata rkyat didahulukan.???ape kejadah smua tu.!!!!!!!!!debat dgn aku tgok.!!!
Xkan rkyat malaysia xnk pakai kreta malaysia..
Tapi cukai kreta trlalu tnggi..yg mmpu hnya bleh pkai motor jla..tolak BN.!!!
Lanx ko la ko pkai kreta ape pon.!!!
Lanx ko la ko pkai kreta ape pon.!!!
Kalu gaji 5k pun tak cukup tu salah ko yg tak pandai budget, bukan salah kerajaan.
Ko yg buta.!cuba ko kira 1 bulan prbelanjaan ko dan tolak dgn gaji ko.!!!bodoh..!!!!ada ckup kew atau trlebih.!!!5k skg bkan mcm 5k dlu tau x bngok.!!!50 rnggit dlu bleh beli 10 brg..50 rnggit skg bleh beli 5 brg jew..!!!nmpk xprbezaan kat situ samdul..
Aku gaji RM5k cukup jer belanja... bergantung pada diri sendiri.. jangan berlagak nak hidup mewahhh jer weiiiii... Tiap bulan siap boleh bayar sewa rumah (beli RM 200K), kereta, credit card, personal loan, siap boleh simpan ASB lagi. cukup jer aku makan, isi minyak...
Aku tidak sokong BN..!!!boleh jln sama BN..!knpa krajaan Malaysia luluskan kilang arak n pusat perjudian.!sedangkan malaysia negara islam.!rmai anak2 muda dah rosak dgn arak,judi,maksiat.!aku nk mlaysia buat hukum allah.!bkan hukum manusia.!pkir2 la whai ahli Be End..
KAT NEGARA LUAR MGKIN CUKAI X TINGGI TP DEPA ADA MCM2 CUKAI G, TERMASUK CUKAI KESESAKAN(SINGAPURA) CUKAI PETROL RM0.90 SETIAP LITER(AS)-TUPASAL ORG AS LBH SUKA NEK PENGANGKUTAN AWAM, PASAL MINYAK MAHAL, IKUT HARGA DUNIA, X DE KAWALAN DARI KERAJAAN, KLU HARGA DUNIA RM 10 SELITERPUN PUN DIEORG TETAP KNE BAYAR. KERAJAAN AS X MSK CMPUR, SNDIRI NAK BWA KETE SENDIRI TANGGUNG KOS PETROL.TU PASAL KETE BOLEH MURAH.
arak semua negeri kat malaysia ni ada jual, malah kelantanpun ada jual arak, kutip cukai arak, nombor ramalan...negara ni bukan org islam je yg duduk...kna lah fikir keperluan meraka juga...Yg org Islam beli arak dan nomor tu tak kan nak salahkan kerajaan...klu diri sendiri buat salah nak salahkan org lain pula...fikir2kan lah
@don juan,
saya telah menghubungi penolong pengarah kastam bagi pulau bebas cukai (PBC) untuk bertanyakan mengenai cukai dan beliau mengesahkan bahawa kenderaan yang dijual Langkawi untuk digunakan di langkawi tidak dikenakan sebarang cukai.
@anon 1 May
- telah saya tunjukkan dalam artikel bagaimana penghapusan cukai ini hanya menguntungkan golongan kaya dan bukannya golongan miskin malah berkemungkinan menjejaskan golongan miskin.
- bagi golongan kaya, kalau sebelum penghapusan cukai, kemampuan mereka adalah 100K, selepas penghapusan cukai kemampuan mereka masih lagi 100K. Beban hutang mereka akan berkurang sekiranya mereka membeli kereta yg berharga 80K dan kebawah dan bukannya 100K... tetapi sekiranya mereka masih lagi membeli kereta yg berharga 100K (walaupun setelah cukai dihapuskan), beban hutang mereka dan tempoh hutang tetap sama.
- harga kereta viva dan alza (kereta nasional) tidak berbeza atau terlampau sedikit perbezaannya. Anda boleh rujuk keapda harga di Langkawi. Oleh itu, sekiranya sebelum ini anda tidak mampu membeli Alza, selepas penghapusan cukai juga anda tidak mampu beli Alza (sila rujuk harga di Langkawi untuk mengetahui harga Alza tanpa cukai)
- Subsidi air dapat dinikmati oleh semua rakyat (sekiranya penduduk flat juga dapat menikmatinya), oleh itu subsidi ini boleh mengurangkan beban.
@anon 2 May,
utk pengetahuan anda, taraf hidup rakyat telah pun meningkat. Golongan miskin tegar terlalu kecil dibawah 5% dan kebanyakan rakyat dapat hidup dengan senang. Terima kasih kepada kerajaan yang berjaya merancakkan pertumbuhan ekonomi walaupun dunia mengalami kelembapan.
kalau anda bergaji RM5K dan anda hidup dengan susah, ini bermakna anda gagal menguruskan perbelanjaan anda ataupun anda perlu muhasabah sumber pendapatan anda dan pastikan ianya adalah berkat. Di Malaysia, orang yang bergaji RM2K pun mampu hidup dengan senang.
Mungkin anda perlu belajar bersyukur barulah anda akan rasa gaji anda itu sebenarnya banyak.
Utk pengetahuan anda juga, harga petrol yg anda bayar RM1.90 itu adalah harga yang disubsidi (kerajaan membantu anda). Harga sebenar tanpa subsidi adalah hampir RM3.00. Sepatutnya anda berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup membayar sebahagian dariapda duit petrol untuk anda.
@anon 5 May,
kilang arak, kedai arak adalah untuk bukan islam. Dalam Islam, negara boleh memberi lesen kpd bukan islam untuk menjalankan perniagaan mereka dan kerajaan boleh mengutip cukai dari perniagaa mereka. Samalah juga semasa Khalifah Umar mengutip cukai arak selepas mengeluarkan lesen (tauliah) arak kpd bukan islam.
Oleh kerana arak adalah haram bagi orang Islam, kerajaan Malaysia mengharamkan arak kepada orang islam. Mana-mana orang islam yang didapati minum arak, mereka boleh ditangkap dan dikenakan hukuman.
Jangan hanya pandai suruh org lain cari fakta n berfikir.jika setakat fakta drpd web syarikat yg ada dlm malaysia ni,tak usah awak nak mengajar orang.seeloknya,awak ambil cuti n pergi tinjau sendiri dinegara lain.k?
Kalau cakap pasal org kaya??org kaya ni kalau cukai hapus ke xhapus pun sama.awak ingat sekarang ni org kaya kat malaysia ni pakai kete mahal2 ke??kau dengar sini ye,bos aku belikan anak perempuannya toyota wish dr japan dgn harga rm60k on the road di malaysia.ok??jangan just pakai otak yg kecil awak tu untuk fikir logik pada awak.buka sikit minda,hati n mata tu.
Jika seseorang itu tidak pandai,ianya boleh belajar.tetapi jika ianya bodoh sombong,al kisahnya biarkannya dgn kebodohannya.
Sekiranya anda rasa anda pandai dan mempunyai fakta yg kuat,apa kata awak bersua muka dan berdialog pasal isu ni.boleh ke?jangan hanya berani dalam blog aje,seeloknya kita buat secara langsung supaya senua rakyat tahu yg rafizi menipu.adakah anda berani kerana benar??jangan la disebabkan awak dah dibayar supaya menghasut org lain yg fakta PKR pasal nk turunkan harga kereta tu adalah tipu.awak pun nk cakap kalau diturunkan harga kereta malaysia akan bankrup juga ke?negara bankrup ke kroni2 menteri yang akan bankrup??
@shazri faizan,
harga dari laman web itu adalah harga sebenar yg dijual oleh syarikat2 kereta tersebut. Saya juga ada menyimpan harga2 dari negara2 lain yang saya ambi dar laman web mereka.
berkenaan dgn tinggal di negara lain, utk pengetahuan anda, saya pernah menetap/tinggal di beberapa buah negara sepeti UK, France, Austria, Germany, Portugal, Japan dan Korea Selatan.
berkenaan dgn rafizi, tanpa bersua muka pun, saya dah mematahkan kesemua kenyataan beliau. Beliau hanya memberikan jangkaan harga tanpa cukai dengan cara menolak harga jualan dari peratusan cukai. Saya dah tunjukkan pengiraan beliau salah kerana harga yg dicukai adalah harga tanpa profit dan beliau tak boleh menolak peratusan cukai dari harga jualan. Saya juga telah tunjukkan harga2 sebenar tanpa cukai tanpa perlu membuat andaian.
Melalui blog ini sahaja saya dah mematahkan hujah beliau. Kalau nak dibuat secara langsung pun boleh....saya akan tunjukkan perkara yang sama juga.
sebenarnya banyak lagi hujah2 rafizi yg mudah dipatahkan. Kita hanya perlu banyak membaca, mencari fakta dan berfikir utk mematahkan hujahnya. Beliau akan popular dikalangan mereka yang percaya bulat2 dan tak suka mencari fakta kebenaran.
sebenar nya kalo di fikirkan balik ape yg chewal terang kan di atas munasabah..saya setuju cukai dikurangkan tpi bukan diHAPUSkan..
bila cuka dihapuskan jadi apa pendapatan negara?mcm mana dgn fasiliti utk org awam seperti sekolah, hospital, perpustakaan dll.
Sy nk tnye..sy merupakan pemegang kad oku..jab kebajikan ada menetapkn pengecualian 50% duti eksais utk kereta nasional sahaja..so brpe jumlah cukai duti eksais bg proton preve slpas di beri pengecualian 50% dan hrga kereta trsebut selepas ditolak??
saya sokong pengurangan cukai@interest loan tapi tidaklah penghapusan cukai seperti yang dikatakan. "Pergi tengok negara lain"? Saya pegi Europe seme benda mahal gila (walaupun harga kereta murah seperti yang dikatakan), sesetengah negara Asia pun mahal. Yang barang harga murah lain pulak masalahnya. Saya tetap mahu pulang Malaysia dan tak rasa negara lain lebih baik dari sini. Saya bersyukur tapi kalau saya boleh ada lebih banyak pilihan model kereta untuk kemampuan saya, lagilah saya suka:)Having said that, banyak lagi benda yang boleh diperbaiki. Terima kasih, dengan argument ini saya ada sikit sebanyak info yang saya cari.
@sirenol ahmad,
Maaf sebab lewat membalas. Saya agak sibuk sedikit.
Untuk mengetahui berapakah nilai cukai yang dikenakan, kita perlu mengetahui harga kos (harga yg dikenakan cukai) sebelum profit. Jabatan Kastam mempunyai senarai harga kos (harga yang diistihar) oleh syarikat pembuat kereta. Kalau pengecualian 50% diberikan terhadap duti eksais, ini bermakna duti eksais yg dikenakan keatas kereta anda adalah 37.5% (Duti eksais yg asal adalah 75%).
sila hubungi pejabat kastam untuk keterangan lanjut.
@Natrah,
Terima kasih diatas pandangan anda.
well, menipu cukai satu hal, menipu harga as compare to quality delivered- satu hal lagi. Kalau nak argue pasal cukai itu ini, nak tutup mulut org, govt can simply naikkan harga kereta as in 'manufacture price' tapi 0% cukai, either way rakyat still diperbodohkan...so sad..
Proton is a company in Malaysia, bkn kompeni Najib.. kalau kualiti kereta Proton pun blame kerajaan, abis suma benda Astro Telekom Harimau Malaya pun salah Najib le.. aduih..
cube bace komen2 di atas..
orang-orang pembangkang ni:
1.pandai cakap kasar2 je
2.suke sangat meminta tak pandai bersyukur
3.ohh lupe..duet pun tak pandai manage..patut mintak je
4.blaja tak pandai tapi suke debate(ptptn free katenye)
5.agame?22taun klantan pas pegang tapi hudud pun tak buat2..ni nak sound bn tak buat hudud utk negara..startla dengan serambi mekah yang dibanggekan tu dulu
6.saga dah turun sampai 33 ribu..pun diskaun??diskaun sampai 8k??lupikirla pkatan oi
Bodoh nye kau nie
kenapa harga kereta kt malaysia ni lebih mahal dari negara lain??
kenapa kenakan cukai eksais yg begitu tinggi????
rakyat malaysia bukannya kaya2 nk bayar...che wal bnyk duit xpe..xkisah klau harge kereta mahal..
ape tujuan kerajaan malaysia kenakan cukai eksais yg begitu tinggi???
adakah semata-mata ingin menaikkan pendapatan negara???
Saya bergaji 20k sebulan bayar tax 45 k setahun, pun masih menggunakan proton waja 2005, kereta tu bagus masalah sikit2 mmg ada. repair pun tak sampai 2k. keseluruhannya lebih murah dari membeli honda city yag mana model 2005 mempunyai masalah gearbox yg mhal untuk diperbaiki. Kalau kita berbelanja ikut kemampuan, tak timbul masalah kereta murah atau mahal. Cukai adalah hasil negara. Tuan-taun diluar sana belajarlah guna kereta proton atau sekurang-kurangnya belilah dari salesman orang melayu, mereka memerlukan sokongan kita.
orang mlayu semua nak harga murah.. dengar murah semua mudah tpedaya.. majukanla diri. tingkat taraf hidup. usaha.. kalau bole. yang percuma lagi la nak kan. memang suka benda tanpa kena berusaha..rakyatku.. beringatlah. usaha.
Maaf sebab lewat membalas jawapan...
@anon 14 jun,
saya tak pasti anda bercakap mengenai apa...siapa yg menipu cukai ? dan siapa yang menipu harga ? adakah anda bermaksud syarikat kereta ?
@anon 22 jun,
harga kereta kat malaysia lebih mahal dengan negara lain? adakah harga kereta di singapura lebih murah dari Malaysia ? Kenapa ianya terlalu mahal disana ? sudah anda berfikir mengapa ?
kemudian sudahkan anda faham mengapa eksais duti, duit import dikenakan ? selain dari sumber pendapatan negara sebanyak hampir RM 8 Billion setahun, terdapat beberapa faktor lain seperti untuk menggalakkan penggunaan vendor/produk tempatan.
cuba fahamkan bagaiman mekanisme cukai eksais ini digunakan untuk meningkatkan penggunaan komponen tempatan. Saya beri peluang kepada anda untuk berfikir.
kepada komentar yang lain, terima kasih diatas komen yg diberikan.
selamat beribadah di bulan ramadhan ini.
bagus la chewal, org mcm anda la akan meneruskan kesinambungan regim umno bn. kerajaan apa yg sanggup bagi rakyat guna brg tak berkualiti pd harga yg mahal selain umno bn. padahal kereta adalah brg keperluan
che wal kena tipu la.. kat lgkawi ni pun ada cukai la. bebas cukai yg kena cukai..ni aku kerja lgkawi..
aku bawak pelancung. aku tau..
kesian..
kesian..
dan kesian..
Benda belum dilaksanakan dah kata menipu. Apa benda la kau ni. Sepatutnya bagi peluang PR laksanakan dulu, jika ada penipuan, baru bantah habis-habisan. Rakyat yang bijak akan beri peluang kepada PR untuk memerintah. Jika PR tak bagus, menipu sana sini, janji tak dilaksanakan, lepas 5 tahun tukar la balik kepimpinan. Ini belum apa-apa dah kata menipu.
Jangan banding dengan harga Langkawi.. Cuba banding dengan negara lain.. Contohnya kenapa harga Proton Waja di Arab Saudi sekitar 35k tetapi di Langkawi lebih mahal dari Arab Saudi.. Boleh jawab ka.?
aku pernah stay kat Autralia... aku bangga guna kereta Malaysia.. lagi pun Murah dari Malaysia.. tapi yg jahanam nya kereta ja murah... tapi kos yg lain untuk memiliki, membawa menjaga... dan lain lagi...... aku besyukur tinggal di Malaysia.... jgn bandingkan lagi la woi...... mcm jak kamu pernah bawa kereta di luar negara..... bagus lagi naik bas....
saya beli sonata limited 2013bru 25600us.. kalau drab ngan duit malaysia baru 70k.. nampak sgt cukai yg dikenakan hmpr 75%.. kat malaysia harga sonata limited lbey kurang 150k.. tak ke ketara harganya.. tak payah banding ngan langkawi.. orang pandai takkan jadi pandai selamanya.. berfikirlah.. Allah dah bagi akal yg sempurna utk berfikir.cuma kita yang meniddakkannya..
@anon 22 July
Kenyataan anda adalah salah. Kerajaan tidak pernah bagi kereta tak berkualiti pada harga yang tinggi. Utk pengetahuan anda, Proton Preve dan Proton Suprima jauh lebih berkuali dan berteknologi dan penuh dgn ciri-ciri keselamatan berbanding kereta lain dengan harga yang murah.
sila pastikan fakta anda.
@Farah Idura,
Langkawi adalah pelabuhan bebas cukai yg termaktub dalam akta dan undang-undang. Sila rujuk akta yang diberi dan boleh hubungi Pengarah Kastam yg berkaitan. Kenderaan di Langkawi tiada sebarang cukai. Cukai hanya akan dikenakan sekiranya hendak membawa keluar kereta ke semenanjung.
sila pastikan fakta anda.
@Anon 6 August,
Penipuan disini merujuk kpd pengiraan cukai yg dibuat oleh Rafizi dalma videonya.
Sila baca artikel ini dengan betul dan fahamkannya sebelum memberi komen
@anon 14 August,
saya telah pun menjawab dengan panjang lebar mengenai perbezaan harga proton di Malaysia dengan di negara lain. Ada negara yg Proton di Malaysia lebih murah dari luar dan ada negara yang harga diluar lebih murah dari Malaysia. Semuanya ada sebab. Kalau saudara ikuti facebook `saya sayang Tun Dr. Mahathir' saya ada jelaskan disana.
@anon 19 August,
Tiada siapa yang mengatakan di malaysia tiada cukai. Adakah saya kata tiada cukai ? Peratusan cukai untuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan juga telah dijelaskan diatas tanpa dinafikan. Apa yg ditulis diatas adalah, mengapa cukai dikenakan, apakah kritirianya, kenapa wujudnya perbezaan harga dan apakah halatuju kerajaan sekarang dalam menurunkan cukai.
sila gunakan akal untuk befikir dan fahamkan apa yang ditulis. Seperti juga harga kereta di Singapore yg berganda-ganda-ganda mahalnya dari Malaysia, pun ada sebabnya.
Selamat berfikir dan jangan diperdaya dan diperbodohkan pembangkang
Allah jadikan setiap manusia sebaik-baik kejadian. Semulia-mulia manusia adalah hamba Allah yg bertakwa. Parti haram jadah sekular umno bn dah 50 thn lebih perintah malaysia, berjuta2, berbillion2 ketirisan berlaku dan yang paling bangang sekali masih ada penyokong parti haram jadah redha dgn pelbagai mcm penipuan ini. Harga kereta di malaysia memang mahal.....kereta adlh barang keperluan kecuali jenama spt bentley, ferrari dll. Pemimpin PR nak tolong kurangkan hutang isi rumah pun hangpa tak mau.....memang bodoh dan bebal betoi penyokong umno bn ni........
Blog paling bodoh pernah ku bace..shit
Yer harga kereta preve lebih kurang sama vios yg low spec...masalahnya...bila nak trade in ..used car menghukum harga yg rendah..compare to bios bodoh.."..kami suka Toyota..ada value....proton ni kereta sejuk skrg...".....apa nak cakap?
Its not about price only...its about hidden charge ..interest charge by bank...
Seorang salesman kereta malaysia telah menipu Saya dalam prosedur booking dan telah mengubah contract sales n purchase menyebabkan monthly kereta berubah.....kedua-seorang mekanik tidak mengaku terlupa menuang minyak enjin semasa service. Bola Saya ajukan komplen...semua mengambil sikap endah tak endah menyebabkan Saya terpaksa menyaman syarikat dan pekerja.mereka adalah melayu.
Mudah. Tolong transparency dalam perletakan sesuatu harga. Pembeli ada hak mengetahui dari Mana harga tu bermula. Seperti harga rumah. Kenapa harga nail?..sebab harga tanah telah naik . so sana dengan kereta. Kenapa kereta 2nd/cbu 2nd dijual dgn harga akhir sama dgn kereta import baru?kenapa Takder Sapa yg berani kawal harga kereta secondhand?..sbb mereka penjana ekonomi utama negara?
Ini pendapat saya "Harga apa yang kita bayar, Nilai apa yang kita dapat". Kerajaan Malaysia mengenakan cukai yang terlalu tinggi menyebabkan harga melambung tinggi terhadap rakyatnya sendiri menyebabkan kebanyakkan rakyat Malaysia tak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Mungkin bagi kerajaan rakyat masih cukup untuk makan jadi tak ada masalah. Tp sebenarnya bagi saya kerajaan telah merompak nilai-nilai positif dalam kehidupan rakyat dengan tidak menguruskan negara dengan sebaik mungkin dengan mengenakan cukai yang terlalu tinggi. Saya tak kisah sebab saya orang kaya. Tapi tak semua kaya macam saya.
Post a Comment