October 12, 2012

Sistem AES pun nak dipolitikkan ?

1. Kerajaan telah melaksanakan sistem `enforcement' yang baru yang dinamakan Automatic Enforcement System(AES).

2. Sistem ini adalah sistem rakaman berkamera untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Sistem ini bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak negara-negara maju didunia telah lama menggunakan sistem ini.

3. Di UK, misalnya, sistem berkamera ini telah lama digunakan dan penggunaannya adalah meluas. Di kawasan-kawasan tertentu terutama di jalan raya atau lebuh raya yang menghampiri pusat bandar dan di kawasan-kawasan kediaman, sistem kamera ini digunakan.

4. Semasa di UK, saya suka melihat sikap pemandu di sana yang majoritinya memandu dalam kelajuan yang munasabah. Adalah perkara biasa apabila pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan-kawasan berkamera. Walaupun selepas melalui kamera, ada yang memandu agak laju, tapi tidaklah terlampau laju.

5. Pada ketika itu, saya mengharapkan agar Malaysia juga menggunakan sistem sedemikan rupa agar ianya boleh mendidik masyarakat agar memandu dengan perlahan. Bagi saya, sistem seperti ini adalah jauh lebih baik daripada cara yang digunakan di Malaysia sebelum ini iaitu dengan polis menyorok di kawasan-kawasan tertentu. Bagi saya, cara menyorok itu bukanlah boleh mendidik tetapi ianya lebih kepada menghukum. Untuk mengubah sikap masyarakat, mendidik adalah lebih baik.

6. Mendidik sikap pemandu di Malaysia perlu dibuat melalui `strict enforcement'. Mungkin hanya dengan cara tindakan tegas sahajalah sikap pemandu di Malaysia dapat dibentuk agar menjadi lebih bertamadun dan suka mengikut peraturan.

7. Malangnya, sistem yang boleh mendidik seperti AES ini tidak terlepas dari mainan politik pembangkang. Mungkin mereka tiada kerja, oleh itu, mempolitikkan dan membangkang segala-galanya adalah kerja senang yang mereka boleh buat. Sebab itulah boleh dikatakan bahawa pembangkang di Malaysia ini tidak berkualiti.

8. Baru-baru ini, Mahfuz Omar dalam kenyataanya yang disiarkan Harakahdaily mengaitkan sistem AES ini dengan kroni BN. Seperti biasa, perkara yang ada dalam fikiran mereka di kalangan pembangkang ini adalah politik. Mereka tak boleh dipisahkan dari politik. Bagi mereka, politik paling utama sehingga mereka mudah memanipulasi, menipu dan memfitnah semata-mata kerana politik. Kebenaran sudah tidak penting bagi mereka. Kenyataan Mahfuz boleh dibaca di sini.sila klik link ini



9. Mungkin sikap pemimpin pembangkan ini tidak suka mengikut peraturan. Mereka selalu melanggar peraturan dan undang-undang. Mungkin diatas sebab itu, mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikut peraturan.

10. Untuk menguruskan sistem seperti AES ini, sudah tentu ianya memerlukan penyelenggaraan, pemantauan dan juga kalibrasi. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk pengurusan sistem ini diswastakan. Kita tidak mahu sistem ini bermasalah dan menjadi gajah putih di kemudian hari sekiranya sistem ini tidak diselenggara dengan baik.

11. Untuk pengetahuan bagi mereka-meraka yang mahu berfikir, sistem ini bukan bertujuan untuk mengutip duit atau menghukum. Sistem ini bertujuan untuk mendidik sikap pemandu agar memandu dengan perlahan dan mematuhi hadlaju yang ditetapkan.

12. Oleh kerana ianya berkonsepkan mendidik, maka lokasi kamera diwarwarkan. Kamera ini juga boleh dilihat dari jauh dan papan kenyataan juga diletakkan sebelum lokasi kamera ini supaya pemandu boleh bersiap sedia untuk memperlahankan kenderaan.

13. Tidak menjadi masalah sekiranya, pemandu hanya memperlahankan kenderaan di lokasi kamera dan selepas itu, melajukan semula kenderaan masing-masing. Ini kerana, pembentukan dan perubahan sikap tidak akan berlaku dengan drastik. Ianya memakan masa. Buat permulaan, pemandu akan memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera, dan apabila perkara ini menjadi rutin, maka lama-kelamaan, pemandu akan sentiasa mengambil berat hadlaju sesuatu kawasan dan akan biasa memandu dengan perlahan.

14. Sekiranya pemasangan kamera ini dibuat dengan lebih meluas (difahamkan sebanyak 830 kamera lagi akan dipasang di Seluruh Malaysia), maka pemandu akan terpaksa memperlahankan kenderaan di banyak kawasan. Seterusnya, tabiat memperlahankan kenderaan ini akan menjadi rutin kebiasaan dan pemandu akan memandu dengan hadlaju yang ditetapkan dan tidak lagi memandu dengan begitu laju. InsyaAllah, sistem ini akan memberi kesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

15. Saya amat gembira apabila melihat  pemandu memperlahankan kenderaan dikawasan kamera ini dan dapat dilihat semua kereta bergerak dengan halaju yang sama dan teratur. Kalau pemandangan seperti ini berlaku di kebanyakkan jalanraya/lebuhraya di Malaysia, InsyaAllah pemanduan kereta akan menjadi lebih menyenangkan dan lebih berhemah.

16. Lokasi kamera diberitahu, papan kenyataan amaran diletakkan lebih awal, kamera juga terpampang secara jelas. Sekiranya, masih ada pemandu yang memandu dengan laju sehingga ditangkap gambarnya dan disaman, jangan salah kan sistem ini. Salahkan diri anda sendiri yang terlalu bengap dan tak faham bahasa. Jangan gunakan alasan seperti `mengkayakan kroni' untuk menutup kebodohan anda.

14 comments:

zakzak said...

Saya sangat bersetuju dengan sistem AES, walaupun rasa agak terkilan tak dapat bawak laju > 110 km/j di highway. hehe.

I'd like to share something with tuan blog.
Semasa di Birmingham dahulu, sistem AES telah di'review' kerana bantahan daripada NGO ( can't remember what kind though).
Jadi pihak berkuasa membuat satu eksperimen. Sebahagian kamera di'set' untuk tidak berfungsi, akan tetapi tanda amaran etc. masih diletakkan sebagaimana yang asal. Hasil daripada kajian tersebut, mendapati yang kadar kemalangan masih sama i.e. pemandu2 masih berhati2 di kawasan terdapat kamera. Sejak itu, pihak berkuasa telah menyahaktifkan sebahagian kamera, tetapi maklumat tersebut dirahsiakan. Just to instill perception of might be caught.

I suppose those cameras are a very good 'deterrant' to the motorists.

CheWal said...

Di UK, mengambil gambar untuk apa-apa tujuan termasuk untuk mengesan hadlaju perlu diberitahu dahulu. Adalah satu kesalahan untuk mengambil gambar tanpa memberitahu.

Oleh itu, dikawasan-kawasan berkamera samada fixed kamera atau mobile kamera perlu mempunyai papan tanda pemberitahuan.

Terdapat kawasan-kawasan yang mempunyai fixed kamera spt sistem AES dan terdapat juga kawasan-kawasan yang tidak ada kamera walaupun diletakkan papan tanda kamera.

Sekiranya polis hendak mengesan hadlaju dengan kamera mobile, mereka hanya boleh buat di kawasan yg telah ada papantanda kamera (biasanya di kawasan yang tiada fixed kamera).

Lebuhraya di UK seperti di M3 dan M25 menuju ke kota london mempunyai banyak fixed kamera. Hadlajunya pula berkurangan semakin hampir ke pusat bandar. Hadlaju dilebuhraya adalah 70mph, tetapi di kawasan yg menghampiri pusat bandar hadlajunya adalah 60mph (walaupun di lebuhraya) dan semakin hampir ke pusat bandar, hadlajunya menjadi 40 mph.

Bagi kawasan-kawasan berhampiran kediaman pula, hadlajunya ada yang mencecah 30 mph. Dan terdapa fixed kamera diletakkan.

Adalah fenomena biasa untuk melihat pemandu memperlahankan kenderaan di kawasan-kawasan berkamera ini.

Saya percaya, kamera-kamera ini masih berfungsi sehingga ke hari ini dan mempunyai pengalaman di tangkap gambar kerana memandu laju.

Walaubagaimanapun, dummy flash adalah perkara biasa. Malah di Malaysia pun pada waktu dahulu di Kuala Lumpur dah ada kamera untuk traffic light dan adakalanya kamera-kamera ini mengeluarkan dummy flash. Ini adalah sebahagian daripada rutin calibration kamera-kamera ini.

Anonymous said...

pendapat yang bagus juga...saya sdg membaca pro n cons sistem AES ni. cuma harap2 papantanda tu akan dibuat sejelas2nya...barulah adil...

CheWal said...

@anon

sebarang cadangan penambahbaikan boleh dibuat. tapi bukannya membantah dengan melulu tanpa berfikir.

sebagai contoh, di UK, di peringkat awal, warna kamera adalah putih. kemudian rakyat meminta supaya kamera ini dicat kuning supaya mudah dilihat...dan sekarang kamera spt AES ini berwarna kuning.

di malaysia juga boleh dicadangkan sedemikian sbb warna kuning lebih menarik perhatian dari warna putih.

satu lagi, jarak papantanda amaran perlu lebih hampir dgn kamera. buat masa ini, jaraknya adalah 2km..so, agak jauh dan kita mungkin terlupa. kalau dapat buat lebih hampir,lagi bagus.

Anonymous said...

Bro,

Cuba baca yang ini, mungkin you tidak perasan sebelum ini. K. http://fireredflex.com/cameras.html

CheWal said...

@eekaa,

saya dah baca dan dah baca court case yang berlaku.

di Australia, court case itu adalah kerana system yang digunakan tidak mendapat FCC ceritification. Kita disini tidak bercakap mengenai certification dan tiada siapa yg menimbulkan soal certification. Oleh itu, menggunakan alasan certification sebagai argument terbaru utk menolak sistem yang membawa kebaikan ini adalah tidak patut.

kita juga tidak pernah menyoal ceritificatin camera yang digunakan oleh polis sebelum ini (kamera yang digunakan oleh polis semasa mereka menyorok dibawah jambatan misalnya). Kenapa tidak persoalan ceritification tersebut dan calibration mereka ?

selain daripada itu, diantara perkara yang dibangkitkan dalam laman web tersebut adalah soal revenue yang kurang akibat daripada tak banyak saman dan ini meningkatkan kos kpd syarikat tersebut.

Mungkinn syarikat yg menguruskan sistem ini tidak mampu mendapat pulangan. Mungkin kerajaan terpaksa bayar kos kepada mereka. Mungkin kerajaan terpaksa tanggung kos penyelenggaran dan calibration sekitanya syarikat ini bankrupt..

Saya tidak kisah kalau kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja untuk menguruskan sistem ini kerana apa yang dikehendaki adalah pemandu memperlahankan kenderaan dan mematuhi peraturan.

Objektif utamanya adalah sikap pemandu di Malaysia berubah.

DUTA said...

Maafkan kalau saya bertanya. Adakah tuan bermaksud mph atau kph dalam penulisan di atas..

amru said...

Di UK memang menggunakan mph.

Saya rasa sepatutnya telah lama sistem ini digunapakai di Malaysia. Semasa saya di UK, tidak timbul rasa takut dan tidak selamat ketika memandu, tidak seperti di Malaysia.

CheWal said...

@Duta,

sekiranya saya memetik contoh UK, saya gunakan mph (yg digunakan disana). Untuk Malaysia, saya guna kph. Anda boleh tukar dari mph to kph dgn mendarabkanya dengan 1.6.

so, hadlaju 30mph di UK bersamaan dengan lebih kurang 45kph.

@amru,

benar. Sistem ini sepatutnya telah lama dibuat. Strict enforcement is a good way to educate people.

IZ said...

Mohon tahu, ukuran MPH & KMH adalah berlainan, di negara maju, mereka menggunakan MPH (meter per hour) kalau 30MPH bersamaan 48KMH. KITA MENGGUNAKAN "KMH" kenapa pula di set kan 30 KMH? kalau MPH tu tak kisah sangat, TOLONG BELAJAR MATEMATIK!!

Anonymous said...

Meter per hour?? Miles per hour lah.. Blajar tu biar habis dulu.. Beza meter, kilometer, batu pn tak tau beza kah?

CheWal said...

@IZ,

mph adalah miles per hour dan bukannya meter per hour. kalau meter per hour, kucing lagi laju kot.

spt yg saya sebutkan sebelum ini, bila saya memetik contoh dari UK, saya gunakan hadlaju mereka iaitu miles per hour dan bila merujuk kpd Malaysia, saya gunakan ukuran di Malaysia iaitu kilometer per hour.

selamat berfikir.

Anonymous said...

IZ....nak suruh org belajar matematik...kau tu asas pun tak lepas. memalukan diri sndri jer...

Nurizan mohammad Idris said...

Hebat che wal