1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.
2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.
3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.
4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.
5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.
semuanya berjumlah 14 kali.
6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).
7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.
8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.
9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.
9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.
10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.
11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.
12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.
186 comments:
good explaination... keep it up... let me share this opinion to others...
thanks...
Thanks.
Go ahead.
Salam semua. Saya tidak setuju dengan penulis blog di atas mengenai hukum hudud tidak merujuk kepada kesalahan jenayah (point ke-6) kerana surah An-Nisa (4) ayat 14 - "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekal lah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." Syariat disini berhubung dengan segala hukum yang dinyatakan di dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh penulis blog - membunuh, mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak dan sebagainya. Tetapi saya setuju dengan beliau bahawa hukum hudud bukanlah hanya untuk orang Islam sahaja. Kerana itu akan menimbulkan ketidak-adilan dalam menjalankan hukum-hakam kepada masyarakat secara umum. Mengenai penubuhan negara Islam yang penulis blog mengatakan tidak disebut dalam Al-Quran. Jika kita lihat surah Al-fatihah ayat 4 - Malik kiyau mid deen. Apa maksud malik dan apa maksud deen? Malik = raja, penguasa DAN deen=islam cara hidup kamu (islam is the way of life). Jadi bagaimana hukum2 Allah Islam menjadi cara hidup kita tanpa adanya Negara islam? Adakah islam hanya solat, puasa, raya, zakat dan menunaikan haji? Tetapi tidak ada dalam cara hidup kita yang lain? Siapa yang menetapkan hukum riba' dalam sistem kewangan kita? kerajaan. Siapa membenarkan atau boleh memansuhkan akitiviti perjudian? Kerajaan. Siapa yang boleh memaafkan orang yang membunuh? malangnya bukan ahli keluarga yang dibunuh (yang telah disebut dalam Al-Quran 2:178) tetapi kerajaan/raja. Siapa menetapkan hukum jenayah kita? Kerajaan. Siapa menetapkan cara pentadbiran cara hidup masyarakat dalam sesebuah nagara itu? Kerajaan. Bila adanya raja/penguasa maka adalah kerajaan. Jadi... Siapa malik kamu yang kita sebut-sebutkan dalam asma alhusna? Jawab sendiri kerana masing2 ada akal. Sayan bukan penyokong Pas ataupun BN. Saya penyokong Islam.
@eddin,
1. terima kasih diatas komen saudara.
2. pertamanya, dalam surah 4 ayat 14, tidak disebut perkataan syariatnya. makna bagi ayat 14 adalah seperti berikut :- "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina" . Tiada perkataan syariatnya.
3. keduanaya, perlu juga baca ayat-ayat sebelumnya iaitu ayat 13 dan 12. apabila dibaca ayat-ayat sebelumnya, dapat dilihat bahawa ayat ini merujuk kepada pembahagian harga pusaka.
4. oleh itu, ayat 13 dan 14 surah ke 4 (An-Nisa) ini yang mengandungi perkataan hudud adalah merujuk kepada pembahagian harta pusaka dan tidak merujuk kepada hukum jenayah.
5. Itu yg saya maksudkan bahawa perkataan hukum hudud yg merujuk kepada hukuman jenayah tidak disebut dalam AL-Quran secara literal.
6. Berkenaan dengan negara islam. Pertamanya, orang yang mengatakan bahawa dalam AL-Quran tidak ada negara islam adalah Hadi Awang. Saya hanya mengulangkannya dan memberikan alasan diatas kenyataan beliau.
7. yang dimaksudkan adalah, dalam AL-Quran tidak disebut perkataan negara islam secara literal. Spt yg saya tulis dalam artikel ini, dalam AL-quran ada konsep kenegaraan, ada konsep ekonomi, konsep pentadbiran, konsep hukuman dan pelbagai konsep lain yang menjurus kepada kenegaraan... tetapi dalam kesemua konsep-konsep ini tidak disebut sebagai negara islam. Perkataan negara islam ini adalah satu label yang dibuat oleh manusia yang merujuk kepada konsep-konsep kenegaraan yang ada dalam AL-Quran.
1. Hukuman Rejam kepada Penzina
Punca (source) hukuman rejam kepada penzina bukannya datang dari al-Quran tetapi sebaliknya dari kitab Taurah bani Israel dan kitab Injil bani Nasara?
Hadith-hadith yang berkisar tentang hukuman rejam kepada penzina ini sendiri adalah berlandaskan kitab Taurah dan juga Injil.
Maka apabila ahli-ahli feqah menetapkan pula hukuman rejam kepada penzina muhsan, selain hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran itu, maka secara langsungnya ahli-ahli feqah menolak hukuman kepada penzina (yang tidak membezakan muhsan atau tidak) sebagaimanayang di ayat 2 Surah An-Nur.
2. Hukuman potong tangan pencuri
Sebelum kedatangan Islam, hukuman potong tangan terhadap pencuri sudah termaktub dalam kitab Taurah bani israel dan kitab Injil bani Nasara?
Bible bagi penganut Kristian yang mengandungi Old Testament (Taurah) dan New Testament (Injil) juga menunjukkan hukuman potongan tanhan terhadap pencuri masih ada di situ.
Dan kalau kita kaji ayat-ayat al-Quran termasuk juga Asbabul Nuzul serta hadith-hadith, kebanyakan hukum yang dikatakan Hukum Hudud itu adalah atas interpretasi ijmak ahli-ahli feqah yang menetapkannya yang tak semstinya 100% dari al-Quran.
Salam Chewal. Anda sendiri telah mengaku dalam point 7 bahawa al-quran mewajibkan penubuhan negara islam. Cuma anda mendebatkan bahawa negara islam tidak disebut secara literal dalam al-quran. Macam ni lah Chewal. Ada satu cerita yang saya nak katakan mengenai ini. Ada seseorang manusia tersadai di tengah laut. Dia berdoa kepada tuhan untuk selamatkan dia. Datang sebuah kapal tetapi dia enggan menaiki untuk diselamatkan kerana dia menunggu pertolongan tuhan. datang lagi sebuah helikopter dan sekali lagi dia menolak pertolongan. Sampailah tiba dia mati dan dihadapkan kepada tuhan. Lalu dia berkata kenapa Allah tak selamatkan dia. Sendiri fikirlah apa jawapan dia. Takkanlah secara literal Allah nak turun selamatkan dia walhal telah beberapa pertolongan yang diberi. Samalah seperti apa yang chewal mendebatkan dalam blog ini. Apa yang anda katakan adalah dalam Islam AL-quran ada konsep kenegaraan, ada konsep ekonomi, konsep pentadbiran, konsep hukuman dan pelbagai konsep lain yang menjurus kepada kenegaraan. Tetapi itu bukannya maksud kita wajib menegakkan Negara Islam. Tak masuk akal
Hukum hudud bermaksud 'hukum tidak melebihi had atau tidak melampaui batas'. Itu maksud hukum huddud. Maksudnya senang..jangan melebihi batas. Bukannya menghukum buat suka hati marah kita atau memberi hak kepada orang lain untuk memaafkan pembunuh dan bukan kepada ahli keluarga yang di bunuh seperti contoh. Katakanlah sebagai contoh lagi ahli keluarga anda dibunuh. Tetapi orang lain memaafkan dia dan bebaskan dia. Apa kata anda? Adakah itu tidak adil dan melampaui batas? Sudah tentu. Itu yang dimaksudkan hukum hudud. Bukti hukum hudud dinyatakan dalam al-quran - Surah al-Baqarah(2) verse 190 : "O People of the Scripture, DO NOT COMMIT EXCESS IN YOUR DEEN or say about Allah except the truth. The Messiah, Jesus, the son of Mary, was but a messenger of Allah and His word which He directed to Mary and a soul [created at a command] from Him. So believe in Allah and His messengers. And do not say, "Three"; desist - it is better for you. Indeed, Allah is but one God. Exalted is He above having a son. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allah as Disposer of affairs." What is deen? Deen is the way of life and your religion. If your way of life and religion is ISLAM then DO NOT COMMIT EXCESS. The way of life covers everything including upholding justice among other things. And Allah has warned us to not commit excess (melampaui batas atau melebihi had). Bab makan pun jangan melebihi had. Dalam semua perkara hidup kita ..JANGAN MELEBIHI HAD. Perkataan apa lagi sama seperti had dalam bahasa malaysia? Batas? Bahasa Aab pun ada jugak perkataan yang sama seperti had. Tapi jangan pulak kata hukum hudud tidak dinyatakan didalam al-quran. Sendiri jawab nanti di akhirat. So for those who say that Hukum hudud Islam is barbaric cutting off hands and stoning people..that is not islam. Do not mistake culture with religion. Just because arab's wear a jubbah you think he's a muslim? Have you seen a christian arab wearing a jubbah? Have you seen a christian arab having an arabic name? I have. Being a muslim is not what you wear or just having an arabic name. Its what you do in your life.
@eddin,
1. sila baca semual point 7 saya. Saya tidak pernah cakap bahawa Al-Quran mewajibkan penubuhan negara islam. (tiada ayat dalam Al-Quran yang mewajibkan penubuhan negara islam.. malah perkataan negara islam tidak ada disebut dalam Al-Quran).
2. Anda ada menyebut tidak masuk akal... apa yg tidak masuk akal ? Diulangi sekali lagi, org yg menyebut negara islam tiada dalam Al-Quran adalah Hadi Awang. Tetapi ramai yg lain dah tahu dari dahulu lagi bahawa dalam Al-Quran tidak ada disebut perkataan negara islam.... cuma Hadi Awang je yang baru tahu.
3. Berkenaan perkataan hudud yg dinayatakan dalam Al-Quran, sila rujuk artikel saya dan baca sepenuhnya. saya ada senaraikan di tempat-tempat wujudnya perkataan hudud dalam Al-Quran. Apa yang saya tekankan adalah perkataan hudud ini tidak dirujuk kepada kesalahan jenayah spt mencuri, berzina dll. (sila baca kesemua ayat dalam Al-Quran yang menyebut perkataan hudud).
... tak perlu ulangi apa yang telah saya tulis dlm artikel tersebut.
4. sekali lagi, perkataan hudud ada dalam Al-Quran tetapi kesemuanya tidak merujuk kpd hukuman jenayah. Hukuman-hukuman jenayah ada disebut dalam Al-Quran spt hukuman potong tangan. Ada juga hukuman jenayah yg dimasukkan kedalam kanun jenayah syriah yg dinamakan oleh ahli feqah yang tidak terdapat dalam AL-Quran iaitu rejam. Hukuman rejam ini tidak disebut dalam Al-Quran, ianya dipetik dari Hadith. Penggubalan atau penghasilan kanun jenayah hudud ini dibuat dengan mengambil bahagian-bahagian dari AL-Quran dan bahagian-bahagian dari Hadith.
Sila fahamkan perbezaannya.
Salam Chewal. I have conveyed what i needed to say and enough is Allah as the disposers of affairs. Its for you to understand or not. That I leave to Allah. I say peace unto you and farewell. It is not for me to judge your intentions but only Allah.
@eddin,
Thanks. Hoping that you'll try to improve your comprehension skill.
And as you said, It is up to you to accept or not the argument given.
Saya fikir camni. Sebenarnya hukum negara islam ka negara apa ka tak da msalah. Kalau buat negara islam sekali pon, tetapi tidak adil, untuk apa? Semuanya terletak pada diri sendiri. Kalau semua orang jalankan amanah masing-masing, tanggungjawab masing-masing, bagi saya tak ada masalahnya. Polis dengan telus, amanahnya. SPRM pula harus kita sokong bagi ruang untuk mencari salah guna kuasa. Mulut nak mengata memang senang, nak menjalankan amanah tu susah. Allah nak turunkan kitab al-quran, semua makhluk ciptaan Allah s.w.t takut utk terima amanah. Fikir sejenak, zaman sekarang ni semua sibuk nak pikul amanah. Tetapi tanggungjawab entah ke mana. Orang dah jalan tanggungjwab dengan sempurna, di bantah-bantah. Seolah-olah dirinya mampu jalankan dengan lebih sempurna. Bukankah sepatotnya kita menyokong dan membantu?
maaflah jika terkeluar tajuk. Saya berbicara mengenai isu sekarang.
@insan biasa,
Bagi saya, punca keatas sesuatu isu adalah kerana sikap prejudis masyarakat kita.
Ini adalah sesuatu yg dah menjadi kebiasaan. Kita mudah ber prejudis dan berprasangka. Adakalanya kita rasa hanya kita yg betul dan kerajaan salah. Kita gagal menyedari bahawa kerajaan juga mempunyai barisan penasihat dan bertindak berdasarkan perspektif dari pendapat yg lain.
Apabila kerajaan menggunakan pendapat yg lain yg tidak sama dengan pendapat kita, tidak semestinya kerajaan salah sebaliknya tindakan itu berasas.
Bila kita rasakan bahawa hanya kita shj yg betul, maka terjadilah perkara-perkara spt mengkafirkan org lain, menjatuhkan hukum haram sewenang-wenangnya dll.
Assalamualaikum, saya bukan lah ahli agama macam tuan2 semua, tapi saya ada cikit pandangan sendiri yg nak saya kongsikan. Saya dah baca satu persatu komen2 dari tuan2 dan apa yg saya fahamlah, semuanya menjurus kepada kebaikan termasuklah komen Tun pada soalan yg diajukan kpdnya.Tun pun mgkn mcm saya, tak pandai agama, tapi bolehlah berfikir secara islam yg sederhana. Sbg org yg berfikiran sederhana, saya agak setuju dgn pandangan Chewai, Eddin dll, cuma rumusannya adalah, perkataan ADIL tu sendiri dan Allah Maha Adil yg menjadikan hamba2Nya supaya berlaku adil dan berfikiran secara adil.Islam itu mudah, jgn la kita rasa terlalu komplek, akal manusia dtgnya dari Allah. Kitab suci Allah di turunkan mengikut zaman dan tempat diturunkan. Amat berbeza, AlKuran adalah mukjizat dan rujukan terakhir kita sbg umat Nabi Muhammad SAW. Kajian hadith makan beratus tahun dari tahun kejadian, sebab tru berlakunya mashab, golongan yg menjadi sunni , syiah dll. Tak ada pun didalam AlKuran (sori huruf "KEW" x leh taip sbb rosak) menyuruh org2 islam berfahaman lain kecuali "ISLAM & Addeen" saja.Kita semua berakal, minta berpikirlah sbg satu akal yg sederhana, maksud disini, jika pendapat kita x sama, jgn la kita berdebat seolah2 kita lebih pandai drp org lain.Bagi saya, hudud ker, negara islam ker..ini cuma satu nama mengikut bahasa manusia melalui fahaman masing2 mengikut pengajian masing2.Tun lebih mendahalukan AlKuran...baru lah kepada hadith yg dia pikir sahih mengikut fahaman dia akan kesahihan hadith itu, saya pun mcm tu gak...kita bole rasa ragu sbb kebanyakan hadith2 nin datang dari imam2 org arab yg belainan ratusan tahun dari peristiwa sebenar (pilihlah yg masuk dek akal kita)dan kajilah bersama bijak pandai jika kita pun rasa agak keliru. Kita di beri akal kan, fikirlah secara adil dan sederhana kerana islam itu mudah. Minta maaf ya jika ade yg x suka ayat2 saya ni.
Saya faham apa yang CheWal dan Tun Mahathir katakan. Begitu straight forward tetapi ramai pembaca sudah salah tafsir dan memberi respon yang bukan2. Cuba dengar dan baca betul2 maksud sebenar supaya x keliru atau sengaja memberi tafsiran yang yang negetif nak tunjuk pandai/hebat.
SURUHAN MEMOTONG TANGAN ORANG YANG MENCURI
[al maidah Ayat : 38]
Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
SURUHAN MENGHUKUM WANITA DAN LELAKI BERZINA DENGAN 100 SEBATAN
[AN NUR Ayat : 2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.
SURUHAN AGAR JANGAN SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
SURUHAN AGAR MENGADAKAN SAKSI2 JIKA ISTERI DITUDUH BERZINA SERTA TATACARANYA
[AN NUR Ayat : 6-9]Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta;Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.
@anon 9 May,
anda tidak faham apa yang ditulis dalam artikel ini dan ada juga tidak faham apa yang dikatakan oleh Tun M bahawa hukum hudud/perkataan hudud tidak disebut dalam Alquran yg merujuk kpd kesalahan jenayah.
Dalam kesemua ayat Al-Quran yg dipetik tersebut tidak ada perkataan hudud. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran ditempat-tempat lain spt yg dijelaskan dalam artikel.
Hukuman rejam juga tidak disebut dalam Al-quran. Ianya diambil dari hadith
sila baca penjelasan-penjelasan sebelum ini dan dalam artikel yg berkaitan.
Mahathir silap la bro...
Mari kita tanya salah seorang ustad yang dikenali ramai dan tahu tentang hudud ni ..
Mari kita tanya salah seorang ustad yang dikenali ramai dan tahu tentang hudud ni ..
@anon 16:37,
sila baca dan faham dahulu. Utamakan fakta.
jadi apa pendapat CheWal mengenai pelaksanaan hukum hudud ini di sesebuah negara islam?
atas situasi macam mana pula hukuman ke atas kesalahan jenayah spt zina , mencuri etc patut dilaksanakan? dan kalu ia dilaksanakn apkah hukuman ini untuk org islam sahaja?
@anon 20 May,
dalam jawapan saya kpd komen-komen lain samada di artikel ini atau di artikel lagi satu (Kenyataan Tun M mengenai hudud...), saya telah jelaskan adakah sesuatu undang-undang itu perlu dilaksanakan keatas umat islam sahaja atau keatas semua rakyat.
kesalahan mencuri adalah satu kesalahan tanpa mengira fahaman agama. samada islam atau bukan islam, semuanya akan dihukum. Apabila hukuman dilaksanakan, ianya perlu adil kerana kedua-dua meraka akan dihukum.
Ini berbeza dengan kesalahan seperti zina. Zina bukan kesalahan bagi bukan islam.
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Alhamdulillah...syukur sgt kpd Tuhan yg pertemukan saya kpd blog ini..insyaAllah..saya bknlah nk hentam atau apa..cuma saya nk berkongsi sedikit ilmu yg telah saya tuntut mengenai Fiqh Jinayat ni khususnya Bab Hudud..
Pertama sekali, kita lihat semula kepada penghormatan yg telah Allah anugerahkn kpd manusia iaitu sebagai khalifah di bumi.(Sila rujuk surah al-Isra':70 surah al-Baqarah:30 al-An'am:165 Hud:61)
Penghormatan kepada manusia sebagai khalifah ni hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga dan dipelihara. Itulah yg disebut sebagai Daruriah al-Khamsah(Agama, Nyawa, Aqal, Keturunan dan Harta).
Islam datang untuk memelihara semua yg di atas itulah. Sebab tu la murtad haram sbb nk menjaga AGAMA, bunuh haram sbb nk menjaga NYAWA, minum arak haram sbb nk menjaga AQAL, berzina haram sbb nk menjaga KETURUNAN dan mencuri merompak haram sbb nk menjaga HARTA..insyaAllah, itu sebagai muqadimah ringkas nk bagi nmpk sikit.
Saudara saudari sekalian..
Memang benar di dalam Quran tiada menyebutkan tentang hukuman hudud tetapi harus diingat, setiap apa yg ingin kita cakap atau syarahkan di khalayak ramai, sewajibnya kita berilmu dahulu sebelum bercakap. Tak perlulah kita merendah diri sangat dengan mengatakan yg cth: "sy ni x la pandai sgt bab2 agama ni..."
Maafkan saya kalau bt sesiapa terasa..inilah hakikatnya kalau kita tidak tahu atau tidak berilmu atau bkn ahlinya maka seeloknya kita diamkan ja dan kalau tak faham baru tanya...dan satu lagi, Islam ni bkn boleh diterjemah atau ditafsir oleh aqal fikiran semata2..
Baik, ayat mengenai hukuman hudud sebenarnya ada disebut dalam Quran secara terang namun ayat tersebut telah dinasakh atau dimansuhkan. Saya cuma petik satu hadith yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa suatu ketika Umar r.a. berucap dan beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad dengan kebenaran dan telah menurunkan al-Kitab. Antara yg telah diturunkan oleh Allah ialah ayat rejam. Kami baca, kami pelihara dan kami faham. Apabila Rasulullah saw merejam, kami juga akan merejam selepas ketiadaannya. Namun saya bimbang setelah berlalu masa, akan ada yang berkata: "KAMI TIDAK JUMPA AYAT REJAM DALAM KITAB ALLAH." Ini akan menyebabkan mereka sesat kerana meninggalkan kewajipan yang telah Allah turunkan. Rejam telah dinyatakan dalam kitab Allah bagi lelaki dan perempuan muhsan yang berzina, sekiranya ada bukti atau kehamilan atau pengakuan.
Kalau rasa ragu2 dgn hadith yg saya bawakan ni, tuan2 sekalian bolehlah rujuk KITAB FIQH MANHAJI MAZHAB SYAFIE JILID bagi Bahasa Arab dan Terjemahannya dalam JILID 8 muka surat 1833.
Pada muka surat seterusnya pula ada dinyatakan ayat rejam yg dinasakh tu. Melalui hadith tersebut, kita boleh dapati bahawa ayat rejam tersebut memang dinasakh atau dimansuh PEMBACAANNYA, namun HUKUMNYA TIDAK DIMANSUHKAN. Utk mengetahui lebih lanjut bolehlah rujuk kitab yg saya telah nyatakan tadi supaya kita lebih berilmu daripada membuat kenyataan yg tak tentu hala. Apa yg Umar r.a. takutkan itu telah terjadi rupanya di Tanah Melayu..insan yg bernama pemimpin itu patut malu sbb rakyat yg miskin faqir seperti saya ini tahu dahulu sebelum sepatutnya beliau lebih mengetahui kerana beliau seorang pemimpin yg telah ditakdirkan oleh Allah..
wallahua'lam..
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي
مجلد 3(Bahasa Arab)
Kitab Fikah Mazhab Syafie
Jilid 8 (Bahasa Melayu)
Terima Kasih Abang anymous...itulah sedikit yang dapat saya belajar selain Ustaz Azhar Idrus...ini pun ilmuan agama sepatutnya diterapkan..saya sbg golongan remaja pun banyak yang lepasan ijazah degree yang x pandai mandi wajib...apatah lagi Solatnya dan puasanya...hanya Allah tahu apa yang tersirat dihat saya kepada Saudara2ku yang amat saya sayangi...Terima Kasih
assalamualaikum.....islam itu indah dan mudah.....hehe
Mengenai Hukum Hudud ini boleh juga dirujuk di sini...
http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2012/06/hukum-hudud-hanyalah-ciptaan-ahli-ahli.html?utm_source=BP_recent
Penjelasan CheWal sungguh jelas dan berdasarkan fakta. Mungkin segelintir dari mereka tidak dapat menerimanya kerana mereka terbiasa dengan amalan semasa maka susah bagi mereka menerima fakta didepan mata.
Nak tanye chewal, dalam al quran ade ke ayat yang sebut sejibik-sejibik perkara yang membatalkan puasa?
Chewal belajar bahasa arab? faham pasal fi'il madi? kalau ayat yang menggunakan tatabahasa fiil madhi, maksudnya muslim wajib buat, walaupun takde mention of perkataan hudud!
Hudud adalah istilah, bukan perkataan.
Dalamilah ilmu al quran!
Hadith rujukan Nabi Muhamad SAW menjatuhkan hukuman rejam terhadap penzina Yahudi berlandaskan kitab Torah ialah...
(i). Hadith Sahih Bukhary Volume 4, Book 56, Number 829:
Narrated 'Abdullah bin 'Umar:
The Jews came to Allah's Apostle and told him that a man and a woman from amongst them had committed illegal sexual intercourse. Allah's Apostle said to them, "What do you find in the Torah (old Testament) about the legal punishment of Ar-Rajm (stoning)?" They replied, (But) we announce their crime and lash them." Abdullah bin Salam (former Rabbi who embraced Islam) said, "You are telling a lie; Torah contains the order of Rajm." They brought and opened the Torah and one of them solaced his hand on the Verse of Rajm and read the verses preceding and following it. Abdullah bin Salam said to him, "Lift your hand." When he lifted his hand, the Verse of Rajm was written there.
They said, "Muhammad has told the truth; the Torah has the Verse of Rajm. The Prophet then gave the order that both of them should be stoned to death. 'Abdullah bin 'Umar said, "I saw the man leaning over the woman to shelter her from the stones."
(b) Hadith Sahih Bukhary Volume 9, Book 93, Number 633:
Narrated Ibn 'Umar:
A Jew and Jewess were brought to the Prophet on a charge of committing an illegal sexual intercourse. The Prophet asked the Jews, "What do you (usually) do with them?" They said, "We blacken their faces and disgrace them." He said, "Bring here the Torah and recite it, if you are truthful." They (fetched it and) came and asked a one-eyed man to recite. He went on reciting till he reached a portion on which he put his hand. The Prophet said, "Lift up your hand!" He lifted his hand up and behold, there appeared the verse of Ar-Rajm (stoning of the adulterers to death). Then he said, "O Muhammad! They should be stoned to death but we conceal this Divine Law among ourselves." Then the Prophet ordered that the two sinners be stoned to death and, and they were stoned to death, and I saw the man protecting the woman from the stones. (See Hadith No. 809, Vol. 8)
Petikan rencana dari facebooker Elly Nina Ahmed mengenai Hukum Hudud...
http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2012/06/hukum-hudud-hanyalah-ciptaan-ahli-ahli.html?utm_source=BP_recent
@anon 16 August,
Tulisan dalam artikel ini mengenai penerangan bahawa perkataan hudud yang merujuk kpd kesalahan jenayah tidak disebut dalam AlQuran. Perkataan hudud yg disebut dalam AlQuran merujuk kpd perkara-perkara lain.
Adakah kenyataan ini salah ? tidak bukan ?
artikel ini tidak menyebut mengenai puasa, sembahyang dan sebagainya.
Artikel ini juga menjelaskan bahawa undang-undang hudud PAS tidak menepati konsep keadilah yang disebut oleh Allah.
Undang-undang Allah adalah adil dan saksama. Sekiranya undang-undang itu membezakan antara orang islam dan bukan islam seperti yang dibuat oleh PAS, ianya tidak adil dan menyalahi konsep keadilan.
Harap maklum
Kenyataan tak salah, tapi tahniah kerana telah berjaya menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Hanya Allah sahajalah yang akan membalas jasa saudara kelak.
PAS tidak pernah mengisytiharkan Hudud adalah dari PAS. Ada khilaf ulama mengenai pelaksanaan Hudud kepada non Muslim. PAS terbuka kepada perbezaan ini.
Sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk memahamkan semua orang bahawa Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam yang wajib dilaksanakan. Menafikan syariat Allah adalah menafikan pengakuan Allah sebagai Pencipta kita.
Jangan terus permainkan hudud dengan polemik politik kepartian!
tajuk artikel hukum hudud tak disebut dalam al quran...
lepas tu cakap 'Tulisan dalam artikel ini mengenai penerangan bahawa PERKATAAN HUDUD yang merujuk kpd kesalahan jenayah tidak disebut dalam AlQuran. PERKATAAN HUDUD yg disebut dalam AlQuran merujuk kpd perkara-perkara lain.'
terlajak sampan pun payah nak undur bro, ni kan pulak terlajak tulis..
lebih-lebih lagi pasal syariat ni hukum Allah, psl aqidah bro bukan mende main2.. kalau tak tahu jangan tulis...
Hudud berasal dari akar perkataan had, iaitu limit.
Limit maknanya maksimum, lantas hukuman maksimum. Dalam bahasa inggeris Capital Punishment. Hudud is Capital Punishment.
Capital Punishment ni asalnya dipraktikkan oleh Kristian pada zaman dark ages, berdasarkan kitab-kitab mereka ( taurat & Injil ). Sebab tu rejam tu dikenali sebagai hudud ( capital punishment ). Dan rejam tiada dalam AlQuran.
Adalah benar jika penulis blog ni menyatakan tiada hukum hudud dinyatakan secara khusus.
Dan memang benar ada hukuman potong tangan dan sebatan, tetapi apa yang ditekankan adalah taubat, di ayat-ayat seterusnya kerana itulah jalan yang diredhai Allah.
Janganlah kita terlalu fokus kepada menjatuhkan hukuman seperti negara-negara Islam lain yang melaksanakan hudud. Kemanakah haluan negara-negara ini? Pakistan, Sudan, Afgan etc. Kebajikan rakyat tak terjaga.
pulak dah..
maknanya hukum Allah ni samalah dengan hukum manusia ye bro? dengan capital punishment tu?
ye ke maksud hudud tu limit?
bukan ke hudud tu jamak kepada had, maksud mencegah, menyekat dan menghalang...
rejam takde dalam Al quran, tapi Rasulullah laksanakan bro untuk pengakuan zina, ade dalam sunnah, bukan kah rasulullah tinggalkan kita al quran dan al hadith bro?
Ya Allah, tolonglah jangan confuse, hukum hudud dinyatakan secara specific, tapi tidak dinamakan literally sebagai hudud, memang tak jumpe perkataan hudud dalam ayat yang berkaitan tu!
Hello, obviously kita mengutamakan taubat nasuha, usaha ke arah mentarbiyah dah sebagainya..
tapi tu dah faktor2 lain, kite dok cakap psl hudud, kalau nak cakap in general lagi panjang la perbincangan ni
Takde sesape dok fokus psl menjatuhkan hukuman ni, media UMNO je nak mainkan api permusuhan kepada PAS dengan menggunakan isu HUDUD!
@anon 21 August 9:45,
artikel ini bertujuan memberikan kefahaman mengenai apa yang ditulis dalam Al-Quran. Ianya kalau difahami, maka tak timbul kekeliruan sebab straigth to the point.
artikel ini juga tidak bersifat politik sebaliknya, komentar yg berkiblatkan politik yang sering menjadikannya polemik politik.
@anon 21 August 13:16,
tidak ada yg terlajak tulis. sila baca artikel ini dan fahaminya terutama di perkara 3,4 dan 5 jelas menunjukkan artikel ini berkenaan dengan perkataan hudud tidak disebut secara literal. Sila fahamkan dulu.
@anon 24 august 23:43,
Media UMNO? ini adalah contoh bagaimana komentar yg berkiblatkan politik sering mengaitkan dengan politik. Dalam fikiran mereka cuma politik semata-mata.
Media perdana hanya melaporkan apa yang dicakap,ditulis dan disampaikan oleh pemimpin,pentadbir,ustaz,ulamak dan dari kalangan rakyat yang lain. Media hanya melaporkan apa yang berlaku. Kalau tiada yg bercakap, maka tiada yang dilaporkan.
media tidak pernah memainkan api pemusuhan. Hanya mereka yang berkiblatkan politik terasa mengenainya kerana mereka hanya pentingkan politik.
"Undang-undang Allah adalah adil dan saksama. Sekiranya undang-undang itu membezakan antara orang islam dan bukan islam seperti yang dibuat oleh PAS, ianya tidak adil dan menyalahi konsep keadilan."
respon sy pd komen d atas adalah...hudud hanye wajib utk org islam dan tdak wajib utk bkn islam. itulah keadilan dlm Islam...adil ertinye meletakkan ssuatu pd tmpatnye...bknnye kiri 25kg dan kanan 25kg...iaitu adil/seimbang mngikut kacamata/fikrah sekular. Pesalah Islam yg telah mnjalani hukum hudud d dunia maka akan trlepas hukumannye d akhirat kelak...adakah bkn Islam percaye tentang ini...jwbnye tidak...sbbb bkn islam tdak beriman dgn ayat Al-quran...dan bkn islam telah kita tahu tmpatnye d akhirat kelak. kisah hukum islam ini smuanye trkandungan dlm Al-quran...dan adakah bkn Islam mmbace Al-quran dan d wajibkn percaye? jwbnye tidak...klu bkn Islam percaye dan yakin dgn ayat yg trkandung dlm Al-quran...sudah tentulah ade rase Iman dlm hati mereka...adilkah Islam mghukum bkn islam yg tdak mmbace dan memahami Al-quran malah langsung tdak mempercayainye...adilkah...? so adillah mghukum org Islam dgn hudud yg dperintahkn pd org islam dan tidak pd org bkn islam...namun hukuman civil yg d iktiraf oleh bkn islam bley dgunakan ke atas mereka...itulah adil dlm islam.kene d dunia dan trlepas d akhirat... :)=
@selamenyer draft,
Tidak. Undang-undang bagi satu kesalahan yang sama, perlu menjalani hukuman yang sama. Contoh, mencuri adalah satu kesalahan yang common bagi semua agama/bangsa/kaum, oleh itu hukumannya perlu sama. Hukumannya tidak boleh dibezakan. Islam itu adil.
Bagi kesalahan yang tidak menjadi kesalahan bagi agama yang lain, minum arak misalnya, maka hukuman itu boleh berbeza(buat permulaan) sebab ianya bukan kesalahan bagi agama lain. Ini telahpun berlaku dalam undang-undang Syariah dimana umat islam yang minum arak akan dihukum manakala bukan islam tidak dihukum...namun sekiranya boleh apabila bukan islam memahami natijah diatas undang-undang ini, hukuman juga boleh dikenakan kelak.
Kalaulah betul media perdana hanya melaporkan apa yang dicakap,ditulis dan disampaikan oleh pemimpin,pentadbir,ustaz,ulamak dan dari kalangan rakyat yang lain; maksudnya semua parti pembangkang ni mesti bisu ataupun sebenarnya hidup di dimensi atau planet lain lah ye.
Ke CheWal yang dok dimensi lain?
CheWal tak tase pelik ke yang dok muncul di kaca TV tu semua dok puji kerajaan sahaja, dok kutuk pembangkang saja?
CheWal tak rase diperbodohkan ke apabila isu melibatkan invidu pembangkang, tapi pergi interview org BN, sedapla die bagi.
Pernah ke PAS diberi peluang untuk menerangkan pasal HUDUD di media perdana? Mana ada.
Utusan sahaja yang dok mainkan isu hudud supaya bukan islam takut pas, yang Islam yang benci DAP.
Kononnya tak nak komen berkiblatkan politik, tapi hang dok bace Utusan saja, mana boleh bro!
@anon 14:28,
media hanya melaporkan berita yg mereka dapat. Mereka tidak cipta berita itu. Segala yang dilaporkan adalah datangnya dari mereka yg menyampaikan. Contoh: bila ada pihak yang buat press conference, mereka hadir dan mereka laporkan. Kalau ada yg beri ucapan, mereka laporkan. Kalau ada yg buat aduan kpd mrk, mereka laporkan. Mereka tidak buat berita sendiri.
Mereka juga melaporkan segala yang berlaku walaupun berita itu negatif dan melibatkan pihak kerajaan. Khir Toyo didakwa, mrk laporkan, Khir Toyo didapati bersalah, mrk laporkan, ahli parlimen lompat parti kpd Pembangkang, mereka laporkan, BN kalah dalam pilihanraya kecil, mereka laporkan.
Mereka tidak melaporkan kutukan kpd pembangkang, sebaliknya ianya adalah perkara yg berlaku. Contoh, mereka melaporkan Tunku Aziz keluar dari DAP dan Tunku Aziz mengatakan pimpinan DAP samseng, itu adalah perkara yg berlaku dan dari press conference. Mereka melaporkan pembangkang menipu mengenai Lynas, itu adalah benda benar yang berlaku. Mereka melaporkan air di kelantan kotor, itu adalah benda benar yang berlaku dan disertakan dengan pelbagai bukti yg menunjukkan air itu kotor.
semua ini bukan kutukan, tetapi perkara benar yang berlaku. Penyokong pembangkang merasakan ianya kutukan sebab mrk tak mahu terima hakikat kelemahan pembangkang. Kalau mrk rasional, mrk tak akan kata ianya kutukan.
Tak interview pembangkang ? haha.... nanti bila ditanya kpd individu dari pembangkang, dia akan tanya balik : "awak dari media mana ? Saya tahu bos awak" " jangan jadi anjing kerajaan" kalau beginilah jawapan pemimpin pembangkang, perlukah mereka ditanya ?
anda kata saya baca utusan ? anda silap. Saya jarang membaca utusan. Kalau saya baca sekalipun, sebelum saya percaya sesuatu, saya akan pastikan kesahihan berita tersebut dgn mencari fakta. Sebab saya tidak mahu terpedaya dengan kata-kata orang politik.
mari pakat2 doa.."ya Allah,ya Rahman,ya Rahim..tunjukkanlah jalan yg lurus kepada kami & pemimpin2 Islam..bukakanlah hati kami,para pemimpin,artis2 yg telah jauh dari ajaranMu supaya kembali ke pangkal jalan".. isnyaAllah berkat berkat doa salah sorg dr kita..walau bukan semua yg dpt rahmat..ada yg akan terbuka pintu hati..InsyaAllah
CheWal said...
@anon 9 May,
anda tidak faham apa yang ditulis dalam artikel ini dan ada juga tidak faham apa yang dikatakan oleh Tun M bahawa hukum hudud/perkataan hudud tidak disebut dalam Alquran yg merujuk kpd kesalahan jenayah.
Dalam kesemua ayat Al-Quran yg dipetik tersebut tidak ada perkataan hudud. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran ditempat-tempat lain spt yg dijelaskan dalam artikel.
Hukuman rejam juga tidak disebut dalam Al-quran. Ianya diambil dari hadith
sila baca penjelasan-penjelasan sebelum ini dan dalam artikel yg berkaitan
**************
ayat2 al-quran tu tak sebut perkataan hudud. tp adakah ianya satu perintah dari Allah atau ianya sbg pilihan?..terpulang dilaksanakan,bergantung kepada kesesuaian zaman?
sama juga dgn hadis, hadis yg sahih adakah satu perintah atau pilihan? apa yg che wal & che det dok highlight pasal perkataan hudud dlm ayat al-quran xde kena mengena nga hukuman jenayah..
ramai jgk yg bermodalkan agama islam ni mudah,senang,penyayang..
ye agama islam mudah,senang,penyayang..tp ia berlandaskan hukum,panduan,ajaran al-quran & hadis..
Fathul Bari pernah menulis di dlm Harian Metro, agama Kristian adalah agama senang dan berkasih sayang (bg saya , ianya benar..lg senang dari agama Islam)..
oleh itu pikir2kanlah..agama Islam kita ada hukum hakam yg mungkin boleh di tafsir dgn akal kebaikan/keburukan..dan ada yg tidak tercapai dek logik akal rahsia di sebaliknya..
hukuman islam mesti dijalankan dikhalayak ramai sbg pengajaran..
hukuman konvesioanal dijlankan dlm keadaan tertutup sbg hukuman di atas kesalahan.ia tidak mendatangkan takut kpd org awam..saban hari,kes2 samun,ragut berleluasa
@anon 18:43,
saya ulang sekali lagi, tiada siapa menolak hukum Allah. UMNO tak pernah menolak hukum Allah. Tun Dr. Mahathir juga tidak pernah menolak hukum Allah.
Yang ditolak adalah hudud PAS yang tidak menepati konsep keadilan spt yg telah dijelaskan berkali-kali.
Perlaksanaannya pula masih belum boleh dilaksanakan spt yg disebut oleh pemimpin BN kerana pertamanya, pindaan perlembagaan berkaitan undang2 memerlukan 2/3 majoriti. Sehingga kini ahli parlimen Islam (campur dgn pembangkang) tidak pernah mencecah 2/3 walaupun semasa BN menang besar pada tahun 2004.
Sila fahamkan betul-betul.
Imam Syafie pernah berkata: "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
@anon 12 Sept,
sebab itulah saya mengingatkan diri saya dan semua yang lain supaya sentiasa mengutamakan kebenaran, sentiasa berfikir dan sentiasa mencari ilmu.
Allah melarang hambanya berbicara sesuatu yang tidak diketahuinya. Oleh itu, sentiasalah berfikir dan mencari kebenaran.
Malah, ada juga golongan berpendidikan agama yg turut sama melakukan kesalahan iaitu berbicara sesuatu yang mereka tiada ilmu.
sebagai contoh, Haron Din dalam kenyataannya baru-baru ini menyuruh Tun Dr. Mahathir bertaubat gara-gara satu artikel Tun yg menulis mengenai `devil' dan `angel'.
akibat tidak mempunyai ilmu mengenai english idiom ataupun perbahasa english, Haron Din mengeluarkan kenyataan yang salah.
malangnya kenyataan salah Haron din ini turut disebarkan dan disampaikan oleh orang-orang lain yang tidak mahu berfikir dan mencari kebenaran.
Akhirnya, ramailah dikalangan masyarakat yang membuat dosa memfitnah Tun.
Puncannya adalah kerana mrk berbicara mengenai sesuatu yang tidak mereka tahu atau mempunyai ilmu.
kah kahkah kah nampak nya tinggi sungguh ilmu agama mahathir dan pemimpin umno yang lain ye....semuanya boleh diketogerikan ostaz yang al hafiz.....ulama dari pas semua dikatakan salah termasuk harun din....nauzubillah,,,
baru aku tau semua pemimpin umno ni mengamalkan hidup secara ahli sunnah wal jamaah
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
@anon 23 sept, 2:49,
Golongan yang berpegetahuan agama juga tak lari dari pada melakukan kesilapan. Artikel ini mengulas mengenai kenyataan Tun bahawa hukum hudud spt yg dibuat PAS tak disebut dalam AlQuran. Satu contoh yang digunakan adalah hukuman rejam tidak disebut dalam AlQuran. Dalam ayat2 Allah mengenai hukuman jenayah yg disebut dalam AlQuran, tidak disertakan dengan perkataan hududullah.
Tun menjelaskan apa yang terdapat dalam AlQuran.
@anon 2:57, 3:01,
1. Adakah anda mendengar dengan telinga anda sendiri ucapan/kata-kata tersebut ?
2. Kalau anda dengar dengan telinga anda sendiri, adakah maksud yg anda fahami adalah sama dengan apa yg diucapkan?
3. Tapi, saya percaya bahawa anda tak dengar dengan telinga anda. Anda hanya mengambil dari internet atau hanya dengar kata-kata orang lain.
4. Pernah kah anda dengar tuduhan yg mengatakan Tun cakap supaya jangan berterima kasih kpd Rasullullah? Kalau anda pernah baca mengenainya, tahukah anda ucapan tersebut telah dimanipulasi oleh pembangkang? Tahukah anda apa yg dimaksudkan oleh Tun adalah berbeza 360 darjah dari apa yang ditulis?
5. Kesimpulannya, jangan biarkan diri anda diperdaya dan diperbodohkan. Berfikirlah dan carilah kebenaran.
salam,
pd pandangan sy kesilapan pertama yg Dr M dan saudara buat adalah mengambil ayat Al-Quran straight to the point tanpa memahami makna sebenar hudud. saudara mengambil perkataan hudud secara literally tanpa memandang maknanya dari sudut syara'. cb rujuk balik apakah makna hudud. dari mana asal usul perkataan hudud. knp perkataan hudud digunakan. apabila saudara dah research balik makna hudud, cb saudara fikir balik, boleh ke perkataan hudud ni di asingkan drpd undang2 islam? bila saudara kata hukum hudud xadil (tiada istilah hudud pas), cb saudara rujuk balik dr mana hukum hudud tu diambil? adakah saudara nak menidakkan ayat Al-Quran, hadis dan sunnah?
@anon 23:23
1. TDM menerangkan perkataan hudud dalam konteks AlQuran.Blog ini juga menjelaskan bahawa di dalam AlQuran, Allah tak gunakan perkataan Hudud (Hududullah) dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan hukuman jenayah (undang-undang). tetapi, Allah menggunakan perkataan hudud dalam ayat-ayat yang lain yang tiada kaitan dengan hukuman jenayah.
blog ini hanya menjelaskan apa yang tertulis didalam AlQuran sahaja.
2. Blog ini tak pernah kata hukum Allah tak adil. Tetapi blog ini kata hukum hudud PAS itu tidak adil dan oleh kerana ianya tak adil, ianya bercanggah dengan hukum Allah yang sudah semestinya adil tanpa ragu-ragu.
3. saya tidak pernah menidakkan hukum Alquran dan Hadith. Saya hanya menunjukkan mengapa hukum hudud PAS itu tidak menepati ciri-ciri hukum Islam kerana ianya tidak adil.
Harap faham.
assalam...kalau hudud yg pas nk jlnkan x adil...jadi tggjwb kerajaan yg mmrnth jlnkn hudud yg adil...sy skg 100%...islam itu adil...
@anon 12:42,
benar.tapi sudahkah anda tahu proses yg perlu berlaku sblm sesuatu undang-undang boleh dipinda?
tahukah anda bahawa pindaan ini memerlukan sokongan 2/3 parlimen.
tahukah anda,selama ini bilangan MP Islam di parlimen(termasuk pembangkang) tak pernah mencapai 2/3 walaupun semasa BN menang besar pd tahun 2004.
dan yg penting, tahukah anda,sekiranya PR yg menang nanti,bermakna kerusi UMNO akan berkurang maka kemungkinan besar, bilangan MP Islam dalam parlimen akan turun dan mungkin dibawah 50% !
kalau MP Islam jatuh dibawah 50%, jangankan nak laksana hudud, mungkin kepentingan agama yang lain pun mungkin akan terjejas.
so, kesimpulannya, kalau sayangkan agama Islam dan kalau hendakkan Islam menjadi majoriti di Parlimen, anda tahu apa yang perlu anda buat.
Alhamdulillah. Penjelasan hudud itu benar yg chewal nyatakan. Semoga semua yang membaca kosongkan kotak fikiran demi menerima kebenaran.
Balik pada topik ye, cuba lihat dari sudut lain. Misal kata negara kita guna hukum hudud, pernah saudara semua terfikir apa yang akan jadi? Ramai melayu yang akan kudung sebab melayu bangsa majoriti negara ini. Macam mana nak cari makan? Kalau kita buat hukum hudud, saudara ingat orang kafir semua akan biar? mesti ada campur tangan dari negara lain kerana kita merdeka british bagi kontrak demokrasi/liberal..jangan kita tgk orang tu pakai kemeja kita kata dia macam barat, org pakai jubah je kita ingat dia ustaz la, orang alim la...tetapi akhir skali tanya diri, tanya tanggung jawab kita...
Kalau kita tanyakan kepada Ustaz-ustaz soalan benarkah hukum potong tangan ke atas pencuri sudahpun wujud dalam kitabullah-kitabullah terdahulu iaitu Taurat Bani Yahudi/Israel dan Injil Bani Nasara/Kristian, sudah tentu dia akan marah kepada kita.
Begitu juga jika kita kata yang hukuman rejam dengan batu ke atas penzina pun sudah termaktub dalam Taurat dan Injil, maka akan lebih marah lagi Ustaz-ustaz kepada kita.
Sila rujuk dan baca ayat 44, 45 dan 47 al Maidah mengenai hukuman dari Taurat dan Injil ini.
Jadi kesimpulannya, memang pun Hukum Hudud atas kesalahan jenayah kepada masyarakat itu adalah ciptaan ahli-ahli Fiqh yang mengambil hukum dan hukuman daripada kitabullah Taurat, Injil, al-Quran dan hadith2 yang relevan kepada hukuman2 yang mahu dilaksanakan juga oleh ahli-ahli Fiqh itu tanpa mengambilkira prinsip keadilan yang dituntut oleh Allah swt.
YA ALLAH..ENGKAU BUKAKANLAH PINTU HATI HAMBA2 MU SEMUA UNTUK MENERIMA SURUHAN MU DAN AJARAN MU...SESUNGGUHNYA MEREKA SEMUA CETEK ILMU MENGENAI HUKUM MU YA ALLAH..
@anon 30 October,
Semua disini menerika suruhan dan perintah Allah. Tun Dr. Mahathir juga menerima suruhan dan perintah Allah.
Tiada siapa yang mempertikaikan atau menafikan suruhan dan perintah Allah.
Sila fahamkan betul-betul.
Selamat Berfikir.
Nak ckp sket ni ... Hukum Hudud bermaksud Hukuman dari Allah ... kalau kita tolak hukuman tu maksudnya kita dari kalangan orang yang zalim.
Bukti Hukum Hudud Dalam Al-Quran.
[Al-Maidah:38] ,
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[Al-Baqarah:229]
تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُون...
.... Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.
[Al-Baqarah:179]
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
Surah Al-Maidah telah menerangkan benda tu... kalau taknak percaya maksudnya anda telah meolak hukuman dari Allah dan sudah tidak mempercayai surah Al-Quran.
Kebenaran mesti ditegakkan.. jd jgnlah menyebarkan bende yang tidak anda ketahui.. sudahkah saudara telah check surah Al-Maidah ayt 38? btw, saudara dengar dr org dan tak check dalam al-Quran. Ber hati2
@anon 1 november,
mungkin anda tidak membaca artikel ini atau mungkin anda tidak memahami artikel ini. Nasihat saya, sila fahamkan dahulu sebelum membuat komen bersifat tuduhan.
apa yang saya sebut dalam artikel ini adalah PERKATAAN hudud yg merujuk kpd hukuman jenayah tidak disebut oleh Allah Alquran. Dalam Al-quran Allah menggunakan perkataan hudud dalam perkara-perkara lain yang bukannya jenayah.
Saya tahu ayat-ayat yg saudara petik dan dalam ayat-ayat tersebut, Allah tidak memberi nama hukuman ini sebagai hukuman hudud.
Saya percaya akan hukuman-hukuman yang Allah sebut dalam ayat-ayat itu.
Dalam Alquran juga tidak disebut hukuman rejam. Hukuman rejam yang digabungkan sekali dalam satu kompilasi undang-undang yang diberi nama hudud adalah diambil dari hadith nabi.
disinilah datangnya kenyataan bahawa penggubalan hukuman jenayah syariah yang diberi nama hukum hudud itu digubal oleh ahli feqah yang mengambil hukuman-hukuman dari Al-Quran dan Hadith nabi.
sila fahamkan ye.
Dalam ayat 38 surah Al-Maidah, Allah tidak mengatakan bahawa hukuman potong tangan ini hanya keatas orang Islam sahaja.
berlandaskan konsep keadilan dan kesaksamaan yang begitu penting dalam islam, hukuman mencuri perlulah sama kepada orang Islam dan Bukan Islam.
Disinilah bercanggahnya hudud PAS dari Al-Quran.
Sebenarnya saya dah jelaskan dalam jawapan-jawapan saya kpd beberapa komentar.
rajin-rajinkan lah membaca.
hududu allah
bermaksud
hukuman allah [utk hambanya(yg berbuatsalah]
............
segala hukum yg telah tertulis dalam al-quran adalah hukuman dari allah (hududu allah) . mungkin anda tidak faham ape maksud hudud
*itulah pentingnya mempelajari bahasa ahli syurga*
#from anon 1nov12
btw , malaysia adalah negara islam ... negara yg berlandaskan agama islam ...
even non-muslim ade dlm negara islam mmbuat masalah ... mestilah menghukumnya berlandaskn hukum islam hukuman dr allah ...
@anon 1 november,
nampaknya anda tidak membaca apa yang ditulis dan mungkin tidak memahami apa yang ditulis.
apa yang ditulis adalah perkataan hududullah tidak disebut dalam ayat-ayat berkenaan hukuman jenayah. Maksudnya disini adalah penggunaan perkataan hudud secara literal.
Itu sahaja. cuba fahamkan dulu.
@anon 3 november 3:28,
iye, orang bukan islam juga perlu dihukum dengan hukuman yang sama bila mereka melakukan kesalahan yang sama. Sebab itu, draf hudud PAS bercanggah dengan keadilan.
kenyataan perlu jelas menerangkan dan tidak mengelirukan pada yang kurang faham..
saya suka penerangan ini: http://abu-intisaar.com/2012/03/05/hudud-antara-fikiran-manusia-dan-kejatian-nas/
Salam semua, nak bagitau ni kalau nak perjelaskan ayat2 dlm al-quran tentang sesuatu harus difahamkan keseluruhan surah itu supaya tidak ada kemusyikilan... ni tidak ambil ayat ni sepotong ayat tu sepotong dh nak dihuraikan tu yg jadi pecah belah... ayat2 tu punya la disusun elok2 dpt kat manusia lingkup....
CHE WAL=CHE DET. HUDUD TIADA DLM QURAN?? SESAT LG MENYESATKAN. MUDAH-MUDAHAN MEREKA INI SEMPAT BERTAUBAT SBLM NYAWA DIAMBIL
http://www.tranungkite.net/lama/mac/habibu29.htm
CHE WAL NI TOLAK HADIS SAHIH. MU NI GOLONGAN SESAT MANA? SYIAH KE KHAWARIJ KE ATAU MU'TAZILAH. ATAU SEKADAR PENULIS UPAHAN YG JAHIL?
@anon 21 novemeber,
saya dah baca link tersebut dan seperti biasa, kesalahan yang banyak dilakukan adalah kita mudah menjadikan apa yang kita faham sebagai kebenaran sedangkan apa yang kita faham dari kata2 seseorang mungkin tak sama dengan apa yang dimaksudkanya dan kesalagan seterusnya adalah ramai yang memilih untuk melihat dari sudut negatif.
spt yg telah diterangkan dlm artikel diatas, kenyataan Tun hanya merujuk kpd Al-Quran. Perhatikan bahawa beliau menyebut, hudud tidak terdapat dalam Alquran dan beliau tidak menyebut hudud tidak terdapa dalam Islam.
ada perbezaanya, bila kita sebut Islam, ianya merangkumi Al-Quran, Hadith dan Ijmak. Tapi, dalam kenyataan Tun, beliau specifically menyebut Alquran dimana spt yg telah diterangkan dalam artikel diatas, hukum hudud yg merujuk kpd hukuman jenayah tidak disebut dalam Alquran.
Tetapi, Tun mengakui bahawa dalam Alquran terdapat hukuman zina, mencuri dan beberapa hukuman lain.
tetapi, bila ahli feqah membuat kanun jenayah syariah, mereka bukan sahaja mengambil kira hukuman dari Alquran, tetapi juga hukuman dari hadith nabi. Disinilah datangnya maksud kenyataan bahawa `hudud dibentuk oleh ahli fekah'. Ianya bukan bermakna hukuman ini dicipta oleh ahli fekah, tetapi ianya di compile oleh ahli fekah dari beberapa sumber dalam Islam.
kalau anda berpeluang berjumpa dengan Tun, lebih baik anda bertanya kepadanya secara jelas dan jangan menjadikan apa yang anda faham daripada kata2 Tun sebagai satu kebenaran.
Dalam jawapan Tun baru-baru ini, bila saya bertanya kepada beliau, beliau tahu mengenai hukuman jenayah dalam AlQuran dan beliau juga tahu mengenai hukuman jenaya dari Hadith nabi. Malah beliau juga tahu nabi pernah menjatuhkan hukuman rejam 2 kali dan satu daripadanya merujuk kepada hukuman dari kitab taurat kerana pelaku adalah orang yahudi.
Apabila Tun menyebut, hukuman mestilah adil, Tun hanya merujuk kepada hukuman bagi pencuri. Ini dibuat semenjak tahun 1993 lagi. Kenapa ? Ianya adalah kerana kesalahan mencuri adalah satu kesalahan universal yang meliputi semua agama di dunia (mahupun yg tidak beragama)...oleh itu, hukumannya mestilah sama utk memastikan keadilan. Tun tidak merujuk kpd hukuman zina kerana berzina tidak menjadi kesalahan kpd bukan islam. Oleh itu, analogi yang dibuat oleh penulis dalam blog tersebut tidak tepat.
@anti belit dan anon 23 november,
sila baca dan fahamkan betul-betul apa yang saya tulis. dan sila baca semua jawapan-jawapan saya dalam ruangan komen ini utk anda memahami.
semoga anda dijauhi dari membuat fitnah.
1 SOALAN SAHAJA CheWal: DALAM VIDEO INI, BAHAGIAN MANA YANG MAHATHIR 2 CAKAP HUKUM HUDUD PAS? http://www.youtube.com/watch?v=u58qZin5qRc :)
@anon 25 november,
Dalam video tersebut Tun tak sebut hukum hudud pas dan saya juga tidak mengatakan bahawa Tun sebut hukum hudud pas dalam video tersebut.
Tetapi Tun ada menyebut bahawa dalam menjatuhkan hukuman ianya perlu adil dan saksama kepada semua orang dan umum mengetahui bahawa hukum hudud pas hanya terpakai kpd org islam sahaja.
Kenyataan Tun mengenai keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 semasa menulis surat kpd Nik Aziz.
Sebab itu ramai yg melabelkan hukum Pas ini sebagai hudud pas kerana tidak menepati konsep adil dan saksama yang dituntut oleh AlQuran.
chewal, sy tau yg tun mahathir faham ttg hudud, dan bukan kata sebarangan. penjelasan anda ckup jelas bagi saya. terima kasih. smoga kebenaran terus memihak kpda tun mahathir.
@anon 7 December,
Terima kasih kerana memilih untuk berfikir dan memahami. Sama-samalah mengutamakan kebenaran dalam segala perkara.
So maksudnya kita tak perlulah jalankan hudud tu ye?
@anon 21 December,
sila baca balik artikel dan kalau rajin sila baca kesemua komen saya dalam ruangan komen ini, kerana maksud yg anda faham adalah salah.
selamat membaca.
apa ni ramai lawan chewal sorang .... BTW ... thumb up to CheWal ...
@anon 1 January,
Takpe. Lagi ramai lagi menarik sbb motifnya adalah untuk menyampaikan kebenaran kpd sesiapa dan supaya saya juga turut mempelajari sesuatu.
ramai org yg terlalu mudah membuat persepsi negatif dan ramai yang suka berperasangka negatif terhadap seseorang dan kadang-kadang mereka tidak mempunyai pengetahuan atau tidak memahami apa yg disampaikan.
semoga lebih ramai yang memilih untuk mengutamakan kebenaran, mencari fakta dan menjauhi sangkaan buruk.
1. “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-Kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari kebenaran yang telah datang kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti), dan jika Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.” (al-Maidah, 5:48)2. “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5;49)3. “Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (al-Jathiah, 45:18)4. “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu tetapi setelah mereka berselisihan, Allah mengutuskan Nabi-Nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama-sama Nabi-Nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perlisihkan (al-Baqarah, 2:213)5. “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)
Saya baca semua komem yang diutarakan oleh CheWal said dan Eddin,Anonymous dal lain2 puuunnn.Saya setuju sessi ni kerana ia berjalan cukop cool,saya minat kalau macam niii,tapi kalau boleh saya minta pada anda semua setiap yg dinukilkan tu rojok lah pada Al-Quran,tapi saya ingat setela hidup jauh hampir 60th, selalu saya persoalkan kalau orang politik becakap tentang agama n hukum Allah,lebih banyak mirip kepada kepentingan parti,inilah yg akan menjadaikan Al-Quran dan Islam itu dipersendakan oleh org lain.kalau pun ada bukan orang politik bercakap pasai Agama Islam dan hukum hakam Islam,ia lebih menjurus kepada kepentingan diri(mengelak dari terkena hukuman yg sebenar)Sebab itu lah suasana masyarakat Islam/Melayu di Malaysia sekarang semakin buruk sehingga sanggup memperdagangkan agama bangsa dan negara.ingatlah Allah kasih pada kita kalau kita kasih kepada sesama manusia, Walllah hu a'laaammm.
Bro dalam saya rasa pos bro tuh kne betulkan sedikit, sebab dalam surah al-Maaidah : 38 “Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah tangan kedua mereka (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah s.w.t”
Serta Hukum Qisas juga ada didalam Al-Quran,
ada dinyatakan mengenai potong tangan Serta Hukum Qisas didalam Alquran, tetapi yang lain tuh xde insyallah,
Salam semua, bagus kerana masing-masing dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sebab di sini saya dapat banyak ilmu dari kawan-kawan semua tentang hukum Allah di dalam Al-quran dan Hadis. semoga kita dapat berbincang bersama supaya terus maju dan membangun. ;)
Assalammualaikum.
Apa yg saya faham article ni . Satu ayat boleh di explain panjang lebar untuk menjadikan maksud dia betul atau salah. terpulang kepada niat org yg berkata dan org yg mendengar.betol kata HJ.Hafish tu.
Kita semua ni boleh tafsir dgn baik maksud tun mahathir, hadi Awang , nurul izzah , nik aziz dll.semua kenyataan mereka kita kontroversikan sebab kita semua suka buat2 x faham , bergaduhkan memang seronok boleh tunjuk hebat dan boleh kutuk org kan.
Semua party perlu ada untuk main peranan masing, cuma jgn kita suka sangat main-main dgn ayat Quran. mcm ni nk jadi contoh kepada non-muslim?
Salam kepada semua..Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Penyayang.. semoga penulisan saya ini selesa dibaca,mudah difahami dan dapat diterima oleh semua disini..
Pertamanya.. syukur dan tahniah kepada CheWal kerana tidak putus-putus memberikan respon dengan reaksi yg sabar dan tenang..teruskan mendalami ilmu dan nukilan utk jariah akhirat kelak.. (bagaimana penggunaan 'tenang' boleh saya gunakan dalam kontek ini?...saya berada dihadapan beliau?..tentu tidak).. kerana saya 'cuba memahami & menilai' setiap patah perkataan yg ditulis oleh beliau...dan hasilnya saya boleh melabelkan 'tenang' sebagai perkataan yg sesuai.
Nampak apa yg saya cuba relatekan? cuba baca artikel ini semula.. (baca banyak kali pon tak apa..), kemudian, pahamkan isi kandungannya yg hendak disampaikan, cerita pasal apa?..) dan kemudian baru nilaikan...
dengan ini mungkin boleh membuang sedikit sebanyak tentang keKHILAFan yg berlaku..InsyaAllah
Dan apabila sesebuah negara itu Islam..maka semua penduduknya kena akur dengan undang2 yang saksama..hudud dalam konteknya, yg saksama...setiap org tidak kira agama.
Dan apabila kamu berada di negara yg bukan Islam, yg mengharamkan penggunaan tudung bagi perempuan yg boleh mendatangkan musibah maka dibenarkan kerana darurah..
Jauhkan diri kita dari sikap 'taksub' dalam sesuatu yg kita paham atau 'rasa' kita paham..juga janganlah taksub pemimpin..apa jua jenis taksub..terimalah apa yg org lain cuba huraikan..
InsyaAllah hati akan terasa tenang dan lapang...dan terhindar diri dari cilaka fitnah..
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.
Salam sayang saudara2 seIslamku kerana Allah Ta'ala..
Sy sokong fakta anonymous. Che Wal seolah menegak benang yg basah. Isu chewal cuma nk mempertahankan che det yg tak dak memberi faedah kpd kita. You'll mgkn tak biasa kena curi, rompak lagi. Pegi sana sini org sanjung. Security semua gomen bayar. Kami rakyat biasa. Sy dh kena, kwn2 saya pun dh kena. Azab dan bengangnya akan rasa bila you'll, anak cucu bini kena nanti. Bukan nak doa, tp klu kena baru betul2 faham kenapa kalam Allah swt itu benar. Sy dulu pun sokong che det tp TIDAK dlm hal ini. Kita bertahun2 siang dan malam, perompak buat kerja kurang 3 minit!. Sekarang siapa2 boleh jadi perompak bawa parang panjang sbb semua dinasihatkn jgn melawan..dlm radio pun ada dengar...profession ini akan berkembang maju dgn sifat lembut, penakut dan lebih kurang pemimpin dan orang kita yg ingkar dgn hukum Allah. Ternyata hukum manusia ikut logik akal 'failed totally'. Laksanakan hukum Allah swt. Orang2, nabi2 terdahulu dari kita dah lalu masalah ni..fikir dan renungkan..
salam semua saudara seagamaku...sedih melihat umat Islam berpecah-belah...ni la agaknya mkne rmai nya umat Islam di akhir zaman, tapi umpama buih lautan...sy pham pe yg Chewal utarakan di mana hukuman yang dinyatakan dalam Al-Quran mengenai zina xsbut sbgai hudud secara literal...dan bukanlah pula rekaan suke-suke ahli fekah... ia mengikut hadis dan nas- nas yang sahih...hudud tu bkn hukuman kejam semata-mata...tujuan utamanya lebih kepada pencegahan...Rasullullah S.A.W tingalkan kte dengan AL-QURAN & HADITH...hrgailah...fahami dulu pe itu hudud, qisas dan ta'zir...hukuman hudud ni untuk org ISLAM yg melakukan kesalahan tertentu untuk 'menjelaskan' kesalahan mereka di dunia...kalo rasa terer nk tahan azab dari ALLAH S.W.T, anda leh ubah pengakuan...ngaku xsalah bile dibicarakan ngan sistem hukum hudud...sy kire Chewal m'pjuangkn k'adilan untuk manusia sejagat tanpa mengira agama...bgus...tap kte lengkapkan hak kite dlu...kalo sume phm tntng hukum ALLAH S.W.T...insya ALLAH kafir pn akn respect umat ISLAM...bgus isu ni ditimbulkan...spatotnye di bahaskan di kaca tv agar semua umat Islam sedar n phm...yang ada kita perkemaskan...xkisahlah parti pe o phaman politik pe...sbb nt bnda2 2 xdi tanya dalam kubur...xtnye kte pangkah parti pe?sokong o kamcing ngan pemimpin ne?kite sbagai rakyat pada sebuah negara ISLAm da hak meminta kerajaan menjalankan hukum ALLAH...tap bknlah dengan cara yg ekstrim dan berpecah-belah begini...perubahan x belaku sekelip mata, tap istiqamah lah melakukan perubahan...bagaimana reaksi Rasullullah S.A.W kalo baginda msih bersama kte???kita memberi seribu 1 alasan untuk melaksanakan pe yg prnah diamalkan oleh Rasullullah...tap ksih Rasullulllah pada umatnya xpnh goyah...renung-renugkanlah...
Terima kasih kepada semua yg memberi komen. Maaf, kerana lewat memberi balasan diatas kekangan masa dan tanggungjawab lain.
@likefacts,
1. mungkin anda tidak membaca sepenuhnya atau tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Saya bukan mempertahankan CheDet, tapi saya berbicara dari sudut kebenaran tanpa prasangka negatif. (saya dah jelaskan banyak kali mengenai ini)
2. Anda harus tahu bahawa Tun M tidak pernah menolak hukum Allah, malah beliau tahu kesemuanya termasuk apa yg ditulis dalam Hadith. Isu yg sering dibangkitkan oleh Tun M adalah keadilan terhadap hukuman yg dijalankan dgn memberi contoh jenayah mencuri. Hukuman bagi pencuri harus sama bagi setiap orang tanpa mengira agama kerana ia adalah jenayah yg umum (melibatkan semua agama). Kenyataan Tun M konsisten sejak tahun 1993 lagi. (saya juga dah ulang perkara ini banyak kali).
3. Rumah saya juga pernah dimasuki pencuri dan kehilangan agak tinggi tapi saya bernasib baik kerana saya mengambil insuran isirumah (household content), so, saya dapat cover balik kesemua kerugian. Kalau anda ingin menggunakan contoh ini dalam menghukum pencuri, anda sepatutnya bersetuju dengan Tun M, kerana mengikut draf yg dibuat oleh PAS misalnya, kalau pencuri itu bukan orang islam, maka hukumannya adalah hukuman penjara/denda.
@azem,
1. Keseluruhan kanun jenayah shariah yg meliputi hukum hudud, qisas, takzir adalah satu penggubalan oleh ahli feqah yg diambil dari Nas AlQuran dan Hadith. Malah ini juga terdapat perselisahan pendapat terutama hukuman yg diambil dari hadith spt hukuman rejam. Hukuman dari AlQuran,, tidak ada sebarang keraguan terhadapnya.
2. Seperti yg telah saya sebutkan banyak kali (terlalu banyak kali), jenayah yang sama iaitu yg umum seperti mencuri, hukumanya perlu sama tanpa mengira agama. Kerana semua agama mengakui bahawa mencuri adalah jenayah, maka hukuman perlu adil dan saksama. Ini berlaina dengan jenayah seperti zina, kerana bukan semua agama mengatakan ianya salah. Begiut juga dengan minum arak. Ianya tidak salah bagi agama lain, maka tidak ada hukuman keatas mereka. Fahamkan perbezaan diantara jenayah yg sama dengan jenayah yg berbeza. (Tun M dah banyak kali menjelaskannya, saya juga dah banyak kali menjelaskannya).
Penulis ini seperti orang yhudi..yg suka memutar belit ..Dan saya rasa awak perlu berjumpa ulamak.. tetapi jangan Cari ulamak setan bisu
Penulis ini seperti orang yhudi..yg suka memutar belit ..Dan saya rasa awak perlu berjumpa ulamak.. tetapi jangan Cari ulamak setan bisu
@kamarozaman,
sudahkah anda menuntut ilmu ? Tuntutlah ilmu agar anda mudah memahami apa yang cuba disampaikan.
Salam semua....Orang yang betul Islam ialah kehidupannya berlandaskan Al-Quran dan Hadith...Itulah yang perlu diikuti....jika hanya Al-Quran sahaja, bermakna tak sempurnalah. Ianya memerlukan kedua-duanya
Salam CheWal, saya sudah baca tulisan saudara dan komen serta tuduhan drpd pembaca. Dari satu sudut, saya bersyukur kerana kita satu faham dalam isu ini. Pada satu sudut lain rasa sgt terkilan kerana ramai dalam masyarakat kita yg masih kabur ttg beza antara hudud dalam alquran, dan hudud yg disusun selia ahli fekah sempena melaksanakan negara islam. Daripada nada komen balas seolah mereka tetap dgn pendapat yg tidak diteliti semula melalui ulang baca. Saya harap saudara tabah dan terus menulis.
@syarif,
maaf sebab lewat balas. Artikel ini dibuat merujuk kepada jawapan Tun Dr. Mahathir. Jawapan Tun juga merujuk kepada konteks perkataan hudud didalam Al-Quran.
Sebab itu, apabila ahli feqah menggabungkan semua hukum-hukum jenayah yang terdapat dalam Al-Quran dan hukum-hukum yang dibuat oleh Rasulullah melalui tulisan-tulisan hadith yang dikumpul, kanun jenayah syariah ini dikatakan digubal atau dicompile oleh ahli feqah.
@Sina,
Maaf sebab lewat reply. Terima kasih diatas komen saudara. InsyaAllah, saya akan terus menulis dan akan terus berfikir dan utamakan kebenaran....walaupun kadang-kadang saya tidak pandai menguruskan masa sehingga tiada masa untuk menulis
salamualaikum sdr chewal
jenayah yang sama iaitu yg umum seperti mencuri, hukumanya perlu sama tanpa mengira agama.
setuju 100%. mencuri adalah satu jenayah samada undeng2 sekular atau hukum islam. bagaimana pulak jenayah2 yg tertakluk kpd undeng2 syariah spt berkhalwat, minum arak, berjudi, (sekarang ni merokok dah difatwakan haram, makan daging babi, tak solat jumaat 3x berturut2) hukumannya diambil dari mana? hukuman rajm kpd penzina ada dlm kitab taurat, mengapa maryam ibu nabi isa as terlepas? (masa tu kristian tak ujud lagi) bukankah perempuan mengandung/beranak tanpa suami itu bukti perzinaan? zaman nabi isa as, hukuman rajm itu boleh dilaksanakan tapi bersyarat (dimansuhkan?)"let those who has never sinned cast the first stone"
quran mensyaratkan 4 org saksi (menyaksikan perbuatan itu), bila hukuman (100 sebatan) dilaksanakan mestilah disaksikan oleh orang2 yg beriman. apa bukti orang2 ni beriman. umar khatab kata ayat rajm ni ada dlm quran tapi ditinggalkan, ada ka ayat2 lain juga ditinggalkan? membunuh juga adalah kesalahan jenayah bagi kedua2 undeng2. mengapa tidak ada dlm undeng2 syariah? minum arak, berjudi, makan daging babi, berkhalwat perbuatan dosa atau jenayah? perempuan2 mukmin diwajibkan menutup aurat, kenapa tidak ada dlm undeng2 syariah? bila cakap tentang politik, adakah pas terlibat dlm penggubalan undeng2 syariah ni? dipahamkan semua kesalahan jenayah tertakluk kpd undeng2 sekular. perbuatan dosa pun ditakrifkan sbg jenayah. memang susah & payah. ada kuasa guna, jgn salahguna. wassalam
lamanya soal jawab artikel ni ye...
apabila baca, macam ni je bunyinya..
Chewal kata :kata tun ini botol kaca, botol lut sinar.
ibu kata : botol susu anak aku daripada kaca.
Chewal kata :kata tun, ini botol kaca, botol lut sinar.
taukeh kedai kata : botol coca cola kaca sekarang payah nak jumpa.
Chewal kata :kata tun ini botol kaca, botol lut sinar.
pakar pasir kata : botol dibuat dari pasir, kaca lut sinar...
Chewal kata :kata tun ini botol kaca, botol lut sinar.
dah setahun lebih artikel ni masih hidup...
Chewal kata :kata tun ini botol kaca, botol lut sinar.
Kepada CheWal:
1) Terima kasih kerana memberi hujah yang jelas. Sangat bersetuju, melaksanakan hukuman wajib berteraskan keadilan. Kedua-dua pihak wajib tertakluk. Kita sebagai orang islam, perlu bersatu dulu untuk dapatkan majoriti, kemudian laksanakan. Jangan biarkan demokrasi ciptaan yahudi ini mengawal kita orang islam! Tolak ke tepi dahulu sentimen parti.
2) Syabas, penerangan tuan walaupun berkali-kali tetap istiqamah (tidak seperti sesetangah pihak yang pada zahirnya berilmu, tapi berhujah mengikut "nafsu").
Salam kepada semua. Terima kasih kepada CheWal kerana berjaya menarik minat ramai untuk berbahas mengenai isu hudud ini. Secara tidak langsung, semua komen dan bahas dapat saya faham dan dalami dengan teliti. Pada pandangan saya personally, semua komen dan artikel dalam blog ini tidak timbul satu keraguan pun tentang apa yang masing2 cuba sampaikan, cuma tidak cukup info sahaja.
Setelah membuat sedikit kajian dari bahan bacaan dan pertanyaan kepada mereka2 yang arif, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh saya kongsikan.
1) Benar apa yang disampaikan oleh Tun bahawa tidak terdapat perkataan hudud ke atas hukuman dalam Al-Quran akan tetapi untuk melaksanakannya bukan benda yang mustahil.
2) Benar kata Tun yang hukuman hanya dijalankan kepada orang2 Islam sahaja as proposed by PAS, dan disitu ada kebenarannya tidak adil sama sekali. Sepatutnya dijalankan menyeluruh kepada semua, bukan ke atas orang2 Islam sahaja.
3) Dari hadis tentang hukuman kepada yang bukan Islam masih refer kepada kitab masing2 akan tetapi saya masih tidak pasti sama ada Ahli Kitab tergolong dari orang2 kafir atau tidak kerana disebut tentang mereka menghafal kandungan Injil dan Taurat.
4) Dari kajian dan bacaan saya kepada isi kandungan kitab2 Bible (sekarang) dan kitab hinduism (sekarang), memang ada hukuman kepada semua kesalahan. Sebagai contoh, membunuh; jelas dalam Bible (sekarang) dan Hindu (sekarang) hukuman nya adalah bunuh jadi kita boleh selaraskan benda2 ni.
Jadi dengan ini saya katakan hukuman mengikut syara' dalam Islam boleh lah dilaksanakan dengan syarat selaraskan semua kesalahan mengikut kitab masing2 sebab saya comparekan balik semua, saya pasti, yang tak Islam akan masuk Islam sebab hukuman yang Islam jalankan tidaklah seberat yang disangkakan.
Tahniah CheWal...
tidak memerlukan 2/3 majoriti utk luluskan rang undang2 jenayah syariah. memadai dgn majorit mudah. sperti contoh rang undang2 perhimpunan Aman, Rang Undang2 AUKU, rang undang2 kesalahan keselamatan dll telah diluluskan pda 2011/2012. Jika undang2 hudud dan murtad dibentangkan pasti boleh lulus kerana MP islam pd penggal yg lepas ada seramai 115 / 222. Jika mahkamah syariah mengadili org islam dan tdk org islam maka hukum jenayah syariah hudud juga terpkai kpd islam shj. orng bukan islam diadili di mahkmh seskyen / sivil. mengapa sering disbut hudud pas, jika hudud pas ditolak sila datangkan hudud islam sebenar. kerajaan tdk pernah pun mengusulkan satu hukum hudud islam yg lengkap tetapi sangat cepat memebri alasan utk tidak dilaksanakan.
@deepthinkers,
Terima kasih diatas penerangan anda.
@anon 22 April,
Undang-undang syariah boleh diluluskan tanpa 2/3, tapi kalau melibatkan undang-undang sivil, kalau tak silap memerlukan 2/3. Bukan semua kelulusan rang undang-undang memerlukan 2/3, tetapi ada yang memerlukan 2/3.
@anon 19 April,
Terima kasih. InsyaAllah saya akan terus berhujah dan mengutamakan kebenaran.
CheWal,
Terima kasih diatas ilmu yg dititipkan pada CheWal. Saya berharap pembaca menilai dengan "HATI FUAD".
Liked CheWal
HUDUD - GAMBARAN SALAH : PERBETULKAN BUKAN HALANG - T
Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.
Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan. Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.
Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali. Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sebaik mungkin untuk mengumpul pandangan pakar-pakar bagi menjadikan enakmen ini satu kenyataan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim! Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah SWT. Sesuai sangatlah apabila individu ini menulis, "better the devil you know than the angel you don’t..."(lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal).
Sudah 19 tahun ia dibentangkan, tempoh yang cukup panjang ini jika dinisbahkan kepada seorang manusia yang belajar, umur ini sudah menjejakkan kaki di universiti. Namun UMNO khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi UMNO yang dikatakan adil itu! Tempoh 19 tahun, satu hurufpun hudud ala UMNO masih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.
Justeru, saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia ; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada perjuangan menegakkan agamaNya di dunia ini Insya-Allah.
Sekian....
Salam dari saya,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
@anon 24 april,
saya tak pasti adakah tulisan itu dibuat oleh Nik Aziz atau tidak sebab terdapat beberapa kesalahan.
saya tidak mahu mengulas apa yg ditulis mengenai Dr. Maza.
Diantara kesalahan yg berlaku adalah:-
1. penulis itu tidak tahu maksud idiom "better the devil you know than the angel you don't" perkataan devil dan angel ini tidak merujuk kpd syaitan dan malaikat secara literal
2. Tun Dr. Mahathir pada tahun 1993 telah membalas surat Nik Aziz dan mempersoalkan konsep keadilan dimana Tun menyebut yg bermaksud, hukuman bagi pencuri untuk orang islam dan bukan islam tida boleh berbeza. Ini kerana mencuri adalah jenayah universal yg melibatkan semua agama. Oleh itu, hukuman yang sama perlu dibuat demi keadilan.
Tiada balasan/pindaan yg dibuat lanjutan dari surat Tun ini.
apa yang nak dihighlight di sini ialah...Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah bukan di buat sambil lewa...banyak tokoh2 yang terlibat...erti kata lain bukan hudud pas
enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad.
Kerajaan kelantan juga sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka.kalau mahathir kata hukuman org bukan islam kena potong tangan juga bincang lah ..lupakan DAP MCA MIC.umno bincang dengan Pas dan boleh come out dengan undang2 islam yang adil itu, bukan hudud pas bukan hudud umno.
Pembaca di chewal, lihat sendiri video yang dimaksudkan (kenapa tak beri link di sini ya?0
http://www.youtube.com/watch?v=LSj2MCkfUuQ
0:52: "Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Dia tidak terdapat dalam al-Quran".
Maknanya SANGAT JELAS.Tun M nampaknya tidak membezakan hudud PAS dengan hudud bukan PAS. Tidak juga disebutkan beza hudud dengan jenayah.Kenapa anda mengatakan "Tun M bahawa hukum hudud/perkataan hudud tidak disebut dalam Alquran yg merujuk kpd kesalahan jenayah."? Tafsiran sendiri? Anda juga yang mengatakan suruh dengar sendiri, bukan?
jika kita lihat sendiri video ini, dan membandingkan dengan kenyataan Mahathir sebelum ini, :
"Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
jelas bahawa pendirian Mahathir dalam hudud, samada ia termasuk jenayah atau tidak, adalah konsisten. Tak perlu menjadi apologist dan membelitkan dengan cuba menerangkan apa yang Mahathir 'maksudkan' sedangkan video ini JELAS.
Tambahan:
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup." - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Adakah tun Mahathir tidak tahu hukum memotong tangan bagi pencuri terdapat dalam al-Quran?
Hingga kini, Perundangan Islam itu pun masih belum dimertabatkan sebagai hukum utama negara. Buat masa ni PERANCANGAN pun tak ada, PERLAKSANAAN pun tak ada, SEMAKAN pun tak ada dan TINDAKAN pun tak ada. Apa matalamat perbincangannya? Hingga kini di Malaysia kita masih memertabatkan Perundanga Civil. Perundangan Islam/Syariah menjadi perundangan kedua yg hanya utk org Islam shj. Tak gitu..? Mertabatkan dahulu Perundangan Islam sebagai yg utama... klu tak sampai kiamat pun perbincangan sebegini tak akan habis... Pi mai pi mai tang tu juga....
@anons (saya andaikan semua ini orang yg sama)
1. Tun dah menjawab surat dan membangkitkan soal perbezaan hukuman antara bukan islam dan islam...tapi, tiada jawapan dari Nik Aziz.
2.Tun tidak sebut hudud pas dan hudud islam, tetapi Tun menyebut mengenai keadilan dimana perbezaan hukuman diantara orang islam dan bukan islam, sama seperti yg ditulis oleh Tun pada tahun 1993 yg merujuk kepada hudud yg dikeluarkan pas. Sama bukan ?
3. Tun menyebut hukum hudud tiada dalam AL-Quran dan seterusnya menerangkan hukuman jenayah termasuk hukuman pencuri. Begitulah juga, dalam Al-Quran tidak disebut hukum hudud, tetapi perkataan hudud disebut dalam ayat-ayat yang lain. Sama bukan ?
4. Kenyataan-kenyataan yang anda petik itu, datangnya dari sebran-sebaran atau dakwaan-dakwaan yang tidak pernah dibuktikan. Ianya tersebar melalui internet dan mungkin juga ada yg dipetik luar dari konteks.
5. Spt yg telah saya jawab banyak kali sebelum ini, pindaan terhadap undang-undang sivil memerlukan 2/3 dan sehingga kini orang islam tidak pernah cuku 2/3 dalam parlimen (termasuk pembangkang). Selain daripada itu, didalam Islam tidak bererti perkara pertama yang perlu dilakukan adalah undang-undang hudud. Terdapat banyak perkara dalam Islam yang boleh diutamakan. Membentuk kekuatan ummah misalnya dan banyak lagi.
CHEWAL... macam tu la kan.. kita ambik bulat2 al-quran.. jadi dalam al quran tak tunjuk pon ckp kena semayang 5 waktu... cara die sume mana ada... jadi kita sume tak perlu la semayang lima waktu tu kan...SEBAB AL QURAN TAK SEBUT PON... AL QURAN tak de pon suruh semayang lima waktu kan.... kan... kan... kalau ikut logik chewal kan.. kan..kan..
Saya ambil point yang ini, kerana video itu adalah sebab pada entri blog ini.
"3. Tun menyebut hukum hudud tiada dalam AL-Quran dan seterusnya menerangkan hukuman jenayah termasuk hukuman pencuri. Begitulah juga, dalam Al-Quran tidak disebut hukum hudud, tetapi perkataan hudud disebut dalam ayat-ayat yang lain. Sama bukan ?"
Ini belitan apakah ini?
Kalau for the sake of argument pun, hudud ditafsirkan luar dari konteks jenayah, seperti yang anda sebut di awal post,
"Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4."
ia tidak membezakan pendirian Mahathir tentang hudud. Ingat, DALAM VIDEO BERKENAAN MAHATHIR TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA HUDUD DAN JINAYAT.
Anda sendiri yang pandai-pandai menafsirkan sedemikian.
Mahathir berkata, saya ulang sekali lagi, sebab tendency nak belit ni jelas sangat:
"0:52: "Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Dia tidak terdapat dalam al-Quran".
Secara literal pun, perkataan HUDUD itu memang terdapat dalam a-Quran. Tapi Mahathir kata tak ada. Nak pusing macam mana lagi?
Bagaimana dengan ayat 38 surah Al-Maidah?
@tomskut,
saya dah menjawab kenyataan awak tu dalam jawapan-jawapan komen saya sebelum ini. selamat membaca.
@anon 19:08,
mungkin anda tak faham apa yang saya tulis. sila baca semula dan fahamkannya.
@anon 01:49,
Ayat tersebut menunjukkan hukuman bagi pencuri dan tiada perkataan hudud disebutkan dalam ayat itu. Perkataan hukum hudud yg kita sebut selama ini adalah merujuk gabungan kesemua hukuman yg terdapat dalam Al-Quran dan Hadith, digubal menjadi satu kanun jenayah syariah hudud.
"@anon 19:08,
mungkin anda tak faham apa yang saya tulis. sila baca semula dan fahamkannya."
Saya memang dah agak anda akan beri jawapan semacam ini.
Baiklah, untuk tidak mahu membelit, sila jawab soalan ini. Jawab YA atau TIDAK.
Jangan melencong, jangan membelit, jangan beri tafsiran sendiri, jangan kata orang tak faham.
1. Perkataan HUDUD ada disebut dalam alQuran atau tidak?
2. Mahathir kata HUDUD ada dalam alQuran atau tidak?
Ingat, "0:52: "Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Dia tidak terdapat dalam al-Quran".
@anon 18:31,
1. Perkataan hudud adalah dalam Al-Quran. Saya dah tulis dalam artikel. Sila baca dan fahami.
2. Tun sebut hudud tidak ada dalam AL-Quran dan dibentuk oleh ahli feqah. Ini pun sudah saya tulis dalam artikel. sila baca dan fahami.
dalam setiap tutur kata Tun Dr. Mahathir dalam temubual tersebut, Tun menyebut kesalahan-kesalahan jenayah spt mencuri dan berzina....sebab itu Tun sebut hukum hudud tidak disebut dalam AL-Quran. APabila Tun sebut dibentuk oleh ahli feqah sudah secara terang lagi bersuluh ianya merujuk kepada hukuman-hukuman jenayah.
Sila baca dan fahami. Kalau tidak, anda akan terus salah faham.
"APabila Tun sebut dibentuk oleh ahli feqah sudah secara terang lagi bersuluh ianya merujuk kepada hukuman-hukuman jenayah."
Sekali lagi, ini tafsiran anda. Mengatakan ia 'terang lagi bersuluh" tidak menjadikan ia jelas.
Dalam link tersebut yang anda tidak beri dalam artikel, MAHATHIR TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA HUDUD DAN JINAYAT. Bahagian mana dalam video itu, dan ayat itu yang awak tak faham? Atau buat2 tak faham? Atau nak menegekkan benang basah? Atau memang nak menjadi apologist untuk Mahathir walau apa pun yang dia buat atau cakap?
"Sila baca dan fahami. Kalau tidak, anda akan terus salah faham."
Saya sudah baca, sudah dengar dan sudah faham. Tak perlu menggunakan pendekatan patronizing sebegini. Dan quote Mahathir tentang hudud yang lain itu adalah benar, dan saya masih ingat ketika ia muncul di media perdana. Berhentilah menegakkan benang yang basah.
@anon 12:58,
Dalam video tersebut, Tun M menunjukkan contoh-contoh hukuman jenayah spt mencuri dan berzina. Tiada contoh lain yg dibuat..... Sudah terang lagi bersulu.
sila baca betul-betul dan fahaminya.
Assalamualaikum tuan punya blog.
Soalan mungkin xberkaitan dengan ulasan sebenar blog tp dari sini juga byk yg sy baca n belaja. Sekiranya benda ni dibawah pengetahuan tuan harap dpt membantu utk menjawabnya.
Walaupun dh byk kali rasanya di jawab tp bila makin byk makin sy pening, So sy just nk double confirm dari tuan
Apa yg saya faham daripada perbincangan dan penjelasan, hudud yg dianjurkan oleh PAS adalah tidak adil
Bagaimana sebenarnya Hudud yg adil? harap tuan dpt double confirm benda ni untuk sy yg masih belajar
1) Untuk yg melibatkan kesalahan umum (salah disisi setiap bangsa dan agama mcm mencuri, merompak dll).
- Bermaksud Semua orang akan dihukum dengan undang2 hudud islam tanpa mengira agama pesalah.
2) untuk kesalahan yg melibatkan agama islam sahaja, (cnth mcm zina, minum arak n berjudi)
- bermaksud hukuman cuma utk org islam, sbb org kafir tidak beriman kepada ajaran islam n bg mereka benda tu xsalah?
Selain perkara di atas, apa lagi yg boleh dibuat untuk perlaksanaan hudud yg adil utk semua rakyat berbilang agama?
untuk perkara (2), sekiranya org bukan islam tidak dihukum hudud disebabkan mereka tidak beriman dgn ajaran islam, adakah mereka bebas menjalani kehidupan yg bg mereka itu tidak salah (arak, zina, berjudi) di negara yg mengamalkan hudud. adakah benda2 seperti ini boleh dijual dan diperniagakan oleh mereka tanpa sebarang sekatan?
mohon pencerahan dari tuan, sgt menghargai apa2 balasan dari tuan...
Terima Kasih
@ anon 8 may,
1. bagi kesalahan yang sama(umum) utk semua agama, hukumannya mestilah sama, supaya tidak ada perbezaan hukuman antara bukan islam dengan islam.
2. Bagi kesalahan yg hanya melibatkan org islam, hanya orang islam sahaja yg dihukum. Perkara ini sudah pun di buat di Malaysia iaitu, bagi kesalah seperti berkhalwat dan minum arak, hanya orang islam sahaja di hukum kerana ini adalah hukuman dibawah mahkamah syariah.
3. Didalam Islam, orang bukan islam dibolehkan melakukan perniagaan mengikut agama mereka. Sebgai contoh perniagaan arak. Mereka dibenarkan berniaga setelah diberi lesen dan cukai boleh dikutip dari mereka. Ini samalah dengan apa yang dibuat oleh Khalifah Umar dimana beliau memberi tauliah (lesen) kpd bukan islam untuk berniaga arak dan mengutip cukai dari mereka.
4. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, sekiranya pemahaman mengenai keindahan undang-undang islam ini dapat diterangkan kpd bukan islam dan sekiranya mereka dapat menerima undang-undang islam spt zina, arak dll, ianya adalah lebih baik.
Wallahua'lam.
@CheWal
...ape kate kamu mengenai video dlm link ni...jgn ckp ustaz ni x belajar dlm2 mengenai agama plak ok
http://www.youtube.com/watch?v=yhjtZ3iimNA
Keadilan adalah adil terhadap pesalah dan mangsa..sekadar memberi pandangan sekiranya seseorang itu mencuri dan terbukti,dan org yg dicuri memaafkan,maka wajib orang itu dibebaskan...Berzina pula,sekiranya pelaku itu mengaku barulah dia berhak dihukum..kerana pintu taubat lebih terbuka luas utk mereka..Dan kita harus lah ingat pesanan Allah,jangan membuka aib diri sendiri..kerana Allah Maha Pengampun.Mereka yang menjalankan hukuman yang Adil adalah mukmin..tak semua orang yg digelar islam itu adalah mukmin..dan setiap yg mukmin itu memang seorang muslim..cuba kita terapkan dalam situasi si pesalah dan penghukum,walaupun ada saksi tetapi pesalah tidak mengaku bersalah,adakah adil kita memotong tangannya?..ini satu persoalan yg sama2 kita fikirkan..jika anda orang beriman,adakah anda percaya hukuman & balasan yang akan Allah turunkan sendiri bagi si pelaku??..seorang bapa merotan anaknya,sedangkan anaknya sudah mnjerit meminta ampun,jadi adilkah ayahnya terus merotan lgi dan lgi??dan apa yg saya perhatikan pada ayat2 Allah di dalam Quran yg menyatakan tentang hukum,MashaAllah!pasti di akhir ayat Allah akan berfirman " BERTAUBAT & MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK,HANYA ALLAH SEBAIK-BAIK PEMBERI HUKUM".(lebih kurang begitu,maaf skiranya saya tersalah potong ayat)..Kita boleh ambil kisah Saidina Ali didalam perang,beliau tidak membunuh musuhnya ketika musuhnya tidak bersenjata..begitu adilnya sifat beliau..berbalik dalam isu PAS,jangan hanya kerana tidak menjalankan hudud sewenang2 seseorang itu dilabel menderhaka pada Allah..Hukuman bunuh terhadap orang yang murtad juga tiada dalam Al-Quran..cuba fikirkan bagaimana mereka itu mahu kekal dalam islam sekiranya melihat umat islam sendiri sering bertelagah?lihat sahaja apa yg terjadi di Pakistan,Afganistan..tiada keindahan islam yg dipancarkan melalui umat islam sendiri..saya bersetuju dengan penulis blog bahawa keadilan itu harus kepada semua makhluk Allah..untuk menubuhkan umah muslim yang mukmin kita sepatutnya bersatu dan sentiasa muhasabah diri untuk lebih menjadi umah yang muafakat dan sedar bahawa kita berasal dari TIADA kepada ADA..seperti aktifkan masjid yg disediakan kerajaan,perbanyak kelas agama,tidak hanya kerana menjalankan hukum hudud sahaja seseorang boleh menjadi seorang mukmin sejati..malah Allah lebih mementingkan TAUBAT & sifat MEMAAFKAN..inilah yg saya fikir yang cuba diterapkan oleh Tun M supaya rakyat lebih sedar pada erti islam sebenar,bukan hanya hendak menghukum sahaja.jangan jadikan HUDUD penyebab orang islam di malaysia berpecah dan berparti2..kerajaan kini tidak menolak Rukun Islam..bersyukurlah..
persoalannya , kenapa tun M mengeluarkan kenyataan begitu?adakah tun M tak menyokong perlaksanaan hukum hudud ? ada yang cakap tun M nak terapkan sifat kemaafan dan taubat . tetapi saya melihat di sini hukum hudud menghapuskan dosa pesalahnya . bukankah bagus sebab kita dapat menyelamatkan saudara kita ? alangkah bagusnya jika tun M pada ketika itu menyatakan sokongan kepada perlaksanaan hudud . kerana bagi saya , jika tun M sokong hudud maka peminat2 setia tun M akan turut menyatakan sokongan terhadap hukum ALLAH ini . dan seterusnya dapat membuka hati rakyat untuk menerimanya . alangkah indahnya . dan kerajaan yang tidak melaksanakan hukum ALLAH adala kerajaan yang zalim . jangan kita berpihak kepada kerajaan yang zalim .kita akan berperang sesama sendiri sebab kita tidak laksanakan hukum ALLAH . jangan nak tegakkan benang yang basah . nak dikatakan perlembagaan malaysia seiring dengan ISLAM? oh tidak . bahkan mahkamah syariah di hadkan di bawah akta mahkamah syariah 1965(pindaan 1984) . mahkamah syariah jauh lebih rendah dari mahkamah sivil .
admin tidak perlu membalas perkara yang saya sudah tahu .
@anon 13 May,
azhar idrus bercakap mengenai perkataan hudud sama spt yg saya tulis dalam artikel saya. perkataan hudud memang ada dalam AL-Quran tapi perkataan hudud yg merujuk kpd hukum hudud iaitu jenayah, tidak ada dalam AL-Quran spt yg telah saya jelaskan dalam artikel.
cuba anda tanya azhar idrus, ayat "inilah hudud Allah" yg dia petikk dari Al-Quran itu merujuk kpd perkara apa ? Adakah ianya merujuk kpd hukum jenayah ?
@anon 14 May,
terima kasih diatas pandangan anda.
@anon 16 May,
kenapa Tun M keluarkan kenyataan begitu ? kerana beliau ditanya oleh seoarang peserta pada seminar tersebut. Dan Tun M menjawab mengenai bagaimana hukum jenayah syariah ini digubal/bentuk yg bukannya hanya datang dari AlQuran. Tambahan lagi, Tun M menegur hukum hudud yg digubal oleh PAS kerana tidak berlaku adil sedangkan hukum Allah itu adil.
Adalah salah apabila anda mengatakan kerajaan Malaysia zalim. Kerajaan Malaysia melaksanakan hukum Allah. Malaysia mengharamkan arak dan judi kpd org Islam, ini adalah hukum Allah, adalah satu kesalahan bagi orang islam berkhalwat dan berzina, ini adalah hukum Allah.
Mahkamah syariah adalah setaraf dgn mahkamah sivil selepas pindaan 1984 kerana melalui pindaan tersebut, keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar oleh mahkamah sivil. Kalau mahkamah sivil lebih tinggi, sudah pasti mahkamah sivil boleh mencabar dan mengubah keputusan mahkamah syariah.
Terima kasih kpd Tun M terhadap pindaan yang dilakukan ini.
kpd chewal ,
saya dah dengar sendiri video pasal article ni . 1st of all , ape yang tun m cakap dengan apa yang chewal tulis jauh berbeza sama sekali . disebabkan anda menerangkan mengenai perkataan maka saya balas dengan 'perkataan' . tun m tidak menyebut perkataan hukum hudud tetapi hukum hudud itu sendiri . ini jelas menunjukkan tun m sedang menyatakan salah satu undang2 ISLAM iaitu hudud . apabila ditnya kepada orang ISLAM tentang hukum hudud , majority akan menjawab tentang undang2 ISLAM(hudud) . jadi bagaimana anda boleh memesongkan kenyataan tersebut kepada perkataan pula?hukum hudud jelas dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah .
2nd , tun m menyebut tentang "hukum hudud ini dicipta oleh ahli feqah dan hukumannya sangat keras" , "adilkah mangsa rogol dibunuh ,perogol dilepaskan semata-mata tak ada 4 orang saksi" . adakah undang2 ISLAM keras dan tidak adil?
betulkan saya jika saya salah .
@anon 21 May,
ya, Tun M tidak menyebut `perkataan' tetapi Tun M menyebut `hukum' hudud. dalam AlQuran tidak ada disebut 'hukum hudud', tetapi ada disebut 'hudud Allah'...dan kesemua ayat yang menggunakan perkataan 'hudud' dalam Al-Quran tidak merujuk kpd jenayah syariah. Spt yg anda katakan, Tun M menyebut mengenai hukum jenayah syariah yang diberi label hukum hudud, dimana label hukum hudud ini tidak ditulis dalam AL-Quran. Malah, dalam hukum hudud yang digubal oleh ahli feqah ini turut mengandungi hukuman yang tidak ditulis dalam Al-Quran tapi diambil dari Hadith nabi iaitu seperti hukuman rejam dan beberapa hukuman lain. Ini menunjukkan kanun jenayah shariah hudud ini digubal oleh ahli feqah berdasarkan gabungan hukuman dari Al-Quran dan Hadith.
tetapi tun m juga tidak menyebut tentang hudud ALLAH tetapi hukum hudud . anda tidak menyatakan apa yang tun m katakan . bagaimana pula dengan "adilkah mangsa rogol dibunuh ,perogol dilepaskan semata-mata tak ada 4 orang saksi" yang diungkapkan oleh tun m ?
@anon 21 may,
Betul lah tu, Tun M tidak menyebut hudud Allah sebab hudud Allah memang ada disebut dalam Al-Quran, sebab itulah Tun M menyebut hukum hudud, sebab hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran, ianya dalah label yg diberikan kepada hukuman jenayah yang diambil dari Al-Quran dan Hadith.
kenyataan Tun M mengenai keadilan itu pula merujuk kepada draft/undang2 jenayah syariah yang digubal oleh manusia.. Apabila beliau bercakap mengenai keadilan, walaupun tidak dapat dibawa 4 saksi, perogol atau pesalah zina tersebut masih perlu dihukum dan tak boleh dilepaskan sekiranya ada pembuktian(qarinah) yang lain. Oleh itu, hukuman lain sepatutnya boleh dikenaka keatas perogol atau pesalah zina tersebut.
btol tu...anda tahu mengenai ini tetapi tun m tidak pula menyebut penyelesaiannya malah mempersoalkan keadilannya . anda bagai cube menegakkan benang yang basah . saya tahu anda seorg yang berilmu tinggi tapi jangan guna ilmu anda untuk memesongkan kami . jangan mengadakan sesuatu yang tiada . walauponkita sanjung tun m tapi jangan sehingga perbuatan salah die kita kata betul...=(
@anon 22 may,
memanglah Tun M mempersoalkan keadilan undang-undang hudud yg digubal/draf oleh PAS sebab ianya tidak adil. Sebab itu pada 1993 lagi, Tun M dah menghantar surat mempersoalkan mengenai perkara ini dan sehingga kini tiada jawapan.
saya tidak memesongkan sesiap, saya hanya menulis apa yg berlaku, itu sahaja.
dalam hal ini Tun M tidak ada berbuat salah spt mana yang telah saya terangkan dan jelaskan sejelas-jelasnya dalam artikel dan dalam semua jawapan-jawapan saya.
janganlah anda menegakkan benang yang basah dan menyalahkan orang lain.
Tahniah CheWal!...artikel yang sangat jelas.tetapi ramai juga yang nak mengaitkan nya dengan perkara2 lain yang tak relevan.saya suka dgn cara anda menerangkan hal ini daripada artikel itu sendiri sehinggalah ke komen2 dibawahnya.ramai dikalangan komentar2 yang tidak bersetuju dgn artikel ini hanya kerana mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza.Ketepikan dahulu semua itu dan fahami isi artikel ini,maka kita akan faham.Bagi saya islam adalah itu adalah agama adil.perdebatan yg dikongsi oleh mereka yang tidak menerima fakta didlm artikel ini tidak mengambil kira hak penganut ugama yang lain.jadi,disinilah terjadi nya isu. adalah menjadi cabaran bagi pemimpin2 kita untuk menjalankan hukum hudud lebih lebih lagi di Malaysia ini yang rakyatnya terdiri drpd pelbagai etnik dan agama.banyak aspek lain seperti cara hidup,aspek zaman dan sebagainya perlu diambil kira sebelum perlaksanaan nya.Kita tahu yang Islam itu adalah agama yang mudah dan tidak memaksa2.Tetapi kita tak boleh mengambil mudah atau terlalu ekstreme dlm masa yang sama.klu nak dibincangkan pasal hukuman jenayah,di Malaysia kita ada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.walaupun tak sempurna kerana hukuman yang Maha Adil itu hanyalah dari Allah SWT,tetapi ianya relevan untuk umat Islam di negara kita.Kalau mencuri,merogol,membunuh dihadapkan ke mahkamah civil.Kalau berkhalwat,bercerai,murtad atau terlibat dgn agama sesat,maka dihadapkan ke Mahkamah Syariah.di sini kita dpt lihat bahawa kesalahan yang dilakukan diadili mengikut seksyen atau sistem perundangan yang bersesuaian.jadi kita sudah ada sistem perundangan ini cuma namanya bukanlah Hudud dan hukuman nya tidak seperti Hudud kerana tujuan hudud itu sendiri adalah untuk mengajar.di zaman jahiliah dulu lebih teruk hukuman yang dijalankan oleh pemerintah2 yang jahil antaranya mencuri seketul roti dihukum bunuh.Jadi diantara hukum bunuh dgn potong tangan,yang mana lebih baik?saya tahu ramai yg arif dlm ilmu tafsiran.tapi perlu di ingat,Allah akan menguji kita dari segala sudut,dan tafsiran yang salah adalah salah satu drpdnya hanya kerana kita menerima bulat2 tanpa berlandaskan hadith dan menggunakan akal fikiran.Wallahua'lam...
Tahniah CheWal!...artikel yang sangat jelas.tetapi ramai juga yang nak mengaitkan nya dengan perkara2 lain yang tak relevan.saya suka dgn cara anda menerangkan hal ini daripada artikel itu sendiri sehinggalah ke komen2 dibawahnya.ramai dikalangan komentar2 yang tidak bersetuju dgn artikel ini hanya kerana mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza.Ketepikan dahulu semua itu dan fahami isi artikel ini,maka kita akan faham.Bagi saya islam adalah itu adalah agama adil.perdebatan yg dikongsi oleh mereka yang tidak menerima fakta didlm artikel ini tidak mengambil kira hak penganut ugama yang lain.jadi,disinilah terjadi nya isu. adalah menjadi cabaran bagi pemimpin2 kita untuk menjalankan hukum hudud lebih lebih lagi di Malaysia ini yang rakyatnya terdiri drpd pelbagai etnik dan agama.banyak aspek lain seperti cara hidup,aspek zaman dan sebagainya perlu diambil kira sebelum perlaksanaan nya.Kita tahu yang Islam itu adalah agama yang mudah dan tidak memaksa2.Tetapi kita tak boleh mengambil mudah atau terlalu ekstreme dlm masa yang sama.klu nak dibincangkan pasal hukuman jenayah,di Malaysia kita ada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.walaupun tak sempurna kerana hukuman yang Maha Adil itu hanyalah dari Allah SWT,tetapi ianya relevan untuk umat Islam di negara kita.Kalau mencuri,merogol,membunuh dihadapkan ke mahkamah civil.Kalau berkhalwat,bercerai,murtad atau terlibat dgn agama sesat,maka dihadapkan ke Mahkamah Syariah.di sini kita dpt lihat bahawa kesalahan yang dilakukan diadili mengikut seksyen atau sistem perundangan yang bersesuaian.jadi kita sudah ada sistem perundangan ini cuma namanya bukanlah Hudud dan hukuman nya tidak seperti Hudud kerana tujuan hudud itu sendiri adalah untuk mengajar.di zaman jahiliah dulu lebih teruk hukuman yang dijalankan oleh pemerintah2 yang jahil antaranya mencuri seketul roti dihukum bunuh.Jadi diantara hukum bunuh dgn potong tangan,yang mana lebih baik?saya tahu ramai yg arif dlm ilmu tafsiran.tapi perlu di ingat,Allah akan menguji kita dari segala sudut,dan tafsiran yang salah adalah salah satu drpdnya hanya kerana kita menerima bulat2 tanpa berlandaskan hadith dan menggunakan akal fikiran.Wallahua'lam...
kenapa sudah 50+ thn merdeka masih tidak laksankan undang2 ISLAM sepenuhnya? lukman , anda cuba bagitau yang undang2 kat malaysia ni sudah cukup bagus ke?
@lokman,
terima kasih diatas pandangan anda.
@anon 26 May,
Seperti yang diterangkan sebelum ini, perubahan sesuatu undang-undang bukanlah mudah apatah lagi bila ianya perlu melalui proses di Parlimen. Kalau tak silap saya, perubahan undang-undang sivil memerlukan 2/3 sokongan di parlimen oleh itu sekurang-kurangnya perlu ada 2/3 sokongan ahli parlimen berugama islam (ahli parlimen islam belum pernah mencapai 2/3).
Pada pandangan saya, undang-undang syariah yg terletak di bawah kuasa kerajaan negeri boleh dipinda tanpa sokongan 2/3. Oleh itu, mungkin undang-undang syariah boleh dipinda tetapi, ianya tidak akan merangkumi semua hukuman. Sebagai contoh, hukuman mencuri adalah dibawah undang-undang sivil dan bukannya undang-undang syariah.
Pendekatan yang digunakan oleh pemimpin di Malaysia adalah lebih kepada mengutamakan pembangunan ummah terlebih dahulu. Ummah perlu dikuatkan, kefakiran perlu dijauhkan dan kesejahteraan seluruh rakyat perlu diutamakan. Islam tidak mengatakan undang-undang Hudud perlu dilakukan terlebih dahulu berbanding pembangunan ummah dan negara, oleh itu prioriti boleh diletakkan dalam perlaksanaan sesuatu pendekatan.
Assalamualaikum... Saya faham dengan apa yang Chewal cuba sampaikan... Hukum Allah wajib ditegakkan...
1) Pandangan orang Islam tentang tahap keimanan orang islam dalam Malaysia? Apakah ia menepati standard zaman Rasullullah? Sedangkan orang islam dalam Malaysia pun berpecah belah...
@anon 7 june,
Ya, saya cuba sampaikan priority dalam pembangunan sebuah negara Islam.
Xlok sebenarnya memdebatkan sesuatu jika kita bukan ahlinya..setakat ilmu sebesar kuman,sekadar pengetahuan al Quran senipis bawang kita membicarakan sesuatu yang telah dibincangkan oleh ahli fiqh yang terdahulu..dan telahpon dirumuskan dalm kitab2 mereka..hudud yang dikategorikan oleh ahli fiqh dalam bab2 jinayat wajiblah diterima sebagai stu cabang dalam menjalankan hukum-hukum Allah selain daripada Qisas dan Takzir..
dalam negara yang berbilang kaum dan agama,menjalankan hukuman had kepada umat islam sahaja amatlah sesuai sebagai mukhadimah kepada y belom beragama islam sbagai stu dakwah bil hal dlm menunjukkan keadilan islam dlm menyelesaikan permasalahan jinayat.
@meister exia,
dalam mana-mana aspek perundangan, keadilan perlu ditegakkan. Menghukum dua orang yg didapati bersalah (mencuri sebagai contoh) dengan hukuman yang berbeza adalah tidak adil, oleh itu hukuman untuk kesalahan yg sama perlu adil dan saksama
nota: kenyataan merujuk kepada kesalahan yg merupakan kesalahan universal yg turut diterima agama lain dan tidak merujuk kpd kesalahan yg bukan kesalahan dalam agama lain (contoh: berzina)
try elakkn sebut pkataan PAS atau UMNO utk elak kn kite dri menjurus kearah p0litik...
sy thu tjuk ni berkisar tntg perihal kenyataan tun..mmg benar, sy xnafikn ape yg admin nyatakan..xsalah pn knyataan dr mahathir 2..
tp adakah benar hukum Allah yg disebut dlm AlQuran ini xwajar dpraktis kn??(xde kaitan dgn knyataan Tun, n XDE KAITAN ngn hudud)(sebab dlm Quran xnyatakn secara terang dan nyata hukum ini adalah hudud, s0o take it as Hukum Allah...xperlu kaitkn ngn hudud)
sirah ade berkisar tentang hamba Allah yg dtg kepada baginda Rasulullah dan menyatakan beliau telah berzina..namun baginda memberi beliau peluang utk bertaubat...
namun, saya ulang sekali lg adakah tidak wajar dipraktis kn hukum Allah ni???
rasulullah dan para khalifah semua melaksanakannya...
point sy, kenyataan tun mmg xslah...tp perlaksanaan hukum Allah perihal jenayah zina, curi dsbg ni perlu di tegak kn...namun ape usaha kita dan para pemimpin??
xkesah la negara nk kate hudud xperlu ke, tp bile hukum Allah dlm AlQuran perihal jenyah ni dit0lak, kesal....
zaman rasul sbg pemimpin pn, bkn semua penduduk nya adalah islam, namun perlaksanaan Hukum Allah ini tetap dilaksana kan..kenapa kita xmampu??
fikirkanla....
juz share..bkn genius, mlah bkn amatur pn dlm bab agama ni...juz nk berk0ngsi sekadar yg ada....
yg baik dri Allah swt, yg buruk dri sy, sekian...
Komen yang panjang....
Saya ambil satu point sahaja.
Apa yang dapat saya faham dari komen yang panjang lebar ini ialah, wujudnya ketidakadilan apabila hukuman dilaksanakan sekiranya dua individu yang berbeza agama melakukan kesalahan.
Contohnya, seorang muslim dipotong tangan sekiranya tsabit mencuri dan non muslim tidak dipotong tangan.ini yang menjadi perdebatan wujudnya ketidakadilan.
Saya bagi contoh yang mudah tuan2. Seorang polis wajib dia berkawad kalau ada aturcara rasmi yang perlu kawad.
Orang awam, tak perlulah nak kawad kalau ikut apa2 upacara rasmi. Polis sajalah yang kawad. Takkanlah orang awam yang tak tahu apa2 disuruh kawad.
Macam itu jugalah hukuman hudud. Hudud hanyalah untuk muslim sahaja. Non muslim tak kena, mereka akan dikenakan hukuman ta'zir.
Istimewanya hukum islam. Hukuman yang telah dijalankan di dunia, tidak dijalankan di akhirat. Seorang pencuri, dipotong tangan di dunia, di akhirat kelak terlepaslah hukuman mencuri. Non muslim, ,memanglah x kena hudud, di akhirat kelak nun di neraka, nauzubillah. Adil nya hukum Allah
Minta maaf kawan2, kalau nak komen pasal yang berkenaan, kenalah jadi ahlinya.Bukan ikut sedap otak untuk mentafsir. Akal manusia terbatas. Ilmu Allah maha luas.
Kalau nak komen pertukangan bangunan, biarlah jurutera yang komen. Kalau nak komen makanan, biarlah chef yang komen, begitu juga kalau nak komen hal2 agama, biarlah ahli agama saja yang komen.
Yang bukan ahlinya, tak belajar bahasa arab, nahu, soraf, balaghah, macam2 lagi.tak payahlah nak komen yang bukan2, nanti komen ajaran sesat.
Nak komen pasal agama, belaja dulu basic agama. Belajar bahasa arab, isim, feel, huruf jar, zoraf, dhomir, feel madi, feel mudari', feel amar dan banyak lagi.
Dah ada degree bahasa Arab, degree syariah, degree usuluddin,silakanlah tuan2 berbincang rujuk kitab yang muktabar. Jangan rujuk individu yang bukan ahlinya.
Nabi SAW tidak juga ada degree tetapi ilmu akhirat adalah paling pakar.
Nabi ssaw tidak ada degree tetapi sentiasa mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah . Nabi memang dilahirkan sebagai orang arab dan amat mengetahui tentang nahu sorof. Kita orang Melayu yanng tidak tahu berbahasa dan memahami bahasa arab. sebab tu kena belajar ambik degree, master or phd. jangan samakan kita dengan nabi saw... siapa kita? hanya manusia biasa yang lemah dan bukan ma'sum
Brunei negara islam dah jalankan hukum hudud , Allahuakbar ! Malu rasanya tgk anak muda malaysia sekarang , berpakaian mcm telanjang , bila Malaysia nak jalankan Hudud ?
Brunei negara islam dah jalankan hukum hudud , Allahuakbar ! Malu rasanya tgk anak muda malaysia sekarang , berpakaian mcm telanjang , bila Malaysia nak jalankan Hudud ?
Kalu tidak cukup majoriti, jgn cakap tidak releven la.. Tidak akan dilaksanakan la.. Cakap la kita akan kaji semula hingga masa yg sesuai. Kita akan menyoalkan pandangan. Ni ditolak mentah mentah. Kalau kata hudud yg dicadangkan pas itu tidak adil, jadi laksanakan undang2 yg adil berdasarkan al quran. Sebab Allah sudah terang menjelaskan bagaimana nak menjalankan hukulan di dalam al quran. Kenapa kita tidak mahu mengikut al quran. Bukankah kita tidak mahu sesat. Dan jaminan tidak mahu sesat ialah berpegang pada al quran dan as sunnah. Adakah sekarang undangw di malaysia mengikut al quran. Mencuri dipotong tangan, berzina disebat. Jawapannya belum, jadi kita masih tidak mengikut al quran yg menjamin supaya tidak sesat.
Hukum potong tangan adalah hukum di dalam al quran, menolak hukum ini menolak alquran. Hukum hudud untuk mencegah. Kalau dah seorang dipotonv tangan, ada lagi ka orang yg berani mencuri. Dan juga ianya tidak sewenang wenangnya dipotong tangan. Akan ada perbicaraan. Adakah mencuri kerana lapar atau sebagainya. Ini semua kita tidak perlu fikir, itu semua kerja pakar undang2 islam. Kita hanya perlu meyakini bahawa kandungan al quran itu benar dan apa yg dinyatakan dalam al quran itu adalah yg terbaik untuk kita amalkan.
Biarlah dia nak berdoa
Dok sibuk pas bercanggah.. Kerajaan sekarang tolak mentah mentah. Dah bercanggah, duduk semeja berbincang jgn ditolak mentah mentah. "PM says no hudud". Ok sekarang kita jangan cakap hudud. Kita cakap hukum al Quran. Kenapa tak laksanakan?
Hihi. Dr tadi dok ketawa baca ulasan anda. Baik anda yg mengaji balik, buka semua buku, baca al-quran hari2, yg penting solat jgn tinggal tau.. nak al-quran terjemahan pun ada jual..hadis2 tu semua baca ye..kita ni dah akhir zaman.. beruntunglah untuk org2 yg berfikir dan beriman. Semoga Allah tunjukkan jalan. Al-fatihah..
Hi saudara, bukan nak sokong siapa2, tapi chewal dh terangkan dia hanya mengulangi apa yg pernah dikatakan oleh hj awang hadi dan memberi alasannya sekali, sekian
Sudah terang lagi bersuluh.
Mahathir kata "hukum hudud ini dibentuk oleh ahli2 feqah.Dia tidak terdapat dalam Al-Quran".sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=szkfTIctTF8
Beliau tidak merujuk pada perkataan "hudud" tapi HUKUM HUDUD itu sendiri.jika beliau rujuk kepada perkataan hudud itu sendiri pon, ucapan dia dah salah dan jahil.
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Jika sekiranya ucapan2 yg seperti Mahathir ulas datang dari kalangan mereka2 yg tidak berpengaruh, sapa yg ambil peduli. Salah tetap salah, but who cares? Tetapi Mahathir adelah bekas PM Malaysia. Jika terdengar pada orang2 yg jahil agama, boleh jadi ikutan dan amalan. Meresap ke sanubari. Betapa besarnya dosa kita mengajar sesuatu ke arah kemunafikan.
Sebagai umat Islam, kita tak boleh benarkan sesiapa mempersendakan hukum Allah. Boleh gugur akidah dan sesat. Boleh jadi murtad. Ini termaktub dalam banyak hadis2 Nabi yg sahih.
Manusia ni banyak kelemahan. Inilah akibat daripada lama memerintah, bila dipuja dan disanjung selalu, manusia cepat jadi takbur dan bongkak. Contohnya mcm firaun di zaman Nabi Musa dulu.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera -
“perlaksanaan hukuman hudud tidak wajar dilaksanakan melainkan apabila kita telah melaksanakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai murni, kita perlu bangunkan masyarakat yang menghayati Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan hukuman hudud”.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera -
“perlaksanaan hukuman hudud tidak wajar dilaksanakan melainkan apabila kita telah melaksanakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai murni, kita perlu bangunkan masyarakat yang menghayati Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan hukuman hudud”.
Apabila al Quran tidak memfokuskan HUDUD hanya sebagai bentuk hukuman bagi sesuatu kesalahan,kita tak boleh menghukum mana-mana pihak yang tidak melaksanakan hukuman hudud sebagai kafir kerana masih ada lagi bentuk hukuman lain iaitu ta'zeer.
Al Quran menyatakan.. hukuman mengikut landasan dan syariat islam..
Ulamak2 Fiqah menamakan sebagai Hukum Hudud..
Al Quran menyatakan.. hukuman mengikut landasan dan syariat islam..
Ulamak2 Fiqah menamakan sebagai Hukum Hudud..
Saya setuju dengan pendapat CheWal. Saya juga sebelum ini tidak berani mengomen pasal HUDUD ni. Tapi bila saya baca Quran, belajar terjemahannya dan tafsir tafaquhnya barulah saya memahami makna "HUDUD".
Memang benar hudud adalah perkataan dari bahasa Arab dan bersifat kata jamak dari perkataan had. lihat tafsir quran hudud itu diterjemahkan sebagai peraturan-peraturan ataupun had-had ataupun batasan-batasan. Perkataan hudud dalah Quran biasanya disebut dengan nama Allah dibelakangnya yang membawa maksud peraturan-peraturan Allah.
Maka ayat-ayat yang menyebut perkataan hudud ini jika dilihat BUKANLAH SAHAJA/SEMATA-MATA akan undang-undang/peraturan jenayah seperti banyak pendapat. Perkataan hudud dalam surah An-Nisa merujuk kepada peraturan ataupun hukum pembahagian harta pusaka. Perkataan hudud yang banyak disebutkan dalam Al-Baqarah ayat 230 merujuk kepada hukum berkenaan perkahwinan.
Jadi kenapa mahu menyebut "hukum hudud"? Sedangkan hudud itu maknanya adalah peraturan-peraturan dan hukum juga adalah peraturan-peraturan...apakah yang mahu dikatakan. Dari segi bahasa sendiri saja kita telah salah mentafsirkan dua perkataan arab (hudud) dan bahasa melayu (hukum). Kenapa tidak dikatakan hukum jenayah syariah atau Kanun jenayah syariah.
Kalau mahu mengatakan hukum Allah dalam bahasa arab maka sebutlah hududullah (contohnya seperti yang disebutkan dalah Quran - An Nisa ayat 13) Itupun berkenaan pembahagian harta pusaka, bukannya jenayah seperti membunuh ataupun kes zina.
Janganlah kita menyempitkan fikiran kita dengan sesuatu perkara terutamanya tentang hukum dan kalam Allah tanpa mengkajinya.
Kepada masyarakat yang menyokong Brunei dan golongan berpendapat logik mengecualikan hukuman zina oleh orang bukan Islam juga harus mengetahui juga peruntukan "hudud"yang Brunei laksanakan. Saya lampirkan kanun hudud yang tertulis dalam perkara 3 dan 4 kepada penzina oleh Brunei:
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
وقال النبي محمد صلى يجب أن تحترم مسلم لا يطبق القانون غير مسلم والحدية عليها على أساس مسلم ولكن على أساس القانون العام.
Selamat sejahtera ke atas kamu,
Semua bijak bijak pandai sedang berdebat.
Masing masing membentangkan hujah.
Saya ini kerdil.
Namun ini lah pandangan kerdil saya yang tak seberapa.
Kenapa perlu difaktakan difaktikan?
Al Quran itu kan dari Allah.
Akhir zaman makin ramai yang berbelit simpul mempertikaikan dan mempersoalkan.mengupas untuk penerangan atau kegelapan?
Jika ahli ilmuwan tak mengapa juga.belajar pada bidang khas dalam isu ini lebih tepat membahaskan.
Bukan tembak sesiapa.tapi agak terkilan.
Bukankah ada cara perlaksanaan hukuman hudud itu.
Bukankah menjadi contoh supaya akan membuatkan hambaNya taat pada Allah.
Takut melakukan jenayah dan secara tak langsung akan taat.
Keburukan internet ini adalah terlalu ramai yang bercakap bukan ahlinya.
Geleng kepala
Salam Mohd Ali,apa kelayakan untuk menjadi ahli?
@CheWal, do l sense a dollop/tinge of arrogance in response to @eddin
I won't argue the content of your article but l'll say that your so call logical argument is nothing short of the arrogance of a half-baked scholar.
You only allowed what was uttered by certain individuals and your 'literal' translation of the Quran to argue and defend your case and then you conclude, with air of scholastic arrogance that your conclusion should not be construed any other way.
A friendly reminder, Allah knows what your intention is and accordingly you wrote the article. You're responsible for it.
@chewal, saya nak tanya, tuan sampaikan benda ni berpandukan sumber dari kitab mana - mana ataupun hanya kajian daripada tuan sendiri?
kalau daripada kajian kitab-kitab, sy nak senarai kitab-kitab tersebut. sy suka mengkaji. tiada tujuan untuk menjatuhkan pihak tuan.
Moga Allah merahmati, memberkati dan memberi kita KURNIA.
SILA lah pula baca tulisan saya -
http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/05/hudud-vs-hukuman.html?m=0
Maliki yaumid deen bermaksud 'raja hari pembalasan'. Yaum ad-deen adalah salah satu nama hari kiamat di mana yaum bermaksud hari. Tolong translate dengan tepat dan benar. Moga Allah mendorong kita ke jalan kebenaran
Dah nama hudud untuk org Islam, kenapa nk sibuk plak psl agama lain? Lakum deenukum waliyadeen! Diorang punya agama diorang punya pasal la. Kita yg beragama Islam ni buat la cara Islam. Mmg jenayah kita x dpt cegah sepenuhnya, tapi kita boleh pastikan yg BKN ORG ISLAM YG BUAT JENAYAH. Dengan cara apa? Cara hudud la. Buat nk sibuk psl diorang? Kalau mcm tu, kenapa org bukan Islam suka bersedekah, buat kebaikan sama mcm org Islam, tapi x masuk syurga juga? Xkn nk kata Allah x adil juga??? Padahal dua2 buat amalan yg sama. Kalau nk pertikaikan kenapa org bkn islam x kena hudud, kenapa x pertikaikan kenapa org bkn islam x perlu solat, X perlu byr zakat, Padahal ia juga merupakan perintah Allah? X adil la mcm tu org islam kena solat, org bkn islam x perlu solat? X pyh peduli la apa pandangan org ttg hudud, tpi pedulilah apa yg Allah perintahkan. Allah Tuhan ka Tun (xnk sebut nama) tu tuhan?? Dan siapa lebih mengetahui dan bijaksana? Ni ka akibatnya kalau mengaji al-quran tanpa guru. Xyh nk buat pandai, dh mmg kita x reti mengaji quran dgn sendiri. Para sahabat sendiri pon berguru dgn rasulullah saw.
Sah sah la salah. Sbb tu ada org yg lebih berilmu drpd Tun M berhujah kat sini agar penerangan yg sbnr dpt disampaikan kpd semua. Afa la ta'qilun??
Bkn negara Islam namanya kalau perlembagaan negara x berlandaskan al-quran dan sunnah. Title 'negara islam' bkn terletak pd brapa byk org islam dlm sesebuah negara, tetapi perlakasanaan syariat mengikut al-quran dan as sunnah. Betul kan?
http://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs lihat vide nie.. jwpan dari UFB tentang Tun pasal HUDUD.. lihat n cmmd
tengok botul2
nabi ckp,klu anakku siti fatimah moncuri,aku sondiri akan potong tangannya.nabi ckptu,arahan dari mano tu?hukuman tk potong tangan,arahan dari mano?.klu hukuman ciptaan manusio,tk guno diikutkn doh.(tok amid)
Alquran petunjuk.Hadist itu pesan.Tk selesai klu berpandu pd petunjuk klu tk berpandu pd pesan./sheikh Alfalaq/
Memang tidak ada. Yang ada hanya Hukum Allah (حُدودُ اللَّهِ). Namun kalau dalam hadis riwayat para jin dan manusia jahil, memang banyak sekali hingga terbitnya kitab al-hudud yang sememangnya bukan dari Allah.
Orang orang Islam hari ini telah menjadikan agama mereka itu seperti pendewaan. Para Ulamak ataupun cendekiawan Islam, telah banyak mencampurkan undang undang yang bercanggahan dengan Quran, mengharamkan sesuatu, pakaian, cara pemakanan dan juga mereka mempraktikkan agama yang tidak diautoriskan oleh Allah.
Mereka mengikuti pujaan pujaan yang mendekrikan undang undang agama untuk mereka yang tidak pernah diberikan autoriti oleh Allah. Jika tidak kerana keputusan yang telah ditetapkan, mereka tentunya akan diadili dengan segera. Sesungguhnya, orang orang yang melampaui batas telah dikenakan hukuman yang amat menyakitkan. (42:21)
Salam semua,
Hukum jenayah ada disebut dlm Al Quran. Cuma tak di pakai nama Hudud.
Setau saya ada perbezaan hukum Allah yg terdahulu spt didlm Taurat Dan Injil. Contohnya hukum ttg minum arak.Juga ada yg beri contoh sepatutnya Siti Maryam sepatutnya dihukum 'hudud' berdasarkan Taurat krn mengandung tanpa suami.Tapi, sbg org Islam kita terima ianya sbg mukjizat Allah. Juga bagaimana dikira hukuman membunuh kanak2 ketika pelayaran Musa bersama Khidir.
Juga berdasarkan hadis ttg hukuman rejam kpd yahudi yg berzina, antara kesimpulan yg boleh dibuat
1.Hukuman berdasarkan hukum agama masing2 krn Nabi Muhammad saw bertanya hukuman ikut Taurat.
2.Satu lagi pandangan, jika hukum zina kpd muslim rejam, hukuman yg sama perlu dilaksanakan keatas bukan muslim. Ini merangkumi perzinaan antara org Islam bersama bukan Islam.
P/S: Apakah niat tujuannya Yahudi tersebut dtg berjumpa Nabi.Dia beragama Yahudi Dan bukannya seorg Islam.
Menyimpang sedikit, bagaimana pula hukuman keatas mrk yg melakukan sihir(syirik)?Bagaimana nak membuktikannya? Ada terbaca Ali menghukum bunuh keatas penyihir Dan dimaaklumkan kpd Abbas dan Abbas tak bersetuju dgn hukuman beliau.
Menyimpang lagi, ada terbaca ttg seorg fakir yg dtg kpd Nabi Muhammad saw dan berkata celakalah dirinya krn telah bersetubuh dgn isterinya di siang hati di bulan puasa. Ceritanya akhirnya Nabi memberi sedikit Tamar kpd fakir tersebut utk diberi makan kpd keluarganya. Bukan di suruh wajib puasa 2 bulan berturut2 atau beri fakir miskin makan.
Saya ada diberitau Ada satu kisah seorg lelaki yg Dah berkahwin dtg kpd Nabi Mohammad saw
Dan mengaku berzina Dan minta dihukum rejam. Nabi bertanya betul ke atau kamu seorg yg gila. Setelah bbrp Kali, lelaki tersebut kata dia masih waras Dan Nabi membawa dia ke masjid Dan bertanya kpd sahabat. Sahabat bersetuju supaya dia direjam Dan dibawa ketengah Padang. Sebaik saja Batu yg pertama mengenai kepalanya, dia melarikan diri krn ketakutan. Hal ini diberitau kpd Nabi Dan Nabi kata biarkan saja dia lari.
Saya Ada Baca ttg seorg sahabat yg pergi berperang Dan membunuh lawannya yg kalah Dan mengaku Islam sebaik sahaja pedangnya dijatuhkan.Sahabat tersebut terus menikam mati lelaki tersebut Dan hal INI dibawa kpd Nabi. Nabi Sgt murka kpd sahabat tersebut krn telah membunuh seorg 'Islam'.
Salam,
Semasa zaman keagungan Islam Abbasiyah Dan Ummaiyah Juga Osmaniyyah Ada tak pelembagaan Islam yg boleh dirujuk Dan Juga hukum kanun jenayah yg diamalkan?Berapa ramai anggaran mrk yg dihukum bunuh, potong tangan , direjam Dan sbgnya?
Semoga yg berpusing pusing ayat dlm alam maya ni sudah bersedia secukupnya berhujah di alam barzah dan di hadapan ALlah atas segala suruhan yg jelas tercatat dlm alQuran...
the term hudud refers only to the punishment in the ai quran pls read the decipher of al quran by scholar Abdullah yusof ali and marmaduke pickthall pls do not believe Malaysia partai pas wahabi religion Indonesia partai muhammadyah wahabi religion Somalia al shabab wahabi religion Nigeria bokoharam wahabi religion the punishment of hudud refers only to the al quran the hadeeth books are writeen 200 years after hijrah and they may be contaminated because they are printed by the wahabi religion and not the islam religion
Komen semua pandai...tanye ulama kn sng...tu la manusia...klu bab politik bab agama dia la hbat...tp cbe suh jd imam smua xbrni
Penguasa hari pembalasan yang sebetul nya...
bahayanya pemikiran macam ni..
kemukakan ayat quran dan kemudian buat penafsiran sendiri tanpa perlu rujuk kepada alim..
akhirnya mereka faham agama dengan fahaman sendiri..dan pembaca pun menjadi keliru..maka hilanglah izzah islam asal seperti yang dibawa oleh baginda dan sahabat..
orang2 macam ni sesat dan menyesatkan..
Chewal ni kata perkataan hudud xda dlm quran..
Baca alquran dari mula sampe habis 30 juz.. sampe jumpa.. " tilka hududulah..." itulah batas2 hukum dan penalti di titahkan Allah....
Tak faham tujuan Al Quran pd ummah Muhammad s,a.w nk sembang .. walaupun quran ada crita kisah purba undang bani israil.. ingat ia di kode kan dlm quran.. khitabul alar rasul ..yakni khitabu alan nas.. annas zaman quran tu kita la smua ummat manusia..quran tu satu jilid je ..smua mau crita detailka.. cmtu pun ...majoriti tak baca..nak plak quran jelaskan smua prkara detail brjilid2 ..tobat lahum xbaca..
Hukum hudud wajib dilaksanakan utk org beragama islam..jgn peduli samaada universe@universal ke..bab zina nak ikut agama masing2 pulak ye..adil ke??? bab curi semua agama guna hukuman yg sama, bab zina pulak guna hukuman berbeza..siapa punya arahan utk sama dan beza2kan semua tu ye? Pastu mengaku hudud itu wajib dilaksanakan..tapi pulak nak kena majoriti 2/3 di parlimen...pening2..drp satu aspek nak ikut Quran, drp satu aspek nak ikut universal, drp 1 aspek nk kena dapat majoriti 2/3...hmmm...jawapannya memang tak la kan..haha...Astagfirullah Hal Azim..Ya Allah, tunjukkan jalanMu yg sebenar...aamiin
Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)
Saya berpendapat selagi melayu muslim di malaysia masih berfantasi dari membaca, percayai auta yang disangka fakta dan terus hidup berkepalsuan dari kebenaran selagi itulah mereka gagal memajukan kehidupan mereka baik dari segi agama politik budaya ekonomi dan kehidupan dalam sebuah negara.
Moga Allah buka minda mereka yang masih bersuperficiality dan hidup penuh hipokrit.
Chewal...teruskan berbicara factually and in truths agar memudah melayu muslim ini berfikiran secara ilmiah dan rasional....wallahuaklam.
Negara Islam cuma harus ada satu sahaja di dunia ini, mencontohi sistem Madinah yg menyatukan Mesir, Yaman, Syam, Iraq dan sbgnya. Pusat negara islam disebut "Khilafah", dan pemerintahnya disebut "Khalifah". Dan sistem "Umarak dan Ulamak". BUKAN ORANG AWAM. Dan Banyak diterangkan, dan dijelaskan dalam hadis2 Nabi Muhammad S.A.W.
Post a Comment