1. Keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar mengejutkan banyak pihak terutama kepada mereka yang mengikuti secara teliti keseluruhan proses perbicaraan.
2. Kepada mereka yang mengikuti perbicaraan akan mengetahui bahawa pihak pendakwa telah menyediakan kes yang kukuh dari segala aspek. Pihak pembelaan pula dilihat seperti tidak bersedia dan tidak berjaya membuat pembelaan yang kukuh. Proses pembelaan yg diketuai peguam bela begitu longgar dan penuh dengan pelbagai keraguan.
3. Apa yang menarik adalah sikap dan ketenangan yang ditunjukkan oleh Saiful Bukhari, mangsa liwat. Beliau begitu tabah, tenang dan tetap istiqamah dalam keyakinan beliau kepada kuasa Allah dalam menentukan qada' dan qadar terhadap setiap satu perkara yang berlaku di muka bumi ini. Semenjak dari mula lagi beliau telah menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Dan kini walaupun beliau gagal mendapat pembelaan yg diharapkan, beliau masih berserah dan redha dengan ketentuan Illahi. Dibawah ini adalah petikan dari blog beliau :-
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.
Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.
Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.
Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.
Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.
Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Kepada Allah saya berserah.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN
4. Membaca tulisan Saiful menunjukkan beliau adalah seorang yang tabah.
5. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia yang terhad. Perancangan Allah adalah lebih hebat dan mengatasi segala-galanya.
No comments:
Post a Comment