January 09, 2012

Liwat II: the devil is in the details

1. Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskzn dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

2. Kenyataan hakim ini adalah berdasarkan kepada hanya dua alasan berikut :-

a. Mahkamah tidak dapat memasrikan 100% bahawa DNA dalam kes ini tidak tercemar.

b. Oleh kerana bukti DNA tidak boleh digunakan kerana tidak dapat kepastian 100% ianya tidak tercemar, mahkamah cuma ada kenyataan dari Saiful sahaja dan kenyataan Saiful sahaja tidak cukup untuk mensabitkan kesalahan.

3. Sebagai seorang yang sentiasa percaya kepada sistem keadilan di Malaysia dari dahulu sampai sekarang, saya akur dengan keputusan mahkamah. Saya tidak pernah, menyatakan bahawa mahkamah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu kerana adalah menyalahi bagi saya untuk membuat tuduhan prasangka dan fitnah. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan bahawa mahkamah tidak dikawal oleh sesiapa dan ianya bergantu g sepenuhnya kepada proses perbicaraan dan budi bicara hakim.

4. Walaubagaimanapun, dalam sebarang isu dan kes, perkarang yang penting adalah mengetahui dan memahami keputusan secara terperinci dan bukannya melalui kesimpulan semata-mata. Seperti pepatah inggeris : "the devil is in the details", kita perlu meneliti, menganalisi dan berfikir dengan terperinci keseluruhan keputusan.

5. Oleh itu, blog ini masih menunggu kenyataan hakim yang penuh. Agak menghairankan apabila hakim tidak membacakan keseluruhan keputusan penghakiman dan hanya menyampaikan keputusan sahaja. Walaubagaimanapun, sudah pasti kenyataan penuh penghakiman akan diperolehi kemudian.

6. Merujuk kepada alasan menolak DNA, ini berkemungkinan boleh memberi implikasi yang merbahaya kepada kes salah laku seksual selepas ini. Keputusan kes liwat II ini boleh dijadikan panduan bagi kes-kes salah laku seksual akan datang untuk menolak bukti dna. Ini akan menyebabkan mangsa salah laku seksual akan takut untuk membuat aduan.

7. Adakah mahkamah perlukan kepastian 100% bahawa dna tidak tercemar baru boleh menerima bukti dna?  Bukankah sekiranya dna yang diambil dari mangsa sepadan dengan dna pemangsa, ini bermakna dna pemangsa ada didalam mangsa? Walaupun dna itu telah tercemar, bukankah padanan telah dibuat dan ianya telah dibuktikan sepadan melebihi keraguan berdasarkan teori dna? Bukankah apa yang penting adalah padanan dna yg terdapat di badan mangsa? dan mengapakah sekiranya dna itu tercemar ianya tidak boleh terima sedangkan ianya dapat membuktikan sepadanan dengan dna pemangsa?

8. Tidakkah mahkamah boleh merujuk kepada kes-kes lain dimana pembuktian dna diterima walaupun dna itu diuji selepas bertahun-tahun? Bukankah sekiranya dna itu diuji selepas bertahun-tahun, ianya akan lebih tercemar dan mengapakah dna seperti ini masih boleh diterima oleh mahkamah yg lain?

9. Banyak persoalan dan mungkin dengan membaca kenyataan penuh penghakiman, jawapan boleh didapati. Apapun, Saiful masih mempunyai peluang untuk mencabar keputusan mahkamah ini dengan membawanya kepadz mahkamah rayuan.

No comments: