November 16, 2011

PPSMI: Bukan untuk Bahasa Inggeris


1. Blog ini telah beberapa kali menulis mengenai PPSMI. Semejak isu ini bermula dan hangat diperkatakan pada tahun 2007/2008, blog ini sentiasa memberi penjelasan mengenai dasar yang sering disalah faham ini.

2. Selain daripada blog ini, terdapat juga beberapa kenyataan yg dibuat oleh mereka yang faham mengenai dasar ini yang menjelaskan objektif dasar PPSMI.

3. Tun Dr. mahathir, pencetus idea PPSMI ini juga telah banyak kali memberi penjelasan. Artikel terbaru blog chedet sekali lagi menjelaskan apa sebenarnya yg ingin dicapai melalui PPSMI. Entah berapa kali perkara ini dijelaskan.

4. Malangnya sehingga ke hari ini, masih terdapat sebilangan masyarakat yang tersalah anggap dan tidak memahami dasar ini.

5. Malah mereka dikalangan jemaah menteri juga masih ada yang tidak faham mengenai dasar ini. Sehingga kini masih ada menteri yang mengaitkan dasar PPSMI ini dengan penguasaan bahasa inggeris.

6. Bagi menteri-menteri ini, mereka beranggapan bahawa dasar ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris sehingga mereka merangka polisi baru untuk menggantikan PPSMI dengan hasrat memperkasakan bahasa Inggeris.

7. Kementerian Pelajaran merangka dasar MBMMB(Mengutamakan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris) untuk menggantikan PPSMI. Ini jelas menunjukkan Kementerian Pelajaran juga tersalah faham mengenai PPSMI!!. Apabila dasar untuk memperkasakan bahasa inggeris diwujudkan untuk menggantikan PPSMI, mereka bermaksud PPSMI adalah untuk bahasa inggeris.

8. Bagaimana menteri-menteri yang pernah berada dalam kabinet semasa Tun Dr. Mahathir mencetuskan idea ini boleh membuat kesilapan asas yang sangat besar? Akibat daripada kesilapan besar ini, yang menjadi mangsa adalah pelajar sekolah. Akibat daripada kesilapan mereka, usaha untuk melihat anak bangsa menjadi bangsa pencipta mungkin akan menemui kegagalan. Semuanya berpunca dari kegagalan untuk memahami konsep asas dasar PPSMI.

9. Sekali lagi blog ini menekankan bahawa dasar PPSMI BUKANLAH untuk memperkasa atau menguasai bahasa inggeris. Dasar PPSMI adalah untuk pelajar memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris supaya memudahkan mereka menguasai matapelajaran sains dan kejuruteraan semasa di peringkat tinggi(universiti/kolej).

10. Blog ini berpendapat adalah satu kerugian bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat menggunakan PPSMI. Semoga generasi akan datang mampu mengharungi cabaran yang lebih kuat akibat daripada perkembangan pesat dunia sains dan teknologi yang berubah setiap saat.

4 comments:

Politicalamity9 said...

macam biasa.. org kita mudah melatah. org kita mudah 'percaya' pada berita... sebab tu lah agaknya Mahsuri jadi lagenda :D

INVINCIBLE ASIA said...

Sorry to divert the issue.

Your so called English master corrector (kamalzack @kamalzack) in ''helenang'' commentary column is hancuslah.


Go back and see... hahaha... I corrected him on his beautiful English.

CheWal said...

@Politicalamity9,

Agreed. Itu masalah besar orang kita yg mudah percaya dan terpedaya dengan berita...tanpa mahu berfikir dahulu.

Ataupun, memang itu lumrah manusia seluruhnya?

@invincible asia,

Thanks. I've read your reply to kamalzack.

Mohd Fazli bin Abdullah said...

Apakah anda fikir kami penentang PPSMI tidak pentingkan Sains dan Matematik? Kami juga mendukung pemantapan sains dan matematik untuk memacu pembangunan negara ke arah yang lebih baik. Malah, semua negara dalam dunia ini menginginkan warganya cekap dalam kedua subjek itu untuk kepentingan pembangunan masing-masing. Di antaranya ialah negara-negara yang tidak berbahasa Ingggeris. Jadi saya ingin tanya anda, bahasa apa yang dipakai untuk mengajar sains dan matematik?
Jepun jadi kuasa dunia sebelah timur setelah mengkaji ilmu yang datang dari barat. Mereka memaksa warganya belajar bahasa-bahasa barat terutama bahasa Inggeri supaya ilmu-ilmu yang ada di barat dapat diterjemahkan ke dalam bahasanya. Anda nampak? mereka hanya belajar bahasa Inggeris untuk dapatkan ilmu, bukan belajar ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini terbalik dengan dasar PPSMI.
Malawi baru tukar bahasa rasmi negaranya dari bahasa Inggeris ke bahasa Chichewa setelah tersedar bertahun-tahun gagal membangun bangsa dan negara melalui bahasa yang mereka anggap lebih maju. Chichewa ialah bahasa pertuturan majoriti warga Malawi yang selama ini dianggap bahasa kelas bawah.
Bahasa Swahili perlahan-lahan gantikan bahasa Inggeris di universiti-universiti Tanzania bila kerajaan negara itu menetapkan Bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sebelum ini, Tanzania juga memakai pengantar bahasa Inggeris.
Filipina, negara yang juga jadikan pengantar bahasa Inggris di sekolah sejak beberapa tahun telah kembali memakai bahasa Tagalog dalam banyak urusan sebagai tanda jatidiri dan lambang nasionalisme pada negara.
Papua New Guinea mulai ubah sistem pendidikan negaranya dari dua peringkat ke tiga peringkat gara-gara kegagalan sistem sediaada. Sebelum ini semua peringkat pendidikan di sana gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kini mereka perkenalkan peringkat persekolahan awal yang memakai bahasa Tok Pisin. Dua peringkat seterusnya kekal berbahasa Inggeris.
Timor Leste yang jadikan bahasa Portugis sebagai bahasa pengantar, mula perkenalkan sistem pendidikan berbahasa ibunda selepas kajian keatas negara-negara yang memakai bahasa asing didapati gagal.
Kajian badan pendidikan dunia, Trand in Mathematic and Sciense Study (TIMSS) 2011, dapati kecekapan pelajar Malaysia dalam dua subjek itu telah menurun. Malah prestasi Malaysia jauh lebih buruk berbanding Thailand dan Indonesia. Selama ini kita tertipu dengan skor di peringkat PMR dan SPM yang kononnya meningkat, rupanya standard kelulusan Malaysia untuk yang diturunkan.
Apakah rasional sebenar PPSMI bila beberapa kajian terhadap ilmu yang disampaikan melalui bahasa asing didapati gagal. Jika didapati banyak bahan rujukan peringkat pendidikan tinggi di Malaysia berbahasa Inggeris, bagaimana dengan negara lain? Kenapa mereka tidak kalut menginggeriskan sistem pendidikan mereka. Jika mereka berhasil terjemahkan bahan rujukan itu ke dalam bahasa mereka, kenapa kita tidak?
Kajian PAGE kononnya PPSMI disokong majoriti ibubapa, gagal dibentangkan melalui laporan yang rinci. Apakah PAGE ada nyata bagaimana sample diambil dalam merumus kajiannya? Adakah sample diambil hanya tertumpu di kawasan bandar dan sekitar?. Bagaimana soalan kajiselidik dikemukakan? Apakah soalan sudah diolah sedemikian rupa hingga pengaruhi pilihan jawapan.
Cuba lihat Bahasa Melayu ketika ini. Bahasa nasional kita rupanya tak mendapat tempat dalam banyak hal. Lihatlah berapa banyak bahan berbahasa Melayu yang ada di kedai-kedai buku ternama, jumlahnya jauh kurang berbanding bahan bahasa Inggeris, malah tertinggal dari bahan bahasa Cina. Lihat juga risalah perbankan dan perumahan, bahasa Melayu tak mendapat tempat. Inikah yang dinamakan bahasa nasional? Dengan keadaan yang selemah ini, apa akan jadi bila pendidikan kita diinggeriskan. Bahasa Melayu hanya akan jadi bahasa nasional di atas kertas.