1. Memandangkan isu mengenai PPSMI ini kembali rancak, maka disini saya ingin keluarkan semula satu artikel yang pernah saya tulis pada tahun 2008 mengenai PPSMI.
2. Artikel ini adalah mengenai FAQ (frequently asked question) ataupun soalan-soalan lazim. Ini amat penting kerana sehingga ke hari ini masih ramai yang salah faham dan tidak tahu objektif utama PPSMI. Malah ada dikalangan menteri kabinet sendiri yang tidak faham mengenai PPSMI.
3. Ramai yang membangkang PPSMI mengatakan bahawa PPSMI bukanlah cara untuk memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah Timbalan Menteri Pendidikan pun berkata demikian. Ini adalah kenyataan yang bercanggah. Sebab, PPSMI sememangnya bukan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris. PPSMI adalah untuk pengajaran sains dan matematik agar apabila pelajar-pelajar ini melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (kolej/universiti), mereka tiada masalah untuk memahami konsep fundamental dalam sains dan kejuruteraan yang dibaca melalui buku-buku teks dan journal-journal.
4. Dibawah ini ditulis kembali jawapan-jawapan mengenai PPSMI. Kesemua persoalan termasuk persoalan mengenai pelajar-pelajar di luar bandar dan mengenai bagaimana negara jepun dan jerman tidak memerlukan bahasa inggeris di jawab :-

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris untuk digunakan semasa mereka melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi. Ketika di peringkat tinggi, mereka tiada masalah untuk memahami artikel berbentuk teknikal dalam journal-journal antarabangsa yang 100% menggunakan Bahasa Inggeris.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal. Ini adalah kesan sampingan. TETAPI, PPSMI bukan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Untuk menguasai Bahasa Inggeris, matapelajaran Bahasa Inggeris diperlukan.
2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).
3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.
4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.
5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.
Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.
6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.
Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.
Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.
7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.
Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?
8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.
9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.
10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

8 comments:
"untuk digunakan semasa mereka melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi"
Hujah anda tidak meyakinkan... kalau untuk digunakan semasa mereka melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi, bagaimana pula dengan pemahaman di peringkat rendah?
Kalau peringkat rendah tidak faham konsep matematik dan sains, hendak ke peringkat tinggi macam mana? Bayangkan seorang pelajar yang belajar algebra dalam bahasa inggeris dan tidak faham konsep itu kerana belajar dalam bahasa inggeris. Di peringkat universiti, mereka perlu belajar konsep kalkulus pula. Sudahlah konsep algrebra tak faham, hendak belajar konsep kalkulus pula.
Tapi kalau seseorang itu sudah faham konsep algebra, untuk belajar kalkulus adalah lebih mudah tidak kira dengan bahasa apa pun, kerana y = a + bx adalah sama dalam bahasa apa pun.
Kalau budak Melayu umur lima tahun tanya tentang konsep graviti, dalam bahasa apakah akan digunakan untuk menerangkan konsep graviti kepada dia agar dia mudah faham? Kalau kau sebut bahasa inggeris, kau memang bangang.
@anon,
Cuba fahamkan dulu scenario nya dahulu. Ianya telah banyak kali diterangkan. Saya terangkan utk kesekian kalinya...
Rujukan dan journal di university untuk kejuruteraan dan science semuanya dalam bahasa inggeris. Theory, persamaan dan penerangan kpd konxep asas dan fundamental semuanya dalam b ahasa inggeris. Ini saya rasa saudara juga bersetuju.
Sekiranya, pelajar tadi menggunakan bahasa malaysia di peringkat sekolah, mereka terpaksa melakukan penterjemahan didalam minda mereka semasa membaca journal-journal ini, itupun kalau mereka tahu penterjemahan nya. Itu belum lagi memahaminya. Mengetahui terjamahan tidak sama dengan memahami. Tahu dan faham dua konsep berbeza.
Kalau sukar utk memahami ayat-ayat bercorak teknikal dan kritikal dalam journal tersebut kerana perlu membuat penterjemahan dalam minda terlebih dahulu, ini akan menjejaskan pemahaman dan mungkin mendatangkan kebosanan. Seterusnya, konsep asas dan fundamental ini tidak difahami dan langkah singkat mungkin dibuat untuk menghafalnya.
Bila, di peringkat sekolah, diajar dalam bahasa inggeris, mereka tidak perlu menterjemah lagi kerana mereka tahu apa yg cuba ditulis oleh journal-journal ini dan akan memudahkan mereka memahami konsep,theory dan fundamentalnya.
Sebagai contoh, jika di sekolah diajar perkataan kamiran, ianya menyuikarkan pelajar diuniversity utk faham bila mereka jumpa perkataan integration didalam journal. Apatah lagi apabila mereka tak tahu pun apa makna perkataan kamiran. Mereka cuma tahu apa yg perlu dilakukan sekiranyaberjumpa dengan simbol kamiran. Itupun kerana mereka menghafal teknik-teknik utk menyelesaikan kamiran.
Kalau mereka belajar bahasa inggeris di sekolah, mereka akan menggunakan perkataan integration instead of kamiran. Perkataan integration amat mudah difahami apa maksudnya iaitu menggabungkan semua yg berada dibawah satu curve diantara dua titik. Apabila pelajar di u iversity membaca journal dan jumpa perkataan integration, mereka tak perlu buat penterjemahan dalam minda lagi kerana mereka dah sedia tahu apa itu integration dan faham penggunaannya.
Maka, proses pemahaman konsep asas dan fundamental dalam journal tersebut akan mudah dibuat dan dengan sedikit kebijaksanaan, mereka mungkin boleh berfikir diluar kotakutk merubah konsep asas ini dan menghasilkan satu theory dan fundamental yang baru.
Maka lahirlah perekabentuk theory dan fundamental baru dari kalangan bangsa malaysia yg mungkin akan menjadi satu theory yg menjadi rujukan di dunia.
Untuk memastikan tiada sebarang penterjemahan didalam minda mereka, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ini perlu bermula sejak awal lagi, kalau boleh semasa di tadika supaya mereka akan tahu sains dan matematik dalam bahasa inggeris secara semula jadi dan ianya akan berterusan sehingga tamat sekolah dan masuk ke alam university.
Harap penerangan ini dapat memahamkan saudara. Contoh kamiran hanyalah satu dari contoh-contoh yg lain
http://akademiterrabaca.blogspot.com/2011/10/ppsmi-and-ex-emperors-new-clothes.html
PPSMI orang bodoh aje yang sokong
@anon,
Setakat itu aje yang kau boleh tulis? Hampeh. Tak mencabarlah...
Ingatkan adalah fakta-fakta yang boleh menjawab artikel ni....tapi sayang hanya komen kebudak-budakkan aje yang mampu ditulis.
Grow up.
Salam. cara kau jwb kat atas ni (23:31) pun kebudak²an la chewal. + sikit hidung tggi. sorry.
@anon 03:11,
jawapan kebudak-budakan adalah untuk soalan yang bodoh dan kebudak-budakkan yang tidak mampu memberi sebarang argument yang kuat/munasabah.
kalau nak jawapan yang profesional dan rasional, soalan pun mestilah profesional dan rasional.
Sy sendiri tidak tahu sy sebenarnya menyebelahi pihak yg mn tp mahu sekiranya sy katakn pilihan sy berat kpd pro-ppsmi. sy bukanlah seorang yg blh berbahas dgn baik tp sekadar berkongsi pendapat. apa yg ingin sy katakan berkaitan isu ini di sini ialah sy berasa sgt kecewa apabila segelintir dr tokoh-tokoh dan para ilmuan itu sendiri menidakkan usaha dan kesungguhan ppsmi. paling tidak pun jgnlah dikaitkan dgn bekas perdana menteri kita tu tun dr mahathir seorang yg bijak dalam semua perkara tapi 'buta' dalam penilaian bahasa ilmu. kurang-kurang beliau telah byk memberi sumbangan kpd negara kita. Tapi, apa yg kita buat kpd negara selain daripada memboikot serta menindas idea masing-masing? mengharapkan kemenangan dalam kepuraan. sekian.
Post a Comment