August 08, 2011

Pas menggunakan agama untuk politik, UMNO menggunakan politik untuk agama.

1. Inilah perbezaan utama antara parti UMNO dan pati PAS. Parti PAS yang kononnya berjuang untuk islam, sebenarnya menggunakan agama islam untuk kepentingan politik mereka. Sebaliknya, UMNO menggunakan kekuasaan politiknya untuk memartabatkan agama Islam.

2. Dalam semua tindakan PAS, mereka menggunakan islam untuk survival politik mereka. Mereka lebih rela mengutamakan kekuasaan politik daripada kebenaran.

3. Sebenarnya, sikap PAS yang mempergunakan islam ini bukannya baru. Ianya telah bermula dari dulu lagi, tetapi sikap ini semakin menyerlah apabila mereka duduk bersama-sama DAP. Kerakusan dan ketamakan kuasa telah semakin kuat merubah sikap mereka.

4. Dahulu kita dikejutkan oleh sikap Murshidul am PAS yang menyokong Shahnon Ahmad yang membuat buku berjuduk `shit'. Dalam buku tersebut, penulis telah mencarut dengan menggunakan perkatan seperti p**im*k.

5. Setiap orang yang waras mengetahui bahawa mencarut apatah lagi dengan menyebut kemaluan adalah satu perilaku yang keji. Apa yang mengejutkan adalah, oleh kerana penulis itu adal ahli seumur hidup PAS, Murshidul Amnya iaitu Nik Aziz tidak menegur beliau malah Nik Aziz menyokong tindakan Shahnon dengan alasan Tuhan pun mencarut.

6. Ini jelas menunjukkan bagaimana PAS meletakkan kuasa dan politik lebih utama dari kebenaran. Umum mengetahui bahawa kata-kata Allah dalam Al-Quran kepada Abu Jahal tidak sama dengan kata-kata Shahnon. Malah, sekiranya Allah, menggunakan kata-kata keras (bukan mencarut) terhadap Abu Jahal, adakah Shahnon boleh mencarut ? Adakah Shahnon sama tarafnya dengan Allah ?

7. Sepatutnya, seseorang yang digelar ulamak, perlu mengutamakan kebenaran dalam apa jua aspek. Ingatlah, berkatalah benar sekalipun ianya pahit. Nik Aziz sepatutnya mengakui kesalahan Shahnon dan menegurnya. Bukankah lebih baik berkata benar ? Mungkin inilah yang dinamakan ulamak politik.

8. Ada banyak lagi contoh-contoh yang lain seperti mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan kafir, menukar pendirian parti, menukar dasar parti untuk hukum huduh dan lain-lain. InsyaAllah akan dikemukakan dalam posting yang lain.

9. sehingga ke hari ini, saya masih belum nampak apa yang telah PAS buat untuk agama islam. Apa yang saya nampak adalah, tindakan-tindakan PAS yang sering berubah-ubah, pendirian yang tidak tetap, kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan bersifat manipulatif yang akhirnya lebih membawa kepada perpecahan.

9. Bagi UMNO pula, semenjak dari dahulu, parti ini berusaha memartabatkan agama Islam walaupun tidak pernah mencanangkanya. Umum mengetahui, UMNO adalah parti dominan dalam Barisan Nasional berbanding PAS yang merupakan parti sampingan dalam Pakatan Rakyat. Walaupun UMNO tidak membuat tindakan-tindakan drastik mengenai Islam kerana komposisi dan komponen lain dari Barisan Nasional dan kerajaan, namun mereka sentiasa berjaya mengawal dan mempertahankan Islam dari sebarang serangan-serangan dari orang kafir. Inilah kelebihanya apabila orang Islam menjadi dominan.

10. Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO di peringkat dunia yang mempertahankan maruah agama Islam sering menjadi cemuhan dan kritikan dari bangsa-bangsa kafir terutama yahudi. Keupayaan pemimpin-pemimpin UMNO berjuang untuk Palestin dan membuat pelbagai teguran kepada pemimpin dunia, sering dilabel dengan pelbagai panggilan. Malah kelantangan pemimpin UMNO mengutuk yahudi dan Israel sering mengundang cemuhan dan hinaan sehingga di panggil anti-sematik.

11. Diperingkat Nasional pula, dengan kedudukan politik UMNO, UMNO berjaya mengembangkan dan menaikkan martabat agama Islam. Di Malaysia, umat Islam terkenal dengan umat yang boleh maju dan berjaya. Kejayaan orang Islam menghasilkan kejuruteraan tinggi seperti menghasilkan kereta sering menjadi contoh kepada negara islam yang lain. Malah pengumuman yang dibuat oleh pemimpin UMNO bahawa Malaysia adalah negara Islam mengundang perasaan tidak puas hati penganut agam lain kerana ini menaikkan penghormatan Islam sebagai agama yang relevan yang mampu membawa kejayaan dan kemajuan.

12. Ulamak-ulamak di dunia luar sering menggunakan Malaysia sebagai contoh negara islam yang perlu diikuti. Malaysia adalah satu model negara Islam yang menjadi idola negara-negara lain. Malah negara-negara islam yang lain juga menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin UMNO. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah nama yang sering berada di bibir-bibir negara islam yang lain untuk dicontohi sehingga ada yang menjemput beliau untuk memimpin negara-negara terbabit.

13. Perkembangan dan peningkatan institusi-insitusi berkaitan Islam di Malaysia, berkait rapat dengan kuasa politik yang dipunyai oleh UMNO. Ini jelas menunjukkan UMNO adalah parti politik yang menggunakan kuasa politiknya untuk agama Islam.

14. Oleh itu, diantara PAS yang menggunakan agama untuk politik dan UMNO yang menggunakan politik untuk agama, siapakah yang menjadi pilihan anda.

6 comments:

Matt Marzuki said...

What a load of crap. Wake up and smell the coffee. You are living in denial.

CheWal said...

@matt

Haha... Setakat tulis macam tu, budak belum sekolah pun boleh buat.

You should look at the mirror while saying that.

Anonymous said...

Matt Marzuki, you are the one who living in denial.......

Anonymous said...

Kah kah kah... full of shit.
Ni lagu untuk ko dan kerajaan tersayang ko...


Anak kecil tengok tv
seronok layan pornografi
air mani keluar
bercampur keringat
bumi dipijak milik kroni

Nenek moyang kaya raya
Tak reti cakap orang putih
Akibat tak faham bila tengok TV
Barisan Nasional menang lagi

Baiknya rakyat kita ini
kerajaan berkuasa lamanya
Hasil mengalir ke tangan kroni
Esok lusa dia undi lagi

Masa depan sungguh kelam
Macam itu satu kapal selam
Boleh saja timbul tak boleh menyelam
Berjuta duit dah kena baham

Kini kita cuma tinggal kuasa
Sebab duit sudah tak ada
Kita semua syok sendiri menara tertinggi
terpanjang, terbesar itu ini

Kita sudah tiada masa
Majulah macam Singapura
Pergilah ke sana carilah kerja
Nanti kau Kan jadi kaya raya

Macam rakan India dan Cina
Boleh beli macam-macam benda
1 dolar dua kali ganda
Tak perlu beli proton saga

CheWal said...

@anaon 03:19,

banyak sungguh fitnah yang saudara tulis. kalau saudara seorang islam, harap bertaubat dan semoga puasa saudara tidak hanya mendapat lapar dan dahaga.

mungkin saudara menyokong parti-parti dalam PR yang suka menipu dan memfitnah.. tetapi cubalah gunakan akal fikiran untuk berfikir dan jangan terima semuanya bulat-bulat.

Putra Selatan said...

Saya sokong Che Wal..ramai sungguh yang dungu dan buta sejarah, tapi gila kepada fitnah